Foto Ehsan The Malaysian Insider
Kabinet yang tiada apa-apa yang luar biasa. Kabinet yang tidak menggambarkan sebarang perubahan. Kabinet ini tidak ada ‘wow factor’.
Ia bukan satu barisan kabinet yang menggambarkan usaha untuk mengukuhkan kembali negara tetapi satu barisan kabinet yang berusaha mengukuhkan Barisan Nasional dan UMNO melalui cara tradisional.
Kepanasan sokongan saya kepada Perdana Menteri baru ini nampaknya begitu cepat menjadi sejuk. Sejuk bila melihat dia menghantar Tun Dr. Mahathir ke perbatasan Pilihan Raya Kecil yang menggambarkan satu usaha tradisional yang ketandusan idea dan ternyata keputusan yang dibuat tanpa berfikir panjang dan sekarang bertambah sejuk bila melihat senarai kementerian di bawahnya dan barisan Menterinya.
Saya masih belum mahu mengkritik Perdana Menteri baru Malaysia. Saya masih berusaha menyakinkan diri saya untuk tidak cepat mengalah dalam sokongan saya kepadanya. Saya cuba memahami masalahnya.
Malangnya bila saya rasa saya faham masalahnya, ia tambah menyakinkan saya bahawa Najib juga akan mengulangi apa yang dilakukan oleh Abdullah. Yang menggerunkannya ialah, Najib melakukan apa yang Abdullah lakukan dalam tempoh yang terlalu cepat.
Ternyata apa yang kurang dalam keputusan Najib dari segi politik dan juga dari segi kepimpinan ialah kreativiti dan keberanian menentang arus. Tindakan-tindakan Najib setakat ini semuanya tindakan yang sudah diramal oleh pengkritik dan musuh politiknya. Tindakan Najib membawanya tidak lain tidak bukan, ke jerat yang tersedia buatnya.
Apakah ini benar-benar tindakan Najib atau tindakan seorang yang bercelaru dengan pelbagai tekanan? Tindakan Najib terlalu berbau Mahathir di dalam banyak aspek.
Saya mengharapkan Najib mempunyai kekuatan sendiri, bertindak diluar norma biasa politik UMNO, BN dan Malaysia. Tindakan-tindakan yang tidak pernah diramal yang membuktikan beliau seorang yang kreatif dan berani mengambil risiko.
Bagaimanapun, Najib cepat melihatkan tindakannya hanyalah tindakan seorang pentadbir dan bukan tindakan seorang pemimpin ulung.
Tiada apa yang berubah didalam kabinet Najib kalau dibandingkan dengan Kabinet Abdullah selepas PRU 12. Orangnya mungkin bertukar tetapi tabii dan ragamnya sama.
Setidak-tidaknya Abdullah sedikit berani dan kreatif bila menamakan Zaid Ibrahim sebagai Menteri. Seorang yang jelas menentang arus. Seorang yang jelas mahukan reformasi sebenar dan berani berusaha melakukannya. Bukan sekadar retorik dan hanya reformasi untuk tujuan politik. Malangnya perlantikan Zaid menjadi tindakan bodoh dan bahan jenaka kerana mengapa Zaid tidak diberi peluang mempertahankan kerusinya dalam PRU 12 kalau sudah ikhlas rancangan Abdullah mahukan Zaid ke dalam kabinetnya?
Kabinet baru Najib tidak menunjukkan sebarang muka baru dalam ertikata sebenar-benarnya. Orang-orangnya tetap orang lama dalam politik. Orang-orangnya semua kita tahu dan kita boleh dengar cerita-cerita masam dan masin mereka.
Tidak ada satu nama yang membuat kita tertanya ‘wah siapa dia tu’ dan bila kita mendapat jawapannya kita rasa teruja dengan latar belakangnya.
Bahkan, Najib telah melepaskan peluang untuk membawa nafas baru ke dalam kabinet apabila akur dengan desakan-desakan luar dan dalam. Najib mengorbankan Khairy Jamaluddin (KJ), satu-satunya penjawat jawatan di dalam UMNO yang mempunyai ‘cv’ yang bisa membuat orang yang tidak mengenalinya teruja dengan latar belakangnya dan laluannya ke menara politik.
Mengapa harus diketepikan KJ kalau kaki disko yang suka melakukan gangguan seksual ditempat awam boleh diambil ke dalam kabinet. Mengapa harus diketepikan KJ kalau ‘lelaki’ yang suka menghunus keris dan mengguris perasaan kaum lain boleh dikekalkan?
Kalau dikatakan KJ jahat, rasanya Johari Baharom lebih jahat kerana menderhaka dan menghina bekas Presiden UMNO. Johari Baharom juga walau berjaya membersihkan dirinya, terus dicurigai.
Setidak-tidaknya KJ tidak pernah bertindak memukul seseorang sehingga lekuk kepalanya seperti Menteri yang terus dikekalkan oleh Najib.
KJ memang tidak popular, tetapi dia lebih berakal berbanding hampir keseluruhan pilihan Najib. Kalau mahu melantik penipu, penjenayah atau pun Menteri, biarlah yang berakal.
Melihatkan senario ini, bukankah lebih baik melantik KJ daripada Mukhriz. Bahkan adalah lebih senang bagi Najib mempertahankan perlantikan KJ daripada perlantikan Mukhriz.
Seolah-olah Najib tidak mempunyai kuasa penuh dalam perlantikan Menteri kabinetnya. Kabinetnya menjadi begitu bercelaru sehinggakan satu kementerian yang bertanggungjawab menjaga kepentingan orang Melayu dalam aspek perniagaan dan pendidikan lenyap tak tahu hilang ke mana.
Beberapa kali saya melihat dan mencari siapakah menteri Kementerian Pembangunan Usahawan tetapi tak jumpa-jumpa. Ke mana perginya MARA? Rasanya tak juga dijelaskan dalam ucapan panjang Najib sebelum pengumuman kabinetnya.
Mungkin harapan saya kepada Najib terlalu tinggi. Saya harapkan kabinet yang akan membuat Anwar Ibrahim berpeluh dan membuat Nasharuddin Mat Isa menangis kerana terlepas peluang untuk turut serta bergelar menteri.
Satu barisan kabinet yang membuat anak-anak muda berasa masa depan mereka di Malaysia akan lebih bermakna.
Selain dari Peter Chin, senarai lain mengecewakan. Ianya dipenuhi dengan ‘has been’ dan mereka yang sepuluh tahun dulu dikatakan ‘berpotensi’ tetapi hingga kini tinggal potensi.
Merenung kembali senarai kabinet ini, semakin suram sejuk harapan saya untuk melihat perubahan seterusnya di dalam institusi lain seperti Jabatan Peguam Negara, Polis Di Raja Malaysia dan lain-lain.
Namun, jauh disudut hati saya, masih ingin terus memberi sokongan kepada Najib. Sekurang-kurangnya biarlah sehingga beberapa bulan. Harap-harapnya.
Tetapi, juga jauh disudut hati saya, terus berkata-kata, ini bukan Kabinet Najib! Ini bukan Kabinet Najib! Ini bukan keputusan Najib. Kabinet ini langsung tidak melambangkan retorik yang Najib uar-uarkan sejak menjadi Perdana Menteri. Kabinet siapakah ini?
ini mungkin kabinet one malaysia, rakyat didahulukan, prestasi diutamakan… tak apa, berikan mereka 6 bulan dan tengok siapa mendapat kad kuning dalam report card prestasi mereka… satu permulaan segar…. biarkan bunga itu segar. jika bajanya mencukupi, pasti bunga itu terus berkuntum, tetapi jika tidak, bunga itu pasti layu……….. Layu sebelum berkembang……… dan digantikan bunga baru…..
aku rasa kalau nakkan kesegaran baik ganti aja Nik Aziz dgn org lain yg jauh lebih muda dan mempunyai idea yg baik. Kenapa kuman di seberang laut boleh tapi gajah depan mata buat tak tahu?
tunggu dan lihat jerlah kabinet baru najib nie,saf yang dia inginkan….
Kamu suka sangat kat KJ masuklah dlm Pemuda dan sokong dia.
Btw, dia telah didapati bersalah pasal rasuah, jadi susah sikitlah. Kalau lantik dia, kamu kritik jugak, sebab ambik perasuah.
Lagipun akar umbi Umno memang tak suka dia atas bermacam sebab ( tanyalah sape-sape).tak kiralah graduate dari bulan ke, mcm lah dia sorang dari oxford/Cambridge? I couldn’t care less. Berlambak melayu came from there.
And of course, son in Law, made it very impressive. Could have been Anwar’s son in law too, tapi takde rezki.
Bila alar umbi x suka, umno lagi parah . Terus lemah dan akan kalah teruk PRU13.
Kamu tentu suka.
Sometimes you are so predictable, and this so obvious
Mickey wrote:
Kamu suka sangat kat KJ masuklah dlm Pemuda dan sokong dia.
Btw, dia telah didapati bersalah pasal rasuah, jadi susah sikitlah. Kalau lantik dia, kamu kritik jugak, sebab ambik perasuah.
Saya bukannya sokong betul KJ nie. Tapi kenapa double standard? Ali Rustam DIDAPATI BERSALAH dan dilarang dari bertanding…. masih KM pula. Si KJ… hanya diberikan amaran…
The way i see it… this is Mahathir’s Cabinet. This is not Najib’s.
tak payah sindir-sindir, cakap terus sahaja. nampak macam dipengaruhi oleh pm no-4. ramai rasa begitu, cuma tak sebut.
Pemikiran kamu sudah kucar kacir. Sepatuknya jadikan kamu senator, lepas tu masok kan kamu ke dalam kabinet dapur ! Di sini lah letaknya kabinet Syed Azidi yang ideal.. https://kickdefella.wordpress.com/2009/03/23/recipe-for-the-heart/
Puad Zarkashi ok what?
Frankly, my kitchen cabinet and book cabinet looks more interesting and have more “oommpphh” than this cob-webbed cabinet 😦
Macam ada udang sebalik batu je tulisan ni…
It is a real CHEDET SHADOW CABINET and not najib or people’s cabinet !!!!
http://nmjnh.wordpress.com/2009/04/10/mahathir-shadow-cabinet/
To Siti Fatimah… Fuad Zarkashi ok? heheheh ngomong wae ora teteh… cedhal…
Dear sheih, jangan lah dah jadi typical opposition yang complain semuanya salah. I thought you are above that.
First of all, betul ke dalam kabinet tu semua Orang Tun M? Tengok lah betul-betul sheih. Kawan Anwar pun ada. Orang kuat Pak Lah pun berlambak. Tun M dah jadi PM 22 tahun sheih. Siapa yang tak pernah keje under Tun M? Kalau nak pilih yang tak ada kaitan dengan Tun M, kena pilih Lim Kit siang dengan Karpal Singh. Anwar pun tak boleh.
I am sure if KJ is elected, you will also complain kan?
Personally, yes I am a bit disappointed to see some of the old faces and the fact that my personal favourite, Husam is not in the line-up. But let us be fair lah. Give them a chance first. Tak kan nak jatuh hukum before the crime is even committed. Bila dah proven tak perform, then we can do the kickdefella all over again. Baru lah gentleman,
Apa yang perlu kita lihat adalah “synergy” yang akan lahir dari pasukan ini. Sememangnya tidak ada individual hero, kerana selagi kita ini bergelar manusia, kita masih memerlukan insan yang lain yang saling lengkap melengkapi. Sesungguhnya sebatang lidi itu hanya mampu memainkan peranan yang agak terhad, tetapi jika ianya seberkas lidi ianya akan mampu menghasilkan satu transformasi. Sama-samalah kita pupuk dan kita semarakkan lagi semangat serta hasrat yang hendak dilaksanakan oleh Pimpinan baru ini agar ianya mencapai matlamat seprti yang telah ditetapkan.
ala… terus hantam saja lah.. THEY ONLY WANT TO BUY OUR TIME… THEY JUST PLAY WITH SOME DRAMA TO MAKE THINGS LONGER.. ayyoyo
Jean….If Najib dare to set up a Royal Commission to question Mahathir for taking out RM1.2 Billion of EPF money… our hard earned money to bail out his son..then I tend to agree with you a little.
He has also need to set up court cases to get Rafidah answer why so much APs given to her relatives.
Mat Tyson had millions in house and millions out from Australia. Since not stolen money…so not guilty…but where did he get all the millions?
SAmy need to answer in a court case.on the MIKA shares.
But first Najib need to set up a Royal Commission to investigate himself on the RM500millin commission to Baginda’s account and Altantuya’s murder case…not logical to be blown to pieces by rapists….and he was the Min.of Defence.
Ofcourse…you will say…why make fuss….where are the proofs.
What we want is for all of them to legally swear and tell the truths…i courts..to clear their names…and if Mahathir dares to keep saying he forgets…on a case against him…he will surly be in jail.
Don’t you want to know the truths too?
You keep harping why a person like Sheih.. ..have change and talk nonsense too.
As much as I like you as a friend…you are getting out of proportions more and more each day.
Agak2 sapa la yg layak dalam PR nak pegang jawatan PM dan semua menteri dan timbalan menteri… dalam PKR hmmmm dalam PAS hhmmm tp dalam DAP banyak yg layak… tp hmmmmmmm
sebenarnya mereka semua ORANG ANWAR IBRAHIM.. please remember carefully..
yo bro betul kan…
Mr Najib kata nak guna KPI kan ? Ok lah bagi 6 bulan lepas tu kita ukur dia dengan KPI jugak lah. Cuma harap2 dia tak angkat Khairi lepas 6 bulan ni !!
Skaran Khairi belum jadi Menteri lagi, sempatlah kamu (Sheikh) gosok bahu dengan dia. Mana tau, dapat sambut projet berjuta.
Memang KPI diguna olih pehak swasta. Tapi ada jugak lubang2 dan keburukkannya. Tak lama tu mula lah timbul Menteri kaki bodekdan Menteri cucuk belakang. Yang belum jadi menteri tu main tikam nak tunggu giliran jadi menteri. haha.. Mr Najib kena main mentari pulak nanti.. !!!
Yaaa … anak bongsu Daddy dah masuk kabinet.
“Daddy, daddy … Mukh dapat jadi timb menteri … yeah! yeah! Thanks daddy!”
“Bagus anakku … dah lama aku dendam ngan MITI ni … hahahha …”
Kabinet ni “Naif Ton Rasa” punya – Bernama
http://sloone.wordpress.com/2009/04/10/bernama-gave-us-a-new-pm/#comments
This is Datuk Seri Najib punya Kabinet.Macamana dia nak ambil KJ sedangkan dlm dewan that day dah kena “wow”oleh peserta dewan masa ucapan Dtk Seri Najib.People need development yg seimbang dari segi luaran dan dalaman.
This is Datuk Seri Najib punya Kabinet.Macamana dia nak ambil KJ sedangkan dlm dewan that day dah kena “boo”oleh peserta dewan masa ucapan Dtk Seri Najib.People need development yg seimbang dari segi luaran dan dalaman.
This by Haris Ibrahim is true:
Can BN reform?
Yes, but not under its present leadership.
Najib and the current crop of UMNO leaders are too integral to the very problem that plagues BN.
As are the top leaders of all the component parties.
Samy, Tsu Khoon, the Ongs, Taib Mahmud.
They’re all the same.
Self-serving politicians, interested in holding on to power only to serve their own ends.
If ever BN had the interest of the people as their first and only port of call, that ceased a long time ago after Dr M took the helm.
inilah dikatakan penulis yang ikut sedap hati jah!!! apa sajo ore lain buat, ada sajo yang saloh.. kalu set dio, letok sapo pun ok!! “ini keputusan secara musyawarah”, “ini keputusan pimpinan, kena diaulakan”, “ni suara rakyat” etc..
Ini macam kabinet PUJA UMUR SULTE KELATE lah… daulat tueku… tak pe lah rakyat merana janji ada gaya…
kb guy, cuba engko setkan KPI utk tok guru nik aziz kesayangan engko tu. ntah ntah org tu tu tak faham pun maksud KPI
Ye .. Geng2 usahawan under menteri maner ye .. Ada sape2 tahu . Dulu ada Kem Pembangunan usahawan dan koperasi .. Skrg di letak under maner.. Apa pun kita tengok la apa yang jadi .. Harap kepentingan rakyat di utamakan dan berikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat …
Antipas
pernah dengar ‘ murder without motive’ ?
antipas,
Saya tak tahu Tuan Guru Nik Aziz faham atau tidak maksud KPI tetapi walaupun beliau tidak faham saya lebih rela beliau yang memimpin. Saya tak rela mempunyai pemimpin yang faham KPI tetapi dalam masa yang sama sangat arif cara-cara songlap wang rakyat!!
Sayang benar tuan syeikh pada Khairy Jamaluddin. Almaklumlah, sama2 orang muda semangat berapi api. Bagus2 teruskan usaha anda.
Inilah MELAYU, belum apa-apa dah complain. Lupa cepat sangat. Kalau bangsa lain datang layan first class treatment.
Bersatulah MELAYU. Asyik dok kutuk sesama sendiri buat apa. Hasad dengkai tamak gelojoh mudah lupa tak tau bersyukur, apa ka benda.
Semua tak betul. Apa benda ni. Cakap memang senang dan murah, menghasut orang dengan kebencian memang mudah. Otak pakai sikit la.
Kabinet tak bagus ka. Sapa orang nak letak kat dalam? Orang cakap banyak, kutuk orang banyak? Kerja tak jalan. Lepas tu salahkan orang lain. Apa ni?
MELAYU oh MELAYU Sheih…
Saya setuju dengan pandangan awok tentang KJ. walaupun saya bukan peyokong UMNO atau PR, namun saya rasa KJ adalah salah sorang anak Melayu yang berkarisma dari segi pemikiran dan kepimpinannya. Dia seorang jenis pemimin yang ‘make it happen’. dia ada aura mcm Mawi… Boleh jadi idola kepada anak muda. Lihat sahaja CV nya.. Cuma kalau dia ni ada pendekatan yg lebih Ismalamiah lagi, mesti dia jadi seorang pemimpin yang ‘perfect’.
Camner anak manja Daddy bleh jadi Tim. MEnteri ni? kang kene sergah kat Parlimen, takkan balik nak mengadu kat Daddy kot?
ello ! ! Tok Guru Nik Aziz pun ada blog sendiri lah !!! Dia guna KPI his way lah !
em..macam ‘Islamic Key performance Indicator’.
Key Performance Indicators, also known as KPI or Key Success Indicators (KSI), help an organization define and measure progress toward organizational goals. Once an organization has analyzed its mission, identified all its stakeholders, and defined its goals, it needs a way to measure progress toward those goals. Key Performance Indicators are those measurements.
Key Performance Indicators are quantifiable measurements, agreed to beforehand, that reflect the critical success factors of an organization. They will differ depending on the organization. So PAS, BN or PKR may have different PKI. They are set before hand.
The definition of what they are and how they are measured do not change often. The goals for a particular Key Performance Indicator may change as the organization’s goals change, or as it gets closer to achieving a goal.
So, the most importantly is Mr Najib should make it transparent to the nation what is his KPI, so that the nation will evaluate the misnisters and the PM’s KPI ! And we the rakyak is the stake holder, in another words, the investors / share holders ! Their mismanagement is our great loss !
INI SEBENARNYA KABINET TAIB MAHMUD !
Kbguy,
You’re spot on about KPI and of its ilks! KPI may be alien to most who are in the public sectors or lesser local companies.
KPI can also be used as an individual performance appraisal, as practised by many MNC’s.
The basic tenets of KPI are: (1) the list is mutually agreed by the assessor and assesee, (2) the goals meet S. M. A. R. T. criteria, (3)transparency on asssessment and grading.
KPI can be a powerful tool to evaluate one performance, especially the PM and his Ministers.
KPI can possibly enhance a worker/manager/minister performance.
Happy KPI-ing to Najib and his cabinet honchos.
mungkin kabinet d.i.y
sapapun yang dilantik tak sangkut dengan kita di bawah ni. kita kena kerja juga untuk hidup , bukannya bila sipulan ni dok atas kita tak payah kerja, bila sipulan tu pula naik orang lain pulak tak payah kerja. bila depa dah naik kita pun depa tak nampak , kena tunggu bila nak ada pilihanraya kat tempat kita baru dia nampak kita, sedaklah sikit kawan-kawan kita dibawah ni dok begadoh buat apa!!!!!!!
KJ memang tidak popular, tetapi dia lebih berakal berbanding hampir keseluruhan pilihan Najib. Kalau mahu melantik penipu, penjenayah atau pun Menteri, biarlah yang berakal.
Saya terus ketawa terbahak-bahak apabila membaca perenggan ini. An article well-written.
If anyone call that a Cabinet….they must have their heads examined.
Loosers are all in….especially from MCA and Gerakan…ignoring voters preferences.
This is clearly the MAIN CANDIDATES for the 13th GE.
It also shows..UMNO BARU will never change…divide to rule…each race takes care of its own…and this is Najib’s “One Malaysia” interpretation.
It is exactly like Mahathir’s style.
Dropping out Albar….Mat Tyson do not impress People’s Power.
Get Rafidah…Samy….Mahathir to court and answer ..APs…MIKA….RM1.2 billion EPF money bail this son….respectively and many more….Mat Tyson millions…Toyo obvious misused of public funds…
Lets forget yourself……Najib..on the submarine deal with RM500 million commission…linking you the the Mongolian murder case. Lets put that aside.
Does Najib dare to put all in court? Lets see Mahathir say….”I forget” on a case against him.
No way can UMNO BARU do anything right.
It’s too deep rooted in corruptions…..and they are focusing to win 13th GE…..or else….big big trouble for most of them.
So….that’s election candidates. UMNO BARU…MCA..Gerakan MIC must all be seen healthy and well.
What a joke!! All loosers are Ministers….including Mahathir’s son.
That’s the UMNO BARU.. “One Malaysia” mentalities…trying always to find suckers.
That is clearly against democracy….and people’s choices.
It is always….”UMNO BARU knows best” attitude….treating all Malaysians like bloody fools.
hey kick da fella, kau ni typical ba’allawi lah. buat apa sokong najis ? sokong polisi seseorang lah. bukan individu.
1.KPI Tok guru Nik Aziz berasaskan al Quraan dan Hadis,ianya lebih mantap dan tepat dari mana-mana KPI dan saya cukup setuju dgn exTIKL
2.Ramai disini yg mahu Shaih jadi macam Utusan meloya dan Berita Hairan saja,tak pelu kritik,angguk saja.Itu lah sebabnya Umno akan terus menuju liang kubur,tanpa menoleh kebelakang lagi.He,he bagus tu,dah muak dgn perangai Umno ni.
3.Walau apa pun biarkan saja lah kabinet Najib ni begitu walau siapa pun ahlinya,kerana ianya kabinet sementara saja.Tahun 2013 nanti semunya bertukar.Bt Gantang dan Bt selambau dah bagi signal.
pandang negara thai adakah kebebasan yang cm2 yang kita inginkan?
klu cm2 demokrasi y kita tunggu pd kerajaan nmpknya kita menempah keranda sendiri cz bisnes lingkup, pejenayah ramai, mkn rasuah berlambak, mslah sosial meningkat, isap dadah bersepah n cm2 lg….kita xduduk dlm kerajaan bleh la kita kritik cm2….tya la pemimpin baru cm penang, kedah n selangor…bertapa peningnya nk handle sesuatu negeri…ni kn pulak nk merintah negara….org ckap pemerintah amalkan rasuah…tp jgn lupa dlm pembangkang pn ada jg pengamal rasuah (wlaupn ada y nk menafikan)
di sini jus sya nk ckap…pemerintah ka pembangkang ka kita tetap sama…ada NAFSU….jgn kita jus nk pandang buruk org sja tuk tutup buruk kita…Allah dh ckap JGN BUKA PEKUNG ORG WLUPN Y BURUK2….
kita xduduk dlm kerajaan bleh la ckap mereka pengamal rasuah…klu kita duduk di pos y melibatkan projek myb kita mkn rasuah lg teruk dr org y kita tuduh mkn rasuah….tuhan maha kaya…y alim2 tlg2 bg nasihat ngn cara y berilmu dr cra maki hamun, riak n cm2 lg….
cz pemimpin n alim ulamak la y akan disoal knapa sebangsa n seagama saling bergaduh….bukan mudah nk jd pemimpin…kerana susah di dunia n susah di akhirat….pk2 lah…
Dalam politik ni utk memenuhi hati semua pehak kena masok Pas lah. Pas tak ada masalah apa-apa. Tak ada duit minta derma sana sini, pemimpin pegang jawatan sampai dogot pn tak apa,wakil rakyat tak buat kerje pn rakyat tak marah, secara ringkasnya join pas senang ceriter. Hari-hari makan roti sebulan baru sen belanja?
Dalam sebuah organisasi, guna apa cara teknik managemen pun tak guna.. KPI ke, KSi ke, 7 habit ke, 5 K ke.. kalau bos sendiri ada rekod hitam. Lagi bagus kalau semua korupted, daripada anak buahnya amanah dan bosnya korupt. Kalau semua korupt baru ada team work ! Ini macam the Black Sheep is leading the whites.
Is there a book about “Why KPI fails, it’s weakness and threat’ ? Need this to present it to our deer PM before it’s too late.
Takkan kerana politik sanggup masuk neraka bro? Ini dunia…
Ruang sempit pn nampak…itu juga lubang neraka. Asal org Umno je semua tak betul…makan gaji berpuloh2 tahun hasil dari perjuangan Umno tak nampak langsung, last2 DAP juga yang Nik Aziz puja….masyaallah hitamnya hati.
The ‘one malaysia” is for Sabah and Sarawak…telling them…UMNO BARU treats them equal.
It Is so clear. UMNO BARU needs Sabah and Sarawak desperately in 13th GE.
I recalled one Sarawak minister complained years ago….when Mamak was PM…and him told off….saying Sarawak can pull out…of Malaysia..if they want to.
King talk too much….Mamak also said…that he no power…just for ceremony purpose only..and if they do not sign any documents presented by UMNO BARU….U B vast majority Parliamentarians will take care of that…to overrule the King..no problem.
Now…180% change of attitudes…WHY?…Because it favours U B…so no more showing tough side.. .all respecting Sabah and Sarawak parliamentarians and all defending Royalties with their lives….such patriotic UMNO BARU buggers.
There is not one thing done by U B that are showing respecting People’s Power.
Are they not real big corrupted hypocrites??
Apa-apapun. kalau dah parti tu berasaskan rasuah dan kroni.ahli2 nya sudah tentu bergelumang dengan rasuah dan mendapat tempiasnya. Takde seorang pun yang bersih..Kabinet hampehhh
Aiiikk! Kalu bukan kabinet Najib, habih apa Sheih? Takkan keloset Najib kut.
Haa! Kalu gitu, kita tunggu dan perati apa yang akan menjelma nanti.
Aku rasa tak lah jenoh kite menunggu apabila citer dan projek lapok tiba2 keluar semula. Dulu ‘koridor’, sekarang ‘ikonik’ pula. Cogankata baru lah, beb. Sesuai dengan PM baru kan.
Bro, aku dapat berjabat tangan dengan boss hang kat Pengkalan Aor pada hari pengundian. Tengok gaya ada ‘ooomph’. Tapi tak sempat nak berbual pasal hang. Siiibbuuukk buat kerja blogger-on-the-field.
Nuff said.
Nice discussion on KPIs. I am a tax paying law abiding citizen. As much as Pas supporters hate corruption practices, so do I. It is about time we should emphasize transparency and accountability. The problem is, even Pas doesn’t practice transparency. I would like to know where have the ceramah money gone? Do the audit it? Do they use external auditors? Please clarify me on this
ASSALAMU’ALAIKUM Sheikh,
Macam-macam hal pandangan antara kita umat Islam dan Melayu. Apa yang paling penting biarlah kabinet baru ni beroperasi selama 6 bulan. Walau pun hakikatnya kabinet ini tak payah berbulan madulah, namun grace period has to be given what so ever…ambo setuju jugok denge sika’ sheikh tu. Rakyat Malaysia umumnya dan bangsa Melayu khususnya hendakkan PERUBAHAN sikap kepemimpinan yang lebih terbuka. Biarlah KEBENARAN dan KEADILAN serta hak bermaklumat menjadi milik semua orang. Maka kita hurmatilah sesuatu yang menepati fakta dan maklumat yang dikawal selia oleh perundangan, barulah ketertiban dan kelicinan organisasi itu benar-benar KELIHATAN dilaksanakan. Sheikh dalam melihat bentuk ‘CHANGE’ yang diinginkan itu, jangan lupa ISLAM mestilah menjadi paksi dan KEBENARAN ILMU juga mesti dihurmati oleh kalangan bukan Islam.
Terima kasih, kerana berkongsi pandangan.
Wassalaam
Dungun, Trg
MALAYSIA
kenapa encik tak senaraikan kabinet idaman encik… mungkin ide encik nanti boleh diterima pakai… jangan kita asyik mengkritik tapi tak berusaha memberi sumbangan
halos2… guano abe antipas minat ko pitis dermo ceramos towww…. hkehkehkee…
abe antipas tok soh duk dekki lah…. malaikat ado 2 soghe doh… kalo ado hok seleweng… soh masuk NERAKO HAMIIYAH…. tok payoh la samokae PAS dan UMNO.. seperti mano yae oghe UMNO ghoyak sokmo2…
kalu ado bukti penyelewengan.. moleklah abe antipas kemukokae.. ambo pong beghasor nok timbuk oghe hok seleweng tuh…
DEAR SHEIH…
I 1ST TIME BACE NIE…KJ XBOLEH ADA DLM KABINET BCOZ ORG X SUKE DIE….NAJIB WAT KEPUTUSAN BIJAK…SUARA AKAR UMBI…
sy bkn la pnyokong kj. sebab dia kepala tahi. tp dia ada telur la nk banding dgn babby boy mukh….
najib sedang merancang hendak rampas kuasa di terengganu pula
To the point,saudara.If Najib is sincere to reform, why didn’t Najib include KJ, who legitimately was elected as Umno Youth Chief and why didn’t Najib bring back Zaid, the Judiciary Reform Hero (you are right, at least Badawie is not so lame & coward after all as what the Umno pro-Tun M framed him, at least Badawie was sincere to reform the judiciary by courageously bringing in Zaid, but unfortunately all the Umnos were still pro Tun M’s autocratice power crazy greedy power control freaks and want all the gold & power control for themselves).The rakyat is in darkness.Pardon me, Is Najib cabinet & new premiership legitimate? As far as the rakyat & country are concerned, Najib was desperately elected by Umnos & Tun M (alleging that Badawie is not aggressive enought), not by the rakyat by legitimate GE. So, it goes to show Umno’s decision & voice in control of everything even in choosing the PM of our country.Of course, our Sultan just consent and therefore all have to accept but is it the true acceptance of the rakyat? Another question is , why Umno is in a hurry to change PM from within (are they worry of PR popularity?) It goes to show they do not want to reform.They still like the comfort zone that Tun M had created for them, the “ali baba” policy and attitude.Where is this country going from here?.There is no reform, no clear-cut direction and still double-standards prevail and Umno is King of Bolehland and law at their whims and fancy, ISA abused and “their people” can be above the law and do and say what they like at the expense of the country and rakyat.Many times those Ministers utter “No one is above the law” but looks like “No one except Umnos is above the law”.The ones that broke the biggest laws (in corruptions, etc) are those from the Umnos camps. The people and nation suffer bec of BN poor management, mismanagement, poor vision, poor decision/policy making by close minded decision makers, comfort Zone politicians, old mindsets not progressive outdated obselete, enriching themselves impoverish the rakyat & country. No hope for Malaysia.It is sinking.A sad historical year.