Nik Abdul Aziz sedang mendaftar untuk bertanding pilihanraya di bawah tiket Barisan Nasional (gambar arkib)

Sejak ditulis di dalam blog ini berhubung penderhakaan Menteri Besar Kelantan terhadap titah KDYMM Sultan Ismail Petra, Raja dan Yang DiPertuan Bagi Negeri Kelantan Darul Naim dan jajahan naungannya, banyak komen-komen yang terpaksa saya tahan atas sebab-sebab yang amat menyayat hati.

Kebanyakkan komen yang kononnya datang dari penyokong kuat Menteri Besar Kelantan, penyokong kuat Parti PAS dan mereka yang bersimpati dengan parti tersebut.

Mereka ini mengaku beragama Islam tetapi gaya bahasa dan maki hamun sumpah seranah langsung tidak menampakan ciri-ciri keIslmanan.

Bagaimanapun, intipati komen-komen yang membela Tok Guru kesayangan kita ini berkisar kepada dua perkara sahaja,

  • Keadaan kesihatan Nik Aziz tidak mengizinkan beliau mengadap Al Sultan Kelantan yang gering di Singapura.
  • Keadaan kewangan negeri tidak mengizinkan Nik Aziz melawat Tuanku.

Bagaimanapun kedua-dua alasan ini tidak boleh masuk akal kerana kebelakangan ini Tok Guru kita sering ke sana dan ke mari. Dan seperti yang dilaporkan oleh kebanyakan pembaca, Nik Aziz turut hadir di mahkamah untuk memberi sokongan kepada Ketua Umum PKR, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang sedang berdepan dengan kes perbicaraan liwat.

Ingin juga kita tahu, siapa yang membiayai perjalanan Tuan Guru ini?

Jika masalah kewangan memang menjadi bebanan, suka saya mencadangkan anakanda kesayangan Nik Abdul Aziz iaitu Nik Mohamad Abduh agar menaja tiket kapal terbang dan penginapan ke Singapura.

Saya sudah pasti Nik Mohamad Abduh lebih dari mampu. Apalagi bila salah satu akaun peribadi Nik Mohamad Abduh di sebuah bank tempatan menunjukan wang tunai berjumlah RM150,000 telah depositkan ke dalam akaun itu pada jam 2.50 petang pada 6 November 2009.

Ataupun Tuan Guru boleh menaiki kereta mewah milih Al Fadhil Nik Mohamad Abduh bernombor pendaftaran PAS 17 atau nombor pendaftaran asalnya BJY2836. Kereta jenis Honda Elysion Automatik berharga 217,517.20 yang dibeli dengan Nik Abduh membayar downpayment RM52,517.20 itu tentu selesa untuk dipandu menuju ke selatan.

Lantaran kemudian bolehlah dibuat claim kepada Roshaimi Razak supaya dapat Nik Abduh tampung bayar instalment bulanan yang berjumlah RM1,849 itu.

Walaubagaimanapun, harap-harap Nik Aziz tidak menumpang naik kereta Toyota Harrier bernombor plat AAF26 yang didaftarkan diatas nama Nik Amalina Binti Nik Abdul Aziz. Ini kerana kenderaan itu disenarai hitam oleh PDRM. Dan harapnya Nik Abdul Aziz dapat menasihati Nik Amalina supaya hadir ke Mahkamah di Raub dan di Kota Bharu. Ini kerana pada 2 Disember 2005 dan 5 Julai 2007 Nik Amalina selaku orang yang didaftarkan sebagai tuanpunya kenderaan AAF26 itu sudah gagal hadir ke Mahkamah.

Saya pasti, apapun ceritanya; rakyat Kelantan pasti sedang menanti penjelasan Nik Aziz mengapa dia tidak dapat mengadap Al Sultan Kelantan. Kita akan terus sedia menanti.