Jam 9.45pm tadi Barisan Nasional telah secara rasmi kembali memerintah Negeri Sarawak dengan majoriti dua-pertiga kerusi. Rakyat Sarawak sudah memberi mandat baru dalam pilihanraya negeri yang paling sengit berbanding 9 pilihanraya lalu.

Pembangkang juga berjaya menggandakan jumlah kerusi mereka.

Tsunami yang melanda Semenanjung akhirnya telah mencecah pesisir politik Negeri Sarawak. Bagaimanapun, ianya kelihatan sebagai lebih kepada ombak besar dan tidak meninggalkan kesan sebesar di Semenanjung pada 8 Mac 2008.

Secara keseluruhan, pada peringkat ini, bolehlah dirumuskan, tsunami 2008 akhirnya sudah tiba ke penamatnya. Lautan politik Malaysia akan terus bergelora tetapi mungkin hanya merbahaya kepada ‘bot-bot kecil’ sahaja.

Semoga segala janji akan ditunaikan termasuklah peralihan kepimpinan negeri.