Jentera kempen PAS dan Pakatan Rakyat bagi PRK N05 DUN Tenang sudah mula bergerak dengan effisien di kawasan-kawasan perumahan sekitar Pekan Labis.

Mereka bertemu dengan pemilih berdaftar dari rumah ke rumah dan memberi penerangan berhubung dengan calon mereka Puan Normala Sudirman yang diumumkan sebagai calon PAS baru PRK ini semalam.

Effisiensi jentera kempen PAS sangat diperlukan bagi mencapai hasrat YB Lim Kit Siang untuk mengurangkan majoriti UMNO Barisan Nasional di dalam PRK pada 30 Januari akan datang.

Hari penamaan calon ialah pada 22 Januari 2011.