Adalah dimaklumkan bahawa Pejabat Menteri Besar Kelantan menjemput semua wakil media dan media online termasuk bloggers untuk menghadiri satu sidang media khas yang akan diadakan oleh YAB. Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat pada esok hari, 13 hb Mei 2009,  jam 11 pagi di Dewan Teratai, Kompleks SUK Kota Darul Naim.

Di dalam sidang media penting ini, Tuan Guru Nik Aziz, yang sudah menjadi Menteri Besar Kelantan selama hampir 19 tahun akan mengumumkan suatu penawarannya kepada rakyat Malaysia  untuk memperkukuhkan perpaduan nasional.

Sidang media tersebut juga akan disiarkan secara live menerusi http://www.kelantan.tv

Sekian dimaklumkan.