Pada pandangan saya kelemahan Kerajaan di dalam menangani krisis #MH370 berkisar kepada kegagalan komunikasi. Implikasinya menunjukkan seolah wakil Badan Penyiasat dan Penerbangan Malaysia di dalam taklimat media tidak mengetahui maklumat yang tepat bila memberi maklumat. Dato’ Sri Hishamuddin berjaya mengawal keadaan tetapi akibat kegagalan sebelumnya, telah timbul krisis keyakinan yang serius. Suasana bertambah ‘chaotic’ bila PM Najib membuat kenyataan pada 24 Mac 2014. Pandangan saya berdasarkan fakta di bawah, (i) PM dlm sidang media ke tiganya memaklumkan penerbangan berakhir di Selatan Lautan Hindi, tetapi fakta sebenarnya ialah data satelit (dan belum ada bukti penerbangan itu) yang terakhir ialah di Selatan Lautan Hindi. Pembentangan PM di parlimen dan sms MAS kepada keluarga mangsa menambah kekeliruan seolah pesawat itu telah terhempas di Selatan Lautan Hindi. Sehingga…