6.29pm

BN didakwa telah kembali memerintah Sarawak dengan 2/3 majoriti setelah mendahului selesa di 51 kerusi DUN.

Dengan itu, blog ini akan memberhentikan update sehingga keputusan rasmi SPR.

6.03pm

BN dilihat tidak mustahil untuk menang kesemua 27 kerusi DUN majoriti Melayu/Melanau setelah PAS dikatakan kecundang di keenam-enam kerusi yang ditandinginya.

5.58pm

Satok – Abang Johari didakwa menang N8 Satok untuk BN

5.56pm

Penyokong PKR mula dakwa SPR Sarawak sebagai talian hayat BN

Baru Bian didakwa telah menang Ba’kelalan untuk PKR.

5.43pm

Suami bekas calon PAS, Cikgu Ma’arof telah diberi perintah tukar sekolah kerana menipu cuti sakit – Umum Timbalan Menteri Pendidikan.

5.40pm

Kelihatan pattern pengundi masyarakat cina di bandar menyebelahi DAP tetapi di pekan kecil tidak bulat kepada DAP. DAP mampak akan kekalkan N40 Meradong.

BN kelihatan selesa di kerusi majoriti Melayu/Melanau yang berjumlah 27 kerusi.

5.33pm

Calon PKR mengaku kalah di N30 Saribas.

5.22pm

Semua pusat mengundi sudah ditutup. N68 Bukit Kota BN mendahului.

4.47pm

DAP dan BN bersaing sengit di N27 Simanggang berdasarkan peti undi awal. N40 Meradong menunjukkan pettern akan menjadi milik DAP. N47 Bawang Assan, BN perlahan-lahan melebarkan jurang.

4.17pm

Keputusan peti-peti undi awal menunjukkan undian masyarakat Cina tidak bulat kepada DAP seperti dijangkakan oleh pemerhati politik.

3.47pm

PKR dilihat sudah merampas N34 Krian daripada BN.

PKR mendakwa mendahului pengiraan di peti-peti undi awal bagi N18 Tebedu, N52 Tamin, N53 Kakus, N70 Ba’ Kelalan dan N58 Jepak.

Ini merupakan kawasan-kawasan majoriti masyarakat Iban.

BN pula mendahului pengiraan peti-peti undi awal di N3 Tanjong Dato, N20 Sadong Jaya, N24 Beting Maro, N30 Saribas, N31 Layar, N32 Bukit Saban dan N57 Belaga.

Ini merupakan kawasan majoriti masyarakat Melayu/Melanau. N57 Belaga kawasan majoriti masyarakat Orang Ulu.

PAS di lihat sudah tewas di kesemua peti undi ia bertanding tetapi menaruh harapan tipis di Beting Maro.

DAP didakwa mendahului di N40 Meradong.