Please Do Not Betray My Voters (update)

Islamic Party must hold it’s promise, whether it is written or not, to all Malaysian who have voted them.” – YB Mohd Nasir Mustapha.

Kickdefella had an interesting conversation this morning with YB Mohd. Nasir Mustapha, PAS State Assemblyman for N16 Kubang Rotan in Kedah.

“It is not just the voters but I myself too felt betrayed by this development,” as he relates to me how he had to explain the decisions made by certain quarters in PAS who are abusing PAS to talk to Abdullah Ahmad Badawi for ‘the sake of Malay and Islam’.

YB Mohd Nasir of Kubang Rotan with two representatives from the Non-Muslim community in his constituency

Kubang Rotan has about 39% non-Malay voters and it is obvious from election result that the non-Malays were the one who have given PAS the seat. Details from the election result shows that PAS lost in most of the majority Malay areas within the constituency but managed to quipped UMNO’s Nordin Salleh by a majority of 1,367 thanks to the non Muslim areas which has thrown an unprecedented overwhelming support for PAS.

Mohd. Nasir has been unusually busy for the past few days because the non Muslim has flooded his operation centre demanding an explanation for the continuous remarks by PAS leadership especially Ustaz Nasharuddin Mat Isa defending the Malay Unity Talks and cooperation.

Mohd Nasir also begged certain leaders in PAS to go and take ‘a rest’ so the Party can continue it’s effort to fight for the people and justice for all.

“Not all UMNO members are happy with this talks, only those from Abdullah’s camp are the want who wanted this to succeed, obviously, it is for their political survival, the rest, especially here in Kedah are against it,” Mohd Nasir recalled his conversation with one Dato’ who is also a Division Head in Kedah.

— Original Posting —

 

Sekian lama ahli-ahli PAS berdoa diberikan kemenangan ke atas UMNO demi Islam tetapi sekarang setelah kemenangan diberikan Yang Maha Kuasa di beberapa negeri mengapa harus pemimpin PAS pula bekerjasama dengan UMNO atas alasan kononnya demi Melayu dan Islam?

“PAS cukup menyedari usaha ini yang telah mencetuskan kegelisahan di kalangan kepimpinan Pakatan Rakyat serta kemarahan ahli-ahli dan penyokong Pakatan Rakyat, kami amat sedar mengapa Umno-BN menggunakan taktik ini dalam keadaan mereka tersepit dengan pelbagai krisis kepimpinan dalaman serta berdepan dengan pelbagai kemarahan rakyat dengan isu kenaikan harga minyak dan inflasi,” – Nasharuddin Mat Isa 26 Jun 2008 di Lobi Parlimen.

Dua bulan yang lalu, sebelum kenyataan di atas dibuat, wakil Pemuda UMNO memberitahu saya bahawa Ustaz Nasharuddin, Timbalan Presiden PAS membuat temujanji untuk bertemu dengan Abdullah Ahmad Badawi. Saya meminta seorang rakan dari sebuah akhbar untuk menghubungi Setiausaha Politik Perdana Menteri untuk mengesahkan maklumat itu. Setelah mendapat maklumat daripada Setiausaha Politik Perdana Menteri, wartawan tersebut menghubungi Ustaz Nasha.

Ustaz Nasha ‘Arkitek Perpaduan Melayu’ mendakwa Anwar Ibrahim yang berusaha keras membantu Pembangkang mencapai kemenangan sebagai ditolak oleh orang-orang Melayu dan orang-orang Melayu percaya segala tuduhan seksual ke atas Anwar. Apakah ini alasannya untuk bekerjasama dengan UMNO?

Ustaz Nasha menafikan bahawa ada pertemuan sedemikian dan menafikan bahawa perlu ada pertemuan sedemikian tanpa mengetahui bahawa rakan saya sudah bercakap dengan Setiausaha Politik Perdana Menteri.

Di dalam pertemuan dengan saya, rakan tersebut mengeluh, “kenapa pemimpin PAS sanggup berbohong?” Bagi saya Nasha boleh memberi seribu satu alasan untuk dia tidak bercakap benar tetapi bukankah Yang Berhormat Nasha juga yang menyelar rakan blogger saya kerana menulis apa yang di anggap sebagai ‘half-truth’.

“Ia merupakan suatu dakwaan yang tidak bertanggung jawab, tidak beretika dan berunsur fitnah…” Nasharuddin Mat Isa 26 Jun 2008 di Lobi Parlimen.

Seperti biasalah, Kickdefella akan mempertahankan hak Ustaz Nasharuddin untuk berbohong (tapi tentu Ustaz Nasha bukan kaki bohong) tetapi Kickdefella juga akan mempertahankan hak rakan blogger untuk menulis apa yang Ustaz Nasha kata sebagai “Half-truth”. Sikap Nasha seperti, ‘ana buat tak apa kerana ana buat untuk kepentingan parti, tetapi anta buat tak boleh.’ Apa yang Ustaz Nasha silap ialah, apa yang ‘anta’ itu buat adalah untuk kepentingan para pengundi yang telah mengundi PAS kerana mereka bencikan UMNO. Kerana mereka percaya pemimpin PAS bukan seperti segelintir pemimpin UMNO.

“Kick, ini dah dua kali Ustaz Nasha bohong tau, pertama dulu dia bohong pasal pertemuan dia dengan Tantawi di Singapore, mereka berbincang pasal Islam Hadhari lagi…”

Pemimpin dan Ahli-ahli PAS bukan sahaja disepak terajang dan dipenjara tetapi pernah di bunuh beramai-ramai oleh Kerajaan yang diketuai UMNO, dan sekarang, demi Melayu dan Islam PAS perlu bekerjasama dengan UMNO?

Bagaimanapun, ke-belakang-an ini Nasharuddin Mat Isa, Ahli Parlimen Bachok mempertahankan pertemuan dengan Abdullah Ahmad Badawi dan berkata bahawa pertemuan itu adalah untuk kepentingan Islam dan Melayu. Walaupun sebulan yang lalu dia pernah dipetik oleh Harakahdaily sebagai berkata,

“Saya tidak menafikan ia mungkin suatu strategi untuk mewujudkan kontroversi pada Pakatan Rakyat terutamanya di kalangan penyokong bagi mengalih perhatian rakyat dengan kelemahan kerajaan yang sedia ada,” Nasharuddin Mat Isa 26 Jun 2008 di Lobi Parlimen.

Akibat dari kedegilannya mempertahankan pertemuan yang pernah dinafikannya itu, imej PAS tercalar teruk di kalangan pengundi-pengundi mereka terutama dari kalangan yang bukan Melayu. Ustaz Nasha harus sedar bahawa majoriti undi yang PAS terima dalam PRU 12 datangnya dari pengundi yang bukan ahli-ahli PAS dan separuh dari majoriti itu adalah pengundi-pengundi bukan Melayu dan bukan Islam.

Che’Gu Pa dikatakan sebagai tulang belakang Muzakarah bersama beberapa pemimpin PAS dari Terengganu

Seorang Ahli Parlimen bukan Melayu yang tinggal di Taman Tun memberitahu saya, sekarang ini begitu susah untuk dia membeli Harakah di Taman Tun kerana peniaga-peniaga India disitu sudah tidak lagi menjual Harakah.

Yang peliknya mengapa Ustaz Nasha mahu terus mempertahankan bahawa tidak ada salah bekerjasama dengan UMNO dalam soal Melayu dan Islam kerana yang sudah jelas lagi bersuluh, pertemuan Ustaz Nasha dengan Abdullah adalah pertemuan peribadi dan pertemuan itu dari awal lagi jelas berkisar kepada soalan perkongsian kuasa.

Hampir 100% undi yang UMNO terima di Semenanjung Malaysia adalah undi dari pengundi Melayu. UMNO masih parti terkuat di Parlimen. Ahli-ahli Parlimen Melayu dan Islam masih majoriti di Dewan Rakyat. Jadi apakah logiknya yang kita terdesak sangat untuk bercakap perpaduan Melayu dan Islam?

“It’s a matter of time before Abdullah reveals the detail of the meeting,” kata seorang Ketua Bahagian UMNO kepada saya. “When Abdullah does that, tak tahulah ana-anta you nak sembunyi muka ke mana,” bisiknya lagi. Ketua Bahagian itu berkata bahawa bila gagal usaha untuk menarik PAS ke dalam kerajaan BN, Abdullah akan menukar strategi dan menggunakan intipati perbincangannya dengan Ustaz Nasha bagi menghancurkan ikatan Pakatan Rakyat. ‘Segala yang sensitif’ akan keluar, katanya lagi.

“The best thing for PAS now is to come in open… bagitahu sahaja sebetul sebenar, pertemuan tu kan peribadi dan tak de kaitan langsung dengan keputusan Parti!” Saya hanya mampu mengangguk setuju.

Sekiranya PAS ingin sangat bekerjasama dengan UMNO, apa yang PAS perlu lakukan ialah bekerjasama dengan ahli-ahli UMNO untuk menumbangkan Abdullah. Bekerjasama dengan ahli-ahli UMNO untuk menumbangkan elit-elit UMNO yang sudah begitu banyak menjahanamkan negara.

Hanya kerjasama itu lah sebenar-benarnya kerjasama untuk kepentingan orang Melayu dan Islam dan kerjasama itu sudah tentu untuk kebaikan semua rakyat Malaysia tanpa mengira warna kulit dan tanpa mengira kerpercayaan agama.

PAS harus mulakan kerjasama itu secepat mungkin dengan menghentikan cakap-cakap soal PAS-UMNO tetapi kembali kepada isu sebenar yang membelenggu rakyat Malaysia.

 

Hu Pang Phow, seorang tokoh yang bekerja keras membuka mata masyarakat Cina tentang kejujuran PAS tetapi kini kejujuran itu hampir musnah

Isu yang melibatkan kesempitan hidup akibat polisi-polisi Abdullah yang langsung tidak bijaksana.

Isu yang melibatkan maruah negara tergadai sekalian lama dibawah pemerintahan Abdullah.

Bekerjasamalah dengan ahli-ahli UMNO, ahli-ahli PKR dan DAP untuk menumbangkan Abdullah secepat mungkin sebelum rakyat akan terus menderita dan negara terus mencorot.

Mahfuz, satu-satunya Gentleman di dalam Jawatankuasa Pusat PAS, sanggup memohon maaf walaupun dia tidak bersalah, yang bersalah kepada ahli dan pengundi bila pula mahu meminta maaf?

Di dalam waktu yang sama, PAS perlu memperkukuhkan kerjasama dengan PKR dan DAP supaya negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat dapat melaksanakan polisi-polisi yang baik untuk rakyat. Ini juga sudah tentu ‘satu kerjasama’ dengan ahli-ahli UMNO juga kerana ini dapat membantu mereka untuk lebih bersemangat menumbangkan Abdullah.

Bukankah itu tanggungjawab kita kepada negara ini?

“I run to PAS not to be with Abdullah, I am here to kick him harder! I thought together we can give that fatal overhead-flying-kick that will send the fella down under, forever”Sheih Kickdefella.