Pak Cu Keri berhadapan dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sambil dikelilingi oleh beberapa orang ‘Malaikat’ yang telah berjaya membawa Pak Cu dari pintu neraka ke lobi syurga di Pejabat Menteri Besar Kelantan.
“Ambo dulu Pas, pastu ambo tubik masuk UMNO. Ambo ni Tok Guru, tak juruh. Ambo minum arak, ambo main tino, ambo buwi dadah ke budak-budak….” antara pengakuan yang terhambur dari mulut Pak Cu.
Tok Guru Nik Aziz memandang ke arah Pak Cu yang penuh gaya seorang samseng dan merupakan samseng peliharaan Tan Sri Annuar Musa sebelum ini. Pak Cu adalah lagenda di Kok Lanas. Pengaruhnya di kalangan golongan belia dikatakan kuat sehingga berjaya membantu mencuri undi orang-orang muda dari PAS ke BN.
Perlahan-lahan Tok Guru menggerakkan tangannya ke kepala Pak Cu dan disentuhnya. Sambil tangannya masih di kepala Pak Cu, Tok Guru berkata,
“Tok soh runsing, selagi perjuangan Pak Cu dengan PAS lepas ni, selagi Pak Cu tolong PAS, syurgo doh untuk Pak Cu….” kata Nik Aziz menjaminkan syurga kepada Pak Cu.
Yang belum pasti ialah berapa hektar sisa-sisa balak di Kelantan yang akan tergadai untuk memberikan syurga tersebut. Sama-samalah kita nantikannya.
Pak Cu adalah diantara beberapa aktivis politik yang beruntung kerana sempat menempah tiket ke syurga menaiki roket. Ini kerana ramai aktivis-aktivis yang dari dahulu bersama PAS berbekalkan perjuangan Islam sejati masih lagi menanggung pelbagai hutang piutang dan ada yang sudah berdekad bangkrap tetapi tidak dapat ditebus-tebus lagi. Maklumlah, zaman mereka mula bersama PAS, belum ada roket untuk ke syurga.
Bagaimanapun, tahniahlah kepada mereka yang telah berjaya mencuri Pak Cu seminggu lepas dari Annuar Musa yang sudah tidak lagi dapat meluluskan projek-projek KADA kepada Pak Cu sejak ketiadaan kuasa eksekutif di KADA.
Suka saya menyingkap keluhan seorang ADUN BN Kelantan dua tiga hari lepas kepada saya.
Katanya, “Sheih, baru-baru ni, budak-budak ambo report ke ambo pasal kaji selidik hok demo tu buat, kata demo tu, mac cik pakcik kampung tu semua sayang ke ambo. Semua kata, Tok Wakil kita bagus, tak rajin kita boleh Tok wakil serupo ni…”
“kalau sakit, dia bawak ubat, kalu demam, dia hantar gi hospital, kalau tak dok pitih, dia kira bagi bantuan, kalau anak tak do kerja, dia tolong gi telefon sana sini cari kerja…” Sambung ADUN itu.
“Lepas tu budok ambo tanya, pastu mak cik ngundi sapa? Jawab mak cik pak cik tu semua, kito tetap undi PAS. Budok ambo tanya lagi, pastu ngundi akan datang, mak cik pak cik nak ngundi Tok Wakil hok baik ini la?”
“Tak leh awe wei… mak cik sayang ke Tok Wakil ni, tapi gak mak cik doh tua, pok cik mung tu pun dah tua doh… kita tak leh ngundi Tok Wakil ni, sebab dia dacing…. kalau dia masuk bulan, mak cik mesti doh ngundi dia.”
“Mak cik kata dia bagus, bakpo tok boleh ngundi dia? Budok ambo tanya lagi…” kata ADUN itu.
“Mak cik pok cik nok gi syurga awe….” ADUN itu meniru cara orang kampung itu memberi jawapan kepada pekerja partinya.
Saya hanya mampu tersenyum. Itulah kekuatan pengaruh janji syurga yang dijaja oleh PAS kepada orang-orang Melayu.
Untuk pilihanraya akan datang, sudah tentu, janji syurga PAS akan menjadi lebih kredibel dengan adanya roket DAP. Bagi mak cik dan pak cik di kampung-kampung yang tidak mendapat habuan syurga di dunia seperti yang akan diterima oleh Pak Cu dan beberapa orang-orang kuat UMNO Kelantan yang telah memasuki PAS terdahulu, sudah tentu tiada kereta Harrier atau Mercedes Benz untuk mereka nikmati sebelum hembusan nafas terakhir tetapi setidak-tidaknya, dapatlah mereka bermimpikan roket yang akan membawa mereka meneroka cakerawala sebelum mendarat di Putrajaya.
Satu undi untuk PAS ialah satu undi untuk DAP.
Majoriti masyarakat Cina menolak mengundi MCA, GERAKAN dan lain-lain parti Cina dalam BN kerana bagi mereka parti-parti Cina ini hanya berada di bawah telunjuk UMNO.
Hari ini mereka lebih suka mengundi DAP kerana bagi mereka DAP tidak berada dibawah telunjuk Parti PAS.
Mungkin masanya orang-orang Melayu pula belajar duduk di bawah telunjuk DAP sambil menanti syurga yang dijanjikan Nik Aziz.
Suka saya mengira berapa banyak rumah urut, pusat perjudian dan pusat penjualan arak serta kilang arak yang telah ditutup di Selangor dan Pulau Pinang sejak PAS bersama dengan DAP.
Setahu saya, usaha untuk menyekat arak dijual di kawasan majoriti Melayu dan usaha untuk menyekat orang-orang Melayu bekerja menghidang arak kepada pengunjung-pengunjung pusat hiburan juga telah gagal dilaksanakan di negeri-negeri tersebut. Tidak lain tidak bukan kerana DAP tidak duduk dibawah telunjuk PAS.
Apabila roket yang membawa cita-cita PAS itu mendarat di Putrajaya selepas PRU 13 kelak, saya tetap merasakan Genting Highlands akan terus menjadi pusat perjudian, begitu juga dengan kilang-kilang arak, loteri dan segala bentuk perjudian berlesen juga akan diteruskan.
Jika benar bahawa mengundi PAS akan membawa kita lebih dekat ke syurga, di dalam manifesto PRU akan datang hendaklah dimasukan pembubaran segala bentuk operasi maksiat di Malaysia terutama di negeri-negeri yang majoriti penduduknya adalah orang-orang beragama Islam.
Saya berharap tiada yang akan menjawab, “dekat Mekah pun ada maksiat” sebagai alasan. Saya juga berharap tiada yang menjawab, “maksiat ini semua diwarisi dari zaman UMNO”.
Kalau itulah alasannya, tidak perlulah Pak Cu berjumpa Nik Aziz untuk ke syurga kerana sewaktu bersama Annuar Musa pun beliau boleh mengambil inisiatif sendiri untuk ke syurga. Melainkanlah Pak Cu Keri melihat roket DAP itu umpama buraq yang membawa Rasulullah S.A.W dari Masjidil Haram ke Masjidil Al Aqsa dan ke Hadrathul Qudus.
Tetapi harus kita ingat, sudikah DAP membenarkan kita menggunakan roket itu sebagai Buraq?
Pak Cu hok mso ado dulu wat tubik gambo duk menyandor spek gelap dale keto merz tu ko sheikh, kalu hok tu prangai supo lale tunduk ikut angin, upoh masuk pah bulih la sekeping duo kawase balok lepah ni, tiket pree gi surgo bulih doh nok gapo lagi.
alahai pakcu…kesian..roket yg hendak dinaiki sudah habis gas hidrogen nyer…
Untuk Renungan Umat Melayu Islam : Kau Masuk Gerakan Islam Ingat Kau Dah Hebat?
Oloh la abe weh … dop syurgo bakpo nyo mugo kito parti Isle … anok2 jate kito duk behe dadoh … ubat batok … pil kudo … tu lagu ore mudo … dop leh wat gapo … tapi kito hok tuo wat caro ore tuo … keno dengar gapo tok guru kato …
Bangga sungguh orang tua rambut putih anak Kelate orang Rantau Panjang dok di KL..Orang serba tahu.Serba serbi tahu.Kembang kuncup boleh wat masuk Panglima Hitam ke dalam Pas
Itu roket ke neraka sebab tu percuma, nak naik mesti tunjuk kain pelikat yang dikebas dari UMNO.
takut nanti dalam perjalanan ke syurga tu naik roket, Lim Guan Eng korner sikit, habis jatuh puak-puak PAS masuk dalam neraka.
Nak share sikit dengan bro,what Kelantanese here are saying about their own state.”kelik kelate seronok aje,sejuk,tenang..Sebab duduk bawah pemerintahan tok guru”.Ini member2 sekerja wife saya cakap.Dari pandangan saya keadaannya sejuk dan tenang sebab tak banyak pembangunan dan town2nya remain macam pekan koboi sahaja..
Huhu..penuh sindiran…
Salam,
Saya fikir Sheih patut menulis di akhbar biar ramai lagi yang dapat membaca tulisan saudara. Blog pun memamg ramai yang baca tapi kat M’sia ni internet belum sampai 70% pun penembusan (saya rasa la). Article yang menarik. TQ
dont play God cos you are just another human being like me…we should never decide on who goes to hell or heaven.
Roket pun bukan muat untuk semua orang, sikit je penumpang, yang lain melopong je
Tuan,
Tulisan tuan sungguh mengesankan dan dapat mengambarkan keadaan yg benar2 akan terjadi jika kelak PR memerintah. Sama2 berdoa agar org2 yg taksub melulu hingga tidak lagi dapat membezakan kawan yg ‘Islam’ dan yg ‘kafir harbi’ demi mendapat kuasa ini dibukakan pintu hati mereka untuk kembali ke pangkuan jalan yg benar.
Ada juga beberapa pemimpin PAS yg mulai ‘tersedar’ namun mereka takut kehilangan kedudukan, kuasa lalu ‘kesedaran’ itu mereka didiamkan, nampaknya mereka lebih takut kepada manusia daripada Allah. Cakap berdegar2 nak tutup kilang arak konon, benda2 kecik spt penjualan dan penghidangan arak pun tak boleh nak stop, sekali digertak DAP, bergegar kepala lutut. Mana dia Anwar yg dok bersahabat baik dgn Yusof Qardawi tu?
Kerana PAS lah membuatkan segelintir masyarakat tidak lagi menghormati para ulama kerana PAS telah merosakkan nama ulama, mereka memakaikan ulama dgn jubah politik sempit dan berkepentingan.
Salam Syeikh.
nk suko dgr citor Pak Cu Keri @ Pakdo. masuk PAS sebab xleh tiket suku akhir Piala M’sia.mugo game lain duk blh sokmo, tokleh skali trus balik.supo cisss.haha
hok aloh…ganah belako demo ghoyak…tp ambo setuju apo yg demo kato..
sume ore ada pandange sendighi….
klu betui nk tgk kelantan maju…sama2 kita bangunkan serambi mekah tanpa mengira ideologi….
buleh kot…berehhhhh….
Jange lupo,roket tu untuk DAP jo. Nak dok kat mano, penuh denge cino. Tak tahu TGNA nok tumpe samo…..mungke ado bilik tapi stor lembu pendek jo buak TGNA..
Sheih boleh terus berpropaganda, tapi saya geli bila membaca bab arak, judi dan maksiat tu. Untuk makluman, saya bukan ahli Pas dan bukan Umno totok. Saya boleh menerima apa yang baik dan menolak apa yang tidak baik samada dari Pas maupun Umno. Saya telah menerima dengan baik apa yang dilakukan Pas untuk mengawal kegiatan judi dan penjualan arak di Kelantan. Saya juga menolak kerjasama Pas dengan Dap kerana faham benar matlamat parti tersebut.
Saya harap kerjasama tersebut hanya sebuah ‘ikatan yang longgar’ dan tidak menggadai agama dan bangsa.
Biarpun Tuan Sheih mengatakan jangan ada yang menjawab “maksiat ini semua diwarisi dari Umno” tapi saya tetap mengatakan demikian. Saya faham keadaan di Selangor dan P. Pinang berbeza dengan Kelantan. Untuk menghapuskan judi dan arak yang telah lama berakar umbi di negeri-negeri tersebut memang mustahil tetapi saya percaya sekurang-kurangnya ada hasrat di hati para pemimpin Pas untuk mengawalnya.
Tuan Sheih, selain Selangor dan P. Pinang tolong komenkan juga tentang maksiat di negeri-negeri lain. Toto, magnum, damacai, lumbakuda, kelab-kelab dan loteri. Pusat perjudian ‘video game’, ‘pusat perjudian online” yang dibiar tumbuh bersepah-sepah di merata-rata hingga ke dalam rumah-rumah flat dan
berjaya melahirkan jutaan penagih judi serta memiskinkan ribuan orang Melayu dalam bandar. Kalau di KL ini pula arak turut dijual di ‘kiosk’ bawah rumah flat.
Tidak lupa juga kepada cubaan melesenkan judi bola dan cadangan mengujudkan hub hiburan malam. Paling penting ialah lihat siapa yang terlibat, bangsa mana yang paling ramai beratur pada setiap petang di semua kedai-kedai nombor ekor.
T/kasih.
naik roket nak ke bulan, sebelum naik mata dah lebam……..kikikikikikikikikiki sebelum roket sampai ke bulan, mata pun dah pejam…..aminnnnnnnnnnnnnnnn
Bro,
Tupe tanyo sikit. Kalu dulu masa dlm UMNO Melayu tu, atau mana-mana Melayu, dok bergelumang dgn dosa dan maksiat – jalam-jalan ke neraka. Tapi bila dia berjinak dan masuk Pas, dia berubah sebagai seorang Muslim dan bertaubat – jalan-jalan ke syurga.
Apa maksudnya?
Sheikh, pada anggaran demo lah, yang mana lebih ramai minum arak dan berzina, kalangan pemimpin dan ahli Melayu UMNO ke atau Melayu Pas?
Sheih said: Pada pandangan ikhlas ambo, sebab ambo lebih rapat dengan saing-saing dalam PAS dari UMNO, maka jawapan ambo, memang ada orang PAS yang saya kenal dan lihat suka masuk rumah urut dan berdua-duan di dalam bilik bersama perempuan bukan muhrim dan minum arak tak ada pula yang saya lihat . Ramai atau tidak, itu kena buat kajianlah. Dalam UMNO, memandangkan saya hanya kenal secara luaran sahaja, setakat sepuluh dua puluh yang saya kenal, belum jumpa peminum arak. Penzina lagi lah susah saya nak jawab.
Haiiii… PAS PAS… Masih lagi pakai helah masuk syurga walaupun dah sekongkol dgn DAP?
Abg Sheikh…
Kalu yg tua tu tak leh nak kata gapa doh..hati dah keras kekong, dah tak nampak apa dah hanya nampak ‘syurga’..mungkin zaman muda banyak onar kok. Tapi yg pelik bin ajaib ialah set-set muda yg para cerdik pandai pun serupa dengan set-set tua juga. Bezanya mereka nak ‘syurga dunia’..peluang dalam parti PAS lebih luas berbanding dalam UMNO kerana masih kurang persaingan. Sebab tu di Kelantan yg pandu kereta mewah kebanyakannya pakai kopiah. Ulamak Terompah yg digelar oleh Anuar dulu sekarang rata-rata dah pandu Mercedes, Harrier , Camry..setelah berjaya dalam perniagaan tanpa modal iaitu ‘menjual syurga’ dan balak anugerah tuhan.
Apa-apa pun jawaplah di akhirat kelak sebelum boleh nak masuk syurga Allah…
Premis 1: Jika DSAI tidak terlibat dalam video seks maka Wan Azizah akan tunjukkan jam Omega.
Premis 2: Wan Azizah gagal tunjukkan jam Omega.
Kesimpulan: DSAI terlibat dalam video seks.
NB. Apa punya HIPOKRIT ulama’ PAS dan totok-totok mereka. Sia-sia Kem. Pelajaran hantar belajar sampai UK habiskan wang Rakyat tapi akal benak, hampas. Ada mata buta. Ada telinga pekak. Ada hati mati
adakah DAP di Kelantan
majoriti cina sokong DAP sebagai teraju PR ke Putrajaya
melayu PR setuju
cina bersatu , melayu bercerai roboh
Allah akan pasti menggantikan kepimpinan
dari rasul > khalifah arrasyideen > kesultanan islam > penguasa yg zalim >
dajjal > imam mahdi
adakah Putrajaya akan diduduki oleh “penguasa yg zalim” menggantikan kesultanan islam seperti pernah terjadi di Iraq, Afghanistan, Turki, Mesir, Tunisia dan menjatuhkan pemerintahan beraja kini kepada Republik berperlembagaan Tindakan Demokratik Malaysian Malaysia diterajui Kebangsaan cina???
Realiti kelantan, walaupun macam pekan koboi bagi org luar, tapi entah kenapa rakyat contented.
Kos sara hidup rendah, tiada tol, makanan murah dan sedap, sedated lifestyle, weekend jumaat banyak pengisian agama, tak sibuk nak habiskan duit ke midvalley, pavillion etc.
Rezeki utk rakyat murah ( walaupun negeri miskin ) mcm yg kata ramai melayu sana naik merc, harrier etc. KL or tpt lain ramai cina dok naik. Yang tua2 kt kampung p mekah brapa kali dah, yg kat bandar besar lain, simpan duit tabung haji pun xcukup2 layak lagi nk p.
Mungkin itulah berkatnya negeri kelantan walaupun nampak daif luarannya, penduduknya tenang jiwanya, cukup rezekinya, pengisian jiwa terpelihara.
Apapun, Islam patut bersatu atas nama Islam itu sendiri. Rasulullah tidak ikut dibelakang Abdullah b Ubai, Abu Sufian, tapi mereka yg dibelakang nabi. Bersama salman alfarisi, bilal b rabah.. Bkb atas jenama bangsa tapi agama. Jika bukan sirah dijadikan panduan, dimanakah contoh utk dibuat pedoman.
Nik Aziz bkn nabi, tapi perjuangan PAS patut menjadi dasar penyatuan umat melayu muslim. Umno patut bersama menguatkannya atas dasar melayu muslim, serta muslim amnya.
Lastly sheih, used to have great hope and respect for you bro, even kept the picture of you and husan when u came back kelantan. For reasons thats only known to u for turning back, the changes i see are disappointing. It would’ve been better if u correct the wrong from inside rather than outside, here u are fuelling the enemies of Islam with your writings. Unless the saying goes that if u cant beat them, u join them applies for u.
Wishing u guidance in the choices u make. Keep up the honest reporting, keep out the emotional rantings.
Dulu, dale Harakah ada tulis (tajuk).
Undi Anwar Umpama Tempah Bilik Neraka (lebih kurang)
Loni bila PAS join PKR dan DAP, neraka tu dah tiada dah.
trend cina malaysia menolak MCA Gerakan sebagai “running dog” Umno dan berubah kpd gerakan menyokong DAP menjadikan Melayu sebagai 1. “The Running Dog” dan juga 2.”Guard Dog” kepada cita-cita Malaysian Malaysia berpelembagaan kepada meritokrasi kacukan cina kristian
wa allahu a’lam
Melayu PAS dosa yang paling besar ialah dosa akidah. Memyamatarafkan PAS dengan Islam itu adalah suatu penghinaan pada agama teruatamnya kalangan pimpinan ulamak mereka mengatakan PAS itu Isalam dan Islam itu PAS. Tidak ada agama/persatuan/pertubuhan/kesatuan yang menyamai atau disamatarafkan dengan Islam. Islam sahaja yang diredai Allah dan tinggi darjatnya penganut Islam disisi Allah hingga Allah menjamin syurga kepada mereka. Manakala PAS adalah parti ciptaan manusia yang mempunyai kelemahan dan kedhaifan atas sifatnya sebagai makhluk. Menyempurnakan PAS tanpa cacat cela adalah baik dimata manusia tetapi kufur disisi Allah kerana segala perbuatan dan tindakan makhluk tetap lemah dan berlaku kekurangan sana sini. Menjamin ahli PAS masuk syurga merampas kekuasaan mutlak yang menjadi hak eksklusif Allah yang menentukan syurga neraka manusia berdasarkan ihsan dan redhanya. Jangan kerana taksub berpolitik kita menjadi kufur kerananya. Siapa yang menjamin pimpinan PAS dan ulamaknya masuk syurga ?. Jangan jadi buta iman, hati dan akal kerana nafsu yang melampau dan berbuak-buak itu. Mohon perlindungan Allah jua atas sifat keji yang kita lakukan.
Nama tu silap… Shukori pronouns su kor ri..
Pak cu shukri …Shukri .. Ssssss…kri (yg ni ayahanda pakida kel,yg split) dia pak cu ssss kri selising…
UMNO yang menjadi abang besar dan dominan dlm BN, malah diberi mandat dan kuasa terbesar buat setengah abad kelak lebih banyak di hisab di hari perhitungan dan penyesalan di mahsyar kelak, apa dia telah buat untuk hasanah dunia dan kahirat utk umat melayu. PAS hanya pihak sedang berusaha, UMNO pihak yg sudah berkuasa.
dulu ambo undi pas…..lepah ni ambo akan undi umno bukan sebab sokong umno…tapi sebab bosan doh dgn pas…..jom uboh kelate. oghe pas makin bongkak dan sombong.
1. Blajar ngaji Quran..kalu tak pandai, tok guru marah, pukul dengan rotan..
2. Cepat pandai naca Quran kerana kena acap kena pukul, marah…
3. Di Kelantan paling ramai yg memohon rumah SSPN dan paling banyak yang diluluskan.
4.Sebabtu la…tak sokong UMNO dan BN pun tak apa..
5.Zalim dan berdosakah kalu ikut teknik yg digunakan oleh tok guru tu…dlm perkara mendapatkan undi !!!
Kick, ambo nok betul ungkapan demo hok kata 1 undi untuk PAS bermakno 1 undi untuk DAP. Hok betul, 1 undi untuk PAS, 2-3 lebih undi untuk DAP sebab bila PAS berjaya meraih sokongan orang Melayu Islam menyokong DAP – DAP berjaya ko raih sokongan Cina Kapir menyokong PAS??
PAS menang sorak. Dan terlalu beriman dengan DAP sampai tolak mentah-mentah PERPADUAN sesama Islam.
Ni nak mintok demo ulas pasal perebutan jawatan Timbalan Presiden PAS antara Mat Sabu dengan Nasharudin & kesannya. Pak Haji MSO pun nampoknya terlalu ketara menjulang Nasha malah lekuk kedua-dua Mat Sabu & Haji Hadi.
Kot mano pung, demo still rock!
Ana, bukan nak sokong UMNO atau PAS, Ana ni pejuang PAS semenjak 1978, lagi, ana kempen PAS dari rumah ke rumah, sewaktu itu Hj. Bidin taukeh balak jadi calon PAS, kawasan ana, sampai Kuala Balah anak naik bukit turun bukit, kempen untuk PAS, Berbekal pitih sendiri. Masa itu PAS masih Islam sejati iideologinya bersih , jauh sekali untuk berpakat dengan DAP,dan tidak masuk ketik tubik ketik dan tanpa konsultansi dari Anwar Ibrahim. Masa tu Nik Aziz belum boleh berbicara dengan Allah Taala untuk meletakkan seseorang itu, ahli syurga, atau neraka, atau Allah taala sudah ampunkan dosa mu malam tadi. Walaupun mu berzina tetapi kerana kamu kekal dengan perjuangan ini maka Allah ampunkan dosamu. Inilah hok ana takleh nak terima. Nik Aziz ni, dengan Tok-tok guru lain, takdok lebihnya sikit habok pun, dia bukan wali, bukan nabi. Bakponya dok meerok, dok taksub sangat. Dia Kencing, berak, bini beranak, nak keharta supa orang lain jugak. Hak ana takleh terima dia tu politiknya lebih tinggi dari ugama. Walaupun kebenaran terbentang diatas sejadah, tetapi jenis Nik Aziz ni, ambik kain buruk tutup, kalu kdebenaran itu terkena atas rakan kongsinya, seperti ANWAR, Kebenaranapa lagi yang Nik Aziz mahu. Kalau Nik Aziz masih bergayut pada Anwar, maka bukan sahaja Nik Aziz, tetapi dengan PAS sekali akan karam dan akan diseret kelubang yang tak sepatutnya Nik Aziz masuk. Politik dan berpolitik jangan sampai setara ni. Kalu salah, kalu kalah, terimalah, baru orang yang salah ada rasa nak betullkan kesalahannya, ni jadi macam keristian, buat dosa, kemudian minta Nik Aziz sucikan bukan Anwar seorang, Eli Wong pun jumpa Nik Aziz selepas berzina Minta disucikan dari dosa. Tok Wakil PAS selisingpun sama jumpa Nik Aziz. Budak-budak baru lahir bawa gi jumpa Nik Aziz ” belah mulut” potong jambul , ccukur, semacam padri baptis budak-budak. Amalan sucikan dosa dan baptist melular kepada Islam, setelah sekian lama PAS berjuang, akhirnya tersasar begitu jauh, saya ingin bertanya setelah adanya roket naik kebulan, mampukah roket yang sama membawa kita semua kesyurga. Atau kita semua hanya dijadikkan bahanapi roket dalam menuju destinasi impiannya. Wallahuaklam.
Salam.
Koi rasa banyak tak kena dengan kaedah pelaporan dan provokasi yang dilakukan, jauh menyimpang.
Jika PAS/PKR tidak peduli apa Ketua Ulama’ UMNO kata, kenapa UMNO perlu dengar pada Nik Aziz akan siapa atau kualiti muslim yg macamana yg akan masuk syurga. Pedulikan dia, sebaliknya rujuklah nas, kitab-kitab dan ulama’ muktabar akan siapa atau kualiti muslim yg macamana yang merupakan calun-calun ke syurga, dan calun-calun ke neraka.
Koi pun tak pasti apakah perkara atau punca-punca yg boleh membatalkan syahadah seseorang muslim, perkara ini ama jarang dibincangkan di media arus perdana sedangkan itulah asas seseorang untuk melayakan dia bergelar muslim.
Kebobrokan semakin terserlah di mana usaha untuk mengelirukan golongan jahil dan marhaen semakin dipertingktkan.
Tunggukah Laknat Allah ke atas golongan melayu munafik yang mengaku Islam tapi langsung tiada mengamalkan suruhan Allah sepertimana di dalam Al Quran
statement nik aziz menuduh anwar dalam video sex sah2 tak dapat masuk syurga…ok la tok guru mmg anwar ibrahim bukan pelaku dalam video seks tu..so i boleh masuk syurga la ye…hahahahaha wtf ….
Cerdiknya PAS di kelantan dibawah pimpinan Nik aziz ialah dengan memberi gambaran kebencian kepada sekeping kertas sahaja.Kertas atau logo DACING barisan nasional di masukkan perasaan kebencian kesetiap minda orang kampung.Kalau tengok kertas dacing bewarna biru itu logo masuk neraka.
Jadi,sebenarnya PAS adalah perosak minda melayu secara murah.Melayu di kampung tidak diberi penjelasan yang total tentang politik Negara..
bagi saya,ini adalah strategy politik untuk memenangi hati rakyat secara senang dan inilah penipuan didunia yang ketara..
Insyaallah,kalau dibenarkan menumpang ROKET DAP,Melayu yg mengundi PAS akan kesyurga…
Kita doakan.
Doktrin yang ditanam apa saja dari PAS itu baik dan balasan syurga… dan apa saja dari UMNO tu buruk serta balasan Neraka.. sudah lama PAS terapkan dan berjaya. Mengusai manusia melalui fikiran dan fahaman ni… serta ditambah dengan janji-janji hok tak nampak dialam nyata…. adalah sangat mudah.. terutama dikeluarkan oleh sesaorang yang telah dibina imej kemuliaan seorang Tok Guru…. sangat mudah untuk mempengaruhi orang.
Lama kelamaan fahaman syurga untuk PAS….. akan memadamkan hukum syariat keatas perbuatan haram sesaorang.
Sekarang ni… bukan saja bukti kata2 sudah di tolak…. video yang jelas gambar individu itu sendiri ditolak dan dinafikan…
Kesimpulannya…janganlah kita bersekongkol dengan KAFIR HARBI …marilah bersatu semua orang melayu atas dasar persaudaraan Islam
Sheih,
Sajer nak tanyer…kenapa KB Cyber Plaza mati. Masa di lancarkan dulu bukan main org berebut nak sewa situ tapi skarang dh mati tmpt tuh. Sedangkan KBMall yg ada di sebelah dier hidup & maju. Krajaan negeri tak der inisiatif ke nak majukan KB Cyber Plaza? Hidup segan mati tak mau. Krjaan negeri kata tak ada peruntukan nak wat umh kos rendah pada rakyat, sedangkan Plaza tu kosong tak berpenghuni, elok kasi rkyat miskin duduk jer drpd dibiarkan kosong. KB Cyber Plaza…Satu lagi projek kjaan negeri yg gagal…
Harap dapat komen sheih…
suatu ketiko di kg sg batu, chetok…ambo tgh guling smbil baca mjlah gila2..ayoh ambo duk tgok berito RTM..tibo2 sampai shabat lamo ayoh ambo(seore ustaz skoloh agama) mari hata kad jmputan kawin..atas mejo bacaan ayoh sayo ado bndera dacing..dengan pnuh yakin shabat lamo ayoh ambo tu royak..”…emmm takdok apo doh la mu ni..akhirat nanti gak bawok guni kosong la..amal ibadat allah x terimo doh sebab undi dacing..”…memandangkan ambi kecik lg maso tu, ambo x pehe apo maksud dio..lo ni ambo pehe sapo PAS sebenarnya…ayoh ambo mantain jah dgn UMNO dri mulo sapa lo ni….pristiwa berlaku 14 thn yg lalu….
Aku dulu cukup minat dgn nickaziz.. Smp aku undi pakatan di selangor.. Walaupun dulu aku tahu nuar tu memang menjuburi.. Tapi nickaziz sudah dhati aku undi juga pakatan.. Tapi PRU 13 tak akan ku undi pakatan lagi sebab org pas dah mula nyayok.. Ikut nick aku.. Kt selangor berebut tanah.. Bini kwn pun main kongsi2.. Taubat aku dah
sheikh,
5 Beta 1987 tis typical pas follower who just thinks simply by becoming a pas member has enable them to belittle others who’re not in their path! i wonder what he would think of those muslim brothers who found Islam out of their own will & not because of pas. has pas been able to convert some or any of dap followers so far? dap is just using pas as their tools to gain political power. nothing more …
if becoming a pas member is liking to being repented but then after a while talks like he owns the heaven, who is not paving the road to heaven, then? Allahuakbar!
bro,
i’ve been here for the past 26 yrs. what your wife’s friend being saying is what i’m experiencing at my working place. those who came back to work in kelantan from other states started by saying so,so & it’s just a figure of speech la bro! yet a few who have seen the good of other people in other states can compare the condition to the attitude of kelantanese in terms of cleanliness, hard work & honesty. these are hard to come by in kelantan!
what struck me more is the foul language we can hear every day till i feel that many kelantanese are so used to swearing & bad-mouthing each other every day! ‘menate beghok, , bengong, gilo, ngok, gong’ & many more 4-letter words which they love to say to each other to claim their closeness but worse mentioned when they quarrel! even a small child as young as 3,4 years swearing ‘nate’ to their colleagues while palying! omg!!!! btw, is this very Islamic?
Salam,
Nik Ajis merapu kembali! Skang dah kluar fatwa selagi x jilat kaki Si Anugerah Tuhan, xkan dapat masuk syurga. Dahlah perangai skang dah mcm paderi boleh mengampunkan dosa-dosa org Islam dan menentukan siapa masuk syurga atau neraka. Agak-agaknya Nik Ajis sendiri dah jilat kaki Si Anugerah Tuhan dulu tak?
Ini lah masalahnya apabila merasa diri sendiri suci akibat dipuji dan disucikan oleh pengikut-pengikut.
yang pastinya PAS adalah PENGKHINAT bangsa Melayu. Kerana PAS lah Melayu berpecah. PAS lah yang menyebabkan bangsa Melayu menjadi bangsa “MINORITI” dinegara ini. Orang Melayu hendaklah sanggup mulai hari ini, terima realiti bahawa orang Melayu akan hilang kuasa. Orang Melayu akan hilang segala hak-hak keistimewaan yang termaktub didalam perlembagaan. Islam akan dihapuskan secara beransor-ansor dan akan digantikan dengan agama kafir laknatullah. ORANG MELAYU AKAN HILANG SEGALANYA. Dan percayalah, satu hari nanti orang Melayu akan menjadi PEMINTA SEDEKAH dinegaranya sendiri……………angkara PAS.
Setuju sgt ambo dgn pandangan Pak Pandir Jr. Hak tua tua hati dah kerah kekong dah..tak nampok gapo dah ..cuma bule bule bule..sapo kata balik Kelate sejuk tenang tu semua bua belako..la ni panah cheng..semoga Allah menyelamat bangsa ku dari dari ore2 yg mcm Pak Chu Kerik..ni.
bilo doh jatuh lagu nu..
niat tok sheikh hanya Allah sajo tahu. beci setaro mano.. saye staro mano.. hanya Allah jugak hok tahu.. sayo buleh baco jah hok tok sheikh tulih, nok neloh lebih2 hanya Allah sajo tahu, syurga Allah sebuk, nerako pun Allah sebuk, lagu mano nok masok syurga Allah aja, lagu mano buleh g nerako pun Allah oyak, ikut panduan DIA sajolah, ingat ko syurga geteklah bilo wat gapo2.. igt ko nerako getek bilo oyak gapo2.. sepicing langkoh skalipun ado markah, inikan pulo bendo hok meme termaktub wojib, niat kito, Allah & kito sajo tahu. serupo jugok niat tok sheikh selepas tragedi PMBK, bezonyo gayo cerito, awok2 ni buleh neloh gitu2 jah, hok lebih seroh pado Allah, DIO jah hok tahu setaro mano.. ikut tok sheikh lah
Dgn macam2 penyelewengan, kesesatan yg diajar oleh si Nicky Ajis, Melayu/Islam cukup hairan klu masih ada org yg memangkah PAS/PR pd PRU-13 nnti! Moga Allah membuka mata hati mereka sblm terlambat ya’ni, sblm M’sia berjaya diperintah oleh golongan kafir harbi DAP/Komunis+PKR/Sosialis…Wallahualam!
Sekarang pun dah ramai Melayu menjadi peminta sedekah. Pas dan Umno kedua-duanya tidak boleh diharapkan untuk membela Melayu. Dah banyak kepentingan Melayu tergadai.
… tiada pula tekanan atau komen pencacai marhaen ke atas UMNO yg bersatu dengan MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain parti bukan Melayu?
… harus bersatu dengan UMNO? Kenapa tidak Melayu yang menyokong UMNO berhijrah dan bersatu di bawah PAS yang ternyata [lebih] jelas dan tuntas sebagai gerakan Islam yang [lebih] muqarrab?
… media dan propaganda tidak meniupkan semangat bersatu padu dengan berpegang pada tali Allah (Islam) sebagaimana tuntutan al Quran dan nas, dan bukannya di atas wadah politik sekularisme UMNO?
syeh….tak sangka kamu pun bermentality lebih kurang AJK cawangan umno…buat propaganda kurang bijak macam ni…
syeh….kamu ingat rakyat kelantan yg undi pas sebodoh itu ke..? rata-rata mereka dah lama faham…isu syurga neraka ni bukan pas yg reka….ia mainan umno…
UMNO yg kata ”Pas jual syurga neraka dalam politik”…. sebenar nya pas hanya beri ingatan…..cara nak ke syurga…dan cara mengelak neraka….Takkan prinsip semudah ini pun kamu tak faham syeh…?
Syeh…kamu ingat 21 tahun kelantan ditadbir Pas sebab pengundi di kelantan percayakan syurga itu dari Pas ke…? come on la syeh….jangan jadi sebangang barua-barua Umno lain….
nik aziz pun selalu sebut….kalau kuat sokong pas…tapi jenis tak sembahyang….neraka jugak sudahnya……nik aziz selalu sebut….kalau nak kempen Pas….boleh aje….tapi seeloknya…kempen sikit-sikit ala kadar sudah laa…….sebaliknya kata nik aziz…..kena lebihkan kempen utk ISLAM…supaya rakyat faham keindahan Islam….
rakyat kelantan cerdik….masalah utama UMNO ialah apabila menganggap MELAYU itu agama…..sket-sket Melayu….sket-sket Melayu…Islam entah ke mana…….sebab tu ramai rakyat Kelantan yg paham agama…meluat, menyampah dan jijik dengan UMNO….
syeh….kalo nak propaganda sekalipun…biarlah bijak sket….biar cara oang educated…..jangan sampai org kata….kamu tak lebih sekadar seperti balaci-balaci murahan Umno lain yg cari makan menulis dalam Utusan dan Berita Harian….
Salam Sheikh,
Inilah realiti pandangan orang Melayu Kelantan yang tidak berfikir panjang tetapi bulat-bulat terpengaruh dengan janji syurga oleh Nik Aziz yang juga manusia biasa. Begitu mudah mahukan syurga sedangkan hidup bergelumang dengan kemungkaran dan maksiat, amal ibadat dilalaikan.
Di Kelantan kini kaum cina sudah berpandangan ke arah DAP, kerana bagi mereka DAP bakal merealisasikan impian mereka memartabatkan kaum cina di Malaysia malah kaum cina di Kelantan banyak telah menganut Kristian, gereja diwujudkan di segenap taman perumahan dan rumah kedai..agaknya hampir menyamai bilangan surau dan musalla di Kota Bharu.
Mungkin bagi Nik Aziz tidak memberi apa impaks, yang penting orang melayu Kelantan nak syurga..nanti kita lihat janji syurga wujud atau tidak selepas DAP bersama PR ambil alih memerintah..
Teringin ambil tahu berapa banyak orang Islam terdiri bangsa Cina dan India serta bangsa lain di Malaysia? Berapa ramai orang Cina dan India di Kelantan memeluk Islam sejak PAS memerintah Kelantan jika benar mereka sukakan cara pemerintahan PAS ???? Fikirlah sendiri hajat dan impian mereka ini sejak dari dahulu lagi.. Jangan Melayu hilang hak kerana taksub dan alpa dek syurga yang dijanjikan Nik Aziz sedangkan Nik Aziz jua manusia biasa.
Mati hidup mati hidup mati hidup berkali2pun ramai pentaksub nik ajis pas tak akan undi umno……….AMACAM SHEH????? Kakitangan gomen tu…………..
A reminder to all Melayus and Muslims who truelly loves their race, their religion and our ‘Tanah Melayu’ (now Malaysia but if we are not careful, soon it will be Cinasia). Beware of the DAP, parti ‘talam dua muka’. Just be careful. Jangan Melayu sekali-kali alpa dan lalai. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Renung mata anak-anak anda iaitu pewaris negara ini dan insaflah. Don’t say that I didn’t warned you. TQ.
..puak mana yg sanggup jadi ‘running dog’ @ ‘guard dog’ kepada DAP..sehingga sanggup kata ‘undi DAP serupa juga undi PAS’..jadi kalau undi DAP boleh masuk syurga ke ??? …kerana ada ‘dog dog’ ni la maka DAP sekarang dah naik toncang..
Kick..
Acu risik detail fasal air kelantan..
Berita penyelia logi kata berlaku berebut kuasa tertinggi dale AKSB,
rakyat jadi mangsa.
Pas kelantan nak tambah bilangan penerima habuan ladang rakyat kepada 18,000 orang bermakna setiap DUN akan ujud 400 penerima , penerima ini adalah jentera pas yang akan menjadi benteng yang akan mempertahankan panji-panji pas dibumi kelantan, Apakah JKKKP yang dilantik BN berupaya berhadapan tentera muhajid pas ini , sama-samalah kita lihat tektik dan startegi masing . Selama ini hj sobri & pak cu keri adalah bahan kejian pas sebagai najis dalam UMNO , segala-galanya sudah suci apabila bersama pas,
tidak heran jika pas pula menerima nasib sebagaimana Umno 1990 & 2000 lalu?
kesian tgk sheih ni melalak..sheih jeles sbb dia duk dlm PMBK dulu dia x dpt kwsn balak haha.puas duk melobi x dpt jgk…sbb tu dia merajuk buat u turn tu..haha..ayo sheih kamu nak tipu org kampung boleh le sheih…org cerdik2 tau sape kamu sbnrnya…dri dulu lg org dh musykil psl kamu ni..sbb tu rmi org marah kat husam sbb amik kamu ni..org mcm kamu ni elok benar jd barua politik murahan…
kesian tgk jambuputih yg buat sejarah hahaha…pi masuk sekolah balik tu blajar sejarah…
SEORANG AHLI JEMAAH MASJID KAMPUNGKU, DENGAN PENUH PILU, MINTA SUMBANGAN KERANA NAK GI HANTR ANAK LAPOR DIRI DI MATRIK MELAKA. KAMPUNGKU TERLETAK DEKAT BANDAR BARU KUBANG KERIAN.
AHLI PERLI MENKU SALEHUDIN AYUB (PAS) DAN ADUNKU MOHAMAD MUSTAPA (PKR). BEGINILAH SITUASI NEGERI SERAMBI MEKAHKU, PEMIMPIN NAIK HARRIER, RAKYAT SESAK PAPA KEDANA. AMBIL BALAK, PAHTU JUAL TANAH PADA TOKEH CINA.
Mr Syeikh..
Saya naka komen ckit menengai Bob Lokman.. walaupun melihat Syeikh xambil port isu nih, cuma saya rasa wajar juga saya share info nih ngan tuan Syeikh..
Berkenaan Bob Lokman nih, ini komen saya..
Lebih awal sedikit dari Bob Lokman, wujud lagi rakan seperjuangan beliau dalam dunia hiburan ini yang dah bertaubat.. Beliau yang saya maksudkan ialah saudara Syam Kamikaze.. Bezanya taubat mereka ini ialah :
1) Syam tidak announce dia bertaubat, kerana Islam tak minta kita announce dan promote kita dah bertaubat.. Bob berbeza..
2) Syam dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang tidak islamic.. Tidak seperti Bob Lokman atau Akhil Hai Rawa, mereka berdua nih dari keluarga berteraskan agama..
3) Syam selepas bertaubat terus mendalami agama.. Bob, Akhil, Radzi Melisa bertaubat mendalami PAS..
4) Syam selepas bertaubat terus berada dalam bidang hiburan, cuma bidang itu diasimilasikan dengan Islam berdasarkan kemampuan dirinya.. Bob pula meninggalkan bidang itu dan menghentamnya dan salahkan bidang itu…
5) Syam bertaubat mencari ulama’.. Bob bertaubat mencari ahli politik..
Ini video Syam dan komentarnya tentang taubatnya..
http://www.facebook.com/video/video.php?v=1592227944435&comments
Ini video yang sama di Youtube.. tapi Syam punya part bermula pada minit yang ke 1:16:00
Lebih baik dari BOB (bagi saya), Syam bertaubat mencari pandauan hidup dari ualma’ tersohor Malaysia, Dr Asri Zainul Abidin, Bekas Mufti Perlis..
Saya harap Mr Syeikh dan bloger len boleh highlight video ini di blog masing2.. Terima kasih..
Semoga Allah rahmati Mr Syeikh.. Allah rahmati umat Malaysia.. Allah rahmati kita semua.. assalamualaikum..
jambu jgn la nk fanatik melayu sgt…sy pn org melayu…cuba pk melayu mane yg dh perintah negara selama 50 tahun…so melayu mane yang betanggungjawab sebenarnye….jgn la nak takut2 sgt islam tu akan dihapuskan…anda tidak yakin dgn allah? masyaallah…aduila melayu2…
apa ada dengan melayu?
kickdefella.wordpress.com is cool, bookmarked!
unlock lg
Saya sentiasa membaca tulisan Sheih dari mula saya mengenali internet. Saya sering mengingatkan diri saya untuk membacanya dengan hati terbuka kerana setiap kita menulis dengan niat tersendiri. Apapun saya sering mengingatkan diri saya, setiap apa yang kita buat pasti akan dipersoalkan diakhirat nanti. Saya tidak gembira apabila tuan memberitahu semua orang betapa jahatnya Pak Cu selama ini, walaupun secara tidak langsung. Sesiapa yang pernah buat kesalahan, bertaubat nasuha.. InsyaAllah segala dosanya akan diampunkan. Tentang siapa yang pengkhianat bangsa dan agama… Fikirkan dengan teliti. DAP baru 3 tahun menguasai Pulau Pinang tetapi mengapa ramai penuduknya berasa selesa dengan LGE? Salah kita sendiri. Mengapa orang Melayu ramai menyokong PR? Salah kita sendiri. UMNO selama ini memang tidak pernah mementingkan orang Melayu. Hampir semua keistimewaan orang Melayu telah dibuang oleh UMNO seperti biasiswa, kouta masuk universiti, ekuiti dalam syarikat dan pelbagai lagi. Yang paling akhir ialah subsidi untuk rakyat. Salahkan kami mendapat harga murah untuk minyak kerana negara ini pengeluar minyak? Jangan perbodohkan rakyat lagi. Buktikan BN lebih baik dari PR jika mahu terus berkuasa.
nilai dulu diri sendiri…cerdik sangat ko, pandai sangat ko, alim sangat ko…dok caci maki hamun ore tu dosa belako…tuhan tak ampun selamana tuan badan tak maaf…tunggu la…
dengar2 nanti pru13 nanti pas akan mainkan isu royalti…ceramah2 akan disentuh hal royal…ore2 kampung akan dibakar hatinya supaya benci kpd BN…kena keja kuat la wehhh kalu nak rampas Klate dari pas gakk…Kecek sajo dok jadi kijo…
Menarik bila ore kato sejuk, tenang bila balik kelate. Tapi sebenarnya, hok kato ni ore luar/kelate hok lamo dok balik. bila balik teringat masa kecik-kecik, sebab banyok hak dok berubah, mace tu jugok dari dulu. dok maju-maju. Ce dia tunggu masih cuti rayo, peeeh jale sesak ngan kereta sapa dok leh gerak. masa tu hok sejuk jadi panas gelegok, bakpo tak dok buat jale besa-besa lepah lama dok merentah.
kepada kickdefella, saya tarik balik komen saya pada 19 mei 2011 jam 14:52:10 atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan.
Wahai kalian
kata tok guru Pas dan kata nik aziz. “sokong perjuang Pas bererti sokong perjuangan islam. sokong islam masuk syurga. undi Pas ertinya menyokong perjuangan islam, dan ganjarannya tentulah syurga”
aku ni tak berapa rajin sembahyang. kadang2 buat kadang2 tidak. memang tak nampak syurga lah. agaknya kalau aku undi dan sokong Pas dalam PRU 13 nanti, tentu peluang aku untuk masuk syurga adalah lebih cerah….. itu merupakan jalan pintas untuk ke syurga… moh kita pakat ramai2 undi Pas…. dan gerenti kita akan ramai2 pakat masuk syurga belaka…. biar penuh sesak syurga dengan orang2 yang sokong Pas.
tapi apa hal dengan Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh… tak kan kita nak tinggalkan mereka kepanasan di luar pintu syurga… sedangkan mereka telah meminjamkan roket kepada kita untuk mempercepatkan perjalanan kita ke syurga.
kalau anda seorang yang menyokong Pas. jangan lupa fikirkan nasib saudara seperjuangan kita yang tiga orang itu sama…. LKS, LGE dan KS… mereka juga ada hak untuk bersama kita…. tapi kalau dengan syufaat daripada Nik Aziz bukan mustahil mereka LKS, LGE dan KS akan bersama dengan kita.
wallahualam.
20 memerintah kelantan, selama itu lah kerajaan Pas asyik nak salahkan UMNO.
Kerajaan negeri duk politik siang dam malam, sampai lupa mereka ni adalah kerajaan. kalau dapat memerintah 20 tahun lagi, mereka juga akan salahkan BN kalau kelantan terus miskin…
Roket hanya untuk DAP……yang lain melePAS…
Yang keluarkan kenyataan undi PAS masuk syurga ialah ahli PAS….tapi tetap salahkan UMNO…
Inilah masaalahnya kalau politik dicampur aduk dengan agama…..
Agama adalah pegangan hidup….bukannya politik.