“Jika Nizar digulingkan menerusi undi tidak percaya dari Sidang DUN yang dipanggil oleh speaker yang dilantik BN, apa akan terjadi jika kemudiannya mahkamah memutuskan Sivakumar masih speaker yang sah, sama seperti Nizar.”
“Ini kerana Baginda telah menolak nama Idris Jusoh yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Najib yang mahu mengangkat Idris ke dalam kabinet Malaysia. Tujuan Najib ialah untuk menenangkan Idris dan penyokongnya setelah Idris diketepikan oleh Istana dari terus menjawat jawatan MB Terengganu.”
YB. Dato’ Seri Mohamed Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak yang sah akan mengadap YTM Raja Muda Perak jam 8.30 pagi ini, 12 Mei 2009.
YB. Nizar akan memaklumkan keputusan mahkamah dan berkemungkinan besar akan memohon agar Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan.
Berkemungkinan Dewan Undangan Negeri Perak akan dibubarkan dan berkemungkinan pada 13 Mei 2009, SPR akan mengesahkan bahawa telah menerima makluman pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak.
Jadi, mungkin 13 Mei 2009, satu nafas baru kepada demokrasi apabila melihat urusan pemilihan sesebuah kerajaan dikembalikan kepada rakyat.
Tapi mungkin 13 Mei 2009, BN akan cuba memanggil satu sidang DUN tergempar menerusi Speaker yang dilantik oleh ADUN BN, Dato’ Ganesan supaya satu usul undi tidak percaya dapat dibuat terhadap YB. Nizar. BN pasti menang.
Tetapi apakah ini akan menyelesaikan masalah? Speaker asal, YB. Sivakumar yakin dia masih Speaker yang sah. Bererti Sivakumar pasti akan mendapatkan perintah mahkamah bagi memastikan kepentingannya dan Pakatan Rakyat terbela.
Jika Nizar digulingkan menerusi undi tidak percaya dari Sidang DUN yang dipanggil oleh speaker yang dilantik BN, apa akan terjadi jika kemudiannya mahkamah memutuskan Sivakumar masih speaker yang sah, sama seperti Nizar.
Persoalan pertama, sanggupkah BN hidup dengan persepsi suka bertindak mengikut undang-undang rimba sehingga menyusahkan semua pihak.
Kedua, sanggupkah bekas MB haram BN, YB. Zambry terus bergelumang dengan lawak borianya dan berdepan dengan kemungkinan kehilangan jawatan MB kali kedua menerusi proses perundangan?
Keputusan untuk menamatkan segala ketidak ketentuan ini terletak pada kuasa istana Perak.
Krisis UMNO Terengganu dengan YDP Agong
Istana tidak boleh mengharapkan UMNO untuk membelanya. Lihat sahaja apa yang sedang berlaku di Terengganu.
Dikhabarkan, Idris Jusoh amat geram dengan DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.
Ini kerana Baginda telah menolak nama Idris Jusoh yang dicadangkan oleh Perdana Menteri Najib yang mahu mengangkat Idris ke dalam kabinet Malaysia. Tujuan Najib ialah untuk menenangkan Idris dan penyokongnya setelah Idris diketepikan oleh Istana dari terus menjawat jawatan MB Terengganu.
Akibat penolakkan oleh Istana itu, Idris nekad mahu menggulingkan Ahmad Said Menteri Besar pilihan Istana Terengganu. Maka berlakulah apa yang kita semua tahu sehinggakan hari ini waran tangkap dikeluarkan ke atas bekas setiausaha politik Idris Jusoh sewaktu beliau menjadi MB Terengganu.
Sekali lagi polemik politik UMNO telah mencemarkan Istana.
Mengapa UMNO tidak mengambil tindakan kepada Idris Jusoh dan YB-YBnya yang tidak henti-henti menderhaka. Tidak cukup memanggil Tuanku YDP Agong sebagai ‘Natang’ atau ‘animal’, hari ini mereka mahu pula mengajar Tuanku.
Raja Nazrin perlu mengambil langkah penting mempertahankan sendiri kedaulatan Raja-Raja dengan menyerahkan hak kembali kepada rakyat. Insyaallah, istana Terengganu akan menyusur kemudian jika ada yang berani memulakannya.
Kedaulatan sebenar terletak pada kesetiaan dan cinta rakyat pada Baginda Tuanku.
Yang patut harus disegerakan. Yang muda memimpin yang tua.
Ahlan Wa Shahlan Wa Marhaban
Idris Jusuh kena bawa kesnya ke Mahkamah dulu dan kena buat sembah derhaka terlebih dahulu
http://aisehman.org/?p=1325
Bro.,
what are u trying to instigated bro?
NIzar is more popular than Hussam for deputy president of PAS….and Nizar is Ulama….
Salam, maaf saya ni kurang pengetahuan. Tapi bukan ke biler Zambry tak sah maka secara tak langsung peristiwa 7 mei pun haram?
Kes Idris ni unik sikit…dan menujukkan politik kekampungan UMNO Terengganu. Seandainya betul YDP menolak Idris dari dilantik menjadi Menteri kabinet, alangkah ruginya rakyat Terengganu.
Bayangkan dari 1 Menteri penuh dan 2 Timbalan Menteri, kini Terengganu hanya mempunyai 1 Menteri penuh…betapa tersisihnya rakyat Terengganu…Apakah ini yang dikatakan “Menang sabung, kampung tergadai?”
Jadi, apa akan terjadi kepada pencuri, perompak dan lanun ZAMBRY? Kedudukan dan jawatan MB nya telah diharamkan dengan pengisytiharan Mahkamah. Malulah BN merampas kuasa di Perak. Harap Sultan Perak sedar bahawa baginda perlu mengikut perintah mahkamah untuk melantik semula Nizar sebagai MB Perak!
ikut je keputusan Mahkamah tu, apa masalahnya ni.
Dah tu PR pun nak memerintah apa nya lagi kalau majoriti 31 lawan 28. Tak ngaji matematik ke atau sepetkan mata sebab tak dapat terima kekurangan majoriti ?
politik kotor, jgnla PR nak jadik sekotor BN. Dah kalau jantan sangat bagi je dulu BN pegang, bukannya lama sampai PRU13 je. Tgk betul ke tidak majoriti itu yang dimahukan rakyat.
Lagipun dalam tempoh tu, takkan la teraniaya rakyat Perak dipulun BN, takkan kot.
kejadian sebegini ada hikmahnya iaitu undang2 yang digunapakai sekarang adalah terlalu longgar. jadi masa sebeginilah para legislator harus memainkan peranan untuk menerapkan nilai-nilai islam didalam apa jua perundangan sekalipun. Hidup PAS..
Brother Sheih,
Saya harap sekarang kita semua bersikap “ambil yang jernih buang yang keruh” kerana Undang-undang dah ditegakkan. Saya berharap MB Perak mendapat Perkenan KDYMM Pemangku Sultan untuk membubarkan Parlimen supaya Pilihan Raya baru dapat segera dijalankan……..Saya percaya kita semua (Rakyat) dah letih…….dan Kerajaan B****** juga letih…..dengan pentadbiran negeri yang seakan-akan cerita wayang kulit yang penuh dengan suspens, sandiwara, kontroversi, kronisme dan sebagainya…….Kita nak pemimpin mengurus Negara dan Negeri dengana baik……bukan asyik berpolemik, berpolitik semata-mata……tetapi petang dan malam semalam……saya ter overrrrr jugak……bila keputusan Mahkamah diumumkan…….sekarang nak ‘relax ‘ dan bertenang……sebab urusan lain banyak diabaikan…….
When injustice becomes law, resistance becomes duty”….”Many will call me an adventurer – and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes.”— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
let us rejoice while not forgetting there are still 14 ISA detainees let in kamunting as we speak. we are proposing a more drastic actions, capitalizing najib fears of more PRK, fear of losing the faith of the rakyat, to maintain people’s perception that he is still in power. join us in our quest to push the Pakatan Leaders to be willing to threaten the government into releasing more ISA detainees.
Good day to all,
We would like to invite you to our blog “Misi Membebaskan Tahanan ISA” to push the the PAS/PKR leaders to step forward and offered 2 ADUN/Parliamentary seats up for resignation as a way to threaten the govrnment into releasing more ISA detainees. Details of the strategy can be followed here:
“Blog Bebaskan Mereka”
We would appreciate it if you drop by and sign our petition as well.“Online Petition”
Justice for all.
salam perjuangan bro,
mohon kehadiran suara ke blog kami “Misi Membebaskan Tahanan ISA” dengan mendesak agar pimpinan PAS/PKR menunjukkan keikhlasan dengan berani menawarkan letak jawatan kerusi ADUN/PARLIMEN sebagai ugutan kepada pihak kerajaan.
sila lawat: “Blog Bebaskan Mereka”
seterusnya, mohon menandatangani petisyen kami di:
“Online Petition”
JZK
Ya,mari kita bubar dun. Pasti dap akan letak calon melayu. Jika mereka menang,calon melayu dap akan menjadi menteri besar. Melepaslah nizar dan pas. Mari kita lihat bagaimana keadaan melayu yang majoriti di perak diperintah oleh dap yang minoriti. Jika adil Alhamdulillah. Jika tidak,padan muka. Siapa suruh berpecah belah.
Apa yang kita harapkan ialah, biar 13 mei 2009 menjadi ingatan Sultan-sultan di Malaysia… kes Perak yang sudah hampir 3 bulan dalam ‘darurat’ digula-gulakan orang UMNO untuk kepentingan mereka. Harap Sultan Perak buat yang terbaik untuk rakyat.
Bermula dari 5 Febuari 2009, jumlah ADUN UMNO 27, jumlah ADUN DAP 17. PKR 5, PAS 6, MCA 1 dan 3 ADUN Bebas.
Itu pun dah cukup terang dan jelas akan ‘suara rakyat’ dan siapa yang sepatutnya menjadi Menteri Besar. Walaupun aku bukan orang UMNO tapi aku tak mudah ditipu oleh fahaman anwarisma wal juburi!!
Oleh kerana MCA berada di dalam Barisan Nasional, maka jumlah kerusi BN ialah 28 orang dan 3 ADUN bebas telah membuat pengakuan di hadapan Paduka Seri Sultan Perak bawa mereka bertiga memberikan sokongan kepada BN, menyebabkan kekuatan BN ialah 31 sedangkan Pakatan Rakyat ialah 28.
Bodoh sangatkah Paduka Seri Sultan Perak untuk membubarkan DUN? Ajaran demokrasi barat mengajarkan bahawa kelebihan satu undi juga dikira majoriti, jadi atas alasan apakah Nizar minta DUN dibubarkan? Siapakah Nizar dalam PR yang menjawat kedudukan yang sepatutnya disandang oleh Ngeh atau Nga?
Fahaman anwarisma al juburi membenarkan amalan lompat parti dan disokong oleh Mursyidul Am PAS setelah dijangkati oleh virus Erdogan kecuali Kapal Karam memandang kerja itu jijik dan hina.
Kalaulah pada 16 Sept 2008, berlaku lompatan oleh 30 ekor katak dari BN ke PR, sudah tentu pencacai PR akan menyanjung dan mendewakan katak katak itu. Apakah pencacai PR akan mengatakan berlakunya ‘rampasan kuasa’ sekiranya al juburi berjaya memenangi sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri, walapun dengan kelebihan 1 kerusi??
Jahat sungguh wabak presepsi yang disebarkan oleh virus A1N1 (Anwar Ibrahim Nombor 1) yang berpunca dari BABI (Brother Anwar Bin Ibrahim) yang bertopeng manusia.
Semoga Saiful Bukhari Azlan terus gagah dan tabah untuk menghantar al juburi balik ke Sungai Buloh bagi menghabiskan sisa umurnya di sana…. Amin!
Islam kt jaga,Bangsa kita jaga.
Jgn jaga Islam saja bangsa tergadai…
fikir2 kan..
Allahuakbar! Mahkamah Rayuan pulak dah buat U turn. Tak aman lagi le negeriku. Tapi apa pun rakyat dah nampak jelas sandiwara yg dimainkan. Kita yakin ia akhirnya akan memihak pada kebenaran. InyaAllah.
Kopi,
Hang lain citer selain melayu tak dak ka?
Bingai betui la hang ni… Dasar otak doktrin umno…
kepada yang ingin membeli lirik lagu satu malaysia sila ke http://bicaraselatan.blogspot.com/
Hanya SEORANG hakim di dalam Mahkamah Rayuan hari ini telah membuat keputusan keatas pengadilan Hakim Mahkamah Tinggi (yg dibuat semalam), menyebabkan keputusan (DS Nizar sebagai MB yg sah) semalam telah ditangguhkan. Apa maknanya ini??????. Pagi kira-kira 9pagi Zambry buat rayuan… 11.30pagi hakim ini telah telah bersidang bersedirian dan membuat keputusan. HEBAT….. HEBAT. Apa nak jadi dengan Malaysia ni.
apa nak jadi dgn malaysia..? ntah la… najib duk buat aper skrg ni nga kak mah kita… Kire duit untung dari PLKN kot…
BN dan sokongan 3 wakil rakyat bebas ada majoriti mudah. Kalau Nizar terus jadi MB..apapun tak boleh dilakukan. Nak luluskan mana-mana undang2 pun tak boleh kalau dah 28 lawan 31. ..akhirnya pakatan hanya ada kuasa eksekutif iaitu MB walaupun umpama telur di hujung tanduk..bila-bila masa persidangan dewan undangan negeri ..BN boleh kemukakan usul undi tak percaya..pakatan pasti akan kalah. Jadi lebih wajar Nizar melepaskan semua tuntutan kerana mereka perlu terima hakikat bahawa mereka silap percaturan….akhirnya hakikat ialah BN dengan sokongan 3 ahli bebas ada majoriti mudah. Dengan majoriti itu mereka berkuasa dalam soal perundangan…mereka boleh cadangkan apa2 undang-undang dan kemudian dengan sokongan majoriti..mereka berkuasa meluluskan apa-apa undang-undang kecuali yang memerlukan majoriti 2/3 dan perkenan Raja. Maka pakatan rakyat perlu bersedia menjadi pembangkang yang aktif dan tunggu sehingga pilihanraya ke-13. Secara peribadi, saya berpendapat pihak istana tidak akan memberi perkenan kepada permintaan membubarkan DUN..ini bukan soal berdendam tetapi lebih kepada satu fakta..BN ada majoriti untuk membentuk kerajaan. Apapun kita menghormati keputusan mahkamah dan kuasa Raja seperti yang terdapat dalam Undang2 Tubuh Kerajaan Negeri Perak.
Apsal la bodoh sgt org yang bercakap tentang melayu ni? hang duk bangga apa la sgt dengan melayu tu? aku juga orang melayu Islam. hangpa tgk la i.c. hangpa… ada tulis ka hang tu melayu..? bumiputera adalah… ISLAM tu adalah… tupun ada jugak anak haram yang duk berusaha nak buang status agama dalam i.c… pastu ada jugak beruk2 yang setuju anak2 bwh umur 18tahun tak boleh ubah ugama ikut mak bapa mereka…. wei…. orang melayu!! kuota 30% pun dah takdak dah… liabrisasi lancau apatah depa buat… universiti cina pun dah ada dah… universiti india pun sedang diusahakan…. cukup laaa cakap pasal perkauman…. HENTIKANLA PERKAUMAN!!! kita ni 1malaysia bodoh…. tak reti bahasa lagi kaa..????? Melayu orang Malaysia, India orang Malaysia, Cina pun orang Malaysia….. orang cakap pasal bubar dun perak.. hari ni aku cakap BUBAR UMNO!!!! PARTI PERKAUMAN!!!! BUBAR MIC!!!! PARTI PERKAUMAN!!!! BUBAR MCA!!!! PARTI PERKAUMAN!!!! UNTUK ORANG UMNO, NGEH dan NGA memang orang kafir, tapi barua UMNO yang mangkuk hayun kena belajar, KOH TSU KOON PUN KAFIR DAN SAMY VELLU PUN KAFIR…. BERHENTI JADI BODOH… NAK CAKAP “JANGAN JADI BODOH” TAK BOLEH SEBAB DAH BODOH… masing2 kembalilah kepada agama masing2….. HENTIKANLAH PERKAUMAN…. FOR 1MALAYSIA…..
APASALAH GENG PR NI DOK KALUT NAK BUBARKAN DUN.
FAHAM KAT SINI…
KUASA YANG ADA PADA SULTAN BOLEH DIKATAKAN 3 PERINGKAT..
1. SAPA ADA MAJORITI DIA JADI KERAJAAN. SO, KALAU PAKATAN BOLEH DAPATKAN BALIK MAJORITI ADUN YG MEMIHAK KEPADA MEREKA ESOK, AKU SURE SULTAN PUN TAKKAN NAK BAGI BN MEMERINTAH PULAK. MAU HURU-HARA LAGI TERUK PERAK TU…
P/S… JANGAN KITA TUDUH ORG YANG MELOMPAT TU TAK BERSIH / SEPERTI MENERIMA RASUAH KALAU SEKADAR DGR2 ATAU BACA DARI BLOG TANPA PERTIMBANGAN, KALAU DULU ANWAR IBRAHIM JADI MELOMPAT “KATAKKAN” 30MP DARI BN UTK NAK TUBUH KERAJAAN PERSEKUTUAN BARU UNDER PR…HANG RASA SEMUANYA 100% IKUT JE…TAK DIRASUAH.
2. SELAIN DARI MENGGUNAKAN MAJORITI ADUN, SULTAN BOLEH BUBARKAN DUN. BETUL… MEMANG SULTAN BOLEH TAPI YANG HANG NAK KALUT DOK BUBAR DUN TU BUAT APA, BARU SETAHUN PRU12, KATAKAN BN MENANG & MAJORITI 2,3 ORG ADUN JE…PASTU PR PULAK KATA BN TAKTIK KOTOR, BAWAK PENGUNDI HANTULAH, TIPU UNDI POS LAH & MACAM2 LAGI. ATAU PR MENANG DGN MAJORITI YANG SAMA JUGAK, PASTU 2,3 BULAN ADA YANG LOMPAT PULAK MASUK BN PASTU…PASTU…PASTU…APA PULAK YE…LOMPAT PARTI TAK SALAH LA DARI SEGI UNDANG2 WALAUPUN DARI SEGI MORAL AKU PUN TAK BERAPA SETUJU…KALAU RASUAH YANG BERJAYA DIBUKTIKAN TU MEMANGLAH SALAH..
3. PAYAH2 SGT KUASA TERAKHIR YANG ADA KAT SULTAN, BAGINDA ISYTIHARKAN JE DARURAT, 2,3 HARI CUKUP LE, WAKTU TU BAGINDA NAK PILIH SAPA SEBAGAI WAKIL UTK MEMERINTAH UNTUK NEGERINYA, IKUT SUKALAH. TAPI CARA NI YANG PALING LECEH & BEBANKAN RAKYAT.
KESIMPULANNYA…
KESIAN LE KAT ORG PERAK TU (WIFE AKU ORG SANA JUGAK ( BUKIT GANTANG). AKU RASA TERIMALAH BN ADA MAJORITI & DEPA MEMERINTAH SAMPAI PRU KE 13 NANTI NAK PANGKAH SAPA PULAK IKIUT SUKALAH..
AKU RASA TAK MATI KEBULUR LAGI RAKYAT PERAK TU KALAU BN MEMERINTAH SAMPAI PRU KE13. TAPI KALAU PR YANG MEMERINTAH MUNGKIN JUGAK TAK KEBULUR TAPI MAJORITI MELAYU PERAK MAU ADA YANG KENA DUDUK BAWAH JAMBATAN SEBAB TANAH DAH BAGI KAT ORG LAIN….KATA SBLM NI BN BYK BAGI TANAH KAT TOKEY CINA, DAH TU PR MEMERINTAH HANG PA NAK BAGI LAGI KAT CINA2 DI KG BARU TU, DEPA DUDUK SITU DULU PUN BRITISH YG BUKA TANAH SBB NAK KURANGKAN PENGARUH KOMUNIS ( DUDUK FREE LE ), KALAU PI “MUGAQ” / TEROKA MACAM ORG MELAYU KAT FELDA TU TAK PA JUGAK.
BILA HANGPA BAGI LAGI, LAGI LA BODOH, KAT KG BARU TU KEBANYAKKAN CINA2 TUA JE, ANAK2 DEPA DAH KAYA RAYA….TANAH KAT TEMPAT LAIN BELAMBAK DAH…HA TU BAGI LAGI…LAGI…
NAK MEROSAKKAN SESUATU KEJAYAAN / PENCAPAIAN LEBIH MUDAH / CEPAT DARI MEMBINANNYA.. FIKIR2 KANLAH.
Laa… Jamilkucing sebijik otaknya macam info, antipas dan rakan-rakan sewaktu dengannya! Tak faham-faham!!
Kan mahkamah dah kata Sultan hanya berkuasa lantik MB tapi tak dak kuasa pecat MB. MB boleh lucut atas 3 sebab yang budak sekolah menengah pun dah tau sekarang ni.
Lepas PRU 12 dulu Sultan dah lantik DS Nizar. ( Tak kisah la kenapa Sultan mahu DS Nizar, tak mau DS Tajul Rosli ). Kira selesailah tu. Kemudian Sultan terikat dengan undang-undang tak boleh lucut DS Nizar sebagai MB.
Tut-tut berlaku lompat melompat, PR hilang majoriti. Kalau UMNO cerdik patutnya dia pujuk Sultan suruh DUN bersidang, kemudian bawa usul tak percaya kepada DS Nizar. Pasti PR kalah…
Tapi UMNO tak cerdik. ( Atau mungkin pengecut ). DS Najib lupa nak minta nasihat Tun Mahathir. (Nota: Tun Mahathir tidak setuju dengan pelucutan jawatan MB DS Nizar). Mungkin dia tak gamak kerana Tun Pak Lah masih PM masa tu. DS Najib terus berjumpa Sultan minta lantik DS Zambry jadi MB. Penasihat undang-undang Perak pun tidak berani hendak bantah ( sebab dia ni lantikan Kerajaan Pusat seperti kata KSN ), ikut aje!
( Setakat ini kronologinya berbeza dengan rancangan DS Anwar nak ambil alih kerajaan pusat. DS Anwar dah minta Tun Pak Lah panggil sidang parlimen tergempar untuk bentang usul tidak percaya – tapi Tun Pak Lah tidak setuju, maka 916 tertangguh sampai hari ini.. )
Nota : Harus diingat lompat melompat parti ini diizin oleh perlembagaan. Rukunegara mengatakan Keluhuran Perlembagaan, jadi ianya luhur selagi tiada unsur-unsur jenayah seperti ugut, culik, rasuah dan seumpamanya!
Kemudian DS Nizar bawa ke mahkamah, dan jadilah apa yang sedang terjadi ini…
Kesimpulannya, rakyat terbanyak nampak UMNO tu peragut…
I though that when the High Court Justice has made the decisions, Our U*** B****** will comply and let the People gives their Vote to Choose Their Representatives and Leader but NOOOOOOOO!!!………With U*** Government anything is possible……..No wonder my Fellow readers and Bloggers always use the Word………”Bolehland”…………Well, back to square One for All Of Us (Rakyat) then………..I can’t imagine how those G***s and S********s will face the music…….during this Coming “PRU”………and I can’t Imagine how those B****y S*****s will rot in Hell……..when They Dare to Use The God Almighty Name’s to justify their lies and scammed……..But people…….always remember that we still have a lot of works to do……so keep on readings…..and keep on blogging…….because When The Going Get Tough…….The Tough Get Going……After All…….We Are Malaysian Malaysia…….Yeeeeeehhhhhaaaaaaa!!!!!