Lari dari kisah dalam negara Malaysia sejenak untuk melihat isu Syria yang kelihatan sekarang semakin jelas semuanya yang terjadi adalah hasil dari perancangan CIA.
Kita lihat sewaktu awalnya terjadi krisis perang saudara di Syria pada 2011 segalanya bermula apabila Kartunis terkemuka Syria yang menentang rejim Bashar , Ali Farzat telah ditangkap dan diculik oleh sekempulan mereka yang tidak dikenali yang dipercayai adalah terdiri dari pihak perisikan rahsia kerajaan Syria pada 25 Ogos 2011 di Umayyad Square, Damascus. Ali Farzat telah dicederakan kedua belah tangannya sambil diberi amaran untuk tidak lagi melukis karikatur yang mencerca Bashar. Ali Farzat adalah seorang kartunis yang pernah suatu ketika di ancam bunuh oleh Allahyarham Saddam Hussein kerana mengkritik Saddam dan pemimpin arab lain yang didakwanya mementingkan kekuatan tentera dari memikirkan masalah rakyat yang kelaparan. Ia didakwa oleh Ali Farzat sebagai polisi yang mementingkan kedudukan kerusi Presiden masing masing. Ali Farzat, juga sebelum itu telah diiktiraf oleh majalah TIME sebagai antara 100 orang paling berpengaruh di dunia.

Ali Farzat Kartunis yang diiktiraf oleh Majalah TIME sebagai antara 100 orang paling berpengaruh di dunia
Berbalik kepada peristiwa penculikan Ali Farzat tersebar kepada masyarakat Syria dan selepas itu pihak pembangkang Syria mula mengambil kesempatan atas nama kebebasan bersuara dan hak asasi manusia, mula menghasut rakyat Syria dengan membuat bantahan di jalanan menuntut reformasi dalam politik Syria. Rakyat Syria mula bangkit menentang Bashar dan Bashar juga telah respon kepada penentangan tersebut dengan berjanji untuk memberikan lebih ruang bersuara dan demokrasi kepada rakyat tapi penunjuk perasaan mahu Bashar meletakkan jawatan dan penentangan berlaku berterusan sehingga menganggu ekonomi negara Syria itu sendiri. Pelbagai tuduhan mula timbul terhadap Bashar dan yang paling utama adalah tuduhan terhadap Bashar adalah seorang Penganut Syiah, tuduhan yang paling mudah untuk membangkitkan kemarahan rakyat Syria yang mempunyai 2/3 populasi Sunni.
Jika disorot kembali pendirian pendirian sebelum ini yang diambil oleh Bashar dalam isu antarabangsa , seperti membantu penentang Hamas menentang Yahudi Israel, menyokong kuat kepimpinan Saddam dan juga penyokong allahyarham Presiden Libya, Muammar Gadaafi, maka tidak hairanlah mengapa Bashar dijadikan sasaran seterusnya oleh CIA untuk sekali lagi menyelamatkan kepentingan Israel. Peristiwa penculikan Ali Farzat digunakan sebaik mungkin untuk menuduh Bashar tidak menjalankan demokrasi dan menyekat hak bersuara dikalangan rakyat Syria.
Bagaimana mungkin untuk menuduh Bashar seorang Syiah sedangkan semasa pemerintahan sebelum ini beliau mempunyai hubungan yang baik dengan ulama Sunni malah Isteri beliau Asma Assad juga adalah seorang yang lahir dan dibesarkan oleh keluarga Sunni, suatu keadaan dimana isu sunni dan syiah ini adalah isu yang amat sensitif di Syria.
Melihatkan senario senario mutakhir ini yang berlaku di Syria termasuklah serangan senjata kimia di Damascus yang didakwa dilakukan oleh rejim Bashar walau beliau sendiri menafikannya, Dengan keadaan di Damascus juga sudah dikuasai oleh tentera Kerajaan Bashar, tiada sebab bagi Bashar menggunakan senjata kimia di tempat kelahirannya sendiri untuk membunuh orang awam dan kemasukan pemeriksa senjata PBB yang tidak ubah seperti bagaimana nasib yang berlaku di Iraq dalam isu tuduhan memiliki Senjata Pemusnah Besar besaran (WMD), saya terus mempunyai ‘second thougts’ dalam isu ini, peristiwa penculikan Ali Farzat ada kemungkinan dilakukan mereka yang sudah membuat pakatan dengan CIA, Penentang Bashar juga yang lengkap bersenjata sudah tentu ada pihak luar dari Syria yang membantu dan akhir sekali serangan senjata kimia keatas rakyat Syria yang mengakibatkan ramai terbunuh termasuk kanak kanak dan wanita mungkin dilakukan oleh pihak ketiga yang mahu mempercepatkan serangan Amerika keatas Syria dan seterusnya mendirikan kerajaan boneka di Syria yang lebih pro kepada Israel. Semoga Allah memberi petunjuk yang jelas kepada kita semua dalam berpendirian.
Tuduhan Bashar seorang Syiah adalah sebenarnya hanya untuk dijadikan alasan oleh rakyat Syria bangkit menentang, dan saya amat bersetuju dengan kenyataan beberapa pemerhati politik antarabangsa bahawa perang saudara di Syria bukanlah berkenaan Sunni dan Syiah sebenarnya ia tidak lebih hanya dari percaturan CIA dan Yahudi Israel.
Kita renung kembali bagaimana peristiwa 911 WTC yang menimbulkan banyak keraguan untuk mewajarkan kemasukan tentera Amerika ke Afganistan, Isu hak asasi di Mesir hingga membawa kepada kejatuhan Hosni Mubarak dan apabila pengantinya Presiden Morsi juga dilihat mengancam Israel, beliau juga dijatuhkan.
Kita di Malaysia juga harus berhati hati dalam mengambil pendirian, kebanyakan malah hampir semua usaha CIA dalam menjatuhkan kerajaan yang menjadi ancaman kepada kepentingan Yahudi adalah beralaskan alasan hak asasi manusia dan kebebasan bersuara, suatu alasan klise dalam menghuru harakan rakyat sesebuah negara. Semoga Allah memberikan petujuk dan hidayah kepada pemimpin pemimpin politik di Malaysia supaya bersatu dan tidak melihat sesuatu isu hanya dari dalam tempurung, lihatlah dari mata burung.
Kalau ta pandai jaga rumahtangga sendiri orang luar akan campur tanggan.
Syabas! Saya setuju dengan pemerhatian anda. Tak banyak blogger Malaysia yang mengulas isu Syria dan melihatnya dari perspektif ini. Pada hal kita boleh dapati analisis sebegini tersebar luas terutama di media sosial barat yang telah penat yang amat sangat dengan agenda “imperialisma” dan “zionisma” pemerentah2 mereka.
Malang sekali, kita di Malaysia terbawa2 dengan aliran pemikiran media arus-perdana global yang dikawal agen2 imperialisma dan zionisma. Hairan bin ajaib sekali pabila media arus perdana tempatan cuma “cut and paste” berita dari agensi berita arus perdana tanpa tapisan atau fikiran mendalam tentang implikasi sosio-politik-ekonomi “kejadian2”.
Kita tidak perlu punya ijazah untuk memahami trend yang berlaku di Asia Barat. Bahawasanya kecenderungan sebegini juga boleh dan telah juga berlaku di negara kita. Rantau Asia Tenggara ini punyai cukup “umpan” dan “bahan” yang senang “diperkudakan” untuk mewujudkan “suwasana” keruh seperti di Asia Barat, Amerika Latin dan mana2 rantau yang “Agenda” ada kepentingan.
Kita mesti memperkasakan kekuatan ekonomi negara beasaskan keharmonian dan perpaduan negara untuk memboleh kita menangkis serangan halus kuasa2 luar yang berkepentingan. Kita mesti waras dan bersiapsiaga sentiasa.
pengajaran nya amat penting untuk orang melayu dan islam di malaysia.
sebab musuh kita sangat dekat dalam perancangan mereka.
kekalkan keamanan dan kemakmuran negara boleh jadi penghalang terbaik.
sayangnya ada fatwa boleh dibunuh kaum aiawi dari mana mereka dapat
Assalam tuan,
Sesuatu yang pelik ialah apabila presiden bashar dituduh membunuh rakyatnya sendri maka reaksi dari barat amatlah keras… sehingga diancam dengab tindakan ketenteraan… walaupun pada tahap ‘limited target strike’!!! Sedangkan al-sissi di mesir yg terang2 terangab mengarahkan tindakan kekerasan sehingga mendatangkan kematian di kalangan rakyat awam mesir… tidak pernah didatangkan dgn ancaman sebegitu… wlaupun pd tahap ‘minimal target strike’!!! … something fishy here…
Pada saya, apakah sebenarnya konflik di syria adalah perbelahab mazhab? Pelik klau dikatakan perbalahan mazhab! Sedangkan perdana menteri dan menteri pertahanan syria sendri adalah dari pengikut sunni! Menteri luar syria adalah kristian manakala kabinet syria terdiri dari pelbagai latar cabang samaada sunni, syiah allawite, druze, kristian, malahan ada dari kalangan aramaic.
Sesuatu yg pada hemat saya, yg mencetuskan konflik ialah reaksi keras pihak krjaan syria dan kegelojohan rakyat syria dalam menuntut perubahan…
Dan pada akhirnya mengundang campurtangan luar trmasuk dr negara arab sperti arab saudi dan qatar.. yg menaja pasukan2 penetang… peliknya kedua2 negara mempunyai hubungan baik dgn AS… dan Qatar sendri menjadi pusat operasi tentera AS dalam serangan ke atas Irag 2003.
Yang pada akhirnya… sebuah lagi negara islam menjadi mangsa kepada kebejatab politik melampau.
Ulamak Sunni dari Syria dtg ke UTM mengatakan basyar adalah syiah, perbalahan ini bukan melibat kan perbalahan “MAZHAB”, SYIAH bukan islam, ISLAM adalah ISLAM. Tiada Mazhab SYIAH dalam Islam. Ini adalah perbalahan diantara Agama. Syiah Vs ISLAM. Syiah menghalal kan Darah Sunni kerana semakin bnyak darah Sunni tumpah ke BUMI maka semakin cepat “TUHAN” mereka akan “KELUAR”(DAJJAL)… Israel serang Palestine 70 tahun : 30 ribu syahid. Rejim Syiah Nusairi (Era Bashar) 2 thun : 50 ribu syahid. Kaji sebelum post, boleh salah informasi…
Setuju dengan kenyataan Mohd Muaz