(Video Taklimat Media 28/2/08) 

 

Taklimat media hari ini panas dengan persembahan live melalui internet oleh Dato’

Husam bagaimana SPR telah mendaftar anggota Tentera untuk mengundi sebagai Tentera (Undi Pos) dan juga mengundi sebagai orang awam pada hari mengundi kelak.

Husam juga mengedarkan kepada media senarai nombor kad pengenalan tentera-tentera tersebut supaya media boleh menyemak sendiri. Menurut Husam modus operandi SPR dan BN ialah nombor kad pengenalan tentera yang bermula dengan T di daftarkan juga dengan kad pengenalan awam tanpa huruf T dihadapan. Anggota tentera itu kemudiannya dipindahkan ke lokaliti tertentu mengikut kad pengenalan awam dengan menggunakan nama lain.

Didalam taklimat media hari ini juga, Husam mengumumkan bahawa BN telah mungkir janjinya walaupun belum menawan Kelantan. Husam berkata Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri telah berjanji kepada rakyat Kelantan bahawa BN tidak akan balas dendam atau diskriminasi terhadap penyokong PAS.

Bagaimanapun, bermula minggu lepas, kakitangan JQAF yang disyaki pro PAS atau ada hubungkait dengan PAS telah diberi notis pemecatan dengan tempoh 24 jam. Salah seorang mereka ialah adik kepada Dato’

Husam sendiri. Husam juga menjelaskan, laporan polis telah dibuat oleh seorang penyokong PAS di DUN Salor terhadap BN apabila   pekerja kempen BN mengugut surirumah itu supaya menutut segera bilik Gerakan PAS yang dikendalikannya.

Ini menandakan bermulanya Perang Saraf BN yang diumumkan semalam oleh Annuar Musa. Nampaknya perang saraf BN seperti biasa menggunakan elemen menakutkan rakyat.