Di dalam kekalutan ramai masih merungut tidak dapat menyaksikan sepenuhnya video seks lelaki yang didakwa YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, rakyat Malaysia akan berhadapan dengan kemunculan lebih banyak video aktiviti seks ‘Lelaki Y’ sepanjang dua tahun yang lalu.

Video-video ini bagaimanapun adalah ‘aktiviti’ melibatkan ‘Lelaki Y’ di luar negara.

Berbanding dengan video bertarikh 21 Februari 2011 yang ditayang kepada sekumpulan wartawan pada 21 Mac 2011 di Carcosa Seri Negara, video ini logiknya adalah lebih ‘berusia’ tetapi tidak lewat melebihi tahun 2008.

Memahami kerumitan dan juga strategi penafian oleh YB Ketua Pembangkang yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat dan orang-orang disekelilingnya, kemunculan video-video seterusnya akan disertai dengan pengesahan kesahihan oleh pakar-pakar yang diiktiraf beserta dokumen-dokumen bagi mematahkan sebarang alibi yang cuba diwujudkan.

Sebelum ini ramai menanyakan apakah tujuan alamat di Thailand yang terpampang pada cebisan video seks yang disiarkan di YouTube tempohari. Kemungkinan misteri alamat tersebut akan terjawab menerusi video-video seterusnya.

Di dalam pertemuan dengan beberapa orang blogger dan wakil media alternatif pada malam 29 Mac 2011, sahabat karib Dato’ Seri Anwar Ibrahim, iaitu Dato’ Eskay Shazryl Abdullah telah mengemukakan 5 soalan kepada Anwar untuk di jawab.

Soalan tersebut ialah, pertama, sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand? Kedua, siapa yang menyambut Anwar di Thailand? Ketiga, di hotel mana Anwar menginap? Keempat, apa Anwar buat di bilik hotel tersebut? Dan kelima, siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?

Di dalam pertemuan tersebut, Eskay juga berkata, “Jangan paksa saya dedahkan semua itu… suruh Anwar jawab dulu soalan itu sebelum (semua) serang saya”.

Eskay kini berhadapan dengan kemungkinan didakwa di mahkamah di atas kesalahan menayangkan bahan lucah kepada umum. Bagi Eskay, ini adalah sebahagian daripada risiko yang telah dijangkakan olehnya sewaktu membuat pendedahan berhubung dakwaan aktiviti seksual sahabat karibnya.

Kemelut sekarang ini turut membebankan Eskay dan keluarga sebagaimana ia membebankan Anwar Ibrahim dan keluarganya. Hanya masa akan menentukan bagaimana bebanan yang terpikul oleh dua keluarga ini akan dapat memberi manfaat kepada Negara Malaysia dan rakyatnya.