Husam’s surgery is scheduled for today. He will need 5 days of rest. Please leave him alone.
Between Husam and me, there are nothing left accept for love and respect. I haven’t met Husam since my last assignment with him on the 9 September 2009. He drop me at a hotel in KL way past midnight that day. We have taken separate flight back to KB on the 10 September 2009, the day my contract was terminated after merely 3 hours back in KB.
We supposed to meet in MB’s office but Husam was caught stranded mid-way when his official car breakdown.
What ever I have written in this blog or what ever my comment to the media is of my own. There are neither hidden hand nor secret instruction.
Like many people who has been touched by him, it is hard to forget the memory. With the termination of my contract, there is no more professional link between us.
I was asked by a television station to talk about Husam. I turned down the request like I have turned down other requests before.
I have sms Husam two days ago, offering my service to take care of him during his hospitalization period. He never replied. Perhaps it is for the best. I fully understand. We should not be seen together.
I would like to take this opportunity to wish him a safe surgery and a speedy recovery. My doa will always be with him and his family.
I seconded Nik Aziz’s claimed about Husam which appeared in today’s paper. He is a give by god not just for Kelantanese but for all Malaysian. Let us not forget that.
Agreed. 100% agree with Sheih. Husam is a gift from Allah not just for Kelantanese but for Malaysian.
Tolong selesaikan isu PBMK.Rakyat Kelantan melihatnya sebagai isu paling sadis.
tah kenape tetiba tingat kisah nabi Nub AS. Idup hampir seribu tahun, yg dia dapat dakwah dalam 16 org je kot… anak pon mati dlm keengkaran pada Allah. Seribu tahun = 16 org.. Ingat lah ke Allah bro, nothing else matters.
sheih,
nampak macam sukar sangat untuk anda melupakan husam, kenapa ya..? setelah apa yang husam lakukan kepada anda, anda masih lagi ‘terhegeh-hegeh’ menjulang husam. sudahlah sheih, yang dah berlalu biarkan berlalu. tidakkah anda terfikir, penyingkiran anda dari office juga dalam pengetahuan husam pastinya (mustahil husam tidak maklum), namun, kenapa mesti husam merahsiakannya dari anda. inikah balasan nilai kesetiaan anda kepada husam selama ini….
hinggakan sms anda pun di tak layan (walaupun atas dasar simpati sebagai kawan), dan tiada usaha dari pihak husam untuk menghubungi anda bukan nya untuk reinstatement, setidak-tidaknya untuk menyatakan ‘kekesalan’ di atas perkara hitam ini. di mana husam bila anda memerlukannya, bukankah beliau menyepi atas dasar mengutamakan survival politiknya… sedarlah sheih hanyalah sekadar ibarat angin berlalu… datang dan pergi, ada tiada apa, tiadapun tak mengapa
fikir-fikirkan lah sheih….
jangan sampai jadi seperti ‘gila talak’….
yeah..i agree with u sheikh..what i doubt is every person who close to Husam, that person always be blamed. i don’t who is the ‘master of puppet(metallica)’ play this opera. i think when it’s come to the time you should reveal the culprit or the perpetrator…for now hope everything will be fine for Husam’s treatment…adios amigos!
Anda seorang rakan yang baik kepada Datuk Paduka Husam Musa dan harap-harap beliau akan melakukan yang sama pada anda.
May Allah bless you all.
Jika kita di jalan yang benar Allah akan membantu kita sama
ada cepat atau lambat. Sebaliknya jika kita di jalan yang salah, lebih baik
kita menerima hukuman di dunia daripada di akhirat nanti.
So…no worries… lost a position in politic is not the end of the world.
step down aje lah habis cerita. nik aziz pun mengada, terima aje lah perletakan jawatan tu. nak main drama pulak.
Salam semua
Minta saudara penulis blog buat laporan polis atau ke pihak SPRM atas kenyataan dalam blog ini.Bawa benda ni semua ke Mahkamah.Baru kita semua tahu mana yang salah dan mana yang betul.Kalau satu pihak sahaja yg mengeluarkan kenyataan dan satu lagi pihak tidak dapat membela diri, ini bermakna berat sebelah. Maka, si pengikut pihak yg sering menulis/mengeluarkan kenyatan selalu akan mengangap yg menulis dipihak yang benar.Saya mencabar penulis blog ini beri keterangan ke pihak polis atau SPRM. Kita semua akan mendapat berita yg tepat bila keputusan dibuat.Jadilah seorang yg profesional.jangan mudah melenting bila ditegur.Mana keadilan untuk semua??Yang memberi komen bukan dari PAS sahaja.Malah dari UMNO.Jadi sama2 lah kita panjatkan doa semoga penulis blog ini berani dalam kata erti sebenar Berani Kerana Benar.Jadilah seorang wira yg sebenar.Bukan wira kampung.Bukan wira yg menyebabkan negeri Kelantan tergadai.Tampil kedepan beri keterangan.kalau saudara penulis betul2 anak jantan…teruskan perjuangan sebenar.Tampil kedepan.
Salam
Dubai,UAE
Rakyat Kelantan tetap bersama Husam sebagaimana rakyat Kelantan bersama TGNA. Dan Husam juga tetap bersama rakyat dan PAS Kelantan sebagaimana PAS Kelantan dan rakyat bersama Husam.
Sudah-sudah la tu anda cuba menanguk di air keruh.
My du’a and prayer for Husam & you , Sheih.
Semoga dipermudahkan oleh Nya, Ameen.
How do you expect the public to leave Husam alone when everybody knows and even you yourself admitted that you are his loyal disciple, special assistant or what not.
The ‘sifu’ need and must take full responsibility of his diciple either defend him all the way if he is innocent or kill him himself if guilty just like in the movie, unless he is able to get away as what have you able to do skillfully so far.
There is no other way to restore his dignity, Husam need to take full responsibility to this fiasco.
Thank you Syieh Kicdefella, you have really done a good job that not so many will be able to achieved. I hope that you are fully rewarded to commensurate your contribution.
HUSAM adalah anugerah Allah kepada rakyat Malaysia .
mudah-mudahan beliau selamat menjalani rawatan kesihatan.
en. husam ni org baik. ambo cayo ko dio lebih dari pmmpin pas yg lain dlam isu kewangan. ambo raso kalu en husam ni x dok, abih licing harta rakyat kelate kena maker ko yb yb lain.. berat klate nanti. walaupun yb pas pakai serban, psal pitih ambo x cayo lasung.. harap en. husam x jadi letak jawatan.. demi rakyat klate. tok guru kena pilih , husam ker menantu skarang ni.. mgkin tok guru rusing anak tino ngan cucu dio x leh make klu nnatu dio letok jawatan. insyaAllah ado la rezki Allah bagi ko anok tino n cucu-cucu tok guru tu.
wayang belakalah bro!
Yes, leave him alone. This is not just for PAS, this is for UMNO too. Leave that man alone. This is no longer about politics. It is now, about a man who is needed by not just PAS, but Malaysia as a country.
And, I hope they leave you alone too.
For how long must we fight with each other? How much longer do we have to inflict pain to our own brothers and sisters?
When will this come to an end?
Is it worth for us to fight for the same mountain? instead of sharing it with each other? for the same fountain atop of the mountain?
Did you not know, the enemies are watching. They might turn our hatred, and resentments against us.
In the end, who will get the mountain? is it one of us? or, would it be no?
Husam is the next MB of Kelantan, God willing.
I’ve known Husam personally for quite some time and I can assure everybody in terms of his sincerity and dedication on his work and struggle. All the best wishes to him and speedy recovery. Ameen.
Terimalah semua ini dengan hati yang terbuka. Maha Suci Allah SWT telah mengkabulkan solat hajat Tok Guru PAS dan pengikut2nya.. Jadi apabila dianugerah Allah SWT akan hajat anda semua kenalah terima dengan hati terbuka.
Dalam posting pada 10 November 2009, Kickdefella tulis yang berikut:
“Tengahari tadi sejurus selepas saya tiba ke Kota Bharu dari tugas rasmi di Kuala Lumpur, saya dimaklumkan bahawa kontrak perkhidmatan saya dengan Perbadanan Menteri Besar Kelantan telah ditamatkan dengan serta merta.”
Tetapi dalam posting ini, beliau menyatakan: ” We have taken separate flight back to KB on the 10 September 2009, the day my contract was terminated after merely 3 hours back in KB.”
Yang mana satu betul ni?
tahniah bro, ariff fahmi letak jawatan jua akhirnya………..
caro ko banjir pulok boss!!!
KOTA BHARU, 23 Nov: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bersetuju untuk menasihati Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Persetujuan itu diumum Nik Aziz pada satu sidang media selepas pertemuan dengan pimpinan PAS di kediaman Menteri Besar, JKR 10 pagi ini.
Pertemuan tersebut disertai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din, Naib Presiden Salahudin Ayub dan Bendahari Dr. Hatta Ramli.
Mereka telah mengemukakan cadangan kepada Nik Aziz agar menasihatkan Ariffahmi melepaskan jawatan.
Keputusan itu dibuat bagi menjaga kesinambungan perjuangan Islam di negeri itu dan sekaligus menyelesaikan kemelut politik yang sedang berlaku.
Beliau dalam pada itu memberitahu akan meminta Ariffahmi yang juga menantunya berbuat demikian.
Bagaimanapun, terserah kepada Ariffahmi bila dia mahu meletakkan jawatan tersebut.
Ariffahmi juga hadir mendengar sidang media tersebut.
Kami mendoakan cepat sembuh dan kembali bertugas semula Dato Husam.Kerana mu adalah calon Perdana Menteri kami.Sebelum kami mengundi kami ingin tahu siapakah calon Perdana Menteri dari Pakatan Raayat.Kalau Anwar Ibrahim ,then Pakatan Raayat can go to hell.
Like many people who has been touched by him, it is hard to forget the memory. <—Totally agreed with you Sheikh. I have personal touch with him and i get what you meant. His interaction with me has admire me to saf pimpinan for the whole. He got the leader package (except certain things he need to improve), he is a practitionest, he is a thinker and a hope. I believe in him and will continue to support him.
Sedih nyo baco . Sayae sungguh sheh ko husam. Harap TGNA pun masih sayae ko Husam lebih dari menantu. TGNA kena royat doh, kalu dia nok Husam ganti dio. Tok leh main ciku cak doh. Bui biar jelah. Jange nnusuk. Baru selesai teko teki di Kelate. Rama dok koya nok gati tGNA, nok Exco , nok gotu, nok goni, supo dengae burung lang dok tunggu peluae. Kawe pun saye ko Datuk Husam. Mudahan cepat sembuh, mari turun jjupo rakyak. Rakyak kije pun rrindu weh. Tok wakil kito lloni tok supo muulo…nok jupo mato pung payoh. Nasib la ore kijae.
Menantu Nik Aziz letak jawatan
Nov 23, 09 3:17pm
Menantu tokoh PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilanda kontroversi sejak dua minggu lepas meletakkan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Abdul Ariffahmi Abd Rahman, yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menjadi fokus kontroversi apabila memecat Syed Azidi Syed Abdul Aziz, seorang pegawai kanan exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa.
Beliau, exco Pemuda PAS Kelantan, mengumumkan perkara tersebut dalam sidang media hari ini.
Surat rasmi peletakkan jawatan tersebut bagaimanapun belum diserahkan, katanya ringkas kepada Malaysiakini.
Ketika dihubungi sebentar tadi, beliau juga enggan mengulangi kenyataannya dalam sidang akhbar tersebut.
– petik dari mstar online-
Menantu Nik Aziz letak jawatan
Nov 23, 09 3:17pm
Menantu tokoh PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilanda kontroversi sejak dua minggu lepas meletakkan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Abdul Ariffahmi Abd Rahman, yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menjadi fokus kontroversi apabila memecat Syed Azidi Syed Abdul Aziz, seorang pegawai kanan exco kerajaan negeri Datuk Husam Musa.
Beliau, exco Pemuda PAS Kelantan, mengumumkan perkara tersebut dalam sidang media hari ini.
Surat rasmi peletakkan jawatan tersebut bagaimanapun belum diserahkan, katanya ringkas kepada Malaysiakini.
Ketika dihubungi sebentar tadi, beliau juga enggan mengulangi kenyataannya dalam sidang akhbar tersebut.
Adakah Puas hati anda sekarang dengan apa yang sedang berlaku tapi saya rasa tuan bukan jenis selfish orangnya.
Alhamdulillah …. finally it:s all over… AF has resigned… Hopefully lets start where we have left…..
Kelantan Membangun Bersama lslam…….
Nik Aziz setuju nasihat Ariffahmi letak jawatan
Salmah Mat Hussin
KOTA BHARU, 23 Nov: Menteri Besar kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bersetuju untuk menasihati Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Ekselutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Berita penuh… http://harakahdaily.net
Akhirnya YAB Tok Guru bersuara dan membuat keputusan …..
dapat merasakan betapa ‘ributnya’ internal politik pas….
Sheih..
you’re right.
just now i’ve seen on the net the latest news.
salute bro!
jazaakallah khairan kaseera!
merci.
salam bro…
ariffahmi dah resign..apa tindakan selepas ini……?
Bad luck seems to follow you.
Move away from KL to avoid drunkards and bullshitters…went to Kota Baru to be caught in a political web…with some…out to make life difficult for you…if you do not toe the line.’
You are an employee and all PAS big shots are you bosses.
That’s the way they think..and is half right.
Lets hope this part of your life passes soon …so that you can live and work like an ordinary family man..using your skills and experiences to earn a living.
If you calm down…you know you can get work easily.
TG, PAS Leaders (Taki and the geng excl.), et al;
Kudos! for being able to decisively recognize between a tree and the forest.
That what makes PAS stand out, compared to sewage-bound UMNO.
AAF, you have done (or rather, have been told to do) the right thing@save a state government. Hey, you’re still breathing, it’s not the end of the world.
All the best in your future endeavor.
Man proposes, Allah disposes.
so selama ini tuan sheikh memang tahu ada onar dan penyelewengan dan PAS, tetapi kenapa lepas kena kick baru nak disclosed cacat cela yang ader. saya rasakan ini tidak adil bagi pengikut blog saudara, selama ini semua yang orang atas buat semua betul, boleh katakan dah nak sampai tahap maksum. saya rasa tuan sheikh pun bersalah dalam hal-hal yang berlaku dalam PAS sekarang ini kerana tidak menulis pekara yang benar hanya menulis pekara yang di suruh tulis dan menjatuhkan orang lain melalui penulisan saudara. saya harap maaf kalau tanggapan saya diatas meyimpang jauh.
harap maaf.
man jeli
petikan berita dari sumber rasmi PAS – harakahdaily
Nik Aziz nafi laporan Husam mahu letak jawatan PDF | Print | E-mail
Salmah Mat Hussin
KOTA BHARU, 22 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan desas desus bahawa Exco Kelantan, Datuk Husam Musa mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan seperti dilapor media Umno BN semalam.
Bercakap pada sidang media di pejabatnya pagi ini, Nik Aziz memberitahu, Husam juga tidak pernah menghantar surat meletak jawatan sepeti yang didakwa.
Media kerajaan semalam melaporkan Nik Aziz memberikan cuti selama lima hari bermula hari ini kepada Husam yang juga exco kanan kerajaan negeri untuk berehat dan menenangkan fikiran kerana didakwa mahu meletakkan jawatan.
Menurut Nik Aziz, Husam diberi cuti rehat ekoran beliau perlu menjalani pembedahan tulang belakang selepas ditangguhkan sejak dua bulan lalu.
Husam ujarnya ada bertemu dengan beliau di pejabatnya minggu lalu untuk memberitahu bahawa doktor menasihatkan beliau masuk hospital dan berehat selama lima hari kerana masaalah tulang belakangnya.
“Itu lah sebenarnya tak lebih tak kurang. Masalah nak undur langsung tak timbul, baik dalam kepala dia, baik dalam kepala saya.
“Saya baru terbaca sebuah surat khabar hari ini, saya rasa amat terkejut di atas laporan sebuah akhbar hari ini muka depan, tajuk dia Husam letak jawatan, walaupun ada tanda soal,”ujarnya.
Nik Aziz berkata, tiada sebab Husam mahu melepaskan semua jawatannya termasuk sebagai anggota exco kerajaan negeri yang menjaga portfolio perancangan ekonomi dan kewangan.
“Kalau benar sekalipun Husam memohon untuk melepaskan jawatannya, saya tetap tidak akan mengizinkannya, kerana kebijaksanaan dia telah berjaya menyelesaikan pelbagai masaalah rakyat sama ada di peringkat negeri mahupun politik Malaysia,”ujarnya.
“Husam ni saya nak sebut, Allah Taala buat dia bukan sahaja untuk Kelantan, tetapi untuk Malaysia, budaknya cerdik, pengalamannya banyak, dan pemikirannya jauh ke depan.
“Dan sekarang ni rakyat Kelantan banyak menerima buah fikiran yang baik dari Husam termasuk dengan mengambil tanah Felcra, termasuk mengadakan kifalah yang banyak sehingga dapat dimanafaatkan oleh wasi…OKU dan ramai lagi yang terima banyak manfaat hasil pemikiran Husam.
Sebelum ni, tambahnya beliau tidak pernah menyebut perkara itu, (keistimewaan Husam) sebab takut perasaan anggota exco lain berkecil hati, lagipun exco lain mempunyai portfolio masing-masing.
Tetapi, sambungnya portfolio kewangan yang dipegang oleh Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri banyak memberi manfaat kepada Kelantan dan rakyatnya.
“Tiba-tiba orang kita suka buat cerita (Husam letak jawatan) letak muka depan ni akan mengguriskan hati orang sakit.
“Sudahlah dia sakit, macam ni boleh menambahkan kerisauan dia, rungsing,”ujarnya lagi.
Perkara itu katanya tidak seharusnya berlaku apa lagi sekarang umat Islam berada dalam bulan haji, iaitu bulan Zulhijjah.
Sambungnya, sebagai umat Islam setiap orang dikehendaki membuat kebajikan, puasa sunat, sembahyang sunat, menderma kerana bulan ni bulan Allah Taala di mana bulan ini Allah telah menurunkan malaikat dari langit ke bumi untuk memimpin manusia menuju ke syurga.
“Tetapi dukacitanya wartawan kita masih suka mengkrobek hal peribadi orang, termasuk menuduh orang-orang tertentu dengan sesuatu yang mengejutkan.
“Wartawan kita suka mencari benda panas walaupun perkara tu tak betul tetapi panas, dia fikir untuk melariskan jualan akhbar dia, dia tak fikir ianya boleh melukakan hati orang lain, fikiran orang tergugat, dia tak kira. Ini suatu perkara yang dukacita dalam masyarakat wartawan kita.
Pada masa yang sama beliau turut mempersoalkan kenapa wartawan Melayu bersifat sedemikian yang lebih mementingkan sensasi dari kebenaran sehinggakan pada masa yang sama beliau mempersoalkan wartawan berkenaan tidak mendapat kursus atau bagaimana.
“Adakah wartawan ni hanya pandai ambil kalam… kertas dan tulis tulis… tiada kursus ke wartawan ni…apa ni lagu ni, malu kita pada wartawan cina, wartawan cina lebih pandai pada wartawan kita,”sambungnya lagi.
Datuk Husam Musa ketika dihubungi Harakahdaily bagaimanapun hanya menasihatkan semua agar tidak bimbang dengan perkembangan terbaru itu.
“Harap semua jangan bimbang, baca posting saya dalam (blog) cetusan hati,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas, SMS.
boleh tak tuan publish kan saya punyer comment tadi?
sebab komen yang lepas tak di publish pun!…
kalau tak jadi kesusahkan la…
man jeli
Petikan berita dari Sumber Rasmi Pas
Nik Aziz setuju nasihat Ariffahmi letak jawatan
Salmah Mat Hussin
KOTA BHARU, 23 Nov: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bersetuju untuk menasihati Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Ekselutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Persetujuan itu diumum Nik Aziz pada satu sidang media selepas pertemuan dengan pimpinan PAS di kediaman Menteri Besar, JKR 10 pagi ini.
Pertemuan tersebut disertai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din, Naib Presiden Salahudin Ayub dan Bendahari Dr. Hatta Ramli.
Mereka telah mengemukakan cadangan kepada Nik Aziz agar menasihatkan Ariffahmi melepaskan jawatan.
Menurut Nik Aziz, keputusan itu dibuat bagi menjaga nama baik pimpinan islam khasnya pas sendiri sekaligus menyelesaikan kemelut politik yang sedang berlaku di negeri itu.
“Semua (yang hadir) menasihati saya supaya menjaga nama baik pimpinan Islam khasnya PAS sendiri untuk menasihat menantu saya supaya mengundur diri dari Perbadanan Menteri Besar (PKMB),”
“Fitnah yang dilempar blogger , surat-surat layang, saya pun terima banyak, untuk jaga nama baik pimpinan Islam, maka saya dengan segala senang hati untuk jaga (elak) fitnah,” katanya.
Beliau dalam pada itu memberitahu akan meminta Ariffahmi yang juga menantunya berbuat demikian.
Bagaimanapun, terserah kepada Ariffahmi bila dia mahu meletakkan jawatan tersebut.
“Tarikh tu terserah kepada dia,” katanya lagi.
Nasihat peletakan jawatan itu juga tegasnya adalah disebabkan oleh fitnah dan kecaman yang terlalu banyak diterima Ariffahmi.
“Masalah sekarang ini menantu saya tu terlalu banyak kecaman dilempar kepadanya oleh orang yang tak bertanggungjawab,”
Dalam pada itu, Ariffahmi yang turut hadir pada sidang media tersebut menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka memandangkan ianya dilakukan untuk menjaga nama baik banyak pihak.
“Saya dapat terima keputusan dengan hati yang lapang, dan sedar keputusan dibuat untuk jaga nama baik kepimpinan dan jaga nama baik PAS, dan juga nama baik kerajan negeri Kelantan,” katanya.
Beliau turut berterima kasih kepada Nik Aziz yang memberikan kepercayaan penuh kepada kepadanya sepanjang berada di PMBK.
“Saya juga berterima kasih kepada tuan guru kerana beri kepercayaan kepada saya untuk berada di PMBK selama 8 tahun, dan jawatan terakhir saya sebagai CEO semenjak Syawal, dan saya amat hargai kepercayaannya,” katanya.
____
Transkrip penuh sidang media Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz
Bismillahirrahmanirrahim
Hari ini saya sudah didatangani oleh pemimpin pusat yang mengandungi Presiden Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Harun Din, dan juga wakil parlimen daripada Kubang Kerian dan Kuala Krai.
Semuanya menasihati saya supaya menjaga nama baik pimpinan Islam khasnya PAS sendiri untuk menasihati menantu saya supaya mengundur diri dari Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).
Sewaktu saya lantik dulu saya lantik dia dalam mesyuarat penuh, dalam mesyuarat itu ada LA, ada penasihat undang-undang, dan beliau tak ada komen apa, tapi oleh kerana fitnah melalui macam-macam surat layang dan sebagainya, maka saya dinasihati supaya elak diri dari fitnah ini berkembang. Itu sahajalah.
Jadi menantu tok guru sekarang ini akan letak jawatan?
Ya
Bila nak letak tu?
Tarikh itu terserah kepada dia.
Tapi tadi tok guru kata apa yang brelaku fitnah dan bukan kebenaran, jadi kenapa pula disuruh letak jawatan?
Saya lantik menantu saya ini, saya sebut dia menantu, tapi fitnah yang dilempar blogger , surat-surat layang, saya pun terima banyak, untuk jaga nama baik pimpinan Islam, maka saya dengan segala senang hati untuk jaga (elak) fitnah.
Nabi kita pernah sebut kerpada Siti Aisyah, bahawa nabi bercadang nak roboh kaabah yang ada sekarang, nak bina balik supaya sama dengan kaabah zaman nabi Ibrahim, tapi tak jadi nak buat bimbang takut orang Arab yang baru masuk Islam, bawa fitnah dan sebagainya,
Orang lain, blogger nak tuduh itu dia punya pasal la, dia tanggung dosa menyusahkan orang.
Adakah tok guru lepas ini akan rombak juga pengurusan PMBK?
Itu masalah kedua.Masalah sekarang ini menantu saya itu terlalu banyak kecaman dilempar kepadanya oleh orang yang tak bertanggungjawab.
Jadi ini tak ada kena mengena dengan siasatan SPRM?
Siasatan SPRM tu siasatlah. Itu kerja dia. Tapi fitnah itu yang jadi (punca suruh letak jawatan). Nabi kata fitnah ini benda tidur,sesiapa yang gerak dia akan dilaknat Allah, itu pemfitnah punya fasal. tapi (letak jawatan) ini nak jaga kepimpinan parti Islam Semalaysia.
Yang mana satu tuduhan, tulisan itu fitnah?
Terlalu banyak, saya pun terima terlalu banyak surat layang, surat layang tak ada tandatangan, zaman sekarang orang baca dalam internet seluruh dunia.
Masa pelantikan (Arif) tok guru dapat pandangan dari semua pihak ya?
Saya sudah sebut dalam mesyuarat,dan mesyuarat senyap, termasuk YB LA sendiri.
Adakah dalam keadaan sekarang pimpinan PAS Kelantan tak beri sokongan pada tok guru, sebab tak ada pun yang beri kenyataan , bahawa sudah dibincang dalam mesyuarat, bahawa pelantikan (Arif) sudah dapat restu semua pimpinan?
Itu tak payah. Saya tak perlu kenyataan (sokongan) terbuka begitu. Tapi oleh kerana fitnah yang dibuat oleh blogger semua sekali yang semua orang boleh baca.Dan nama baik kepimpinan Islam akan menjadi cacat. (setakat itu sahajalah)
Transkrip penuh sidang media Abdul Ariffahmi
Macam mana pendirian saudara Arif?
Pertama sekali saya ingin nyatakan saya dapat terima keputusan dengan hati yang lapang, dan sedar keputusan dibuat untuk hjaga nama baik kepimpinan dan jaga nama baik Parti Islam Semalaysia, dan juga nama baik kerajaan negeri Kelantan.
Saya juga berterima kasih kepada tuan guru kerana beri kepercayaan kepada saya untuk berada di PMBK selama 8 tahun, dan jawatan terakhir saya sebagai CEO semenjak Syawal, dan saya amat hargai kepercayaannya.
Saya juga pohon sokongan dan dokongan dari semua pimpinan PAS samaada di negeri kelantan, atau di pihak PAS pusat untuk sama-sama berusaha hapuskan tuduhan-tuduhan yang saya sifatkan sebagai fitnah dalam blog tertentu dan saya yakin saya tidak bersalah.
Penerimaan keputusan ini atas sifat jaga jemaah Pas sendiri, dan jaga kerajaan negeri dan jaga nama baik tok guru.
Bila saudara akan lepas jawatan?
Saya akan tengok rekod cuti saya, berapa hari ada, lepas itu saya akan kira, saya akan buat keputusan bila tarikh yang sesuai untuk saya lepaskan jawatan.
Dalam hal ini adakah saudara dinasihat lepas jawatan atau saudara tawar diri untuk lepas jawatan?
Saya hanya menerima arahan, saya seperti biasa saya sentiasa patuh kepada pimpinan, terutama arahan ini, gesaan ini keluar dari mulut tok guru sendiri. Saya sentiasa setia dan patuh pada dia, dan saya terima dengan hati terbuka.
Kenapa saudara tak letak serta merta, bukankah itu lebih baik?
Sebelum ini saya ada merujuk kepada dia, atas desakan yang dibuat ke atas saya, tapi pada masa itu dia minta saya tidak letak jawatan, dan atas asas itu saya teruskan tugas saya sebagai CEO kerana itu arahan dari beliau sendiri untuk teruskan.
Tadi saudara sebut semua fitnah yang dilempar ke atas saudara dalam PMBK dan sebelum ini adalah fitnah, kalau itu fitnah adakah akan ambil sebarang tindakan undang-undang?
Sebenranya beberapa orang peguam sedang kaji semua tuduhan dan saya sedang teliti dan akan dengar nasihat para peguam dan liohat secara teliti, dan pada masa sesuai nanti kita akan lakukan apa yang patut.
Saya nak ulang lagi, apa yang dtulis dalam blog tertentu sebelum ini yang menyatakan saya telah diminta meletak jawatan dan rentetan itu arahan telah dikeluarkan, saya tak terima arahan itu, dan saya telah pergi ke KL merajuk, itu tak betul, saya hanya terima arahan pada hari ini sahaja, dan saya boleh terima keputusan ini dengan dada yang lapang dan insya ALLAH saya akan sentiasa setia, dan sentiasa hormati tok guru sebagai bapa mertua saya dan pemimpin kita semua.
Apa rancangan masa depan?
Itu belum pikir lagi, mungkin berniaga.
Husam Musa Menulis – Oh…, Mingguan Malaysia!
Mingguan Malaysia sekali lagi ‘memandang tinggi’ pada saya dengan berita provokatif muka depan.
Dulu saya diserang bertubi-tubi menjelang Muktamar PAS.
Agenda ‘mematikan’ saya nampaknya belum berakhir.
Hari ini, Utusan cuba berbagai cara menghubungi saya untuk ‘pohon penjelasan’. Semasa Utusan bersiap ‘meletupkan’ berita itu semalam sepatah penjelasan saya tidak diminta.
Beratus sms, kegelisahan begitu ramai orang dan deringan talipon sejak awal pagi adalah bukti ‘berita’ yang sengaja dimasak sebegitu rupa telah mencetuskan kesan negatif yang bukan sedikit.
Saya amat terharu dengan penjelasan segera bos, guru, rakan dan bapa saya – Tok Guru Nik Aziz.
Saya sakit belakang. Jumpa doktor dan doktor minta saya dapatkan rawatan, rehatkan tulang belakang saya dan kurangkan aktiviti. Bila saya nak masuk wad untuk rawatan itu saya boleh tentukan sendiri ikut kelapangan saya, tetapi jangan kurang dari lima hari penuh. Jangan lambat, kata doktor.
Saya maklumkan pada bos saya. Lima hari sebelum raya haji amat sesuai. Tetapi program saya kena tangguh dan mana mesyuarat yang saya ditugaskan wakili Tok Guru kena tukar kepada rakan yang lain.
Apa kata Tok Guru bila saya terus jumpa beliau Khamis lalu?
Jumpa doktor Di Pakar Perdana habis jam 12.30 tengah hari. Jumpa Tok Guru lebih kurang jam 1 sebelum zohor.
“Tak boleh lok (tangguh). Buat (rawat) selalu (segera). Jangan jadi macam ana…”
Saya bercadang masuk hospital hari Isnin. Keluar petang Khamis.
Apa kena mengena sakit belakang saya dengan letak jawatan?
Letak semua pulak tu?
Mana perjuangan saya? Mana parti dan kerajaan yang saya membantu menjayakannya sekian lama? Di hujung jalan kami akan berpisah? Membuka ruang pada lawan menerobos masuk dalam detik yang kritikal ini?
Tok Guru telah cuba dimalukan. Cuba dipinggirkan kerana pendiriannya yang tegas dan hasratnya yang jelas untuk membawa negara kita menuju perubahan.
Saya sebagai murid dan ‘budak’ Tok Guru, mengangkat bendera putih semata-mata kerana Utusan cuba meng-agendakan kami?
Sakit adalah lumrah insan. Letak jawatan tidak boleh diikat dengan satu dua hari di hospital – maka ia bukti Husam letak jawatan.
Kepada teman dan rakan, sahabat dekat dan jauh, saya ucapkan terima kasih atas ingatan anda semua. Ustaz Aziz menalipon pagi hari dari Mekah kerana terbangun dari mimpi, saya hargai erti persahabatan.
Bolehkah media kita diajar erti kredibiliti?
Tanpa menyakiti Utusan, tetapi tulisan Art Harun dalam blognya Articulations, menulis tentang Utusan buat sedikit ‘touch’ untuk tukar gambar payung berlambangkan dacing dengan gambar payung biru tanpa dacing, barangkali cukup untuk kita merasa tertanya-tanya Utusan ini apa..?
Terdapat payung berlambang dacing di belakang pak cik yang ditangkap kerana membunuh isterinya yang minta cerai di Kedah. Gambar yang sama diguna pakai oleh Metro, The Star dan Berita Harian.
Tapi demi maruah BN, Utusan menyiarkan gambar yang diubah seperti di bawah pada berita yang sama, 10 Nov 2009;
Posted by faqir putih at 3:22 AM
pak sheih..kuatkan tawakkal ya. bukanlah kerana peperangan semakin memuncak, bahkan kemenangan semakin dilihat menjadi perkara yang haqq..in very few times. i wish i will alwes understand ur feeling, so then here i’m to support u.
moga dipercepatkan bantuan oleh Allah..dan smg YB Husam akan pulih lantas akan meneruskan perjuangan yg selama ini telah beliau kuasai..amin
tahniah sheih kerna arif fahmi dh kena buang..
psl husam..mmg sepatutnya sheih dgn husam x blh berhubung buat sementara waktu..sbb di masa skrg cakap2 politik mengatakan husam yg mengarahkan sheih mendedahkan kepincangan dlm PMBK..kiranya husam dalang yg sbnrnya…
sy berharap benar YB husam yg akan jd MB kelantan nnt..kerna di berfikiran jauh….
alhamdulillah. TGNA arahkan menantunya lepaskan jawatan..BIJOK sheikh..tq very much.
Ariffahmi akan letak jawatan tetapi belum letak jawatan. Beliau juga mengaku tidak bersalah tetapi sebaliknya difitnah oleh seorang blogger (blog ini le kot).
Beliau akan bincang dengan peguam beliau untuk saman blogger berkenaan (blog ini le kot).
Jika beliau berani saman blogger berkenaan (blog ini le kot), sudah pasti Husam akan terbabit sama.
The battle has just begin. Drama baru bermula.
Bala, balak dan nudin awang akan berterbangan.
TGNA akan dinasihatkan meletak jawatan atas alasan kesihatan. Husam akan jadi MB baru…..
Saya keliru dengan TGNA.
Hari itu TGNA mengatakan menantunya Ariffahmi merupakan pemuda Kelantan yang paling layak dan berkebolehan untuk menjadi CEO PMBK. kemarin TGNA memuji Ariffahmi menantinya kerana banyak menyumbang kepada pembangunan negeri Kelantan. hari ini pula TGNA minta menantunya Ariffahmi meletak jawatan.
Bukan kah ini ciri-ciri Pak Lah iaitu flip-flop- dan flup.
Kalau Ariffahmi mengatakan beliau telah difitnah, bagaimana pula TGNA menyuruh beliau meletak jawatan. persepsi rakyat Kelantan jika Ariffahmi meletak jawatan ialah beliau memang bersalah dan TGNA memang tersilap.
yang pasti…Husam sedang bergembira sakit belakang. Al dengar cherita ada isteri muda di kuala lumpur. Kalau ada, tak salaaaaaaah….ramai pun gitu.
Ariffahmi: Saya juga pohon sokongan dan dokongan dari semua pimpinan PAS samaada di negeri kelantan, atau di pihak PAS pusat untuk sama-sama berusaha hapuskan tuduhan-tuduhan yang saya sifatkan sebagai fitnah dalam blog tertentu dan saya yakin saya tidak bersalah.
My comment: Mr Kickdefella, how to leave Husam alone man?
umno berjaya gunakan kickdefella dgn baik. tahniah
campurtangan ahli tertinggi parti baru tgna akur dgn kehendak mereka tapi nampak pada air muka tgna macam tak setuju benar dgn nasihat mereka…..truth prevails… justice is served….kaum kerabat af bini dia father in law mother too tak tido lena malam ni…serve u right….af is a real wanker! aku amat puas hati……hell yeah!
Demi Husam…Nik Aziz ‘tendang’ menantu
Ekoran tekanan yang semakin memuncak, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akhirnya Isnin tunduk kepada rasa cinta dan kasihnya kepada Datuk Husam Musa apabila membuat keputusan mengarahkan menantunya Abdul Ariffahmi Abdul Rahman meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) berkuatkuasa serta merta. Malah keputusan tersebut dilihat sebagai usaha untuk memulihkan maruahnya yang tercalar kerana dilihat terlalu melindungi menantunya yang pernah disifatkan sebagai orang paling berkelayakan untuk menjadi CEO PMBK. Mengulas keputusan terbaru Nik Aziz itu, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menyifatkan Mursyidul Am PAS itu tidak konsisten. “Dulu semasa melantik Ariffahmi, Nik Aziz guna pelbagai hujah termasuk menyamakan tindakannya dengan beberapa tindakan baginda Rasulullah yang turut melantik ahli keluarga Baginda memegang jawatan. “Malah dalam beberapa isu lain, Nik Aziz sering menggunakan hujah tindakannya adalah sesuai dengan tuntutan Allah dan sama dengan tindakan Nabi Muhammad tetapi kini kenapa Nik Aziz tidak mempertahankan hujahnya itu apabila mengarahkan menantunya meletakkan jawatan,”
Salam alaik,
Memang no problem antara antara sheih dan Husam, cuma cara sheih serang TGNA tu nampaknya bukan menantunya saja yg korup, harap dapat menyedarkan tok guru. Apa pun niat anda, sbg rakyat kami sentiasa ingin tahu perkembangan itu dan harap dgn pendedahan tersebut dapat meningkatkan lagi azam kerajaan dan wakil rakyatnya untuk membela rakyat kerana takut pd PRU13 nanti
Salam….. Hidup kita ni semua umpama roda. Sekali kita berada di atas dan sampai masa kita akan berada di bawah. Kebenaran akan wujud cuma masa yang akan menentukan segalanya. Pengunduran Arif Fahmi merupakan satu pengorbanan kepada politik PAS secara amnya. Jadi pandang positif setiap perkara yang berlaku. Untuk tuan Sheikh, mungkin ini masa kegemilangan anda, masa kejatuhan pasti akan berlaku cuma masa akan menentukan. Semoga kita ambil iktibar atas segala yang berlaku ini sebagai pedoman. Secara jujurnya, orang yang mengenali Arif Fahmi sahaja yang mengetahui impian dan niat beliau dalam memajukan negeri Kelantan khususnya supaya pemerintahan TGNA dilihat sebagai suatu yang boleh dibanggakan rakyat Kelantan. Tapi niat suci beliau dinodai oleh anasir-anasir yang sentiasa mencari kesalahan dan kekurangan beliau. Walhal jika setiap anda disiasat, pasti setiap orang mempunyai kelemahan masing-masing. MUHASABAH LAH diri anda sendiri……..
sheih berjuang sama seperti william the conqurer from Normandy dan mentornya Husam Musa adalah Peter The Great from Russia.
NO REGRET NO SURRENDER !
CONGRATULATIONS
menantu kacang hantu punyer kes… TGHH bawak Dr Haron Din tolong halau hantu dgn jaya-nya
gomo gi la demo…ade cerita panas lagi
Saya juga keliru dengan TGNA saperti Kiasu.TGNa memuji menantunya sebagai orang terbaik dari segi kelulusan,perangai dan banyak menyumbang jasabakti kpd kelate.Harini suruh dia letak jawatan apa yng sebenar berlaku? saya yakin kalau bukan kerana sal;ah laku darisegi kewangan tgna tak suruh AF resign. kalau menantu tgna bulih bahan pitis dan kalu pitis tu tupah ke tgna hukumnya lagu mana tgna?
ahmad norman (23:10:25) :
menantu kacang hantu punyer kes… TGHH bawak Dr Haron Din tolong halau hantu dgn jaya-nya
–>>Komen yang kreatif hehe 🙂
kalo sheih ni tak di pecat…dia nak tulis seme tu lam blog ni tak?
silap menantu tok nik gak pasal main kaso yer dak? kalo dia pandai bodek sheih nih dan jadi oang kuat dia di perbadanan tu, agak2 seme kita tak tau onar dan kudis dalam negeri kelantan tu kan?
seme ni jadi lepas sheih di pecat! btui dak?
macam mana af tu jadi exco pemuda PAS sedangkan dia masih ahli umno macang SEUMUR HIDUP?
siap ada nomo ke ahlian lagi. tapi seme ni kita tahu dan di beritahu oleh sheih lepas dia kene pecat
so seme nya sebab sheih kene pecat
maka itu hendaklah kita sekalian jangan sewenang2 memecat pekeje kita haaa
kan?
husam tu tak laku even dalam parti sendiri..camna di katakan ‘a gift’ to malaysia?
lain la macam tun dr mahathir. Husam tu bukan jenis team work. Nak tunjuk zuhud tak duniawi sampai kete official pun break down apa ke heh? kalo oang dok tunggu dia nak rasmi reban ayam misalnya..tak ke susahkan rakyat? bodoh bebeno gamaknya nak tunjuk humility, tak make sense langsung
husam setakat yes man jek bleh laa. kalo ko ada idea bagus dan husam suka, dia akan sokong dan setia ko. Pendek kato husam tu molek jadi barua jek. Husam yang ajak sheih keje ngan dia dan berhenti jadi balachi UMNO.
masa tun mahathir perintah, berapa ramai yang anti Umno? kasik sokongan 9 out of 10 lagi ada lah masa dia pencen. Lepas tu baru bermula sejarah buruk UMNO lepas si Bodolah tu dan menantu dia perintah. Pun tok nik tak amik ikhtibar..arap idup je lama akai letak kat lutut..ulama apa kejadah nama nya tuh?
yang nak jadi MB kelantan musti anak jati kelantan yang soleh, berjiwa rakyat, tadak kepentingan diri , tadak kaitan dengan kronism nepostism, boleh bekeje dengan istana dan rakyat, wawasan jauh ke depan sambil ingat kuat sejarah lalu
setakat pakai serban, tunggul pun buleh..yer dok?
tu laa kutuk umno ada flip flop dari keturunan oang alim ..Pas pun ada flip flop dari keturunan tok mat bekas mufti kelantan dulu
dulu kata anak menantu dia paling layak , laa ni kata anak menantu dia apa?
mana nak taruk muke tu ajis? kalo kat jepun dah harakiri..kat mesia tu cuma masuk harakah jek kendian selang seli iklan kuat tenaga batin..mana akai nak sihat?
serambi mekah yang penuh NANAH….taubat ler
“Saya balik ke Kelantan untuk menyepak Pak Lah, Pak Lah dah lama rebah kita sama-sama sepak, jadi kalau kontrak saya tidak ditamatkan pun, tak ada sebab saya nak duduk di Kelantan lagi…” 17 Nov 2009
Perjuangankah ini?
Ramai la nak jatuhkan husam musa nih..
Mula2 erdorgan pastu Ulamak professional skrang konspirasi sruh letak jawatan plak..pandai2 la nilai pemimpin PAS mne ade pemimpin PAS mcam Husam, orang nk jatuhkan die stiap penjuru ttapi Allah msih syngkan die dan sentiase menolongnya..
May ALLAH bless HIM
sheih, husam tak balas sms demo sebab dia tak berkenan dengan perangai demo kali gak :p
lucu dan geli hati bila aku baca org oyt huse muse ni permata negara…..baik punya bodek…world clas punya…
buat projek kambing pun xjadi,projek depu tanam di traffic light pasir tumboh jah..gambar depu je ada…tabung kifalah xtahu pah mana,kubur org mati naik lalang dah..duit xleh lagi..mse mula2 nak buat bkn main lg umum dlm masjid..time semaye jumaat seingat aku dgr pasal tabung kifayah ni…..bab balak xsoh duk cerita r..habis licin nye gomo ko huse…..bodyguard sendri kocak ank dara org sapa ngandung..
org lagu ni kata permata negara…..
penyokong2 huse tu,acu oyt gak sumbangan huse ni kpd negara…xleh negara pun ko rakyat kelate pade doh!!!!!
Yeah… leave ABE HUSAM alone.. and also others exco & others “good” people..
BUT dalam hal ini, Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh should already “kabar”! u also should resign Wae Semail!!
“I seconded Nik Aziz’s claimed about Husam which appeared in today’s paper. He is a give by god not just for Kelantanese but for all Malaysian. Let us not forget that.” – JOKE of the year!!!
benggong puak2 ni… sheih buke saye ko Husam lah bodoh… dia PERLI tu !
tapi sheih ni aku detect some little discrepencies lately…several postings back dia mitok maaf kato dia menghilang diri dan ore tok leh contact dia…husam contact pun dia tok jawab…
la ni pulok dia kato husam tok jawab sms dia….
bak kato ore putih… there is more than meet the eyes….
whaever it is Husam is one of our best PAS politicians …his english isn’t too perfect but that’s a minor blemish. kickdefella’s english pun berterabur lana….
This is my first time.. to announce my PENDIRIAN pasal siapa patut jadi MB KELANTAN.. dan saya pasti agak ramai yang tidak bersetuju..
Satu masa dulu (beberapa bulan selepas PRU12) saya pernah bincang hal ini dengan ayah saya dan beliau kini sebagai org tua yang diberi kesempatan oleh Allah SWT melihat arwah Samad Gul terbaring berlumuran darah.. turut bersetuju dengan PANDANGAN saya..
PANDANGAN 1..
Husam akan dinaiktaraf ke jawatan MB untuk tempoh sekejap iaitu sebelum menjelang PRU13 dan akan bertanding kerusi PARLIMEN dan DUN dalam PRU13..
Nik Amar akan terus memegang portfolio pendidikan dan akan dinaiktaraf ke jawatan MB selepas PRU13..
husam akan terus memainkan peranan sebagai penasihat ekonomi kepada negeri kelantan atau dengan kata lain jawatan timbalan exco pembangunan ekonomi…bla..bla akan diwujudkan.
PANDANGAN2..
Nik Amar terus dinaiktaraf ke jawatan MB dengan kedua-dua Husam dan Nik Amar kekal diportfolio sedia ada. Suara dan ketangkasan Husam amat diperlukan untuk berada di PARLIMEN selepas PRU13 untuk membawa suara yang lebih segar. Dan seperti mana diatas, Husam akan terus memberi idea dan sumbangan dalam portfolio yg dijawatnya sekrg ini..
beza antara kedua PANDANGAN adalah cara pelantikan MB…
Saya amat kesal jika kedua-dua Husam & Nik Amar dilaga-lagakan oleh pihak yang tidak mendapat apa yang mereka inginkan dari TGNA… peri pentingnya kedua tokoh ini saling memadu tenaga dan suara adalah kerana ketangkasan keduanya.. mereka berdua akan dapat mempertahankan negeri kelantan utk tempoh yang lebih lama lagi.. mungkin sekurang2nya 2 penggal lagi..
Gandingan Nik Amar dan Husam akan memacu negeri kelantan kesatu arah yang mungkin tidak pernah diimpikan oleh ramai orang.. apa-apa pon, bukannya tokoh lain tidak mampu dan layak.. cuma mereka perlu tepuk dada, istikharah dan gunakan fikrah mereka.
Salam tuan blog, tolong siarkan,
KISAH KEZALIMAN DAN PENYELEWEGAN DI MPKB-BRI , KOTA BHARU, KELANTAN
Salam, Saya mewakili kawan saya, seorang pekerja kelas (“hamba abdi”) kelas bawahan di MPKB-BRI .. Majlis Perbandaran Kota Bharu- Bandaraya Islam”.
Disuruh kerja overtime tapi tanpa gaji..
Sungguh kasihan saya melihat kesengsaraan kawan saya dan keluarganya akibat Penyelewengan pihak atasan (pihak pengurusan) MPKB-BRI…KONONYA SERAMBI MEKAH…BANDARAYA ISLAM.
UNTUK MAKLUMAN PEMBACA, KAWAN SAYA INI TIDAK MISS PANGKAH PAS DAN BUAT KERJA2 BANTU PAS (TANPA UPAH) SEWAKTU SEMUA PILIHANRAYA UMUM/KECIL.
INIKAH MODEL MAJLIS BANDARAYA UNTUK NEGERI PAKATAN RAKYAT ???
Senarai kezaliman MPKB-BRI kepada kami :
1. Kami diarahkan buat kerja lebih masa (OVERTIME) tanpa dibayar gaji. Kami hanya diberi cuti gentian…INI AMATLAH ZALIM DNA KEJAM.
2. Pihak atasan MPKB-BRI pergi melancong “melencong” beramai-ramai ke luar negara seperti Dubai, Belanda, Australia dan lain-lain atas alas an “Lawatan Sambil Belajar”TETAPI TIDAK MAMPU BAYAR GAJI OVERTIME PEKERJA KELAS BAWAHAN MPKB-BRI.. hanya 1 benda sahaja perubahan yang ada di MPKB-BRI.iaitu pensrukturan system jalan raya / aliran trafik di MPKB-BRI.
3. MPKB-BRI SUDAH PAPA KEDANA..BANYAK HARTA MPKB-BRI DIJUAL..MALAHAN BANGUNAN MPKB-BRI SEKARANG ADALAH DISEWA DENGAN PKINK.
Untuk pengetahuan semua, banyak bos-bos besar, ahli –ahli majlis di MPKB-BRI adalah bersikap / berperangai kuk besi ..firaun kecil.
Kami terpaksa guna saluran ini kerana kami sudah tidak PERCAYA kepada Exco yang memegang portfolio MPKB-BRI, ahli-ahli majlis MPKB-BRI , pegawai-pegawai atasan / pengurusan MPKB-BRI
Kami diugut akan dipecat / dianiaya oleh gangster kolar putih MPKB-BRI jika perkara ini ke pihak kerajaan negeri / awam.
Kami nekad akan memangkah UMNO dan menumbangkan PAS di kelantan dalam PRU 13 jika suara rintihan kami ini tidak diambil kesah oleh pihak kerajaan negeri kelantan.
Semoga rintihan kami ini mendapat perhatian Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, selaku Menteri Besar Kelantan, exco dan adun-aduan sekalian.
Bukan untuk tapi,kami mahukan “KEADILAN .. PEMBELAAN”
KAMI HARAP PENTADBIRAN MPKB-BRI DIPANTAU SECARA KETAT DAN KALAU BOLEH ROMBAKAN SECARA BESAR-BESARAN DI MPKB-BRI WAJIB DILAKUKAN OLEH MENTERI BESAR KELANTAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ. KEPADA DATO HUSAM, KAMI HARAP ANDA DAPAT BERTINDAK, WALAU KAMI TAHU INI BUKAN PORTFOLIO ANDA.
KAMI SAYANGKAN PAS PERINTAH NEGERI KAMI,,
KAMI BARU BERANI BERSUARA KERANA MELIHAT ADA SINAR SELEPAS PERGOLAKAN DI PMBK.
KALAU TAK BERTINDAK SEKARANG, NECAYAA PRU 13, PAS TUMBANG DI KELATE,, DAN KAMI LAH YANG AKAN TUMBANGKAN PAS
HARAP DISIARKAN DAN DI AMBIL PERHATIAN.
INSAN KECEWA DENGAN MPKB-BRI
KOTA BAHRU, KELANTAN
Tuan Guru Musyidul Am, Tuan Guru Dato’ Presiden, Pemimpin PAS;
Sukacita ingin ana cadangkan kepada pemimpin atasan PAS supaya menyusun satu kursus intensif berkenaan dengan ‘Media Handling’ oleh para pemimpin PAS.
Dari pemerhatian, ramai dari kalangan pemimpin atasan PAS tidak ‘media savvy’ – pernyataan yang diberikan memakan diri, bercanggah di antara satu sama lain, jawapan atau pernyataan yang diberikan menimbulkan dua atau tiga persoalan baru dan un-PAS-ly.
Pemimpin PAS perlu mendalami ilmu komunikasi ini supaya mereka dapat memberikan ‘killer answer’ to the fielded questions, dan bukannya satu jawapan yang akan melahirkan banyak lagi soalan dan persoalan.
Belanjalah setakat RM25,000 ke RM50,000 untuk kursus seumpama dengan mendapatkan jurulatih/perunding yang baik. Hasilnya amat bermanafaat kerana less ‘lingua lapses’, ‘less ooppsssss’, maka ‘damage control’ yang perlu dilakukan minima. Justerus, lebih masa, tenaga dan sumber dapat difokuskan pada perkara yang lebih aula dan utama.
Ini akan meningkatkan imej dan ke-professionalisme PAS di mata rakyat.
Hanya mereka yang berpura-pura sahaja akan menyangkal bahawa Husam tidak layak untuk menjadi MB. Ya, dia even fit utk jadi MB mana-mana negeri di Malaysia (of course dengan menjadi wakil rakyat DUN).
Memandangkan Kelantan memerlukan seorang ‘ustaz’ dalam saf tertinggi pentadbiran negeri dan parti; maka adalah dicadangkan:
MB/TMB – YB Husam, juga memegang portfolio kewangan dan ekonomi
TMB/MB – YB Nik Amar, juga memegang portfolio pembangunan ilmu dan akhlak (merangkumi dakwah, pendidikan, dan berkenaan)
Pilihan alternatif kepada YB Nik Amar ialah YB Ustaz Mohamad Mustafa.
TGNA dilantik sebagai penasihat kepada kerajaan negeri kelantan bertaraf Exco.
ramai wehh sungguh puak -puak umno dalam niiiii,
umno umno umno umno umno hidup umno!!!!!!!!!!!!
Reinvent whell, ana setuju!
Tak perlu 25 ribu, 10 ribu dah cukup rasanya.
LEAVE THE MB’S POST ALONE, ITS MINE
Anonymous said…
Skrip lakonan Husamdefella:-
Husam 2009: Saya menolak jika dilantik sebagai Menteri Besar kerana ada yang lebih layak walaupun saya pun layak.
Husam 2010: Saya menerima perlantikan sebagai Menteri Besar kerana ini adalah kehendak seluruh rakyat kelantan dan Malaysia.
Kami dah baca skrip mu Husam