Shamsidar Taharin lebih rupawan dari mereka semua. Shamsidar Taharin juga lebih bijak mempertahankan kredibiliti suaminya dengan hanya berdiam diri.

Bagaimana pula dengan Hillary Rodham Clinton?

“I did not have sexual relationship with Miss Lewinsky” kata Bill Clinton dan “Saya menafikan sebarang alegasi tersebut sama ada yang berkaitan alegasi memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu” kata Rais.

Rais Yatim membuat kenyataan itu setelah ada beberapa blog menuduh beliaulah ‘menteri’ yang didakwa merogol pembantu rumahnya pada tahun 2007. Sebelum ini beberapa blogger yang di anggap elitis oleh seorang dua blogger Pro UMNO membuat beberapa posting berhubung ‘seorang menteri’ didakwa terbabit merogol pembantu rumah Indonesianya. Saya juga ada membuat posting berhubungnya di sini.

Kenyataan Rais Yatim di buat selang sehari selepas sumber dari Indonesia melaporkan kononnya ada perwakilan seorang Menteri di Malaysia pergi menemui pembantu rumah tersebut di kediamannya di Indonesia.

Semalam Rais Yatim menghimpunkan beberapa orang blogger untuk memberi kisahnya dan kegeramannya terhadap blogger tertentu dan salah seorang darinya disebut Rais sebagai ‘Anjing Besar’.

Mulai hari ini beberapa blogger Pro UMNO yang hadir untuk melihat Rais meminta pembantu-pembantu rumahnya membantu membersihkan namanya menerusi pengakuan yang dirakamkan telah mula menyiarkan video-video pembantu rumah Rais menjalankan tugas membersihkan nama majikannya.

Semalam blog tersebut membuat seruan nekad untuk mengempur habis-habisan pihak tertentu yang dibabitkan dengan pendedahan kes rogol itu. Apakah akan muncul satu perang baru di dunia siber?

Saya rasa tidak akan berlaku perang saudara dalam dunia siber tempatan. Kalau ada pun hanya satu pihak bertepuk sebelah tangan.

Pihak yang tidak bertepuk tangan pula akan terus mengharungi kehidupan seperti biasa berbekalkan apa-apa pengetahuan yang ada. Dan di sini, seorang blogger generasi zaman penentangan terhadap Pak Lah mengajar blogger-blogger Pro UMNO itu bagaimana menangani isu dengan lebih bijak dan bukan dengan maki hamun dan sensasi semata-mata.

Cuma seperti biasa saya suka berpesan, pihak yang mengisytihar perang jangan terlalu seronok, takut-takut benda yang belum di cerita, tercerita lagi dan akan lebih menghuru-harakan keadaan.

Alhamdullillah, isteri Rais yang turut hadir atas permintaan blogger-blogger itu tidak pula berkata, ‘Rais adalah anugerah tuhan kepada Malaysia’.

Oh ya, bukan sahaja Bill Clinton, Anwar Ibrahim pun sehingga hari ini tidak mengaku terbabit dengan aktiviti liwat meliwat.