Kenyataan Media
Saya merujuk kepada kenyataan YAB Perdana Menteri Malaysia di Dewan Rakyat pada hari ini 16 Zulkaedah 1430H bersamaan 4 November 2009, mengenai tuntutan royalti petroleum Kerajaan Negeri Kelantan.
1. Royalti atau Wang Ehsan?
Bersama kenyataan ini, saya kembarkan kenyataan media (media release) PETRONAS bertarikh 25 Jun 2009, yang juga boleh dilayari di laman web PETRONAS.
Saya petik apa yang ditulis;
Another RM6.2 bilion was paid in royalty payments to the state governments of Terengganu (RM3.0 bilion), Sarawak (RM2.3 bilion) and Sabah (RM0.9 bilion)
Perhatikan istilah yang digunakan – royalty payment to the state government of Terengganu, Sarawak and Sabah.
Pertama: Ianya ‘Royalty Payment’ termasuk kepada Terengganu dan bukannya ‘Wang Ehsan’
Kedua: ‘to the state governments’ bukannya diuruskan oleh ‘Kerajaan Persekutuan’.
Berasakan ‘media release’ rasmi PETRONAS ini, nyatalah kenyataan YAB Perdana Menteri di Parlimen bahawa bayaran kepada Terengganu sebagai ‘Wang Ehsan’ adalah salah dan ‘misleading’.
2. 3 Batu Nautikal
Pengeluaran petroleum di Sabah, Sarawak dan Terengganu juga berada di luar 3 batu nautikal.
Mengapa Sabah dibayar royalti, bukan ‘Wang Ehsan’?
Mengapa Sarawak dibayar royalti dan bukan ‘Wang Ehsan’?
Mengapa Terengganu juga dibayar royalti terus kepada Kerajaan Negeri?
Nyata asas yang disebut oleh YAB Perdana Menteri mengenai 3 batu nautikal adalah tidak berasas bagi kes-kes Sabah, Sarawak dan Terengganu. Ia sengaja digunakan untuk mendiskriminasikan Kerajaan dan Rakyat Kelantan.
3. Respon Kerajaan Negeri
Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan hari ini bersetuju melantik panel rasmi guaman untuk menasihati Kerajaan Negeri mengenai langkah selanjutnya yang perlu diambil sehingga tuntutan royalti minyak ini dipenuhi.
Antara isu yang dicadang dipertimbangkan oleh panel guaman ini ialah;
- Kemungkinan mengambil tindakan mahkamah membatalkan perjanjian penyerahan hak kepada PETRONAS untuk mencarigali dan mengeluarkan sumber petroleum di darat dan lautan Negeri Kelantan 1975 jika sekiranya tuntutan royalti tetap tidak dipatuhi.
- Kemungkinan untuk Kerajaan Negeri mengambil tindakan mahkamah di luar negara termasuk perintah injunksi menghentikan pengeluaran di JDA dan CAA yang melibatkan entiti dan syarikat antarabangsa.
Walaubagaimanapun, keputusan muktamad akan ditentukan kemudian selepas pandangan dari panel guaman tersebut.
4. Mengapa ‘Wang Ehsan’ harus diurus oleh Kerajaan Pusat?
Pengumuman YAB Perdana Menteri bahawa Kelantan hanya layak menerima ‘Wang Ehsan’ dan bukannya royalti dan wang ini pula akan diurus oleh Kerajaan Pusat adalah satu keputusan politik. Ia membelakangkan semangat federalisme, kedaulatan undang-undang dan penghormatan terhadap perjanjian dan penghormatan terhadap perjanjian dan menekankan kepentingan politik semata-mata.
Keberkesanan pengurusan oleh Kerajaan Pusat boleh dipertikaikan. Sebagai bukti, dengan jumlah royalti yang besar untuk Terengganu bagi tempoh 20 tahun lalu, masih gagal membenteras kadar kemiskinan yang kekal tinggi di Terengganu.
Kerajaan Negeri mencadangkan ‘Wang Ehsan’ ini dibayar kepada Kerajaan Negeri dan sebuah Badan Penyelaras Penggunaannya bolehlah ditubuhkan dan Kerajaan Pusat boleh menghantar wakil menyertainya untuk memantau penggunaan wang ini.
5. Sekali lagi kami berharap YAB Perdana Menteri berfikir semula dan mengambil kira tuntutan ini atas prinsip kesaksamaan, kedaulatan wilayah dan semangat federalisme yang utuh serta penghormatan perjanjian yang termaktub demi kesejahteraan dan keharmonian Negara Malaysia.
YB. DATO’ HAJI HUSAM BIN HAJI MUSA
PENGERUSI JAWATANKUASA PERANCANGAN EKONOMI,
KEWANGAN DAN KEBAJIKAN
AHLI MAJLIS MESYUARAT
KERAJAAN NEGERI KELANTAN
16 ZULKAEDAH 1430H
04 NOVEMBER 2009
Salam,
Saya rasa tindakan dan respons kerajaan negeri kelantan adalah sangat tepat. pemberian wang ehsan, selain tidak menepati semangat federalism dan peruntukan dalam perjanjian kerajaan negeri dengan petronas, hanya akan menguntungkan puak/juak/kroni tertentu dalam umno sahaja dan telah banyak bukti seperti itu boleh dilihat di terengganu selama tempoh wang ehsan dikendalikan oleh umno (bukan kerajaan negeri).
Salam
Ikut sejarah, telah pun berlaku sebelum ini bila mana Pas memerintah Terengganu, royalti minyak di’naik-taraf’ sebagai wang ehsan, dan dilaksanakan oleh kroni-kroni yang berkenaan yang berlindung disebalik agensi kerajaan persekutuan. Bila BN memerintah barulah ianya dikembalikan? kepada royalti semula kepada kerajaan negeri. Terkini pengumuman oleh PM anak murid Tun Mahathir, pelaksana kes Terengganu sekadar pelengkap. Yang jadi mangsa tetap rakyat Islam berbangsa Melayu
Syabas! kepada TGNA (sampai hijack Najib kat airport!), Ku Li , Husam dan bro sendiri -juga termasuk pelayar-pelayar bahtera tempuh hari (tolak pemberita senget) yang telah bermati-matian memperjuangkan isu royalti.
Round 2 : Berjuang memastikan wang royalti ini disalurkan terus kepada kerajaan negeri bukan kepada mulut-mulut buaya/warlords/lanun AMNO.
Najib janganlah berdalih berbohong dan cuba menipu rakyat kelantan. Diaorang ke laut pun cerdik!
Haha.. patutlah Hassan Marican senyap-sepi….
Najib sedang menterjemahkan Makna 1Malaysia kepada rakyat Kelantan
baguslah Najib, election nanti rakyat tetap pilih Pas dan makin ramai pengundi akan tolak umno.
this is point 1 (and the main point) why kelantan should not vote for BN in the PRU13. obviously kelantan can already compare to what happened in terengganu and how the “wang ehsan” was misused. therefore, kelantan should not be blinded with sweet offerings coated in the name of “wang ehsan”.
we are not fools. we know the difference between a royalty and “wang ehsan”.
the first thing kelantan should do once the royalty is given, is to build good networks of highways and roads. once the basic infrastructure is laid, the businesses will come rushing knocking at the door steps. and later we can build the gateway from the north-east, to rival the one in the south.
lanun UMNO melalui JPP akan manage wang ehsan kalu dibagi kelak
maka, kenyanglah stopa mohamad, awang adek dll. puak umno kelate
tak bolehkah disponsorkan banner di stadium bukit jalil…satu malaysia akan ‘menikmatinya’….
buah cempedak menjadi nangka,ular lidi menjadi naga,tahniah dato` kerana kejayaan ini,the dream is true,dato you`re the great one like Cyrus The Great !
ada ke lapangan minyak kurang dari 3 batu nautikal di trengganu, sabah atau sarawak?
Brother
Ini cerita ada betul ka? Ini MACC menyiasat Tuan Guru Nik Aziz punya menantu pasal dia ada rasuah. Sini baca, brother —-
http://rockybru.com.my/2009/11/macc-visits-kelantan-chief-minister-inc.html
Please kasi komen ya…
APAKAH YANG MAHU DIHARAPKAN LAGI PADA UMNO..
Assalamualaikum wbt… salam sejahtera utk adik kakok yang dihormati sekalian…
pertama sekali ambo mengucap syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya ambo sempat lagi menitipkan kata2 dari hati dan fikiran ambo di blog abe sheih kito… sejak lama ambo menjadikan blog ni sebagai rujukan utama ambo dalam melepaskan nafsu idealisme & mencari pengalaman baru…
Kedua.. tersurat sudah.. wang ehsan..
Ketiga.. apa lagi yang rakyat, sekalian peringkat umur.. kecik besar tua muda miskin kaya & pelbagai kaum dan agama mahu harapkan kepada sekelompok manusia yang tidak segan silu menyekat rezeki tuhan.. APAKAH MEREKA MERASAKAN MEREKA LEBIH BESAR DARI TUHAN??
Mereka sedang membendung air, dimana satu hari kelak air yang dibendung itu akan tidak dapat ditampung lagi… dan mungkin akan menyeret mereka ke dinding gunung yang keras… air yang dibendung ini akan menghempap mereka dari batu ke batu, dari jeram kejeram.. apa yang tinggal.. mungkin sisa2 daging yg tersiat.. itu pon mungkin akan dimakan anak2 seluang…
keempat.. apakah ada lagi harapan kepada UMNO selepas ini?
sesungguhnya mereka tidak belajar dari apa yang berlaku diterenggganu!! apakah mereka telah berubah?? TIDAK!!
Apakah mereka telah faham aspirasi rakyat?? TIDAK!!
Apakah mereka sedar keperluan mendahulukan rakyat dalam semua segi tidak hanya meletakkan calon rasuah dalam PRK?? TIDAK!!
Apakah tidak cukup lagi kerosakan dan kehancuran institusi masyarakat diterengganu dr segi pendidikan dan kemiskinan?? Apakah mereka sudah terlalu buta hingga menjadi BUTA TULI.. ???
Jalan Gua Musang – Cameron Highlands sehingga hari ini masih rusak dan tidak selamat untuk dilalui…!! adakah mereka mahu mkenambah timbangan DOSA diri mereka sendiri???
Apakah mereka merasakan ingkar perjanjian yang telah tertulis itu adalah amalan yang mulia???
WAHAI MELAYU.. WAHAI CINA.. WAHAI INDIA.. WAHAI SIAM.. WAHAI SIKH.. WAHAI SERANI.. WAHAI BUMIPUTERA BORNEO… !!!!!!
APA LAGI YANG MAHU KITA HARAPKAN PADA UMNO..!!!! VOTE THEM OUT!! KICK THEM OUT!!!
untuk pemimpin umno kelate yang sebelum ini menyatakan kelantan tiada pengeluaran minyak or gas..kata che det diblognya Mustapa mohamad lah sendiri yang menyekat peruntukan ke kelantan dan mustapa mohamad dan awang adek antara pemimpin kelantan yang mengatakan kelantan tidak layak dan tiada pengeluaran minyak di kelantan…
macam nii ker pemimpin yang boleh diharap atau disandarkan harapan untuk pembangunan kelantan…awal awal lagi dengan sembrono menolak HAK rakyat kelantan (dia sendiri pun kelantanese)…Masa di dewan dun baru baru ini tersentuh jugak bilamana perbahasan penutup wakil pembangkang dari negiri bangun menyatakan sokongan dengan kerajaan sekarang yang menuntut HAK Kelantan..(walau mungkin dia amat setuju dengan pembayaran melalui wang ehsan)…..
Tanyalah wakil AGENSI kerajaan persekutuan di terengganu bilamana wang ehsan diberikan pada setiap agensi…sesetengahnya tak dapat dihabiskan terus membelanjakan tanpa program yang ‘menguntung’ kan rakyat…Ini kerana setiap agensi terhad melakukan pembangunan dengan bidang agensinya sahaja….itu yang tercurah kepada monson cup, masjid kristal, menghias masjid(bukan tak setuju tetapi bagi saya lebih baik dibuat program utk mengimarah masjid)……
wahai rakyat kelantan. teruskan perjuangan!
tidak ada wira yang mati setelah duduk2 saja di depan tv!!!
kita perlu bersama TGNA dan Husam dan semua pemimpin yang memperjuangkan hak kita!
salam pantai timur…
Nampaknya Perdana Menteri Malaysia dah memperbodohkan dan memalukan rakyat Kelantan. Tak kan ore kelate senyap je kot,kalau malu kalah bola sampai mengamuk bakar kerusi,rosak harta awam,ni di bodohkan macam orang bodoh royalti jadi wang ehsan,dah habis semangat ke sebab kalah bola.cuba buat macam tengok bola ari tu juga,baru orang lain respek semula,bakar stadium pun orang akan lupa…
(al-kisah :Suatu pagi,seorang cikgu pondok masuk ke kelas mengajar…
cuba murid2 eja perkataan ini… ” R O Y A L T I ” bunyi nye ape murid2….
“WANG EHSAN” cikgu….
merah menyala muka cikgu yang mempunyai diploma Maktab Perguruan terkenal. terus di bagi penendang pelajar yang jawab tak ngam dengan ejaan. dua hari berikutnya cikgu tersebut telah didatangi oleh orang yang tidak dikenali menjelaskan bahawa tindakan cikgu itu salah dan tak layak untuk mengajar, jawapan murid2 itu sebenarnya betul. “) he heee. bro syeikh…ko boleh sambung skrip drama ni bagi habis ye
Ambik jangan banyak cakap,bagi pun belum sampai ketangan rakyat,MB pun bukan boleh harap sangat
Tutup je telaga minyak tu,gadoh pasal duit Ehsan buat ape
Jangan nafikan hak rakyat kelantan sebagaimana perjanjian asal dengan petronas. Jangan nak putar belit fakta sebenar. Umno/Bn sengaja buat hal semata-mata kerana politik. Wang ehsan diguna untuk diberi secara langsung kepada rakyat kelantan untuk buat tahi… Tanpa wang ehsan sebelum ini pun rakyat kelantan boleh hidup. Sepatutnya wang itu diguna untuk manfaat semua seperti baiki jalan kampung, baiki jalan raya yang rosak, projek pengairan dan lain-lain projek ekonomi untuk meningkatkan pendapatan rakyat. Jangan guna wang rakyat untuk kepentingan politik umno/bn. Sebagai rakyat kelantan…tidak rela sedikitpun wang rakyat diguna untuk politik umno/bn. Di dunia umno/bn boleh putar belit..tapi hakikat sebenarnya royalti bukan wang ehsan. Ingatlah Allah sentiasa bersama orang-orang yang benar…Hanya orang-orang yang beriman benar-benar takut kepada Allah dan berkata benar…Janganlah kita bersama orang-orang yang berdusta…