Syukur kepada Yang Maha Pengampun, sebentar tadi saya dapat bercakap dengan isteri kepada Koperal Jemain Subi yang didakwa menyebabkan kematian kepada Arwah Adik Aminurasyid Amzah.
Saya menyimpan hasrat untuk menghulurkan bantuan bagi meringankan bebanan mencari wang ikat jamin yang berjumlah RM10,000 yang dikenakan oleh Mahkamah dua hari lepas. Saya dimaklumkan oleh isterinya bahawa wang itu telah dilunaskan menggunakan wang simpanan keluarga itu.
Saya berjanji akan menyumbangkan RM3,000 pada petang ini kepada keluarga Koperal Jemain Subi bagi menggantikan sebahagian wang simpanan mereka.
Berharap untuk bertemu mereka petang ini.
Seorang penulis blog cabut seperti saya menulis apa yang difikirkan oleh saya betul. Kadang-kadang ia mengundang masalah perundangan dan di dakwa sedangkan saya menulis dengan niat yang jelas. Undang-undang hendaklah dilaksanakan tidak kira ke atas siapa sekalipun dan sementara mahkamah menjatuh hukum, orang yang tertuduh dijamin tidak bersalah.
Sewaktu kejadian tembakan yang meragut nyawa Adik Aminurasyid, Koperal Jemain Subi sedang menjalankan tugas. Setidak-tidaknya, itulah pemahaman saya.
ada yang salah ada yang betul. biar mahkamah menentukan siapa salah siapa betul. arwah pun ada salah tapi kenapa dia menjadi mangsa walhal bukan dia seorang penjenayah. koperal juga ada betul dan juga salah. syarat menembak menggunakan pistol jika dirinya diancam atau terancam. sama-sama kita berdoa agar keadilan dapat ditegakkan.
salam kepada tuan punya blog…
taniahlah kepada tuan, moga sumbangan ikhlas tuan dapat sedikit sebanyak meringankan beban keluarga polis ni…
saya juga hairan, kenapa polis tu saje yang kena dakwa, keluarga budak tu, kenapa tak didakwa sama??
kita semua maklum, budak tu memandu kenderaan tanpa lesen…kemungkinan amat jahil dengan undang-undang jalanraya…maklumlah, sekolah memandu tak masuk lagi, dah berani bawak kenderaan…
kalaulah dari awal budak tu ditegah dari bawak kenderaan, mungkin tak jadi macam tu…bila dah macam ni, dah menyusahkan banyak pihak…
memang tak dinafikan, ada segelintir anggota polis, bagi saya “KURENG” skit, tapi kalaulah anggota ni seorang yang amat berdedikasi, pihak polis patut tengok rekod perkhidmatannya..
nasi dah jadi bubur, dah ditakdirkan budak tu mati dalam keadaan begitu…kes pun dah dipolitikkan…ape pun pada saya, tu semua antara manusia dan tuhan…tuhan lebih mengetahui ape yang sebenarnya…kalau benar, benarlah jadinya……
YA LA POLIS TU TAK SALAH, APA KES LAK? SALAH MAK BAPAK BUDAK TU, TAKKAN TAK RETI JAGA ANAK KELUAR PUKUL 3 PAGI?
keluar rumah pkul 2pagi..
bawak kereta tak ade lesen..
dah langgar org pastu masih nk larikan diri..
polis dh suruh brenti tp tak stop dan nk masih nk larikan diri..
adakah ini sifat budak baik yg perlu dipertahankan bermati-matian?
Brader Kick,
Pada hemat hamba la..keadaan mnjadi brtambah kusut kesan dari ‘tangan-tangan’ opportunist yang cuba menangguk dia air yang keruh. jelas sekali seakan-akan tiada pihak yang sudi berdiri memangkin pegawai polis yang terlibat..saya setuju dengan pandangan saudara Hanizam (13:06:27)..mungkin ramai lagi budak-budak nakal, mat rempit, penjenayah jalanan diluar sana (mungkin arwah bukan penjenayah) berasa semakin besar kepala. Apa tidaknya, mereka sekarang semakin disayangi dan dibela oleh masyarakat… Polis?….kalau mati kena tembak oleh perompak pun takde sapa nak ambil peduli…biasala keje polis…kna tmbak tu biasalakan…
Semoga Allah memberikan keadlian yang terbaik bagi mereka-mereka yang sedang diuji ketika ini…
Ramai yang bersimpati terhadap keluarga arwah Aminul..memang bagus…cuma yang bersimpati pada keluarga anggota….Kpl Jemain kurang…datuk meringan kan beban wang ikat jamin memang saya sokong memandang kan tidak ada ngo…kumpulan facebook…parti2 politik…yang nak menolong kpl Jemain. Semiga keluarga beliau tabah menghadapi dugaan.
Terima kasih tuan kerana membantu keluarga beliau.
HANIZAM (13:06:27) :
Keluarga mangsa tidak didakwa kerana keluarga mangsa tidak melakukan sebarang jenayah. Sekiranya seorang ayah didakwa kerana jenayah anaknya maka ramailah “orang-orang besar” di negara ini akan turut didakwa. Namun itu bukan keadilan. Kalau nak dakwa atas kesalahan memandu dengan merbahaya dan tanpa lesen, Arwah pun dah meninggal. Kalau kau nak dakwa juga..ha..pegilah dakwa sorang2.
Kickdefella,
“sementara mahkamah menjatuh hukum, orang yang tertuduh dijamin tidak bersalah.” Aku sokong kenyataan kau ni. Kira reasonable gak ko ni ek.
Walaupun Nik Aziz dan kroninya belum didakwa di mana-mana mahkamah atas dakwaan yang kau timbulkan, cara kau serang Nik Aziz and Co seolah2 beliau dah “confirm” salah. Pengomen2 blog cabut (minta izin guna istilah) ko ni pun banyak yang dah memfitnah, mencerca seolah2 Nik Aziz & co, dan menantunya dah confirm salah…so guano? Double standard ka?
Apa pun mari berlaku adil samada kepada lawan atau musuh. Semoga keluarga mangsa dan yang dituduh dapat keadilan dunia..keadilan akhirat dah memang confirm akan dapat!
Syabas bro, God bless u.
Sayangnya kes ini jadi isu politik. Jadi polis saja ke mahkamah.
Kalau tidak kerana politik, keluarga mangsa juga sudah tentu kena dakwa sekali.
p/s – Saya dah 2 kali dilanggar budak sekolah tanpa lesen. Kali pertama, kereta yang baru dibeli sebulan teruk dilanggar sampai insuran claim pun RM15,000.
Tuan,
Kita mempunyai pendirian yang sama. Saya turut bersimpati dengan keluarga Kop. Jemain. Akibat kelalaian keluarga mendidik, dan keghairahan politkus-politikus bermain wayang, insan kerdil yang hanya menjalankan tanggungjawab menjadi mangsa.
Saya sarankan pihak berkuasa, JPJ atau PDRM mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang terhadap keluarga arwah – biar semua pihak mendapat pengadilan yang adil lagi saksama.
bagus lah syeikh asalkan nawaitu lilahitaala…..
kes nii pihak keluarga pun salah kerana bagi anak yg umur 15 tahun bawa serta waktu kejadian sepatutnya berada di rumah….begitu jugak pihak Polis jika buat silap akan didakwa…jika buat jasa x de di kenang pun…paling2 tidak dpt sijil khidmat cemerlang….kita pula jika barang di curi atau dirompak polis juga tmpt kite buat aduan/report…
berkenaan kes nii dipolitikkan saya nak juga tanya apa jadi kes yg kat jalan ke mersing tu…di langgar oleh salah sorg pemimpin tinggi PKR…lepas tu blah camtu aje sebab sibuk nak kejar waktu berceramah….x de pulak org2 yg selalu dok bangkang tu nak bela……dgr khabar mangsa tu telah meninggal dunia…
agak2nya kalau ditakdirkan allah ..budak tu x mati bawa kereta , xde lesen langgar org sebabkn kematian mcm ne yek … apa pun allah maha kuasa yg layak menghukum & tau setiap kejadian tu
setuju dgn pandangan fahmi dan nizam,
dah jadi arwah nak kata apa, drama tembak dan lari nih tak bolih di putar balik, tak macm cerita mat salih tu, kalau bolih putar balik kita tau masalahnya, kalau peluru tu tertembak kat mangsa yng tak tau apa2, peluru tu bolih diperlahankan dan mangsa pula bolih mengelak dgn secara slow motion,
satu bab lagi kes nih dah dipolitikan, yang bestnya sampai peguam kepda mangsa pun berpolitik untuk mengendalikan kes nih, tak cukup satu sepuluh peguam disediakan, kalau macam nih lah caranya mahkamah kita, rasa2nya tapi sekarang pun dah ada, peguam membabitkan politik,
apa cara sekalipun nanti keputusanya dalam mahkamah, takiralah siapa dan kes apa, yang benar jadi salah, yang salah jadi benar, yng tak sepatutnya mati akan terkubur, yng sepatutnya terkubur akan hidup, nih lah dinamakan perjuangan dalam menegakkan kebenaran periok nasik dan politik masing-masing,
inilah musibahnya mahkamah telah dijadi medan politik yang rakus lagi fulus,
salam bro
saya rasa ramai di luar tu bersimpati dgn kedua-dua keluarga tersebut.sama-samalah kita ambil iktibal dari kejadian tersebut.Di pihak ibubapa awasilah sikit pergerakan anak2 kita dan di pihak kerajaan terutama kdn segerakan lah peruntukkan utk pasang camera pada kereta peronda polis.Polis juga perlu mengandakan latihan fizika dan menembak supaya sentiasa bersiap sedia sepanjang masa.Tahniah juga saya ucapkan pada seluruh warga PDRM dlm keadaan sebegini tapi integriti mereka memerangi jenayah tak pernah luntur SYABAS>
Tiada yg betul tapi 2 yg salah. Nasib bergantung pada hakim.. But u done a good deed..
Salam dan Syabas Sheih,
..Sheih dah berubah dan berpijak dialam nyata….teringat tulisan Sheih dulu “Kugan darahnya merah,…begitu le lebih kurang..yang mana ketika tu Shieh seolah dirasuk sesuatu….saya dari jauh akan menyokong Shieh dalam perjuangan untuk kebenaran. Tulis le untuk kebenaran dan dedahkan kepincangan samada ianya UMNO atau PAS…..samaada ianya To Guru atau pun Najib….dan ingat jangan fitnah dan memutarbelitkan isu. Hubungi saya..nak derma juga sikit…
That’s the spirit, bro. Keep it up.
Adios
tahniah tuan, semoga allah sahaja yang dapat membalasnya. Mungkin juga tuan boleh publishkan no.acct bank isteri koperal Jemain , bagi memudahkan pihak-pihak diluar yang bersimpati dengan beliau, menghulurkan derma ikhlas bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh keluarga beliau. Insyaallah.
Pada pendapat saya, koperal tersebut perlu membela diri dengan mengunakan seksyen 76 Kanun Keseksaan.
Bro, saya sudah memohon kebenaran untuk publishkan nombor akaun kerana saya yakin ramai pembaca blog ini mahu membantu supaya keadilan terhasil, tetapi pihak mereka tidak memberi kebenaran buat masa ini bagi mengelakkan sebarang kontroversi.
Tidak ada mana-mana anggota polis di Malaysia ini yang dengan sengaja hendak membunuh remaja dibawah umur. Saya yakin, seumur hidup Koperal Jemain akan dihantui oleh perbuatannya walaupun setelah menerima hukuman. Koperal Jemain pasti sedih dan menyesal tapi apakan daya, orang awam tidak akan memahami trauma yang dialaminya setiap hari. Kalau dia ‘trigger happy ‘ sudah pasti berpuluh yang telah ditembaknya.
Koperal Jamain tetap bersalah kerana bertindak diluar peraturan. Kesalahannya bertambah berat kerana yang ditembak adalah remaja dibawah umur. Bagaimanapun jiwanya tetap tertekan dan trauma. Begitu juga yg dirasai isteri dan anak2nya. Kita juga turut bersalah dari segi moral sekiranya kita terus menghukumnya sebagai pembunuh kejam tanpa secebis simpati . Lainlah kalau dia dengan niat dan sengaja membunuh kerana dia tahu yang memandu itu remaja dan kesalahan adik Amirul memandu tanpa lesen adalah kebenciannya. Yang begitu barulah dianggap zalim,kejam dan trigger happy.
kenapa koperal yg kena salah? bukan mak bapak dia yg menyebabkan koperal melepaskan tembakkan kerana membiarkan anak keluar malam memandu kereta dan melarikan diri dan memaksa koperal melepaskan tembakkan? charge saja mak bapak budak tu. baru laa padan
Bagaimana kalau kereta yang dipandu oleh budak bawah umur tak berlesen melanggar orang sampai lumpuh. Adakah syarikat insuran Akan bayar pampasan? Adakah pemilik kenderaan disaman?
Orang yang lari apabila dikejar polis adalah orang salah. Jam 3 pagi takkan nampak siapa Dan umur pemandu tersebut. Tindakan anggota polis itu adalah tepat menembak kereta itu untuk menghentikannya. Pemilik kereta itu perlu disaman kerana gagal menjaga keretanya. Apa jadi kalau kereta itu melanggar orang lain.
Kawan budak yang jadi hero apa macam. Patut kena dakwa juga sebab berkompromi. Kawannya mati di pehanya, kereta langgar tebing, 5 anggota polis pukul kepala Dan sepak terajang tapi dia masih mampu larikan diri lagi. Esok keluar PC hanya calar kat lengan. Terar betul budak tu sampai Ada ilmu kebal. Bakal calon penjenyah tegar kerana dilatih oleh professional.
Bro Sheikh I sokong u tolong kasikan nombor akaun isteri Kpl tersebut I pun nak derma buat ringankan beban mereka.
DAP & PKR dah spin hebat kes ni kat Sibu-kata polis ganas, polis menganaya org ramai.DAP pun dah pandai2 turun kan umor budak tu dari 15 ke 14 thn saja supaya polis nampak lebih brutal lagi. Sekarang ni persepsi yg nak ditonjolkan oleh PR ialah polis dengan sengajanya telah menembak dengan kejam budak tu dgn 20 das tembakan! Cerita asal budak tu lari selepas melanggar kenderaan lain dan bawak kereta tanpa lesen jam 2 pagi dah tak timbul lagi. Yang PDRM pun bangang semacam tak tahu mcm mana nak handle kes ini dari awal. PDRM kena latih org2nya how to handle PR in crisis situation. Jangan cepat sangat melatah – susah nak betulkan persepsi negatif kalau dah sebati dlm minda org ramai.
Bagi sy adalah lebih baik undang-undang kita dipinda agar –
o jika remaja bawah umur didapati bersalah memandu kereta/motorsikal tanpa lesen maka ibu/bapa/penjaga juga akan dihukum denda sekurang-kurangnya RM1,000.
o jika remaja tadi telah melakukan kesalahan lalu-lintas lain, ibu/bapa/penjaga tadi didenda lagi sekurang-kurang nya RM2,000 (mengikut kesalahannya).
o jika remaja tadi telah menlanggar org lain hingga mati maka remaja/ibu/bapa/penjaga tidak boleh memiliki lesen memandu selama 10 tahun.
Adakah ini boleh mencegah ‘anak baik’ ‘memandu tanpa lesen’ ‘ditembak polis’
Harap tuan, dpt berbincang dgn keluarga Koperal Jemain, anggaplah derma ikhlas yg ingin diberikan sebagai tanda sokongan kepada beliau. Mungkin perlu ada saluran yang terbaik bagi menyalurkan bantuan ini. Yg penting niat kita ikhlas ingin membantu, memandangkan tidak byk pihak volunteer spt tuan.
Ini usaha kita, selainnya berserahlah pada Allah.
Sheikh,
Haha, guna nama lain. satu saja nak cakap, Nik Aziz rugi banyak sebab pecat sedara. Silap banyak
PELURU TAK BERMATA. BENDA DAH JADI kenapa pembangkang nak bising2?
sekian.
Tok SEH
Duit RM 3000 tu balance dari duit RM 4 juta ke?
aku bukan pembangkang tapi membangkang
baru la pesona non grata
kakak budak tu sungguh sombong sekali. gembira kerana kopral yang berkenaan telah dituduh dimahkamah. beliau berkata nama adiknya akan bersih jika polis tersebut didapati bersalah menembak adik beliau.
tetapi beliau lupa akan kesalahan yang beliau lakukan dengan membenarkan adiknya memandu kereta tanpa lesen. mungkin juga beliau yang mengajar adik beliau memandu dan mengizinkan kereta beliau dipandu setiap hari. kalau baru pandai memandu adik beliau tak mungkin berani memandu ditengah2 jalan raya. ini mesti dah lama memandu.
semua orang salah, tapi keluarga budak ini sikit pun tak salah.
Kalau budak tu berhenti jer bila polis tu tahan takder la nk jadi macam ni….kalau polis dah tembak tayar pun nk gak lari…giler ke ape?…penjenayah jer yang wat macam tu…tu pemahaman saya la……kalau polis pun kita nk hentam habisla…..tak tau dah ape nk jadi dengan orang kat malaysia ni…sume benda nk jd isu politik….kesian…..
Elok benar kalau masing-masing sedar bahawa kejadian yang telah berlaku adalah TAKDIR ALLAH yang tiada siapa boleh mengatasinya. Oleh kerana yang terbunuh itu adalah seorang Muslim, maka marilah kita sama-sama membaca Fatihah hadiah kepada Arwah lebih baik daripada masing-masing beleber tak tentu arah
Tuan,
Belum satu kes selesai, satu kes lagi berlaku di NS. Saya pun dah tak terjawablah Sheih. Anak remaja dapat pelajaran dari peristiwa sekarang. Polis tidak perlu di hormati. Jika di tahan lari. Kesalahan akan mendapat pembelaan masyarakat. Macam mana Polis nak pastikan orang baik dengan orang jahat dalam peristiwa jahat? Macam mana Polis hendak memastik selamat dan tidak selamat dirinya dalam peristiwa yang tidak berundang-undang?
Semoga Allah kurniakan keadilan di kedua-duanya pehak.
jasa pihak polis amatlah tinggi kepada masyarakat hujan panas mereka bertugas tapi apabila sesuatu sebegini terjadi ramai pihak yang menyalahkan mereka, dalam kes koperal jamain cuba kita berfikir kalau yang ditembaknya adalah seorang penjeyah yang paling dikehendaki adakah mereka yang mengutuknya akan memuji dia sudah tentu tidak. saya rasa bukan hajatnya pun untuk menembak budak 15thn jadi kalau tidak menyokong pun sekurang kurangnya jangan kita terus menghukumnya biar mahkamah yang menentukan dan bagi pihak polis tabahkan diri negara memerlukan jasa anda selamat bertugas
Apa nak cerita lagi! aku yakin dia bertindak atas sifatnya mau memerangi jenayah, cuma ari tu mungkin dia sikit sue sepatah kata cina. Aku harap keluarga budak ni jangan cuba pula nak cari untung dari musibah ini, tak kiralah, untung wang ke, untung politik ke… mereka kena juga fikir hati dan perasaan keluarga koperal ni, yang sanggup menggadai nyawa demi kita semua, Kalau ikut hati jahat aku, nak sahaja aku hasut keluarga koperal ni saman keluarga budak ni atas kecuaian menjaga anak, kan ada peruntukan dalam undang undang keluarga… tapi tak apa bro , bro aku cadangkan bini koperal ni jumpa keluarga budak ni atau keluarega budak ni jumpa keluarga koperal ni saling bermaafan, orang lain jangan sibuk, biar mereka sama sama merasa dan bertukar keperitan dan kepedihan mereka … aku harap bro boleh aturkan itu ..
# Terus terang aku cakap, budak tu dan emak bapanya serta ahli keluarganya yang juga pemilik berdaftar kenderaan itu yang salah.
# Emak bapaknya kena salahkan diri sendiri kerana tak dapat kawal “anak yang baik itu” daripada keluar malam dengan kawan hingga lewat pagi.
# Emak bapanya juga kena salahkan diri sendiri kerana tidak ajar anaknya menerima hakikat bila buat salah kerana tanggung akibatnya (i.e bila bawa kereta tak ada lesen, polis tahan berhentilah, yang lari kerana takut tu wat apa, kalau kena saman itu adatlah buat salah).
#Tindakan pelajar itu pecut lari kereta apabila diarah polis menimbulkan kecurigaan kepada sesiapa jua, sebab sudah jadi amalan penjenayah walaupun bawa senjata, mula-mula sekali dia akan pecut kereta dan bila terperangkap baru melawan.
# Kakak budak tu salah kerana benarkan adiknya yang tak ada lesen memandu bawa keretanya. Kalau ikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, pemilik kenderaan yang benarkan pemandu tanpa lesen awat bawah umur boleh disaman di mahkamah. So aku harap polis tidak tolak ansur dalam hal ini.
# Semoga kebenaran akan terserlah jua. Semoga anak isteri keluarga anggota polis itu dapat bersabar sepanjang menempuh dugaan ini.
# Maaflah! walaupun sedih sebab kematian berlaku tetapi tiada simpati dari saya buat keluarga remaja itu yang sudah terlebih politik dalam isu ini.
Para pembaca budiman.
Dua tahun yang lepas, kancil yg pandu isteri saya yang dalam perjalanan pulang kerumah daripada sekolah telah dilanggar oleh motorsikal yag dipandu oleh pelajar berumur bawah 16 tahun, dah tu ponteng sekolah, tanpa lesen memandu dan motor pula didakwa oleh ibu saudaranya diambil tanpa pengetahuannya.
Sejurus sebelum kemelangan/pelanggaran dgn kancil isteri saya yg baru hendak bergerak pada satu persimpangan itu diberitakan sedang menunjuk aksi/egonya kpd rakan-rakan yg menaiki sebuah bas sekolah.
Selepas terlanggar belakang kancil tersebut, ianya terbabas dan terkena dinding bas sekolah yg sedang bergerak itu. Belau terjaduh di tenggah simpang dengan kecederaan teruk dikaki, patah.
Selepas kemalangan, ibu dan mak saudara (tuan punya motor datang). Beliau telah memohon maaf dan mencerita kesah perilaku anak saudaranya itu.
Tow trucuk tiba sejurus selepas itu. kakak dan ibu meminta diselesaikan sesama kita. Mereka kata tak mampu nak bayar, duit tak ada, kakak sekadar berniaga, kalau tak salah saya, cukai jalan dan ansuran bulanan ada yg tersangkut. Saya sebagai suami dan perasaan kekitaan , rela membakai kereta sendiri (RM 600 lebih), tak mahu NCD hilang
Dalam pada itu ada juga dihubungi oleh peguam dan pemandu trow truck /operator yg menyatakan ingin membantu kes itu untuk cuba membantu pelajar berkenaan menyaman isteri saya atas punca kemalangan oleh pelajar nakal tersebut. Tapi ibu/kakak minta selesaikan, pelawaan peguam (menelefon isteri saya kemudian menggenai hasrat tadi)
Belau telah dihatar ke hospital oleh ambulan Hospital daerah… dan seterusnya wad hospital di sebuah hospital lebih lengkap. Saya dan isteri ada melawat sebagai simpati.
Aleh-aleh selepas setahun kemudian satu surat saman telah dihantar oleh syarikat guaman (berbangsa India). Isteri saya telah di caj untuk hampir 20 keselahan, seolah-olah direka-reka, bapa pelajar tadi menjadi wakil kepada anaknya. Pegawai penyiasat juga seorang bebangsa india.
Semasa membuat laporan polis sathun dulu, saya tidak dibenar menemani isteri saya….
Pelajar tersebut telah mewawarkan kpd rakan-rakan sekolah yang belau boleh dapat RM 92 000.00.
Penggajaran :
1) Pelajar ponteng sekolah … tak salah ?
2) memandu tanpa lesen … dibela.
3) Memandu kenderaan “curi”
4) Orang dilanggar .. kehilangan NCD dan perlu bayar kos baiki kereta sendiri.
5) Lawyer mengambil kesempatan di atas kesengsaraan orang lain. BUsiness
6) Ibu bapa dan mak saudara menjadi penipu.
7) Isteri mendadapt trauma … memegang lesen lebih daripada 20 tahun tanpa sebarang kes kesalahan jalan raya.
8) Pelajar nakal dibela .. memberi isyarat yang salah kepada mat rempit.
Isteri saya menjadi trauma, tak lalu makan dan menyusahkan saya kerana takut memandu utk ambil anak sekolah
Sekian
Untuk renungan
Suami
Salam Sheikh,
Al fatihah kepada adik Aminurasyid, sudah ketentuan Ilahi kematiannya dalam keadaan sebegitu. Ada hikmah yang terselit untuk direnung. Cuma kepada ibu bapa patut diingati bahawa ketahuilah di mana dan ke mana anak anda berada, dengan siapa anak berkawan.
Saya rasa musykil dan tertanya-tanya apa sebenarnya yang dibuat oleh remaja 15 tahun yang memandu kereta tanpa lesen pada jam 2 pagi masih berada di luar dan apakah remaja itu dalam keadaan waras atau dalam pengaruh dadah hinggakan terlalu berani melanggar dan melarikan diri tanpa rasa takut terhadap polis.
Lebih menghairankan ibu bapanya seolah tidak kisah anak bertindak sebegitu tetapi setelah perkara dah berlaku baru hendak kisah malah ditambah campur tangan pihak yang menaguk di air keroh , walau apapun sebagai orang Islam kita kena menerima takdir Allah swt.
Bangga dengan keluhuran dan prihatin saudara Sheikh terhadap keluarga polis yang terlibat. Beginilah nasib polis yang setia dan bersemangat ingin membanteras jenayah tetapi disalahertikan. Memang tujuan buruk oleh pihak DAP,PKR yang ingin menjatuhkan imej polis sejak dari dahulu.
Semoga Allah membuka pintu hati saudara seIslam agar memperkukuhkan sirahtulrahim..jangan mudah mengikut cara orang yang tidak boleh terima Qada dan Qadar, takdir Allah swt.
Tubuhkan tabung khas atau paparkan no akaun bank si isteri untuk yang berminat menyumbang walaupun RM1
Salam Bro,
Thanks a Million for the contribution. It will definitely help those poor souls. Dan kepada mangsa2 keadaan sebegini, harap bersabar. Allah Maha Mengetahui. Satu contoh baik ialah tentang pelakon Benjy yang patut kita direnungi. Kak Yan masih bertegas yang anaknya BAIK dan tak bersalah kerana pembabitan dengan dadah. Wallahualam.
Allahuakbar..Koperal Jemain..sebagai seorang kpl. saya pasti beliau telah banyak pengalaman dan amat memahami PTKTN@HTKPN, bila dan keadaan mana seorang polis boleh melepaskan tembakan. Saya pasti beliau telah memikirkan semasak2nya sewaktu hendak melepaskan tembakan. Jangan melulu mendakwa beliau “bersalah”. Tunggu perbicaraan di Mahkamah. Kpl Jemain ada “defence” sendiri. MPV ada SOP sendiri.
tq sheik, saya turut bersimpati dengan nasib anggota polis terlibat, demi tugas membenteras jenayah dan salah laku masyarakat, beliau menjadi mangsa kepada insan yg mungkin tidak pernah menerima musibah drpd Tuhan. Percayalah pada Qada Dan Qadar Tuhan. semua manusia tidak pernah berhasrat untuk mendapat masalah dan kesulitan dalam hidup, so fahamilah situasi sebenar jangan hanya mementingkan diri sendiri, saudara mara atau siapa saja. Andaikan kejadian yg sama menimpa direi anda atau keluarga terdekat – sambil pihak yg tidak bertanggong jawab pula ngambil kesempatan – apa rasa kita, apa yg dapat kita lakukan untuk bela diri dari ketidaksengajaan ini. fikir-fikirkan lah. sabar pada keluarga anggota polis, insaallah jika saudara berniat iklas demi tugas saudara akan terselamat dari sebarang kejahatan.
Sila baca PTKTN sebagai PTKPN (silap tulis) baaaa..
Masih ada yang sayang…..
Tidak disangka2.Masih ada juga blogger yang berhati ikhlas seperti saudara.
Selama ini saya perhatikan banyak blogger hanya menunjukan simpati hanya melalui tulisan.Namun saudara menunjukan simpati dengan perbuatan.
BUDI YANG BAIK DIKENANG JUGA.
Sheik,
Kalu bole, taruk no akaun saudara dulu utk kami hulurkan bantuan kepada keluarga polis tersebut.
Saya amat menghargai pengorbanan anggota polis kita. Sedih saya melihat polis diserang dgn teruk seolah2 lansung takda jasa mereka kepada orang ramai.
kalaulah yg memandu tu penjenayah dan yg ditembak pula polis pada malam itu, saya yakin TIADA NGO atau parti politik pun yg akan mengambil tahu kebajikan keluarga polis itu.
Gaji polis bukanlah byk mana. Risiko pula tinggi.
Bagus jugak mu sheih bawak tajuk ni,Bukan semua polis ni jahat wei.Kalu ikut pakatan rakyat,semua polis ni jahat.Kalu lah di takdirkan PR menang PRU 13 ni,aku ingat semua polis,sprm,tentera dan jugak pihak berkuasa lain hok ada lo ni kena buang belako,Lantik hok baru belako,kroni dan penyokong dia jah.Mungkin jugak tu wei.
Keluarga mangsa perlu sedar mereka penyebab utama kemalangan tersebut…
Salahkan dari anda dahulu sebelum menyalahkan orang lain…
Pak Sheikh,
Masa aku muda-muda dulu, kalau adik-adik ketuk pintu rumah selepas puko 12:01 malam, aku akan bukak pintu, lempang sebijik baru tanya “pegi mana? Balik tengah malam buta!” Kalau lebih puko 1:00 pagi, aku ronda pegi cari dan intai siapa kawan depa. Kalau ada Mat Gian bersama, aku belasah dua-dua. Kalau depa nak geng fight, aku ajak geng depa bertumbuk dgn aku dulu test power. Sekarang semua 8 beradik lelaki jadi manusia berguna.
“JANGAN LARI. Kalau LARI aku TEMBAK”.
Utk warga POLIS, tembak aje lah kalau depa lari. Kejar mengejar ni buang masa. Orang baik-baik tak lari. Err jangan lupa mintak Bullet Proof Vest dgn KPN. Kalau tak dapat sorang satu vest, undi POS kasi rosak.
salam tuan syeikh,
saya menyokong kata-kata tuan tentang isu pelajar 15 thn mati ditembak polis. polis menjalankan tugasnya sahaja. mungkin keluarga simangsa juga perlu dibicarakan juga kerana kecuaian mereka itu. Harap isu ini tidak dipolitikkan.
Alfatihah dan moga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT
Kepada semua ibu bapa ambillah iktibar daripada kejadian ini.
Kepada remaja dan mat rempit jadikan kejadian ini sebagai pengajaran dan memberi keinsafan serta kesedaran
Kepada pihak polis teruskan tugas anda dengan berhemah dan berkhidmatlah dengan ikhlas demi keamanan negara
Kepada ‘yang cuba menangguk di air keruh’ berhentilah buat kerja hina itu.
ayam dulu
atau telur dulu
kalau budak tu tak keluar lewat macam tu…tak jadi macam sekarang.
segalanya dah tarcatat takdir, qada’ dan qadar
koperal jalankan tugas. pada waktu mcm tu…bawah tekanan selepas kejar mengejar, fikir pelbagai kebarangkalian akan berlaku, macam2 elements lagi..kadang2 the best pun silap langkah jugak
harap2 family Allahyarham jangan lebih dari hanya untuk dapat keadilan. Jangan di politikkan. Bila & cara mati..Allah dah tetapkan.
tak ada polis, lagi payah
tak tahu nak komen macam mna pasal kes polis tembak remaja…pokok pangkal nye satu keluarga dah kehilangan nyawa anak bongsu nye..satu keluarga lagi dak iktiar cari duit buat jaminan…dan satu pihak tu (pak syed) sangup derma tolong..persoalan nye kalaulah watak bagi kejadian terbabit bertukar…anak koperal di tembak…bapa amirul di dakwa…ape kesudahan tangapan masyarakat..sebenarnye kejadian sebegitu tadak perlulah di analisi oleh masyarakat..terutama orang pilitik..memang ada kesalahan kalau kita teliti..cthnye apasal tak tembak amaran! apasal tak tembak dekat tayar!lainlah kalau dia membalas tembakan..itu angapan sje..selebih nye kita serah kapada makamah dan jangan jadi macam cerita hndustan.
kepada pak syed….kan elok tulis topik cam ni…dari cari publisiti murahan duk hentam kerajaan yang pernah duk cari makan dulu
Saya rasa jalan penyelesaian terbaik ialah kerajaan berikan pampasan sewajarnya utk keluarga arwah.wpun nyawa arwah tak ternilai dgn duit tp sekurang2nya dpt meredakan kesedihan.kedua2 blh phk kena tolakansur.Menuduh kopral tu di mahk tak blh selesaikan masalah…
Sheih, I am with you on this one.
salam all
bagi aku koperal tu lansung tak salah
sebab apa……
masa kejadian tu dia suruh budak tu berenti, tapi dia tak berenti dia lari pecut abis abis. persoalannya adakah polis ni nampak siapa di dalam kereta tu?
boleh ke dia agak budak bawah umur ke yang pandu kereta tu?
pastinya tidak.
Dengan keadaan jenayah yang makin menjadi jadi, mesti dia beranggapan penjenayahlah yang sedang memandu kereta tu.
Pastinya ramai parti2 politikus hingusan gembira dengan kejadiaan ini. Contoh dah banyak. Semua politikus ini menyalahkan pihak polis.
Kita renung renung lah sendiri di sebalik kejadian ini
Kepada Koperal Jemain Subi aku sebagai rakyat malaysia akan menyokong tindakkan kau
kau tak salah lansung……
Thanks bro, di atas keikhlasan membantu Koperal Jemain. Saya berharap IGP tidak akan tunduk kepada desakan keluarga Allahyarham utk polis memohon maaf. Amat hairan apabila juvana keluar di tengah malam dan memandu tanpa lesen??? Keluarga apakah ini???Polis telah menjalankan tugas sebaik mungkin dan bukan cuai kerana telahpun mengarahkan beliau menghentikan kenderaan. Syabas Koperal Jemain!!!
abah karmila (02:10:07) : Saya tak setuju pendapat yang menyuruh menulis Blog mengenai perkara sekecil ini sahaja. Islam telah mengatur ketetapan bahawa kepentingan Negara adalah lebih besar daripada kepentingan diri. Justeru saya bersetuju agar didahkan penyelewengan Pas, kerana kini jelas Pas menjadi racun kepada masyarakat Islam Malaysia kerana melalui mereka dan PKR lah menyebabkan orang bukan Islam terutama kafir Harbi DAP menjadi angkoh sehingga lupa di mana mereka berada. Dulu kafir Harbi masih rasa bimbang untuk menentang Islam, tetapi bila mereka melihat keceluparan mulut Pemimpin Pas dan PKR lalu mereka menjadi berani. Teruskan wahai Shekh. Saya di belakang Tuan.
Terharu dengan keikhlasan sdr membantu tertuduh. Sama2 kita berdoa agar keadilan ternyata diakhir perbicaraan. Saya amat terkilan kerana pihak PDRM masih belom ambil apa2 tindakan keatas pemilik kenderaan keran membenarkan remaja bawah umur memandu. Mungkin bimbang PDRM dilabel pembalas-dendam?.
Cepat siarkan no akaun , saya pun ingin menyumbang!
@ Mangsa pelajar nakal,
Memang ramai yang celaka begini.
Itu sebab budak sekarang kurang ajar. Mak bapak yang ajar jadi hantu.
Salam… Syabas tuan! May Allah bless you .
(anti-mak bapak aminulrasyid)
budak2 skang ramai yang tak betul..sebab ajaran dari mak bapa nya juga tak betul, pemahaman ahli politikus yang tak betul dan golongan pemimpin setempat yang tak betul..budak naik moto tanpa lesen rempuh orang slalu berlaku..alih2 budak tuh juga dimenangkan dan yang kene rempuh terkebil2..kepada Koperal Jemain..beliau adalah mangsa keadaan politik karat negara kita..bukan mangsa keadaan..budaya politik karat ini lah yang menyebabkan yang benar jadi salah dan salah menjadi benar..kepada penyokong parti..jangan jadikan ketaksuban anda tuh membutakan hati anda..sebab yang buta hati nih biasanya penyokong, bukan ahli parti
Saya berharap agar selepas ini pihak polis hendaklah menyaman pemilik kenderaan yang dipandu oleh Arwah. Tindakkan ini bukanlah disebabkan oleh balas dendam TETAPI demi keluhuran undang-undang. Jika pihak polis gagal melaksanakan undang-undang tersebut maka pihak berkuasa telah berlaku zalim kepada semua rakyat yang lain. Bayangkan pihak lain yang melakukan kesalahan yang sama disaman dan pemilik kenderaan yang dipandu oleh arwah dilepaskan, ini merupakan amalan pilih kasih.
Sekali lagi saya mendesak agar tindakkan hendaklah diambil selaras dengan peruntukkan undang-undang negara. Barulah keadilan dapat ditegakkan.
ayah satya adalah bekas anggota polis.
ya, memang benar, kop jemain menjalankan tugas, seharusnya pihak kerajaan mengambil tahu dulu jalan ceritanya sebleum meminta maaf, selidik dahulu sapa yang salah..
Majoriti berpendapat perkara pokok yang mengakibatkan tragedi ini ialah sikap arwah & keluarga tu sendiri ….. kurang kawalan ….. kalau di fikirkan, adakah itu kali pertama arwah memandu ? dengan kelajuan yang membawa kepada adegan kejar mengejar ? kalau bukan pertama kali, adakah sebelum ini arwah ‘curi-curi’ bawak kereta keluarga tanpa pengetahuan ? kalau basikal tu mungkin le ……
Kalau anda berada di tempat kejadian kejar mengjar tersebut, adakah anda sangka yang memendu dgn kelajuan tersebut adalah budak berumur 15 tahun ? Kalau tak, begitu jugalah sangkaan pihak berkuasa masa tu ….
Bukan saya nak membela polis yang terlibat seratus peratus ….. ada jugak silapnya …… prosedur menembak suspek tak di patuhi sepenuh nya …… sebab suspek tak memulakan atau membalas tembakan amaran …… dan mungkin ada cara lain untuk membuat kan suspek berhenti …… tak kan satu dua je kereta peronda polis kat Selangor ni …… tak boleh ke di kerahkan peronda tambahan yang seterusnya boleh mengadakan sekatan jalan yang mungkin memboleh kan suspek berhenti …… kalau suspek nak langgar jugak then tembakan amaran boleh di gunaka tapi bukan di halakan kepada suspek ……
Isu mempolitikkan tragedi ni memang dah di jangka …… sebab sekali gus akan timbul perasaan belas kasihan & cemuhan di kalangan pemerhati (orang ramai) …… satu, sebab arwah tu budak2 bwh umur dari keluarga yang mungkin di kenali …… dua, sebab sebelum ni dah byk kes kematian di bawah kendalian pihak polis …… tapi kalau tak di sebabkan jenayah berat, ada tak polis nak tahan dan soal siasat ? …… kalau setakat ‘tahan-tahan’ mintak ‘angpau’ tu memang dah ‘rutin’ ….. no komen
rasa pelik bila hero(kwn arwah) buat kenyataan kena pukul polis tp masih dpt lepaskan diri..waduh2, kes ni mmg akn mbuatkan mat2 rempt, pjenayah2 smakin berani utk menuntut bela
Manalah tahu,satu hari nanti akan terjadi kes pelajar bawar umor tembak polis sampai mati! Ketika itu orang politik kena fikirkan apa cara nak jadikan pembunuh sebagai hero dan polis tetap bersalah. Jenayah seperti ini tidak mustahil terjadi sebab ‘MALAYSIA BOLEH’.
Usaha yang baik untuk menghasilkan kebaikan, dibuat dengan niat yang baik mesti disokong.
‘Baik’ di sini merujuk pada memenuhi kriteria syari’at.
dalam kes yang berbeza tanggapan yang berbeza persepsi yang berbeza.
Tertembak, tercuai, terlepas pandang anak keluar malam.(anak yatim?)
tersepak (kalau ada) dan terletakserta tertambah cas-cas bukti.
pilih yang mana sengaja dan yang mana tak sengaja.
Tahniah atas artikel anda yang berjaya mencetuskan belbagai pandangan dari orang ramai. pro dan kontra. Senjata ada banyak jenis
senjata yang tidak bersifat untuk membunuh pun banyak.
peluru yang tidak bersifat untuk membunuh pun banyak.
kenapa tak dibekalkan kepada anggota polis yg bertugas.
Gunakan senjata yang boleh mengakibatkan kecederaan serius ni sebagai pilihan terakhir. Lengkapkan kamera kat patrol car. setakat kpn cakap yg jabatan dah mohon dilengkapkan ngan benda tu tak cukup. kena kurangkan kematian di pihak awam. menjadi tugas polis menjaga keamanan. bukan mencetus huru hara. ramai pongomen diatas bercakap ikut sedap mulut jer. ramai remaja yg nakal diluar ni. tp x semuanya jahat. bg yg jahat tu tangkap dan buktikan kesalahan mereka. jangan sesekali planted kes. tu buat naya kat orang. KP slangor pun satu. Buat statement ikut skrip. Planted bende yg tak ada utk selamatkan anggota. Camanapun syabas pada KPN & KP slangor sebab mempertahankan anggota walaupun anggota itu yang salah. Tindakan tatatertib pada anggota itu cerita dalaman. tak perlu dihebahkan pada awam. Yg bagusnya diorang ni, kerana tak kondemkan orang bawahan mereka kat umum. mereka tak akan kata anggota mereka jahat. Wa salute ngan ketua cam ni. Yang marah sangat kat PDRM ni pasal aper? YAng marah sangat kat arwah tu pun pasal aper? tapi satu la nak bilang. POLIS kena tangkap pesalah untuk dibuktikan kesalahannya seterusnya menerima hukuman BUKAN SHOOT 2 KILL. bg jabatan lain yang dibekalkan dengan senjata, melepaskan tembakan amaran pun menjadi kesalahan. apa lg kalau menembak suspek yang sedang lari. salah besar tu. Persoalannya kenapa polis boleh tembak orang yg lari walau pun tidak menjadi ancaman pada diri dia dan harta kerajaan pada waktu itu? fikirkanlah…. untuk kebaikan bersama.. ketepikan egois bila mengomen… ketepikan sentimen politik dlm bab ini…. yang salah tetap salah, yg ditembak dah jd arwah pun… Tungggu keadilan YANG MAHA AGUNG……………….
saya terpenggil untuk menyatakan pendapat peribadi terhadap kes tersebut. hari ini keluarga mangsa minta polis mint maaf.
Pada pendapat saya pihak polis tidak bersalah. mereka menjalankan tugas.
kita bercakap sebagai rakyat dalah begini:
1. Kenapa membiarkan pelajar berumur 15 tahun memandu kereta.. ada kah sudah ada lesen untuk membawa kenderaan?.
2. Jika tiada lesen dan melanggar pengguna jalan raya lain macamana?.
Itu persoalan utama yang patut dikupas.
Persoalan lain
1. Macamana pihak polis tidak tembak. mereka melarikan diri. bukan polis tembah masa dah tangkap. mereka tembak semasa mereka mengajar pesalah yang sedang melarikan diri… salah polis kah?
2. Kalau tak salah kenapa melarikan diri, kenapa perlu lari. kalau ada lesen bagi la polis buat pemeriksaan. tunjuk lesen polis akan lepas; dan boleh teruskan perjalanan.
3. Macamana budak sekolah dan masih bawah umur boleh berkeliaran sempai larut malam dengan memandu kereta tanpa ada orang dewasa.
Kenapa polis dan KDn juga yang perlu minta maaf ..mana keluarganya.. kenapa mereka juga tidak meminta maaf. kerana anak merka ada juga kesalahan yang terang-terangan.
Keluarga mereka perlu minta maaf dahulu baru layak polis dan KDN minta maaf
ada orang yang nak backup?!
Ingin saya bertanya kepada kelurga si mati;
1. Itukah yg diingini si mati di dalam kubur sekarang?
2. Adakah si mati bergembira dalam kubur apabila kematiannya dijaja sampai ke Sibu dan mungkin boleh memenangkan orang yg tak kan boleh tolong dia dalam kubur?
3. Cukupkah amalan anak nda yg dah baligh itu sebagai bekal menghadapi Allah?
Cadangan kepada tuan sheikh;
1. Buka satu akaun dan publish nombor, bila ada orang nak derma utk tolong koperal tu boleh bank in saja
2. bila duit ada maka bagilah kepada keluarga koperal tu, saya pun nak derma tapi ‘langkah pendek’. Bolehlah buat tanggung kos perbicaraan
Ulasan
1. Kerajaan pun satu, tak hiraupun pada koperal tu, tak bantu pun. Itukan kakitangan dia yang sedang menjalankan tugas.
2. Kalau didapati bersalah biar mahkamah tentukan tapi kerajaan kena bantu demi jasa beliau selama ini dan sebagai anggota perkhidmatan awam. Jangan lepas tangan
3. Kerajaan kena ingat kalau dia tidak bertugas pada masa tu tentu dia tak tembak budak tu
4. Saya tak pernah bersimpati dgn keluarga simati kerana mereka tidak ikhlas dan tak terima ketentuan Allah. Asyik ikut Karpal singh yg tak percaya pada qada dan qadar
Assalammualaikum,
Tahniah kerana bersempati dengan keluarga polis yang dituduh. Pada hemat saya polis telah banyak berjasa kepada orang ramai.
Saya tak salahkan pihak yang menjalankan tugas kerana itulah tugasnya menjaga keselamatan orang ramai. Yang mengihirankan kenapa remaja yang menjadi manga berada di jalan raya pada watu yang sepatutnya ia berada di rumah bersama keluarga. Sekiranya keluarga mengambil tahu dan mengambil berat dimanakah anak-anak berada, perkara begini tidak akan berlaku dan menyusahkan banyak pihak.
Allah lebih mengetahui.
Saya puji langkah Tuan memberikan sumbangan kepada pihak keluarga Kpl Jemain dan saya harap tuan dapat sediakan cara untuk menyumbang kerana saya juga ingin berbuat demikian walaupun kecil sebagai sokongan moral kpd keluarga beliau yang terpaksa menerima kecaman masyarakat yang banyak memberikan kenyataan tanpa berfikir dengan waras. Sebagai Saudara Se Islam, saya menharapkan pihak keluarga dan PDRM dapat selesaikan perkara ini dengan sebaik-baiknya dan tidak membenarkan diri kita dipermainkan oleh pihak-pihak yang hanya mencari keuntungan diri. Alfatihah kepada Allahyarham dan Takziah kpd keluarganya dan banyakkan bersabar. Kepada Semua warga PDRM, teruskan kerjaya dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi. Kita serahkan kepada mahkamah memberi keadilan dan Allah maha mengetahui.
Sori to say…. bagi TP ini adalah ketentuan ilahi…
Kenapa ada undang2 dan kenapa ada hukum Allah SWT?
Semuanya untuk kesejahteraan manusia TETAPI jika manusia sudah tidak mengambil endah tentang hukum Allah dan undang2 inilah jadinya… tak guna menyesal lagi.
Sepatutnya tuan punya kereta dan warisnya yang dipertanggung jawabkan… ada kereta tak reti nak jaga hartanya dan ada anak dibawah umur tapi buat tak kisah bila anak keluar lebih tengah malam memandu kereta tak berlesen.
Dah ketentuan Allah bahawa almarhum akan meninggal begitu. Inilah jadinya kalau kita membelakangi undang2 saperti melanggar lampu merah!
Mangsa pelajar Nakal (20:05:57) :
Apakah sesudahan kisah anda ? Kes mahkamah dah selesai ?
Terimakasih Bro atas inisiatif yg mulia tu.
Aku bersimpati pd kedua-dua pihak tapi lebih pd Kop. Jemain.
Pd aku, ini menjadi pengajaran pd semua agar sentiasa mematuhi arahan polis. Budak tu dah langgar lari. Polis terpaksa berhentikan kereta tersebut daripada terus membahayakan orang awam.
Kop. Jemain pasti bukan sharp shooter, aku yakin 100%. Bukan senang nak tembak bila sedang bergerak & target pun bergerak. Sesiapa yg pernah menembak di lapang sasar tahu apa yg aku maksudkan. Jadi aku yakin dah ajal budak tu terkena tembakan.
Aku dah menembak S&W revolver, M16 & GPMG masa di luar negara di lapang sasar polis. Susah bro.
Erti penjenayah adalah mereka yg melanggar undang2. Yg membezakan ialah jenayah kecil atau besar.
Kalaulah di masa depan nanti polis teragak-agak utk bertindak, aku takut ahli keluarga/sahabat aku jadi mangsa “joy rider”. Kalau waktu tu bapa/adik-breadik kita dilanggar oleh budak tu, siapa yg kita nak salahkan?
Semoga keluarga Kop. Jemain tabah menghadapi dugaan ini dan Allah memberi taufik & hidayahNYA pd kita semua.
salam… tahniah diatas keprihatinan yang saya tak dapat lakukan… malaysia bukan negara maju … ia negara serba salah… yg patut, gubal undang-undang khusus terhadap pelajar. Dari [1] ponteng sekolah [2] dadah [3] jadi mat rempit [4] memandu tanpa lesen da macam2 kes pelajar / remaja … tegas terhadap pelajar dan ibu bapa. Orang politik jangan mudah campur tangan untuk ringankan beban kerana langgar undang2.. Pelajar jadi “rakyat istimewa’ besar kepala… kalau benar sayangkan pelajar kerana ia pewaris negara. ketatkan undang-undang. Jika terserempak pelajar peringkat menengah: [1] pelajar keluar malam [2] pelajar bawa perempuan [3] pelajar berjalan berkumpulan tanpa urusan resmi [4] pelajar merokok [5] pelajar minum arak…. hukum dengan hukuman yang berat.
kenapa budak itu lari bila polis suruh berhenti lps tuh nk langgar pulak polis jd tindakan polis melepaskan tembakan adalah patut untuk melindungi dirinya koperal polis tu pun bukan tahu sapa yang memandu kereta tu.. kalau la mmg betol2 penjenayah macam mane? jadi pihak keluarga mangsa yang tekena tembakan juga harus di persalah kan sebab membenarkan anak mereka bawa kereta.. jangan asyik nk salah kan polis.. mereka menguatkuasakan undanga2 kalu lps nie nmpak aje kereta mencurigakan polis wat dek mcm mane? lps tu mula nk salah kn polis y xwat keja pulak… yang dah mati tetap xkan dapat d kembalikan sama2 la kita amik iktibar dari kes ini… seperti
i) ibubapa perlu pantau anak jangan bagi anak bawa kereta tanpa ade lesen
II) kuatkuasakan undang perintah berkurung bagi remaja
jangan pikir nk saman polis aje… or suruh KPN or kerajaan mtk maaf sebab bukan KPN y tembak remaja tersebut.. sepatut penjaga y memohon maaf sebab tidak kawal anak mereka….
fikirkan lah….
kalau xda orang yang menguatkuasa kan undang2 huru-hara la malaysia.. penjenayah bebas melakukan jenayah….
Kepada keluarga KPL bersabar lah kami mendoakan agar KPL tidak bersalah dan dibebaskan seolah solah KPL ni pula penjenayah sedang KPL ini menjalankan tugas menjaga keamanan siapa pun akan syak kereta itu ada lah kereta pejenayah kalau betul tidak bersalah kenapa tidak berhenti apa bila diarahkan berhenti kerana kereta peronda mempunyai pembesar suara apa pun kena berhenti lepas di pekeresa sekiranya tiada lesen hanya saman saja tapi masih memecut aku pun akan bertindak macam KPL tu di syaki jam pukul 2.00 pagi org buta pun akan syak kereta itu telah melakukan jenayah apa apa pun diharap mahkamah berlaku adil pada KPL ini dia menjalankan tugas bukan makan angin.KPL INI MENJALANKAN AMANAH NYA MENJAGA KESELAMATAN ORG RAMAI JANGAN POLITIK KAN PDRM.
Ibu dan bapa…adakah anda betul-betul kenal anak anda?
Salam Sheikh,
Amat jarang ibu bapa dalam dunia ini yang mengakui anaknya jahat, mereka tetap menyatakan anak mereka baik lantaran mereka tidak boleh menerima hakikat realiti perangai sebenar anak mereka.
Timbul perasaan simpati terhadap keluarga Koperal Jemain Subi yang terpaksa menanggung sengsara dan derita akibat dedikasinya semasa menjalankan tugas sebagai polis yang agak berpengalaman jika dilihat pada umurnya.
Beginilah nasib penjawat awam @ kakitangan kerajaan yang terpaksa berdepan risiko semasa menjalankan tugas. Sebilangan masyarakat tidak memandang kepada jasa tetapi lebih membeliak mata jika ada salah dan akhirnya pihak seperti DAP, PKR, NGO mula mencelah malah memperbesarkan isu, menokok tambah agar cerita lebih panas dengan tujuan mencemar imej polis, tentera, guru, doktor & jururawat serta kakitangan awam.
Mereka bukan pembela tetapi mahu penjawat awam terus dipandang serong dan negatif. Jelasnya penjawat awam ini adalah terdiri sebilangan besar adalah orang Melayu. Fikir fikirlah…renung renunglah…
Allahyarham adik Aminulrasyid yang terkorban adalah anak melayu, bayangkanlah apa akan terjadi jika mangsa itu bukan melayu…sudah dapat mengagaknya.
Nauzubillah dan allahuakhbar 3x
Tuan, Bolehkah dedahkan akaun kopral Jemain supaya kita sama-sama menyumbang untuk meringankan beban keluarga beliau. Untuk keadilan, dakwalah juga keluara Aminurasyid, kerana membenarkan anak yang dibawah umur membawa kereta. Saya sokong pihak polis tidak meminta maaf ke atas kejadian yang terjadi.
terima kasih master KD..
Xde plak POLITICIAN LAWYER peduli ngan KELUARGA Koperal Jemain Subi, beliau bukan BUDAK BARU.. 25yrs in PDRM! bukan beliau suka2 nak TEMBAK, mesti ikut PROSUDER..
benda REMEH sebenarnya.. tapi bila SIKAP ENDAH TAK ENDAH jadi RUTIN?
saya kesal ketas apa yang berlaku dan simpati keatas kedua-duanya. Kepada pihak polis teruskan bertugas menjaga keamanan bagi ibubapa awasilah anak-anak tersayang. Dan kepada mereka yang menagguk diair keruh jangan fikir itu tindakan yang betul. Sir Udeng.. saya mengharapkan anda untuk membetulkan persepsi orang ramai terhadap tugas Polis…
tahniah sbb sudi meringankan beban keluarga polis tersebut…
perkara dah terjadi, xguna diungkit lg…ms sy blum dpt lesen pd thun 1997, penah terlibat dlm kemalangan dan masuk court…ayah sy disaman kerana membenarkan anak di bawah jagaan menunggang moto tanpa lesen…ada lg ke kesalahan mcm nie?
klau la pemandu kereta tu mmg seorg penjenayah, dan polis gagal mengejar…dan tiba2 berlaku kejadian jenayah di tmpt lain dilakukan oleh pemandu tersebut…adakah polis akan disalahkan?
apa pun, salam takziah kepada keluarga adik tersebut…kepada keluarga adik tersebut, mntk maaf bg pihak polis…depa xtau yg dlm tu bdk 15 thun…klau x mgkn depa akan wat xtau…dan beliau masih lg bleh memandu tanpa lesen…
Totally agree with Sheikh ! Janganlah hukum Koperal Jemain sebelum mahkamah mengadilinya.
Kepada ibubapa & family arwah, evaluate yourselves, adakah kejadian ini berlaku jikalau arwah tak keluar malam, memandu tanpa lesen & cuba larikan diri dari polis.
Adakah polis2 yang menembak kereta tu tahu yang arwah hanya 15 yrs old, the way he drove the car? So patutnya polis saman saje the family to teach them a lesson!!!!
Salam syeikh,
1. Kegagalan memantau pergerakan anak – salah ibu bapa
2. Memandu curi kereta kakak – salah ibubapa
3. Memandu tanpa lesen – salah ibu bapa
4. Perbuatan yang boleh menimbulkan curiga – tindakan PDRM betul
rumusannya – wallahhuawa’lam
(anak polis pencen)
sekiranya rumah atau keluarga puak puak yang menentang polis ni kena samun ke baru dia tahu macamana rasanyer…. biar polis buat TAK TAHU je petikan kata kata nik najis
Untuk lebih adil elok dakwa kedua-dua sekali, polis dan waris mangsa. Kalau dakwa satu pihak saja mana keadilannya. Yang salah tetap salah. Tapi elok polis tembak saja sapa yang diarahkan tak mau berhenti supaya jadi pengajaran kepada penjenayah. Punca kekusutan kes ini ialah kerana ahli politik pembangkang yang nak menangguk di air keruh. Dengan cara ini boleh mengalih pandangan masyarakat terhadap kepincangan pembangkang sekarang ni.
Sifat mulia yg ditunjukkan keluarga polis itu menolak sumbangan sheih menunjukkan mereka ini famili berhemah. Untuk itu jom kita pro-active nak? Gini : Kita teruskan donate kepada keluarga itu, dan jika mencukupi, gunakan duit itu untuk sewa lawyer untuk DAKWA pulak keluarga budak tu. Oleh kerana keluarga itu tidak bertanggungjawab membiarkan anaknya melakukan beberapa kesalahan undang-undang, natijahnya si plis yang ingin menongkat undang-undang itu pulak yang kena hukuman, dan berkemungkinan keluarganya hilang punca pendapatan jika dipenjara atau diberhentikan.
Isteri dan keluarga anggota PDRM ini juga berhak untuk mendapat pampasan sedemikian. Bantai saman laaa sejuta dua ker, dan kemudian bagi saya 10% kerana memikirkan idea yang anggun ini awal-awal.
Amacam ok tak?
Bro Kick
Saya masih teringat semasa Najib menjadi Menteri Pelajaran. Dialah yang membuat satu perubahan besar didalam cara mendidik anak anak di sekolah. JANGAN ROTAN…. hasilnya apa dah jadi. Guru guru dah diikat tangan. Saman menjadi mimpi ngeri kepada semua pentadbiran di sekolah.
So sekali lagi, …. kebetulan di zaman Najib berkuasa, tangan polis akan diikat. Bahananya satu hari nanati akan tiba. Malah akan lebih dahsyat dari sekarang.
Demokrasi, hak asasi, pendidikan moral secara konsultansi dan apa lagi kejadahnya yang cuba diserap secara copy and paste kepada masyarakat kita belum lagi tiba masanya. Kita masih perlu disebat dan dirotan untuk berdispilin dan dipimpin didalam demokrasi.
Kalau orang tanya, sampai bila kita akan di sebat dan dipimpin?
Selagi pemimpin negara dan pembangkang masih lagi merasakan orang kulit putih tu lagi pandai dan lebih tahu daripada diri mereka sendiri, selagi itulah kita perlu dirotan dan dipimpin untuk hidup beradap dan bersusila.
Prihatin pada penegak undang-undang dan penjaga keamanan negara. Terima kasih Sheih.Koperal Jemain Subi sedang menjalankan tugas dan amanah negara yang terletak dibahunya ketika itu. ‘Anakku Sazali’ kebetulan sedang melanggar undang2 ketenteraman masyarakat ketika itu. Semoga Koperal Jemain Subi sentiasa tabah atas segala dugaan ini. Tuhan sentiasa bersama orang2 yang sabar.
Kalau emak bapak dia pun tak betul anak lebeh tak betul lebeh teruk dari ibu bapak dia dah tahu anak tu selalu keluar malam balik pagi kenapa tak pantau pergerakan dia mana ada satu budak umur 15 tahun masih berkeliaran 2/3 pagi ini mesti keluarga dia pun sama lepas ada kejadian macam ni salahkan org yg aku marah sangat pada keluarga ni Ibu dia bagi tahu jangan politik kes anak dia tapi bagi sidang media bersama parti pembakang cakap tak serupa bikin yg jadi kambing hitam KPL polis yg jalankan tugas aku harap KPL polis tu tak bersalah kepada keluarga KPL harap bersabar allah akan lindungi org yg jujur lagi amanah inysaallah amin.
syabas bro,gua jugak simpati dgn keluarga polis ,klu jumpa diaorang kata kan ramai yg bersimpati dan bersama dgn kpl jemaain,salam
aku dah warning siang2 dengan anak2 remaja aku, 2 perkara saja yang aku tak mahu involved, 1) kena tangkap dengan polis dan masuk lokap, sendiri masuk sendiri keluar, ok. 2) kalau eksiden masuk hospital aku tak mau tengok, sebab aku tak mau hari2 ulang g hospital hari2 buang masa aku je, kalau eksiden mati habis2 3-4 hari je aku sedih, ok…..kepada tuan syed anda buat kerja yang betul muga2 allah rahmati anda, salam.
Anak2 kita ni kekadang bila depan ibu bapa memang macam pijak semut tak mati. Terpulang kepada ibu bapa follow-up dengan tingkah-laku diluar rumah. Check dengan kawan2nya, siapa sahabat2 yang dia selalu hang around. Emak bapak kawan2nya mesti selalu keep in touch supaya sama2 mengawasi anak2 kita dan anak2 mereka juga. And fathers, selalu2lah bantu isteri2. Jangan lah harapkan isteri saja jadi pengawas anak2. Wives can do only so much you know, we need your help in handling the ‘kids’ too. TQ.
salam…
subhanallah- menciptakan sesuatu ,renungilah..didalamnya ada 2 jalan,yang baik dan sebaliknya,
Alhamdulillah- kita masih bernyawa, masih waras,untuk sentiasa berusaha supaya didlam golongan yang benar”di zaman fitnah ini”
Allah hu akbar- Dia lebih mengetahui,
tahniah kpd semua yg comment kerana mengunakan platform yg ada utk menggunakan minda seterusnya menyebabkan semua yg lain bergerak akal budinya untuk menyedari mengapa akal dijadikan?
to sheikh… 3 bulan aku tinggal Malaysia.. mcm2 jadi. panas lebih panas dari padang pasir di kuwait, lebih kelabu dari ribut pasir yg sering melanda ,
bilakah sinarNya akan kembali- ALLAH YA KARIM..
Cerita SRS ( Skim Rondaan Sukarela) : Pukul 2 pagi buat sekatan Jalan masuk kampung (maklumalah sejak kebelakangan ni banyak kes2 curi) tahan remaja bawak motor tak pasang lampu & takde lesen, tak mahu berhenti & langgar sekatan, pihak SRS halang/pukul pada handel motor & terkena lampu signal & pecah. Remaja tu lari balik rumah & datang bawak geng…nak tahu geng dia sapa? Bapak dia yang tak pernah keluar jaga malam, tak pernak berkorban masa tidur untuk jaga kampung,,tut..tut nak serang SRS yang bertugas. Kebetulan malam tu ada seorang anggota polis yang juga ahli SRS ada bertugas sama. Bapanya yg mulanya garang dah kecut apabila di jemput selesaikan kes anaknya di balai…orang yg tak salah bila SRS tahan, siap bagi salam, bagi tahu nak kemana & dari mana.. takde masalahpun.
Moral cerita ini, jangan biarkan anak kta keluar malam, banyak kes yg di kesan SRS yg membabit remaja bawah umur keluar malam.
1. Curi basikal/motorsikal.
2. Keluar ke rumah mak we (maksiat)
3. Ada juga kes remaja 15 thn curi bawak kereta bapa pukul 3 pagi.
4. Kes hisap dadah.
keturunan syed sial …kalo ko berani ko jejak lah aku sial woi …lahanat tukang isap bontot polis aka bastard !!
ye lah pok sheikh ..mari kita dakwa balik keluarga budak tuh …
keluarga dia yg menjadi puncanya …
kasihan sungguh nasib koperal ..sepatutnya dia yg dibela ..
ibu bapa lalai !
Salam sejahtera..
Malangnya anggota polis!!! Seperti apa yang berlaku pada Koperal Jemain Subi. Walaupun dikatakan wujud kecuaian dalam menjalankan tugas, tetapi Koperal Jemain Subi sedang menjalankan tugas yang diamanahkan. Saya yakin bahawa Koperal Jemain Subi tiada niat langsung untuk bertindak sehingga menyebabkan kematian. Masa zaman komunis dulu betul…semua anggota pasukan sentiasa siap sedia akan menembak mati kerana hanya ada dua aja pilihan iaitu menembak atau ditembak.
Seandainya kematian terjadi pada Koperal Jemain Subi dan budak tu selamat, saya rasa pihak-pihak yang berkenaan akan berkata “Kecuaian” atau “Dah lumrah kerja polis” atau “Membisu Seribu Bahasa” atau “Berkata dalam hati, Koperal Jemain Subi bukan kaum keluarga aku so apa aku peduli”.
Yang hairan cepatnya Peguam Negara Melatah macam mak nenek kerana tekanan dari pihak-pihak yang anti PDRM dan Kerajaan. Lainlah jika Koperal Jemain Subi bukan dalam menjalankan tugas. Sekarang ni Penjenayah pun dibela. Kepada pihak-pihak tertentu terutama dalam Kerajaan, anda semua manusia dan mempunyai keluarga seperti Koperal Jemain Subi. Bertindaklah untuk mencari secebis keadilan pada Koperal Jemain Subi dan keluarganya.
Saya juga percaya dan penuh yakin, ramai Peguam-Peguam Bela dari kalangan bekas-bekas pegawai dan anggota PDRM. Hulurlah bantuan sewajarnya kepada Koperal Jemain Subi kerana anda lebih memahami tugas-tugas PDRM berbanding daripada Kapal Sing dan mereka-mereka yang pandai bersuara lantang tetapi menanguk di air keruh dengan mengakut keuntungan dari musibah orang lain.
Beginilah nasib seorang anggota PDRM kata Atuk Aku. Jadi niat ingin menjawat jawatan dalam PDRM terpaksalah aku padamkan setelah tamat pengajian nanti. Tetapi anggota PDRM jangan lunturkan semangat anda semoda sukses sentiasa. Semoga niat ikhlas anda semasa menjalankan tugas akan diberkati oleh Allah s.w.t. Amin!!
Saya terpanggil untuk bersama-sama dalam perbincangan ini. Pada saya biar pun dia seorang penjenayah, selagi tidak memberikan ancaman yang membolehkan diri polis itu boleh kehilangan nyawa, TEMBAKAN bukanlah yang satu-satunya untuk dilakukan.
Perkara ini perlu dibetulkan dengan segera. Kita tak mahu ada lagi nyawa yang tak sepatutnya hilang, hilang begitu sahaja. Kalau begitu kenapa Mat Rempit yang jelas melanggar polis yang sedang membuat sekatan jalan raya, tidak ditembak?
Kesalahan memandu tanpa lesen pada jam 2 pagi bukanlah sesuatu yang membolehkan sesorang itu diTEMBAK!
tak best betul lah camni…. nampak siapa2 ahli politik yang nak glem berebut2 nak sapot family ni…….memang kalo dah masuk mahkamah ni makan duit banyak…..aku ni bukan fan polis tapi betul lah….diorang ni tengah buat keja…..aku sapot!!
kesian koperal tu… bagi aku dia hanya “tersalah orang” je… nak jadi cerita yang kena tembak tu budak sekolah yang kurang ajar (mintak maaf keluarga mangsa).. aku gelar dia kurang ajar sebab mak, bapak, kakak, dan abang dia tak pernah ajar dia.. ada ke budak sekolah tak ada lesen pergi melepak bawak kereta…. nak menunjuk lah tuuu… famili dia selalu kasi agaknya… agaknyalahh… berbalik pada koperal kita tadi , bagaimana pula sekiranya yang ditembak itu adalah penjenayah bertaraf 5 bintang…. maka akan dipuji dan dilambung lah koperal itu… seperti anggota polis yang menangkap cina bawak dadah (syabu ke ektasi) satu lori kat pekan-rompin tahun lepas… kejadian tembak tu pulak berlaku pukul 2 pagi…. kalau pukul 2 petang insyallah semuanya akan ok… boleh nampak….
kepada keluarga mangsa janganlah terlalu over… anda semua terlibat dalam kejadian ini dan jika anda semua dapat bertindak awal dalam mengawal tingkahlaku mangsa dan dapat menghalangnya yang keluar malam itu maka semua perkara ini tak akan terjadi… dan perkara ini telah terjadi maka terima lah qada dan qadar ini…. tak perlulah memperbesar dan mengheret koperal yang hanya menjalankan tugas menjaga keamanan kita semua…. ingat jika koperal ini didapati bersalah maka anda keluarga aminurashid lah yang menjadi pesalah no 1. dalam hal ini
Kepada semua ibubapa jadikan kes ini satu pengajaran,sbg renungan kita bersama..jagalah anak2 kita spy perkara spt ini tidak akn berulang lagi….Menyesal kemudian tidak berguna…
tahniah bro,
terima kasih kerana membantu keluarga beliau. Pada saya, tindakan beliau pada malam itu adalah berani kerana benar, dan Allah tidak akan memeberi dugaan sebegitu hebat kepada hambanya sekiranya hambanya itu tidak boleh sabar mengatasi dugaan itu.
memang dia tak patut ditembak, tetapi dia yang ‘memilih’ utk ditembak.
kenapa tak berhenti bila polis sudah mengejar?
bukankah ‘sikap’ tak berhenti tu sendiri menunjukkan dia berbahaya/layak ditembak?
orang akan cakap ‘dia budak.. mestilah takut sebab tu tak berhenti’.
habis tu macamana pulak polis cakap ‘mana saya tau dia bukan penjenayah. saya suruh berhenti tapi dia ingkar.’
saya yakin perbincangan di dalam ni bukan untuk menghukum mana satu pihak betul atau salah. tapi kebanyakan perbincangan di sini mengkaji dgn lebih mendalam PENCETUS KEJADIAN BERLAKU.
budak memandu tanpa lesen.. mana datangnya kepakaran tu?
budak berani keluar 2,3 pagi.. mana datangnya kebenaran tu?
budak berani lawan polis.. mana datangnya sifat tu?
kalau ketiga-tiga di atas tak terjadi, awak rasa terjadi kah tragedi ini?
jadi secara jujurnya, pokoknya kesilapan siapa? fikirkanlah..
Assalamualaikum semua…
Pendapatku….
Kalau rumah dimasuki pencuri…cari siapa?
Kalau kena rompak…cari siapa?
Kalau kena langgar lari…cari siapa?
Kalau wallet hilang…IC hilang…cari siapa?
Kalau berlaku jenayah pd diri, keluarga, jiran, kawan2…cari siapa?
Apa2 pun, polis jugak yang dicari…ini tandanya polis malaysia diakui keberkesanannya…
Pasal kes aminurrashid ni…ku rasa tak patut jadi isu besar, jadi isu kecik2 sudahla. Tak usahla pakatan rakyat nak heboh2. Tak usah cakap polis malaysia tak boleh pakai…apa2 jadi pun, pakatan rakyat buat jugak laporan polis. Nak membangkang, biarlah kena dengan tempatnya…jangan melulu ikut kehendak nafsu aje.
Kepada keluarga arwah, ku ucapkan takziah. Mudah2an Allah akan mengampunkan arwah dan mendapat syurga….yelah, muda lagi…dosa pun belum banyak lagi…insya Allah.
Kepada keluarga Koperal…sabarlah menghadapi musibah ini. Allah uji kita tandanya dia sayangkan kita…dan nak kita ingat pdNya.
Kpd PKR…DAP, usah menangguk di air keruh dan usah cuba menegakkan benang yang basah. Di mana bumi di pijak, di situ langit dijunjung.