Update 12:15 pm

The Malaysia Insider, The Star Online and Malaysiakini mengesahkan tayangan video tersebut. Dilaporkan bahawa wakil daripada Harakah juga dijemput untuk menyaksikan video tersebut. Rakaman video tersebut dikatakan berkualiti tinggi sepanjang 21 minit memaparkan 17 minit adegan seks.

Beberapa bulan yang lalu, Wan Azizah Ismail, mendakwa Anwar Ibrahim sebagai anugerah Allah kepada Malaysia. Hari ini, individu yang memiliki video ini mendesak Anwar dan isterinya meletak jawatan dan tinggalkan politik.

Original posting

Pagi ini video sepanjang 10 minit telah ditayangkan kepada sekumpulan penonton terpilih. Video itu merupakan adegan seks di antara seorang individu Islam terkenal dengan seorang wanita berketurunan cina. Berita mengenai jemputan untuk menonton tayangan video tersebut mula bocor pada tengah malam tadi. Namun adalah dimaklumkan lokasi tayangan hanya dimaklumkan di saat akhir pagi ini.

Tayangan itu berlangsung jam 9 pagi hari ini disebuah lokasi mewah di ibu kota. Sehingga kini tidak diketahui siapakah yang menganjurkan tayangan tersebut dan siapakah perempuan berketurunan cina tersebut.

Blog ini akan melaporkan lebih lanjut berhubung video tersebut di dalam masa terdekat.

Menurut sumber yang dijemput menonton video itu, lelaki yang dirakam melakukan hubungan seks itu adalah Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim dan lokasi hubungan seks dilakukan ialah di sebuah SPA. Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang terkenal dengan imej waraknya dan pernah mengetuai Angkatan Belia Islam Malaysia sedang berdepan dengan tuduhan meliwat buat kali kedua.

Sewaktu beliau dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998, terdapat pelbagai dakwaan berhubung aktiviti tidak bermoral beliau yang turut melibatkan mengadakan hubungan seks dengan beberapa wanita dan lelaki. Anwar juga didakwa melakukan hubungan seks dengan isteri bekas pegawai khasnya. Bagaimanapun, Anwar menafikan semua pertuduhan tersebut.