Hanya Puan Normala Sudirman, calon PAS bagi Pilihanraya Kecil N05 DUN Tenang yang menaruh harapan untuk menang. Malangnya sentimen yang sama tidak dikongsi oleh pimpinan Pakatan Rakyat.
Berdasarkan ceramah pimpinan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada YB Lim Kit Siang, Datin Seri Wan Azizah dan YB Dato’ Seri Hadi Awang, ternyata PAS sudah menerima kekalahan di Tenang, tetapi mengharapkan dapat mengurangkan majoriti UMNO Barisan Nasional berbanding keputusan Pilihanraya Umum ke 12 lalu.
Ternyata itu tidak dapat dikongsi oleh Normala kerana beliau telah meletakkan jawatannya sebagai guru di sekolah kerajaan seminggu setelah SPR mengumumkan tarikh penamaan calon dan tarikh pilihanraya kecil, jika ada. Dia juga tidak dibantu dengan masa depan suaminya, yang dikatakan juga seorang guru di sekolah kerajaan dalam DUN Tenang, sebagai guru yang memuat turunkan video yang mendakwa Pengarah Pendidikan Johor berkempen di sekolahnya di DUN Tenang ke dalam YouTube.
Bila ditanya wartawan di dalam sidang akhbar selepas pengumuman calon malam semalam, Normala tidak dapat menjelaskan apakah isu yang akan dibawanya, sebaliknya berkata terpaksa berbincang dengan jentera PRK PAS.
Selepas diperkenalkan sebagai calon, Normala diberi ruang untuk ‘berbicara’ dengan penyokong Pakatan Rakyat yang berjumlah tidak lebih 1,500 orang di Pekan Labis, malangnya Normala gagal mengambil peluang itu untuk beriteraksi dan menimbulkan kemesraan di antara beliau dan bakal pengundinya.
Mendengar ceramah Normala, saya tidak salahkan sebahagian penyokong di situ yang mula beransur-ansur meninggalkan perkarangan Dataran Pacak Pekan Labis itu walaupun bakal calon PAS itu masih rancak berceramah.
Isi ceramahnya kosong dan sekadar mengimbaukan kembali memori ‘pemidato’ di sekolah menengah yang sedang berusaha bersungguh-sungguh dengan gaya pidato budak-budak sekolah untuk merebut Hadiah Pidato Piala Perdana Menteri.
Gaya ‘pidato’nya seakan kita melihat seorang pelajar perempuan dengan memakai blazer sedang berdegar-berdegar bertutur dengan irama-irama dan lenggok-lenggok yang direka-reka di atas pentas sekolah.
Malangnya semalam bukan pentas sekolah. Semalam adalah pentas politik yang seperti diwar-warkan oleh Lim Kit Siang sebagai pentas yang akan menentukan masa depan politik Malaysia.
Tetapi, Normala jauh lari dari realiti politik Malaysia. Beliau tidak lebih seperti seorang pemidato amatur dan seorang guru yang cuba menyumbat maklumat ke dalam otak anak-anak muridnya. Silapnya, yang hadir semalam bukan anak muridnya tetapi bakal majikannya. Yang hadir semalam ialah bakal pengundi yang mahu memilih seorang balaci yang dapat dikerah untuk memperjuangkan hak mereka di pentas politik.
Maka jika harapan untuk memenangi DUN Tenang bagi Pakatan Rakyat kini di sandang oleh Normala, benarlah kata YB Lim Kit Siang semalam,
“Bukan senang mau menang di Tenang. Penteng (penting) nya kita boleh kasi kurang itu BN UMNO punya majoriti. Itu sudah menang!”
Di dalam PRU ke 12, calon UMNO BN menang dengan majoriti 2,492 undi. Calon PAS ketika itu memperolehi 3,875 undi dan rata-rata undi tersebut diperolehi dari peti-peti undi majoriti pemilih berketurunan cina. Jika benar Pakatan Rakyat mahu mengurangkan majoriti UMNO BN di DUN Tenang dalam PRK ini, mereka telah tersalah perhitungan. Normala bukan calon yang tepat untuk tugasan tersebut.
Mungkin benar juga perkhabaran yang mengatakan Normala hanyalah calon Kambing Hitam disebabkan tiada pimpinan PAS Johor yang mahu menjadi mangsa di Tenang.
Pertembungan di Tenang sebenarnya ialah pertembungan antara MCA dan DAP. Besar kecik majoriti yang akan diperolehi oleh UMNO BN bergantung kepada persaingan MCA dan DAP. Sayangnya, Normala adalah tugas sukar untuk DAP.
Mungkin Lim Kit Siang boleh berkata, “bukan susah mau kalah di Tenang. Yang penteng (penting) kita kasi letak itu calon yang gerenti tarak boleh jual sama orang cina…”
Dan itu sudah berlaku.
Sekarang kita tunggu dan lihat calon UMNO Barisan Nasional pula.
salam sheih
setuju dengan pandangan sheih ia adalah pertembungan antara MCA dan DAP.
perpaduan rakyat melayu johor solid.
salam sheih
setuju dengan pandangan sheih ia adalah pertembungan antara MCA dan DAP.
perpaduan rakyat melayu johor padu.
Ada juga yg meninggalkan jawatan kerana parti, yang ramai masuk parti nak jawatan, maklumlah nak jadi guru KAFA pun kena tunjuk no. ahli ataupun endorsement JKKP.
Kenapa tamak? Tak kira siapa yang muncul sebagai pemenang, tampuk kuasa kerajaan negeri tidak akan berubah. Makanya biarlah DAP dan MCA membuat perhitungan taring siapa lebih hebat! hik hik
Harap-harap ada pihak yang membela nasib Pn Normala selepas (jika) beliau kalah dalam PRK nanti..
Mada depan beliau sebagai kakitangan kerajaan agak cerah, namun apabila letak jawatan dan bertanding (dan kalah), maka masa depan tuh pun sedikit kelam..
Semoga Pn Normala sudah ada back up..
apa yg korang dok sibuk…pn normala tu nak brenti guru, dia dah ade lah tu perkiraan nyer….cam tu lah org umno…cam rezki Allah ni di tmpat tu jer….rezki merata….kita xtau lg masa hadapan, insyaAllah dia leh menang…kalu kalah pon ada lah tu rezki..mana2 Allah bg…yg pasti pn normala brenti sbb nak berjuang dlm perjuangan Islam…susah oooo nak dpt org cam tu…
kepada penyokong pembangkang, anda seharusnya meletakkan jawatan beramai-ramai jika anda bekerja dengan agensi kerajaan pusat. ini kerana, anda mendokong ideologi pimpinan anda yang membelasah kerajaan BN semuanya tak betul, rasuah, makan hasil judi, utamakan kroni dan banyak lagi. jika begitu, kenapa sanggup makan gaji dengan hasil yang kononnya datang dari sumber tidak halal? kalau anda betul-betul mementingkan halal-haram sebagaimana pimpinan anda, anda mesti bekerja sendiri supaya tidak menjadi lidah bercabang seperti biawak… kutuk kerajaan tapi ambil duit gaji dari kerajaan. kalau anda bekerja sendiri, baru lah anda layak belasah kerajaan, sebab anda tak ambil hasil kerajaan yang dikatakan haram itu…
patutnya ramai lagi pekerja kerajaan yg menyokong PR ni berhenti kerja pergi sokong PR full time …ramai mereka ni yg dok jaja semuanya kerajaan buat tak betul ..tapi boleh diukur kualiti kerja mereka …sibuk buat part time ,mengular sampai kerja hakiki terabai ..patutnya cermin diri dulu baru kata org lain …itu lah kenyataan didepan mata ni
Teman kesihan tengok penyokong PAS kena tipu oleh pemimpin2 mereka dalam meletakkan Anwar jadi Ketua PR kerana dah satu dunia tahu siapa Anwar sebenarnya. Rakan2 rapatnya satu masa dulu yang tahu dan kenal siapa Anwar sebenarnya dah lari meninggalkannya. Mereka bukan orang biasa. Ada peguam: 1. Zulkifli Noordin, Zainur Zakaria, Sulaiman Abdullah, Raja Idrus, Marina Yusof. 2. Ahli Fikir: Dr. Chandra Muzaffar 3. Pemimpin berani: 1. Ezam Mohd Noor sanggup masuk penjara 2. Zahid Md Arif 3. Roslan Kassim Bekas Ketua Pemuda.
Tak malu ke kalau Malaysia dipimpin oleh seorang yang moralnya sangat teruk. Inilah yang telah didedahkan oleh sahabatnya selama 30 tahun Dato Nalla, Bekas Ketua Pemuda PAS Mohd Sabu, Ahli Parlimen Baling Ustaz Taib Azamuddin dan Ummi Hafilda.
Sejak PAS bersekongkol dengan DAP, yang haram dah jadi halal. Perjuangan menegakkan undang-undang Islam telah diketepikan kerana takut sangat pada pemimpin DAP Karpal Singh dan Lim Kit Siang.
Orang Melayu yang seagama dan sebangsa dihina oleh pemimpin DAP tidak ada pembelaan dari Pemimpin2 PAS kerana takut hendak bersuara.
Inilah PAS yang dilihat sekarang. Mana perginya AMANAT HAJI HADI yang dulunya dijaja merata tempat sekarang dah tak nampak. Mana dia surah Ali Imran ayat 28 yang dibaca disetiap ceramah PAS dulu. Kenapa tak dengar pun ayat itu dibaca lagi.
Maka jelaslah PAS memperalatkan agama Islam.
Kalau kata PAS bodo…ramai plak penyokong dan ahli yg marah.tp hakikat begitulah..Syeih..molek benarlah kalu PAS x letak calon pun..bagi DAP letak calon berketurunan Cina..baru bleh tengok sekuat mana pakatan rakyat..
bodohnya kepala hotak org UMNO nie…..aku ahli PAS….aku juga kakitangan kerajaan…aku tak pernah lawan kerajaan……aku hanya MENENTANG UMNO dan BN…..Umno tu parti…bukannya kerajaan…..aku lawan Parti Umno….bukannya lawan kerajaan…
Bodohnya Melayu Umno…tak mampu bezakan antara parti dan kerajaan..
kepada akuPAS,
Kalau engko boleh bersikap professional tak apa lah, tapi aku rasa tak byk sikit personal feeling tu tetap ada. kalau ko kerja kerajaan pgg jawatan peringkat bawahan, bukan penggubal dasar mungkin tak menjejaskan sangat dasar kerajaan. Tapi kalau penggubal dasar susah sikit. Tgk di Spore, org Melayu tak boleh pgg jawatan tinggi atas sifat rasa cuak mereka pada kesetiaan org Melayu. Aku rasa org Pas pun takkan lantik Ketua Cwangan UMNO utk jadi pengetua PASTI
govt servant is neutral. apa la bodo sangat ni. pegi la ngaji tgg sikit. terpulang la nak sokong sape pon. banyak org dalam govt yg sokong PR. Negara ni kan ke demokrasi.
org yang mengata org lain bodoh maybe x fikir yang die sbnarnye yg bodoh….jgn hentam ckp org bodoh sdgkan ko blum tentu pandai ke tidak…entah2 lg bdoh dr org tuh…. hati2 bile bercakap ye… segalanye termask dlm amalan kite…
ada kerja elok-elok pegi berhenti nak jadi calon…. kalau si mala tu memohon pencen sukarela, mungkin akan memakan masa dua tiga bulan nak lulus, ini beliau telah meletakkan jawatannya sebagai guru di sekolah kerajaan seminggu setelah SPR mengumumkan tarikh penamaan calon dan tarikh pilihanraya kecil dah tentu beliau akan kehilangan pencen bulanannya bermakna pendapatan bulanannya suami isteri sudah berkurangan, ditambahkan lagi siasatan oleh jabatan pendidikan negeri johor berkaitan dengan tingkah laku suaminya yang disyakki menipu cuti sakit sedangkan siang malam tak kira panas dan hujan mengiringi isterinya…. apekebende ni….. kalau dah sakit duduk ajelah kat rumah, silap-silap keputusan siasatan si ma’arof ni didapati bersalah….. kalau hukuman ringan takpe jugak….. kalau kena buang kerja tak menyesalke…… bolehke pas bagi anak beranak diaorang ni makan jika ditakdirkan si ma’arof ni dibuang kerja?, nanti bila kita cakap laki bini bodoh marah pulak, tak baiklah cakap diaorang bodoh…… walaupun kita tau diaorang laki bini memang bodoh.