Jabatan Kesihatan perlu memberi kenyataan bagaimana seorang lelaki bernama Ma’arof Abdul Mutalib yang mendapat cuti sakit selama lebih tiga minggu kerana masalah depressive mood boleh dilihat berkeliaran siang dan malam di khalayak ramai. (Sila baca pandangan seorang pengamal perubatan di sini dan sini) (Rujuk rakaman reaksi ibu bapa murid di sini)

Apakah lelaki tersebut yang juga seorang guru diberi cuti kerana khuatir dia akan membahayakan pelajarnya? Mengapa pula setelah diberi cuti rehat (dan mungkin juga terapi di dalam bentuk ubat-ubatan) selama 14 hari, cutinya terus disambung oleh sebuah klinik kerajaan tanpa merujuk lelaki itu kepada pakar sakit jiwa?

Adakah kerana lelaki ini adalah suami kepada calon PAS, Normala Sudirman? Adakah kerana pegawai perubatan atau sesiapa yang memberi cuti sakit berpanjangan kepada Ma’arof berpendapat tindakannya itu akan membantunya cepat dapat masuk syurga yang dijanjikan PAS?

Apakah sebarang masalah psikologi yang di alami Ma’arof cukup stabil untuk mengizinkannya berada di tempat-tempat awam dari awal pagi hingga ke lewat malam. Tambahan pula dimusim pilihanraya ini keadaannya sedikit tegang, apatah lagi calon yang bertanding tidak lain tidak bukan isterinya sendiri?

Sikap dan telatah Ma’arof sudah lama menjadi perbualan pemerhati pilihanraya ini. Ma’arof dilihat sebagai terlalu obsesif terhadap isterinya. Tetapi itu tidak boleh dijadi pengukur kerana mungkin Ma’arof mempunyai alasan keagamaan dan juga pengalaman hitam yang menyebabkan beliau bertindak begitu.

Sebelum berkahwin dengan Ma’arof, Normala Sudirman pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang lelaki bernama Abdul Rahman. Bagaimanapun dikatakan perkahwinan tersebut hanya kekal untuk 3 ke 6 bulan sahaja.

Tidak lama selepas mendirikan rumahtangga, Normala telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Tuanku Bainun.

Di Maktab Perguruan Tuanku Bainun, Normala telah bertemu dan berkenalan dengan seorang anak tempatan Pulau Pinang, Ma’arof Abdul Mutalib. Sewaktu masih di maktab itu jugalah Normala dan suami pertamanya berpisah dan Normala mendirikan rumah tangga bersama Ma’arof.

Mungkinkah sejarah lampau Normala itu memberi tekanan mental kepada Ma’arof dan menyebabkan Ma’arof sentiasa dikatakan mengepit isterinya ke mana-mana.

Ma’arof ada hak untuk bertindak sedemikian tetapi bagi kita yang sudah biasa dengan Yang Berhormat muslimah dari PAS seperti Dr. Lo’ Lo’ dan Siti Mariah, tindakan Ma’arof terasa keterlaluan.

Di dalam keadaan begini, teringat saya fatwa Nik Abdul Aziz Nik Mat melarang wanita yang cantik untuk bekerja atau diambil bekerja. Seharusnya fatwa itu diguna pakai dan Normala Sudirman tidak sepatutnya diletakkan sebagai calon oleh PAS kerana rupa parasnya boleh menimbulkan permasalahan sosial seperti fatwa Nik Aziz.

Apapun, Jabatan Kesihatan Johor, demi kepentingan awam dan kredibiliti kakitangannya perlu menjalankan siasatan segera. Pejabat Pendidikan Negeri juga patut menyiasat bagaimana seorang guru yang diberi cuti sakit berpanjangan boleh di lihat berkeliaran di tempat awam seperti seorang yang sihat? Jika dia boleh berkeliaran di tempat awam, mengapa beliau tidak boleh berada di dalam bilik darjah untuk menjalankan tugas yang telah di amanahkan kepadanya.

Nik Aziz yang digelar seorang Tok Guru juga perlu mengeluarkan fatwanya berhubung pengambilan duit gaji tetapi tidak buat kerja. Mmmm, bunyi macam Nik Aziz juga.

Cikgu Normala juga dinasihatkan ketika berkempen usahlah lagi menyebut dikhalayak ramai bahawa dia telah belajar dari Chua. Kita faham Chua yang dimaksudkan Normala itu ialah Chua Jui Meng, cuma kita takut Ma’arof sangkakan Normala telah belajar dari Chua Soi Lek. Memandangkan dia sedang bercuti sakit kerana masalah mental, perkara begini boleh menimbulkan sesuatu di luar jangka.

Kickdefella juga suka menasihatkan Cikgu Mala supaya menjadi isteri mithali dan berada di rumah untuk menjaga kesihatan suaminya yang sakit. Bukan membawa suaminya merayau-rayau di khalayak ramai.

Di dalam keadaan sekarang, Cikgu Mala akan dilihat lebih mulia jika membuat keputusan menarik diri dari menjadi calon PAS demi untuk menumpukan lebih masa kepada suaminya yang terpaksa bercuti panjang kerana masalah psikologi.