Dewan Perniagaan Melayu Kelantan semalam mengesahkan bahawa calon BN Bunut Payung yang juga Ketua Pemuda UMNO Kota Bharu, Haji Rosmadi Ismail telah disingkirkan daripada menjadi ahli seumur hidup Dewan tersebut kerana didapati bersalah oleh jawatankuasa DPMK di atas tuduhan penyelewengan, rasuah dan penipuan.

Haji Rosmadi adalah kroni kepada Khairy Jamaluddin, menantu Perdana Menteri dan kerana hubungan itu beliau telah dianugerahkkan projek Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra yang dirasmikan pecah tanahnya oleh Perdana Menteri tahun lalu.

Rosmadi kemudian menjual projek itu kepada Redland dan sebahagian daripada wang keuntungan atas angin itu telah diarahkan oleh Krairy untuk dibahagi-bahagikan kepada semua Ketua-Ketua Pemuda UMNO Bahagian di Kelantan.

Sementara itu, Pak Lah ketika ditanya oleh media-massa semalam berkata dengan nada sinis bahawa dia yakin Kelantan akan jadi milik BN kerana Awang Adek adalah calon yang bersih dan berpengaruh.

Walaupun mengakui bahawa Awang Adek calon yang berpengaruh di dalam UMNO Kelantan, Pak Lah bagaimanapun melantik semula Annuar Musa sebagai Pengarah Kempen Pilihanraya BN Kelantan disebabkan huru-hara yang menimpa BN Kelantan akibat jenteranya lumpuh disebabkan pengurusan dan protes.

Perlantikan semula Annuar Musa itu tanpa diduga oleh Pak Lah mengakibatkan Jentera Peti Undi BN di Kijang dan Parlimen Pengkalan Chepa menutup bilik gerakan mereka. Jelas mereka menolak Annuar Musa kerana menyalahkan Annuar Musa meletak bekas Pengurus Besar Telekom Malaysia di Kelantan, Mustopha Ahmed yang dibuktikan bangkrap.

Mustopha sebelum ini cuba menipu wartawan dengan mengatakan bahawa itu semua tidak benar dan dia tidak bangkrap serta menuduh SPR berlaku tidak adil padanya. Tidak sampai satu jam selepas temubual dengan wartawan, Global Media Channel, agensi PR  yang dilantik oleh PAS Kelantan mengedarkan kepada media massa petisyen bangkrap yang dikeluarkan oleh Mahkamah. 

Adalah dipercayai disebabkan tindakan Global Media Channel itu, Telekom telah menerima arahan dari seseorang menyebabkan Telekom bertindak menggantung talian streamyx dan kesemua talian talipon Global Media Channel. 

Apabila Global Media Channel membuktikan kepada telekom bahawa kesemua akaun mereka tiada tunggakan, Telekom menjadi bingung dan akhirnya terpaksa menamatkan penggantungan.

Sementara itu saya ingin mengesahkan bahawa kereta saya telah ditahan oleh polis dan kini tersadai di Balai Polis Kota Bharu dengan alasan bahawa ‘nombor chasis di ganggu’. Apabila diberitahu bahawa kereta itu baru setahun mendapat kelulusan Puspakom sewaktu proses ‘refinance’ polis tetap berkeras untuk menahan kereta itu bagi tujuan mendapatkan laporan kimia.

Kakitangan Global Media Channel juga diekori dan mengakibatkan tekanan kepada kakitangan dan keluarga mereka. 

 

Sementara itu, Pak Lah mengakui akan berusaha keras menasihatkan calon-calon BN supaya membuang sikap sombong dan bongkak. Apabila media menekan Pak Lah dengan berkata bahawa Awang Adek terkenal di Bachok sebagai seorang yang bongkak, Pak Lah menoleh ke arah Awang Adek dan berjanji akan memperbaikinya.

Sementara itu, cerut yang dihisap oleh Awang Adek disahkan berharga hampir RM500 sebatang dan Awang Adek menghisap 3 batang curut tersebut setiap hari. Awang Adek menghabiskan lebih RM40 ribu sebulan untuk curutnya sahaja. Adakah rakyat Kelantan akan terpaksa menanggung kos curutnya bila dia jadi Menteri Besar kelak?

Awang Adek juga kini tertekan untuk menjelaskan kenapa rumahnya di Bachok dibina oleh sebuah syarikat bernama Rexit. Rumah ini dibina sewaktu Awang Adek berkhidmat di Bank Negara. Rexit pada waktu itu menerima pelbagai kontrak dan tender dari Bank Negara.