Benarkah Pemangkuan Masih Wujud Dan Sultan Masih Tidak Boleh Memerintah? Satu Pemahaman Mudah Perundangan
Sheih
Posted on March 24, 2010
Update
Petang semalam saya dimaklumkan bahawa, YBM Dato’ Seri Utama Raja Tengku Abdul Aziz Tengku Hamzah, Pengerusi Majlis Perajaan Negeri dititah mengadap Kebawah Duli Tuanku. Bersaksikan Mufti Negeri Kelantan dan beberapa pihak lain, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra telah menitahkan agar pemangkuan fungsi Sultan oleh anakandanya Tengku Muhammad Faris Petra ditamatkan serta merta.
Tengku Abdul Aziz kemudian telah menghubungi Tengku Muhammad Faris bagi memaklumkan hal tersebut. Kemudiannya Tuanku sendiri telah bertitah kepada anakanda Baginda dan Tengku Faris diminta mengadap Ayahandanya selewat-lewatnya petang ini.
Pada petang kelmarin juga, Pengelola Istana Halim Hamad telah memanggil satu sidang media dan membaca apa yang dikatakan kenyataan media dari YTM Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Faris Petra. Kenyataan itu dikeluarkan oleh Bernama menjelang senja.
Antara lain kenyataan itu mengatakan bahawa Tuanku masih gering dan Tengku Muhammad Faris masih Pemangku Raja. Pengelola Istana membaca kenyataan ini walaupun selepas Tuanku sudah bertitah bahawa pemangkuan telah tamat.
Hari ini, Dato’ Wan Hashim, Setiausaha Sulit KDYMM Al Sultan Kelantan, di dalam sidang media di Istana Mahkota Kubang Kerian di mana Al Sultan Kelantan bersemayam, membaca kenyataan bertulis yang antara lain menyebut sebab-sebab mengapa Tengku Mahkota ditamatkan dari pemangkuan fungsi Sultan.
Sejurus selepas membaca kenyataan bertulis itu, Setiausaha Sulit Tuanku mengumumkan bahawa Tuanku turut bertitah bahawa YBM Dato’ Seri Utama Raja Tengku Abdul Aziz telah dilantik sebagai Pemangku Raja yang baru.
Kepada Allah kita berserah semoga apa yang berlaku hari ini adalah penamat kepada satu polemik yang membingungkan rakyat bukannya satu permulaan kepada krisis undang-undang tubuh negeri yang akan berlarutan hingga ke Mahkamah.
Semoga Kelantan tidak akan mempunyai 2 Pemangku Raja dan 2 Tengku Mahkota.
Posting Asal
Saya setuju dengan kekanda blogger Mohd Sayuti Omar yang menggesa supaya ‘Semua Pihak Perlu Kembali Kepada Perlembagaan Tubuh Negeri’.
Tetapi saya hanya dapat bersetuju dengan tajuknya sahaja kerana kandungan postingnya menyeleweng daripada Undang-Undang Perlembagaan Tuboh-Kerajaan Kelantan.
Artikel 1 undang-undang tubuh Negeri Kelantan mengatakan “… the Laws of The Constitution of Kelantan shall be read subject to Federal Constitution”.
Raja-Raja Melayu sudah bersetuju menerima Perlembagaan Persekutuan sebagai ‘the supreme law’ dan jika ada sebarang percanggahan di antara Perlembagaan Negeri, undang-undang atau enakmen yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan maka ia dengan sendirinya terbatal.
Bolehkan Sultan Diturunkan Dari Tahta
Di dalam Undang-Undang Pelembagaan Tuboh-Kerajaan Kelantan tidak ada satu artikel, atau peruntukan yang membenarkan seorang Sultan digugurkan tahta melainkan dengan kehendak dan kerelaan Tuanku Al Sultan sendiri.
Artikel 23 (1) menyebut antara lain, ‘Seorang Sultan tidak boleh berada di luar negeri untuk tempoh lebih 12 bulan berterusan dan sekiranya ini berlaku, pengganti harus di pilih sejajar dengan peruntukan perlembagaan melainkan Majlis Perajaan Negeri mendapati ianya mempunyai alasan dan sebab yang kukuh dan boleh diterima’.
Artikel 23 (3) pula menyebut (1) tidak boleh digunapakai sekiranya beradanya Tuanku diluar negeri adalah kerana dilantik sebagai Yang Di Pertuan Agung.
Artikel 24 (1) pula menyebut, ‘Sultan boleh secara sukarela mengosongkan dan turun dari tahtanya yang bererti menyerahkan segala hak dan kuasanya.
Tiada sebarang peruntukan yang membenarkan KDYMM Sultan diturunkan dari tahta tanpa kerelaannya. Sebaliknya Perlembagaan Persekutuan mempertahankan hak Raja-Raja Melayu dan undang-undang Malaysia mengenakan hukuman berat kepada sebarang usaha untuk menurunkan Yang DiPertuan Agung, Raja-Raja Melayu dan Yang DiPertua Negeri dari tahtanya.
Sebarang usaha menurunkan Sultan menerusi proses undang-undang iaitu menerusi Pindaan Undang-Undang Perlembagaan Tuboh-Kerajaan di dalam Dewan Negeri, jika dilakukan akan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan akan terbatal.
Bagaimana sekiranya Sultan itu hilang upaya fizikal dan mental?
Tiada sebarang peruntukan di dalam Undang-Undang Perlembagaan Tuboh-Kerajaan yang menyebut bahawa seorang Sultan perlu atau boleh diturunkan dari tahta sekiranya Baginda mengalami sebarang kecacatan kekal, hilang keupayaan fizikal atau mental atau lumpuh sepenuh badan atau sebagainya.
Sebaliknya ada peruntukan yang membolehkan seorang pewaris Sultan tidak diangkat sebagai Sultan sekiranya Majlis Perajaan Negeri mendapati pewaris Sultan itu tidak sesuai diangkat kerana antara lain masalah fizikalnya dan lain-lain sebab yang tidak dibenarkan melalui Hukum Syarak.
Artikel 8 (2) antara lain menyebut Majlis Perajaan boleh menolak waris tersebut sekiranya, ‘…the council shall consider him to have some great and serious defect derogatory to the quality of a sovereign such as infirmity, blindness, dumbness or possessing some base qualities on account of which he would not be permitted by Hukum Shara’ to become Sovereign Ruler’.
Antara lain ini bererti Undang-Undang Tubuh Negeri melindungi seorang Sultan daripada didiskriminasikan dari terus menduduki tahtanya setelah perlantikannya sebagai Sultan disahkan oleh Majlis Perajaan Negeri.
Oleh yang demikian, dari sudut Undang-Undang Negeri, tiada pihak boleh mempertikaikan kesahihan KDYMM Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra adalah Al Sultan dan Yang Di Pertua Negeri Kelantan Darulnaim dan semua jajahan naungannya. Sebarang masalah kesihatan yang mengakibatkan Kebawah Duli Tuanku gering tidak boleh dari segi perundangan dijadikan pertikaian atas persemayaman Tuanku di tahtanya.
Majlis Perajaan Negeri
Sejak konflik istana Kelantan tercetus, kita sering mendengar sebutan Majlis Perajaan Negeri atau di dalam Bahasa Inggeris di panggil sebagai The Council of Succession of Kelantan.
Pentingnya Majlis Perajaan Negeri boleh dilihat dari segi kedudukannya di dalam Undang-Undang Perlembagaan Tuboh Negeri. Majlis ini mendahului lain-lain kerabat DiRaja di dalam undang-undang tubuh negeri.
Ini kerana Artikel 6 menyebut antara lain ‘tiada siapa boleh ditabalkan sebagai Sultan melainkan telah terlebih dahulu perlantikannya disahkan oleh Majlis Perajaan Negeri’.
Oleh yang demikian, ianya adalah satu Majlis yang amat penting dalam sistem Raja Berpelembagaan di peringkat negeri.
Ahli-ahli Majlis Perajaan Negeri adalah mengikut undang-undang tubuh terdiri daripada,
- Presiden
- Timbalan Presiden
Setiausaha Kerajaan negeri adalah menjadi Setiausaha Majlis Perajaan Negeri.
Ahli-ahli lain ialah 4 orang Kerabat D’Raja dan tidak kurang dari empat dan tidak lebih dari lapan orang yang hendaklah berketurunan Melayu dan rakyat kepada Sultan di negeri berkenaan.
Ahli Majlis Perajaan yang disebut diatas hendaklah dilantik oleh KDYMM Al Sultan sendiri dan bukan oleh pihak lain.
Peranan Majlis Perajaan Negeri adalah mengesahkan Sultan yang baru sebaik sahaja setelah kemangkatan Sultan sebelumnya. Artikel 11 (1) menyebut, ‘No decision of the Council of Succession shall be valid and binding unless at least two-thirds of the members present and voting shall agree thereto’.
Pemangkuan Raja
Artikel 22A (1) menjelaskan peruntukan-peruntukan yang membolehkan pemangkuan diwujudkan di dalam negeri, iaitu sebab-sebabnya,
a) ‘If the Sovereign shall have occasion to be absent from the State for more than thirty days; or
b) ‘If the Sovereign shall be incapacitated from attending to the affairs of the state; or
c) ‘If the Sovereign is elected to the office, or exercise the functions, of the Yang di-Pertuan Agong for a period exceeding fifteen days’.
Peruntukan (a) dan peruntukan (c) dalam Artikel 22A(1) Undang-Undang Perlembagaan Tuboh-Kerajaan adalah jelas tetapi peruntukan (b) adalah samar dan memerlukan tafsiran.
Apakah maknanya ‘…incapacitated from attending to the affairs of the state’? pelbagai pihak boleh memberi tafsirannya berdasarkan bias masing-masing. Oleh yang demikian, eloklah dibiarkan tafsiran dibuat oleh pihak yang diberi peruntukan untuk membuat tafsiran ini oleh undang-undang tubuh negeri ini.
Bagaimanapun, jika dibaca peruntukan seterusnya di dalam artikel yang sama kita mungkin dapat sedikit gambaran tafsiran incapacitated.
Artikel 22 A (2) antara lain menyebut jika Baginda Sultan bercadang keluar negara seperti tersebut dalam peruntukan (a) artikel ini, Tuanku hendaklah melantik Pemangku atau Majlis Pemangkuan untuk menjalankan ‘… His functions during His absence from the State’.
Tetapi Artikel 22 A (3) bagaimanapun menyerahkan tugas melantik Pemangku dalam kes Artikel 22A (1) (b) kepada Majlis Perajaan Negeri. Ia berbunyi;
‘In the case of the incapacitation of the Sovereign the Council of Succession shall appoint a Regent or Council of Regency as to them most expedient and if it shall be necessary to appoint a Council of Regency the provisions of Clauses (2) and (3) of Article 19 of this Part shall apply to such appointment’.
Artikel 22 A (4) mengembalikan kuasa melantik Pemangku kepada Sultan dalam kes Artikel 22 A (1) (c) yang mana bila Baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agung.
Berdasarkan ketiga-tiga klausa ini, beerti dari segi Undang-Undang Tubuh Perlembagaan Negeri salah satu keadaan incapacitated ialah dimana Tuanku tidak boleh bertitah di antara lainnya boleh dikatakan sebagai dalam koma atau tidak waras. Jika setakat itu sahaja tafsiran incapacitated di dalam Undang-Undang Perlembagaan Tuboh Negeri, bererti hari ini Tuanku sudah diluar keadaan tersebut berdasarkan surat daripada pihak Pakar dari Hospital Mount Elizabeth di Singapura.
Kegagalan berjalan atau berhadapan dengan umum disebabkan keadaan fizikal lain tidaklah boleh dijadikan alasan meneruskan pemangkuan kerana Artikel 22 A (5) jelas tercatat bahawa;
‘Such Regent or Council of Regency shall cease to act upon the return of the Sovereign to the State or upon His recovery from incapacitation or His ceasing to hold the office or exercise the functions of Yang di-Pertuan Agong as the case may be’.
Di dalam sepucuk surat bertarikh 15 Januari 2010 yang ditandatangani oleh YTM Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Mahkota telah meminta Dr. Kelvin Yeoh, Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Mount Elizabeth menjelaskan keadaan kesihatan Tuanku, antara lainnya tertulis dalam surat tersebut;
‘I also wish to know if the Sultan is presently competent to perform his duties as a ruler…’
‘I also wish to request the appropriate medical reports be furnished to me as the Regent …… as to the Sultan present competency to make informed decisions which a ruler has to make with regard to the affairs of the State of Kelantan.’
Untuk itu, pihak Hospital di Singapura menjawab pada 1 Februari 2010,
“ …the Sultan is currently capable of making His own decisions.’
Berdasarkan jawapan itu pada 18 Februari 2010, YTM Tengku Mahkota Kelantan mengarahkan peguamnya, Zul Rafique & Partners bertindak bagi pihaknya dalam mendapat lebih banyak maklumat dari pihak di Singapura.
Apakah Kuasa Sultan Dalam Negeri
Undang-Undang Perlembagaan Tuboh-Kerajaan menyebut dalam Artikel 10;
‘The executive authority of the State shall be vested in His Highness but executive functions may by law be conferred on other persons or authorities.
Antara lain ia jelas bermaksud, kuasa mentadbir negeri hanya ada pada Sultan tetapi kuasa melaksanakan hal-hal pentadbiran boleh diamanahkan kepada individu atau pihak lain.
Artikel 15 (2) antara lain menyebut, ‘Baginda boleh bertindak di atas pertimbangannya bagi fungsi-fungsi eksekutif…’ dan diantaranya ialah (e) perlantikan warisnya dan pemangku atau majlis pemangkuan.
Persoalannya ialah adakah dengan wujudnya pemangkuan, executive authority digalas oleh pemangku atau pemangku sekadar melaksanakan executive functions.
Pemahaman Kuasa Pemangku
Menurut Shukri Mohamad dalam rakaman audio yang telah tersiar di blog ini, individu yang diberi kuasa memangku mempunyai kuasa setaraf dengan individu yang dipangku jawatannya.
Secara peribadi saya merasakan jika itu benar, maka ia melanggar semangat dan prinsip pemangkuan.
Dalam rumusan kampung, kita boleh andaikan saya sebagai tuan punya sawah padi dan saya mempunyai barisan pekerja menjalankan tugas-tugas menanam padi. Geran dan hak milik tanah adalah diatas nama saya. Diatas sebab yang tidak dapat dielakkan, saya terpaksa meninggalkan kampung untuk suatu jangkamasa dan atas sebab demikian, saya melantik anak saya untuk menjalankan tugas saya.
Anak saya sudah tentu tidak ada kuasa mutlak untuk menjual tanah sawah saya kepada pemaju untuk aktiviti pembangunan walaupun dia memangku tugas saya. Ini kerana dia ‘memangku tugas’ dan bukannya mengambil alih peranan saya sebagai tuan punya sawah.
Oleh yang demikian, saya berpendapat bahawa Pemangkuan adalah memangku tugas-tugas atau fungsi seorang Sultan tetapi dia tidak memangku kuasa seorang Sultan.
Di atas sebab itu juga undang-undang tubuh negeri di dalam artikel 22 B jelas menyebut antara lainnya, ‘imbuhan yang dibayar kepada Pemangku Raja tidak boleh melebihi imbuhan yang dibayar kepada seorang Sultan.’ Di dalam artikel yang sama juga memberi gambaran tugas pemangkuan sebagai, ‘… to exercise the prerogatives of and perform the duties of the Sovereign….’
Tambahan pula Al Sultan di panggil dengan gelaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia, sedangkan pemangkunya sebagai Yang Maha Mulia. Ini sudah menunjukkan perbezaan di antara Sultan dan Pemangku Sultan.
Shukri Mohamad juga jelas mengelirukan kita dengan tafsirannya berhubung pewaris tahta dan jelas mendiskriminasikan pewaris-pewaris tahta yang lainnya.
Artikel 28 undang-undang tubuh negeri juga jelas menekankan bahawa, Tengku Mahkota atau pewaris tahta tidak mempunyai sebarang kuasa dengan ayat berikut;
“The Heir shall have no authority whatsoever to take part nor may interfere in any affairs of the State or Government, excepting only when he shall have the command of Sovereign generally or in any particular case or as may be authorised under this Part and this provision shall apply also to the other heirs.’
Pengurniaan Darjah Kebesaran
Artikel 43 (1) undang-undang tubuh negeri jelas menyebut bahawa;
‘KDYMM ialah pangkal segala kemuliaan dan kebesaran dalam negeri ini dan Bagindalah sahaja boleh mengurniakan gelaran dan kebesaran dan kehormatan.”
Ini bagi saya adalah jelas Kuasa Eksekutif seorang Sultan. Sebaliknya menandatangani persetujuan terhadap undang-undang negeri adalah melaksanakan fungsi eksekutif.
Kesimpulan saya, Kuasa Eksekutif tidak boleh dipangku, sebaliknya apa yang boleh dipangku ialah fungsi-fungsi eksekutif seorang Sultan.
Kesimpulan
Tafsiran yang jelas perlu dibuat ke atas kalimah ‘incapacitated’ dan bukannya keadaan fizikal Tuanku Al Sultan Kelantan. Apabila jelas apa yang dimaksudkan dengan kalimah itu dalam undang-undang tubuh negeri, maka segala kekeliruan boleh diperjelaskan.
Segala yang tercatat didalam posting ini adalah berdasarkan pandangan peribadi saya setelah merujuk kepada beberapa pihak yang arif dengan institusi Raja di Kelantan. Suka saya ingatkan, semua pihak boleh membuat tafsiran berdasarkan pemahamannya tetapi tafsiran yang akan diambil kira ialah tafsiran Mahkamah.
brother syeikh :
1. Pertama sekali jangan benarkan diri kita jadi tunggangan pihak yang berselindung seperti ada udang di sebalik batu
2. Ambo berdoa siang malam supaya Baginda Sultan sihat walafiat dapat memerintah kelantan dengan aman damai.
3. Yang memangku jawatan sebagai sultan sekarang adalah anakndanya sendiri bukanya nik aziz atau husam musa atau anuar musa.
3. Pelik dan ajaib jika kita orang luar bersusah payah nak masok campur hal ehwal istana padahal kita bukanlah anaknda sultan kelantan.
MB Kelantan kalau baca posting ni pun dia garu kepala, dia tak akan faham. Dia akan beralih kepada punahsihat2nya untuk memberikan dia kesimpulan untuk dia pula memberi kesimpulan kepada wartawan.
Nik Aziz dah jadi Paklah – tak faham satu benda.
Kalau dah tertekan, dia akan celako kan orang.
Kalau dia tercelupar – dia akan kata dia hanya dberkias
Lepas tu dia akan doa supaya orang lain punoh.
MB Kelantan kalau ada wibawa, ada keberanian, dan ada kebenaran, kes istana ini dah lama selesai sebab semua pihak akan ‘hormati’ pendapat dan keputusannya. Krisis MB dan Istana bukan juga sesuatu yang baru, pernah berlaku di Negeri Sembilan, Johor dan beberapa negeri lain tetapi atas kewibawaan Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri semasa semua kes dapat diselesaikan dengan baik.
Mungkin Nik Aziz boleh mengadap Lim Kit Siang atau Anwar sebagai mentor untuk minta pertolongan selesaikan kes ini.
Sebenarnya Hadi Awang lebih wibawa untuk berjumpa Sultan dan selesaikan kes ini tetapi mana pula Nik Aziz nak letak muka !!
tu diaaaaaaaaaa…. Sultan baru bagi nergeri SYAITANNN,, Dengan Pankat,, SYED AZIDI AZIZ KEPALA TAHIT BUSUK BABI ANAK FITNAH SYAITAN AZABIL KOREK JUBUR MAK MU SENDIRI
Menarik, boleh membuka minda bagi org2 yg membaca berkenaan Undang-Undang Perlembagaan Tuboh-Kerajaan Kelantan. Thank you
saudara tertinggal artikel 23(2) yang menyatakan jika KDYMM gering, maka pemangku akan dilantik sehingga KDYMM disahkan sembuh dan boleh melaksanakan tugas2 negeri
jawapan saya, aatikel 23(2) berkata ‘if Sovereign contravenes the provisions of clause (1) of this article, he shall deem no longer to be Sovereign and to have withdrawn from the state and from his rights and claims on the State.
Artikel 23 ni berkisar kepada sekiranya Sultan keluar negeri lebih dari 12 bulan berturut-turut. Jadi saya tidak tertinggal apa yang saudara katakan.
biar pihak istana yang selesaikan…kamu tak tahu apa2 tak payah lah nak sibuk dok bincang pasal hal org..perbetulkan diri kamu dulu….buat baik cegah yang tidak baik….
jangan sampai kamu kena pekong dengan kasut macam bush…..jaga anak bini kamu dulu biar ok baru bincang pasal istana///ok
salam…
No comment…
salam syed,
ambo setuju benar la dengan klung man tu, tak pahe nik aziz baco tulisan mu ini,
pas ko sayuti tak pahenya.. dia pahe baris pertamo ja…pastu musing selalu la… mu tak caya, tunggu, lepas nie dia mesti tulis jawab balik mu.. kata mu tak pahe gapo satu, sebab mu pandai puku gambar ja
seperti biasa, mereka2 ini akan menterjemah undang seperti mereka menterjemah alquran, ikut suka mana yang kena dan untung pada dia saja yg dia nak pakai,,
Salam Tuan Sheikh..
Apa yang Tuan Sheikh kupaskan di atas adalah hujahan yang baik tetapi ianya hanya merupakan sebahagian dari perkara2 kecil berkenaan undang2 dunia yang dicipta oleh manusia yang lemah …dalam kes KDYMM Sultan ini, tidak guna kita mencari apa2 alasan duniawi kerana ia tidaklah selengkap undang2 yang dicipta oleh Allah…Kefahaman berkenaan dosa dan pahala mengenai tanggung jawab seorang anak kepada bapa mengikut lunas2 islam adalah melebihi segala-galanya..Ianya bukan setakat patuh bila disuruh oleh ayahnya, menjaga dan berubat bila ayahnya sakit tapi tidak terkecuali memelihara serta menjaga maruah Ayahnya dari sebarang keaiban samada sedar atau tidak. Apa yang boleh saya kata di sini..Kalau kita betul2 beriman dan berpaksi hanya pada hukum hakam Allah,..Sekali lagi saya menyeru pada mereka yang tinggi ilmu agamanya dan mempunyai lebih kuasa dari rakyat jelata, buanglah ego2 yang ada pada anda..bantu dan perbetullah keadaan mengikut syariat Islam yang dibawa kepada kita oleh junjungan nabi kita Nabi Muhammad SAW. Ingatlah, kuasa yang tak seberapa yang ada pada kita hanyalah sementara..perbuatan dan amalan yang baik akan sentiasa diingati dan akan mendapat berkat diakhirat kelak.
salam bro sheikh…very knowledgeable post tonite…
artikel 22a(1)(b)…pemangkuan boleh di lakukan sekiranya baginda Tuanku tidak dpt menjalankan tugas2 rasmi Baginda..’incapacitated’ adalah satu adjective yg bermaksud unfit, diasble, disposed, unhealty dll..hatta baginda Tuanku demam sekalipun..pemangkuan boleh di lakukan SEKIRANYA difikirkan perlu..’he is incapacitated, he can’t work’ itu adalah contoh ayat yg paling mudah..
…the Sultan is currently capable of making His own decisions…tetapi kemampuan itu di tahap mana? Mampu utk meminta makanan juga di kira mampu utk membuat keputusan sendiri..the hospital should elaborate more on Tuanku capabalities….
sy pernah bertanya kpd bro..betulkah jawatan ketua negeri adalah jawatan di warisi..sedangkan anak2 baginda Tuanku ‘ not born with the title’. anak sulung x semestinya menjadi TM..( shukri mengatakan sebaliknya )..TM adalah jawatan yg dilantik…ttp kebiasaan yg di lakukan adalah anak sulung lelaki di lantik menjadi TM..( correct me bro sheikh if i’m wrong ), begitu juga dgn Sultan…ianya adalah satu jawatan…’Royalty is larger than the Sultan himself’ sy pernah post quote ni..
pemangku berkuasa sepenuhnya sebagaimana seorg Sultan…bezanya hanya dari segi elaun sahaja…Aziz Bari quote the same thing in paper today…selagi satu pemasyhuran rasmi mengatakan baginda Tuanku telah pulih tidak dibuat, selagi itu lah pemangkuan akan berlaku….cthnya yg bro bagi berbeza dgn situasi skrg…tanah sawah itu is 100% personally own..
sepatutnya pemangku x perlu gopoh utk menjawat jawatan tersbut sbb beliau telah mendapat kuasa 100% total utk jawatan tersebut..that’s my opinion….
apapun sama2 la kita berdoa agar baginda Tuanku cepat sembuh daripada geringnya….
it’s nice sharing knowledge with u bro…
Bo la dok togok arok boh. Botok doh palo
Pertama2 sekali ana ingin mengucapkan syabas dan tahniah kpd. syeih di atas penjelasan yg berdasarkan fakta2 dari perlembagaan (Tuboh Kerajaan & Persekutuan..bukannya main sedap mulut saja)…..good job….anta buat `homework’ dgn begitu baik dan cemerlang sekali.
Ana rasa petikan (1) yg ana telah `post’kan pd. syeih dlm tajuk yg lepas telah terjawab dgn begitu jelas dan nyata….tetapi, betul sangat2 lah kata syeih tu…apa2pun terserahlah pada mahkamah yg akan membuat keputusannya nanti.
Tak salah jangkaan ana, `posting’ syeih kali ni betul2 `hot’….syabas sekali lagi di atas posting yg terbaik setakat ini(bagi pandangan ana la, mungkin org lain, lain pandangannya)….walaubagaimanapun kadang2 terdetik juga di hati ana…`kesiann kat mereka2 yg mungkin akan ditimpa masalah/hilang kuasa akibat pendedahan ini’
p/s: ana harap mereka2 yg berkaitan ada membaca posting ini….semoga sama2 dapat membuang yg keruh dan ambil yg jernih dgn dada yg lapang (ana tak sanggup lihat Pemangku susah, lebih2 lagi la KDYMM Al-Sultan..aminnn)
Sekadar pandangan :
Dalam soal ni.., pengiktirafan dari kerajaan negeri adalah amat penting. Kalu state govt. condong ke kanan…, maka ke kanan lah arah perginya… Kalu state govt. condong ke kiri, maka ke kiri lah arah jatuhnya.
Tidak mudah nak selesaikan barang ni, Sheikh. Akhirnya, letak jatuh sesiapa yang bakal bersemayam di atas takhta kerajaan adalah dipengaruhi oleh kehendak politik pembesar2 negeri dengan pencak silat masing2.
Allah Maha Mengetahui. Semuga yang hak akan terpelihara…
terima kasih sheih
harap banyak komen dan kongsi dari sudut ilmiah, jangan terus nak bantai sheih
kalau pandai, terangkan detail lagi daripada entry blog yg sheih beri ni
Tg Faris tak ada la gila nak naik takhta, mungkin yg duk sekeliling Tg Faris yg bermuka2 sebab ada agenda peribadi. Agenda peribadi yg buatkan mereka tak nak tengok Sultan terus berkuasa. Agenda peribadi yg dorong mereka utk kelirukan rakyat kebanyakan. Tg Faris tak perlu dan memang tak tergopoh2, lepas ni memang dia yg dapat naik takhta .
Kekalutan tak akan bawa kesihatan kepada Sultan. Aman damaikan suasana.
tuanazman71 (22:15:55)
Awak pernah bersekolah? Pernah dapat didikan agama? Mungkin tak bersekolah dan mungkin tak beragama, ini jelas dari bahasa yang digunakan. Awak manusia yang tak menggunakan akal dan fikiran yang bernas dan baik untuk berhujah. Sedarlah diri dan tanya akan diri mu siapakah kamu yang sebenarnya – Manusiakah atau haiwan jelmaan.
Bagi memastikan kedudukan kuasa seorang Sultan sila semak Sejarah Kesultanan negeri Kelantan dibawah kepimpinan Sultan Ibrahim Petra 1960 – 1979, Kebawah DYMM Sultan berkuasa Mutlak sehingga memecat @ mengugurkan Raja Muda @ Tengku Mahkota serta berkuasa Mutlak melantik barangsiapa dikalangan pewarisnya bagi mengisi kekosongan tersebut dan ianya bukan dibawah kuasa Majlis Perajaan Negeri atau mana2 kuasa lain yang bersamaan dengan nya.
Bersama sama lah kita berdoa agar Allah memberikan perlindungan & kesihatan Kebawah DYMM Al-Sultan semoga Tuanku cepat sembuh.
‘The Kelantan Succession Dispute’
The eldest son of Sultan Ibrahim was Tengku Indra Petra, who had been appointed heir apparent with the title of Raja Muda on October 25, 1944. However, due to conflict with his father, he was dismissed from the post and removed by his father’s decree from the line of succession on February 1, 1948. On the same day, Tengku Yahya Petra replaced his brother as heir apparent with the new title of Tengku Mahkota.
Tengku Indra Petra became a politician and was elected a member of parliament in the first federal legislative election of 1955.
bro sheikh,
saya dah baca perlembagaan tu, ada member bagi tadi, boleh ulas tak ARTIKEL 4, MAKNA Kebawah duli yang maha mulia. rasanya tak dijelaskan dengan sedikitpun dalam posting ni.. or sheikh memang nak sorok artkel 4 tu? macam orang orang…….
Jawapan saya, Artikel 4 adalah berkisar soal terjemahan dan tafsiran. Di dalam artikel ini mengukuhkan lagi bahawa Regent atau pemangku berbeza kategorinya dengan Sultan atau Sovereign. Terima kasih.
dalam kenyataan terkini berikut disebutkan bahawa tuanku masih gering, jadi kenapa perlu dipersoalkan tentang perkara2 ini lagi?
‘Sultan Kelantan masih gering’
Mac 24, 10 7:54pm
Sultan Kelantan Sultan Ismail Yahya Petra masih gering dan tidak boleh menjalankan tugas berhubung hal ehwal negeri mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Kelantan, demikian menurut anakanda baginda yang juga Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra.
Tengku Muhammad Faris Petra bertitah bahawa mengikut klausa (1)(b) Artikel 22A undang-undang itu, baginda yang telah dipilih menjadi Pemangku Raja pada 24 Mei tahun lepas, kini menjalankan tugas-tugas pemerintah dan Yang Dipertuan Negeri sehingga Sultan Ismail Petra sembuh.
Dalam satu titah yang disampaikan oleh Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad pada satu sidang akhbar di Istana Balai Besar di Kota Bharu hari ini, baginda menegaskan bahawa sebarang kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak tanpa terlebih dahulu mendapat laporan perubatan daripada panel doktor pakar yang telah dilantik adalah tidak tepat, tidak sah dan tidak terpakai.
“Kita telah menitahkan panel doktor-doktor pakar yang telah dilantik untuk membuat pemeriksaan kesihatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan dan mengangkat maklum kepada kita dalam tempoh secepat mungkin bagi mengelakkan sebarang kekeliruan,” titah Tengku Muhammad Faris Petra.
Baginda juga bahawa bertitah seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29 Januari lepas, isu mengenai kesultanan Kelantan hendaklah diputuskan oleh Majlis Perajaan Negeri dan bukannya oleh mana-mana individu di luar majlis berkenaan.
“Sehingga Majlis Perajaan Negeri bersidang dan membuat keputusan mengenai perkara tersebut, kita selaku Pemangku Raja Kelantan tetap kekal sebagai Pemangku Raja Kelantan dan akan terus menjalankan fungsi-fungsi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan mengikut perlembagaan negeri,” titah baginda.
– Bernama
sheikh,
tapi mengikut pemahaman saya (dan saya tiada basic law), artikel 4 menerangkan makna KDYMM, yang merangkumi pemangku juga sekiranya negeri ada pangkuan. dan dalam artikel2 lain hampir keseluruhannya menyebut istilah KDYMM bukannya sultan..
kalau diikutkan, KDYMM sekarang ini (yang dikatakan sah mengikut undang undang) adalah pemangku..
apa pandangan sheikh?
Dalam rumusan kampung, kita boleh andaikan saya sebagai tuan punya sawah padi dan saya mempunyai barisan pekerja menjalankan tugas-tugas menanam padi. Geran dan hak milik tanah adalah diatas nama saya. Diatas sebab yang tidak dapat dielakkan, saya terpaksa meninggalkan kampung untuk suatu jangkamasa dan atas sebab demikian, saya melantik anak saya untuk menjalankan tugas saya.
Anak saya sudah tentu tidak ada kuasa mutlak untuk menjual tanah sawah saya kepada pemaju untuk aktiviti pembangunan walaupun dia memangku tugas saya. Ini kerana dia ‘memangku tugas’ dan bukannya mengambil alih peranan saya sebagai tuan punya sawah.
Oleh yang demikian, saya berpendapat bahawa Pemangkuan adalah memangku tugas-tugas atau fungsi seorang Sultan tetapi dia tidak memangku kuasa seorang Sultan.
Di atas sebab itu juga undang-undang tubuh negeri di dalam artikel 22 B jelas menyebut antara lainnya, ‘imbuhan yang dibayar kepada Pemangku Raja tidak boleh melebihi imbuhan yang dibayar kepada seorang Sultan.’ Di dalam artikel yang sama juga memberi gambaran tugas pemangkuan sebagai, ‘… to exercise the prerogatives of and perform the duties of the Sovereign….’
Tambahan pula Al Sultan di panggil dengan gelaran Kebawah Duli Yang Maha Mulia, sedangkan pemangkunya sebagai Yang Maha Mulia. Ini sudah menunjukkan perbezaan di antara Sultan dan Pemangku Sultan.
Shukri Mohamad juga jelas mengelirukan kita dengan tafsirannya berhubung pewaris tahta dan jelas mendiskriminasikan pewaris-pewaris tahta yang lainnya.
Artikel 28 undang-undang tubuh negeri juga jelas menekankan bahawa, Tengku Mahkota atau pewaris tahta tidak mempunyai sebarang kuasa dengan ayat berikut;
“The Heir shall have no authority whatsoever to take part nor may interfere in any affairs of the State or Government, excepting only when he shall have the command of Sovereign generally or in any particular case or as may be authorised under this Part and this provision shall apply also to the other heirs.’
tuan sheikh….
analogy yang tuan sheikh bagi mengenai pemangkuan tugas sultan dengan penanam padi bukanlah satu ‘rumusan kampung’ sebab orang kampung lebih pandai lagi memberi perumpamaan yang lebih realistik dari tuan.
analogy tersebut memperumpamakan sultan sebagai tuan tanah padi. persoalannya kalau tuan tanah padi ada kuasa untuk jual tanah padi, adakah sultan juga ada kuasa untuk jual negeri? kalau peranan sultan adalah sebagai ketua negeri untuk menjaga hal ehwal negeri, begitulah juga peranan pemangkunya. Jadi, kalau tuan tanah padi tiada, tugas anaknya yang memangku semasa ketiadaan tuan tanah adalah jaga padi sahaja lah.
pasal imbuhan, acu tuan sheikh baca mmolek, imbuhan pemangku tidak boleh melebihi imbuhan sultan. so, kalau sama, tak ada masalah pun.
harap maklum….ambo loyar buruk jah.
kepada fauzi (25.03.10/03.34.10)
elok sangat awak tanya soalan tu kpd tuanazman71. gaya bahasa dia mencerminkan siapa dia tuanazman ni. orang macam ni tak boleh dibawa berbincang. kita biarkan dia dengan dunia dia. dan kita biarkan dia terjun kelaut dengan labu2nya.
fauzi tak payah nak layan orang macam tuanazman ni. anggaplah ” dia tak tahu dan tak faham pun apa yang dia cakap atau tulis “. biasanya orang macam tu kita akan kata sebagai orang yang T** S***T M****L.
Sheikh Kick
saya respect dengan anda. kalau blog lain, tulisan spt yang ditulis oleh :
tuanazman71 (22:15:55) :
tu diaaaaaaaaaa…. Sultan baru bagi nergeri SYAITANNN,, Dengan Pankat,, SYED AZIDI AZIZ KEPALA TAHIT BUSUK BABI ANAK FITNAH SYAITAN AZABIL KOREK JUBUR MAK MU SENDIRI
…… tak dak tempat dlm blog mereka. tak kan dikeluarkan.
….. tapi anda tetap siarkan bagi semua orang baca. walau pun itu adalah satu bentuk maki makian oleh seorang yang tak bertamadun.
syabash sheikh. you really is a cool man.
pas tidak perjuangkan islam sebenarnya. islam yg diguna hanya utk raih undi org islam yg suka islam…tp pada hakikatnya perjuanga pas jauh dari perjuangan sebenar Nabi saw & sahabat2nya…
sebabnya demo baco sini >
http://mthago.wordpress.com/2010/03/25/pas-and-umno/
pecoh palo tgna nok mmikir hal anok beranok nih. pok sheh mu dok diae2 sudohlah.
Assalamualaikum,
ya hamba Allah sekalian, sesama la beserah kepada ketentuan Nya…
2. Kepada tuanazman71, tak payah lah nak kutuk negeri kelantan…syaitan yg digelar oleh tuan….kubur masing-masing dok d kl pun belum tentu masuk syurga.
Amin
Salam.
Saya tak paham kenapa kes ni berpanjangan.
Cuma kalu-kalu bro Sheikh ada kesempatan nak jawab, nak tanya kenapa kerajaan negeri beriya-iya nak teruskan pemberian pingat. Dah janji kat penerima(s) ke. Kalau tak de bagus la.
Yang diraikan sedang gering, yang meraikan yg lebih-lebih. Tak paham betul.
Tq.
Sultan dah melucutkan jawatan pemangku raja dn diserahkn kpd tg Abdul aziz pagi td..boleh diterima ke?kalau titah sultan tu valid maka syukur Alhamdulillah
tg mhkota telah dilucutkn jawatan sebagai pemangku raja berkuat kuasa serra merta..hahaha
aduh…makin ppulah urat
setakat ni tak mampu nak komen detail. adakah zaman pertelingkahan mcm Tg Indera Petra akan berulang ? Hmm..loni semua lagi cerdik & ligat , takut2 jadi makin teruk dari zaman 1940an dulu.
ujian utk semua keluarga KDYMM Tuanku dan juga hulubalang yg tunggu masa nak tumbangkan sapo2 yg lemah langkah silat
rakyat2 biasa ibarat anjing menyalak bukit..bising2 pun tak guna.
bagus lah Sheih…perjuangkan & dedahkan kebenaran sebab suara blog demo mendapat tempat dan di dengar oleh kawan dan lawan
Asalamuaikum Tuan Sheikh USM
Terlepas kawe pingat ,cabul betul mulut tuanazman tu ,
apa nak jadi..
Tangkap aje sy… Cd dh Ada.. Apa lg nk tunggu…—ziesss
inilah kemelut kesultanan yang akan memalukan bukan hanya rakyat kelantan..ttp juga msia…rasanya sudah tiba masanya Majlis Raja – raja campurtangan untuk membersihkan pandangan masyarakat terhadap institusi diraja..mana2 org yg berada di dalam ‘ pagar ‘ tau akan sebenarnya mslh ini…
siapa di belakang semua ini…
bkn pas @ umno…apatah lagi pemangku itu sendiri..
bkn juga halim @ shukri..
sy juga rasa bro sheikh tau sapa yg sy maksudkan..ttp…shhhhhh
tp apakan daya…so peranan majlis raja2 dirasakan amat diperlukan untuk menyelesaikan kemelut ini…itu lah pendapat sy…
p/s: sheikh do u really hv to approve comment like tuanazman71…kita semua bg komen di sini utk tujuan membina..bukannya mcm bdk x mengaji sekolah..
Salam sme,,skadar renungan kt brsama… Najis n barisan exco di ms dulu mnentang keras Sgala jenis hiburan dikelantan dzaman tuanku…skrg jom heboh dibenarkan smata2 utk mmancing undi…dan tidak mustahil berzina dibolehkan asalkan mengguna Pakai kondom kaler hijau…nauzubillah.. Tgk sj penggunaan kalimah Allah…mcm mn najis mmbenarkan Nama Allah utk agama lain.. Bukankah kdatangan Islam scara automatisnya agama samawi lain tidak boleh diguna pakai…sesungguhnya disisi allah ialah agama Islam ….—ziesssssss
Salam syeikh,
Apa punca sebenar krisis Istana Kelantan? Adakah disebabkan oleh perebutan kuasa? Adakah disebabkan oleh salah faham undang2 tubuh negeri? Adakah disebabkan oleh kepentingan individu2 tertentu?
saya yang musykil.
if you use google chrome translation from Malay to English, you will get a shock of your life even at the 1st paragraph !
baloh sokmo sultan kelate ni.sejak zame long ghafar ngn long yunus lg.Kalo oghe biaso baloh politik pulok.Hancuss la oghe kito.pah bilo kito nok lagu ni.
Semoga Al Sultan Kelantan kembali sihat dan memerintah seluruh jajahan takluknya.Episod ngeri dalam institusi Diraja Kelantan hanya akan berakhir jika baginda kembali sembuh dan kembali memerintah.
Terlalu banyak tangan2 ghaib yang menjadi tok dalangnya,kerana kerakusan kuasa mereka sanggup menidakkan kuasa Sultan yang masih berkuasa.
Walaupun belum terang2an tetapi bibit2 penderhakaan sudah semakin jelas kelihatan.
BILA TUMBANGNYA KUASA RAJA2 MELAYU,BERTEPUK TANGANLAH PENDERHAKA2 DURJANA KERANA MEREKA IBARAT DURI DALAM DAGING.
serabut la kes ni…
pakat-pakat semua buat sembahyang hajat la..mohon petunjuk. Jgn sampai org arab gelakkan kamu..serambi mekah patut tak berbalah!
Faris! Pegi la ngadap ayahanda sultan tu tanya sendiri betul ke apa yg wan hashim ckp.kan kau tu anak dia buat hape kau dgr ckp org tgh nyee.kalau kau dgr sendiri ape yg ayh kau ckp selesai masalah.kalau kau tk Tanya sendiri ayh kau maknanya kau tak p jenguk langsung ayah kau yg sakit tu.
Satu lg masalah yg bodoh duk berebut nk bg pingat,kalau kau bg pun nnti bila sultan sihat mesti sultn Tarik balik semua pingat yg kau bg tu,kan tambh masalah tu.itulh aku ckp p jumpa sendiri ayh kau tu Tanya betul ke tk perkenan bg pingat..ehh nmpk sgt la kau tk jenguk ayh sendiri ni…adoiiii blh buat drama la
Kpd. ‘pahguano’….ana rasa network intel anta hebat jugak, lebihkurang sheih juga ana rasa…so, habaq mai la kat kami semua, sape sebenarnya di belakang semua ini (tapi jangan lupa, sertakan bukti/fakta sekali ye)
p/s: harap pendedahan oleh `pahguano’ dapat membantu pembaca semua lebih memahami isu sebenar disebalik kemelut istana yg tak berkesudahan ini….ko guano !!…..(ana rasa anta ni org dlm pagar…kongsi2 la info dgn kami kat luar pagar ni…..tengok sheih tu, macam2 info dia kongsi ngan kita..siap dpt d/load audio lagi)
marilah kito semua rakyat jelato…tok kiro pas ko, umno ko… ado jawatan dalam kerajaan negeri ko, tak dok ko.. buat satu perkaro hok basic.. samo samo kito nasihat sesamo kita, jadi anok huk hormat ore tua.
pado huk mano anok tu (ado lagi mok bapok idup), g laa jupo mok bapok kito… ikut hukum alam, anok hormat ibu bapok. tok soh kiro laa artikel berapo seksyen berapo, kurungan berapo undang undang buatan manusia. hukum alam supersede everything.
kalu sebagai anok kito tok leh hormat ore tuo.. kito seksok tuo pung, nanti tak do ore nok hormat kito. kalu anok sekarang baloh dng bapok, bilo anok hok ni jadi bapok, baloh dgn anok dia pulak… jenuh laa sultan baloh setiap keturunan weeeiihhh… baloh baloh ni doso nok royak buii.. acu try baik baik blako, paholo dpt, rahmat pun dpt.
salam….
kawe rakyat kecik dari ulu kelate mitok harap sangat2 ko semo rakyat kelate doa lah agar kelate kito ni aman sentiasa. Walaupun ini bukan urusan kawe, tapi kawe berasa amat TAK SEDAP HATI… supo ado mugo jah nok mari ko negeri kesayange kito ning..
Jadi pakat-pakat jago lah. Jange ado buruk sangko, tuduh menuduh samo2 kito rakyat biasa mahupun sep2 kerabat hok dok atas sano. Ingat, dunia ni smeta jah sangat, peje celik peje celik, lagu tu jah masa berlalu. Ingak, masa itu adalah modal kito nok wak nego atah dunio ni. Untung hok sikit ko banyok ko, hoktulah bekal nok wak balik ko akhirak seksok, jupo Rajo segalo rajo atah muko bomi ni seksok…
Tulung la deh, pakat-pakat la jago.
salam alaikom,..
adakah ini semua berlaku kerana “Tuan Guru” atau “Tok Guru” menadah tangan berdoa yang melampau2?
Balai besar,sy setuju dgn pandangan kamu tp silalah gunakan perkataan yg elok skit ya yg sedap didengar Krn kita perlu jaga kedaulatan kesultanan.
kpd TUANAZMAN71
bodo sunggoh komen demo & mace oghe xdok pelajare
jah,.celako sunggoh mung
Salam Sheikh,
Mari kita pakat solat hajat untuk Al Sultan semoga bertambah pulih sepenuhnya dan dapat menunaikan dan meneruskan kewajipan sebagai pemimpin negeri Kelantan yang tersohor ini.
Kita pakat doa moga negeri Kelantan kembali aman damai tanpa persengketa.. Amin..
Celakooooooooooooooooooooooooooooooooooooo,nanti aku suruk tok guru solat hajat biar pecah perut.
aku ingat tuanazman ni gila glamor la…tiba2 nak enterprem,..seronok la dia tu, ore dok komen pasal tulisan dio hok bodo tu…
Celakoooo celakoooooo celakoooo celakoooooo celakoooooo celakooooo blogger ‘nukilan drp nik ajis nik mut’ mulut seorg yg digelar ulamak…org yg kata org ln celaka.. Sbnrnya tuhan balik kn kpd dia… Dia yg celaka…..-zies
salam,
Info yg bgus dari bloger ni.. Skure kurenyo, bulih la pehe sikik isu istano kelate lo ni. Bnyk2 komen, cumo tuanazman tu jah x betul. Rasonya dia x make sebule tu, lapa. Bui la komen2 yg mencerminkn peribadi rkyt kelate, gelare negeri serambi mekah.. Mari kita bdoa, utk kebaikan smua. Amiin
Bermimpi Disiang Hari
Saya setuju dengan pendapat mthago (25.3.10/12.10.57).
Perbedaan antara PAS dengan UMNO.
“They are like two football teams that wear different jersey. One team is wearing blue and the other one is wearing green jersey. Both teams want to win the game and both want to be the champions”.
Inilah hakikatnya. Jadi tok sah la duk pasang angan2. Saya pun islam macam orang PAS juga. Tapi saya tak yakin kerana kita perlu ambil kira keadaan populasi di malaysia sebelum PAS n the geng nak pasang angan2. Buat orang gelak jer ….
“Pas can become the most popular only in the states that have many Muslims. Pas should not dream that they will ever-ruled Malaysia in democratic system. The only hope Pas has is to continue to rule Kelantan and Kedah but not Malaysia”.
Kita cabar nik ajis di kelantan dan ustaz azizan di kedah. tuhan dah bagi peluang hangpa perintah 2 negeri melayu tu. hangpa kata nak buat scara islam. haa buat lah bagi semua rakyat di negeri lain berkenan. kalau kedah dengan kelantan ni jadi lebih baik daripada masa di perintah oleh UMNO dulu. TOKGARU janji :
1. habis ahli keluarga aku pakat pangkah PAS ( calon PAS saja, kalu calon PKR aku kena pikiaq dulu laa sbb pd aku PKR dgn DAP ni tak banyak bezanya dari segi matlamat)
2. habis ahli keluarga aku pakat ambil borang jadi ahli PAS seumur hidup
Macam mana dengan sahabat2 blog yang lain ?????
budok pondok….
ana buke ore dlm ‘pagar’….ana ore atas ‘pagar’….hehe….pas dok umno pun dok..cuma 2 ajer harapan ana……semoga Baginda Tuanku cepat sembuh dan semoga Pemangku Sultan mendapat kekuatan di dalam menjalankan tugas baginda…
Semoga Allah melindungi kelantan khususnya dan Malaysia amnya….AMIN
pembesar kelantan kaki bodek nk title, dah tuo gilo kuaso, nok mati esok kare dowh….tobak laaa…..dunio2
Sultan Perak KDMM Sultan Azlan Shah selau beri laluan kepada YTM Raja Nazrin untuk menjalankan tugas2 rasmi, contoh merasmikan sidang DUN Perak hari ini. YTM Raja Nazrin akur dgn perintah ayahandanya dan menjalankan tugas tersebut dgn baik.
Tak boleh kah ini di jadikan teladan oleh Istana Kelantan?$
Sultan Perak KDMM Sultan Azlan Shah selau beri laluan kepada YTM Raja Nazrin untuk menjalankan tugas2 rasmi, contoh merasmikan sidang DUN Perak hari ini. YTM Raja Nazrin akur dgn perintah ayahandanya dan menjalankan tugas tersebut dgn baik.
Tak boleh kah ini di jadikan teladan oleh Istana Kelantan?
article yg baik.. mudah utk kita bt penilaian.. terima kasih