Beberapa hari sebelum Pilihanraya Umum 2008, YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz telah dijadualkan untuk memberi satu sidang media di Studio Global Media Channel Sdn Bhd. Memandangkan ini pertama kali Tuan Guru akan berkunjung ke GMC saya telah mengemukakan soalan kepada YB Dato’ Haji Husam Musa berhubung pemilikan Global Media Channel.
“Kalau Tok Guru tanya, hak siapa, apa perlu saya jawab?” Tanya saya pada Husam dalam pertemuan harian kami.
“Kata ni hok Tok Guru,” itu arahan daripada Husam.
Saya tidak pernah mempertikaikan kenyataan Husam.
Selain daripada Tuan Guru Nik Aziz, YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa pernah menghadiri taklimat media PRU12 di Global Media Channel. Ustaz Nasharuddin juga dibawa melawat setiap tingkat bangunan tersebut dan diberi taklimat oleh Ketua Operasi IPTV Global Media Channel berhubung operasinya.
Penolong Setiausaha Agung PAS Pusat juga pernah menghabiskan masa beberapa jam sehari selama beberapa hari di Global Media Channel, tetapi pada waktu itu kami sudah tidak lagi menjalankan Operasi Gerak Saraf secara intensif seperti dulu.
Tujuan kehadiran Penolong Kepada Mustafa Ali itu ialah bagi urusan penyuntingan Majalah Kelantan Gateway. Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri juga kesal setelah menyaksikan sendiri peralatan yang kini tersimpan di dalam stor.
Sedikit sebanyak beliau cuba memberi bantuan dari segi projek untuk membantu Global kembali merangkak.
Di dalam sidang media seminggu sebelum Muktamar Pas pada awal Jun 2009, sewaktu melancarkan Majalah Kelantan Gateway, beliau menyebut, majalah itu diterbitkan dengan kerjasama “Global Media Channel, glc Kerajaan Negeri.”
Di dalam mesyuarat exco Kerajaan Negeri Kelantan juga nama Global Media Channel disebut beberapa kali. Bagaimanapun niat murni itu tidak dapat menghidupkan semula Global Media Channel kerana ia dilihat sebagai platform Husam untuk menaikkan imejnya.
Global Media Channel bukan weblog Kickdefella. Ia dua entiti berbeza.
Saya amat kecewa dgn tgna, org yg tidak bertanggungjwb .. Tidak berperikemanusiaan… Tiada kedamaian.. Perjuangan yg bermotifkan penaklukan semata2.. Islam diduburkan semata2 mnjaga hati pmimpin sehaluan yg lain .. Agama yg bukan samawi di perjuangkan.. Kuil2 diberi peruntukkan..
Ps: macammana pas nak jaga satu Malaysia jika tuanku sultan sorg pom tidak boleh jaga…alasan , urusan keluarga.. Di mana keamanan dan kedamaian yg Islam anjurkan..
tertarik dengan blog MSO
‘Sehingga saay ini tidak ada suara dari mulut orang Pas menggesakan mereka yang bertanggungjawab menimbulkan keributan di Kelantan hari ini mendesak supaya letak jawatan. Sebaliknya banyak yang cuba membela dengan menuduh pihak tertentu sengaja menimbulkan itu untuk memburukkan Pas. Apakah Pas tidak pernah buruk?
Nampaknya masing-masing memberi alasan dan ulasan bahawa pendedahan isu RM4 juta itu tidak ada kena mengena dengan Pas. Kononnya ia adalah perbuatan beberapa individu yang tidak pun dirunding dengan Pas terlebih dahulu. Exco Kanan Kerajaan Kelantan, Mohd Amr Nik Abdullah (foto) juga menjelaskan isu GMC itu tidak ada kena mengena dengan Pas. Pas sendiri katanya tidak tahu menahu tentang kewujudannya walaupun menguntungkan Pas. Anih bunyinya!
Penjelasan Mohd Amar juga menjelaskan ada orang tertentu yang pandai-pandai mewujudkan badan gerak saraf tersebut. Jika dilihat kepada kenuyataan itu maka wang untuk disalurkan kepaa GMC itu tidak dari akaun Pas? Penjelasan Mohd Amar itu menyebabkan langkah untuk menyelamatkan skandal itu dengan mengatakan Pas yang menyediakan wang sudah tertutup. Mohd Amar adalah Pesuruhjaya Pas, beliau tentu tahu sangat sejauh mana penglibatan Pas dengan penubuhan GMC itu.
Boleh jadi benar dakwaan Mohd Amar itu. GMC diwujud bukan saja untuk jatuhkan UBN tetapi dalam masa sama untuk menaikan imej seseorang dalam Pas. Dalam kata lain GMC persis Apco yang menjadi konsultan untuk membina imej Najib sebagai perdana menteri, manakala GMC pula membina imej individu dalam Pas untuk jadi pemimpin masa depan.
Saya percaya daam kes ini tidak mungkin orang Umno yang terlibat membiayai syarikat berkenaan. Saya merasakan orang Umno tidak begitu ‘dedel’ untuk memberi sumbangan. Ada kecenderongan cuba mengaitkan orang Umno dalam penubuhkan badan saraf berkenaan. Kenapa harus cuba melesetkan getah nangka kepada orang lain.
Bijak kalau Nik Aziz Aziz diam membisu dalam hal ini. Pas Kelantan tidak perlu menjawabnya kerana ia bukan bisnes Pas. Sebaliknya dalam soal ini orang yang bersangkutan harus tampil memberi penjelasan. Mereka tidak perlu takut kalau mereka betul. Dalam masa sama mereka sudah tidak dapat menyembunyikan diri lagi. Larilah ke mana orang sudah tahu. Kalau kepala hilang tetapi jejak sudah ternampak. Bau busuk juga sudah merebak ke seantero ruang di Kelantan.
Saya rasa kalau orang berkenaan keluar dari semak persembunyikan dan menjelaskan satu persatu dengan teratur ia akan selesai. Cerita dari mana sumber duit berkenaan. Cerita bagaimana wang berkenaan dibelanjakan. Siapa yang bertanggungjawab memberi kebenaran untuk kegunaan wang berkenaan. Siapa yang menandakan segala invois-insvois pembelian dan perbelanjaan. Bukankah syarikat berkenaan ada lembaga pengarah dan MDnya. Apa nak pelik sangat.
Bukahkan GMC didaftarkan dengan Suruhanjaya Perniagaan (SSC), Jadi apa hendak takutnya. Dengan berdolak dalih dan cuba mencari kerbau hitam untuk diletakkan masalah ini ia tidak memberi penyelesaian, malahan akan menyusahkan banyak pihak dan memeningkan kepala MB Kelantan juga.
Penulis blog berkenana sudah pun menyebut nama-nama mereka yang meneydiakan wang berkenaan. Seorang Exco kerajaan Kelantan, seorang pemimpin Pemuda, seorang bekas Adun (yang juga disebut sebagai Ketua Pengarang akhbar pro-pembangkang) dan seorang ahli majlis kerajaan tempatan. Orang-orang ini bukan rekaan dan tidak wujud. Mereka wujud! Makanya mereka tidak perlu takut untuk muncul dan menyatakan diri.
Selagi mereka membisu maka selama itulah orang akan membuat andaian. Dengan mendiamkan diri sedangkan bloger berkenaan melepaskan satu demi satu pelurunya, lama kelamaan orang mengatakan empat individu yang disebut itu memang bersalah. Mereka tidak muncul dan hanya berdoa di masjid adalah kerana mereka bersalah. Ingatlah Tuhan tidak akan simpati kepada keinsafan yang mendadak.
Kalau Exco berkenaan tidak terlibat beliau harus berani keluar dan bukan menjawab menerusi corong-corong media yang tidak diketahui umum. Keluarlah sebagi anak jantan. Kalau anda tidak bersalah, dan menggunakan wang yang benar, keluarlah. Lagipun pada saya apa nak takut wang sebanyak itu bukan banyak sangat. Bukankah anda selalu bersifat dermawan memberi wang kepada sesiapa saja di tempat-tempat terbuka.
Bukankah anda juga seorang ahli eknomi yang pintar mencari wang? Berapa banyak wang yang anda miliki ia tidak anih kerana ia atas usaha anda sendiri. Begitu juga dengan pimpinan Pemuda itu. Kenapa anda harus mendiamkan diri. Keluarlah dan ceritakan kepada umum dari mana anda memperolehi wang berkenaan. Kalau tidak benar tuduhan itu nafi secara mendada.
Bukankah anda terlibat menjaga dan menguruskan sebuah yayasan keluarga. Bukahkan yayasan berkenaan mempunyai banyak wang. Tidakkah satu masa yayasan ini memiliki wang sebanyak RM6 juta dan anda sendiri pernah mengeluarkannya sebanyak RM1 juta untuk perbelanjaan pilihan raya?
Begitu juga dengan bekas ahli Yang Berhormat itu. Lupakah anda pernah memberi tahu saya yang anda pernah memberi pinjam sebanyak RM1 juta kepada sebuah yayasan untuk melunasi hutang perniagaan berasaskan binatang berkaki empat. Anda juga memiliki tanah yang diberikan oleh kerajaan. Anda juga adalah pemunggut tol balak? Jadi apa nak hairannya kalau anda turut memberi sumbangan sebanyak itu. Ia tidak pun meluakkan bukit kekayaan anda.
Sekiranya mereka ini tampil ke depan menjelaskan isu yang dilemparkan oleh penulis blog berkenaan ia tidak jadi serabut. Tetapi bila mereka membisu dan cuba melarikan diri, inilah yang menjadikan masalah. Selagi mereka tidak tampil selama itulah ia menjadi sebutan.
Anda berempat atau berlima kena faham kalau anda orang Pas, anda telah menjadi liabiliti kepada Pas. Tidak ada jalan lain bagi anda melainkan kena bertanggungjawab. Sebaik-baik tanggung jawab ialah anda kena berundur melepaskan jawatan. Anda perlu sucikan diri dan sesudah suci baru boleh kembali menjadi pemimpin semula. Kalau kita boleh melontarkan batu kepada orang lain, kenapa orang lain tidak akan melontar batu kepada anda?
Kalau Ariffahmi disuruh letak jawatan, kenapa tidak dengan anda? Apakah kelebihan anda daripada menantu Tok Guru itu? Kalau menantu Tok Guru boleh letak jawatan, saya merasakan, kalau kita setakat kawan dan pernah menjadi pegawai kepada Tok Guru, lagi-lagi wajar untuk lepas jawatan. Tidak ada apa-apa ikatan jiwa antara anda dengan Tok Guru. Pada saya antara anda berempat atau berlima berbanding Ariffhami tidak mempunyai apa-apa keistimewaan. Tetapi hakikatnya anda sama dengan Ariffahmi telah mendatangkan musibah dan kecelakaan kepada parti atas perbuatan anda sendiri.
Anda akan dilihat bermaruah kalau anda sedia tampil ke depan dan membuat sidang akhbar mengambil tanggungjawab atas apa yang berlaku dengan berundur dan melepas segala jawatan yang anda pegang. Silalah, dunia sudah menunggu….tindakan berani anda! ‘
Hmmm..sgt menarik. YB Husam ..anda perlu menjawab! Syeikh dah sebut sebut nama anda..Mana anda nak lari..Mantan Bakal Timbalan Perdana Menteri Malaysia ni..perlu bertanggungjawab kerana GMC ni..dia yg create. TG Nik Aziz??? Mungkin beliau juga tahu..tapi kerana sayangkan Husam.. buat2 tak tahu.. Ada ke bohong sunat?..cuma memikirkan nasib kelantan.
Syed, macam mana ni Dato’ Husam menafikan, sumbangan anda dan menafikan penglibatannya dalam GMC?
Saya susah hati ni Syed.
Pemimpin PAS yang terelevan dengan isu ini nampaknya terapung di pasir jerlus, makin cuba mengelak atau lari, makin terjerlus ke dalam.
Nik Aziz yang diam dan membisu pun ‘terlekat’ dengan pasir jerlus ini, mungkin sedang mengharap syaitan datang membantu.
Silence is golden.
Dale sesetengah isu atau kes, mendiamkan diri itu lebih baik kerana ia boleh menghenti-kan progres damage. Jika mulut dibuka, maka terbukalah kota Pandora dan mungkin akan lebih banyak cacing yg akan keluar.
Dale hal ni, strategic thinking dan analisa cost-benefit amat perlu dlm tangani maslahah ummah dan sahsiah negeri/negara.
Renung-renungkan.
mano nik najis nih lari nusut dale gua ko takut nok jawab….kalu dio jawab pum dah tahu jawapannya TAK TAHU TAK TAHU TAK TAHU
Buat rakan2 dalam Pas dan Umno. Untuk renungan bersama.
Pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor. BN kehilangan sokongan bukan Melayu. Ini bukanlah suatu yang baru atau pelik, tetapi telah berlaku sejak dahulu lagi. Bila Melayu bertanding di kawasan bukan Melayu, Melayu sure kalah. Manakala bila bukan Melayu bertanding di kawasan Melayu misalnya MCA dan Gerakan, bukan Melayu sure menang. Bila parti dominasi etnik bukan Melayu seperti MCA atau Gerakan bertanding di kawasan majoriti bukan Melayu, parti ultra kiasu (DAP) sure menang. Keadaan mungkin sedikit berubah pada pilihan raya umum 2008. Kelihatan seolah-olah bukan Melayu mengundi Melayu dengan kemunculan parti sekutu ultra kiasu (PKR). Di Selangor sekutu ultra kiasu (PKR) yang memerintah , sebenarnya itulah kemenangan parti ultra kiasu (DAP).
Orang Melayu tidak ragu-ragu untuk mengundi bukan Melayu. Tapi, belum tentu bukan Melayu sanggup mengundi Melayu. Dalam apa jua aspek berkaitan dengan Melayu, kita gagal untuk memperkasakannya kerana kita tidak mempunyai rakan setia. Rakan kita kadang kala mengambil sikap menikam dari belakang.
UMNO yang diperalatkan untuk mencapai kepentingan tertentu atau mendapatkan lebih lagi, daripada apa yang telah mereka dapat. Muhasabah lah diri. Apakah kita benar-benar mempunyai kawan yang setiakawan atau kawan makan kawan?
Jika MCA dan Gerakan begitu berpengaruh dan kuat, saya cadangkan mereka bertanding di kawasan majoriti bukan Melayu seperti kawasan-kawasan parlimen Kuala Lumpur dan bandar-bandar utama seluruh negara seperti Pulau Pinang. Kita nak lihat MCA dan Gerakan akan menang atau tidak. UMNO tidak perlu berkempen untuk MCA dan Gerakan. Biarkan kedua parti komponen ini berkempen dengan cara mereka sendiri mengikut rentak budaya sendiri. Kita mahu lihat sejauhmana sokongan bukan Melayu terhadap mereka. Saya bimbang mereka akan hilang wang pertaruhan dengan parti ultra kiasu.
Sebenarnya politik bukan Melayu amat terancang rapi. Kita sebagai umat Islam sahaja yang terlalu okomodatif, kadang kala mudah dipergunakan dan bergaduh sesama sendiri seolah-olah tidak ada lagi hubungan persaudaraan dan keagamaan.
Kadang kala tidak boleh salah bukan Melayu juga. Cuba renung balik apa yang kita buat selama ini. Kita sebenarnya jarang bertegas. Kita asyik melayan, selalu mengalah demi mementingkan kuasa dan menjaga jawatan. Kita takut kehilangan kedua-duanya ini, maka kita terus memberi muka.
Saya akan dituduh pula sebagai provokator dan mengapi-apikan sentimen perkauman. Saya tidak pernah lupa akar dan bangsa saya. Saya sayangkan bukan Melayu seperti mana saya sayangkan diri sendiri kerana mereka adalah juga ahli keluarga dan saudara mara saya. Lagipun mereka juga adalah makhluk Allah SWT.
Apakah kita tidak berdosa menjadi hamba di bumi sendiri, sedangkan orang lain menjadi tuan? Laungan ketuanan Melayu hanya sekadar retorik semata-mata, sebenarnya kita tidak pernah menjadi tuan. Tuan kita adalah orang lain. Kita seperti melukut di tepi gantang. Jangan kerana terlalu mahukan undi sehingga kita terpaksa menyembah orang lain. Ini sudah keterlaluan. Sudah sampaikan masanya kita kembalikan kekuatan kita yang telah sedia ada daripada merayu dan mengharapkan simpati orang lain.
Wahai anak bangsa ku. Itulah sebahagian daripada luahan kalbu yang penuh ikhlas dari seorang bukan melayu yang bernama Tee Chuan Seng atas niat mahu menyedarkan bangsa melayu yang telah hanyut dibuai arus politik negara semasa.
Tidak kah anda terasa malu. Sorang bukan melayu boleh melapangkan masa memerah otak menulis untuk menyedarkan orang melayu.
Tokgaru. ” Ya Allah kau anugerahkan lah setinggi2 rahmat dan nikmat kepada insan yang bernama Tee Chuan Seng ini berserta dengan ahli keluarganya. Amin “
Yes or no saja buat apa nak takut,nak menjadi khalifah ni kena berani.tak gitu.
Tokgaru,
you are in line with me. jgn lupa keep up remind semua melayu yang dah mula lupa asal usul . Melayu amat mudah terpedaya pada simelayu yang jadi topeng kepada bangsa lain tu. Kembali kepangkal jalan.
ggilo demo sheh, berani demo..memang demo hebat macam hitler
ado sorang lagi kroni husam sheh, razak pmbksawit. dia ni licik, buat kerja dalam gelap. selalu jugak jadi proksi husam terima komisen balak. minta sprm chek akaun razak ni, banyak duit tu. orang kata dia wartawan surat layang, kalu ada boss baru kroni hhusam, dia orang yang pertama ajak minum. dia yang dok recomen anak beranak dia masuk GLC kelantan. bini dia dok AKSB sebab dia baik dengan hj fauzi dulu. kakak ipar dia dok di PMBK sebab dia baik dengan fadilat…
razak pmbksawit ni jenis parasit sheh!!
Salam Sheih
“Global Media Channel,glc kerajaan negeri” dari tulisan sheih nampaknya ramai yang tahu GMC itu.
Syabas Sheih….Teruskan perjuangan anda…
INI BUKAN FITNAH..Tetapi kenyataan…Dengan Nama Sesungguhnya Allah yang Maha Lagi Mengetahui…
Aku ingin bercerita satu perkara dari beberapa perkara yang aku alami sendiri semasa berada dalam PAS..
Aku tahu Sebahagian Pemimpin PAS, Agenda Harakah dan Ahli Parti PAS kotor dan jijik dalam Politik ….Mempergunakan islam dan fitnah untuk mencapai kepentingan diri….
Aku (sebelum 1998) UMNO, 1999(Ahli seumur hidup PAS), 2001(PKR)…dan bermula 2002 kembali kepada UMNO.
Aku tahu kejijikkan yang PAS lakukan…Setelah menang di Terengganu, Pengerusi dan Naib Pengerusi J/Kuasa Syura Rakyat di Cawangan Kampung aku, diberi pelan Kawasan Balak oleh Pimpinan PAS Negeri pada masa itu seluas 60 Ekar(Kalau tidak silap) setiap seorang seperti yang ditunjukkan kepada Aku oleh kedua orang tersebut.
Alangkah terkejutnya Aku dan tidak dapat berkata apa2 selain memikirkan ‘kebersihan dan kesucian’ pemerintahan sebuah kerajaan yang kononnya Islam..
Cukuplah setakat ini…ada lagi tu…
Sesungguhnya Aku yakin benar apa yang Sheih bongkarkan itu…
Kronologi soal jawab di antara Tuan Sheikh dan pemimpin-pemimpin PAS tentang isu GMC ;
1.Petikan dari kata-kata YB Husam seperti yang dilapurkan di dalam blognya;
“PM macam Pak Lah, adakah perlu lagi belanja sebesar empat juta untuk burukkan dia? Rasanya tak payah. Imej buruknya jadi sendiri atas kelemahan kepimpinannya.”
“Apa kata kalau saya kata empat juta itu memang ada dan empat juta itu ditaja oleh kumpulan UMNO tertentu? Mereka nak jatuhkan Pak Lah kerana mereka sama tak suka.”
“Untuk jatuhkan PM sekarang pun dah ada empat juta lagi yang juga ditaja oleh orang UMNO yang tak puas hati Pak Lah dijatuhkan.”
1.1 Penafian oleh Tuan Sheikh;
“Kepada anak-anak Kelantan di rantauan, segala kekecohan yang sedang berlaku di Kelantan adalah bukan kerja saraf UMNO tetapi adalah hasad dengki, tamak haloba beberapa pihak di dalam PAS Kelantan.”
2. Petikan sebahagian daripada kata-kata Ustaz Idris Ahmad (UIA), selaku Ketua Penerangan PAS di dalam blognya bagi menyangkal pendedahan Tuan Sheikh disamping menangkis persepsi buruk orang ramai ke atas parti PAS;
“PAS mahu Kickdefella menyatakan apakah bentuk-bentuk fitnah dan pembohongan yang beliau lakukan untuk memburukan BN dan siapakah yang memberikan kebenaran kepada beliau untuk menyebarkan berita fitnah itu.”
“PAS yakin, setiap jentera Kerajaan Kelantan telah berkerja bersungguh-sungguh untuk membina imej Kerajaan PAS Kelantan. Namun kita tidak pernah mengarahkan mana-mana pihak untuk menaburkan fitnah dan pembohongan. Hatta bagi jentera penerangan parti sekalipun, kita hanya membuat pendedahan yang mempunyai fakta dan kebenaran.
Seandainya terdapat fitnah dan pembohongan yang dibuat oleh blogger itu, jelas beliau sengaja menciptanya dan berbohong kepada semua termasuk kepada orang yang membayar gajinya. Kickdefella perlu membuktikan siapakah yang mencipta pembohongan itu, adakah pimpinan PAS atau dia sendiri yang merekanya demi untuk membodek Kerajaan PAS selama ini.”
2.1 Petikan sebahagian daripada kata-kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (DMA), di dalam Harakah Daily bagi menyangkal pendedahan Tuan Sheikh disamping menangkis persepsi buruk orang ramai ke atas parti PAS.
KUALA LUMPUR, 4 Mei: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, berkata bukan menjadi agenda PAS untuk menjatuhkan mana-mana pemimpin Umno/BN secara peribadi sebagaimana yang blogger Kickdefella dedah kepada media sejak sebulan yang lalu.
Sehubungan itu, beliau menafikan bahawa PAS terbabit dalam agenda memburukkan Abdullah menggunakan dana RM4 juta seperti yang didakwa Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz.
2.2 Jawapan dari Tuan Sheikh
Pada satu ketika, saya maklumkan bahawa saya membawa bahan yang sudah siap untuk dicetak kepada seorang exco untuk kelulusan. Saya kata, “tapi yang ini ada berunsur fitnah…”
Exco tersebut kemudiannya membaca sebuah hadith kepada saya yang sudah saya lupa, cuma yang saya ingat ialah ulasan daripada hadith yang dibacanya itu ditafsirkan sebagai membenarkan kita melakukan demikian ke atas musuh kita.
Satu ketika lain, saya dibacakan beberapa keratan ayat Al Quran dan kemudiannya tafsirannya yang mengisahkan perjalanan Nabi Khidhir. Penjelasan diberi kepada saya, sekiranya matlamat kita jelas, kita dibolehkan melakukan perbuatan yang tidak dibenarkan dalam suasana biasa.
3.Petikan dari kata-kata YB Husam dalam Harakah Daily bertarikh 6/5/2010
Terdahulu dari itu, Husam menulis seakan mencabar Kickdefella agar menamakan dengan jelas pihak-pihak yang didakwa memberikan duit kepada beliau itu.
“Kalau merasakan apa yang ditulis itu benar, namakan saja orang-orang yang terlibat. Jangan berselindung di sebalik kesamaran tanpa nama begini,”
Namun sehingga kini, beliau masih belum menyatakan dengan jelas siapakan penama-penama tersebut.
Bercakap kepada media semalam, Husam juga tidak ingin memberikan penjelasan kerana nama beliau belum dinamakan oleh media.
“Saya sepatutnya tidak mengulas isu RM4 juta ini kerana nama saya secara rasmi tidak dikaitkan oleh mana-mana media.
“Jadi saya minta surat khabar sebut nama saya dulu, dikatakan ada lima dalang tapi tak letak nama, hanya sebut seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, seorang Ahli Majlis Perbandaran, seorang itu, seorang ini, tapi tak sebut nama.
3.1 Respons Tuan Sheikh pada pertanyaan YB Husam;
“Kalau Tok Guru tanya, hak siapa, apa perlu saya jawab?” Tanya saya pada Husam dalam pertemuan harian kami.
“Kata ni hok Tok Guru,” itu arahan daripada Husam.
Saya tidak pernah mempertikaikan kenyataan Husam.
Ulasan saya;
Oh begitukah cerita sebenarnya…..fahamlah saya. Patutlah Tok Guru senyap je…rupanya ada udang di sebalik batu.
Salam,
1. Hai! macam mana sorang pun tak tahu GMC.Itu pembohongan namanya tu…Drama telah bermula.Sama-sama kita tonton apa jawapannya.Penafian orang politik memang begitu tapi sebenarnya dia yang buat.
2. Guna GMC nak jatuhkan lawan.Kita tengok sapa yang akan jatuh.nampaknya PAS akan ditipu buat kali kedua oleh PKR selepas Semangat 46 dulu.Kebanyakan orang PKR tu asalnya dari UMNO satu hari akan balik pada UMNO.Tak percaya tunggu tengok …..kalau dah jiwa UMNO dia akan balik ke UMNO.
3. Sejarah hanya menyaksikan hanya 2 parti untuk orang Melayu saja yang
masih bertahan iaitu UMNO dan PAS. PKR hanya parti bersifat sementara saja sebelum dibubar masuk UMNO.
4. DAP tu parti tak boleh harap.Pandai cucuk sana cucuk sini bagi orang Melayu bergaduh sesama sendiri.
Keadaan nampaknya makin kusut, siapakah yg berpuas hati dalam hal ini?
saya harap kalian fikirlah sehabis2nya. …. kickdefella untung apa, Pas pula apa jadinya. pada saya dendam kasumat inilah yg membuat org2 lslam banyak kerugian….
Silap haribulan kickdefella terpijak perangkap sendiri. Ikut hati mati ikut rasa binasa. Saya lihat anda sebenarnya melatah dengan pendirian sendiri. Yang saya hairan bagaimana anda boleh mengaku anda penulis bebas sedangkan anda pernah berkhidmat secara rasmi dengan parti politik dan yang lebih menghairankan mengaku terlibat dengan seperti GMC. Disebabkan itu tak ada seorang pun pengkritik bebas ambil pusing dengan keletah anda kerana bagi mereka you are not freedom fighter but a mere opportunity fighter. Jadi tidak salahlah telahan orang dahulu that selling yourself through isu bendera terbalik to gain publicity profit.
Malulah kick. Dengan bloggers reader you boleh akal-akalkan. Tapi you tak segan ke dengan rakan-rakan penulis. Semua pakat tersengih tengok you Teng Teng tengah jalan. :).
Tahniah! Rakyat Kelantan dan UMNO mesti berbangga kerana pemimpinnya Dato Awang Adek Hussein diberi penghormatan untuk memberi justifikasi lesen judi Piala Dunia.
Alang-alang lesenkan sekali pelacuran, kerajaan boleh dapat revenue, penularan AIDS dapat dikawal, aktiviti jenayah pengubahan wang haram juga boleh dikurangkan. Demand pun banyak kan?
So much bising Zaid Ibrahim kaki judi…Duh!!! Aku nak dengar pulak komen pemimpin kesayangan Kelantan dan puak Melayu i.e Ibrahim Ali.
+ Ini ke kerajaan yang korang mahukan?+
Eleh… semua orang tau bahawa Husam ada copycat Anwar Berahim…
Jadi kalau dia… itu perkara biasa bagi Anwar…
Tak salah kalau Husam berperangai macam Anwar…..
Erdogan PAS ler katakan…
semua sibuk pasl gmc. kerja pas memfitnah..
media umno yang hari2 dok fitnah pas n tgna tak da plak yg sibuk2. kalu u ingat u all betul, bagi la tv satu stesen kat pembangkag atau setiadak2nya sejam 2 slot bagi dia orang buat penerangan, baru adil.
atau cari mana2 pemimpin buat la debat live, tp tak yah ajak saberi cheek debat la.. susah nak cover.
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26448:rm4-juta-fitnah-tabung-rm20-juta-tawan-putrajaya-husam&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124
salam pak sheh…
Macamaner ni,yang mana satu betul…….harap tuan dapat perjelaskan yg sebenar…..kami pasti pak sheh ada bukti yg jelas….!!!
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26448:rm4-juta-fitnah-tabung-rm20-juta-tawan-putrajaya-husam&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=124
yang mana satu ni…..
Syed…mu meme `klah’….!! Plago lagi, plago lagiiiiiiiiii………..
mat (12:06:31) :
semua sibuk pasl gmc. kerja pas memfitnah..
media umno yang hari2 dok fitnah pas n tgna tak da plak yg sibuk2. kalu u ingat u all betul, bagi la tv satu stesen kat pembangkag atau setiadak2nya sejam 2 slot bagi dia orang buat penerangan, baru adil.
atau cari mana2 pemimpin buat la debat live, tp tak yah ajak saberi cheek debat la.. susah nak cover.
en mat. tak payah laa tu semua
harakah dah ada buat laa berita betul. ni ar… bolg ada buat laa berita. semua orang bulih baca. tulis paa cerita benar yang nak di ucap tu. tak perlu slot2 kat tv pun. nak tak nak jer.
itu alasan lapuk. zaman dulu boleh laa nak tv. nak siar berita betul. ni zaman moden sudah.
tulis jah perkara apa yang betul hampa nak cakap kan tu. seluruh dunia leh baca. kalau tv dalam malaysia jer.
Pemimpin PAS dia ingat semua dia tahu-pandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Tok guru nok kato apo? Orang UMNO ke yang merancang nak jatuh kan PAS. Lor ni ore PAS nak kato gapo. Tu lah lain kali jangan tuduh menuduh,fitnah memfitnah kita ni kan sebangsa dan seagama. Bila meninggal dunia yang ditanya siapa saudara kamu. Kitalah orang islam UMNO dn PAS dan umat islam sejagat. Jangan pengikut PAS yang taksub mengatakan mereka lebih islamik dari orang UMNO.Berbaik-baiklah kita sesama umat.Bersatulah walaupun berlainan kefahaman politik.
Kpd anak jati kelate
Walau pun aku bukan ahli Pas. Walau pun aku tak pernah lagi bagi undi dekat Pas. Tapi aku bahgia tengok Pas jadi kerajaan di Kelantan. Aku selesa tengok Pas mula berkerajaan di Kedah. Aku tak benci giler pada Pas. Aku akan undi Pas bila keadaan memerlukan. Tapi setakat ini keadaan di DUN dan Parlimen tempat aku buang undi masih tak memerlukan aku berbuat sedemikian, maka aku terus bagi undi kepada parti yang aku suka (rahsia ????). Pas tak jahat. Pas tak menyempang. Pas tak membiarkan diri diperalatakan. Yang jahat adalah pemimpin Pas. Yang menyempang adalah mereka2 yang jadi pemimpin Pas. Yang sanggup merelakan diri diperalat oleh puak ultra kiasu untuk menggoncang kuasa politik melayu/islam dinegara ini adalah pemimpin2 Pas yang gila untuk berkuasa. Jadi yang perlu kita tolak adalah pemimpin2 Pas yang tak nak mempertahankan melayu. Pemimpin2 Pas yang sedang bermimpi ” berjuang untuk islam saja ” manakala ” perjuangan untuk survival melayu ” diketepikan tidak wajar diberi tempat pada PRU 13 nanti. Kita tahu dalam Pas ramai yang mahu islam dan mahu melayu tapi takut nak bersuara. Usul kerjaan perpaduan dengan Umno dicetuskan oleh siapa ????. Orang seperti ni lah yang patut diberi tempat.
Aku melayu. Aku islam baka. Suka lah aku nak sedarkan pemimpin2 Pas yang sedang mimpikan sebuah kerajaan islam memerintah gunapakai undang2 dan hukum islam sepenuhnya di bumi yang bernama malaysia ini.
Ungkapan aku adalah :
” Kalau karpal singh kata OVER MY DEAD BODY, aku Tokgaru kata NO WAYS AND NO DAYS FOR REALITY “
Kita tidak mempertikaikan dari mana mereka mendapat sumber kewangan tapi yang nyata mereka menggunakan nama parti untuk mendapatkan sumber kewangan tersebut. Maka wajib mereka memaklumkan kepada ahli parti dari mana mereka mendapat sumber tersebut dan jumlah yang diperolehi jika tidak ia akan membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa.
Jgnlah org melayu berpecah belah menuding jari sesama sendiri….Bersatulah untuk masa depan orang melayu…ada pernah kite dngar orang cine, india berpecah? mereka semua bersatu walaupun berbeza parti..jgn sampai mereka mentertawakan kite dalam diam..sekian
Orang Melayu perlu berhati-hati terutama yang taksub dengan PR, anda semua seperti berada dalam sebuah kapal yang Jurumudinya bercita-cita besar tapi tak sedar sedang menghampiri Tiga Segi Bermuda.
‘harakah dah ada buat laa berita betul. ni ar… bolg ada buat laa berita. semua orang bulih baca. tulis paa cerita benar yang nak di ucap tu. tak perlu slot2 kat tv pun. nak tak nak jer.
itu alasan lapuk. zaman dulu boleh laa nak tv. nak siar berita betul. ni zaman moden sudah.
tulis jah perkara apa yang betul hampa nak cakap kan tu. seluruh dunia leh baca. kalau tv dalam malaysia jer.’
en tali air,
sbnarnya harakahpn utk ahli shj, salah kalau org lain bc tau..konon2 laa. tu pun 2 kali seminggu yg dulu lagi teruk 2 kali sebulan. tu la en tali air tak faham, awk ingt semua org dah ada internet, kaya atau mampu ekoran DEB, tapi tak semua bleh baca blog, boleh atar email macm kita.. ramai yg miskin. walaupun alasan lapuk tapi masih rleven. kita bkan nak bergaduh tp biar masing2 diberi kefahaman. rakyat bukannye tak cerdik sangat mana yang baik & mana yg buruk. tapi kalu hari2 dok cakap kat tv, yg buruk pn bleh nampak baik.. tak gitu hehe..
kalu lah pemimpn pas ni tamak kuasa, parti yg satu lagi tu lebih lagi laa.. u all tak pa duit byk entah dari mana sumber duit datang kalu tak cam ner boleh tabur duit masa pilihan raya byk2 kann, semua org tau la tak yah bohong..ni pun dekat piala dunia boleh lah pakat2 berjudi untuk tambahkan eko negara, judi yg dihalakan hehe
tepuk dada tanya iman….
apa tindak tanduk… kelakuan dan sikap pemimpin BN dan PAS…
kita semua wajar melihat cara mereka memimpin keluarga iaitu isteri & anak-anak…. barulah punya kekuatan utk pimpin parti atau negara….
air yang di puncak kalau bersih… sekurang-kurangnya air yang mengalir ke bawah juga bersih…. lainlah jika ada manusia lain yang cuba mengotorkannya… berbeza jika air yang di puncak sudah kotor… yang akan mengalir ke bawah juga biasanya kotor….
anda mahu pilih yg mana?