“Yang kata PAS berkempen burukkan Pak Lah biar sampai dia jatuh itu hanya mainan media,” ujarnya lagi.
Beliau yang juga Exco Kerajaan Kelantan turut menjelaskan, PAS sama ada kerajaan tidak pernah membayar sesiapapun sebanyak RM4juta untuk menjatuhkan kerajaan termasuk bekas Perdana Menteri sebagaimana yang didakwa.
Menurutnya, Global Media Channel (GMC) hanyalah ditubuhkan sebagai PR media.
Katanya lagi, sebagai sebuah syarikat yang tidak terikat dengan mana-mana pihak, ianya lebih menjuruskan pada konsep perniagaan sama ada dengan kerajaan negeri mahupun parti.
“GMC yang diurus oleh seorang yang professional dalam bidang-bidang tertentu telah menggerakkan beberapa projek melalui syarikat terbabit.
“Antara perkara yang dia buat ialah buku yang bertajuk ‘Sketsa Tuan Guru Sebagai Seorang Pemimpin Rakyat’ di mana dalam buku terbabit banyak mempamerkan gambar-gambar Tuan Guru,” ujarnya.
Tambahnya, pelbagai aksi Tuan Guru terkandung dalam buku tersebut dan ianya diedarkan dalam pilihan raya umum 2008 lalu.
Katanya lagi, seperkara lagi yang di buat oleh syarikat GMC ialah poster Tuan Guru sedang berdoa di mana gambar-gambar itu juga disebarkan kepada rakyat di negeri ini.
“Ada maklumat yang menyatakan saya membayar pada GMC RM40,000, sebenarnya saya membayar lebih daripada jumlah itu,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, rakyat tidak perlu mempersoalkan di mana peruntukan itu diambil dan jangan berfikir sebagaimana pemimpin Umno berfikir.
Husam menambah, sekiranya rakyat memikir sebagaimana Umno berfikir, sampai bila-bilapun peruntukan lebih RM40,000 itu tidak akan terjumpa.
“Kalau berfikir dengan otak PAS, begini jawapannya, Allah akan menggandakan segala perbelanjaan untuk perjuangan fisabillillah dengan berlipat kali ganda dengan tidak menzalimimu.
“PAS sering dibantu oleh jutawan serta golongan korporat yang ingin mendapat keredhaan Allah di atas apa yang mereka belanjakan,” ujarnya.
Kerana itu, tambahnya mereka sering membantu PAS dalam sumber kewangan untuk membantu perjuangan parti itu dalam menegakkan syiar Islam di negara ini.
Katanya, peruntukan yang dikatakan RM4 juta memang besar sebab dikira dengan perbelanjaan sewa bangunan berkenaan.
“Nasib baik sewa bangunan di Kelantan, kalau sewa di Putrajaya lagi besar perbelanjaannya, kita ni kena kira biar betul dan jelas,” ujar Husam lagi. (HarakahDaily, penuh di sini)
Terima Kasih YB Dato’ Haji Husam Musa di atas penjelasan itu. Sekarang Husah sudah jelaskan beliau berusaha mencari duit bagi dilaburkan untuk mengukuhkan PAS. Saya tahu ada pimpinan lain dari PAS juga hebat mencari duit. Kalau Husam laburkan RM4 Juta untuk GMC dan akan usahakan RM20 Juta (sebenarnya RM200 juta kata Husam pada saya) untuk tawan Putrajaya, kemanakah wang yang dicari oleh pimpinan PAS lain dilaburkan?
Pimpinan yang pandai cari duit ini bersorak-sorak bila mereka sangka saya menyerang Husam. Sekarang mahukah mereka bersorak-sorak mendedahkan bahawa wang yang mereka cari hasil jual beli balak dan projek Kerajaan Negeri juga mereka laburkan untuk Parti? Adakah mereka seberani Husam?
Mungkin Ahmad Fadhli Shaari, Setiausaha Akhbar MB Kelantan dan Mohamad Zaki Ibrahim, Timbalan Speaker DUN Kelantan mahu mencabar blogger murahan dan blogger budak budak kampung ini dedahkan itu juga? Kalau mahu silakan, saya dah rindu dendam mendengar kenyataan media anda berdua.
kalau dah tahu tak boleh kena air..jgn dirikan rumah di tepi sungai..
Kalau hanya tahu pegang cangkul..pahlawan bloger jgn di duga..
Diam itu lebih baik kpd kamu berdua…nasihat
Memang jijik perangai pemimpin pas selindung sebalik perwatakan warak ,pakai kereta burok pusing kampung, duit ada bejuta-juta mesti duit karut-karut punya la kalu byak tu.Nik Aziz pun buat benda haram gak la, tak ada pun tangungjawab seorang pemimpin, gajinya berbelas ribu dok mengajar kat pondok,rakyat dia tak peduli kira makan duit haram gak la tu.
Mursydul Am apa kalau orang tanya apa-apa kalau orang bukannya nak jawab secara berhemah dia marah orang balik ,orang ni tak layak pun jadi tok guru
dah berapa ramai dah orang yang bertaraf tok guru mengatakan Nik aziz sesat…
Di mana tnga lari??? Kemelut istana klantan parah…tgna harus mnjadi org tgh….kami semua syg kn sultan klantan dan juga pemangku…tp kami pelik kenyataan yg di buat oleh datuk halim pngelola istana, pemangku amat sygkn sultan.. Kami dgn penuh sabar ingin melihat gambar yg terbaru sultan tersenyum bersama pemangku..pemangku anak yg soleh…sheikh tlg zoom kan … Kami arap krisis ini selesai dgn baik.. Tgna, sbg khalifah msti tegas dan berani… Jgn takut…
Jadi apa masalah nya sebenar ni…xda apa2 masalah pun rasanya…apa point yg nak dikelam kabutkan ni?…
Brader Kick, perenggan akhir tu yg saya suka…”rindu dendam mendengar kenyataan media anda berdua”…jawab…jawab….
cayala pak syeh.. dedah lagi..
Jangan berfikir seperti orang UMNO.
Berfikirlah seperti orang PAS.
Ahli politik pas memang pandai menghalalkan perbuatan salah mereka,semoga suatu hari nanti Allah akan bukakan keburukan mereka untuk diadili oleh rakyat jelata.
Tahniah Tuan Sheikh,
Terjahan anda membuat mereka sendiri membuat pengakuan. Perlu lebih banyak pengakuan dan terjahan kerana golongan ini tidak akan meletakkan jawatan dan akan terus mempertahankan diri. Orang lain walau belum di dapati bersalah pun berani letak jawatan demi kepentingan parti mereka. Selesai dulu kes masing-masing lepas tu make a comeback.
aku yang bingai dan selalu comeback home aje
e-Direktori Bloggers Malaysia
beginilah perangai manusia.malu rasanya pada bangsa lain.Itu tak boleh,itu haram,itu dan ini,kopiah & serban tak payah doh ceritalah malu2.
Jangan berfikir bagaimana pemimpin Umno befikir? Tak kiralah samada pemimpin atau bukan pemimpin Umno yg penting orang politik sedang berpolitik dalam soal jawab RM.4juta. Kalau tidak diberitahu maka isu ini akan terdedah pada tomahan dan fitnah. Nak mengaku duit sendir takut dikejar JHDN dan SPRM. Nak kata sumbangan orang tertentu takut pecah rahsia dan tak pegang janji. Nak kata duit seberang laut takut dikaitkan dgn yahudi. Cakap salah tak cakap lagi salah. Jangan-jangan Tok Guru buat ‘duit tarik’ kot. Itu pasal suruh Kickdefella kata GMC tok guru punya.
Apapun PAS kelihatan bermasalah dari dalaman dan luaran. Kata pepatah inggeris…….. clever-clever squirrel jumping,one day surely fall down to earth. Mahfus kena suruh tubuh Suruhanjaya atau panel penyiasat. S/U Agong dah deny yang PAS tidak terlibat kononnya. Nampaknya TGNA kena jawab sebab GMC dia punya kata YB Husam. Mai kita tengok siapa yang punya…..
Ada sesiapa lagi yg nak cabar cara Kickdefella berfikir, silakan kalau masih ada teloq.
laa…xda apa pun bro..ingatkan apa sgt isu ni….hmmm…
Salam Sdr Sheikh,
Satu pos yg amat menarik dan bermaklumat,cukup untuk memerangkap sesiapa yg terlibat dengan agenda licik dan pembohongan ini.Sekarang ini jelas siapa yg bercakap benar dan siapa yg berbohong.
Nampaknya ramai juga yg turut terlibat dengan kes ini.Silap langkah satu kerajaan boleh tumbang.
Syabas Pak Sheik,teruskan perjuangan yg murni ini.
Sheikh,
If what Husam has said is something to go by, then it is quite clear that 4mln allocation is nothing illegal. So I dont see this as a big hoo haa for you to go around town and tell everyone about the deal. In the first place, the amount is too immaterial to talk about.
Move on with life Sheikh. Dont you have anything else to write about? What about writing something on submarine deals or any other topics outside Kelantan? My biggest fear is, if you keep harping on same issue many time over, your writing will soon become irrelevant, which is a waste really because despite all this, I still want to think that you are a good blogger.
Stopa Ali kata dok, Huse kata ya. Nik Aziz denga Haji hadi Senyak. Mulo demo tu kata kalu ulamak senyak tu syaitan bisu.
Salam Sheih
Adakah kemuncaknya berjuta-juta duit hasil balak akan ditemui?
ITU LAH ISI NERAKA JAHANAM
Salam Sheikh,
Pendedahan yang menakjubkan, berani dan telah membuktikan sheikh benar benar mahu memperlihatkan kebenaran kepada mereka yang masih dalam dunia celaru dan keliru, masih terperdaya dengan cakap cakap orang seperti Ustaz Nik Aziz (tak layak dipanggil Tok Guru/Ulamak/Mursyidul).
Cabaran demi cabaran oleh para blogger telahpun disahut oleh Sheikh..Mengapa kini mula senyap membisu pun ada. Agaknya takut kena tempias atau sudah terasa pedasnya.
Husam sudah cuba alih topik ini kepada hal blok L & blok M pula. Siap minta rakyat Malaysia pakat saman kerajaan. Inilah cara PAS mengalih perhatian rakyat kepada topik @ isu lain..
Terima kasih Sheikh kerana telah menyakinkan saya bahawa setiap tajuk di blog ini siap dengan bukti bukannya hanya sekadar bicara kosong.
Allahuakhbar 3X
halal, halal. sebabnya, mereka orang beriman.
kalau orang sponsor pada UMNO dikatanya rasuah. otak apa pas ini. ini semuanya salah fatwa wali selipar dan tok guru bini banyak di trg tu
Duit rakyat diguna untuk buat fitnah. Dasar ular bertopengkan manusia alim. Kopiah putih, hati hitam…ptuihh….
mano nik najis ni sonyap je …. mana tahu takut dok berdoa hantar kapok terbang ke TN SYEH jaga jaga
1. Bertambah kagum saya dengan Dato’ Husam. Ada prinsip, ada agenda, ada perancangan, licik dan mengena…
2. Hati-hati ya Sheikh, cara tuan menulis boleh makan tuan…
3. Apa pun saya melihat isu ini tidaklah seriuh mana. Cuma dibesarkan oleh media bersama isu Amirulrasyid ditembak (diselit bersama isu kesihatan DYMM Sultan Ismail dan Si Zaid ‘biadab’) untuk menutup dua telaga minyak yang tergadai…
4. Apa macam ya Sheikh dengan telaga minyak Kelantan yang tuan ziarahi dahulu, tergadai juga ke?
alhamdulliah , Tuan syed berani mencerita perkara sebenarnya macam mana helah Pakatan Rakyaat sebenarnya terutama yang melaungkan mereka sja yang Islam, dan selalu mengutuk org Umno atau Pemimpin BN. Sekarang terkena diri sendiri.
Salam Tuan Sheikh
Petikan sebahagian daripada kata-kata Ustaz Idris Ahmad (UIA), selaku Ketua Penerangan PAS di dalam blognya bagi menyangkal pendedahan Tuan Sheikh disamping menangkis persepsi buruk orang ramai ke atas parti PAS;
“PAS mahu Kickdefella menyatakan apakah bentuk-bentuk fitnah dan pembohongan yang beliau lakukan untuk memburukan BN dan siapakah yang memberikan kebenaran kepada beliau untuk menyebarkan berita fitnah itu.”
“PAS yakin, setiap jentera Kerajaan Kelantan telah berkerja bersungguh-sungguh untuk membina imej Kerajaan PAS Kelantan. Namun kita tidak pernah mengarahkan mana-mana pihak untuk menaburkan fitnah dan pembohongan. Hatta bagi jentera penerangan parti sekalipun, kita hanya membuat pendedahan yang mempunyai fakta dan kebenaran.
Seandainya terdapat fitnah dan pembohongan yang dibuat oleh blogger itu, jelas beliau sengaja menciptanya dan berbohong kepada semua termasuk kepada orang yang membayar gajinya. Kickdefella perlu membuktikan siapakah yang mencipta pembohongan itu, adakah pimpinan PAS atau dia sendiri yang merekanya demi untuk membodek Kerajaan PAS selama ini.”
Petikan dari penjelasan Tuan Sheikh tentang isu fitnah..
“Pada satu ketika, saya maklumkan bahawa saya membawa bahan yang sudah siap untuk dicetak kepada seorang exco untuk kelulusan. Saya kata, “tapi yang ini ada berunsur fitnah…”
Exco tersebut kemudiannya membaca sebuah hadith kepada saya yang sudah saya lupa, cuma yang saya ingat ialah ulasan daripada hadith yang dibacanya itu ditafsirkan sebagai membenarkan kita melakukan demikian ke atas musuh kita.
Satu ketika lain, saya dibacakan beberapa keratan ayat Al Quran dan kemudiannya tafsirannya yang mengisahkan perjalanan Nabi Khidhir. Penjelasan diberi kepada saya, sekiranya matlamat kita jelas, kita dibolehkan melakukan perbuatan yang tidak dibenarkan dalam suasana biasa.”
Ulasan saya,
PAS kata mereka tidak pernah buat fitnah, walaubagaimanapun sebahagian dari pendedahan Tuan Sheikh di atas menggambarkan PAS menghalalkan kerja-kerja fitnah kepada sesiapa sahaja asalkan mereka itu musuh PAS.
Sebenarnya pemimpin-pemimpin PAS ni sangat pandai bermain dengan kata-kata. Diputarnya ‘stearing’ 360 darjah meriam PAS bagi menangkis dakwaan Tuan Sheikh di atas.
Mereka ini mempunyai ‘version’ mereka sendiri tentang makna fitnah dan pembohongan. Tidak hairanlah mereka sanggup berhujah dengan hanya berdasarkan petikan beberapa ayat dari Al Quran dan Hadith bagi menyokong fatwa mengikut ‘version’ mereka sahaja.
Sehinggakan ada di kalangan pemimpin mereka yang berani berkata bahawa hanya ahli PAS sahaja yang akan masuk Syurga. Mereka sanggup berbuat apa saja asalkan matlamat menghalal cara mereka.
Bila ada dari kalangan pemimpin mereka yang melakukan kesilapan, mereka cepat-cepat berdalih dan akan berkata tidak tahu akan satu-satu isu. Sebaliknya mereka akan mengatakan PAS tidak boleh dipersalahkan atas alasan ianya bersifat kesalahan peribadi dan bukannya kesalahan PAS secara keseluruhan.
Akan tetapi, bila yang melakukan kesalahan itu bukan dari ahli mereka, contohnya kes isu sorang remaja 15 tahun, Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak polis 26 April lalu, dicanai dan dihebah satu Malaya oleh mereka, yang peliknya Ketua Polis Negara dan Kerajaanlah yang menjadi mangsa dan persalahkan pula oleh mereka. Inilah amalan ‘double standard’ mainan pemimpin PAS sekarang ini.
Sebaliknya bila berlaku kes motosikal yang di naiki anggota tentera yang MAUT kerana di langgar oleh kenderaan Tian Chua (PKR) tidak lama dahulu. Kes ini tidak pula mendapat liputan meluas oleh pihak PAS. Kerana apa, kerana PKR adalah sekutu kuat kepada PAS.
Amalan mereka yang suka memilih tentang sesuatu isu, seolah-olah mereka tidak konsisten dalam menangani sesuatu permasalahan hatta terkeluar dari pegangan prinsip kehidupan mereka sendiri.
Mereka ini sedikitpun tidak merasa malu, seolah-olah sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan mereka akan dianggap sebagai bodoh dan kurang ilmu agama dan tidak terkecuali kepada ilmuan-ilmuan islam hatta para-para mufti yang nyata tidak berani serta takut untuk berhujah dengan mereka.
Inilah salah satu kelemahan dan kesilapan terbesar parti pemerintah yang terlepas pandang dalam hal ini. Permasalahan di atas rasanya dapat dikurangkan jika ada suara-suara yang bertenaga diberi peluang untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan menteri-menteri kabinet yang lainnya.
Oleh kerana adanya ketidak seimbangan ini, jadilah mereka yang ada di dalam pimpinan PAS sebagai pemimpin yang keras hati serta ego yang tidak boleh diubah-ubah padahal di dalam hati kecil mereka, mereka tahu bahawa apa yang mereka perjuangkan sebenarnya hanyalah untuk kuasa politik yang berkhiblatkan Putrajaya sahaja dan bukanlah 100% untuk perjuangan islam.
Sedarlah wahai pemimpin-pemimpin PAS, perbuatan anda telah banyak menyimpang dari perjuangan PAS yang sebenarnya. Sebelum terlambat, kembalilah ke pangkal jalan.
Tuan Syed, Husam,GMC dan wang RM.4juta ‘is tip of the iceberg’. Isu ini ada link dgn kemelut yg lebih hangat. Untuk menggerakan operasi gerak saraf, Sdr.Kick sudah pasti terlatih di bidang psywar. Penulisan dan pendekatan yg digunapakai penuh muslihat dan jerangkap samar. Dah ramai yg terpijak periok api. Beliau telah menggunakan network dalamannya dengan baik.
Pengakuan Husam adalah jalan keluar yg hanya sementara. Beliau memaksa dirinya menjadi kambing hitam untuk melindungi sesuatu yg lebih sensasi. Episod ini akan berakhir dgn kibaran bendera putih memohon kompromi. Bagaimanapun kita tunggu hasil siasatan SPRM yg berkemungkinan tanpa sebarang dakwaan. Terkecuali sekirannya dana dari sumber yg haram .
PEMIMPIN PAS PAT LIMA KERAT NI PATUT BERTOBAT, JGN IKUT PERANGAI MCM UMNO, INSAFLAH!!
u kata GMC yang empunya tok guru(husam suruh u jwb camtu)hari ni husam kata GMC ni boleh niaga pulak…dalam erti kata lain wujud satu kontroversi
As I said, kickdefella probably step on his own trap. U just do not know that PAS dont need to use their balak to get 4 mill, they can simply get it with a mere phone call. I wonder what you are doing while in PAS. You just dont want to spend time to learn about this organisation. Dont u see you are the only one who shouting about this issue. even UMNo and kerajaan dont give a concern coz they knew PAS already. They just wait for accidental good point from unpaid blogger like you that might help them in their campaign. lol. Pity on you. Just another horse for free ride.
Cpt pula kerajaan tgna melantik panel perubatan utk mengesahkan ksihatan tuanku, tp lmbat pula tgna melantik panel utk mngesahkan kbenaran isu2 yg di bawa oleh sheikh..Islam skrg sudah pelik..xmcm dulu2 lg…ble kpentingan rakyat dilambat2kan, tp kpntingan pas dipercepat2kn pula…mungkin klantan akn dilanda kemarau yg pnjg tnda kemurkaan Allah trhdp pmimpin ..nauzubillah
salam..
kenapa sejak kebelakangan ini tidak nampak kelibat DS Hadi Awang? kemana beliau pergi.. ? pelik…
Not illegal? Sedekah atau derma dekat PAS memang lar tak salah. Nak tahu derma tu ikhlas ker tak? Ker kena paksa sebab nak dapat kontrak balak? Tak payah main sembunyi2, dedahkan sahaja sapa yg bg derma tu dan dedahkan juga senarai nama penerima konsesi balak, kontraktor terlibat dan siapa yg menjual hasil balak tu….baru boleh buat cross check…..Dulu beria2 suruh UMNO keluarkan senarai pemilik AP, UMNO buat tapi Kerajaan Isle Pas tak leh nak buat….
wahai husam, ingatlah bahawa bayaran rm4 juta itu alalah benar, global media channel itu adalah benar, nik ajis itu adalah benar, celako celako celako itu adalah benar, hutan balak itu adalah benar, idris ahmad itu adalah benar, kickdefella itu adalah benar. lim kit siang itu adalah benar, lim guan eng itu adalah benar, karpal singh itu adalah benar, anwar ibrahim itu adalah benar, benar benar benar………….. mu tak takut ke wahai husam????
Sebenarnya Pas bukan setakat GMC ini sahaja yang memfitnah UMNO bahkan dalam menggugatkan kepercayaan orang Islam terhadap UMNO, yang menafikan perjuangan Islam UMNO mula berlaku pada bulan Ogos 1963 iaitu Dewan Ulamak PAS Kelantan telah mereka-cipta hukum: “Orang Islam yang bekerjasama memerintah Negara dengan orang kafir menjadi kafir atau sekurang-kurangnya haram”. (Kenyataan boleh lihat dalam Kertas Putih Ancaman Keselamatan bertarikh 08 November 1984). Hukum seperti ini adalah sebenarnya PAS telah mengharamkan perkara yang harus. Sebagai bukti pada akhirnya sekarang ini PAS juga terpaksa meniru cara UMNO bekerjasama dengan parti DAP walaupun DAP secara terbuka menentang pembentukan negara Islam (sila lihat Harakah 12.04.1999 dan Utusan Malaysia 22.04.1999). Oleh itu terbuktilah bahawa pimpinan PAS sengaja menyelewengkan hukum Allah buat memfitnah UMNO. Ketika mula mengkafirkan UMNO pada tahun 1963 dahulu sejarah Nabi Muhammad s.a.w. bekerjasama dengan Yahudi Madinah langsung tidak dibawa; tetapi ketika PAS mahu menerima DAP, maka Mursyidul Am PAS Nik Abd. Aziz Nik Mat baru buka cerita menghalalkannya (Berita Harian 12 Mei 1999). Ulamak yang beginilah sepatutnya mesti ditentang oleh seluruh umat Islam; kerana beliau rela berbohong menyembunyikan kenyataan demi kepentingan diri dan kumpulan dan sesuai dengan maksud ayat al-Quran “KHUSYUBUN MUSANADAH” yang disebut dalam ayat 4 surah al-Munafiqun sebagaimana maksudnya: Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan dan tingkah laku mereka; iaitu badan mereka yang segak, pakaian mereka semacam orang Islam tulen, dan tutur kata mereka pula yang manis serta senyuman mereka yang menawan; dan apabila mereka berkata-kata di dalam majlis perjumpaan denganmu, engkau juga tertarik hati mendengar tutur katanya, lantaran manis dan petah bercakap mengenai ayat al-Quran dan Hadith. Dalam pada itu mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar di tepi-tepi dinding, batang-batang kayu yang tidak mempunyai akar atau tunjang dan tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki, bahkan selalu berputar belit hukum-hakam dan kerja-buat mereka. Dalam hal ini mereka tidak ubahnya seperti bayang-bayang kosong sahaja. Kerana merasai bersalah, mereka sentiasa dalam keadaan cemas sehingga menyangka tiap-tiap jeritan atau riuh rendah yang didengar oleh mereka, adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya, oleh itu berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka daripada rahmat-Nya. Pelik sungguh! Bagaimana mereka dipalingkan oleh hawa nafsunya sendiri daripada kebenaran? (KEFAHAMAN AYAT (4) AL-MUNAFIQUN)
Kalau dulu PAS pernah mengeluarkan fatwa atau kenyataan karut seperti ini, maka tidak menghairankan Nik Aziz telah sekali lagi menyatakan bahawa menyokong UMNO menjadi sesat, walau bagaimana pun kenyataan terakhir ini lebih ringan berbanding dulu. Kerana dulu orang Pas kata menyokong UMNO menjadi Kafir, kini telah berubah menjadi sesat atau tidak akan masuk syurga sahaja. Yang anehnya ada manusia yang boleh percaya hukum tersebut sedangkan syurga atau neraka bukan hak mutlak kepunyaan Nik Aziz. Firman Allah yang bermaksud: Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata: “Tidak sekali-kali akan masuk syurga melainkan orang-orang yang berugama Yahudi atau beragama Nasrani”. Yang demikian itu hanyalah angan-angan mereka sahaja. Katakanlah: “Bawalah kemari keterangan-keterangan yang (membuktikan kebenaran) apa yang kamu katakan itu, jika betul kamu orang-orang yang benar”. (Apa Yang kamu katakan itu adalah tidaklah benar), bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya melalui agama Islam) sedang ia pula berusaha supaya baik amalannya, maka ia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya, dan tidaklah ada kebimbangan (daripada berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita. (Ayat 111 & 112 surah al-Baqarah)
Sebenarnya gabungan antara kaum tajaan PAS dan PKR hanya sekadar keperluan untuk menang pilihan raya sahaja; bukan untuk survival bangsa, lagi pun tidak ada perlembagaan bertulis(khusus) bagi rujukan ahli jika terdapat permasalahan sepanjang masa. Adapun gabungan tajaan UMNO dan parti-parti lain dalam Barisan Nasional mempunyai perlembagaan bertulis yang lengkap dan berterusan serta jelas dan bertanggungjawab. UMNO melakukan cara tersebut kerana mengambil contoh perjanjian Nabi Muhammad s.a.w. dengan orang bukan Islam dulu juga mempunyai kertas perjanjian bertulis.
ANTARA DOSA NIK AZIZ IAITU MELAKUKAN ACARA AGAMA BUDDHA
TUMPAT, 11 Nov 2008 – Satu majlis bersejarah dapat disaksikan di sini apabila wakil istana Diraja Thailand, Dr Tej Bunnag bertemu dengan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat di Wat Pikulthong.
Pertemuan itu berlangsung sempena majlis penyerahan Kathin Diraja Thailand (kain kuning) pemberian Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej kepada wat tersebut yang akan dijadikan pakaian sami dan disampaikan oleh Nik Aziz. Dalam majlis ini Nik Aziz berkata: “Saya tidak pandang masalah bangsa. Mereka adalah rakyat saya. Semuanya dalam jagaan saya dan sekiranya mereka ada masalah, mereka boleh berjumpa ketua kaum masing-masing untuk diketengahkan kepada kerajaan.
PENGENALAN SURAH AL-KAFIRUN
Surah Al-Kafiruun(Orang-orang kafir) adalah sebuah surah Makkiyyah, yang merupakan surah mengenai Tauhid dan pembersihan daripada segala bentuk syirik dan kesesatan. Surah ini adalah suatu tindak balas dan jawapan tegas terhadap tindakan orang-orang musyrik yang telah mempelawa dan mengajak Rasulullah s.a.w. mengadakan persefahaman, toleransi dan perdamaian dengan cara baginda menyembah atau melakukan upacara agama berhala satu tahun, dan mereka pula akan menyembah Allah SWT setahun kemudiannya. Maka turunlah surah ini bagi memutuskan segala harapan dan angan-angan mereka. Dengan turunnya surah ini, maka berakhirlah segala bentuk pertikaian dan perebutan pengaruh di antara kedua golongan itu: Golongan orang beriman dan golongan penyembah berhala, dan rancangan cetek dan bodoh itu pun ditolak dengan tegas.
Mengikut Tafsir Pimpinan Ar-Rahman halaman 1739 seperti berikut:
Bahawa kandungan ayat 1 – 6 ini mengingatkan kita supaya tetap di atas dasar tauhid dan cara-cara beribadat menurut apa yang dibawa oleh junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w. sekalipun banyak gudaan dan tipu helah daripada pihak musuh-musuh Islam dan orang-orang yang sesat untuk menjadikan kita menyeleweng daripada jalan yang benar.
PERHATIAN. Sila lihat dalam kitab Mukadimah Mastika Hadis muka surat 411 dalam bab perkara yang boleh merusakkan Iman melalui perbuatan ialah: melakukan upacara ibadat yang lain daripada Islam.
ULASAN: Orang Pas lebih menyayangi orang DAP yang doanggap kafir harbi berbanding orang UMNO yang sama-sama beragama Islam. Sebagai bukti Pas rela bertelagah dengan Umno dan walaupun Umno mengholor tangan ingin melakukan perdamaian, namun ditolak oleh Pas, sedangkan al-Quran mengarah seperti maksud ayat berikut: Dan jikalau dua puak daripada orang-orang yang beriman berperang/berbalah, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh, maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berlaku adil. (Ayat 9 surah al-Hujuraat)
Silat lihat lagi maksud ayat: Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (Ayat 10 surah al-Hujuraat)
Apa yg pelik atau istimewanya bila sebuah parti politik menggunakan cara yang sepatutnya untuk outdo@discredit its opponent/s ?
Cubalah tengok MSM, cuba tengok siaran media setiap kali ada prk atau pru. Bukankah itu juga menggunakan dui, tetapi kenapa tidak dipertikaikan oleh UMNO Goons? RM4j is nothing, not even 0.001% compared to what UMNO spent to kill off@discredit PAS.
And here, among others, that SPR has failed – fails to regulate and enforce on election spending budget by political parties.
Afterall, well, this is Malaysia. What do you expect?
Sheikh,
Apapun yang sheikh tulis, yg jawabnya pasti ada putar belitnya. Kami nak nilai sejauh mana “bersihnya” parti Pas yang selalu kutuk parti lain…
Saya mengucapkan tahniah kepada Sheih yang :
1.menyiarkan kenyataan Husam ini. Walaupun mungkin ada orang-orang yang selama ini mengapi-apikan Sheih agar menyerang Husam habis-habisan tidak puas bernyawa dgn kenyataan ini. Bagi mereka, nampaknya Sheih pun tidak menghitamkan Husam atas segala elemen dan episod GMC ini. Bahkan GMC pun tidak 100% beroperai sebagai machine perang-saraf PAS.
2.Sheih telah berjaya mendedahkan pemimpin-pemimpin PAS yang waktu senang dahulu beriya-iya menggunakan platform GMC, waktu yang disangka terkepit, mereka buat tidak tahu-menahu dan buat muka bodoh dan berdalih “semua tu kerja Husam seorang”.
3.Sheih berjaya menjaga kewarasan dan keseimbangan walaupun waktu perang. Apa yang media kata sedangkan Sheih sebenarnya tidak kata ialah RM4 juta itu adalah rasuah. Sheih tentu akan mengiyakan yang Husam cakap yang pembiayaan RM4 juta itu bukan dari salah-gunakan pemberian kawasan balak, konsesi secara monopoli pemasangan bill-board. kawasan ladang kelapa sawit atau lain-lain anugerah kerajaan. Saya teringat sikap Salahuddin al-Ayyubi ketika berperang melawan tentera salib pimpinan King Richard, ketika King Richard cedera parah, Salahuddin menghantar doktor pribadinya untuk merawat King Richard, Dia mahu berperang secara genteleman, bukan sebagai oppurtunist. Saya jangka dan harap Sheih pun aakan bersikap lapang dada seumpama itu, kerana itu adalah ciri-ciri peribadi besar.
4. Pihak dalam PAS yang mahu melihat Husan tersembam di tendang oleh Kickdefella, pihak UMNO yang sudah merancang kenduri arwah untuk karier politik Husam agak tergamam, kerana dalam posting ini jelas tersirat perasaan kasih-sayang, hormat dan mengakui kelebihan masing-masing sangat jelas. Masaalah berlawan, bertempur itu soal lain. Hang Tuah mengakuyi kelebihan Hang Jebat, Hang Jebat mengetahui kelebihan Hang Tuah. Seorang mahu tegakkan kebenaran dan menuntut bela dan keadilan sedangkan seorang lagi mengutamakn kestabilan dan ketaatan. Hang uah kenal Hang Jebat lebih daripada orang lain, begitu juga Hang Jebat mengenali Hang Tuah. Sheih kenal hati-budi Husam lebih daripada pemimpin-pemiompin PAS yang sekarang sedang mengapi-apikan Sheih agar terus mengamuk, Sheih kenal Husam lebih daripada orang UMNO yang mengharapkan Sheih menendang mati Husam, Husam juga mengenali sheih.
5. Tetapi akhirnya apabila Hang Jebat ditikam oleh Hang Tuah, Hang Tuah telah meriba tubuh Hang Jebat yang parah dengan penuh kasih-sayang sebagai seorang saudara dan sahabat. Masing-masing tahu kedudukan dan watak masing-masing,,,, alangkah pilunya kesudahan itu. Tetapi episod ini belum kesitu, Tun Perak belum menghantar Hang Tuah ke Ulu Melaka, Tun Perak belum melapurkan kepada Sultan tentang ‘kematian’ Hang Tuah, Hanya Hang Jebat sahaja telah mengamuk dan sekan-akan kadang-kala mabuk darah. Walaupun sudah ada orang-orang yang telah berkira-kira untukmengerat kain putih sebagai kafan, sedang mencari kapur barus dan daun daun bidara untuk memandikan mayat, kalau boleh kedua-duanya sekali. Biarlah dikebumikan pada lahad sejarah yang satu pada suatu sudut tanah kubur yang tidaka akan diziarahi dan diingati ramai…..
Salam Tuan Sheikh.
Saya amat bersetuju dengan pandangan serta hujahan yang bernas dari saudara Aman Bin Daud. Andalah sebenarnya pejuang islam yang tulen.
Hanya mereka yang tinggi ilmu agama seperti saudara Aman Bin Daud berupaya berhujah dengan pemimpin PAS yang tergelincir aqidah ini.
Kita perlukan lebih ramai sahabat seperti saudara Aman bagi menyedarkan orang ramai akan kesalahan pemimpin PAS sekarang ini yang telah banyak menyeleweng serta memecah belahkan orang-orang islam di Malaysia.
set2 pas kalau malu, letak jawatn laa semua.kita wat pilihan raya negeri lak.
Arakian, maka tersebutlah satu kisah disebuah kampung, seorang pemuda menjerit-jerit..”pencuri, pencuri!!!”
Lalu orang kampung pun keluar dan bertanya “mana pencuri, mana pencuri?”
Pemuda itu pun berkata “di sana, di sana…pencuri lari ke arah sana!!”
Orang kampungpun berlari ke arah yang ditunjuk oleh pemuda tersebut untuk menangkap pencuri yang dimaksudkan.
Setelah orang kampung lari meninggalkan rumah untuk mengejar pencuri, pemuda tersebut pun mengambil barang-barang yang ditinggalkan oleh orang kampung. Sebenarnya dia lah pencuri yang sebenar.
Itulah sikap pemimpin PAS. Mereka menjaja siang dan malam menuduh pemimpin UMNO korapsi dan memakan duit rakyat. Setelah rakyat mula percaya dengan apa yang mereka dongengkan, maka merekapun melakukan perbuatan yang selama ini dituduhkan kepada pemimpin UMNO.
Aku minat satu statement Husam ” rakyat tidak perlu NEMPERSOALKAN di mana peruntukan itu diambil” dan jangan berfikir sebagaimana pemimpin UMNO berfikir ..
Jawapan aku mudah je ‘ KEPALA BAPAK KAU “
salam,
kebnyakan ustaz2, tok2 guru yg ada lonii ustaz/ tok guru dunia belako…payoh nak jupo serupo tok ayah leh, tok guru baqok, tok ayah mud (anak2 tok kenali)…diaorg nii x de la sibuk nak berparti….betapa rindu nya aku saat bersama-sama iktiqaf di masjid lama di kubang kerian….
semalam g tengok SANG BERAHI ceramah FITNAH kat Lorong 4, Tmn Saujana Plentong, JB.
1.Tanya ngan PEMUDA PAS TEBRAU knapa panggil ANU bagi FITNAH?? Tokoh PAS yg POWER kan ada.. jawbnya..”lebih MUDAH nak PECAHkan UMNO guna SANG BERAHI ni..”
2.tabur FITNAH selama hampir 1 1/2 jam, Xde FITNAH lain.. APCO, DSN, anak2 Tun, melaga-lagakan MELAYU, maki hamun, MENGHASUT..
3.hasrat untuk MENGUMPUL lebih
5 RIBU PENDENGAR FITNAH tidak kesampaian apabila hanya kurang dari 800 org yg HADIR termasuk KAKI PUKUL belakang yg dibawa oleh SANG BERAHI dari KL dan hanya 22% PENYOKONG berbanding ATAS PAGAR & ORANG KAMPUNG..
4.selesai FITNAH, PEMUDA PAS pening kepala.. muka BERKERUT!! camne nak BAYAR ANU kalau SUPPORTERS Xsampai 1000 org, DUIT COLLECTION Xcukup.. ingat PENCACAI ANU & KAKI PUKUL belakang yg DATANG DARI KL tu FREE ke??
5.SANG BERAHI sedar, TAKTIK nak KENCING org bandar guna IT dah BERKUBUR.. SEMUA LUBANG Anu dikorek dalam internet.. paling MUDAH, KENCING orang kampung plak!
6.masa bersurai, kawasan FITNAH penuh SAMPAH yg Xdibersihkan oleh PENGANJUR FITNAH.. time tu ada PASAR MALAM plak, HORMAT RAKYAT ke buat FITNAH kat kawasan BERNIAGA?? tengok muka PENIAGA semua TENSION, mana tak.. camne orang kampung nak g pasar malam bila laluan SESAK dengan LANGAU LUAR??
7.SILAPnya.. Xnampak PEMUDA BN, hanya PEMUDA UMNO yg tagak sorang-sorang.. SANG BERAHI plak datang dengan Chua Juboq Mei & geng-geng PASrael JB.. JANGAN jolok ANUwar secara SOLO, gunakan BN untuk buka mata RAKYAT dan BOGELkan SANG BERAHI… baru nampak UNITED!!!
p/s; tengok BODYGUARD & PENCACAI ANU, semuanya MUDA belaka.. Xde yg KENAL siapa ANU sebelum era 80’an, kesian PEMUDA MELAYU kena KENCING hidup-hidup!!!
kesian penyokong2 Parti PAS…rela gateh (kayuh) basikal nak pergi dgr ceramah parti …siap bagi derma lagi…ikhlas berjuang demi utk islam tapi pemimpin2 PAS hanya kenyangkan perut shj….
pas sepatutnya jaga negeri kelantan dulu terutamanya institusi beraja yang bergolak sekarang daripada duduk sibuk nak menawan putrajaya konon…
TG Nik Aziz diamkan diri je walaupun taufan melanda,
tungu kawan dia si syaitan bagi idea la tu,
dia jgak yang akui sangup bersekongkol dgan laknattulah tu…..
inilah pemimpin berjiwa syaitan….
Mujurlah Aku tidak menjadi org yg diperbodohkan oleh UTUSAN,TV1, TV3, dan BHARIAN. Zaman IT ni, banyakm sumber lain yg betul dpt dicari.
Alaaa kalo tgna n pas ikhlas berjuang, dh lama diorg bising2 ble geng2 polis(utk) acu kan snjata kat tuanku…kalo kn kt dap bising gle geng2 mnafik ni..aku dh mula mnyampah nk sokong pas ni…
Syed Sheikh! Pertama kali saya memohon ampun kepada Allah SWT jika saya ada terselit dalam hati saya sifat takbur atau riak yang tidak disenghajakan dalam tulisan ini. Percayalah saudara Syed tidak keseorangan dalam hal ini, Saya salah seorang menawarkan diri untuk menjawab segala tuduhan yang dilimparkan terhadap saudara jika kata-kata tersebut melibatkan HUKUM. Untuk pengetahuan Syed saya Insya-Allah mampu melawan puak-puak Pas yang telah sesat dan menyesatkan ini.
Pada mulanya saya menunggu kot-kot ada pemimpin Pas yang kononnya berwibawa terhadap Islam menentang tulisan saya, tetapi nampaknya setakat ini tak ada, walau bagaimanapun saya lontarkan juga perkara yang saya fakir boleh menguntungkan umat Islam dan boleh menghancurkan kharafat yang di reka-cipta oleh pembawa BIDAAH modern ini. Kali ini saya paparkan antara penyelewengan Nik Aziz lagi terhadap Islam.
Memetik kata-kata Nik Aziz Nik Mat, mengikut Utusan Malaysia, 24 Januari 1999. “Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima.” –
Islam telah mengkategorikan orang kafir kepada 4 golongan. Kafir Zimmi. Kafir Muaahad. Kafir Mustakman dan Kafir Harbi.
Kami Zimmi tidak ada di Malaysia. Kafir Muaahad ialah kafir yang dibuat perjanjian “Tahaluf Siasi” seperti MCA, MIC, GERAKAN dan yang berada dalam BN. Kafir Harbi ialah kafir yang menentang orang Islam, yang berkata kalau orang Islam nak laksana hukum Islam langkah mayat kami dahulu dan kalau di Malaysia mereka menentang Raja-raja Melayu sebagai yang merupakan Pemegang Amanah agama Islam yang dilindungi oleh Perlembagaan Malaysia. Semua kafir lain daripada kafir Harbi yang tidak menentang Islam boleh dibuat pakatan belaka, tetapi di Malaysia yang jelas menentang Islam ialah kafir DAP
ISLAM MELARANG KERJA SAMA DENGAN KAFIR HARBI SEPERTI DAP
Sila lihat ayat 9 Surah al-Mumtahanah
Maksudnya: Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu daripada kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang yang zalim. (Surah al-Mumtahanah ayat 9)
ISLAM MELARANG KERJA SAMA DENGAN KAFIR HARBI DAP
Sila lihat surah at-Taubah ayat 140
Maksudnya: Dan Sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir atau munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana Sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang manufik dan orang kafir di dalam neraka jahannam sekaligus. (Surah at-Taubah ayat 140)
ISLAM MELARANG KERJA SAMA DENGAN KAFIR HARBI DAP
Sila lihat ayat 28 Surah Ali-‘Imran
Maksudnya: Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) daripada Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti daripada pihak mereka (orang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap Kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). dan kepada Allah jualah tempat kembali. (Surah al-Imraan ayat 28)
ISLAM MELARANG KERJA SAMA DENGAN KAFIR HARBI DAP
Sila lihat surah al-Mumtahanah ayat 1
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil musuhKu dan musuh kamu menjadi teman rapat, dengan cara kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita rahsia orang-orang mukmin) dengan sebab hubungan baik dan kasih mesra yang ada di antara kamu dengan mereka, sedang mereka telah kufur ingkar terhadap kebenaran (Islam) yang sampai kepada kamu; mereka pula telah mengeluarkan Rasulullah s.a.w. dan juga mengeluarkan kamu disebabkan kamu beriman kepada Allah Tuhan kamu. (Janganlah kamu berbuat demikian) jika betul kamu keluar untuk berjihad pada jalanKu dan untuk mencari keredaanKu. (Tidak ada sebarang faedahnya) kamu mengadakan hubungan kasih mesra dengan mereka secara rahsia, sedang Aku amat mengetahui akan apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu zahirkan. dan (ingatlah), sesiapa di antara kamu yang melakukan perkara yang demikian, maka Sesungguhnya telah sesatlah ia daripada jalan yang betul dan lurus. (Surah al-Mumtahanah ayat 1)
KAFIR YANG DIBOLEHKAN BEKERJA SAMA
Sila lihat ayat 8 Surah Al-Mumtahanah
Maksudnya: Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang yang tidak memerangi kamu kerana agama kamu, dan tidak mengeluarkan kamu daripada kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil seperti terhadap golongan wanita dan kanak-kanak. (Surah al-Mumtahanah ayat 8)
Demi menjaga kebosanan saudara membaca, maka kesemua ayat yang saya paparkan ini akan saya ulas pada hari lain.
tn kick, PAS nie bukan parti yang berteraskan Islam sangat..dia orang nie pun manusia jugak ada nafsu..nik aziz nak tunjuk dialah yang faham sangat pasal agama..dengan UMNO sanggup bermusuh tapi dengan Cina berpeluk-peluk pi rah…
Aku rasa tgna n sultan klantan xngam… Dia x Pegi ziarah pom org sakit… Kemelut yg mlanda dia buat dak je…mcm ni ke pmimpin nk jaga Islam dan bangsa melayu…lim guan eng ckp akn berlaku peperangan di antara cina n melayu mcm pnh brlaku dulu jika tidak brlaku adil kpd cina..ko lg teruk dap, setiap Saat mnipu dlm urusan timbangan dan jual beli.. Kalo melayu yg beli harga barang jd lain…melihat kpd sikap tgna dlm menangani isu2 tntg kpentingan melayu,aku tidak Ada keyakinan langsung.. Kalo dulu sblum bergabung dgn dap, aku hormat pas. Tp skrg , aku akn tntang habis2san dlm memperthnkan masa depan anak cucu bangsaku…ko xlyk langsung tgna, sultan klntan pom ko xpeduli, apa lg rakyat klntan yg hina dina yg tinggal di hulu2.. Aku brsumpah dgn Nama Allah, aku akn jatuhkan gabungan pas-dap.. Aku akn halaukan kami dr kampung halamanku… Syaitan yg direjam……ko ingat dgn meletak gambar ko berdoa sambil mnangis bole lupakan aku tntg prjnjian ko dgn dap…tidak skali.. Bahkan tidak sama skali…hancurla krajaan yg merosakkan islam yg sbenarnya…takbir
Salam., sy dengar ada org suk kelantan pakai keta mewah, tp boh suk xbagi bawak gi ofis takut puak2 exco marah…mngikut org itu, exco bwk keta mewah, keta porshe , beetle new model xpe plak…sheikh tlg siasat siapakah exco itu,.. Dgr cter salah sorg penaja gmc,… Abang jak punya proxi.. Tgna, tlg jwb… Jgn jd najis pada pas..najis lembu Ada juga kbaikan kpd rakyat…..kalo rs yb hbt sgt berniaga, xpyh jd yb la. Pg berniaga kt negeri ko, ko kaya sb duk lama duk dlm pas…abih hasil negeri klntan ko tibai.. Tgna! Xde wakil rkyt tmpatan ke yg hebat… Ini belum tadbir Malaysia lg… Nnti xpasal2 lee kwn yew jd pnasihat… Hancur munafik!!!!!ble dah kemarau, baru nk solat hajat minta dgn tuhan…mnangis sana sini…slagi pmimpin derhaka, setitik air hujan xkn membasahi negeri klntan.. Brtaubatla tgna… Berbuat baiklah kpd kedua ibu bapa… Setitik airmata ibu, walaupom kafir, api neraka menunggu .. Nauzubillah
Aman bin Daud, terima kasih diatas penjelasan anda mengenai kerjasama sama PAS dengan DAP, tapi untuk berlaku adil apakata anda ulas mengenai kerjasama UMNO dengan MCA,MIC dan sewaktu denganya, saya tak pandai berhujah tapi rasanya boleh berfikir, pendapat peribadi saya lebih kurang jah PAS-UMNO ni……kalau ader peluang masing-masing gomo belako…
Salam Sheikh,
Banyak orang menganggap Sheikh serang Husam, mcm peribahasa harapkan pagar, pagar hempap padi tetapi mereka masih tidak faham bahawa masih ada orang-orang yang bakal kena menjawab jika seberani Husam.
Pandai kumpul harta maka kena pandailah menjawab dari mana dan ke mana disalurkan,mungkin sorakan dan senyuman orang-orang itu sementara sahaja kerana selepas ini tidur tidak nyenyak lagi, nak bernafas pun semput, nak makan sudah tiada selera.
Mencabar blogger seperti Kickdefella bermakna bala oh bala, menjolok sarang tebuan maka terimalah sengatan berbisa. Balak oh balak kini ada orang sudah mengeletar dan ketakutan, kini mencari dahan balak yang boleh bergantung, tunggu bos keluarkan fatwa tetapi bos turut kebingungan membisu seribu bahasa kini..
Semoga PAS kembali ke pangkal jalan, berprinsip dan Islam yang sebenarnya.
ALLAHUAKHBAR 3X
Hahaha, lawan, jangan tak lawan. hahahha. kasi terduduk itu orang tua, dan dedah lagi habis semua. Selama ni orang tak tahu pasal PAS, ingat bersih sangat
Husam dan jawap…Nik Aziz bila lagi?.
Salam utk pembaca….insyaalah parti yang tidak ikhlas berjuang kerana Allah sedikit demi sedikit dilondehkan keburukannya oleh ahli masing2 atas kehendak Allah, kita sedang melihat doa nik ajis utk melihat kejatuhan dan kemusnahan pemimpin yg berjuang kerana Allah ….terbalik kepada puak-puaknya..inilah kebesaran Allah, maka hamba Allah yang beriman, berfikir dan renungkan senario ini dan mohon kepadaNya agar diberi petunjuk supaya kita tidak kerugian di dunia dan akhirat….amin
ambo tak rok dok kalu tak baca blog Tuan Syed nih…loni koho kow kih sdaro kito Aman Bin Daud pulok..mari mano demo nih !!?
Petikan dari kenyataan pemimpin,
Katanya lagi, rakyat tidak perlu mempersoalkan di mana peruntukan itu diambil dan jangan berfikir sebagaimana pemimpin Umno berfikir.
Bukan ke rakyat telah di ajar tentang amanah dan ketelusan ?. Kalau pemimpin dari puak A misalnya sentiasa diperhati dan dipersoalkan ttg amanah dan ketelusan mereka, apakah atas nama Islam kamu pemimpin berkata tak perlu persoal?.
Double standard le tu namanya. Patutnya kita tunjuk contoh yang jauh lebih baik kerana kita membawa brand Islam. Tak gitu?
ikutmuloh. Saudara! Saya harap saudara baca semula ayat-ayat yang saya bawa tentang kafir yang boleh dibuat kerjasama, adapun kafir MCA memang boleh bekjerjasama kereana mereka tidak secara terang menentang Islam Mungkin saudara tak baca sampai habis ulasan saya tersebut saya pohon baca sekali lagi. T Kasih
rakyat buleh nilai sendiri tentang apa yang berlaku. pemimpin pas dah mula mengaut laba hasil dari pemerintahan pas. masing2 buat demi dengan alasan untuk membantu perjuangan. simpan duit berjuta-juta. yang kaya semakin kaya. time ceramah minta duit penyokong yang simpati. pada hal duit 10 ringgit yang didermakan oleh pengikut tu adalah duit untuk anak bini. dah la mereka ni kais pagi makan pagi… pemimpin dok rompak hasil balak. aduh, apa nak jadi dengan negeri aku ni…. dah lama sangat memerintah kot. tu yang pakat jadi lagu tu. dulu cakap umno yang buat kerja macam tu, lo ni pas pun sama jugak. membangun bersama islam dah jadi membangun bersama kroni balok…. subuh2 cerita bab agama, tengah hari cerita projek, malam cerita pasal nok lobi kawasan balok… pening2….
NIK AZIZ BERDOA AGAR BUTA MATA ORANG
Pada 27 Mei 1999 Nik Aziz Nik Mat telah berdoa yang diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam “Cerah PAS” di Sungai Bakut, Nibong Tebal. Kata beliau dalam bahasa Melayunya ialah:
“Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi supaya mereka tidak nampak simbol lain kecuali simbol Bulan Purnama “ –
Berdoa supaya orang Islam lain dikenakan bala bencana dan sentiasa bersolat hajat agar orang UMNO dikenakan bala’ serta pengundi-pengundi buta mata tidak nampak simbol lain kecuali bulan purnama PAS sahaja dikira perbuatan yang benar-benar bercanggah dengan perbuatan Nabi Muhammad s.a.w. yang menjadi ikutan orang-orang mukmin. Lihatlah bagaimana apabila Nabi dizalimi oleh kaumnya, Nabi tidak pernah menggunakan kekebalan yang ada pada diri baginda, bahkan baginda berdoa dengan katanya yang bermaksud: Ya Allah Ya Tuhan-Ku! Berilah petunjuk kepada kaum bangsaku kerana mereka masih belum mengerti. Selain daripada itu sila lihat ayat al-Quran yang bermaksud:
Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman yang diredai-Nya, ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan-santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang baik-baik dan sedap didengari. (Ayat 63 surah al-Furqan)
Sila lihat ayat al-Quran lagi yang maksudnya:
Dan tidaklah sama (kesan dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; (iaitu dengan cara menghadapi kemarahan dengan bersikap sabar, sikap jahil orang dengan sikap lemah lembut, perbuatan jahat orang dengan memberi kemaafan); apabila engkau berlaku demikian, maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. (Ayat 34 surah Fussilat)
Antara Mukjizat Nabi Isa a.s. ialah boleh menyembuhkan orang sakit mata dan mencelekkan orang buta. Kerajaan telah mendirikan Hospital dan menyediakan pakar-pakar perubatan bagi menjaga masyarakat agar jangan sakit termasuk jaga mata orang ramai. Malangnya Nik Aziz mendoakan orang menjadi buta, tuan-tuan fikirlah sendiri Tok Guru yang menjadi idola setengah masyarakat yang penatik.
itu la sikap PAS…klu orang buat tak boleh tapi klu dia buat…pasai tu tuhan tak terima sembayang hajat dia….
Puak-puak hok dok ikut UMNO kafir doh automatik..PAS pun akan jadi kafir jugak walaupun secara manualnya…
Lebih kurang gini la…kesudahan ceria AMAR BIN DAUD.
Besar dosa puak2 pemimpin nie kalu tak kena caro???
Ciri-ciri ahli politik.
1.Cakap bohong.Putar belit.
2.Cakap tak serupa bikin.Janji manis.Mulut busyuk
3.Makan suap..harta rakyat..
4.Pemimpin berkronisme..Pilih kasih.Tidak adil.
Siapa akuuu????..menghukum semudah itu…
Kerana aku adalah orang ISLAM.
Terima kasih
Mulai sekarang saya memulakan Kemungkaran Parti Pas, dan akan disiarkan secara bersiri.
1. Mungkar kerana tidak menjaga imej negeri yang diperintah.
Selama sembilan belas tahun Pas gagal membina IZZAH (kemuliaan) bagi negeri Kelantan. Kelantan kekal sebagai negeri yang tidak boleh berdikari. Sekiranya Pas berjaya menjadikan Kelantan sebagai negeri yang selama ini dibanggakan oleh Pas iaitu “BALDATUN-TAYIBATUN”(Negeri Baik Yang Mendapat Keampunan Allah) dan “ Lafatahna alaihim Barakatun minasama’ ” (Negeri Yang Dibukakan Rezeki Oleh Allah) tentunya Kerajaan Kelantan tidak perlu mengharapkan satu sen pun duit daripada kerajaan Pusat.
Sekiranya Pas berjaya menjadikan Kelantan negeri yang terbaik dan berkat turunnya rezeki dari langit barulah Kelantan mempunyai “Izzah” iaitu kemuliaan, kekuatan dan kedaulatan. Maka di mana daulatnya Kelantan jikalau Pas masih terpaksa menagih geran peruntukan daripada kerajaan Pusat lebih-lebih lagi terpaksa membuat pinjaman mudah (soft loan) untuk memulihkan bekalan air di Kelantan kononnya, tetapi hingga sekarang rakyat Kelantan masih tak dapat menikmati air bersih secukupnya, sedangkan selama ini mereka mencemuh Kerajaan Pusat.
Maka dari sini mana lebihnya kebaikan Kelantan berbanding negeri-negeri lain yang diperintah oleh Kerajaan BN. Di manakah keberkatan dari langit untuk Kelantan yang diwar-warkan ke seluruh negara selama ini?. Sekiranya Kelantan mempunyai “Izzah”, bukan setakat mereka tidak perlukan bantuan daripada kerajaan pusat, bahkan hasil mahsul Kelantan dapat membantu negeri-negeri lain kerana kononnya negeri lain tidak mendapat keredaan Allah. Kerajaan Pas jangan berkata hasil mahsul Kelantan terpaksa diserahkan kepada kerajaan Pusat maka sebab itu ia tidak boleh berdikari. Ini kerana Pas tidak dapat mewujudkan satu Majlis Kerajaan Tempatan di Kelantan yang boleh berdikari. Tidak ada diketahui satu Majlis Kerajaan Tempatan yang mampu menanggung kos pengurusan dan kos pembangunan tanpa mengharapkan bantuan.
2. Mungkar kerana gagal memajukan ekonomi.
Kerajaan Pas berbeza dengan kerajaan Melayu Melaka kerana Kerajaan Melayu Melaka dulu apabila rajanya memeluk Islam, negerinya menjadi lebih makmur. Kelantan tidak nampak makmur selepas tertubuhnya kerajaan pimpinan Pas pada tahun 1990 yang kononnya Kepimpinan Ulama. Sebagai perbandingan dengan kerajaan Melayu Melaka, pelabuhan di Kelantan tidak menunjukkan pertumbuhan yang membanggakan sepanjang 19 tahun pentadbiran kerajaan Pas. Kelantan bukan pilihan utama pedagang , pengeksport atau pengimport.
Pelabuhan di Kelantan tidak terkenal kecuali bagi pendaratan ikan dan usaha bersungguh-sungguh daripada pihak kerajaan untuk memajukan pelabuhan tidak nampak di mata rakyat. Berbanding dengan Pelabuhan Melaka pada zaman kesultanan Melayu Melaka yang sentiasa sibuk dengan pedagang dari timur dan barat. Kerajaan Pas gagal menjadikan Kelantan sebagai Pusat Dagangan Dunia walaupun kedudukannya yang strategi sebagai laluan perkapalan ke Asia Timur. Apakah kerajaan Pas tidak pernah terfikir mengenai hal ini?
3. Mungkar kerana gagal menyediakan peluang pekerjaan secukupnya
Bidang perindustrian tidak menjanjikan peluang pekerjaan yang mencukupi untuk anak Kelantan. Bilangan kilang dan peluang pekerjaan yang ada tidak setara dengan pertambahan bilangan remaja dan golongan yang mencari pekerajaan. Maka anak muda Kelantan terpaksa meninggalkan kampung halaman dan ibu ayah serta sanak keluarga untuk mencari rezeki di luar Kelantan. Sepatutnya apabila kerajaan Pas memerintah, orang dari luar Kelantan akan berduyung-duyung mencari rezeki di Kelantan, tambahan pula Kelantan diisytiharkan oleh Pas Negeri Membangun Bersama Islam, Bandar Kota Bharu Bandaraya Islam.
Apa yang berlaku adalah di sebaliknya. Kerajaan Kelantan gagal menarik pelabur secukupnya dan agensi-agensinya pula gagal untuk menyediakan peluang pekerjaan secukupnya untuk rakyat. Kerajaan Pas tidak boleh mengaitkan penghijrahan anak muda ke luar Kelantan adalah perkara lumrah dan tradisi rakyat Kelantan.
Rakyat Kelantan khususnya wajib bertanya pemimpin Pas sudah berpuas hatikan kalian untuk melihat dasar yang merugikan itu terus berjalan. Memang betul apabila mereka bekerja di luar Kelantan mereka akan membawa hasil ke Kelantan tetapi tidakkah lebih baik Kelantan menjadi negeri pemberi hasil bukannya penerima hasil. Tidakkah tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima? Apakah usaha Pas selama 19 tahun untuk menjadikan Kelantan negeri yang memberi hasil bukan sahaja kepada rakyatnya tetapi kepada rakyat luar Kelantan?
Pada hakikatnya melalui pelbagai agensi Kerajaan Pusatlah yang telah melaksanakan program peningkatan ekonomi kampung, pemulihan rumah, pemberian makan minum kepada murid-murid sekolah, perpustakaan desa, makanan tambahan di Taman Bimbingan kanak-kanak, projek ternakan haiwan, projek perikanan, skim bantuan buku teks, skim alaun pekerja cacat, khidmat bimbingan dan pengembangan pertanian, membina rumah kepada rakyat termiskin, subsidi baja padi, subsidi harga padi, membuka Pasar tani, memberi peruntukan yang besar kepada kelas fardu ain (KAFA) J_Qaf, pembinaan jalan kampung, membina bangunan sekolah yang baru, dan pelbagai jenis program untuk membantu masyarakat Kelantan. Maka apakah yang boleh disenaraikan oleh kerajaan Kelantan dalam konteks memberi kemudahan kepada rakyat?
Apakah cukup dengan kerajaan Pas membina slogan seperti papan tanda Islam, membina pintu gerbang Islam, membina hotel yang bernama Islam dan mendabik dada kononnya kerana Menteri Besar tidak menerima elaun itu dan ini, bersolat Zuhur dalam gelap kerana jimatkan Letrik? Berapa kalikah dalam setahun Pak Chu, Mak Chu, Pak Da, Mak Da, Tok Wak, Tok Ayah , Pak Chik, Mak Chik, Tok Lebai, Tok Aji yang tinggal di kampong-kampong tidur di Hotel Islam Pas? Sedangkan apa yang diperlukan oleh mereka ialah kemudahan yang terus dapat dinikmati oleh mereka seperti perumahan yang baik, bekalan api elektrik, air yang bersih, jalan yang sempurna dan kemudahan untuk mencari rezeki bagi anak-anak.
Apakah pemimpin Pas tidak pernah memikirkan kepayahan sebuah keluarga yang berpisah dengan anak gadis kerana anak gadis terpaksa meninggalkan Kelantan untuk mencari rezeki ke luar negeri. Apakah ini tidak termasuk di dalam agenda yang dilaung-laungkan sebagai membangun bersama Islam?.
Amat memalukan jikalau inilah situasi yang dijadikan model untuk menunjukkan Kelantan sebagai sebuah negeri Islam, lebih-lebih lagi sebagai serambi Mekkah. Dengan pelbagai kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan pusat, kita hairan bagimana cara berfikir Pemimpin Pas terhadap keadaan ini. Bahkan mereka lebih rela menghabiskan wang berjuta-juta ringgit kerana menuibuhkan pusat FITNAH terhadap UMNO dan Kerajaan Pusat.
u now a bit selective on the comments. I don’t mind when you didn’t approve my previous comments as you are the owner and you have the right to do so. The most important for me is you got and read my message to you. And hopefully you may think about them rather than delete them.
the things that you should be aware of are the results of every thing that you had put them into our spotlight. Most of us have been reading your blogs (and other blogs as well) more than 3 years. This means that we can understand if not incompletely the message you sent to your reader. deep down in my heart I hope every move you made and will make is not emotionally chosen. The thing is now we need to educate the people who is the best or the better people who should serve for the people and the nation. Not the individual.
When I voted last general election, I voted for the best candidate which is apparently a chinese and I am a Malay and a Kelantanese.
for me, what is the most important as a voter and a person who love her country so much, I will always vote tactically (like the rest of other Kelantan voters) who will be represent us in the state and in the parliament. This is not about BN or Pas or DAP, but who is the best or better than other candidate. Well in term of potical party stance, I will also apply the same rule. So from your point of view which is the best or the better party that should rule this country.
I hope the rest of the voters will think as I do. So from now on, the parties will work to produce a good quality of service as we as the voters do not favour corrupted candidates from which parties they represent as they role should be is to represent us in the goverment.
Not for a mountain of gold I will change my vote for a corrupted people.
A corrupted candidate will produce a corrupted party, a corrupted party will produce a corrupted government. A corrupted government produce failure to our nation.
Salam Tuan Sheikh
Maaflah kalau komen saya kali ini terlari sedikit dari tajuk di atas.
Petikan dari Harakahdaily bertarikh 8/5/2010
Bawalah Politik ke Masjid
Oleh Nasrudin Hassan at-Tantawi
“Memisahkan Masjid daripada politik dan aktivitinya yang benar dan tulen mengikut ajaran Islam adalah satu percubaan untuk mensekularkan ummah dengan menjarakkan urusan politik daripada agama .”
Tindakan memisahkan politik daripada masjid hanya menjadikan politik itu kotor kerana terpisah dari ruh agama . Sebetulnya inilah yang sangat diinginkan oleh ahli – ahli politik sekular agar politik mereka bebas dari pengaruh masjid yang mengingatkan mereka kepada syurga dan neraka serta dosa dan pahala . Tentunya politikus duniawi ini akan rimas dan lemas apabila politik mereka diganggu oleh ulama’ atau imam yang mengingatkan tentang dosa pahala dalam berpolitik lantaran politik mereka adalah membujur lalu melintang patah , dihulur aku sapu yang hilang aku tak kisah. Segala elemen negatif seperti politik kebencian dan fitnah yang terbentuk dari aksi politik duniawi dan sekular sewajar dihapuskan kerana politik sedemikian tidak memberi keuntungan kepada ummah dan negara . Justeru itu , masjid bagaikan “washing machine” untuk membersihkan politik dari segala elemen negatif tersebut .
Bawalah politik masuk ke dalam masjid nescaya politik itu akan menjadi tenang , murni dan terhindar dari sebarang fitnah dan kebencian sesama ummah. Bukankah masjid adalah tempat suci yang dilarang keras pengunjung membuat bising tidak tentu pasal apalagi melemparkan fitnah dan menghasut masyarakat agar saling benci membenci kerana masjid adalah simbol perpaduan dan kasih sayang .
Bertolak dari masjidlah , politik ummat Islam harus digerakkan untuk memerangi kemungkaran politik, kebathilan politik , kemaksiatan politik , penyelewengan politik dan penyalahgunaan kuasa politik kerana segala macam kemungkaran , kemaksiatan dan kebathilan itu adalah dosa dan noda yang mesti disucikan sebelum mati bettemu Allah swt.
Inilah bezanya politik Islam yang membawa ke akhirat . Berbanding kitaran politik sekular yang hanya berlegar di kaki dunia dan tidak pun sekali – kali mampu melepasi sempadannya.”
Ulasan saya,
Sebagai saudara seislam, kita sebenarnya telah diasuh dan diajar dari kecil lagi supaya bersangka baik di antara saudara seislam yang lain. Kenapa hendak dipolitikkan tentang isu masjid ini?
Sebenarnya tidak ada bezanya di antara saudara dan saya atau orang-orang islam yang lainnya bila bercakap tentang penggunakan masjid bagi tujuan beribadat atau apa-apa aktivitipun asalkan fungsi masjid itu dapat dipelihara dari perkara-perkara yang boleh memecah-belahkan umat islam. Kerana amalan sebegini adalah amat nyata dan bertentangan dengan suruhan Allah dan Sunnah Nabi.
Anggapan saudara bahawa ada percubaan untuk mensekularkan umah dengan menjarakkan urusan politik daripada agama, pada saya, cuma sangkaan negetif saudara sahaja. Saya hendak tanya saudara apa bezanya seseorang itu samaada dianya seorang ahli PAS atau ahli UMNO bila hendak menggunakan masjid untuk beribadat atau untuk aktiviti-aktiviti agama? Tentunya tidak ada apa-apa perbezaan bukan!
Bila bercakap tentang fungsi masjid, kita sepatutnya melihat perkara ini dalam konteks yang lebih luas. Janganlah saudara menyempitkan fikiran saudara dan orang ramai bahawa semua masjid ini, menjadi hak ‘exclusive’ untuk orang-orang PAS sahaja.
Janganlah berburuk sangka, orang-orang UMNO pun pergi masjid juga. Akan tetapi, kalaulah ahli PAS dan ahli UMNO dibenarkan berceramah atau membuat markas politik sesuka hati mereka di mana-mana masjid yang sama, walaupun di waktu-waktu yang berbeza, apa akan jadi pada pentadbiran masjid itu? kita perlu juga ambil kira pandangan imam-imam, bilal, tok siak dan yang lain-lainnya? Lebih-lebih lagilah bila ada satu-satu pilihan raya.
Kalau hendak ikutkan pandangan saudara di atas, maka berebut-rebutlah orang PAS dan UMNO mahu berceramah di masjid. Tentunya keadaan sebegini akan bercelaru serta akan timbul perkara-perkara yang tidak diingini yang akhirnya boleh mengaibkan orang-orang islam sendiri.
Cuba bayangkan bila yang bertelagah ini berterusan dengan tanpa kawalan sehinggalah ke seluruh Malaysia. Menang sorak, kampong tergadai. Pada ketika itu, pihak pemerintah jugalah yang akan dipersalahkan.
Kita yang hina ini, tidak boleh berbuat sesuka hati kita sahaja. Bila ada undang-undang atau larangan dari pemerintah untuk kebaikan semua orang, kita kenalah patuh. Janganlah kita guna pakai hukum rimba. Orang-orang Asli yang tinggal di dalam hutan berpuluh-puluh tahun itu pun akur dengan undang-undang, apatah lagi diri kita yang lebih beruntung sedikit dari mereka. Banyak-banyaklah bersyukur kepada Allah, dengan keamanan dan keharmonian yang telah diberikan kepada kita.
Oleh sebab itulah keharmonian dan fungsi masjid perlu dijaga dengan sebaik-baiknya. Di dalam hal ini, tidak timbul siapa mensekularkan sesiapa. Janganlah lihat fungsi masjid pada perspektif orang-orang PAS sahaja. Baik ahli UMNO mahupun ahli PAS, semuanya adalah saudara seislam.
Memang menjadi tugas seorang yang berilmu mengajar mereka yang lainnya. Inilah indahnya fungsi masjid yang sebenarnya jika dilihat dari perspektif perpaduan kerana di masjid itulah tempat pertemuan orang-orang islam yang mulia akhlaknya lagi lembut pertuturannya, tidak kiralah dari mana asal mereka itu, atau dari mana parti yang mereka wakili. Matlamat mereka hanyalah satu, iaitulah supaya ibadat dan segala pengorbanan yang mereka lakukan akan mendapat keredhaan dari Allah SWT dan bukannya untuk mendapat kemenangan di dalam pilihan raya semata-mata.
Maaflah kalau saya berpendapat bahawa, saudara berfahaman sebegitu kerana saudara telah ditarbiyahkan oleh PAS dari dulu lagi bahawa masjid sebenarnya adalah sebagai markas untuk orang-orang PAS berparti bagi menjatuhkan musuh utama PAS iaitulah UMNO dan bukannya musuh-musuh islam yang sebenarnya.
Selain daripada itu, kesucian masjid telah dicemar sehinggakan ada yang sanggup mengecat keseluruhan masjid mereka dengan warna hijau dan putih menandakan bahawa masjid itu adalah markas untuk orang-orang PAS sahaja dan bukanlah untuk orang-orang UMNO.
Sehinggakan kalau saudara naik helikopter sekalipun, saudara sendiri akan dapat membezakan dari atas perbezaan warna masjid PAS dengan warna masjid-masjid yang lainnya. Keadaan sebegini amatlah menyedihkan kita kerana bukan setakat fahaman parti sahaja yang dibezakan, malah keadaan fizikal masjid itu sendiripun, dengan sengaja telah dibeza-bezakan oleh mereka semata-mata kerana kefahaman jumud mereka yang sukar diterima oleh akal.
Sebenarnya orang-orang PAS seperti saudaralah yang suka memecah-belah dan memisahkah orang-orang islam. Fungsi masjid sengaja diputar-belitkan semata-mata untuk menagih undi bagi sokongan orang ramai kepada PAS. Yang sedihnya, mereka yang tidak faham sahaja akan mengikut bulat-bulat pandangan saudara.
Sebaliknya saya akan bersetuju dengan pendapat saudara di atas, jika yang dimaksudkan oleh saudara itu datangnya dari orang-orang kafir atau musuh-musuh Allah. Maka pada ketika itu, suasananya akan berubah kerana orang islam wajib bersatu di masjid bagi menentang musuh-musuh Allah. Gambaran seperti ini adalah perkara biasa dan sememangnya telah berlakupun di zaman nenek moyang kita dahulu ketika mereka menentang penjajah hatta di zaman Nabi, sepertimana yang saudara maksudkan di atas.
Pandangan saya ini, adalah pandangan peribadi dan saya amat mengalu-alukan pandangan-pandangan ikhlas dari sahabat-sahabat yang lain. Kalaulah ada yang tersilap tu, saya memohon kemaafan dan perbetullah mana yang patut. Sesungguhnya yang baik-baik itu, hanyalah dari Allah dan yang lemah itu, semestinyalah dari kita yang hina ini.
Sekian.
Wassalam.
Salahkan keluarkan duit utk menentang lawan kita… bukan setakat RM4juta…lebih lagi perlu dicari jika ia mampu meruntuhkan kerajaan batil…pelik sangat ke dgn RM4 juta (kalu dakwaan tu betul)…bukan ke BN terpaksa bayr lbh RM100 juta utk menentang Zaid di H Selangor? Jgn rasa tak rasuah dgn alasan kononnya peruntukan itu dari kerajaan yg prihatin. ” Jika BN menang hari Ahad, Isnin kita bagi cek.” ” Jika BN menang, esok kita akan buat jambatan.” Antara ungkapan kempen pilihanraya. Tak RASUAH ke ungkapan janji tu?
PAS parti cap ayam…tunggu masa utk disembelih dlm pru ke13
Kita jgn cepat tuduh DAP kafir harbi… pernahkan kita menerangkan kebenaran ISLAM kpd mereka?
Isu kemewahan… kereta mewah ke… rumah mewah ke… kalu diperolehi dgn cara halal apa salahnya… ? Mmg perlu dalam kelompok pimpinan Islam org2 yg kaya tp gunakan kekayaan tu utk Islam…
Aman bin daud bukan main lagi cari dalil utk mgutuk kerjasamasama PAS dan DAP. Padahal kerjasama ni terbukti banyak mberi peluang PAS berdakwah kpd DAP. Shgga ada pemimpin DAP mulai kenal dan mgagumi tokoh Islam spti KM PP yg bhasrat mtadbir ikut KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ. Aman tak pulak ulas bila UMNO guna duit negara RM77juta utk bayar UPCO.
bang, tajuk nie dah sampai masanya digantung tak bertali ?
expose isu baru
buat ‘ikutmuloh (19:44:31)’
aman bin daud dah bagitau ada 4 jenis kafir.. satus jenis kafir harbi (dap) yang x boleh buat coalition.. ada faham ka?
Aku anak Melayu Islam yang sedih melihat sandiwara politik semasa.
Tak kira samada saudara dari Parti PAS atau UMNO, sekiranya tiada perpaduan antara orang Melayu Islam, pasti cucu cicit kita akan terus menuju kearah kehancuran.
Tanda tanda perpecahan, fitnah dan penyelewengan terlalu banyak terlihat bagi mereka yang masih dapat berfikir dan tanda tanda kehancuran juga terlihat dengan sikap tidak beradap walaupun sesama Islam disebabkan hati mereka sudah tertutup.
Musuh musuh Islam semakin galak dengan sikap orang Islam yang kehilangan arah dan panduan. Kalau maruah sudah tergadai dan kemiskinan menghimpit umat Islam, apakah kita masih ada hayat untuk memperbetulkan kesilapan saudara kita. Apa tidak ada lagi titik persamaan untuk kedua dua PAS dan UMNO untuk bekerja sama untuk masa depan orang Melayu Islam??
Tepuk dada Tanya selera.
Kepada Adik Kakak dan Anak2.
Tokgaru ni orang lama. Dah banyak makan garam daripada zaman garam kasar sampai la ni dah ada garam halus. Daripada zaman pelita minyak tanah sampai la ni zaman ” Air dalam besi, apa dalam kaca. Petik di tepi di tengah menyala “. Dah rasa zarurat masa peristiwa 13 May 1969 (kena perintah berkurung .. nak cari makan pun susah). Tapi perjuangan menentang Malayan Union, Tokgaru tak dan rasa sebab belum mai ke dunia ni lagi (masa tu duk ada di lohmahfuz lagi kut).
Rasa2 Tokgaru. Pengunjung blog Pak Sheikh ni ramai yang masih mentah. Tak meresa apa yang Tokgaru pernah rasa. Kalu korang pernah rasa peristiwa getir negara pun setakat Zaman Reformasi (1998), itu sajalah. Reformasi tu terlahir kerana Anuar Ibrahim di perambat dari kerusi TPM oleh Mahathir. Mujurlah Mahathir perambat cepat, kalau duk simpan sampai dia jadi PM .. makin haru biru kita orang melayu. Sebab masa tu dia memang cukup kamceng dengan yahudi Amerika. Si Anuar ni macam sesumpah. Masa dia jadi TPM. Pas dia balun. DAP dia hentam. La ni bila dia dah jadi mangkuk hayun. Pas dia peluk. DAP dia dakap.
Sebenarnya bukan Tokgaru nak bercerita pasal si Anuar tu. Dulu memang si Anuar ni adalah Idola kpd Tokgaru, tapi la ni Tokgaru cop dia adalah perosak bangsa.
Yang Tokgaru nak cerita ni adalah sikap pembangkang yang Tokgaru kenal sangat iaitu Pas (kerana bapa Tokgaru adalah penyokong kuat Pas sampai habis umurnya). Masa kecil2 dulu selalu ikut bapa pi dengar ceramah Pas, ikut pi mesyuarat Pas, ikut dengar Tok Guru Pas baca kitab dan apa saja aktiviti parti. Tokgaru suka ikut sebab boleh dapat makan free (budak2 la katakan).
Oleh kerana nama pun pembangkang maka apa saja program atau projek kerjaan sure depa bangkang punya walau pun benda tu untuk kebaikan rakyat (termasuk lah depa).
1. Ibu bapa hantar anak2 mengaji sekolah orang putih (english medium).
Tak boleh. Eh jangan. Nanti anak kamu tak kenal islam. Silap haribulan dia boleh masuk kristian. Sedangkan buku ilmu berkenaan sains, perubatan moden, kejuruteraan, perundangan pada masa tu dalam bahasa inggeris. Maknanya depa tak mahu orang melayu berjaya jadi ahli sains, doktor, engineer dan lawyer. Agaknya depa nak orang melayu ni setakat jadi ustaz saja kut ???
2. Tanam padi 2 kali setahun.
Itu bukti kerjaan perikatan nak suruh kita buat bendang sampai tak kering kaki seluar. Kita duk pulun buat bendang sampai nak sembahyang jemaah pun tak dan. Surau dah masjid akan jadi kosong. Ini semua kerja kerjaan taghut nak bagi umat islam makin jauh dari agama. Asyik pulun nak ligan (kejar) harta dunia sampai tak dak masa dah untuk akhirat.
(tapi bila buat bendang 2 kali setahun. yang senang bertambah senang adalah para Tok2 Guru pondok la, Tok2 Guru Pas la sebab bila selesai ambil padi orang2 kampong duk pi bagi zakat padi kepada depa. walau pun hidup depa jauh lebih baik daripada orang yang pi bagi zakat dekat depa, walau pun rumah depa jauh lebih cantik daripada rumah orang yang bagi zakat kepada depa. depa tak pernah tolak, tak pernah pun kata ” eh buat apa bagi dekat saya, awat tak pi bagi dekat rumah Tok Awang tu sebab dia orang susah, kesian dekat dia rumah pun macam dangau buruk saja, makan pun minta sedekah sana sini “. bila orang bagi zakat depa sauk (sapu). sebab tu lah rumah Tok2 Guru ni besar dan cantik2 belaka, pada hal depa tak turun (buat) bendang pun ).
3. Kerjaan buat lebohraya Plus (lebohraya utara selatan).
Membazir duit rakyat. Tak perlu buat lebohraya, besarkan saja jalan persekutuan yang sedia ada. La ni Alor Setar KL cuma 4.5 jam saja, sedangkan dulu 8 – 9 jam baru sampai. Ada dengar ucapan terima kasih kepada kerjaan oleh puak pembangkang ??? Mungkin depa (penyokong pembangkang) duk pi KL tak guna lebohraya Plus kut???? Depa masih duk guna jalan persekutuan lagi kut ???
4. Kerjaan buat jambatan Pulau Pinang.
Menghabiskan duit rakyat. Nak bermegah2 kepada dunia konon Malaysia ada jambatan terpanjang di dunia. Lebih baik duit tu pi bagi kpd orang susah. Buat jambatan supaya senang melayu dari pulau nak lari mai duduk di tanah besar (Seberang Prai). Daripada belanja besar buat jambatan lebih baik buat penambah baikan kepada ferry service yang sedia ada. Jambatan pulau pinang dah siap lama
dah. dah berbillion kenderaan yang menggunakannya. Ada dengar ucapan terima kasih kepada kerjaan daripada mulut pembangkang ????. Boleh jadi para penyokong pembangkang sampai la ni tak pernah sekali pun lalu atas jambatan pulau pinang, sebab depa masih duk guna ferry service lagi kut ????.
5. Kerjaan bangunkan Putra Jaya sebagai pusat pentadbiran persekutuan.
Riuh rendah kata kerjaan membazirkan duit rakyat lagi. Tokgaru masih ingat lagi, terbit dalam harakah kononnya Mahathir buat rumah PM yang lebih besar daripada istana negara sebagai kediaman resmi PM Malaysia. Macam2 cerita timbul. Tokgaru nak tanya. Masa Pak Lah jadi PM dia duk dekat mana ??? La ni Najib PM Malaysia, dimana letaknya kediaman resmi dia ??? Takdirnya PRU 13 nanti Nik Ajis jadi PM Malaysia, tak kan nak beroperasi dari Pulau Melaka di KB kut ???
Jadi kesimpulannya. Anda yang usia masih setahun jagung. Kalau nak jadi pembangkang, boleh. Tapi bangkang lah supaya boleh diterima akal. Kalau nak sokong, sokong pakai akal dan bukan ikut emosi.
Berkenaan 5 projek kerjaan yang Tokgaru buat contoh tadi. Pada peringkat awal memang ramai yang termakan dengan dakyah hasutan pembangkang, maka ramai lah yang senada dengan pembangkang. Tapi saya tabik dengan kerjaan, dia tak peduli dengan salakan pembangkang, kalau kerjaan rasa yang dibuatnya itu adalah untuk faedah dan kebaikan rakyat, dia tetap teuskan.
Buat Tokgaru mereka yang termakan hasutan jahat pembangkang ini adalah golongan yang ” ada otak tapi tak boleh pakai, ada mata tapi tak mahu melihat “. Kesiaan mereka ……
Salam. Sepak terajang, maki hamun antara musuh politik kat M’sia ni takde kesudahan. Tapi sekali Allah kata DAH nanti, baru semua tersentak. Tak ingat peringatan Allah kepada anak2 Acheh? NaK jadi sampai macam tu? Jgn taksub sangat dgn Nik Aziz. Dia bukan wali/nabi. Tok guru sekolah pondokpun tak setuju dgn dia. Haji Hadipun kadang2 bangkang dia. Dgn Najibpun jangan ikut macam bendul. UMNO bagus, yang tak bagus org mabuk kuasa dalam UMNO. PAS ok, tapi bila dah rasa mengkagumi diri sendiri lebih dari orang lain, jadi mabuk mcam UMNO jugak. So, gunakan otak, sebelum Allah tarik balik nikmat yang ada kt M’sia ni.. Politik untuk kebaikan, bukan yang merosakkan….
pakkutokku (00:17:39) :
pakkutokku (01:02:45) :
Kepada sauadara berdua, cuba tengok dan perhati selepas Pas Bekerjasama dan Berdakwah kepada DAP apakah DAP telah lakukan: ANTARANYA
1.Satu perbadanan yang dikenali sebagai Perbadanan Ketua Menteri telah ditubuhkan, tujuan penubuhan perbadanan ini ditubuhkan hanya semata-mata untuk merampas Tanah Wakaf Orang Melayu yang beribu ekar kebanyakanya tanah-tanah itu berada di sebelah pulau (gorgetown) dan tanah-tanah ini memiliki nilai hartanah yang tinggi.
2.Penjaja dan peniaga kecil melayu ditekan oleh pemerintah DAP, buktinya ramai penjaja kecil melayu telah gulung tikar kerana tempat mereka berniaga sejak puluhan tahun telah dirobohkan oleh PBT atas arahan pemimpin DAP atas alasan tempat itu hendak dibangunkan, tapi peniaga itu tidak diberi tapak lain sebagai ganti. Contoh terbaik semasa bulan Ramadhan baru-baru ini apabila peniaga-peniaga Melayu dihalau dari premis perniagaan mereka.
3.Projek membangunkan Resort dan Hotel-hotel mewah di kawasan melayu ini dilihat sebagai satu strategi DAP untuk menekan dan menghalau orang melayu keluar dari Pulau Pinang.
4.Mengetatkan kelulusan penukaran status tanah untuk orang melayu jika tanah itu ingin dibuat sebagai tanah perkuburan Islam, tetapi dalam masa yang sama, tanah perkuburan cina tumbuh bagai cendawan.
5.Tidak ada lagi tender untuk kontraktor bumiputra kelas f, kebanyakkan kontraktor melayu di pulau pinang terpaksa gulung tikar.
6.Wujudnya campur tangan dalam pengurusan wang zakat dan baitumal di Pulau Pinang, DAP cukup irihati dengan jumlah kutipan wang zakat kerana ianya mencecah jutaan ringgit, DAP juga meminta wang zakat itu tidak hanya diberikan kepada orang Islam sahaja tetapi DAP juga meminta wang zakat itu diberikan kepada mereka yang bukan Islam, DAP memberi alasan ianya Keadilan untuk semua rakyat.
7.Tokong, Kuil dan gereja dibina tanpa pengawasan dari PBT, tetapi pembinaan masjid dan surau melalui proses yang cukup ketat dan menyusahkan.
8.Premis-premis maksiat dibiarkan di bina dikawasan yang ramai penduduk melayu, penjualan arak dibuat secara terbuka, langsung tiada penguatkuasaan.
9. Membina satu universiti khas untuk kaum cina diatas tanah seluas 140 ekar yang mana asalnya tanah itu untuk pembinaan sekolah tinggi agama.
10. Rasuah dan salahguna kuasa semakin berleluasa di dalam pejabat ketua menteri, tetapi mereka bijak mengalihkan setiap isu yang kena atas batang hidung mereka.
Sekali lagi TAHNIAH KEPADA SEGELINTIR UMAT MELAYU YANG TELAH MENYOKONG DAP. BEGITU JUGA KEPADA PAS KERANA BERJAYA BERKAWAN DAN BERDAKWAH KEPADA DAP TERMASUK SYAITAN SEBAGAI RAKAN SEJATI MEREKA UNTUK MENJATUHKAN ORANG MELAYU ISLAM SENDIRI DEMI MENEGAKKAN NEGARA ISLAM ALA-PAS.
Betul apa yg nabi perkatakan, di akhir zaman ramai yg sangat keliru utk mempercayai seseorg hatta seorg yg diperakui sebagai ulama pun akan ditentang hanya jika berlainan ideologi. Golongan yg dipuja ialah mereka yang berduit, berkuasa dan diiringi juak2 pencacai yg laparkan habuan semata-mata. Tolonglah jgn mudah mempercayai kenyataan2 yang karut marut, tuhan kurnakan kita akal yg sempurna berpandukan iman, kita dapat menilai mana yg baik dan apa yg buruk. Jgn kita sanggup mengiyakan sesuatu yg salah hanya kerana kita bencikan mereka; dan jgn kita menyalahkan sesuatu yg benar hanya kerana kita bencikan mereka. Ingatlah ! perbuatan ini adalah tergolong dlm golongan MUNAFIK di mana tempatnya adalah di kerak api neraka !! Nauzubillah.
ikut UMNO masuk NERAKA, sokong PAS bawak ke SYURGA.. siapa yg kuarkan FATWA SESAT ni??
PAS itu MA’SUM?? menyamakan TARAF dengan SIFAT JUNJUNGAN BESAR itu sifat kepimpinan ULAMA PAS??
ramai owang PAS yg MINUM ARAK, BELI NOMBOR & MASUK UMAH URUT.. siapa ajaq?? ULAMA??
JANGAN memPOLITIkan ISLAM.. DOSA pecah-belahkan UMAT!!!
salam sahabat pejuang Islam
kini ni makin nampak puak bengong dalam satu parti tu ulas koho lama babi pun dia nak per Halal.. asalkan buleh merintah negara ni..tak kira jadi gapo..kalu orang RASUAH kalu dia SEDEKAH..kalu orang ZALIM kalu dia TAKDIR.. kalu orang BABI kalu dia BABI..sapa bila pun puak ni ada hingga akhir zaman sebab tu dulu Muktazilah dan Khawarij ni wujud… dan kata kambing TERBANG TERBANG… baso keng keras..
Khayal nak syurga… serupo YAHUDI DAN NASRANI.. la ni dok bagi lot SYURGA.. jangan heranla sahabat sekelian..puak2 BERUK MMENATANG NI akan hancur juga nanti bila tiba masanya…
Hidup Islam Hidup Islam..hancur PASik
patutlah kelantan skang kena kemarau panjang.. tumpat pon dah kena catu air..
rupanya doa nik ajis dah tak diterima…
harap harap doa budak budak pondok yg masih ade di kelantan di terima allah..
walapon ulamak semak dalam parti hamPAS sedang kelam kabut mempertahankan diri dari diserang oleh seorang blogger..
SAMBUNGAN KEMUNGKARAN PAS
Mungkar ke– 4: Pemimpin Pas perlu menjawab apakah mereka tidak dinamakan berbohong dan bersifat munafiK kerana berdolak dalih dalam melaksanakan janji pilihan raya untuk mewujudkan badan Hisbah(menyiasat harta). Maka daripada apa yang berlaku di Kelantan sehingga kini sepatutnya tidak ada seorang pun rakyat atau pengundi yang patut tertipu dengan janji Pas untuk mewujudkan badan Hisbah bagi mengawal ahli politik dan jentera kerajaan Pas. Janji yang penuh-penuh mulut itu, rupa-rupanya apabila sampai ke peringkat pelaksanaan ketar lutut dan pahit lepan untuk dilaksanakannya.
Sebagai kenangan; Selepas kerajaan BN membentangkan Akta Pencagahan Rasuah pada tahun 1997 dulu Nik Aziz menegaskan tidak perlu lagi ditubuhkan Hisbah kerana akta tersebut sudah memadai. Rakyat berpendapat bagaimana mungkin Pas berani menubuhkan badan Hisbah kerana dari segi zahir ramai pemimpin Pas yang ketara berlaku perubahan gaya hidup selepas menang.
Ada Ketua Cawangan Pas yang sibuk dengan bush jaket dan bergaya melebihi Ketua Jajahan. Ada yang membina rumah besar-besar umpama istana apabila Pas menang dan situasinya amat berbeza dengan keadaan sebelum menang dulu. Kalau dahulu mereka berkain pelikat, berkopiah, dan berjubah sekarang entah hilang ke mana jubah dan kopiah masing-masing? Jubah dan serban hanya dipakai sewaktu dekat pilihanraya. Kopiah dipakai ketika mahu berjumpa ulama Pondok kemudian dilipat dimasukkan di dalam baju kot ketika balik daripada berjumpa ulama Pondok. Pakaian dijadikan alat untuk menipu dan mengkelabukan mata penyokong bawahan sahaja.
Sepatutnya selepas Allah memberi kekuasaan dan kemenangan mereka semakin warak tetapi apa yang berlaku selepas menang oh bukan main lagi bergaya. Pada zaman Rasulullah dahulu apabila menang sahabat bukan semakin kaya raya, tetapi semakin kuat berkorban untuk menolong saudara seIslam yang lain. Apakah ini budaya yang ada pada pemimpin Pas Kelantan?
Apakah mereka membantu saudara Islam mereka yang lain. Apa yang kita lihat masih ramai penyokong fanatik Pas(orang kampung) yang hidup ala kadar manakala pemimpin Pas tidur di rumah ala Istana berharga jutaan, ke hulu ke hilir dengan kereta mewah beratus ribu, memakai kasut berjenama berharga empat lima ratus, makan Kek pun berharga ratusan ringgit. Penyokong di bawah kekal dengan selipar jepun, ada yang masih tingga; di kandang lembu dan juga rumah umpama kandang kambing dan bermotorsikal cabuk yang ada di antaranya tidak mampu membayar cukai jalan walaupun berharga Rm2.00. Nik Aziz pernah berkata bahawa wakil rakyat yang keluar daripada pakatan rakyat akan dibakar hidup-hidup dalam api neraka kerana membohongi rakyat kononnya, maka apakah pemimpin Pas yang berbohong untuk menubuhkan “Badan Hisbah” tidak akan dibakar di dalam neraka hidup-hidup apabila mati nanti? Apakah hubungan dan kelebihan mereka di sisi Allah? Tidakkah mereka juga manusia biasa yang akan dibakar sama seperti hamba-hamba lain yang bersalah.
Maka selagi Sungai Kelantan mengalir ke Laut China Selatan, jangan diharap Pas berani menubuhkan badan hisbah. Usaha mendesak Pas melaksanakan hisbah adalah sama seperti usaha memandikan gagak dengan harapan bulu gagak menjadi putih atau mengharapkan kucing akan tumbuh tanduk. Habis air di tujuh buah kuala pun bulu gagak tetap hitam. Dan habis air tawar Nik Aziz sembahyang hajat pun tidak juga kucing akan tumbuh tanduk.
Apakah malaikat tidak mencatat keceluparan mulut Menteri Besar Kelantan yang pernah mengatakan bahawa mana-mana wakil rakyat daripada Pas yang bertindak keluar parti untuk menyertai UMNO akan dibakar hidup-hidup dalam neraka kerana mungkir janji. Apakah jika orang Pas memungkir janji untuk tidak akan dibakar hidup-hidup dalam neraka? Pernahkah MB Kelantan memikirkan bahawa dosa mencaci, menghina, mengumpat sesama Islam itu dosanya adalah lebih besar daripada dosa memakan babi?
Perbuatan memakan babi hanya berdosa dengan Allah semata-mata yang boleh dimaafkan oleh Allah pada bila-bila masa jua jika dipohon ampun mengikut sepatutnya, manakala dosa melakukan fitnah atau memaki hina orang Islam lain itu melibatkan berdosa dengan manusia yang amat sukar untuk dihapuskan dosa tanpa kemaafan orang yang difitnah itu? Walau bagaimana pun soal neraka atau syurga adalah hak mutlak kepunyaan Allah. Allah memasukkan ke dalam syurga sesiapa yang dikehendaki-Nya dan memasukkan ke neraka sesiapa yang dikehendaki-Nya.
Bukan urusan pemimpin Pas untuk menentukan sianu bin sianu akan masuk syurga atau neraka. Harakah Bil 1128 bertarikh 1 November 1999 mukasurat 13 melaporkan MB Kelantan pernah celupar mulut apabila mendakwa mahu meminta tolong dengan syaitan dan mahu menerima Perdana Menteri Bukan Islam. Walhal Syaitan adalah musuh ketat manusia. Bagimana mungkin syaitan dapat dijadikan penolong bagi orang yang beriman. Antara sebab orang Pas pada satu ketika dulu mengkafirkan orang Umno ialah kerana Umno melantik orang bukan Islam menjadi pemimpin maka bagaimana pula sekarang MB Kelantan bersetuju bahkan berkata mendapat pahala mengundi parti pembakang yang dalamnya ada orang kafir harbi iaitu DAP, dan bagaimana pula MB Kelantan mengharuskan pakatan dengan DAP yang jelas menentang hukum hudud atau bersetuju melantik orang bukan Islam sebagai Perdana Menteri.
Dahulunya pemimpin Pas merujuk kepada ayat 28 surah Al Imran dan menghukum BN kafir kerana mengengkari ayat ini sekarang peminpin Pas pula yang bermati-matian mempertahankan kerajaan yang berkongsi dengan orang-orang kafir DAP. Bagaimana begitu sekali mereka diperdaya oleh syaitan
apa salah belanja 4 juta untuk menjatuhkan Bn…..bukenya husam gi kutip duit kerajaan negeri.Kalau nak kira perang saraf Umno lagi mahal belanja dia……
mSO TERLOPONG MULUT , INGAT BOLEH MAIN ISU NI NAK JATUHKAN HUSAM…………….SUDAH LA POK CIK ANDA
sdaro ambo Aman Bin Daud…demo meme klah.lamo doh tunggu manusia supo demo nih…. ( baru turun langit ko ??)
Mindcry (03:08:09) said
“As I said, kickdefella probably step on his own trap. U just do not know that PAS dont need to use their balak to get 4 mill, they can simply get it with a mere phone call……”
That simple eh? Who is going to give 4m , unless he is being promised with something or already enjoying the benefit. So one phone call , to whom? Tauke balak ,of course!!!Let SPRM siasat the so- called ‘donors’ then we’ll see the fun.
Pak Shiekh , don’t be deterred by these detractors.
GEMPAR!!!! Transkrip perbualan rahsia Anwar dan bomoh Benggali, Pajan Singh di mahkamah
sila datang ke Melayu Bersatu untuk membaca transkrip penuh
Terima kasih tuan syeikh, bongkarkan rhsia. Moga pasni, rakyat lbh buka mata tntang ‘mereka’ yg m’dakwa lbh Islam drpd org lain…
Melayu dalam dilema.
Melayu Umno dalam BN ibarat ” menang sorak kampung tergadai “. Melayu Pas dalam PR pun serupa juga. Kita dikalahkan secara halus. Kita tak sedar pun. Hendaknya kita akan cepat2 sedar sebelum wisel penamat ditiup sebagai mengistiharkan kekalahan kita secara resmi.
Selagi wisel itu tidak ditiup, maknanya kita masih ada harapan sekiranya setiap pemain pulun untuk mempertahankan pintu gul kita, selain dari berusaha menambahkan jaringan ke pintu gol pihak lawan.
Bersatulah wahai bangsa ku. Mari lah kita pakat ramai2 tolak mana2 pemimpin melayu yang tak mahu kepada perpaduan melayu. Kita sisihkan dari arus perdana politik negara mana2 pemimpin melayu yang tidak mahu berjuang kearah mempertahankan kepentingan melayu dinegara ini.
Ingatlah kita bahawa, samada kita melayu Umno ko, melayu Pas ko, melayu PKR ko … kita adalah melayu. Etnik lain (cina & india) mereka mungkin berlainan parti tapi mereka tidak pernah pudar semangat kebangsaan mereka. Kalu sentuh kepentingan orang cina, semua cina tak kira dalam DAP, MCA, Gerakan dan lain2 parti cina bersatu suara berjuang. Begitu juga kalu sentuh kepentingan orang india , semua india dalam DAP, Gerakan, MIC dan lain2 parti india bangun mempertahankan. Tapi bila kena pada orang melayu, siapa yang sudi tampil membela kita ??? Mengharapkan tangan ghaib dari langit, DIA pun tak sudi kerana kita sering bercakaran sesama sebangsa dan seagama.
Kekadang terlintas dan terdetik disanubari ” kenapa aku dilahirkan sebagai seorang melayu, kenapa aku tidak lahir sebagai seorang cina ” Aku tidak benci pada orang cina, tapi aku kagum dengan mereka kerana mereka boleh hidup berjaya diserata pelusuk dunia. Mereka berjaya bukan kerana dibantu oleh tangan ghaib dari langit, tapi mereka berjaya kerana mereka mahu berjaya, dan paling penting mereka sangat takut kalah (ultra kiasu).
Lantaran itu orang melayu juga perlu menerap nilai2 ultra kiasu dalam kehidupan jika ingin berjaya seperti orang cina.
Bagiku ” cina kalu dibuang ke laut, menjadi sebuah pulau. sedangkan melayu jika dibuang kelaut, hanya menjadi tukun sahaja “.
PAS sekarang dipimpin oleh seorang Islam dalam keadaan syirik khafi kerana dia sanggup menyamakan sifat Allah dengan sifat makhluk yang jahat…….Allah punj mencarut…..katanya. Bilalah lagi nak insaf.
tok garu – you totally wrong when you said the readers here ‘mentah’ etc.
most of us are IT literate and we read this blog as far as 8,000 miles away from Malaysia. If you think that we all are ‘mentah’ we think that people who don’t see the change that they should make for the nation are truly ‘mentah’. Especially those who had the records of multi-million ringgit of rasuah are still there as the leaders in this country and those people who voted for that bunch of clown at the parliament are the right one to be described as ‘mentah’.
the readers today not just focus the sources of information in this political issues only to one utusan meloya source. We always look for other options and alternatives where these riches and mixture of news/thought and ways of thinking from all parties are married and matured.
we don’t like to look at the same issue or being reminding about the past. Yes the past is important and they are now just a history. Now what is more important is how we learn from the past and create new ‘history’ for our future.
well I think the five-projects u just mentioned are the common thing in every country in this world. In Japan, where there is no BN as a party still there is the lebuhraya and jalan2 raya.
in UK, there are many bridges that connect the people from the isles to the mainland, so Barisan nasional tak de in UK but still the goverment responsible for the service and providing the facilities to the rakyat.
In US where thousands and thousands of doctors and engineers or what so ever profesional u want to call, are produced every year from their universities, and BN tak de pun kat US?
What I want to clarify here is – BN is just a party – to govern this country. If there is no BN in this country , the government still have to do the same job providing the service to the people from the taxes that we paid every year. The money they run for this country is not belong tu BN or UMNO, they all belong to the goverment – Who is the government? We are the government and we selected our candidate to represent us as our voice in the states and parliament and WE pay their salaries!! Not Umno, not BN .
Am I immatured?
Pak Syeikh,
Saya suka tengok YB Salor duk sibuk jawab tuan, tapi dalam jawab duk bagi bola tanggung kat tuan…
Tak ke tuan terasa dia saja2 jawab macam orang bodoh..? atau dia memang dah jadi bodoh..?
atau… ada perancangan lain ker…?
Asalamualikum
Apa nak jadi dengan Melayu. Asyik bersengketa dan tidak bersatupadu. Undi Melayu dah pergi ke Pas dan PKR. Cina undi PKR dan Dap. India undi PKR dan Dap . Tak mustahil Malaysia jadi Republik dan Melayu hilang kuasa dan jadi seperti Singapura. Melayu sendiri dah lupa diri. Yang untung DAP. PKR parti tak sepatutnya wujud. Sekarang lawyer DSI dah tukar strategi . Concencus. So betul lah jadi. Jadi orang Melayu masih sokong PKR.? Apa nak jadi dengan melayu!!!!
Truezone -http://islamtruezone.blogspot.com
To orang jauh (11.5.10/19.31)
Anyway i tq for reading over my writting. I do agree when u say most of u are IT literate. In the aspect of IT i admit u young men of today have better knowledge than i am as warga emas. When i say ” mentah ” i dont mean u people are lacking of knowledge. What i am trying to establish is u people donot experience or see as what we old men see the future of our country and our malay people. Old people like me have suffer lots of hardship in life.
I feel like laughing when u say even though there is no BN in Japan yet there is lebohraya and jalan raya. No BN in UK, no BN in US yet the nation building is going on.
In my writting, i never say or qoute BN. All the time i use the word ” kerjaan “. As at this time is BN form the government, so u take as if i mean the kerjaan is BN. It so happen now BN is the kerjaan, in the near future should the PR become the kerjaan and PR perform good things for the rakyat especially for the benefit of malays and muslim, i will give my support.
What i want is all the rakyat to make themselves as ” rakyat yang tahu berterima kasih ” to what ever good things kerjaan had provide to them. Objection is accepted if the project is not able to change rakyat life. But as what i see, all the five projects i did mention in my writting really serve the rakyat, offer alot of ease to the rakyat.
I dont like to make other people as example to refer to. I want to tell u about my self experience.
1. Tanam padi 2 kali setahun. Me and my family, are now having a much more better life than before ( masa tanam padi setahun sekali ).
2. Lebohraya Utara Selatan. Every week once i go down to KL on bussiness matter. I have been doing this since before the lebohraya exist. And i really experince the difference.
3. Jambatan Pulau Pinang. Again Penang is the place where i frequently visited to get the supply of my bussines materials. I have been doing this even before the Jambatan existed. So i can tell u how much comfortable i am now going to Penang via Jambatan compared with ferry service.
If u are in my position, and u doing what i am doing now, i think u too cant stop yourself saying ” thank u ” to the kerjaan for building comfortablelity for the rakyat benefit.
What most important is ” yang baik katakan lah baik, yang buruk berilah teguran untuk kebaikan ” dan ” janganlah bangkang hanya kerana kita adalah parti pembangkang, tapi bangkanglah untuk kebaikan semua “:
tok garu,
i thought being the kerajaan, they r obliged to come up with all the facilities n amenities too. and that too, using the taxpayer money. unless u think otherwise. correct me if i m wrong. what makes the people so annoyed is the way the wealth of the nation is being ransacked by a group of people only. by right it’s supposed to be shared equally but that doesnt seem to be happening here.
and talking about race, what is so important with being a malay? i thought being a muslim is way much more important. Allah never asks what race u r, but what religion u profess.
Assalamualaikum…
Nukilan disini nak sentuh sikit tentang tanda-tanda kiamat…salah satunya ialah seseorang yang bercakap tentang sesuatu perkara sedangkan dianya bukan ahli dalam bidang tersebut……
sebab tu sekarang ni RAMAI MANUSIA NAK JADI TUHAN….nak hukum saje korjenye….NA’uzubillah….