Bukan rolex… OMEGA… OMEGA… kedengaran suara-suara penduduk Kampung Pulo Ulu, berdekatan Kuching bersuara membetulkan idola mereka, Tun Dr. Mahathir Mohamed.

Sebaik sahaja Tun menjejakan kaki di permaidani merah, kedengaran jeritan kegembiraan penduduk-penduduk yang hadir kerana dapat menatap wajah negarawan Malaysia itu dari dekat.

Ramai yang mengikuti Tun sejak beliau bersara dari menjadi PM, termasuk saya sendiri tersenyum kagum dengan sambutan yang diberikan. Baik yang muda maupun yang tua, seolah-olah histerikal seketika melihat kehadiran Tun.

Adalah dianggarkan lebih 3,000 orang penduduk hadir di majlis tersebut untuk mendengar amanat daripada Tun Dr. Mahathir. Turut membuat kunjungan mengejut sewaktu Tun Dr. Mahathir sedang berucap ialah YB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri. Majlis pada malam tadi turut dihadiri oleh Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak.

Sementara itu di bahagian lain di bandaraya Kuching, di lapurkan pula lebih 20,000 orang penduduk kebanyakan berketurunan cina menghadiri majlis kempen malam terakhir oleh DAP.