JOURNEY MAP

Jarak keseluruhan perlayaran yang dirancang ialah lebih kurang 400 batu nautikal atau lebih kurang 700 km, melalui 14 infrastruktur eksploitasi gas dan petroliam di Laut Cina Selatan.

Itulah perancangan saya. Saya amat berterima kasih diatas email-email yang saya terima daripada pembaca yang meminta nombor akaun saya untuk memberikan sumbangan. Seperti juga komen yang saya tinggalkan diposting terdahulu, saya belum bersedia menerima sumbangan kewangan kerana,

  • Segala-galanya perlu dipastikan terlebih dahulu, dan
  • Sebarang kutipan biarlah dibuat oleh pihak ketiga bagi menjamin ketelusannya.

Sehingga kini juga tidak kurang email-email yang memberikan pelbagai maklumat terperinci yang boleh membantu pelayaran ini. Maklumat-maklumat ini banyak membantu saya menyiapkan peta cadangan pelayaran di atas.

Namun, pelayaran ini tidak akan menjadi nyata tanpa kemudahan untuk belayar. Iaitu yang paling penting ialah bot. Sehingga kini pihak saya belum dapat mengenal pasti bot yang boleh digunakan. Saya dan rakan-rakan telah menghubungi banyak pihak tetapi sehingga ke hari ini, apa yang kami dapati bukan bot tetapi hanyalah alasan mengapa bot-bot yang kami kenalpasti tidak boleh digunakan.

Oleh yang demikian, saya merayu dari para pembaca, sahabat dan kenalan, yang mungkin dapat membantu mengenalpasti bot yang boleh dan mampu untuk pelayaran ini.

Seperti biasa, saya boleh dihubungi menerusi email di azidiaziz@yahoo.com.

Baca : Pelayaran Yang Belum Selesai