Berikut adalah bahagian kedua sidang media Tuan Guru semalam,
Bila ditanya adakah pemilihan pucuk pimpinan PAS Jun ini akan mengutamakan calon-calon yang berpotensi untuk menarik sokongan semua lapisan kaum masyarakat tanpa mengira agama , Tuan Guru menjawab, “Tentu!”.
Apabila diminta memberi penjelasan lanjut tentang nasib golongan profesional didalam pemilihan PAS nanti, Tuan Guru berkata, “Profesional, profesional pulak… Zaman Nabi dulu, S.A.W, dia seorang saja alim, orang lain sahabat Nabi yang lain diaorang semua profesional, lama kelamaan, apa ni gabungan berlaku diantara ilmu Islam dan Ilmu profesional, dan wujudnya dunia ini Allah S.W.T kerana alam ini, Allah S.W.T baqa kerana alam ini, Allah S.W.T kudratkan kerana alam ini, alam alam ni maknanya profesional lah tu, kalau tak, tak boleh reti geografi, tak reti sains tak boleh reti akademik. Akademik inilah yang menjadi dalil kekuasaan Allah S.W.T.
Selain daripada itu, Tuan Guru juga menegaskan bahawa usah golongan profesional, bahkan menjadi cita-citanya melihat orang bukan Melayu yang cukup syarat kelayakan dan ilmu Islamnya satu hari nanti akan berada di menjadi ahli Dewan Ulama PAS.
Berikut ialah teks yang diedarkan kepada media semalam,
MATAN SIDANG AKHBAR DEKLARASI PERPADUAN NASIONAL
DAN KEAMANAN SEJAGAT 13 MEI 2009
BISMILLAHIR RAHMANIR RAHIM
“ Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami (Allah) telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan keturunan, supaya kamu saling berkenalan (dan beramah mesra diantara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia dari kalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa dari kalangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan (akan keadaaan dan amalan kamu).”
(Surah Al-Hujurat: Ayat 13)
Dengan perkembangan-perkembangan laporan di pelbagai segmen kehidupan baik luar negara mahupun dalam negeri, yang sejak akhir-akhir ini lebih bnayak menimbulkan kerisauan, berbanding dengan berita, akhbar dan harapan yang lega untuk kita semua, saya seolah-olah dapat merasakan betapa rakyat kita sudah semakin berada dalam rasa resah, ketidak tentuan dan serba salah. Mereka bukan tidak ada sebuah kerajaan atau tidak ada pemimpin tetapi apalah daya mereka apabila mereka tidak lagi terasa yang kehidupan mereka dilindungi. Apa yang ada di carta semak “harapan sebuah kebahagiaan” yang dijanjikan untuk diri, keluarga, agama dan negara mereka; hampir semua kabur dan sedang berada dalam suasana yang cukup berkecamuk.
Walaupun di sana terdapat banyak masjid yang indah-indah, teks khutbah, janji, piagam, lagu patriotik dan ikrar yang dilaung dan digantung mana-mana tetapi ia sekadar deklarasi-deklarasi kosong yang tiada roh. Ini kerana ia kehilangan kujujuran. Ia ketiadaan berkat kerana ia tidak diseru hasrat ikhlas untuk benar-benar memelihara adab dan agama, demokrasi dan keamanan serta perpaduan dan kesejahteraan. Dalam banyak kes dan contoh, apa kepentingan awam menjadi milik kroni bagi pihak proksi dan rakan kongsi unutk tujuan-tujuan persendirian.
Di atas nama mahukan politik yang stabil demi memperkukuhkan ekonomi negara, pengukuhan kerajaan telah dilakukan melaui projek-projek pembangunan. Dari situlah bermulanya ketirisan, pembaziran, rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Mereka yang memegang amanah, telah mengkhianati amanah. Contoh tipikal ialah apa yang telah dan sedang berlaku di Perak sekarang. Maka, jadilah banyak slogan yang baik-baik itu menjadi motto kosong yang tidak memberi apa-apa kesan dan harapan pemulihan. Selaras dengan ini, jika tarikh 13 Mei sebelum ini sering dirujuk kepada tragedi buruk yang menghitamkan sejarah perpaduan kaum di negara kita maka saya kira tanggal 13 Mei untuk masa-masa ke hadapan boleh kita jadikan sebagai tanggal yang boleh mencetus momemtum baru.
Hari ini, 13 Mei 2009 Masehi bersamaan 18 Jamadil Awal 1430 Hijrah, izinkan saya mengajak diri saya dan seluruh rakyat Malaysia supaya kembali mencintai diri sendiri terlebih dahulu. Untuk mencintai diri demi untuk selamat di Yaumul Qiamah seperti yang sering orang Islam ulangi di setiap kali solat kita pertama-tamanya perlu sihat dan selamat terlebih dahulu. Dari itu, kita perlu pula sentiasa berada dalam keadaan yang sentiasa tenang, tenteram dan gembira. Untuk Bahagia, tenang dan gembira, tentu kita wajib hidup dalam sebuah disiplin hidup beragama. Kembalilah kepada ajaran agama dan bertaqwalah kepada Allah SWT: itu permis kebahagiaan yang pertama. Kedua, kita perlukan sebuah kerajaan yang betul- betul berjiwa rakyat. Oleh kerana kita telah memilih system demokrasi berparlimen sebagai aliran pemerintah dan premis hidup bernegara, maka kita perlu diberikan hak sivil, kebebasan bersuara , berhimpun secara aman, menghormati prinsip pengasingan kuasa dan “rule of law and natural justice” serta segala amalan hak asasi manusia seperti yang dijamin oleh perlembagaan. Ini bertindak sebagai asas pra syarat utama bagi seluruh rakyat Malaysia. Rakyat perlu diberi atau di kembalikan semula hak- hak tersebut jika ia telah dirampas dari tangan mereka selama ini. Ketiga, setiap rakyat dari pelbagai bangsa, agama, etnik, dan keturunan perlu mendapat perlindungan keselamatan dari segala gangguan jenayah ragut, rogol, rampas, bunuh, bom, dan bakar yang semakin menjadi- jadi. Selagi rakyat tidak merasa selamat dan terasa dilindungi ketika menjalani dan melaksanakan kehidupan beragama dan aktiviti mencari rezeki seharian : terasa dipelihara keselamatan mereka dari segi nyawa, maruah, air muka, tubuh badab dan harta benda dari difitnah dan di musnah: maka selama itulah kerajaan yang bertanggungjawab tidak boleh merasa selamat . ini soal hak yang sangat asas . ia menjadi hak asasi milik setiap setiap rakyat yang wajib dipelihara , sentiasa diberi dan selamanya dihormati. Mari kita jadikan tanggal 13 mei 2009 sebagai titik tolak perubahan ke arah memperkukuhkan suasana hidup beragama , mempereratkan persaudaraan dan muhibah serta menolak mana- mana pihak yang merosakkan perpaduan kaum dengan mencetus isu- isu perkauman yang bukan- bukan untuk mengaut mileage politik bagi melanjutkan hayat perjuangan mereka berasaskan semangat kebangsaan. Kepada semua orang islam tanpa mengira bangsa, izinkan saya berseru supaya hayatilah mesej dan roh lafaz salam “assala mu’alaikum warahmatullah” dengan sepenuhnya. Di sana ada makna persaudaraan yang sangat dalam. Bagi seluruh rakyat Malaysia pada amnya, mari kita kukuhkan ukhuwwah dalam semangat Pakatan Rakyat berbilang kaum untuk memulihkan demokrasi di Malaysia dengan menolak segala amalan kezaliman, rasuah dan ketidak adilan.
Terima kasih dan Wassalam.
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS
Bertarikh : 18 Jamadil Awal 1430
13 Mei 2009.
Wahai YB,Nik Aziz,ahli PAS dan ahli PKR yang ISLAM yg kononnya hebat dalam agama..
UMNO itu dianggotai oleh orang ISLAM adakah UMNO itu kotor kerana AKIDAH mereka??
Adakah kafir DAP dan kafir PKR itu lebih MULIA daripada SAUDARA ISLAM kamu??
Jiakalu UMNO tak kuat AKIDAHnya,Kenapa PAS dan PEMIMPIN PKR yang mejunjung ISLAM tidak membuat PERARAKAN BESAR-BESARAN membantah pengumuman kabinet berkenaan ANAK-ANAK YANG DIPAKSA UTK DI HINDUKAN KEMBALI?? Kenapa bila mempertahankan pemerintahan CINA DAP ahli PAS sanggup berbaring diatas jalan raya? Kenapa bila mempertahankan seorang PENGANUT HINDU ahli PAS sanggup merempuh polis? Tetapi apabila hal ini kenapa tidak BERANI?? ADakah PAS dan PKR yg ISLAM takut dan berlaku demikian untuk menjaga hati kafir DAP dan PKR??
ISLAM POLITIK kah KAMU??
amboi, racist nya bunyi en iskandar ni… umno ni dah tak leh nak baiki lagi… dah kena kanser payudara dan kanser prostate…PAS tak kira melayu cina india…baring atas jalan raya untuk menegakkan yang hak tak kira melayu cina kan perkara mulia ? bagi otak umno benda lagu ni mereka tak leh fikir…
Nik Aziz is a real machielvalli politician…. much clever than Hadi and Mustaffa Ali.. as long as KJ behind the erdogan group they got the powerful financial musle…
Bila ditanya adakah pemilihan pucuk pimpinan PAS Jun ini akan mengutamakan calon-calon yang berpotensi untuk menarik sokongan semua lapisan kaum masyarakat tanpa mengira agama , Tuan Guru menjawab, “Tentu!”.
oi ???? Tampa mengira agama ? Untuk menjadi ahli PAS, seseorang itu mesti beragama Islam. Kalau bukan ahli PAS, macam mana nak masuk bertanding ? Tampa mengira kaum tu saya setuju lah. No further comment. Please tell me if i am wrong..
Kalau dari awal UMNO tak ada rasuah, tidak ada kronisme, tidak ada pilih kasih, tidak ada salah guna kuasa, tidak ada sikap tamak, dan tidak ada berbagai perkara yang negatif…….tentu Orang Melayu tidak ada yang menentang dan akan terus kekal bersama UMNO. Tetapi setinggi mana Islam UMNO sehingga sanggup menabur fitnah, membuat sumpah palsu, bersikap munafiq, memberi dan menerima rasuah, membelakangkan Islam dan berideologi seperti Yahudi yang berdoktrinkan “Maksud Menghalalkan Cara”??? (kalau tak percaya tengoklah kemelut Perak)……Adakah Pas Kurang baik dari pada UMNO, bila Ahli UMNO terang-terangan menyeleweng dari Sunnah, Aqidah, Syariah, Al Quran dan Al Hadis??? Apakah tindakan membelakangkan keputusan mahkamah di Perak tu……berdasarkan Islam???? Bagaimana memberi rasuah dalam pemilihan perwakilan?, orang yang bersalah dilepaskan dari hukuman mahkamah dan sebagainya??? Setahu saya kalaulah ada orang UMNO sendiri yang pernah mengakui bahawa golongan Ulamak telah menjauhkan diri dari UMNO……Apakah itu tandanya UMNO lebih Islam dari PAS??? Sebagai contoh, saya tidak mempercayai tuduhan Liwat terhadap ‘DSAI’ setelah doktor yang membuat pemeriksaan menafikan…….Sampai bila Orang UMNO nak jadi munafiq, berbuat maksiat, zalim menzalimi dan terus terusan menindas orang lain??? Cerminkan diri tu……banyakkan bertaubat…..ingat banyak-banyak akhirat…….kalau tak jugak…..shuh…..shuh…..shuh…..pergi jauh-jauh…….jangan mencemarkan orang lain dengan dosa dan kesalahan diri sendiri.
aiyoh…this chengho is a reward pain in the arse…keep churning out same bloody low class comments.
He travelled to Lim Kit Siang’s blog..got clobbered left ad right…now stay here..to promote ..for UMNO.
He ambil mamak’s bodek with two hands stretching out ..palms wide open….ready to do anything to get a job a coffee boy in PM’s Dept.
Yes….he will do anything to get near to any UMNO’s PM.
Tongkat Pak Ali,
Nak tanya sikit saja.
Yang Siva tu halau 10orang keluaq, tak bagi masuk, tapi telah Mahkamah membenarkan… apa ke jadah undang2 cerok mana dia AMBIK pakai?
Kalau di ikhlas nak memastikan perjalanan PENTADBIRAN negeri PERAK berjalan dengan lancar.. pasai apa tamau sangat 10orang ini masuk jalankan tugas mereka?
memang tugas juak-juak umno mempertahankan semua yang dilakukan oleh pemimpin mereka. mereka adalah dari spesis yang tidak dapat membezakan antara yang benar dengan yang batil. justeru pandangan mereka selalunya tanpa hujah kecuali serangan yang penoh dengan putar belit.
perhatikan sahaja ulasan chengho dan kbguy, sebagai contoh. chengho terus menhentam tgna kononnya lebih ‘machievalli’ dari tg presiden dan mustafa ali kerana pengaruh ‘kumpulan erdogan’. istilah ‘erdogan’ diulang-ulang bagi mempengaruhi sikap, emosi serta pandangan pembaca, sehingga ada di kalangan orang pas mempercayainya.
manakala kbguy pula cuba memutar-belitkan jawapan tg nik aziz kepada soalan ”
adakah pemilihan pucuk pimpinan PAS Jun ini akan mengutamakan calon-calon yang berpotensi untuk menarik sokongan semua lapisan kaum masyarakat tanpa mengira agama , Tuan Guru menjawab, “Tentu!”.
oi ???? Tampa mengira agama ? Untuk menjadi ahli PAS, seseorang itu mesti beragama Islam. Kalau bukan ahli PAS, macam mana nak masuk bertanding ? Tampa mengira kaum tu saya setuju lah. No further comment. Please tell me if i am wrong..”
kbguy bukan tidak tahu bahawa keahlian pas hanya kepada orang Islam. dia sengaja cuba menimbulkan keraguan. “Kalau bukan ahli PAS, macam mana nak masuk bertanding ?”, dia tahu kalau bukan ahli mana boleh bertanding? entahlah, mungkin sengaja hendak menonjolkan kebodohan diri sendiri?
Brother Sheih,
I was engrossed with what is written in “Malaysia Today” since yesterday morning. I have to admit it that I was hoping you could give’s more updates each days since Your Blogs is one of my top priority blogs I have to read each days……By the way, I hope the good news about P**** M******* will allowed for another general elections in Perak state will be a reality in the end……May be after that, I just need to read the most and writing the less since’ Justice Has Been Prevail ‘(in Perak state at least)…..And not much thing to get angry, despised or fed up of anymore……Admittedly writing and commenting to the various articles in Your Blogs and Malaysia Today is so tiring…….too provocative……and too impulsive……since I am my self felt that way……I and my family will be coming to Perak should there is another election coming in…….I am glad that the Bloggers like You and RPK has immersed, ignited and bursting the true feelings of all the people like us towards our government since we don’t have any “real, effective, constructive, transparent and fair judgment” platform to voice out our feelings………Like the Malay proverb……”Ibarat lilin……..membakar diri……demi menerangkan kegelapan orang lain”……..but I have to admit ……….that I am Curious Too……because who is the invisible hands behind every people like you………Salam Sejahtera buat Sheih dan rakan-rakan semua…………
kepada sedara botobudu hijau,
masa bila sdara tgk org cina dan india baring atas jalan kat perak?yg baring atas jalan ialah org Melayu. Chinese and Indians are too smart to do that stupid thing. Not Malaysian Chinese. Kalau chinese kat negeri china i pernah tgk masa tiennaman square lebih kurang 20 tahun lepas
Buat Khas Kepada penyokong Pas merangkap pencinta DAP Kafir Harbi!!!
Cuba ingat sikit amanat Haji Hadi….Kalau dulu UMNO kafir kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC maka sekarang PAS juga kafir kerana bersekongkol dengan DAP KAFIR HARBI……
Harap Penyokong PAS boleh BERSUMPAH ATAS NAMA ALLAH bahawa Haji Hadi tak pernah menghukum begitu…..atau UMNO saja boleh dihukum kafir tapi PAS KALIS HUKUM KAFIR… Hukum Allah tak pernah berubah tapi Fatwa Pas boleh berubah janji aku jadi MB dan Boneka DAP kafir Harbi…..Bak kata Nizar Perjuangan PAS bukan untuk menegakkan negara islam….sapa kata….tanya lar nizar atau tanya Nga & ngah….
Allahuakhbar!!Allahuakhbar!!! PAS penjual Agama….Demi sekelumit kuasa duniawi
Betul…dalam islam tak ada semangat kebangsaan…tetapi bila ahli PAS nak minta biasiswa dan dapat peruntukan DEB balun semua…tapi bila nak dapat sokongan politik……semua boleh….Dulu Amanat Haji Hadi..Kafir UMNO kerana bkerjasama dengan MIC MCA….jadi PAS pun KAfir la juga kerana bersekongkol dengan DAP KAFIR HARBI…….UMNO bukannya suci…UMNO bukannya BErsih…UMNO bukannya maksom….tetapi UMNO masih menaggugkan khalimah Allah…..Adakah DAP lebih islam dari UMNO….Adakah UMNO kafir Harbi sehingga perlu dimusuhi dan dicaci…..
Jika PAS adalah pendukung Agama Allah…hulurkan tangan persaudaraan….Jika UMNO tolak katakan bahawa Allah menyuruh umat islam bersaudara……tapi yang jadi PAS kata UMNO rasuah,UMNO Jahat,UMNO busuk…tapi adakah Allah menyuruh kita membenci dan menjauhi saudara islam yang tersesat atau kurang bijak…..Adakah Kafir Harbi DAP yang secara terang-terang menolak dan menentang apa saja hukum Allah adalah lebih mulia dari saudara seislam dlm UMNO>
Adakah kita berjuang demi Allah atau demi nak dapat kuasa???? Adakah kita merasa mulia kerana kita ahli PAS…..adakah keislaman kita kita lebih tinggi dari org lain kerana kita Ahli PAS……..
Bukankah buruk sangka di dilarang oleh Allah dan Nabi….kenapa asyik berkata bahawa PAS dan UMNO tak boleh bersatu kerana dulu UMNO pernah mempermainkan PAS…….Jika asyik mendendangkan lagu itu…sampai bila itdak akan ada persaudaran sesama islam….
Berbincang,ikhtiar…jika niat kita demi kerana Allah…maka akan tetap bertemu satu titik pertemuan…tetapi jika kita asyik mendendangkan lagu bahawa tidak mungking, tidak boleh…maka sampai bila sudah pasti ia tidak akan berlaku……
UMNO tidak suci, UMNO tidak bersih…tetapi adakah dengan mengatakan begitu maka kita lebih mulia dari UMNO….Adakah kerana itu lebih afdal bagi kita bersekongkol dengan Kafir Harbi DAP????
Apa guna PAS jadi MB tapi langsung tak dapat menutup satu pun kedai arak atau judi……bukankah yang menjadi tulang belakang Kerajaan PR Perak adalah kafir Harbi DAP…….Adakah DAP lebih menyintai ISlam lebih dari UMNO menyintai ISlam……Adakah DAp berjuang untuk islam lebih dari UMNO menyintai islam…
Bersatu lah…..berbincang….tiada parti yang sempurna…tetapi sekurangnya antara PAS dan UMNO ada persamaan……Kedua-kedua pemimpin mengucap Kalimah Allah…
Allahhuakhbar…..Ahllahuakhbar……
antipas…mu ni jenis bongok…aku royak apa salah nyo melayu baring atas jale nak pertahanknan apa yang mereka fikir untuk keadilan… tak kira la pertahankan cina ko india ko…tu hok aku sangat sokong PAS ni… buke supo unmo..racist!!! sikit2 melayu sikit2 melayu …seolah2 tak dok UMNO melayu mapuh habih…
kalu melayu bodo lagu tu memang patut pong melayu mapuh… don’t get me wrong deh… aku pong melayu…tapi aku fikir islam dulu , melayu ko cina ko nomong dua…melayu tok akan mapuh kalu kita hayati nilai2 murni islam… hok jenis boleh mapuh nyo hanya jenis melayu umno…koho molek pun melayu umno ni mapuh habih…(mari balek ko PAS la wei)
Orang yang bercakap tentang ugama ini, adalah yang paling zalim dalam sejarah dunia.
Ingat. Sebab kemaruk ugama, sanggup membunuh. Lihat, German Nazi. Lihat, Perancis. Lihat British. Dan paling hampir zaman anda semua ialah Isreal Holocast di Gaza. Semuanya ada unsur cerita dahulu kala dimana para ugamawan mereka berkecimpung didalam satu usaha pembunuhan keatas mereka yang tidak sehaluan dengan ugama mereka.
Orang Islam zaman sekarang pula, juga mempunyai unsur sedemikian. Lihat, Taliban.
Adakah kaum Melayu dizaman ini terlalu Islam maka mereka itu boleh disamakan dengan kaum sezaman Nabi dan kalifahnya?.
Jikalau ianya tidak kesampaian, dimana peranan PAS didalam membawa arus kebahagian kepada Umat Islam khas Melayu sekarang ini dinegara Malaysia pada abab ini? Tidak payah cakap PAS, UMNO, DAP, MIC atau parti politik.
Dimana sebuah bandaraya Islam yang modern diMalaysia, dimana kita dapat merasa senyuman kemanisan keIslaman mereka yang juhud. Rata rata mempunyai paras keindahan dan kebersihan dari kaki ke hujung rambut dek kerana sinaran keislaman yang telah dibawa olih PAS?
Yang saya rasa dan lihat, mereka ini berpuak puak dengan berkumpulan yang mempunyai ketua ketua yang berlainan. Taksub ketua, lupa jati diri, lupakan duniawi moden, dan masih dizaman yang lain dari kebanyakan manusia sezaman mereka. Jika dibandingkan dengan wargawan Jepun atau lain lain masyarakat telah dibawa arus keislaman dibawah sinaran cahaya ugama Islam dari PAS?
Saya bukan anti Islam, dan bukan anti PAS.
Tetapi, ingin menanya kerana tuan selalu menceritakan bagaimana baik nya PAS, tetapi dimana sinaran kebaikan keislaman dari PAS kepada saya sebagai penduduk di Malaysia? dalam tempuh terdekat ini saya tidak pernah merasakannya.
i wonder.. how is gonna be.. i wonder..
putih dan hitam semakin jelas terselak.. hari ke hari.. minggu ke minggu..
berhujjahlah dengan hujjah yang benar.. usah diketengahkan kata2 yang berunsur penuh dengan ketidaktentuan..
contohnya.. cadangan UMNO pasal agama asal ibubapa utk anak2 yg ibubapa nya convert.. cadangan ni dari pada UMNO.. sebelum PAS & sesiapa saja meniarap atas jalan.. sepatutnya NAJIB dulu yg patut bermandi darah mempertahankan utk tidak sign keputusan tu… itu pon kalo benar UMNO nak mempertahankan Islam laaa…
sebelum bercakap pasal org tu Islam atau tidak… fahami lah dulu konsep 2 kalimah syahadah… fahami dulu.. kalo tak tau.. mengaji… tanya pada yg tau.. jangan main pakai cakap sembrono jer… Islam bukan soal ritual jer… ingat tu..
UNCLE.. ape khabar…? have a good day
Encik Kickdefella
Ini salinan dari komen saya dalam blog Rahman tulang besi:
Harap maklomkan dlm blog Saudara bahawa hari ini kami menantikan keputusan Ustaz Azizan sama ada bertanding Timbalan Presiden atau tidak.
Keputusan itu kami dimaklomkan akan Ustaz Azizan buat selepas kedatangan Ustaz Harun Taib berjumpa beliau. Hari ini Ustaz Harun Taib kami dimaklumkan akan cuba memujok Ustaz Azizan supaya jangan bertanding supaya undi penyokong Ustaz Nasarudin tidak berpecah.
Jikalau Ustaz Azizan pun bertanding sama, undi calun kegemaran Umno dan Utusan Malaysia iaitu Ustaz Nasarudin Md Isa boleh berpecah dan kemungkinan orang lain akan menang. Sebab itulah mereka berkerja kuat meminta Ustaz Azizan jangan bertanding.
Sebelum ini Ustaz Harun Din telah berjumpa dengan Ustaz Azizan. Oleh kerana mereka berkawan lama kerana dulu mereka sama2 mengajar di UKM, stratiji mereka supaya Ustaz Harun Din dapat pujuk Ustaz Azizan. Mungkinlah juga tiada berjaya akan Ustaz Harun Din memujok Ustaz Azizan maka disuroh pula Ustaz Harun Taib memujok Ustaz Azizan.
Ustaz Harun Din kini berkerja sangat kuat untok memastikan kemenangan calun kegemaran Umno dan Utusan Malaysia iaitu Ustaz Nasarudin Md Isa. Beliau telah berkata kpd orang bahawa Seminar Kepimpinan Ulama mesti digunakan untuk pastikan kemenangan calun kegemaran Umno dan Utusan Malaysia iaitu Ustaz Nasarudin Md Isa. Beliau juga menyebarkan cerita yang menudoh Husam itu terlibat politik wang.
Saya mendapat tahu dari sahabat di Kelantan bahawa Husam kini sedang mencari Ustaz Harun Din untok meminta bukti dia politik wang. Husam beritau kawannya kalau ada bukti dia politik wang mestilah dia dihukum. Sahabat itu kata Husam kata “nak buat apa kasihan kat ana kalau ana politik wang. AJK Disiplin mesti ambil tindakan kepada ana”.
Dalam pertemuan dengan Perhubongan PAS Kelantan, Ustaz Harun Din nak cakap lagi kerana dia nampak tak puas hati penjelasan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bab kepimpinan ulama tetapi tiada dibenarkan oleh Pengerusi pertemuan itu iaitu abang kepada Ustaz Nasarudin Daud speker Dun Kelantan.
Ustaz Harun Taib pula berkata dia tahu Ustaz Nasarudin lemah sebab itulah tahun 2007 dia lawan Ustaz Nasarudin yg pada masa itu Ustaz Azizan pun kuat kempen untok Ustaz Harun Taib. Tapi untok muktamar akan datang Ustaz Harun Taib kata mesti pilih Ustaz Nasarudin walaupun Ustaz Nasarudin lemah. Tiadakah dia tahu pemimpin lemah akan menjadikian parti lemah, menjadikian parti lemah akan melakukan zalim kpd parti. Adakah dia tolong kawan dia kini Ustaz Nasarudin yang Umno pun suka untuk zalimi parti. Saya pernah dengar Tok Guru cerita fasal hadis bahawa kalau kita tolong kawan sendiri buat zalim sebab dia kawan kita adalah asobiah.
Kita mesti selamatkan Pas dari asobiah! Dan tolong cerita dalam blog Saudara merbahaya ini!
Sheih
Apalagi yang mahu diperkatakan. Ungkapan oleh Tok Guru itu memang benar selayaknya diambil buat peringatan untuk umat Islam terus hidup dalam misi dakwah diatas muka bumi ini.
aku nak tanya mana mana penyokong PAS this hypothetical question.Katalah ada org datang pada kita dan mengeluarkan kenyataan ‘Melayu bodoh’.Adakah saudara penyokong PAS rasa biasa aja dgn kenyataan itu? Rasanya sikir sebanyak terguris jugak hati kan? naturally kita akan marah org yg keluarkan kenyataan kata Melayu bodoh tanpa kita bertanya adakah Melayu yg dikatakan bodoh tu berugama Islam atau tak?
My point is, didalam subconscious mind kita dah secara automatik kita kaitkan Melayu tu berugama Islam. Tak timbul soal bila kita menyebut ttg org Melayu kita menafikan Islam sbb dlm konteks Malaysia ni Melayu dan Islam adalah merujuk kepada kelompok yg sama (tak termasuk segelintir org Islam mualaf atau India Muslim)
kepasa antipas.. bila dengar je orang kata ‘melayu bodoh’ terus terlintas ahli umno dalam kepala aku.. huhuhu.. dah 50tahun melayu kena tipu.. sudah2 la.. rentikan..
Bro antipas…
sebenarnya ambo sedih sangat bila ditimbulkan soal MELAYU BODOH atau sebagaimana.. bro.. check malay dilema.. TDM dah lama cakap MELAYU BODOH.. tapi bukan secara direct, tetapi indirect..
Bro.. melayu mana yg tak bodoh bro.. usah cakapla pasal Kuota 30%, ekuiti pemilikan harta, peningkatan kuasa beli, peningkatan tarbiyyah Islamiyah, pendidikan dsb…
bro.. ko tgk sendiri la bro, jumlah profesional melayu ko tu… banyak industri2 profesional yg dah dilacurkan oleh golongan berharta.. kirenya, ada duit.. boleh langgar apa saja.. DISIPLIN ILMU DAH HANCUR/HAMPIR HANCUR..
bro.. sesungguhnya dibaris terakhir ayat anda.. sangat mengguris hati ambo.. apakah anda masih suka menyebut “org Islam Muallaf & India Muslim”??
dah la 50thn lebih duk sibuk pasal kaum, dalam Islam pun nak bagi kategori gak ker…?? MasyaAllah… jauhnya kita.. macammana Islam nak naik kalo org cam kita yg jadi pengikut dan pendokongnya…?
nak tanya penyokong PAS berapa peratus ahli PAS yg bukan Melayu?
nak tanya bro antipas jer.. org lain tak payah jawab..
berapa jumlah kabilah Yahudi yang bersetuju dan menandatangani perjanjian Piagam Madinah dgn Nabi kita, Muhammad.. Rasulullah SAW..?
nak tanya pas berapa ramai penceramah dia tak kutuk orang dalam ceramah umum?berapa banyak duit selalu collect lepas ceramah? berapa banyak ayam dibelakang rumah aku? jawab jgn tak jawab.
Baca mengenai komen Pak Arab mengenai
Najib and Karma Sutra Book
Apa gado-gado ni??? Kalau tak nak sokong BN ke PAS ke itu apa kau orang semua peduli??? Yang pasti, penyokong tetap menyokong orang yang mereka suka……sama ada kerana nak menegakkan keadilan, kebenaran, ketelusan, keihklasan, menurut Sunnah dan Syariah atau kerana nak duit RM********untuk berkempen, memasang poster dan sepanduk, dapat tender dan komisen, dan berbagai keinginan dunia……Yang pasti semua akan Mati………dan………dosa pahala dicampur tolak dan di congak akhirat saja…….jadi buatlah apa yang mereka suka sebab timbangan Mizan pasti tak leka……
belago angin sungguh dgn Tongkat Pak Ali… jawapan yang bagus… kalu Lillahitaala.. hidup tenang.. miskin takpo, asal rezeki berkat..
antipas, “melayu bodoh” merujuk kepada melayu yang tolak islamlah. tengok sekeliling anda, begitu banyak sekali contoh. kat sini pun tak kurang…
Anonymous 15 mei (17:33:04) kata:
Buat Khas Kepada penyokong Pas merangkap pencinta DAP Kafir Harbi!!!
Cuba ingat sikit amanat Haji Hadi….Kalau dulu UMNO kafir kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC maka sekarang PAS juga kafir kerana bersekongkol dengan DAP KAFIR HARBI……
Harap Penyokong PAS boleh BERSUMPAH ATAS NAMA ALLAH bahawa Haji Hadi tak pernah menghukum begitu…..atau UMNO saja boleh dihukum kafir tapi PAS KALIS HUKUM KAFIR… Hukum Allah tak pernah berubah tapi Fatwa Pas boleh berubah janji aku jadi MB dan Boneka DAP kafir Harbi…..Bak kata Nizar Perjuangan PAS bukan untuk menegakkan negara islam….sapa kata….tanya lar nizar atau tanya Nga & ngah….
Allahuakhbar!!Allahuakhbar!!! PAS penjual Agama….Demi sekelumit kuasa duniawi”
tolong sprong “Amanat Hj Hadi” di bawah:
“Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,
Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.”
kalau tak jelas, tukar sprong demo, mungkin kena pakai night goggle?
anti pas, sekarang ni bila orang melayu tak sokong BN, kata “melayu tu bodoh”. sebenarnya orang yang tak sokong BN cerdik dan telah membuka minda.
husssin abdaziz, memang sekarang PAS+DAP+PKR bergabung kerana saling menghormati agama dan anutan masing-masing. Macam zaman nabi dulu, kenapa orang yahudi d benarkan tinggal di Madinah sedangkan madinah adalah negara Islam. Berkatalah dengan akal fikirmu …. bukan dengan emosi.
my malay friend alway tell me the story of crabs in the basket , the malay alway like a crab , do not understand the meaning of Round Table…
zaihasra, bila saya kata org Melayu bodoh sbb tak sokong BN?
Teringat masa pilihanraya 1990 dulu. Di KT calon BN ada yg cina (MCA). Dan seperti biasa Parlimen dan DUN pun byk calon bukan Islam dr BN.
Dalam mana2 ceramah PAS di kwsn Melayu Islam pada masa tu dan dalam risalah2 mereka, penuh dgn peringatan dan hukum bahawa UMNO yg bekerjasama dgn org bukan Islam adalah haram hukumnya. Tidak boleh mengundi calon2 sebegitu. Kena undi calon PAS.
Setahu aku hukum biasanya tk berubah. Yg haram tetap haram biasanya. Kecuali darurat. Kalau keadaan sama ttp haram.
Jadi dulu PAS tidak kerjasama dgn DAP dan PKR (yg ramai calon keturunan India) sbb haram hukumnya melantik pemimpin bukan Islam. BN buat mcm tu salah dan haram, dan org yg mengundi salah dan haram mengundi kalau calon bukan Islam.
Aku cabar lah sapa2 pun yg sokong PAS supaya bersumpah ini fitnah dan tk betul.
Ingat2lah sikit org PAS, parti awak tu parti politik. Berjuang demi mendapatkan kuasa politik. Jangan pula perasan bahawa ia berjuang fisabiliLLAH.
Dah parti politik tu, maka mestilah menggunakan siasah politi dan matlamat pula dicapai dgn apa cara sekali pun.
Jadi kenapa sedap sgt mengata UMNO tu bodoh, org Melayu yg menyokong UMNO bodoh. Sekurang2nya dari dulu UMNO begitulah perjuangannya. Memperjuangkan bangsa dan agama. Atau agama dan bangsa. Bergantung kpd siapa yg bercakap.
Kalau nk berjuang atas dasar politik, silakanlah. Gunalah apa2 strategi yg sesuai. begitu juga UMNO.
Tapi janganlah pula menuduh org lain berbuat perkara haram dan salah, kalau kita sendiri pun tk lama lepas tu buat benda sama. Jangan menggunakan platform agama bagi menghalalkan segala perkara yg PAS buat.
Dulu nk jadi ADUN kena Islam, skrg ni siap boleh jadi pemimpin org PAS kalau bkn Islam pun? kalau mcm tu, kenapa dulu org PAS penang tk lari keluar duk di Kelantan masa Gerakan jadi kerajaan? Skrg pulak, LGE jadi KM, boleh pulak?
Org UMNO mungkin ada yg asobiyah, tp org PAS kena ingat yg pemimpin kamu bukan maksum, yg parti kamu tu takada watikah ALLAH, dan kalau masih berperangai mcm org PAS Besut yg tk pergi kenduri org UMNO, tk pergi pengkebumian org UMNO, maka tunggulah masa kamu pula dilaknat ALLAH!
apa2 sekali pon.. kita mempunyai pilihan utk memilih.. so.. pandai2 lah gunakan akal dan hidayah dari Allah SWT utk memilih
saudara seislam ku……hussin abdaziz
Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.”
kalau tak jelas, tukar sprong demo, mungkin kena pakai night goggle?
———————————————————
Bagaimana dengan kerajaan Kedah,Pulau Pinang,Selangor & Kelantan yang dibawah DAP/pakatan Rakyat….bukankah mereka mengamalkan 3/4 politik, suku agama….. Bukankan undang-undang negeri masih tidak diubah….bukankan undang-undang kecil kerajaan tempatan juga masih tak menjalankan hudud……Berapa lesen judi, kedai arak yang telah ditarik balik semasa pemerintahan DAP/Pakatan Rakyat….
Tapi saya tak akan kata kafir saudara seislam saya yang memerintah negeri-negeri tersebut…saya tak akan menghukum sesuatu yang bukan hak saya….
Mudah untuk kita mencari alasan….orang lain kafir…. kita tempat yang sama tak kafir….orang lain salah kita tak salah….Pelbagai alasan dan cerita serta halangan dapat diungkitkan kenapa yang lain tak buat kafir kita tak buat ok aja…..
Sekarang ini kita mempersoalkan perpaduan yang dituntut oleh islam…bukannya Allah menyuruh kita sebuk mengenal pasti yang mana saudara islam kita yang kita rasa kafir……
Jadi kalau saudara UMNO kita sesat maka kita perlu kata mereka kafir…perlu perangi mereka…perlu caci mereka…..???? Bukankah wajib kita mengajak mereka dengan cara berhemah,bijaksana serta ikhlas….bukannya asyik mengata saudara islam yang lain kafir maka perlu menentang mereka….Adakah keimanan kita lebih mulia disisi Allah berbanding dengan ahli UMNO…..adakah tentu kita akan mati terus masuk syurga??
Adakah itu memberi dalik untuk kita bersekongkol dengan kafir harbi DAP yang langsung tidak mengakui keesaan Allah??? Adalkah itu dalil bagi kita untuk bersubahat dengan kafir Harbi DAP untuk menjatuhkan saudara seislam kita????
Memang sedih apabila politik menyebabkan kita menkafirkan saudara seislam kita…dan bersekongkol dengan kafir harbi untuk menghansurkan saudara seislam kita…..
Kenapa tidak dibina jambatan persaudaran islam???kenapa tidak dihulurkan persaudaraan islam??kenapa perlu dimaki keji dan dibenci saudara islam yang lain hanya kerana berlainan politik….Adakah DAP lebih mulia disisi Allah dari saudara islam kita didalam UMNO??????Adakah Dap mentauhidkan Allah??
Kenapa kita asyik mencari salah saudara islam kita….jika asyik dicari salah maka salah lah yang akan kita ketemu……..
Mana dia suara suara penyatuan..mana dia suara suara persaudaraan…….kenapa asyik dinyatakan perbezaan, semangat benci membenci……..antara sesama islam…….
Janganlah jadikan agama sebagai alasan kononnya kita lebih mulia dari yang lain,,,tapi laksanakan agama….hulurkan tangan persaudaraan…….
Kenapa kita menentang persaudaran islam kita???Bila diseru UMNO dan PAS bersatu maka semua bertempek tak boleh..tak mungkin….jangan……!!! Sebab itu kafir Harbi DAP amat risau jika PAS dan UMNO bersatu……oleh itu selagi UMNO dan PAS berpecah maka kafir DAP akan sentiasa tersenyum….
Gunakan akal………adakah berpecah belah dan maki hamun lebih baik dari bersatu……..
Kepada Allah kita berserah
kalau dah adun selangor berbogel dan bersekedudukan dgn melayu muslim pun disokong kuat oleh pas dimana nampaknya lg keislaman PAS ni..??? kalau ikhlas nak perjuangkan islam x perlu nak lihat kelemahan org lain dlm menegakkan islam… lihat sendiri apakah PAS yg bertopengkan islam betul2 mencintai islam dan sanggup mempertahankan setiap isu yg timbul apabila islam di pertikaikan… skarang yg saya lihat kalau bab nak membela rakyat (konon2nya) yg berbangsa hindraff, dan biDAP PASlah yg akan menjadi barisan hadapan… tp bila bab agama PAS biarkan UMNO berseorangan membelanya…. dimanakah keihklasan PAS dalam berjuang….
Oleh bakal PM (15:16:28)
“tp bila bab agama PAS biarkan UMNO berseorangan membelanya”.
Kelakar.
jwb yg aku dulu, baru blh berbincang PAS betul ke tidak…
shah,
tg nik aziz dah kata, kalau umno tukar perlembagaannya memperjuangkan islam, pas akan bubar dan akan bersama umno, as simple as that.
jika umat islam berselisih faham, nabi saw berpesan supaya kembali kepada al-qur’an dan sunnah. apakah pas dengan umno boleh bersatu dalam keadaan satu mengajak kepada al-qur’an dan satu lagi memisahkan agama dari politik??
semulia-mulia manusia di sisi Allah ialah yang paling taqwa.
perlaksanaan undang-undang negeri dikawal oleh perlembagaan negara. sebarang undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan persekutuan dengan sendirinya terbatal.
shah,
tg nik aziz dah kata, kalau umno tukar perlembagaannya memperjuangkan islam, pas akan bubar dan akan bersama umno, as simple as that.
jika umat islam berselisih faham, nabi saw berpesan supaya kembali kepada al-qur’an dan sunnah. apakah pas dengan umno boleh bersatu dalam keadaan satu mengajak kepada al-qur’an dan satu lagi memisahkan agama dari politik??
semulia-mulia manusia di sisi Allah ialah yang paling taqwa.
perlaksanaan undang-undang negeri dikawal oleh perlembagaan negara. sebarang undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan persekutuan dengan sendirinya terbatal.
dari Allah kita datang, kepada Allah kita akan kembali…
zaihasra,
komen balas saya seperti di bawah merujuk kepada komen Anonymous 15 mei (17:33:04):
1. “tolong sprong “Amanat Hj Hadi” di bawah:”
2. “kalau tak jelas, tukar sprong demo, mungkin kena pakai night goggle?”
jadi, apa maksud komen balas anda terhadap saya?:
“husssin abdaziz, memang sekarang PAS+DAP+PKR bergabung kerana saling menghormati agama dan anutan masing-masing. Macam zaman nabi dulu, kenapa orang yahudi d benarkan tinggal di Madinah sedangkan madinah adalah negara Islam. Berkatalah dengan akal fikirmu …. bukan dengan emosi.”
tolong jelaskan kepada saya apa emosinya 1. dan 2. di atas?
mungkin anda jug perlukan night goggle…
zaihasra,
komen balas saya seperti di bawah merujuk kepada komen Anonymous 15 mei (17:33:04):
1. “tolong sprong “Amanat Hj Hadi” di bawah:”
2. “kalau tak jelas, tukar sprong demo, mungkin kena pakai night goggle?”
jadi, apa maksud komen balas anda terhadap saya?:
“husssin abdaziz, memang sekarang PAS+DAP+PKR bergabung kerana saling menghormati agama dan anutan masing-masing. Macam zaman nabi dulu, kenapa orang yahudi d benarkan tinggal di Madinah sedangkan madinah adalah negara Islam. Berkatalah dengan akal fikirmu …. bukan dengan emosi.”
tolong jelaskan kepada saya apa emosinya 1. dan 2. di atas?
mungkin anda jug perlukan night goggle…
tepuk…. tepuk…
ambo suka suasano politik gini..
syabas kepado pas ngan umno sebab bantu membantu
melayu samo melayu gaduh…tepuk…tepuk
bapak ngan anak gaduh….tepuk..tepuk..
laki ngan bini gaduh tepuk…tepukk…
atok ngan cucu gadoh ..tepuk..tepuk
..agar 15 tahun lagi malaysia di perintah oleh cina dan India…
masa tu umno dan pas masih bahas isu sama …ala macam sepuluh tahun lepas gak isu nyer aku islam kau kapalselam ..aku kapal selam kau islam..
tapi ok gak cina ngan india take over ..baru malaysia maju cam singapore..masa tu baru melayu nak gabung…tu pun lepas masjid kene runtuhkan demi arus pembangunan…pastu melayu kene buat rumah sipi sipi ngan lubang jambang dah ..kan dah maju sgt ..tanah pun sempit lah..
sama sama lah berdoa supaya malaysia ni jadi macam myanmar…
nak semayang susah..nak puasa susah..nak sekolah susah..nak kerja susah..nak minum teh halia telur puyuh lagi la susoh..kan bagus,tak gitu pak syeikh kita???
bro pok sdaro sebloh mok mung…
1. adakah dengae mengatakan institusi pondok (SAR atau SAN) sebagai “kolej” yang melahirkan pengganas adalah satu cara utk memmartabatkan institusi pengajian agama?
2. adakah dengan memutuskan bantuan geran tahunan kepada SAR & SAN adalah satu cara utk mengajar institusi tersebut berdikari ( jadi skolah kluster) ?
3. Kalo lah betul nak majukan BANGSA MELAYU.. setakat mana penguasaan BANGSA MELAYU DALAM SEKTOR2 SENSITIF di negara ni?
emmm… letih ahh nak cakap bende yg sama berulang kali…
bro Nawi,
nothing to do with skin color , malaysian chinese and indian more focus , dedicated and creative unlike the malay spend more time on politic ( real and office ) and gossiping…that why ‘sure hebuh’ such a huge show ….
to :pok sdaro ambo nawi..
aloh 15 tahun lagi…
pok sdaro ambo takpayoh raso bimbe doh…
hok ore kato sekoloh pondok kito ni melahirkan banyok pengganas..
tok kiro..tok kenali ko, sg.durian ko, tok slehor ko ..
…sebab maso tu takdok blako doh pondok nih…
maso tu buke melayu jadi pm… melayu tak dok calon
sibuk.. hal kawe islam demo kapal selam..
kawe pun nak tahu jugak macamana rasa encik nawi bila melayu hilang suara nanti..pondok tak jalan..masjid kene balance ngan tempat ibadat lain ke….subjek pendidikan islam di batalkan ke..kesamarataan katakan…
alah ambik contoh singapore ajelah..yg dulunyer mijority melayu..tapi ntah bila masa lak melayu jadi tak berapa nak mijority…isu kapal selam jugak ke???
ambo bukenyer minat sgt politik ni..
tapi suko tengok melayu kito jadi lembu,bok’bong and pok’kor..baloh samo sdiri…
: baik ore india… ore gedebe dio mati keno bedil di sri langka..
tapi dia sini pakat gabong tok kiro pati …desak kraja’an…kalau ikut blog http://www.tunjanglangit.blogspot la..
ambo pun stuju ngan sudara husin abdaziz diatas..
saling hormat menghormati antara agama..jadi.= PAS+DAP+PKR..
ambo pun nok tengok jugok nanti
saling hormat menghormati antara agama jadi gini = DAP+MIC+MCA+PPP+PKR+GERAKAN..haaa kan bagus..aman harmoni..
tapi untuk demokrasi suara melayu kurang la skit dalam parlimen ..
sebab pas ngan umno dok heboh hal kapal selam lagi…
jadi doa doa lah ..
assalamualaikum…
bagus-bagus..ade perbincangan ilmiah(ye ker)…
tapi dalam melemparkan pandangan,janganlah membuat saudara-saudara kita terasa,ingatlah hadis nabi berkenaan muflis diakhirat.
Pergi keakhirat membawa banyak pahala sembahyang,puasa dan sebagainya,tapi diistiharkan muflis oleh Allah kerana banyaknya dosa kepada manusia lain (eg. memaki hamun,mengumpat,fitnah,makan harta anak yatim,menumpahkan darah dsb.).
Jadi berhati-hatilah sewaktu berkata-kata dan mencoretkan tulisan.