Cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah Negara memperolehi hasil atau pendapatan. Hasil daripada Cukai ini di gunakan oleh sesuatu Kerajaan itu untuk mentadbir dan mengurus Negara dan juga bagi perbelanjaaan membangunkan Negara. Cukai yang di kutip ini dibelanjakan oleh Kerajaan bagi tujuan Keselamatan Negara dan Rakyat, pembangunan fizikal dan infrastruktur seperti jalanraya, hospital, sekolah, tujuan membangunkan ekonomi, tujuan sosial seperti perkhidmatan kesihatan, pendidikan, kebajikan rakyat dan banyak lagi. Oleh itu kita perlu faham yang hasil cukai yang diperoleh daripada Rakyat melalui cukai yang kita sebagai individu perlu bayar kepada Kerajaan akan dapat dimanfaatkan dan di nikmati balik oleh kita sebagai Rakyat.
Cukai adalah suatu yang tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan kita, pentabiran Negara dan ekonomi. Malah, jika kita melihat isu cukai ini dengan lebih mendalam, kita akan dapat melihat bahawa orang yang mendapat manfaat daripada cukai yang dikenakan ialah diri kita sendiri.
Secara ringkasnya, cukai ialah kunci kepada pentadbiran negara yang berkesan dan kita tidak akan dapat lari darinya. Namun, sebelum kita boleh menerima cukai dengan hati yang terbuka, seseorang itu perlulah faham bagaimana dan kenapa cukai digunapakai oleh sesebuah Negara.
Antara tanggungjawab kerajaan – yang memerlukan pendapatan dari cukai – ialah membina sekolah sebagai tempat untuk mendidik kanak-kanak. Cuba kita bayangkan di manakah kita sekarang, jika kerajaan mengabaikan tanggungjawab ini?
Selain daripada itu, kerajaan juga memperuntukkan dana untuk menyediakan infrastruktur asas seperti membina jalan yang menghubungkan kampung, pekan dan bandar dengan kawasan sekitarnya, dan membolehkan aktiviti perdagangan berlaku antara kawasan-kawasan tersebut.
Kerajaan juga bertanggungjawab untuk membina kemudahan awam seperti pasar untuk memberi ruang kepada rakyat untuk berniaga dan menjalankan kegiatan ekonomi mereka.
Peniaga tempatan akan mendapat keuntungan apabila barangan import dikenakan cukai – ini kerana ia akan menggalakkan pengguna untuk memilih barangan tempatan yang lebih murah. Ini adalah satu strategi perdagangan yang penting yang digunakan oleh negara-negara di seluruh dunia dalam menjaga kepentingan rakyat tempatan.
Satu lagi kebaikan cukai ialah cukai yang dikenakan ke atas barangan seperti minuman keras, rokok dan perjudian. Beban cukai ke atas barangan-barangan ini adalah untuk memastikan aktiviti tidak sihat seperti meminum minuman keras, merokok dan berjudi akan dapat dikawal dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat. Selain itu, cukai yang dikenakan ke atas barangan-barangan ini juga boleh digunakan kearah aktiviti pemulihan, alam sekitar dan pelbagai kempen untuk menggalakkan cara hidup sihat.
Berdasarkan prinsip yang sama, kerajaan Malaysia memberi pelepasan cukai ke atas pembelian buku untuk menanamkan sikap rajin membaca di kalangan rakyat. Dengan adanya sistem percukaian, kerajaan mampu untuk membentuk masyarakat dan memupuk aktiviti sihat di kalangan rakyat.
Di Negara kita, hampir 70% daripada Hasil Negara datangnya dari Hasil Cukai. Cukai ini boleh di kelaskan kepada Cukai Langsung dan Cukai Tak Langsung. Cukai Langsung merupakan Cukai yang kita sebagai Rakyat membayar terus atau langsung kepada pihak Kerajaan. Contoh Cukai Langsung yang paling ketara adalah seperti Cukai Pendapatan dan urusan hal ehwal Cukai Pendapatan ini di tadbir oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. Sekiranya kita layak di kenakan Cukai Pendapatan, Cukai Pendapatan merupakan Cukai yang dikenakan terhadap pendapatan yang kita perolehi. Lebih banyak pendapatan yang kita peroleh, lebih banyak lah Cukai Pendapatan yang kita kena bayar.
Cukai Tak Langsung pula adalah Cukai yang tidak di bayar terus atau langsung kepada Pihak Kerajaan. Cukai Tak Langsung ini kita bayar kepada sesebuah kedai atau entiti perniagaan dan entiti perniagaan ini kemudiannya akan membayar cukai ini kepada pihak Kerajaan. Contoh Cukai Tak Langsung adalah seperti Cukai Perkhidmatan dan juga Cukai Jualan. Urusan Cukai Perkhidmatan dan juga Cukai Jualan ini ditadbir oleh pihak Jabatan Kastam di Raja Malaysia.
Sebagai contoh, apabila kita menginap di sesebuah Hotel atau makan di kedai kedai tertentu dan apabila kita membuat bayaran dan memperoleh resit bayaran, akan tertera di atas resit bayaran tersebut perkataan cukai perkhidmatan 6%. Cukai ini kita bayar kepada Hotel tersebut dan Hotel tersebut kemudiannya akan membayar Cukai Perkhidmatan ini kepada pihak Kerajaan.
Cukai Jualan pula merupakan Cukai yang dikenakan keatas pengilang yang mengilang barangan dan juga keatas pegimport yang mengimport barangan. Kebanyakkan barangan yang di kenakan Cukai Jualan adalah pada kadar 10%. Contoh barangan yang di kenakan Cukai Jualan adalah perabot, peti ais, television, baju, kasut, beg tangan dan banyak lagi barangan. Kita sebagai pengguna tidak tahu yang barangan ini telah di kenakan Cukai Jualan sebab ia tidak dinyatakan kepada kita. Cuma elemen Cukai jualan ini telah diambil kira sebagai kos apabila para peniaga menetapkan harga jualan barangan tersebut. Kita perlu faham yang hampir kebanyakkan barangan yang kita beli sekarang telah pun di kenakan Cukai Jualan.
Sistem Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang mempunyai banyak kelemahan dan Kerajaan kehilangan banyak hasil disebabkan oleh kelemahan ini. Sebagai satu langkah reformasi cukai dan bagi memastikan sistem percukaian yang lebih adil telus dan efisien pihak Kerajaan telah menyatakan hasrat untuk memansuhkan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang ada sekarang dan menggantikannya dengan Cukai Barang dan Perkhidmatan atau dalam bahasa Inggerisnya ‘Goods and Services Tax’ (GST)
Cukai barang dan perkhidmatan telah diperkenalkan di lebih daripada 160 buah negara di seluruh dunia dan telah terbukti berkesan di dalam konteks ekonomi moden. Negara-negara seperti Singapura, United Kingdom, Australia dan Thailand telah lama memperkenalkan cukai barang dan perkhidmatan dan Malaysia juga dijangka akan turut memperkenalkan cukai ini tidak lama lagi. Dengan pengenalan cukai barang dan perkhidmatan ini, Negara akan melangkah setapak lagi ke arah status Negara maju dan Rakyat akan berada dalam sistem percukaian yang lebih adil, telus dan efisien.
Orang suka b eli barang seludup. Barang seludup dibeli murah oleh penyeludup dan dibawa masuk ke Malaysia tanpa dibayar cukai. Kerajaan kerugian kutipan cukai. Penyeludup untung berlipat kali ganda kerana barang itu dijual sama harga dengan barang bercukai. Kalau penjual menjual dengan harga murah, pembeli syak barang itu dicuri atau barang mutu rendah. Jadi penjual dapat dua kali untung iaitu elak cukai dan untung jualan.
Harap dapat baca lebih banyak artikel mengenai isu GST ini.
“Jika jabatan ini adalah penting untuk kerajaan dan negara, satu kaedah baru serta penambahbaikan harus dilakukan supaya semua pihak dapat menikmati faedah sama dengan jabatan lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tritahunan Kesatuan Pegawai Perhubungan Pembangunan Masyarakat dan Pembantu Pembangunan Masyarakat, di sini, semalam.
Cukai vs zakat pendapatan….yang mana lebih menguntungkan rakyat?
Sejak jadi balaci UMNO, semua benda yang kerajaan buat pun anda nak sokong. GST hanya negara maju layak pakai. Yang Malaysia ni baru je merangkak nak jadi maju. Kasihanlah rakyatnya kena tanggung semua.
ye, tidak syak lagi…cukai mmg untuk pembangunan negara, infrastruktur dll pendek kata CUKAI UNTUK KEGUNAAN RAKYAT jugak. tapi…apekata selain dari cerita psl kepentingan cukai yg mana seluruh rakyat jelata tau psl cukai dan selama ni hampir keseluruhan rakyat msia tidak lepas dari membayarnya, apekata cerita kan pulak bagaimana kerajaan menggunakan duit cukai tersebut? Adekah dengan pembangunan tetapi sbnrnyer duit masuk poket sana sini, kos XX tapi cecah smpi XXXX. Bukan itu duit dari CUKAI jugak. Jangan kata sykt swasta pulak yg taja. bila kantoi je psl bajet, semuanye ckp swasta yg taje. SEDIH!!
We do not need GST. What we need is more progressive taxation system The top 2-5% of the income earners must be prepared to pay more than just 28% to even out the tax burden. GST is like e.g. school fees. How come the son of the CEO of a company pays the same schools fees as the son of the driver. I appeal to the super rich in this country to have a heart and open up your wallets and pay a little more than than the 28% that you currently pay.
Just imagine. When you as a rich man pays tax you make all those deduction that are allowed and the cost of sales before you declare your taxable income. Those fixed income earners have to pay tax on their gross income. Yes, there are some deductibles irrespective of what it costs you to earn that fixed income.