Kickdefella

No One Dies A Virgin, Life Screws Us All

Posts by Redwhistle

Isu Syria

Posted on September 17, 2013

Lari dari kisah dalam negara Malaysia sejenak untuk melihat isu Syria yang kelihatan sekarang semakin jelas semuanya yang terjadi adalah hasil dari perancangan CIA. Kita lihat sewaktu awalnya terjadi krisis perang saudara di Syria pada 2011 segalanya bermula apabila Kartunis terkemuka Syria yang menentang rejim Bashar , Ali Farzat telah ditangkap dan diculik oleh sekempulan mereka yang tidak dikenali yang dipercayai adalah terdiri dari pihak perisikan rahsia kerajaan Syria pada 25 Ogos 2011 di Umayyad Square, Damascus. Ali Farzat telah dicederakan kedua belah tangannya sambil diberi amaran untuk tidak lagi melukis karikatur yang mencerca Bashar. Ali Farzat adalah seorang kartunis yang pernah suatu ketika di ancam bunuh oleh Allahyarham Saddam Hussein kerana mengkritik Saddam dan pemimpin arab lain yang didakwanya mementingkan kekuatan tentera dari…

Pertahankan Kalimah Allah!

Posted on September 11, 2013

Semalam, 10 September 2013, Isu Kalimah Allah sekali lagi bergema apabila pendengaran terhadap rayuan Kerajaan Persekutuan untuk mengenepikan keputusan terdahulu Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan, pada 31 Disember 2009 yang mana membenarkan Kalimah Allah digunakan dalam penerbitan Majalah “Herald – The Catholic Weekly” sekaligus membatalkan keputusan larangan penggunaan Kalimah Allah dalam penerbitan itu oleh Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia bertarikh 7 Januari 2009. Antara alasan penghakiman yang digunakan oleh Hakim Datuk Lau Bee Lan pada ketika itu adalah pada Perlembagaan artikel 3(1) yang mana ia adalah hak kepada agama selain Islam, hendaklah diamalkan dalam suasana aman dan harmoni di mana mana bahagian Persekutuan.  Selain dari menggunakan artikel 10, 11 dan 12 sebagai alasan untuk membenarkannya. Dari segi situasi yang berlaku sekarang, …

Rasionallah Dalam Rasionalisasi

Posted on September 4, 2013

Rasionalisasi Subsidi, adalah alasan yang selalu muncul apabila kerajaan menaikkan harga minyak Ron 95 dan Diesel di Malaysia. Satu tindakan yang amat tidak populis disaat Kerajaan yang ada tidak begitu kuat selepas Pilihanraya Umum 13 yang lalu. Ia telah membuka ruang seluas luasnya untuk pihak pembangkang mengambil peluang ini untuk membangkitkan perasaan marah rakyat. Rakyat kebanyakannya bukan semua tidak boleh menerima kenaikan harga ini, akan tetapi ia perlu disertakan dengan alasan yang kukuh dan senang difahami oleh rakyat. Bukan dengan alasan bahasa ekonomi yang tidak mampu difahami oleh sebahagian besar rakyat golongan berpendapatan rendah dan menengah.  Bukan juga dengan memberitahu rakyat bahawa harga minyak kita masih lebih rendah dari Negara Negara lain di Asia Tenggara. Rakyat kebanyakan tidak mahu tahu itu semua. Kerana kuasa…

Kelantan Makin Kalut Selepas 100 Hari

Posted on August 28, 2013

Rupa rupanya selepas 100 hari Kerajaan Baru PAS Kelantan memerintah Negeri suasana politik dalam negeri menjadi semakin kalut dan tidak menentu. Episod bermula dari namanya tidak diperkenan dalam senarai nama nama exco yang dipohon untuk perkenan Tuanku Al- Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke V, sebaik sahaja PAS Kelantan sekali lagi mendapat mandat menerajui kerajaan Kelantan selepas PRU ke 13 pada 5 Mei 2013. Keadaan menjadi semakin kalut apabila Dato Husam Musa secara terbuka mempertikai kepimpinan baru kerajaan Negeri yang diketuai oleh Dato Ahmad Yaakob sebagai Menteri Besar dan Dato Nik Amar sebagai timbalanya dalam isu perlantikan yang dikatakan ada tangan ghaib yang mahu menjatuhkan kedudukan Dato Husam sebagai exco kanan. Lalu pihak penyokong PAS yang pro kepada Nik Amar dan Pro Husam saling melondeh…

‘Perjuangan’ atau Hanya Sekadar Fitrah

Posted on August 26, 2013

Dalam keghairahan menjelang musim pemilihan UMNO sekarang, ramai yang menawarkan diri untuk bertanding dan ramai penyandang yang mempertahankan jawatan sekarang melaungkan istilah ‘PERJUANGAN’. Boleh dikatakan semua yang terlibat mempertahankan atau menawarkan diri adalahuntuk meneruskan ‘perjuangan’ membela nasib bangsa, agama dan tanah air, sehinggakan pengertian kepada istilah tersebut sekarang menjadi semakin kabur dan terlalu ‘klise’. Ramai pemerhati dan rakyat kini sudah terlalu faham definisi sebenar ‘PERJUANGAN’ kini adalah tidak lebih dari mendapatkan pengiktirafan dan habuan apabila melihat apa yang berlaku di dalam UMNO kini. Nasib bangsa sendiri kini diambang perpecahan, agama Islam semakin dipersendakan, dan Negara diperlekehkan disebabkan apa yang dibawa atas nama ‘PERJUANGAN’ ini. Ia berlaku kerana yang melaungkan diri mereka berjuang ini akan merasa kecewa bila diri tidak diiktiraf, akan merasa marah bila…

PTPTN Yang Malang

Posted on August 21, 2013

Berikutan daripada isu pinjaman PTPTN yang hangat diperkatakan, Kerajaan memutuskan melalui mesyuarat Jemaah menteri hari ini untuk tidak meneruskan langkah menyenaraikan peminjam kedalam pengkalan data Bank Negara (CCRIS).  Satu keputusan yang dilihat diambil secara tergesa gesa dan manampakkan kerajaan tunduk kepada tekanan untuk bersikap populis apabila adanya Menteri Kabinet sendiri yang menentang perlaksanaannya. Persoalan yang bermain difikiran saya, apakah Menteri tersebut sengaja melakukannya untuk menaikkan popularity sendiri disaat Pemilihan Agung UMNO yang semakin hampir, tidakkah keputusan atau langkah untuk menyenaraikan nama mereka yang ingkar ini tidak dibawa kedalam mesyuarat cabinet sendiri untuk dibangkang oleh menteri terbabit, atau menteri itu hanya mahu membuat bantahan melalui medium yang boleh menaikkan popularitinya sebagai ketua. Sesuatu yang amat malang bagi kerajaan bilamana kesan daripada itu ramai dari kalangan…

PTPTN dan CCRIS

Posted on August 20, 2013

Dengan angka RM2.8 billion dan seramai  418,094 pelajar yang masih ingkar membayar pinjaman PTPTN ( Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) maka adalah sesuatu yang tidak menghairankan jika kerajaan berusaha untuk mengambil langkah untuk mendapatkan kembali wang pinjaman itu untuk terus memberi kemudahan kepada generasi akan datang menyambung pelajaran tanpa ada masalah kewangan. Namun begitu , pengumuman Dato Seri Idris Jusoh untuk menyenaraikan pembayar pembayar ingkar kedalam CCRIS menyebabkan penyokong dan pemimpin pembangkang lantas bangkit menentang untuk terus popular dan menghidupkan isu. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997, iaitu semasa Anwar Ibrahim masih lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri, malah ia diluluskan pada tarikh beliau memangku  jawatan Perdana Menteri ketika itu iaitu 1 Julai 1997.…

Kelantan Yang Kelam

Posted on August 15, 2013

Melihatkan keadaan pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan ketika ini selepas 100 hari pemerintahan dibawah barisan kepimpinan baru, saya seperti dapat merasakan kerajaan Negeri yang ada pada hari ini adalah lebih tidak stabil dari penggal selepas PRU 11 dahulu, di mana ketika itu PAS berkelebihan hanya 1 Kerusi mengatasi Barisan Nasional Kelantan. Keadaan ini dijangka akan berterusan bila melihatkan tindakan- tindakan yang diambil oleh pentadbiran baru sentiasa mencetuskan rasa tidak puas hati dikalangan golongan yang kecewa dalam PAS Kelantan sendiri. Ia jelas memperlihatkan pertembungan sebenar 2 puak yang tidak akan reda selagi keinginan tidak dipenuhi. Masing masing mempertikaikan tindak tanduk dalam segala keputusan dalam kerajaan Negeri. Yang sedang memegang kuasa seolah memberi isyarat pentadbiran dahulu banyak melakukan kerosakan sehingga tidak dapat membawa apa apa kebaikan kepada…