KOTA BHARU – Kerajaan Negeri Kelantan berhasrat membuat pengambilan tanah yang menempatkan Arked Uda bagi membangunkan premis perniagaan sebagai usaha menyelesaikan masalah yang dihadapi peniaga kecil di situ.
Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan, Datuk Husam Musa berkata, kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk mengambil alih lot tanah itu dengan membayar pampasan.
Menurutnya, Uda Holdings Berhad akan dimaklumkan perkara itu seberapa segera bagi membolehkan ia dimajukan serta mengembalikan fungsi asal membantu perniagaan bumiputera di Bandar Kota Bharu.
“Hasrat Uda membina pangsapuri tidak selari dengan matlamat asal, bila kita melihat Uda gagal memenuhi matlamat itu maka kita mengambil keputusan membuat pengambilan.
“Kita akan membina kompleks peniaga kecil di tapak seluas lebih 0.7 hektar itu yang memberi peluang kepada peniaga asal terus menjalankan perniagaan,” katanya.
Arahan pemindahan peniaga Arked Uda ke Bazar Tok Guru katanya, menimbulkan masalah yang perlu diselesaikan.
Menurutnya, Bazar Tok Guru pada asalnya dibina bagi membolehkan hampir 300 peniaga Bazar MPKB berniaga kerana bangunan asal akan diruntuhkan.
“Oleh kerana lebih 100 peniaga Arked Uda juga memerlukan tempat dan semuanya mahu di tingkat bawah, maka kita terpaksa mengecilkan lot kedai.
“Saya anggap peniaga Arked Uda berniaga sementara di Bazar Tok Guru, sebelum bangunan mereka disiapkan di tapak asal, selepas itu lot kedai yang dikatakan kecil itu akan dibesarkan,” katanya. Sinar Harian 27, Januari 2011
Dua perkara penting telah berlaku pada pagi ini bila saya membaca kenyataan Exco Perancang Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan, YB Dato’ Husam Musa, di dalam sebuah akhbar tempatan Edisi Timur. Ianya seperti berikut,
Kerugian Meningkat
Husam mendakwa Kerajaan Negeri akan mengambil semula tanah milik UDA Holdings Berhad dengan membayar pampasan bagi menyelesaikan masalah Lubang Kubur Tok Guru yang sempit.
Ini mengakibatkan kos yang terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Negeri Kelantan daripada isu Bazar Tok Guru atau namanya sekarang Lubang Kubur Tok Guru ini akan meningkat lagi. Jika setahun yang lalu blog ini telah melaporkan Kerajaan Negeri kerugian RM50 juta akibat angkara urusan menantu Nik Aziz dalam hal Lubang Kubur ini. Jika dicampur dengan jumlah terbaharu pampasan yang akan dibayar, ia pasti meningkat lagi.
Akibat pendedahan saya setahun lalu, Husam telah mengumumkan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kelantan pada 27 Januari 2010 akan melantik firma Audit Bebas bagi menyiasat dakwaan saya. Tetapi itu setahun yang lalu. Semuanya kemudiannya disapu ke bawah permaidani dan Husam tidak lagi pernah menyebut tentang keputusan Audit Bebas itu.
Kerugian RM50 juta itu ialah berpunca daripada pemberian tanah yang bernilai hampir RM30 juta kepada pemaju tanpa Kerajaan Negeri menerima pulangan setimpal selama 99 tahun. Kedua ialah apabila Exco membuat keputusan di dalam mesyuarat Exco pada 23 Januari 2010, membeli semula dengan harga RM23 juta tingkat bawah Lubang Kubur Tok Guru daripada pemaju yang telah diberi tanah bernilai RM30 juta pada perjanjian awal.
Hari ini, Husam memaklumkan kos kerugian ketiga iaitu apabila Kerajaan Negeri akan terpaksa membayar pampasan pada jumlah yang belum disebut kepada UDA Holdings Berhad.
Mengapa Kerajaan Negeri Perlu Membayar Pampasan?
Kerajaan Negeri perlu membayar pampasan kerana mahu mengambil semula tanah UDA yang sekarang menempatkan AKED UDA di mana separuh daripada peniaga yang sepatutnya berpindah ke Lubang Kubur Tok Guru sedang berniaga.
Kerajaan Negeri kemudiannya akan membesarkan ruang niaga para peniaga di AKED UDA ini pada kos lain pula.
Apakah ini lagi satu perbelanjaan yang tidak sepatutnya dibelanjakan jika Perbadanan Menteri Besar Kelantan membina Bazaar Tok Guru dan bukannya membina Lubang Kubur Tok Guru?
Perbelanjaan yang tidak sepatutnya ini ialah kerugian. Lebih malang lagi kita melihat episod Bazar Tok Guru yang menjadi Lubang Kubur ini mengakibatkan kerugian dan kerugian dan kerugian kepada Kerajaan Negeri seolah-olah ia tidak berkesudahan.
Ini membawa kepada perkara kedua iaitu penipuan Maha Agung Husam Musa.
Perpindahan Peniaga AKED UDA Ke Lubang Kubur Tok Guru Hanya Sementara
“Saya anggap peniaga Arked Uda berniaga sementara di Bazar (Lubang Kubur) Tok Guru, sebelum bangunan mereka disiapkan di tapak asal, selepas itu lot kedai yang dikatakan kecil itu akan dibesarkan,” Kenyataan Husam di dalam Sinar Harian hari ini.
Mereka yang terlibat dan saya yang menjadi saksi perbincangan pertama penubuhan Bazar Tok Guru amat terkejut dengan kenyataan ini.
Sejak bila perpindahan peniaga Arked Uda ke Lubang Kubur Tok Guru adalah bersifat sementara? Ini tidak pernah dimaklumkan dari awal penubuhannya. Ini juga tidak dimaklumkan didalam MOU di antara Peniaga AKED UDA dan Nik Aziz pada 6 Mac 2008. Ini juga tidak dibincangkan di dalam sessi dialog Husam dengan Persatuan Peniaga AKED UDA dan PASAR LAMA MPKB pada 14 Oktober 2009.
Ini juga tidak pernah dimaklumkan kepada peniaga AKED UDA pada pertemuan dengan Timbalan Menteri Besar Kelantan pada minggu pertama Disember 2009.
Ia juga tidak pernah dibincangkan di dalam Mesyuarat Exco pada 23 Januari 2010 apabila Mesyuarat Kerajaan Negeri membincangkan formula penyelesaian penempatan 415 peniaga yang dijanjikan ruang niaga tingkat bawah Bazar Tok Guru oleh Nik Aziz, dua hari sebelum pilihanraya umum 2008.
Ia juga tidak dibincangkan di dalam Mesyuarat Exco 27 Januari 2010 apabila Mesyuarat Kerajaan Negeri membincangkan kesahihan dakwaan saya dan bagaimana mahu membersihkan nama Kerajaan PAS Kelantan dari tuduhan tidak efisien.
Jadi dari manakah datangnya pula cerita perpindahan Peniaga AKED UDA ke dalam Lubang Kubur Tok Guru ini bersifat sementara? Adakah ia datang dari langit dan jatuh ‘beleboq’ atas kepala besar Husam setelah Nik Aziz tidak semena-mena menyalahkan UDA Holdings Berhad sebagai punca ruang niaga Bazar bertukar menjadi lubang kubor? (rujuk Nik Aziz, Sinar Harian, 26 Januari 2011).
Nik Aziz berkata, isu Bazar Tok Guru sengajakan dipolitikkan pihak tertentu sedangkan Kerajaan Negeri berusaha membantu peniaga.
“Peniaga Bazar MPKB diarahkan pindah kerana bangunan itu akan diruntuhkan, kita menangguhkan setahun lagi bagi membolehkan tempat perniagaan untuk mereka disiapkan terlebih dahulu.
“Dalam masa sama peniaga Arked Uda juga bakal hilang tempat apabila Uda berhasrat membangunkan kawasan itu,” katanya.
Kerajaan Negeri katanya, hanya akan membuat permohonan tanah Uda itu untuk peniaga asal sekiranya Uda tidak mematuhi syarat.
Ketika ditanya mengenai ruang niaga yang sempit di Bazar Tok Guru, Nik Aziz berkata, ia bagi membolehkan peniaga daripada kedua-dua kawasan itu mendapat tempat.
“Memanglah sempit, sebab pada asalnya kami mencadangkannya untuk peniaga Bazar MPKB sahaja, kami betul-betul nak tolong mereka (peniaga Arked Uda),” katanya. Sinar Harian 26 Januari 2011
Bersama ini saya lampirkan laporan dan minit pertemuan dan sessi dialog di antara Husam dengan persatuan-persatuan yang mewakili peniaga yang sepatutnya dipindahkan ke Bazar Tok Guru sebelum ia menjadi Lubang Kubur.
Sekiranya Perpindahan Ini Bersifat Sementara
Baiklah, andainya sebagai jalan keluar daripada kemelut yang membunuh kredibiliti Nik Aziz ini, Peniaga AKED UDA akan dipindah-pindahkan dari AKED UDA ke Lubang Kubur Tok Guru. Dan jika mereka masih hidup selepas beberapa ketika dalam Lubang Kubur itu, dipindahkan kembali ke AKED UDA yang di ambil dan dibaik-pulih dari UDA Holdings Berhad, apakah implikasi kewangan ke atas rakyat Kelantan?
Pertama, Kerajaan Negeri terpaksa membayar pampasan kepada UDA. Kedua, Kerajaan Negeri terpaksa membaik-pulih dan perbesarkan ruang niaga usang di AKED UDA. Ketiga, selepas peniaga AKED UDA dipindahkan semula dari Lubang Kubur ke tempat asal mereka, ruang niaga di Lubang Kubur Tok Guru akan dipecahkan semula bagi membuat ruang niaga yang lebih luas dan selesa dan kosnya ditanggung lagi oleh Kerajaan Negeri.
Kos-kos ini tidak sepatutnya berlaku jika PAS telah menunaikan janji pilihanraya umum 2008 mereka. Kos-kos ini tidak sepatutnya di tanggung oleh rakyat Kelantan yang memilih kerajaan pada 8 Mac 2008 lalu jika Menteri Besarnya tidak memberi kuasa besar di PMBK kepada menantunya. Kos-kos ini adalah kerugian di atas kerugian yang sudah berjumlah RM50 juta.
Tetapi ini semua kos duniawi semata-mata. Bagaimana kos di akhirat kelak ke atas pemimpin yang menipu dan menindas rakyat yang dipimpinnya. Saya yakin PAS dan penyokongnya tahu jumlah kos di akhirat kelak kerana sekian lama mereka asyik duduk mengira kos akhirat yang mereka kata akan ditanggung oleh pimpinan Barisan Nasional.
Satu ketika dahulu saya bangga mengenali seorang yang bernama Husam. Seorang yang sentiasa memperkenalkan dirinya sebagai pembela insan-insan kecil. Tetapi hari ini Husam menurun taraf dirinya kepada sekadar pengangkat najis Abdul Ariffahmi Ab Rahman.
“Saya tidak boleh biarkan Kerajaan buat macam ini kepada rakyat. Kalau Tok Guru tak bela rakyat, saya akan lawan Tok Guru untuk rakyat….” lebih kurang begitulah kata-kata Husam kepada saya dan para sahabat serta para peniaga yang berdiri teguh bersamanya menentang Ariffahmi pada 14 Oktober 2009 di dalam bilik mesyuarat Pejabat Perbadanan Menteri Besar Kelantan.
Lalu selepas itu, kami beredar ke bawah bayangan tangki air besar Air Kelantan di Taman Indera Petra. Sambil meneguk air kelapa, kami sahabat Husam menyatakan kekaguman kepada ketegasannya. Kita berusaha singkirkan Ariffahmi supaya Husam dapat menjalankan amanahnya kepada rakyat dan bukan menipu rakyat.
Lagi banyak projek yg di buat lagi banyak masuuuuuk.tu pun tak faham ko.kalau pasal duit tak ada lagi sahabat,rakyat janji senang dunia,yg akhirat tu tak apa selagi tok guru ada.
K’jaan ambil balik tanah dari uda, bayar pampasan kpd uda dari poket k’jaan negeri hasil cukai rakyatm. Pastu k’jaan bagi kat sensa timur utk develop secara jv…terma prjanjian : pemaju dapat lot bawah, tanah pajakan 99 thn,harga gerai ditentukan pemaju…k’jaan akan wakilkan kpd glc @ pmbk utk sign, k’jaan dapat cukai pintu, lot2 aras 5 hingga aras 7, 3 buah masjid brharga rm2 juta setiap satu.. Pastu mungkin pd thn 2013 k’jaan mengaku silap sign agreement, exco akan bincang utk beli balik,bayar gantirugi kpd pemaju sensa timur… Begitulah seterusnya sampai loyar n****n mampus, cerita yg sama, watak yg sama, pemaju yg sama…pemaju untung, k’jaan bazir duit n peniaga kecil ditipu hidup2 selagi pas berkuasa
Kenapa baru sekarang nak kata Husam telah menipu?
Sheih Said: Dah sekarang terbukti dia menipu. Saya kata lah dia menipu. Kalau tak ada bukti seseorang menipu, macam mana nak tuduh orang menipu!
tuan sheikh…
rasa nyer dah lengkap pengetahuan ambo pasal kes bazar tok guru ni…sprti yg ambo kato…xperlu kiter ke tmpat lokasi, bukak aje blog kickdefella…kiter terasa berada disana…ambo pon sedih jugok lah ngan kes2 gini…
tp gak tuan, kito buwi lahh ko YB kito, sahabat tuan jugok…utk cari penyelesaian nyer…ko guano hok tuan sheikh nak??…masa loni penyelesaian terbaik laa paling bagus, bukan tuding jari “mung nipuu”….PRU 13 dah dekat…kalu raso PAS xleh jd kjaan doh…’bo’ la pngkah PAS…abis criter…
tok guru pon rasa ni penggal last dia…
Seseorang itu akan dilihat lebih berkredibiliti sekiranya mengaku apabila membuat kesilapan dari menutupnya dengan berbagai alasan. Bila cuba menutup, pembohongan akan dikuti lagi dengan pembohongan yang lain. Begitulah yang terjadi dengan cerita sedih Bazaar Tok Guru. Sekiranya silap mengaku sahajalah ianya silap. Yang penting adalah usaha dibuat untuk membetulkan kesilapan itu. Kita tidak sempurna.
bravo sir….
Orang2 politik semuanya sama. Dapat aje peluang nak rembat pitih rakyat.
Melayu mudah lupa …………
Parti perjuangkan Islam (PAS), tapi pemimpinnya selalu bercakap bohong. Bercakap banyak putar belit. Kita selalu ditipu oleh orang yang menggelarkan dirinya pejuang Islam.
Untuk memenuhi permintaan peniaga arked uda supaya ditempatkan di tingakat 1, maka ruang niaga dikecilkan …
kalaulah peniaga arked uda bersetuju untuk ditempatkan di tingkat 1, semua ini tak mgkn akan berlaku ..
Sheih Said: Ini bukan soal utk memenuhi permintaan AKED UDA. Ini soal peniaga di AKED UDA di beri janji pada 6 Mac 2008 bahawa mereka akan dipindahkan ke tingkat 1 Bazaar Tok Guru. Kalau sudah berjanji sewaktu menagih undi, sudah menang PRU 12, tunaikanlah. Apa hukum berjanji tetapi tidak ditunaikan? Sifat apakah bila di beri amanah tidak dipikul dengan baik, bila peroleh kuasa dia menindas pula yang tidak berkuasa? Dah tahu jumlah peniaga 415 orang dari dua hari sebelum PRU lagi, kenapa setengah tahun kemudian luluskan pelan yang tidak mencukupi utk 415 peniaga?
mmmm….lepas ni makin kuat la ratib ‘pecah perut tok guru’!.Jaga2 Tuan Sheih, sat gi bukan kapak aje boleh terbang,silap haribulan chainsaw bekas tebang balak Lojing pun boleh melayang!!
anakjati_sgway
Ia lebih baik dari menjadi projek gajah puteh, sheih. Lepas ni bolehlah sheih korek projek jambatan sultan Ismail plak.
salam sheih/all,
dah lama dok kelik kb, buke apo, malah nok nempuh jem..nok gi kb jem,gi bekwoh jem, gi jale ghayo jem..kelik kapung meta pon sebab nok jenguk pusaro mok mertuo…(dari KL ke koklanas, kadang2 balik hari jaa..penat atas keto..sian ambo)
p/s sori luar tajuk sket..
Kalau dah namanya manusia, harta juga yang dikejarnya..
Islam dan orang islam … tak sama. Islam amat sempurna….. orang kelatan kata …tok leh tek…. tapi orang islam ni…. tau saja lah….ada yang perangai lebih burok dari setan…. cakap lain …buat lain…. di sini ca\kap lain…..sana cakap lain….tu lah kesimpulan nya…. atas dunia ni ada dua jenis manusia….. manusia baik, manusia jahat…jadi nilaikan …
salam sheih
kelihatan projek ini diuruskan macam kartoon.
boleh kecil boleh besarkan.pindah sini pindah sana, janji itu janji ini,sudah rugi lagi rugi.
ini macam boleh gila lawyer yang buat surat perjanjian.
takpe orang pas kalau ambik rasuah, berzina, maksiat dan menipu rakyat tak salah, sebab mereka dikecualikan daripada dosa dan kalau mereka berdosapun mereka ada pusat pengampunan dosa disebuah negeri di pantai timur, kalau nak tahu lebih lanjut berkaitan pakej ini sila layari laman web ini :
http://www.akuampundosakamu.com/
melayu tipu melayu……………………………
salam sheih/all,
kadang2 terfikir jugak kenapa para ahli/penyokong PAS begitu taksub dengan parti mereka? Adakah kalau ada walau sebesar zarah/sekelumit nawaitu untuk menegakkan negara Islam (tetapi belum tentu), sudah dikira mendapat pahala yang besar atau dijanjikan syurga sebab dah ada NIAT lah katakan .Bagi aku cukup murni niat tersebut, makanya orang2 PAS akan bermati-matian mempertahankan PAS, tak kira dalam apa jua keadaan..
TQ
ini le realiti melayu sekarang ..org UMNO ramai yg terlalu gilakan kuasa dan duit … org PAS jadi kan islam alat utk kuasa dan duit …baik aku tak sokong mana2 … PAS dah jadi 1 agama untuk pengikut mereka …buat apa2 pun xpe asal mereka PAS ..
huhuhu..betol tu poknik..sluas2 tanah area BTG,siapa yg punya?ahmad albab yang punya.loyar n****n bagus kaki masjid,sapo berani masuk la petak parking kereto dio d tepi masjid (siap letak signage lg).mapuh la kerajaan negeri kena tipu ko anak melayu kelate..baik kena tipu ko melayu drpd kena tipu ko cina dehhh??
errr….maybe ade fatwa baru kot?
Minta tuan syed bongkar siapa loyar n*****n, apa kaitan dia dgn pemimpin k’jaan negeri? kenapa semua projek dlm bandar syarikat dia je yg dapat? Habis tanah dlm bandar dia sapu…mcm kasim baba rompak harta penyamun. Terbaru plk syarikat dia nk bina 3 buah masjid bernilai 6 juta ( 2j tiap satu) utk d hadiah kpd pas kelate…ini mesti ada udang d sebalik batu
loyar ni blaja ngn zaid ibrahim bekali! mcm zaid beli bangunan umno kb, ibarat menahan lukah di pergentingan…bila keadaan reda, dia jual balik & makan untung atas angin…sedak sokmo…
gali lagi sheikh!!!
hero la tuan sheh kalu bongkar sapo loyar n****n..ambo sero sheh xoyak..
We have been bullshitting for 20 years by PAS. PAS promised us everything inside the water, inside the earth, on the earth and on the sky. They promised better economy, job opportunities, land title, oil, clean water or even heaven. When we think about it , not much different with promised made by Ayah Pin or Ashaari Arqam…And now they made adjustment on their promise, we can seek forgiveness from God through them by voting PAS. And still some people believe in that. Enough is enough…ingat sikit dosa bila menipu