Oleh G Manimaran (The Malaysia Insider)
KUALA LUMPUR, 1 Jun – Datuk Paduka Husam Musa tidak pernah mengadakan sebarang pertemuan dengan pemblog Syed Azidi Abdul Aziz atau yang mesra dikenali “Kickdefella” bagi mendapatkan bantuannya berkempen menghadapi pemilihan PAS yang berlangsung sekarang.
Husam, Exco Kerajaan Negeri Kelantan, bertanding semula kerusi naib presiden kali ini.
Sehubungan itu pegawai khas Husam, Kamarulzaman Abdullah berkata, perkembangan terbaru itu terbukti bahawa Umno-BN terkesan dengan kedudukan beliau dan barisan kepimpinan PAS akan datang.
“Isu yang dimainkan adalah permainan Umno-BN untuk menghalang Datuk Husam berada di tangga naib presiden untuk pemilihan kali ini,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Husam, juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan, yang kini berada di Madras, India tidak dapat dihubungi.
Muktamar PAS Kali Ke-57 bermula lusa, dan turut menyaksikan pemilihan dua tahun sekali.
Kamarulzaman berkata, Husam yang berada di China dari 21 hingga 26 Mei lalu mempunyai jadual lawatan kerja rasmi yang ketat dan tidak mengadakan pertemuan dengan Syed Azidi.
“Datuk Husam pergi ke China dan ada membawa dua orang pemberita, jika pun ada pertemuan sedemikian sudah pasti telah disiarkan oleh akhbar-akhbar terbabit,” katanya yang turut menolak dakwaan bahawa Syed Azidi dibayar RM300,000 sebagai upah berkempen kali ini.
Terdahulu dalam komennya kepada The Malaysian Insider, Syed Azidi menegaskan, “belum sampai masa” bagi beliau untuk menjawab dakwaan blog-blog pro-Umno kononnya beliau menerima bayaran dan berkempen untuk Husam.
Syed Azidi berkata, beliau juga tidak mahu memberi kenyataan sehingga ia boleh menjejaskan proses pemilihan parti itu, di mana ia akan memberikan “kelebihan kepada mana-mana calon yang bertanding.”
“Saya rasa bukan masa bagi saya menjawab, tidak perlu untuk saya jawab,” kata beliau kepada The Malaysian Insider tengah hari tadi.
Salah satu blog pro-Umno mendakwa pihaknya ada mendengar kononnya Syed Azidi menerima bayaran sebanyak RM300,000 daripada “orang Husam”.
“Saya cuba juga risik sana sini tapi tiada siapa yang boleh mengesahkannya. Malam tadi perkara berkenaan mula kecoh di Twitter dan Facebook. Kalau dah kecoh, mungkinlah itu semua ada asasnya,” kata blog rbfonline yang turut menyenaraikan lima persoalan bagi Syed Azidi.
Selain Husam, turut bertanding jawatan naib presiden PAS ialah Datuk Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Datuk Mohd Amar Abdullah, Idris Ahmad dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin.
Selain itu, blog tersebut juga bertanya sama ada Syed Azizi ada bertemu dengan Husam di China bagi merancang strategi untuk kemenangan Husam dalam pemilihan PAS.
Syed Azidi pernah berkhidmat di Perbadanan Menteri Besar Kelantan sebagai pegawai perhubungan awam dan dilihat rapat dengan Husam.
Sehubungan itu, beliau pernah membantu Husam dalam menghadapi pemilihan dua tahun lalu sebelum berhenti akhir 2009.
Bagaimanapun Syed Azidi berkata, beliau masih merasakan Husam seorang yang “pemimpin yang istimewa.”
“Saya masih percaya Husam seorang yang istimewa, adalah seorang pemimpin yang istimewa,” katanya.
Saya memang tertunggu2 jawapan rasmi dari Syeikh Kick… xpa, saya tunggu.. kami tunggu…
kesian kat sheih blogger2 umno duk serang dia..siap letak gambar sheih terbalik tu…jawab le sheih…jgn takut…..ke dh kenyang dpt 300k tu haha
RM300.00 ribu..?
byk tu
Mainan orang UMNO? Kesitu pulak. Kenapa tak kaitkan dgn Salahudin, Mahfuz, Idris, Mohd Amar dan Nizar yang jauh ada lebih kepentingan untuk satu dua hari ni?
blog nie dah mcm khidupan rumahtanga je .. rasa cemburu je bergaduh .. rasa benci je cerai .. rasa sayang peluk cium . rasa sedih bila dah tiada dimuka bumi .. hehehe .. ape2 pun .. to all blog .. i know .. kehidupan di alam maya perasaan yg timbul tidak ubah seperti dunia nyata .. perbezaan hanya tidak bersua muka sahaja .. heheheh ..
Papagomo dah hentam ko dlm blog dia. Takkan ko sonyap yo!
Pelik gak… org lain bertanding jawatan tak dituduh, org yang takde kena mengena dituduh, politik-politik, agaknya inilah orang kata dalam politik 1 + 1 = 3
ayo mat yie yg x cerdik..mmg main org umno le sbb yg buat tuduhan kat sheih ni blogger umno..bukan blogger pas…nape le kamu taksub sgt dgn umnongok ni..blogger umno buat onar kamu kata org pas yg buat…lawak sarkis le kamu ni matyie,,,ntah2 otak kamu ni nampak biru jer haha..kesian2 tgk sarkis mcm kamu ni
orang PAS memang kuat menipu tentulah dia kata dia blogger UMNO, apa nak hairan!
kena buasir salahkan UMNO
kena tangkap khalwat dengan bini kawan dalam bilik hotel salahkan UMNO
sendiri tak boleh kawal nafsu macam konek babi balun cipap pelacur, bila videoseks tersebar salahkan UMNO
tak dapat jawab wartawan tanya mana jam omega salahkan UMNO
parti nak kena haram pendaftaran sebab pecat ahli tak ikut perlembagaan parti salahkan UMNO
bangunan nak kena lelong sebab tak bayar sewa salahkan UMNO
berlaku rasuah dalam pemilihan PAS salahkan & kata UMNO buat fitnah
terpaksa jadi parti keldai dalam pakatan haram(PR) pun nak salahkan UMNO
banyak lagi kalau nak sebut, tak larat aku hehehehe
Hairanlah…..kenapa mesti salahkan orang lain..!!Nak jadi pembangkang,jadilah pembangkang yang positif.Isu video seks contohnya…..yang dikecam sangat ialah ‘Datuk Trio’ (dari UMNO) tapi pelakon utamanya tak dipedulikan…takut nanti ramai pula anak muda kita akan jadi ‘pelakon utamanya’ sebab yang disalahkan adalah pengedar ‘sahaja’.Saya rasa kalau Anwar Ibrahim berada dimasjid pada masa itu…masaalah ini tak kan timbul…fikir-fikirkanlah…
apasal kaitkan isu ni ngan umno plak..yang terlibat kick ngan husam..nak kelentong pun agak2 la..mcm org x dak otak nak pikir.
asal masalah dalam pas semua umno yang buat..asyik nak salahkan org lain.
kalau parti macam ni yang memerintah negara…lingkup
mamat…ang yang cerdik…pakai otak la pikir..jgn pakai lutut