Kerajaan Kelantan bukan penggemis, kami menuntut apa yang menjadi hak kami! Kata-kata YB. Salahuddin Ayub menggegarkan urat saraf saya mendengarnya. Begitu juga semangat ahli-ahli Parlimen PAS seperti Dato’ Kamaruddin Jaafar, Dr. Dzulkefly Ahmad, Dato’ Mahfuz Omar, Siti Zailah dan lain-lain lagi. Setengahnya dari Kelantan, setengahnya anak rantau dan setengahnya dalam kalimah Kelantan di sebut, ‘ore luar’.
Saya berkongsi semangat itu dan saya bersetuju dengan mereka.
Pandangan Peribadi
Tetapi saya juga mahu berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri. Bagi saya, Wang Ehsan yang dijanjikan oleh Perdana Menteri adalah ‘advance bonus’ buat rakyat Kelantan sementara menanti kejayaan didalam tuntutan royalti.
Walaupun dari kacamata rakyat, Wang Ehsan dan royalti adalah benda yang sama cuma istilahnya digunakan mengikut siapa pemerintah negeri. Kalau pemerintah negeri adalah dari BN maka akan dipanggil sebagai royalti seperti termaktub mengikut perjanjian berdasarkan akta 144. Tetapi kalau kerajaan negeri bukan dari BN maka istilah Wang Ehsan akan digunakan dan ia tidak akan dilunaskan seperti kehendak akta 144.
Apapun kalimah dan termanya, bagi saya sesuatu yang bertujuan untuk kebaikan rakyat akan sentiasa bermakna sekiranya ia ditunaikan dengan niat yang baik dan saluran yang lurus.
Oleh yang demikian, persetujuan YAB PM memberi Wang Ehsan sementara rakyat Kelantan terus tabah menuntut royalti adalah amat saya alu-alukan.
Samada ia disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan atau terus kepada Kerajaan Negeri bukan isu penting bagi saya. Yang pentingnya ia disalurkan secara telus dan spesifik seperti kata PM, menerusi projek pembangunan untuk membasmi kemiskinan.
Namun suka saya ingatkan, pesta seperti Monsoon Cup dan projek seperti Masjid Kristal bukanlah sesuatu yang berupaya membasmi kemiskinan. Bahkan setelah 20 tahun lamanya wang royalti diberikan kepada Negeri Terengganu dan kemudiannya disebut Wang Ehsan, Terengganu masih mempunyai kadar kemiskinan yang antara tertinggi di Malaysia dan lebih tinggi dari Kelantan.
Pokok pangkalnya, satu mekanisme yang lebih berkesan diperlukan dan rakyat sendiri seharusnya perlu diberi peluang membuat pilihan apa yang mereka mahukan dari Wang Ehsan tersebut.
YAB Perdana Menteri mengumumkan di Dewan Rakyat pagi ini bahawa pembayaran Wang Ehsan ini adalah berdasarkan terdapatnya aktiviti carigali petroleum di medan yang dipanggil Bumi Selatan.
Bumi Selatan adalah suatu kawasan yang tidak pernah disebut sebelum ini bahkan telah cuba dinafikan oleh banyak pihak bagi melindungi kewujudannya.
Saya pernah menghubungi pihak Carigali Hess, operator yang diberi hak mengeksploit kawasan JDA, iaitu kawasan bertindih tuntutan antara Malaysia dan Thailand.
Soalan yang saya kemukakan kepada mereka adalah berhubung operasi mereka di kawasan yang dipanggil PM301 kerana dari kajian saya mendapati terdapat operasi di medan yang dipanggil Gajah, Ular, Bumi Selatan dan Bergading. Saya mengesyaki bahawa terdapat aktiviti di salah satu atau kesemuanya dan Carigali Hess walaupun operator di Kawasan JDA telah melakukan operasi di PM301, iaitu Perairan Malaysia dan bukan kawasan tuntutan bertindih.
Wakil Carigali Hess menafikan berlaku sebarang aktiviti di PM301.
Selama beberapa lama, saya sendiri merasa terhina kerana kenyataan yang dilemparkan oleh Menteri-Menteri dan pihak-pihak yang terbabit ialah tiada sebarang aktiviti di PM301 dan sesetengahnya berkata, benar ada penemuan tetapi tidak ekonomikal untuk dieksploit.
Hari ini YAB PM mengesahkan bahawa penyelewengan maklumat telah berlaku sekalian lamanya.
Saya mengucapkan terima kasih kepada YAB PM kerana mengesahkan aktiviti eksploitasi petroleum sedang berlaku dan akan terus berlaku di PM301.
Orang Minyak Bernama Husam
Apabila Husam mula melaungkan tuntutan royalti minyak Kelantan sebaik sahaja tewas didalam pemilihan Timbalan Presiden PAS pada muktamar Jun lalu, pelbagai pihak mencemuhnya dan berpendapat Husam sudah sasau dan tak kurang yang mula memanggilnya Husam Minyak.
Hari ini saya memanggil bos saya ini sebagai Husam Orang Minyak. Waktu saya mula berkhidmat dengannya, dia sedang tergila-gila minyak Gaharu. Di penghujung perkhidmatan saya, dia masih gila minyak, tetapi kali ini royalti minyak.
Ramai pihak, di dalam dan diluar Kerajaan Negeri Kelantan memandang serong usaha Husam dan mendakwa bahawa tiada asas diatas tuntutan tersebut.
Saya bekerja keras membantu Husam bukan kerana saya percaya bahawa tuntutan royalti minyak itu berasas, tetapi kerana saya percaya kepada Husam. Atas kepercayaan saya padanya, saya menemui sebab untuk percaya bahawa tuntutan itu benar.
Pengalaman tuntutan royalti ini menjadi lebih manis bila usaha yang saya sangkakan akan makan masa bertahun-tahun tiba-tiba telah menampakkan hasil dalam masa sesingkat 4 bulan sahaja.
Saya kata pada Husam, mulai hari ini, Dato’ tidak lagi sesuai diberi jolokan Lone Ranger atau Robin Hood, Dato’ lebih sesuai dengan panggilan Orang Minyak! Baca tulisan Husam di sini dan sini.
Sepanjang tempoh empat bulan itu, Orang Minyak itu telah meloloskan dirinya melalui pelbagai pintu untuk menemui semua orang yang perlu ditemui untuk mendapatkan maklumat, bantuan dan sokongan. Dan semuanya memberikan petanda positif bahawa tuntutan ini berasas.
Hari ini sungguh manis sekali.
Tetapi kemanisan itu bukan untuk milik semua. Apa yang hampir kesemua kita tidak ketahui, tuntutan royalti minyak ini telah membunuh karier seorang insan bernama Mazlan Mohd Hashim dari Kuantan, Pahang.
Mangsa Pertama Tuntutan Royalti Minyak
Pada 4hb Ogos 2009, ketika sekumpulan rakyat Kelantan sedang belayar ke Pelantar Cakrawala, Mazlan yang bertugas di Pelantar Cakrawala telah meninggalkan 2 komen di blog Kickdefella. Antara intipati komennya ialah doanya supaya ekpedisi ke Cakrawala itu berjaya dan selamat. Di dalam komen itu juga Mazlan memberitahu kepada pembaca bahawa rombongan kami telah tiba berdekatan pelantar tersebut.
Pada 9hb Ogos 2009, apabila saya mengumumkan untuk melakukan pelayaran ke seluruh pelantar di Perairan Kelantan, Mazlan meninggalkan pula komen berbentuk nasihat dan sedikit tips-tips keselamatan.
Pada pagi 12 Ogos 2009, sebaik tiba di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa dengan helikopter dari Pelantar Cakrawala, Mazlan telah terus diiringi oleh wakil pengurusan Carigali Hess dan diarah menerima dan membaca surat tunjuk sebab ke atasnya.
Mazlan dikehendaki memberi jawapan bertulis didalam masa 7 hari mengapa tindakan tidak perlu diambil ke atasnya. Kesalahan Mazlan menurut majikannya ialah kerana komen-komen yang ditinggalkannya di blog ini.
Di dalam keadaan tertekan, Mazlan menyerahkan surat perletakkan jawatannya pada 13 Ogos 2009. Pada hari yang sama perletakkan jawatan Mazlan diterima dan dia diarahkan menadatangani surat yang memaklumkan bahawa dia tidak akan mengambil sebarang tindakan ke atas majikannya selepas itu.
Di dalam kegembiraan menerima pengesahan dan advance bonus dari Perdana Menteri, saya terkenangkan nasib yang menimpa Mazlan. Saya terkenangkan tekanan yang sedang dilalui oleh beliau, isterinya dan anak-anaknya.
Saya menghubungi Mazlan sejurus selepas mendengar pengumuman YAB Perdana Menteri. Mazlan masih menganggur.
Banyak pihak yang telah memain peranan positif dalam tuntutan royalti ini dan Mazlan adalah seorang darinya. Seluruh rakyat Kelantan akan mula menikmati ‘Wang Ehsan’ dari Kerajaan Persekutuan mulai 2010 kesan dari peranan yang dimainkan oleh pelbagai pihak ini tetapi setakat pengetahuan saya, hanya Mazlan seorang yang menjadi mangsa.
Biarlah saya mengambil sedikit ruang disini supaya Mazlan tahu bahawa sumbangannya dihargai. Marilah kita memanjangkan doa supaya dimurahkan rezeki buat saudara Mazlan dan keluarganya. Bagi mereka yang ingin menyumbangkan lebih dari sekadar doa buat Mazlan, boleh menghantar email kepada saya di azidiaziz@yahoo.com.
sheikh..saya amat bersimpati dengan Mazlan..semoga ada insan2 lain yang berupaya membantu Mazlan…tp nampaknya Hess telah berpakat dengan sesetengah pihak utk menutup maklumat seperti yg disebarkan oleh Mazlan..ini sungguh tak patut
Kalau aku ditakdir menjadi Sultan aku bagi pingat gagah berani pada wira-wira seperti Mazlan – dengan pundi emas sekali – kerana telah berjasa kepada rakyat kelantan tapi apakan daya nasib badan..
Di negera Bolehland (ala kartun walts disney campur indian circus) mereka-mereka ini diugut OSA/ISA dll supaya maklumat sebenar terpendam…kill the messenger.
Mungkin kerajaan kelantan bolih menimbang sesuatu..
Sedih saya membaca apa yang telah terjadi kepada En. Mazlan. Saudara jangan risau, memang banyak peluang pekerjaan dalam industri gas dan minyak tetapi saudara mungkin kena kerja kat luar negara.
Anyway, all the existing oilfields, exploration blocks and all PSC contractors operating in Malaysian waters are not a secret. Shame on you, those who have pressured Carigali-Hess to get at Saudara Mazlan.
Limpahkanlah rezeki kepada Saudara Mazlan
he can pursue for the wrongful dismissal against his former employer in the industrial court. he surely will be well-compensated then!
i mean constructive dismissal….
Cadangan saya, saudara Mazlan boleh dibantu dengan diberikan publisiti meluas seperti di muka hadapan akhbar Harakah dan online Malaysiakini. Disamping mendapat ‘political mileage’ oleh Pakatan Rakyat, saudara Mazlan mungkin akan diberikan pampasan (di luar mahkamah) bagi menjaga nama baik bekas majikannya.
bro sheikh
macamana saya bole hulurkan bantuan sedikit kewangan kepada wira ini?
saya cadangkan saudara panjangkan juga artikel ini kepada semua website popular spt malaysia today dll.
saya amt terharu dgn en mazlan, kerajaan negeri sepatutnya memberi anugerah kepada nya.
setuju juga dgn ExTIKL
bravo encik mazlan! komen2 anda byk membantu dalam usaha ini suma
Moga Allah merahmati kamu Mazlan..
Lesson learnt
Jangan lah sesekali bercakap perkara yang benar,
Selalulah berbohong dalam berurusan atau apa sekalipun,
Kerana kita akan dihukum jika kita bercakap benar,
Kita akan di sanjung bila kita berbohong, berjanji kosong ataupun mengampu.
Inilah kebenaran..Bukti sudah di tunjukkan dalam kes saudara Mazlan.
Moral: selalulah berbohong.
Semoga pihak Kerajaan Negeri Kelantan dapat memberi sedikit sumbangan dan memberi perkerjaan kepada En. Mazlan.
Harap pihak Dato’ Husam Musa dapat membantu En. Mazlan kita ni.
Sian ko dia Kick, tp sy percaya akan dibantu.
In Kelantan, this slogan does not apply….
“Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”
Di Kelantan, slogan berhantu ini tidak ada nilai…“Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”.
Sekian dahulu wahai Rakyat Kelantan. Buah kilas sudah ada, PRU13 kita pastikan UMNO langsung mati di Kelantan.
Hak Kelantan, Utk Rakyat Kelantan!!
Malaysians need to play a part in running the country and not just leave the politicians to do whatever they like.
You Need To Get Involved, Know What Is Happening & Going On In Malaysia
Kalau kelantan berjaya dlm usahanya untuk membatalkan perjanjian carigali dengan petronas, dan Kerajaan Kelantan boleh JV dengan mana-mana company untuk projek carigali ni, kami sarankan Kerajaan kelantan ambil saudara Mazlan sebagai staff. Hargai jasa dan pengorbanan beliau. Beliau sepatutnya diberikan penghormatan oleh Kerajaan Kelantan dengan kadar segera.
Syabas Mazlan kerana membela kebenaran.
http://www.pemudakemehe1.blogspot.com
dasar menate umbo.bn laknatullah!!!!!!!!!!
mampusssssssssssssssssssss umno.bn!!!!!!!!!!!
rakyat kelate hok ado xxxxxxxx selain puak umno/bn wajib tuntut hak minyak kelate
walau 5 % ,,tapi..dari ratus2 billion!!!!!!!!
to bro mazlan…tak boleh apply utk tecnician kat Qatar oil and gas company ke?..sain2 ambo kat kerteh rama doh dok qatar…tapi tak pe..Insya’Allah ada hikmah tu kerana membela kebenaran..mungkin dapat yg lebih baik daripada ini….
mazlan..’the unsung heroes’…tok ngomen doh ko ‘susuk 01’
moga2 Allah mbukak pintu rezeki yg melimpah rauh pd beliau.
wa amat yakin
apa yg Allah tarik
akan diganti dgn yg lebih baik…
insyaAllah.
saya percaya akan ada rahmat yang melimpahi saudara mazlan selepas ini….samada didunia dan akhirat….besar ‘pengorbanan’ anda utk rakyat kelantan….moga saudara sheikh ‘perjuangkan’ isu saudara kita nii…
Keberanian dan keikhlasan Mazlan harus di contohi anak-anak muda Kelantan di seluruh negara.Saya percaya ada 1,000 ” Mazlan” lagi sedang menunggu untuk tampil bersuara !
Beliau patut di beri pingat kebenaran atau gelaran Dato atas keberaniannya.
(Bukan seperti memberi gelaran i kepada artis luar negara yang datang untuk kencing dan berak sahaja di sini}
Allah bersama dengan orang yang benar.Semoga Sdr Mazlan berjaya dunia dan akhirat.
ps. (ralat)
…beliau patut diberkan pingat keberanian dan…
ps. (ralat)
… pingat keberanian (bukan pingat kebenaran,maaf).
Saya pernah bekerja dengan Mazlan….very good person…humble…
Insyaallah anda menolong dalam perkara kebenaran. Jangan takut saudara Mazlan. Doa orang-orang soleh akan sentiasa bersama saudara. Rezeki Allah ada dimana2.
semuanya sudah tersurat setakat ini… UMNO telah menunjukkan pintu keluar kepada diri mereka sendiri…
APA LAGI YANG KITA TUNGGU… SERANGAN TAKTIKAL PERLU DIRANGKA @ KALO DAH RANGKA, DAH BOLEH START DAH… BERMULA DI MEDAN ILMU PAGI NIIIII…
MAPUHHHHHHHHHH UMNO LAKNATULLLAAHHH
mapuh ko?Tak baik mendoakan kemampusan orang nawi.Laknatullah tak elok nak ckp kat orng.Masih ada yg baik dlm umno macam ade yg jahat juga dlm PAS.Itulah dunia tiada yg sempurna.
Salam… Amatlah berbangga ada kawan seperti sdr mazlan.. Insya’Allah.. setiap yg baik tu akan di balas juga dgn kebaikan… Insya’Allah…
-sdr. mazlan.. jom minum… lama tak minum sama2…-
~zam~
Great job,
Kudos to you, Husam, Sallahudin Ayub, Tengku, and all PAS members who has been trying hard to get the royalty.
harap kerajaan kelantan dapat tawarkan mazlan keja…pengalaman dia boleh digunakan dalam membantu kerajaan negeri membangunkan kelantan
Bolel lan PAS calunkam Maslan pada pilihanraya akan datang.Tu mamat yang rakam korek korek,korek,boleh jadi wakil raayat.Takkan RAAYAT KELANTAN tak boleh menangkan Maslan.
~TERKINI ~ diberitakan bahawa pucuk pimpinan PR dah setuju utk memberi royalti 10% kpd Kerajaan Kelantan (seperti yg ditawarkan kpd Sabah) jika PR mengambilalih K’Jaan Pusat selepas PRU13. Ini akan memberi tekanan kpd BN utk tukar Wang Ikhsan kpd royalti – sama mcm tekanan kpd BN sebelum ini hingga BN dah isytihar 16 Sept sbg cuti umum. Syabas PR – teruskan tekanan – jgn biar PAS sendirian tuntut hak royalti minyak.
Ayuh sebarkan berita ini seluas-luasnya. Kasi gegar itu blog 1Malaysia.com tu !!
~TERKINI ~
diberitakan bahawa pucuk pimpinan PR dah setuju utk memberi royalti 10% kpd Kerajaan Kelantan (seperti yg ditawarkan kpd Sabah) jika PR mengambilalih K’Jaan Pusat selepas PRU13. Ini akan memberi tekanan kpd BN utk tukar Wang Ikhsan kpd royalti – sama mcm tekanan kpd BN sebelum ini hingga BN dah isytihar 16 Sept sbg cuti umum. Syabas PR – teruskan tekanan – jgn biar PAS sendirian tuntut hak royalti minyak.
Ayuh sebarkan berita ini seluas-luasnya. Kasi gegar itu blog 1Malaysia.com tu !!
~~TERKINI ~~
diberitakan bahawa pucuk pimpinan PR dah setuju utk memberi royalti 10% kpd Kerajaan Kelantan (seperti yg ditawarkan kpd Sabah) jika PR mengambilalih K’Jaan Pusat selepas PRU13. Ini akan memberi tekanan kpd BN utk tukar Wang Ikhsan kpd royalti – sama mcm tekanan kpd BN sebelum ini hingga BN dah isytihar 16 Sept sbg cuti umum. Syabas PR – teruskan tekanan – jgn biar PAS sendirian tuntut hak royalti minyak.
Ayuh sebarkan berita ini seluas-luasnya. Kasi gegar itu blog 1Malaysia.com tu !!
salam,
saudara mazlan buleh contact ambo, ambo ada kerja kosong utk anda!!
Tuan,
1.Pusat kata A, kjaan Kelate kata B….bawa ke mahkamah ….biar mahkamah tentukan……..
2.Kalau kjaan kelate ada kuasa…batalkan perjanjian….kita lihat nanti…
3.Yg ana lihat….kita semua bermain dgn fakta yg tidak dapat dibuktikan…..ok kalau ada bukti….kemukakan….
4.cara ini sebenarnya cara politik yg akan ambil kira kepentingan masing-masing….akan hanya menimbulkan kebencian juga FITNAH………..
kubang kerian, kelantan
Video Dr. Aziz Bari pasai Hj Hadi…… tengok jangan tak tengok….. video Aziz Bari menyelar Hadi Awang
Alhamdulillah akhirnya bulan cerah kembali…tapi harus ingat dan berhati hati, perjalanan baru bermula. Banyak benda lagi yang perlu ditempuhi. Berbekalkan pengalaman yang ada sama2 kita harungi. Takbiiir!!!
Hadis Sahih Bukhari
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Rasulullah saw. bersabda: “Orang kaya yang melambat-lambatkan (membayar hutang, zakat harta dan lain-lain kewajiban yang harus dibayarnya) adalah zalim (aniaya). Apabila seorang di antaramu dipindahkan hutang-piutangnya kepada orang yang berpunya (kaya) hendaklah diturutinya (ditagihnya).”
Hadis Sahih Bukhari
Dari Abdullah bin Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang Islam itu saudara orang Islam; ia tidak menganiayanya dan tidak pula membiarkannya teraniaya. Siapa yang menolong keperluan saudaranya, Allah akan menolong keperluannya pula. Siapa yang menghilangkan kesusahan orang Islam, Allah akan menghilangkan kesusahannya di hari kiamat. Siapa yang menutup rahsia orang Islam, Allah akan menutup rahsianya di hari kiamat nanti.”
kami turut kecewa..teringin melihat kelantan membangun dibawah pimpinan lebih2 lagi dengan wang royalti.
Mereka merancang, Allah juga merancang, tapi rancangan Allah yang akan berjaya akhirnya.
InsyaAllah.perlu bersabar!
BAGAIMANA SAYA BOLEH MEMBANTU MAZLAN SEKADAR TERMAMPU??
Saya anak kelate. Kalu ada wang ehsan saya, saya serahkan kepada saudara mazlan dan keluarganya.
Mafhum ayat al-Quran, “….Janganlah kamu memakan harta saudara kamu dengan cara yang bathil (tidak haq)…”
Akibat tidak memperdulikan dan tidak mahu merujuk hukum syarak di dalam berpolitik, kita (sesama Muslim) bertelagah tentang minyak, seolah-olah agama kita tidak pernah membahas dan memberi penyelesaian tentangnya. Inilah natijah daripada pemikiran dan pengamalan sistem politik sekular dan ekonomi kapitalis – (baik oleh UMNO atau PAS) – sehingga pengurusan hak-hak kepemilikan – hak milik negara, hak milik rakyat dan hak milik individu – tidak diurus ikut syarak. Minyak, dan galian-galian perut bumi lain (dalam kuantiti besar) seperti gas, bijih, garam, berlian dsb. hak kepemilikan awam (rakyat), yang tidak ada pihak lain ( sama ada kerajaan atau swasta, Patronas misalnya) dibolehkan mengambil manfaat daripadanya. Dia milik rakyat, sama seperti elektrik, sungai, padang ragut, hutan dsb. dan manfaatnya dikembalikan kepada rakyat. Kerajaan atau swasta boleh mengelolakan penghasilannya ikut kaedah/hukum syarak yang dipersetujui, tapi ambil kos (modal) dan upah kerja sahaja. Untuk mengambilnya menjadi hak milik sendiri dan menjualnya sendiri untuk mendapat keuntungan, syarak tidak membolehkan. Kerajaan-kerajaan pusat dan negeri tentu akan tanya, “Kami dapat apa?”. Untuk jawapannya, rujuk Menteri (Hal-Ehwal Islam) di Jabatan Perdana Menteri – yang diam sahaja ketika orang sibuk berebut minyak – dan tanya apa itu kharaj, ghanimah, fai’ dan jizyah. Dengan itu sahaja, negara Islam era keKhilafahan dulu kaya raya. Bayangkan, kalau kekayaan minyak yang ada di seluruh dunia Islam dikelolakan ikut syarak, akan adakah umat Islam yang merempat? Juga, kalau negara Islam berupaya mengumpul kharaj, jizyah, fai’ dan ghanimah, alangkah hebatnya Dunia Islam. Sebab itulah negara Khilafah dahulu menjadi satu-satunya adidaya (super power) dunia selama lebih 1300 tahun. Sekarang kita teramat kerdil kerana cara kita memahami dan mendukung Islam pun kerdil juga setelah kita kebiri hukum-hukum Allah.
14 Nov 2009
Salam – Bolih tak I dapat dia punya email address…..kawan lama kat ITM 1982-86 but lost contact. Wassalam
azidiaziz@yahoo.com