Sebahagian daripada 600 ekar tanah yang dimajukan oleh Tauke Cina untuk Akademi Yakin
“Dulu ayah kami bangunkan tanah hutan ni, bila lepas merdeka, ada ancaman komunis, kita lari ke Gua Musang. Bila reda, kita balik semula dan terus bangunkan tanah ni. Sekarang ni, ancaman kerajaan PAS Nik Aziz, kami nak pergi ke mana?”
“Masa komunis, kita lari tapi boleh balik semula. Masa Nik Aziz, dia ambik terus bagi ke Cina… kami tak boleh balik dah ke sini….”, demikian keluhan daripada 5 orang penduduk Kampung Serasa, Kuala Krai kepada saya sewaktu saya dan Agen Johnson melawat ke kampung mereka, semalam.
Agen Johnson dan saya kembali ke Kelantan untuk menyiasat kes rampasan tanah yang dibangunkan oleh penduduk tempatan oleh tauke Cina.
Sewaktu melawat ke tapak tanah bukit yang telah dibersihkan, agen Johnson sempat menyamar sebagai pemburu haram dengan memikul senapang RELAnya dan berbual dengan seorang tauke Cina yang kebetulan berada di tapak itu.
Tauke Budiman bersama rakan ‘barunya’
“Tauke, ini tanah atas nama Mazlan Abdul Ghani, betul ke,” tanya Johnson.
“Tarak tau, ini saya bayar sendiri….” Jawab Tauke yang bercakap dengan pelat Kedah.
“Tauke bayar… bayar sama sapa…” tekan Johnson.
Menurut penduduk-penduduk kampung, tanah tersebut diberi milik kepada Akademi Yakin, sebuah agensi Kerajaan PAS Kelantan. Tetapi tanah itu terus dibangunkan oleh tauke cina dari luar Kelantan.
Ianya dikatakan melibatkan 3 blok dan yang menjadi kontroversi sekarang ialah apabila wakil dari pihak Kerajaan PAS Kelantan telah ‘menjual’ 1,000 ekar tanah itu kepada orang tengah dan kemudiannya diserahkan untuk dibangunkan oleh seorang tauke dari luar Kelantan.
Tauke cina yang ditemui oleh agen Johnson enggan memberitahu namanya, tetapi memberitahu bahawa perjanjian yang dibuat adalah untuk 1,000 ekar tanah. Bagaimanapun setelah wang persabahatan dan wang derma ditunaikan, pihak Kerajaan PAS Kelantan dikatakan gagal menunaikan perjanjian dan hanya mampu memberi 600 ekar tanah. Baki 400 ekar menjadi masalah apabila tanah tersebut telah diterokai oleh penduduk tempatan.
Apabila berurusan dengan wakil dari PAS Kelantan, anda perlu faham istilah-istilah seperti ‘menjual’, ‘persahabatan’ dan ‘derma’. Maksudnya seringkali berbeza dengan maksud sebenar di dalam kamus bahasa Malaysia.
Begitu juga dengan kalimah ‘penerokaan haram’. Seperti yang masih diingat oleh Tok Da Hussin dari Felda Ciku, perkataan penerokaan haram tidak wujud menurut Nik Aziz kerana, “… bumi ini milik Allah…” kata Nik Aziz.
Tok Da Hussin menunjukkan pelan tanah yang sudah disukat dan diserahkan kepada Pejabat Tanah Gua Musang. Siapa yang menjadi pemilik tanah itu? Kisahnya tak ubah harapkan pagar, pagar makan padi.
Tok Da Hussin atau nama penuhnya, Hussin Bin Deraman masih ingat apabila Angkatan Perpaduan Ummah merampas Kelantan dari Barisan Nasional pada tahun 1990, Nik Aziz selaku Menteri Besar PAS datang ke Gua Musang dan memberitahu penduduk-penduduk tanah rancangan di situ “… takda tanah haram di muka bumi ini. Tanah haram hanya dua, satu di Mekah dan satu di Madinah. Tanah lain, kalau bukan reserve hutan, cangkullah. Kalau dah cangkul jadi milik kita doh tanah tu…”.
Sebeum ini sewaktu pemerintahan BN, Kerajaan Negeri melarang keras penduduk mengusahakan tanah Kerajaan, tetapi setelah mendapat lampu hijau dari Nik Aziz, berduyung-duyunglah mereka membuka tanah hutan seawal 1990 an lagi.
Tetapi kini, Kerajaan PAS Kelantan mendakwa mereka ini adalah peneroka haram tanah Kerajaan dan enggan mengiktirafkan hasil titik peluh mereka walaupun mereka sudah menyerahkan pelan sukat tanah dan sesetengahnya sudah juga membayar deposit.
Tanah yang dibangunkan oleh Tok Da Hussin di mukim Relau Gua Musang, telah diserahkan kepada pemilik lain baru-baru ini dengan menggunakan pelan sukat tanah yang dibayar oleh Tok Da Hussin dan peneroka-peneroka lain. Ini menimbulkan kemarahan yang amat sangat terhadap pengikut tegar PAS ini dan rakan-rakannya, sehingga ada rakannya yang juga ahli PAS telah berdiri dan kencing di atas gambar Nik Aziz di persimpangan jalan di berdekatan rumah mereka.
Namun nasib Tok Da Hussin dan rakan-rakannya tidak semalang nasib mereka di Kampung Serasa, Kuala Krai. Ini kerana Tok Da Hussin adalah peneroka Felda dan kebajikan mereka dan keluarga dijaga oleh Felda. Bahkan mereka sudah memperolehi geran tanah bersama Felda. Yang mereka kehilangan ialah tanah terokaan mereka seperti yang dijanjikan oleh Nik Aziz.
Sewaktu Johnson ‘memburu’ bersama dengan tauke cina, saya teruskan perjalanan hingga ke Kampung Serasa yang jaraknya sejauh 50.4 km dari Bandar Gua Musang. Perjalanan saya membawa saya melalui Kampung Toseng dan kemudian melintasi kawasan Ladang Akademi Yakin terus ke perkampungan itu.
Di situ kedatangan saya disambut oleh tuan rumah Encik Zainuddin Mat dan rakan-rakan penerokanya iaitu Encik Mat Nawi Mamat, Abdul Rahman Mamat dan Zainal Azwin.
Bersama 5 peneroka di Kampung Serasa Kuala Krai
Perkampungan itu sudah diduduki sebanyak 4 generasi iaitu semenjak sebelum merdeka lagi. Kampung itu didiami oleh 20 keluarga dan setiap dari mereka telah mengusahakan seluas 10 ekar tanah dengan tanaman getah dan pokok buah-buahan.
Pada tahun 2004 mereka mendapati Kerajaan PAS Kelantan telah membenarkan kayu-kayu balak dipotong dan dikeluarkan dari kawasan tersebut. Kemudiannya mengikut maklumat mereka, tanah itu diserahkan kepada Akademi Yakin pada tahun 2008 sedangkan ada dikalangan peneroka itu sudah membayar deposit sehingga RM4 ribu untuk mendapat pemilikan tanah itu.
Baru-baru ini, dikatakan pihak Kerajaan PAS mahu mengambil 400 ekar tanah lagi dan ini melibatkan tanah yang telah dimajukan oleh mereka tanpa mahu berunding sebarang pampasan. Apabila mereka menemui Yang Berhormat PAS DUN Dabong, apa yang dikatakan hanya, “…tak usah risau…” itu sahaja.
Bagaimanapun semakin hari mereka semakin risau bila mendapati juruukur dan jentolak sudah mula memasuki kawasan yang diusahakan oleh mereka. Apabila rintihan mereka diketengahkan kepada media, Yang Berhormat Timbalan Menteri Besar telah mengadakan lawatan ke kawasan berdekatan pada 17hb Julai lalu. Kesemua penduduk telah keluar untuk mendengar dan berdialog dengan Dato’ TMB itu. Bagaimanapun mereka amat kecewa kerana mereka tidak dilayan dan TMB tidak langsung menyentuh isu berkenaan.
Apa yang jelas, mereka sudah pasti akan kehilangan tanah itu. Cuma mungkin ianya ditangguhkan sehingga pilihanraya umum akan datang.
Penyokong PAS pasti akan mendakwa, dekat Mekah pun tanah rakyat di ambil atau, Kerajaan Barisan Nasional pun buat kerja yang sama. Persoalannya, inikah konsep Negeri Berkebajikan oleh PAS? Jika Kelantan adalah makmal perlaksanaan konsep Negara Berkebajikan oleh PAS, maka yang jelas ‘Kebajikan’ yang dimaksudkan ialah mengamalkan konsep ‘Ali Baba’ yang dulu sinonim dengan perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru. Lebih teruk lagi, di bawah konsep ‘Kebajikan’ ini, penduduk tempatan akan kehilangan segala-galanya. Kebajikan hanya untuk tauke cina yang boleh menderma kepada wakil parti tersebut.
Siapakah wakil parti itu? Apakah yang dikatakan oleh tauke cina itu kepada Agen Johnson? Buat masa ini, hanya Agen Johnson yang tahu.
Bagaimapun Agen Johnson selalunya tidak akan diam lama, cuma mungkin dia agak terganggu dengan penemuan terbaharunya terhadap sebuah kenderaan buatan Mercedes Benz dengan nama model S280 Automatik. Nombor enjinnya 11292230916058 dan nombor casis WDB2200632A18.
Apakah ini akan membuka skandal terbaharu nepotisme di dalam Pejabat Menteri Besar?
Agen Johnson melihat Ladang Rakyat yang dibangunkan oleh rakannya ‘tauke besar’
panas..suhu dah mencanak sampai air-cond bilik menteri besar pun xdapt sejukan.
Kick that fellow..
Bravo sheikh..
Pas jatuh di kelate tahun 1978 dulu ada kaitan dgn perebutan balak & tanah selain faktor perbalahan sesama pemimpin Pas.
Kali ini menjelang PRU ke-13, faktor tanah, balak dan perebutan kekayaan oleh pemimpin Pas negeri pasti membawa kejatuhan yg sama.
dah lama duk atas singgahsana, selalunya membuatkan hati jadi buta dan mata berpinau-pinau tengok duit banyak.
tu la penangan kuasa… x kire parti la ni..
Dah ramai orang melayu mula sedar perjuangan Pas ni kui semakin karut.
Ambo buke ape kick.. Ambo malu jadi Melayu…. Jadi ghapo pulok ambo nak tolong ore Melayu….
Demo lo ni tak supo mulo… Dah berani nak tegor kawe….. Dulu demo sebelah kawe, hari ini dah lawan kawe….
Pendedahan yang memukau…
Teruskan perjuangan sheikh….
Mohon linkkan blog ambo….. http://blogtamingsari.blogspot.com/
mugo dio saing ngn setannnnnnnnnnnnnnn
Bila harta kita dirampas… kenapa tak pertahankan…. Kapak terbang ada… nape tak guna?
Semuanya kerana wang. Tak ada wang, Bersih 2.0 tak jadi. Kita memang bangsa yang mudah lupa. Asyik nak kaya cara senang. Untuk rampas & pegang kuasa, tipu rakyat pula. Memang orang kita ni senang di perdaya oleh kuasa & wang. Patutla kita pernah di jajah oleh 4 bangsa Eropah & dua bangsa Asia, Jepun & Siam. Cuma Siam jajah sebelah Utara saja. China Komunis pun pernah jajah, beberapa hari selepas Jepun menyerah.
Membangun Bersama …………… Fulus
Orang mabuk tuak tak lagu ni cakap.setakat penduduk di kencing apalah sangat.Janji mana undi Pas dapat masuk syurga.kenapa semua rakyat kelantan belum sedar.kalau benci pada umno sekali pun undi ler parti lain.
kesimpulannya, kalau dah berkuasa lama sangat, kecenderungan untuk berlaku penyelewangan adalah sangat tinggi..tak kisah la parti mana pun..UMNO ke PAS ke PKR ke DAP ke..semenanjung ke sabah ke sarawak ke, sama saja..kalau boleh PRU13 nanti harap2 UMNo menang kat Kelantan dan PAS menang kat Perlis atau Kedah..
Meh ramai kita berpakat.
Selagi Pas duk dengan DAP, kita jangan sokong langsung, biar dia jatuh tersungkur di Kelantan dan Kedah.
Aku sebagai orang melayu rasa terhina yang amat sangat bila pemimpin DAP berlagak samsing dengan berkata ” kalau awak berani buat negara islam, langkah mayat saya dulu ” & ” awak nak laksana perundangan islam di negara ini, oh no way man, never for ever ”
Aku heran. Tak kan Nik Aziz dan Hadi Awang tak rasa terhina dan tercabar. Tadak teloq betoi depa 2 orang ni .. pondan kut ?
ini namanya paku dulang paku serpih mengata kerajaan sarawak merampas tanah dia pun lebih.
Supo yah BN ko PAS ko. Kito nok ko Islam . Buleh ko demo nyo kekoh abih. Biar pioh atah palo pung…supo tu lo..
Sabda Rasulullah saw “Tanda-tanda orang munafik ada tiga iaitu, apabila berbicara ia bohong, apabila berjanji ia berkhianat dan apabila dipercaya ia curang” (Bukhori dan Muslim)
Salam Sheikh,
Terima kasih kerana membongkar dan teruskan usaha murni bagi mendedahkan apa yang sebenarnya dalam perut PAS..
Lebih Teruk Daripada KOMUNIS!!!
ambo pun terharu la loni….
waris ambo hok dok alik ulu tu,jadi lagu tu…kalu tak banyak pun,kena jugok sikit….
zaman komunis dulu ada tali barut,tapi zaman loni ada TALI BERUK….
kerana tali beruk ni lah jadi punoh ranoh habis…
katanya waris ambo tu,tali beruk ni siap ajak S.O kononnya nak sukat buat lot untuk orang kampung hok dok rentah tanah tu…rupanya nak cari tanah kosong nak buat LADANG..ladang ape tak tahu lah ambo….
Ada jugok setengah peserta Ladang Rakyat tu,duit kadang2 masuk kadang2 tak masuk…Begapo namo mainan toh??Tidorrrr!!
Penat Doh alik ulu nung…..
bahaya artikel ni syed…TGNA tgh sakit tu…sakit perut katanya…kawe ingat, bila agen johnson dedah sikit lagi kes ni…masuk ICU la TGNA tu…
Tokgaru….
diaorg ada teloq tapi mungkin kurang berfungsi
Sheikh…
demo dedahlah apa saja sekalipun…totok-totok pas akan tetap kato demo penipu….diaorg akan kata… nak percaya sheikh atau nak percaya alim ulamak? mungkin ramai dah biasa dengar soalan camtuh…
salam sheih
orang kecil dan tak kaya memang mudah dipermainkan oleh orang yang kaya dan yang berkuasa.
lebih -lebih lagi zaman ini pengkhianat bangsa berada dimana-mana.
tengoklah nanti tak mustahil orang kecil mungkin akan dipersalahkan.
What can I say about Nik Aziz … in one of his Friday morning lectures …. he says that an iron ship is able to float due to the presence of air in water … HA HA HA … GET REAL … too much nonsense … and it is no strange that people are still listening … because it is rather easy to fool the idiot kinds …
salam…
‘aku waris kan dunia ni kepada orang soleh’
pas cakap Allah waris kan dunia ni kepada ulamak…
kita tak doa kan kepada simati…Ya Allah Kau tempatkan mereka bersama dgn ulamak…tapi kita doa ..Ya Allah Kau tempat kan lah mereka bersama org2 Soleh…
Tafsir Al-quran demi kepentingan Parti..ini lah akibat nya…
Didunia ini hanya ada dua kaum/etnik yang suka melatah, 1) Eskimo dan 2) Melayu.
So orang melayu cukup kuat melatah…………….. jika tidak bersetuju sesama mereka. terkejut beruk.
Tetapi dari kaum lain ….. lebih sudu dari gerpu… Dia tak tahu yang itulah nak telan mereka.
Renungkan lah
Perlu difikirkan
bangsa dan agama akan tergadai suatu masa nanti kerana :
1) nak gula murah.
2) nak minyak murah.
3) emm senang cerita nak semua murah la..
4) tak nak kerajaan sedia ada berkuasa – alasan diorang dah banyak ambik
duit rakyat.. ( tanya sikit… pernah ke kira berapa yang korang bayar pada kerajaan dan berapa korang dapat balik.. subsidi minyak, gas, kemudahan hospital, kos belajar anak- anak dan diri sendiri dan macam2 bantuan kerajaan yang kerajaan dah bagi.)
5) SIKAP HASAD DENGKI SESAMA UMAT ISLAM (yang nie pikir sendiri)
jangan sampai anak cucu sumpah seranah generasi sekarang kerana mudahnya buang segala hak yang ada kerana barang2 asas yang naik sedangkan dalam konon2nya harga barang rokok hisap sekotak sehari gak, kereta bertukar, astro langgan pakej bola lagi, handset bertukar setiap tahun, baju raya tukar setiap tahun, pakai camera DSLR, kereta sport rim… pastu cakap rakyat tertindas… ALLAH BENCI GOLONGAN YG TAK BERSYUKUR…
Siapa yang bayar tuan Syed untuk artikel ni? Geng Bukit Cekati atau geng Rosmah?. Jadi ahli politik kena kencing ke taukey kerana duit, jadi blogger kena kencing ke orang politik kerana duit.;
Untuk himpun duitlah kawasan ulu diberi anugerah, komisen kapalselam sampai 500juta, tender LRT beri kepada yang termahal, maklumlah mana nak bayar rasuah p/raya, mana nak bayar bloggers makan upah lagi, mana nak adakan pogram Permata (bukannya cincin)
Hari ini kita boleh nampak dengan jelas ..
Pas takut dengan DAP sebab Pas duk harap undi cina untuk menang. Yang terhegeh2 nak berkawan dengan DAP adalah Pas .. sebab tu lah DAP buat apa sekali pun Hadi Awang dan Nik Aziz akan backing dengan hadis dan ayat quran.
Silap2 kalau pemimpin Pas hadir dalam majlis anjuran DAP, yang siap dengan lauk pauk pelbagai (yang kita boleh makan dan yang haram kita makan), yang siap dengan pelbagai jenis minuman (yang mabuk dan tak mabuk). Bukan pelik jika ada ulamak Pas yang akan selongkar cari hadis2 dan ayat2 quran yang boleh menghalalkan kejadian itu.
Itu lah feel dan islam cara Pas. Masih tak sedar lagi kah orang2 melayu.
Lagi fasal maruah sebagai seorang ulamak.
Ambiga menjadi ketua kepada Nik Aziz dan Hadi Awang dalam perakarakan Bersih 9 Julai. Nik Aziz seorang ulamak. Hadi Awang juga seorang ulamak.
Siapa Ambiga tu ? Ambiga tu ulamak kah ? Apa agama Ambiga ?
Aku tak boleh bayangkan macam mana ulamak besar dalam islam boleh taat kepada arahan daripada seorang yang bukan islam. Ulamak jenis apa sebenarnya Nik Aziz dan Hadi Awang nih ?
Maruah umat islam jatuh hina sehina2 nya kerana perbuatan orang seperti Nik Aziz dan Hadi Awang ini lah.
Nasib baik Perarakan Bersih 9 Julai tidak di ketuai oleh Padri Besar Kristian Malaysia .. jika tidak maka berlakulah ulamak islam ikut perintah ulamak kristian .. nak kata apa lagi kalau dah Nik Aziz dan Hadi Awang pun turun berarak.
Sahabat seperjuangan. Saya adalah antara bloggers yang bersumpah untuk JIHAD hingga PAS kembali ke liang lahad. Kalau boleh, tolong link-kan blog saya dengan blog tuan. Insya Allah.
http://peopleagainstopposition.blogspot.com/
Tak lama lagi DAP akan bergabung dgn PAS dgn singakatan DAPAS…..itulah yang sebaiknya kepimpinan PAS buat. Dah kena kerat teloq sebab apa sahaja kemahuan DAP, PAS turutkan. Buat apa ada parti lagi ?
Tok guru sudah tidak ada makna lagi , tidak perlu pas terlalu ghairah nak jual nak tok guru , bazar tok guru tidak akan disambut oleh orang umno,
orang umno tidak berminat kesitu, baik tukar nama bazar kota baharu saja!
mung gak sheikh… tok habih-habih nok buat cito pasal tok guru.. mung tau sapo nik aziz tuh?.. TOK GURU nok royak bui.
kalu dale silat, sapo hok paling handal? TOK GURU
kalu dale ilmu agamo, sapo hok paling handal? TOK GURU jugok
tok soh duk lawe la tok guru tu. dio ramai totok. mung gapo ado? tok guru tinggi ilmu agamo, mung stakat reti tulis blog. tok guru tiap tiap taun gi mekoh, mung stakat gi paris jah, tu pong 5 taun skali tok sapa.
Tok Guru ni susah sikit nak ikut, dia asyik .sembahyang hajat aje tapi tak nampak pun hajatnya dianugrah Allah. ini mungkin disebabkan;
1. dia bersekongkol dengan orang2 yang mahu chin peng dan kuncu2nya dibawak balik. kalau kominis dah menerajui negara ini usah nak azan kuat2 nak sebut kita islam pun tak bolih…hilang kepala. MP ipoh barat tu idola dia chin peng.
2. dia sokong sangat si aljiburi (kata mat sabu). Kalu dulu tak pernah dengar gempa di negara ini kini selalu sangat. tunggu lah balasan Ilahi macam balasan bagi kaum Lut. Na’uzubillh..
3.
Nasihat la demo tu g fail kes di mahkamah – pertamo untuk isytihar janji Tok Guru tahun 1990 tu sah (sbb dio bercakap bgi pihak kerajae kelantan maso tuh). kemudie, minta perintah demo ado hak atas tanah tu, bulih mintak kerajae byar pampasan..
Slogan ‘Negara kebajikan’ mmg sedap didengar tapi pemimpin Pas nik aziz mcm firaun yg gilakan kuasa,duit …….
Nik aziz firaun kelantan….
apa yg trbaik kpd org bwh lagu kita nih adalah menuntut hak kita itu saja. tak kira sapa dia atas tu,mu tok guru ka mu tok najib ka mu sapa pong…kita rkyt bila ghoyak hal hak ni dah tak kira Parti, ni ambo nk ghoyak walau ambo Pas pung. Sbb, hak tu gak yg tok guru sndiri ajar. Berani krn bnr bukan krn ada upah. KDfella, terus bersikap yg bnr…tanpa batas parti. memang ambo ni jenih tak suka bela salah walau separti.
kawe sero demo tau lamo dh bendo nie…tp kawe heran bakpo time demo duk dale pas dlu demo xbongkar kes nie…lonie dh benci ko pas abis sumer demo oyp???kawe kenal jgok perangai demo rnow…..jgn ingat ore len xdop mato.
aku penah keja dgn kompeni yang melaksanakan keje2 pemantauan alam sekitar utk projek ladang di kelantann.. hanya sekadar report sahaja.. hakikatnya alam sekitar dikawasan ladang terus terancam.. air sungai semuanya menjadi teh beng…. sepatutnya dikawasan hulu airnya bersih… sedih bila lihat hutan terus ditebang walaupun tertera notis “hutan simpan kekal, penceroboh akan didakwa”…………..
hmmm… sedihnya…
“Ini menimbulkan kemarahan yang amat sangat terhadap pengikut tegar PAS ini dan rakan-rakannya, sehingga ada rakannya yang juga ahli PAS telah berdiri dan kencing di atas gambar Nik Aziz di persimpangan jalan di berdekatan rumah mereka.”
Tak sangka plak dulu masa anak sedara wa belajar kat tadika PAS, balik rumah mengadu cikgu suruh pijak gambar Mahathir sebab orang dacing sesat. Lepas tu tak g dah sebab cikgu tak suka anak orang dacing.
Hari ni gambar N.Ajis kena kencing. Bukan budak tadika tak berakal buat atau diprovok cikgu tapi totok PAS sendiri. Hai marah ke bang! buang masa je sebab tak marah pun dah kena jual.
Wa rasa syeikh lu mesti dah jadi jutawan berganda sekarang sebab kena bayar dedah benda2 macam ni Pinjam sikit nak sedekah kat blogger goreng cite menteri rogol amah bayar saman. Zalim betul dahlah dedah perkara mungkar kena saman plak!
sambung lagi pasal tali beruk tuh…
katanya waris ambo,tali beruk tu siap mintak duit dari orang kampong hok rentah tanah selama kening,katanya nak buat kos perbelanjaan,deposit dan beli borang di pejabat tanoh…keno ko dio….sampai hari ni takdok pung!!
Hok ada,bala Jentera dok membuldozer tanoh tu….pah??lagumano??…YB dok buat begapo??
katanya waris ambo lagi,gi naik turun di P.T.G doh,tapi tok leh buat gapo doh…walhal tanoh tu takdok batu sempade lagi…habis licin doh keno buldozer….janji demo tinggal janji katanya…
laguni ko ore hok pejuang agama katanya,tok soh royak la kalu dah jadi kelabu mata…hok besar bulih cara besar sikit,hok kecik bulih cara kecik,katanya…
sampai ko hari ni dio maroh..
Tok guru zaman sekarang manusia biasa bukannya maksum macam nabi dan ilmu agama pun tak setinggi ulamak dulu. Jadi apa yang dia cakap mungkin ada betulnya dan mungkin banyak salahnya, maklumlah tok guru akhir zaman cakap pun kadang2 merapu, akal tak berapa cerdik buat orang bukan islam makin bingung tentang islam.
Tapi orang bukan islam suka orang macam nie untuk urusan dunia mereka sebab senang nak kelentong. Akhirnya yang rugi orang islam. Dahlah masyarakat islam makin berpecah belah, ekonomi dikuasai oleh orang bukan islam. Itu la nasib orang Melayu yang menjadi majoriti di bumi bertuah ini. Harap Malaysia tak jadi macam Fiji, walaupun masyarakat pribumi di sana adalah majoriti tapi kuasa ekonomi dan politik dikuasai oleh keturunan Hindu, dah la tu berlagak dan menindas kaum pribumi.
Dulu dia kata Mahathir Firaun sbb lama memerintah…lupa agaknya manusia ini. Sheikh lepas ni sheikh gi ke kg Sungai Rual blakang rumah orang Asli nampak jelas tanah mereka diterokai dengan gilo gilo demi pitih dan balak. Masalahnya hasil ambil pembangunan tak buat dan ini lebih zalim drp yang dikatakan zalim umno. Kjaan Persekutuan bina rumah utk oang asli kjaan negeri sapu tanah mereka. Hasil ambik pembangunan dan return utk rakyat tak de.
nik aziz patut undur,, bo lah.. 22 tahun dah.. xpired date dah!!!
Tuan..mana cerita Husam? Saya asyik tertunggu-tunggu cerita panas berkenaan..ada ke takde?Atau nak tunggu dah dekat PRU 13 nanti? Selain Anwar Ibrahim..Husam juga adalah antara orang yang tak boleh dipercayai..adakah spesis mereka sama?
Agen Johnson dr Utara ?
Pas menang pilihan raya 1990 ats dasar menipu rakyat so gaji dan elaun wakil rakyat mereka pn haram apabila depa mkn duit haram sekuat mana amalan mereka pn tdk boleh membuka hati kejln kebenaran apa yg mereka mahu tuntutan nafsu bongkah dan sombong….
Syabas Sheik, bongkarkan segala buruk laku orang2 yg konon nya alim dan warak ni. Orang semua tak betul, dia semua ikut Islam.
Dulu masa sebelum wujud kemudahan asas jalan Gua Musang-Lojing-Kuala Berang,tak nampak pun timbul ladang ladang yang luas,hanya kelompok kecil yang diusahakan oleh rakyat marhaen sahaja…
Tapi bila dah ada kemajuan jalan,walau ceruk rantau jalan kampung mana pun yang boleh diteroka,semakin banyak ladang-ladang ratusan hektar yang diusahakan dan diJVkan oleh syarikat orang luar……
Hanya orang yang terlibat saja yg tahu,yang tertindas dan yang ditindas,yang dapat Derma dah jadi duri dalam daging…Bro Kick kita memang dah tahu lama dah…
Dah Lama Dah!!!
“Lompat parti masuk PKR – Harus, Lompat parti masuk BN – Haram”. YB Nik Abdul Aziz
Boleh pakai ka?
Masuk poket dia terus ‘halal’ @ ‘dibolehkan’. Masuk poket orang lain terus hukum HARAM..
penyelidik antarabangsa (16:19:12)
xkshlah bila sheikh nk bwk berita ni, yg penting benda betul..dr komen ko pun mmg ko yakin dgn tulisan ni kan…skrg mmg DAP ganti PAS, bkn PAS ganti UMNO…sekurang2nya kalau nk ganti, carilah yg lbh baik, bkn yg sepadan atau lg teruk.
Tak payah duk panggil ” tok guru ” la. Panggil Nik Aziz dah ler. Panggil Hadi Awang cukup ler. Tak sesuai depa tu nak pakai gelaran ” tok guru “.
Nak panggil ” tok guru ” macam mana kalau semua yang Umno buat tak betoi belaka. Yang betoi bagi depa 2 orang tu adalah apa saja yang dibuat oleh DAP.
Wakil rakyat DAP baca hadis dan quran lintang pukang .. betoi .. siap dengan hadis lagi sebagai hujah sokongan.
Wakil rakyat DAP masuk surau .. tempat solat pulak tu .. tak tutup aurat .. depa kata betoi .. siap dengan petikan hadis dan ayat quran lagi.
DAP bantah MB Kedah nak tutup pusat judi dalam bulan ramadan .. betoi juga bagi depa .. yang tak betoi Umno yang sokong tindakan MB Kedah.
Baik hangpa sebut ” tok guru ” kepada Karpal Singh dan Lim Kit Siang sebab sejak akhir2 ni kami nampak Nik Aziz dan Hadi Awang macam dah jadi anak murid kepada Karpal Singh dan Lim Kit Siang dah. Sebab apa saja yang Karpal dan Kit Siang kata .. semua betoi belaka .. dan depa berdua ni tak berani nak bantah.
PAS perintah Kelantan 21 tahun tanpa RASUAH !!!!..tidak ada sesiapa pun yg boleh buktikan pemimpin PAS Kelantan terlibat dengan RASUAH..mana ada..SPRM yg pakar dalam bidang RASUAH pun masih belum berjaya membongkar kegiatan RASUAH mereka..
Kalau Brother Kick boleh….ini merupakan satu tamparan kepada SPRM dan sepakan maut kepada PAS…penyokong tegar dan pembela Al Juburi dan DAP laknatullah…
Salam Sheikh,
Tidak sanggup dan tidak rela bumi ini digadaikan atau tergadai kepada bangsa lain yang sememangnya mengambil kesempatan kerana kealpaan Melayu, tamak haloba orang Melayu dan dendam bodoh orang Melayu..
Qoute dr Pak Pandir Jr (17:14:34) :
“PAS perintah Kelantan 21 tahun tanpa RASUAH !!!!..tidak ada sesiapa pun yg boleh buktikan pemimpin PAS Kelantan terlibat dengan RASUAH..mana ada..SPRM yg pakar dalam bidang RASUAH pun masih belum berjaya membongkar kegiatan RASUAH mereka..”
Bro Sheikh,
Sila sahut cabaran “Pak Pandir” ini..?!!
KUALA LUMPUR: Two businessmen and an individual are suing the Kelantan government and the Kota Baru Municipal Council over the ban on gambling in the state enforced in February.
Wong Meng Yit, 47, Lee Khim Haw alias Lee Khim Hwa, 58, and Gan Han Chuan, 44, filed the originating summons at the High Court here through Messrs Sheng Lee Law on June 6.
The summons seeks to declare that under the Federal Constitution, the Kelantan government did not have the powers to prohibit, pass or amend laws related to lottery and gambling activities in the state.
It also stated that these matters were under the exclusive jurisdiction of Parliament.
Lee Kien Han, counsel for the plaintiffs, told reporters case management was set for Aug 17. – Bernama
Sheih, Lee Khim Haw alias Lee Khim Hwa, 58 ialah tuan empunya Kedai buku Syarikat Lee yg disiarkan dalam blog kamu dulu, yg juga empunya 2 lot bangunan disana. Toke kaya judi. Hehehe…
cerita arifpahmi pon dah senyap terus…kata sprm dah selesai dgn siasatan mereka…..lama sangat ni…father in law masuk campur ke?bagi tanah balak pada sprm?
Gitu lah Syed..
Bila Kelate xda air, dia kata Mmekoh xda air jugak,
Bila kata Kelate banyak sampah, dia kata Mmekoh ada sapoh jugak..
Bila Nik Aziz PAS gadai tanah kpd Cina, dia kata Pusat jual tu jual ni, heli, kapal selam, bakun..bla3
Hahaha…
Ssaloh kok ore sokmo nk tutup kemaluan dioorang
Sheikh,
Ambo sokong segala bentuk pendedahan yang dilalukan dengan sengaja dan sewenang oleh pemimpin atau pemerintah ke atas rakyatnya. Lebih-lebih lagi jika ia melibatkan penganiayaan ke atas rakyat dan melibatkan ketirisan wang pembayar cukai.
Sukacita sekiranya Sheikh atau sesiapa saja yang arif (buka dari pihak PR) dapat ‘mensarjanakan’ projek Jambatan Sultan Yahya; siapa yg dpt kontrak, siapa yg dpt sub, berapa kos tambahan, bagaimana dgn jangkaan siap vs progress payment vs LAD, dan apa tindakan JKR ke atas kontraktor yang berkenaan.
Rakyat pembayar cukai dan yang menanggung kesukaran melalui jalan dan jambatan berkenaan berhak mengetahui.
@Mat rempit aku suka la komen ko.. make sense jugak..
Orang Melayu tak sedaq …… dulu mana ada bandar Melayu,, tetapi kini dah ada —— bolehlah bangga sikit.
Marah sangat dgn dasar DEB —– jgn lihat daripada sudut yg sempit penuh hasad.
Kini org Melayu bolehlah berbangga sikit dgn adanya badar majoriti Melayu kerana strategi tersebut.
Contoh
1) Bandar Baru Bangi
2) Shah Alam …….> kalau shoping masih pergi Bandar Sunway (baru
nampak tinggal di Melayu-sia dgn papan tanda dlm BM)
3) Putera Jaya
4) Bandar Muazam Shah
—- boleh tambah
Itulah ….. walaupun tak semua menapati ciri-ciri nafsu serakah sesama kita.
Jgn asyik dok pertikai perkara benda-benda titik bengik.
Kini kaum Tiongha lebih berbanga …
Bandar Baru Kampar dibangun oleh jutawan bekas tauke lombong…. utk menyokong kehadiran UTAR (uni. Tengku Abdul Rahman)..siap dgn grand Kampar Hotel…… tulisan Bahasa Malaysia dah jadi 2nd class… org kita nampak macam diperli secara halus/no respect katakan, itulah saya nampak bila kita lemah… no body longer wish to respect us (Melayu english celup).
Rempit
Pas kata Dap lebih bagus drp UMNO.Betul ke?Apa jasa Dap pd melayu?Pas kata depa tak rasuah.Betul ke?Depa tukarkan istilah rasuah kpd sumbangan atau hadiah.Dulu pas kata negara islam dan sekarang tiada pulak negara islam dalam quran.Dulu Pas kata mahukan ekonomi akhirat tetapi sekarang ramai pemimpin Pas berbangga dengan rumah dan kereta mewah.Pas kata Pkr lebih baik drp Umno.Betul ke?Pas tau ke yg Pkr itu parti serpihan umno dan terbentuknya akibat drp pemecatan nuar drp umno.Kesimpulannya.Pas hanya mahukan kuasa memerintah dan tiada lagi perjuangan Islam serta tunduk dan takut pd Dap.
then pas will say that what they have done is only petty compared to the ‘damage’ that the federal government had done!!
whatever it is, pas is no more striving for Islam!! even the welfare state they preach of is only a dream…meaningless dream!
Saya suka dgn Nik Aziz Firaun Kelantan – Jelas benar
BIla aku tulis hapuskan PAS PIS PUS, korang tak setuju.. ha tengok la sekarang???
Kpd yang pro Pas.
Kami tak nafi Umno ada buat silap. Kami tahu dan kami sedar. Kami juga tak nafi Pas adalah alternatif kepada orang melayu selepas Umno.
Cuma kami mula kurang yakin dengan Pas bila Pas berubah secara tiba2.
Kami masih ingat, dahulu dalam ceramah politik ulamak Pas selalu sebut “haram berpakat dengan orang kafir untuk membentuk kerjaan”. Tak percaya pergi tanyalah kepada golongan warga emas yang masih hidup yang menjadi penyokong Pas.
Pada masa itu Pas bersendirian menentang Perikatan yang di ketuai oleh Umno. Memang pada masa itu Umno bergabung dengan MCA dan MIC untuk berdepan dengan Pas.
Pada masa itu lah ulamak Pas mengatakan “kafir” siapa yang menentang perjuangan Pas untuk menubuhkan “Negara Islam” dan menegakkan hukum Allah “Undang2 Hudud”.
Pada masa itu walau pun kami tidak lah sampai ke tahap mencintai Pas, tapi di sanubari ini tetap ada menyimpan perasaan terhadap Pas.
Kerana apa ? Kerana kami insaf diri kami adalah melayu dan beragama islam, dan kami merasakan Pas bukan orang lain dengan kami, tapi adalah merupakan saudara sebangsa dan seagama.
Tapi hari ini ulamak Pas telah membawa Pas semakin jauh daripada kami. Ulamak Pas telah membina tembok yang mematikan selera kami kepada Pas.
Kpd yang pro Pas
Ikhlas kami ingin bagi tahu kehadiran DAP dalam gerobok yang di diami oleh Pas menyebabkan hati kami tertutup untuk singgah bertanyakan khabar pengguhi dalam gerobok tersebut.
Andai kata Pas tidak menjadikan DAP sebagai teman seperjuangan, insyaalah kami sedikit pun tidak terkilan kiranya Pas membentuk kerjaan di Perlis, Kedah, Kelantan, Trengganu dan Pahang manakala Perak, Selangor, Melaka, Negri Sembilan dan Johor biarlah Umno yang jaga.
Kami yang atas pagar ni, Umno boleh, Pas pun boleh .. tapi PKR tidak sekali2. Tapi dengan kehadiran DAP dalam hidup Pas, sebahagian besar daripada kami mula memandang serong kepada Pas.
Hakikatnya, walau pun kami tidak lah 100% bersetuju dengan Umno, tapi kami tidak ada pilihan melainkan Pas tidak lagi bersama dengan DAP.
Kpd yang pro Pas
Bagi kami yang berada di luar ini, kami nampak DAP langsung tidak menunjukkan rasa hormat apa lagi rasa takut dan gerun kepada Pas.
Bagi kami yang berada di luar ini, kami nampak DAP sangat biadap dan kurang ajar dengan Pas. Menggunakan perkataan “langkah mayat” dan “never” kepada matlamat perjuangan Pas sangat keterlaluan.
Mungkin bagi anda yang sudak mabuk Pas, dah tak nampak lagi apa yang kami nampak.
Beberapa siri kekalahan Pas dalam PRK selepas 2008, dan kekalahan teruk Pas dalam PR Sarawak 2011, nampaknya masih belum cukup untuk menyedarkan Pas bahawa orang melayu sebenarnya menolak kerjasama Pas dengan DAP.
Tak apa, kita tunggulah PRU 13, para pengundi melayu pasti akan menghantar isyarat melalui Kedah dan Kelantan untuk memberitahu kepimpinan Pas bahawa “kami tidak akan menerima Pas selagi Pas bersama dengan DAP”.
Ustaz Azizan mungkin akan terima nasib seperti Hadi Awang semasa jadi MB Trengganu, Nik Aziz mungkin terpaksa pindah keluar dari rumah kerajaan JKR 10.
Semua ini berlaku kerana Pas tersilap memilih kawan .. insyallah, kerana itu lah iltizam kawan2 kami yang tak berparti yang kami temui diserata tempat.
DAP bukan setakat menghina Pas tapi kami yang bukan Pas ini pun turut rasa di hina oleh DAP.
Salam, aku harap semua yang terlibat dalam komplot ini dari akademi yakin, pegawai pejabat tanah sehingga kepada tauke dinamakan supaya kita dapat tahu siapa penghianat2 itu. Bila bersemuka dengan mereka, kita tahu macamana cara nak berurusan dengan sikitol2 moden ini.
Kalu kita tengok sungai kelate dari hulu gua musang ke kuala besar air macan teh tarik. Terima kasih kepada Nik Ajis memberi teh tarik percuma kepada rakyat kelate sepanjang sungai. Pakat minum ramai ramailah ore kelate. Kawe ingat lagi 20 tahun dulu air masih jernih senag nak mandi manda, laanii demo tengok sendiri hasil dari pemberian tanah kepada bangsa asing untuk meratah tanah jadi gondol. Oh kelantan……………..air ku sudah hilang jadi milik bangsa lain. Tanah dah bagi bangsa lain tinggal air kelodak buat rakyat minum. Kalau dibandar kota bharu, wakaf che yeh, kubang kerian bangsa lain begitu ghairah bina bangunan perniagaan, siapa yang bagi tanah dan kelulusan kepada mereka? Inikah pemimpin islam yang hak di banggakan?masi tak sedar lagi hak paku 6 inchi ninnnnnnnnnnnnnnnnn.
Bagi saya Pas adalah sebuah parti,tak lebih dari itu. Saya juga pengundi atas pagar .Pas tak konsisten dengan islam.lepas 2 atau 3 dekad keluar amanat hadi awang, hadi awang sendiri baru sedar istilah negara islam atau perkataan negara islam tak ada dalam quran,sebaliknya negara berkebajikan disebut dalam al quran.Itu baru satu contoh. satu contoh lagi ialah sekarang Pas boleh pulak berkawan dengan DAP,malah tunduk lagi pulak tu.
Pas jadi teruk lagi bila ada ahli parlimen dia dok pertikai serbuan Jais keatas gereja untuk menyelamatkan akidah orang islam, Mat Sabu menyebelahi komunis yang membunuh orang melayu.
Pas dah jadi parti celaka. celaka,celaka…
Bodoh dan celakanya orang Melayu yang mengaku Islam ramai-ramai ni senang sangat dengar cerita-cerita dan buat cerita-cerita yang tak menguntungkan ni. Kalau dah ada bukti buat la police report, tunggu apa lagi. Sekurang-kurangnya boleh disiasat dan adalah usaha nak dedahkan segala bukti. Ni cerita belum tentu, tuduh dulu. Menggalakkan fitnah. Tanggung la dosa jariah yang takde penghujungnye. Rasa2 nye, ada ke bloggers yang nak dapa dosa free? Ke tak free? Wallah hu’alam
lagu ni rupanyo perangai tok guru hok sebenarnyo,aku nak pangkah BN lah pulak PRU13 ni.. nyesa aku sokong pas selama nih….mulai hari nih aku cerai pas talak 3 …….tamat…….
Indobet77 At Cambodia
http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/200-bantah-kerajaan-negeri-1.140285
em….kampung serasa….dulu aku mandi sungai kampung aku nie jernih je air….sekarang air pun dah kotor….kuning macam air teh…ingatkankan sungai jew buat masalah,tpi skarang punca pendapatan kami pula akan hilang,….pokok getah yang ditanm dengan penat lelah kini ditebang begitu sahaja…..tak berhati perut langsung…pokok getah tu lah yang menjadi punca pndapatn pnduduk dsini untuk menyara keluarga … aku ada atas tanah kampung serasa sejak tahun 1998….tak pernah sekalipun kerajaan pas datang menjenguk keadaan kampung kami….jalan kami pun dari thun 90-an sampai ke 2013 ni pun masih jalan tanah….apabila hujan habis lah kami….jalan licin…kami rasa mcam kami ni duduk pada zaman 90-an bukan nya zaman kemajuan iaitu zaman 2013….elektrik tempat kami pun baru shaja diusahakan…ni pun keran usaha kesedar untuk membangunkan kampung-kampung di kelantan…..sebelum 2013 kampung kami hanya guna generator untuk mendapat bekalan elektrik….
hum…memang susah hidup rakyat disini….tpi menteri besar x pernah juga dtang walaupun skali untuk tengok keadaan rakyat di ulu kelantan nie…bukan kami gilakan kemajuan …tpi itu adlah tnggungjawab kerajaan untuk membangunkan negara,….tnggungjawab harus ditunaikan,…ingat jgan hanya pandai berkata-kata dalam agama,tunaikan dlu tnggungjawab sbelum berkata-kata…