Menuduh seseorang berzina adalah amat-amat berat beban membuktikannya. Seorang sahabat di Kelantan yang tinggi ilmu agama dan banyak membelek kitab pernah memberitahu saya, di dalam sebuah kitab dikatakan untuk mendakwa seseorang itu melakukan persetubuhan haram, saksi perlu melihat dengan jelas insiden itu sepertimana melihat keris memasuki sarungnya.

Oleh yang demikian, bagi pembaca yang bercadang menonton video dibawah, saya berharap tidak membuat sebarang konklusi darinya tetapi perlu menuntut penjelasan dari pihak-pihak yang berkenaan.

Begitu juga dengan sebuah kisah ini. Berita itu saya terima sewaktu saya bersama seorang pemimpin tertinggi PAS dalam kenderaan rasminya di Kota Bharu pada tahun 2007. Pemimpin tertinggi itu menerima panggilan telefon dari seorang pimpinan Badan Bukan Kerajaan berkaitan pekerja Indonesia yang melaporkan secara terperinci insiden tersebut. Sewaktu saya ke Indonesia, saya dipelawa wakil NGO tersebut untuk menemui dan menemuramah ‘mangsa’ itu. Segala-galanya bagaimanapun berakhir di situ. Saya tidak tahu mengapa pimpinan tertinggi PAS itu tidak mahu mendedahkan hal tersebut untuk kepentingan politik. Namun, syukur kepada Allah.

Bukan tugas kita, kerana kita tidak melihat keris memasuki ke dalam sarungnya. Dan kalau kita melihat, bererti kita berkemungkinan besar telah bersubahat jika kita tidak menghalangnya.