Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Begitulah derita jiwa Abang Man yang kemudian membawa diri dari Felcra Sekijang dengan sebungkus hati yang remuk.
Tak pernah Abang Man sangka, jawatan pengurus yang disandangnya tidak akan dapat memuaskan kehendak material isterinya.
Ya, isterinya Kak Mal. Masih segar dalam ingatan Abang Man, saat Kak Mal mengucup tangannya tanda perpisahan di Maktab Tuanku Bainun Pulau Pinang. Sekali tidak Abang Man menyangka, perpisahan itu adalah perpisahan abadi dalam rumahtangga mereka.
Sewaktu memandu pulang seorang diri, Abang Man terkenang lagu Sudirman yang dinyanyikan bapa mertuanya sewaktu membawa pulang perempuan Siam dengan penuh bangga.
Ya, Kak Mal akan kembali. Tetapi tidak Abang Man menduga, Kak Mal akan menuruti jejak langkah ayahandanya dan membawa pulang sekeping hati yang telah dipangkah oleh mamat boria Pulau Pinang.
Tak dapat Abang Man ceritakan bagaimana perasaannya bila Kak Mal minta dilepaskan. Abang Man hanya mampu membungkus helai-helai uniform Mary Brownnya yang mana termampu dan berjalan buat kali terakhir di antara pokok-pokok sawit sambil berhenti membetulkan papan tanda koperasi penduduk yang habis duitnya dibelasah bapa mertuanya.
13 belas tahun peristiwa berlalu, dan kini hatinya terguris kembali menatap wajah Kak Mal yang sudah berjaya di dada akhbar. Kejayaan yang berpunca dari pengorbanannya melepaskan Kak Mal pergi ke Maktab Tuanku Bainun untuk belajar menjadi guru. Pengorbanannya yang dibalas dengan tuba oleh Kak Mal.
Tidak dapat Abang Man bayangkan, habis minyak hampas sawit Kak Mal campak begitu sahaja. Tak dapat juga Abang Man bayangkan, saat dia bertungkus lumus mencari rezeki menampung keluarga, Kak Mal berlari-lari dengan Mat Ouf Boria mengelilingi Komtar dan bercanda di pasiran Batu Feringghi.
Tetapi Abang Man tetap redha dan sesekali pun tidak pernah berdendam walau sekian lama dia berendam air mata. Dan bila rindu terus mencengkam, Abang Man akan nyanyikan lagu Maya oleh Sudirman sambil mengenang bekas bapa mertuanya yang kini sudah beristeri dua, satu di Malaysia dan satu di Indonesia.
Hati Abang Man sentiasa dengan bekas ibu mertuanya yang semakin tersiksa makan hati berulam jantung siang dan malam.
(Kisah ini hanya rekaan semata-mata tiada kaitan dengan yang masih hidup atau yang telah mati)
aik syieh……
jangan ada yang terasa la pulak…..
macam kisah benar saja…
cuma yang tarakhir tu…..
kisah ini kisah rekaan…semata-mata…..
rekaan dari sejarah ke?….
segalanya akan terbongkar juga syieh……mulut manusia….
he..he.. dalam sungguh..
ada la orang tidur tak lena nanti ni..
kahkahkah
sedih cerita abng man ni.
harap2 abg man tak nak doa pecah perut kepada si dia
haishh.
sedap lagu2 ttu ada power kena jalan cerita kisah yg sheih titipkan ini. kalau sheh buat novel kena dengan jalan ceritanya mesti boom. maya…mala ..kena sanngat lagu tu…
mung doh gilo ko pok sheikh?
lu lawaklah sheikh… gua sakit perutla… kahkah kah.. baguih nih.. pedas sungguh cili ni … mesti ada mata yang berair… kah kah kah
Phegh…. Kalu bikin filem.. meletup.. Kena lagi producer.. director.. pelakon2 yang terbaeek..munya..
Marry Brown ja, mana buleh lawan dengan gaji guru gred S44. ke S52? keh keh keh
kena sambung cerita ini sampai habis sebab gua nak tahu apa jadi pada bang man. maya/mala kita dah tahu nak jadi yb
saya tunggu cerita yang seterusnya
Pak Syeikh, bila cinta berahi dah turun dari mata mke hati, peduli apa laki di jauhan……kan kan…?
aduiii…
guru bukan gred S dek oi! guru gred DG31-DG54 ke Jusa C. ada Guru Cemerlang Bah. Inggeris pencen Jusa C di klate! pencen pun RM6ribu sebule…hebat kan? tambah dah dapat plak jadi penyelia kumpulan guru mat salleh yg diambil kementerian..jadi tambah RM10ribu plak!!! lagi hebat! guru cemerlang pencen subjek2 lain, maafla…takkan merasa semua ni!!!!
Hhahaha what a love story. Like romeo and juliet, both with sad ending.The different, romeo and juliet both commit suicide. And Normala…what happen to her? Anybody know?