Laman web pro UMNO tajaan seorang Menteri memanggil rakyat Malaysia untuk menyembelih saya dan untuk membunuh saya. Tidak mengapa, saya hanya insan kecil berbanding dengan mereka ahli-ahli UMNO yang berkuasa lebih dari pihak polis. Perjuangan saya pun sekadar membela nasib insan-insan kerdil tentu sekali berbeza dengan perjuangan segelintir pengunjung laman web tersebut yang perjuangan mereka membela elit-elit di dalam UMNO.
Tentu sekali saya halal untuk disembelih dan dibunuh kerana saya menebalikkan bendera Malaysia yang tidak salah disisi undang-undang. Sebab itu kes saya disiasat di bawah akta hasutan dan bukan kerana menghina bendera Malaysia. Tentu sekali elit-elit UMNO yang merampas hak dari rakyat Malaysia yang lebih layak tidak bersalah. Tentu sekali elit UMNO yang mengarahkan supaya perwakilan di Kubang Pasu di sogok supaya tidak memilih Tun Dr. Mahathir sebagai perwakilan yang serius mahu bersuara di Perhimpunan Agung UMNO tidak bersalah, kerana tindakan mereka ini semua adalah demi agama, bangsa dan negara. Tentu sekali elit UMNO yang membayar RM500 seorang kepada pegundi di Permatang Pauh supaya mengundi BN di dalam pilihanraya kecil itu tidak bersalah kerana mereka sekadar menderma duit kopi.
Suatu ketika pada sewaktu negara dilanda kegawatan ekonomi, saya terbaca secebis berita di akhbar. Berita itu mengisahkan bagaimana mayat seorang lelaki bersama anaknya ditemui di bawah bangunan. Lelaki itu dipercayai terjun dari puncak bangunan bersama anaknya. Menurut berita itu, pihak polis menemui satu botol susu di puncak bangunan. Adalah dipercayai, lelaki itu menyusukan anaknya sebelum memeluk anaknya dan terjun bersama-samanya. Lelaki itu dan anaknya adalah warganegara Malaysia. Siasatan polis mendapati lelaki itu mengalami masalah rumahtangga dan berpisah dengan isterinya setelah kehilangan kerja. Apakah benar dia rakyat Malaysia atau dia sekadar statistik?
Beberapa minggu yang lalu, secebis berita di dada akhbar melaporkan bahawa seorang lelaki dan anak-anaknya ditemui mati di dalam rumahnya. Anak-anaknya diberi minum racun dan setelah anak-anaknya mati, lelaki itu mengambil tindakan membunuh diri. Siasatan polis mendapati lelaki itu mengalami masalah rumahtangga setelah hilang pekerjaan. Lelaki itu dan anak-anaknya adalah warganegara Malaysia yang bernaung dibanwah Jalur Gemilang yang kita banggakan. Tetapi lelaki itu hanyalah statistik.
Saya boleh bayangkan betapa sedih dan sebaknya kehidupan mereka. Ramai yang turut memahaminya tetapi tidak bersetuju dengan tindakan mereka mencabut nyawa anak-anak mereka. Tetapi selain dari sekadar merasa tidak bersetuju pernahkan kita bertanya kepada diri kita, apakah yang telah kita lakukan bagi membantu mereka supaya mereka tidak mengambil tindakan sedemikian?
Tentu sekali jawapan kita ialah kita pasti membantu mereka jika kita kenali mereka, malangnya kita tidak mengenali mereka. Mereka hanya insan kecil. Tak lebih sekadar statistik.
Tetapi apakah yang kita lakukan untuk mengelakkan dari perkara yang sama berulang. Apakah yang mampu kita lalukan supaya insan-insan kerdil ini tidak hilang pekerjaan. Supaya mereka tidak mengalami masalah rumahtangga dan supaya tidak mereka mengambil jalan singkat bagi menyelesaikan masalah mereka itu?
Mungkin juga jawapan kita ialah bagaimana kita mahu membantu mereka kerana kita sendiri sudah nyawa-nyawa ikan.
Apakah sudah tiada penyelesaiannya? Setiap insan kecil atau besar pasti akan rasa jatuh bangun di dalam hidup kita. Bagi yang mempunyai kekuatan pegangan agama, di saat-saat jatuh itulah kita akan merasa begitu hampir dengan Pencipta kita. Bagi mereka yang tidak berkesempatan memiliki pengangan sekuat itu, kekucar-kaciran hidup waktu itu pasti begitu menekan. Bagaimana kita menyelesaikannya?
Saya kesal dan saya risau. Perkembangan ekonomi yang tidak menentu ini sudah pasti melahirkan pelbagai kerumitan. Ramai rakyat Malaysia yang bernaung di bawah Jalur Gemilang akan mengalami tekanan ekonomi dan sebahagiannya akan menjangkiti rumahtangga mereka.
Tindakan kerajaan menurunkan harga minyak sebelum Pilihanraya Kecil Permatang Pauh amat saya yakin tidak akan dapat menurunkan kos harga barang keperluan, kos pengangkutan awam dan kos sara hidup yang telah meningkat akibat tindakan Kerajaan menaikkan kos bahan bakar pertengahan tahun ini. Bagaimana penurunan harga minyak ini tetap akan membantu menurunkan sedikt bebanan rakyat Malaysia yang memiliki kenderaan.
Bagaimana dengan mereka yang tidak memiliki kenderaan? Saya menyokong tindakan Kerajaan menurunkan harga minyak ini. Ini membuktikan bahawa seruan Pakatan Rakyat bahawa harga minyak tidak sepatutnya dinaikkan dan harga minyak boleh diturunkan terbukti benar.
Berbalik kepada laporan polis yang dibuat ke atas saya dan seterusnya siasatan di bawah akta hasutan yang menyusul menyebabkan saya musykil. Mengapa saya tidak didakwa kerana menebalikan bendera Malaysia? Adakah saya ini penghasut? Adakah dengan mengenengahkan persepsi saya terhadap sikap Kerajaan yang menindas golongan kecil ini adalah satu cubaan menghasut yang boleh memporak-perandakan negara?
Saya protes terhadap ahli-ahli politik yang tidak serius menangani masalah yang dialami rakyat akibat ekonomi yang tidak menentu yang mengakibatkan kos hidup melonjak. Saya menyeru rakyat Malaysia di alam maya supaya turut serta protes terhadap ahli-ahli politik ini supaya rakyat-rakyat kerdil tidak terus kekal sebagai statistik. Saya tidak menyeru rakyat Malaysia berhimpun tanpa permit. Saya tidak menyeru rakyat Malaysia merasuah dan saya tidak menyeru rakyat Malaysia menghuru-harakan negara. Saya juga tidak menyeru supaya pemimpin negara atau mana-mana umat manusia disembelih dan dibunuh.
Foto bendera Malaysia yang terbalik bersama bendera Kelantan yang disiarkan diblog saya pada posting saya yang lalu di ambil oleh saya pada pertengahan tahun 2007. Insiden ini saya sedari sewaktu menghisap rokok di puncak bangunan pejabat saya. Kedua-dua bendera itu berada dihadapan Kompleks Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan. Setelah mengambil foto itu, saya menghubungi seorang pegawai di kompleks itu dan memberitahu bahawa bendera Malaysia berkibar secara terbalik. Seketika kemudian bendera itu dibetulkan semula. Tarikh sebenar kejadian itu masih ada didalam simpanan saya walaupun tiada pada saya pada saat ini. Pegawai yang menerima panggilan dari saya juga masih berkhidmat di Kelantan.
Saya juga diberitahu foto saya disebarkan di Permatang Pauh oleh pihak yang mengaku mewakili PEKIDA dengan arahan supaya saya dibelasah oleh sesiapa yang terjumpa saya di Permatang Pauh.
Saya hanya statistik dan rela menjadi sekadar statistik jika saya tidak dapat menyumbangkan secebis pun sumbangan supaya insan-insan kecil Malaysia tidak tinggalkan kita sebagai statistik.
Saya mengaku saya sedih dan derita melihat Jalur Gemilang dikibarkan terbalik tetapi saya lebih sedih dan tersiksa mengenangkan nasib rakyat Malaysia sekadar statistik. Tetapi saya tidak sedih dengan ugutan untuk disembelih dan dibunuh oleh segelintir penyokong UMNO. Saya takut, tetapi tidak sedih.
Salaam saya buat Timbalan Ketua Polis Negara.
Gud Luck Bro Kicky..u mite need it..
Salam,
Semoga ALLAH merahmati kamu, Kickdefella.
Walau air berasid disembur kepada kami
Seperti halalintar ganas menggegar bumi
Kami tetap berpaksi kepada niat suci murni
Menegakkan kebenaran tanpa gentar dinurani.
Salam Perjuangan.
I can understand how you feel regarding those parents who committed suicide b’cos they lost their job. What do you think about a primary shool boy that hanged himself b’cos his mother is sick and very poor. He would rather die then being an extra burden to his mother who have to feed him and his other siblings. He is helping to ease his mother burden. The welfare department did not even care to help him even after the Ketua Kampung and JKKK highlighted their case. After the death of the child, only then hipocrate BN politicians came around with promises. The house was then flooded with tons of rice and goodies…monetry assistance from the welfare dept came…The government only “woke” when this story was highlighted by the media. So this is the kind of BN politician and government we have. It took a little boy to sacrifice his life to open the their eyes. Incidence happen in Kinarut, Sabah.
Kami sentiasa bermama anda.
http://youceramah.blogspot.com
You spoke wisely from your heart.
Yours is a peaceful & silent protest.
A ” protes rakyat secara aman “.
Your deep concerns for the Rakyat hardships are noted.
Fasting and Prayer will bring about new positive revelations & manifestations.
Syabas to all Peacemakers.
Rebel without a cause.
In the name of my father.
My prayer is for you brother.
“Agi Idup Agi Ngelaban”
p/s do SMSed me if u have time. Lost all my blogers contact number.
i’m with you bro.
Kick that Fellas!
Dear Sir,
I respect you.
There is an indian proverb
God might give all kind of challanges to the good guys but
NEVER EVER will let them down.
God will give everything to the bad guys but
will let them down oneday
Setelah para cukong berkomplot dengan para Politikus
setelah hak bangsa di tanah sendiri ditekan demi kejayaan Malaysia,
bagaimanakah wajah manusia Melayu sekarang?
Di pinggir jalan orang disihir dengan iklan pembangunan
sedang rumah tangga tegang, marah dan berdusta.
kerana pendapatan semakin kecut
Malaysia mengganti Tanah Melayu
Impian mengganti Wawasan.
Perpecahan mengganti Persekutuan.
Ketuanan Melayu Mengganti ketowkeyan Cina
UMNO dulu
adalah nadi
dari jantung Melayu maju
Nadi yang kini mengidap barah yang bernanah
yang akan membunuh daya hidup bangsa didesa-desa
dan akhirnya, tanpa bisa dikuasai lagi, hilang identiti bangsa
dan kerananya ada yang menjadi jahat, hina dan berbahaya.
Tanpa hak memilih
tak ada kepastian dalam menentukan.
bangsa hanya bisa digerakkan perlahan-lahan
tapi sudah kehilangan daya rekacipta sendiri.
Ia kini hanyalah ternakan
yang bising terhadap makanannya sendiri.
ahli menjadi bodoh tanpa suara
di bilik darjah dan kuliah murid diajar menghafal
berdengung seperti lalat menghurung tahi
lalu akhirnya menjadi robot tanpa bateri.
di surau dan masjid para lebai menghafal nikmat
di balai dan dewan para politikus mengajar sodomi
di desa dan kota anak bangsa belajar menjadi pencuri.
yang terlibat membunuh dan mengebom
para senior politik hilang tak kembali
bangsa yang muda sibuk menghafal dan melayari internet pornografi
di blog orang orang bertanya :
Apakah tiada pembangunan tanpa DEB?
Kenapa kekayaan satu bangsa
membuahkan kemiskinan pula untuk saudaranya?
Sejarah dan peradaban tak bisa dipertahankan Perdana Menteri
Pandanglah keliling: penuh dengan minus dan negativiti!
Apa maknanya kekuasaan
bila hidup penuh tompokan kotoran
dan takut diburu kawan?
apa ertinya Hadhari
bila bau busuk rasuah
menerobos lobang penghawa dingin opismu sendiri?
kelembaban dan Kelemahan hanya menghasilkan penolakan
tanpa kemenangan pembangunan
Hai, bangsaku, Kehinaan orang lain adalah kehinaanmu juga.
salam perjuangan…
bagi saya, tiada salahnya tindakan saudara, jika dibandingkan dengan tindakan ‘mereka’ yang mementingkan kepentingan kerabat ‘mereka’.
saya cukup setuju dengan apa yang saudara tuliskan mengenai nasib bangsa Malaysia di Malaysia ni. Bangsa yang nampak gaya, semakin hari, semakin mundur dek kerana tersepit. Saya harap, lebih ramai lagi kickdefella akan muncul untuk menunjukkan kebenaran bagi semua Malaysia.
Itu kerjo Setan semua, Sheikh!
I khuatir dengan kesihatan Tok Nik. Tentu ada rombongan medical yg akan bersama dengannya Ahad ini. Oleh kerana kesesakan di PP, kena rancang kesemuanya, bagaimana nak ke Penang dalam kecemasan jika perlu.
Akta Hasutan dipergunakan oleh UMNO adalah satu jentera Setan yang mesti ditentang, seperti sumpah menyumpah yg mereka lakukan. Menegakkan kebenaran bukan mudah—seperti kerelaan Tok Nik ke PP walaupun kesihatannya tak baik. Tapi Fascism dan Setan mesti ditentang!!!
Moga semua bertambah-tambah cekal dan tabah dalam menegak kebenaran saperti Nabi Muhammad (SAW) menentang keangkuhan di Mekah kuno dulu — untuk menebus kehormatan dan kemuliaan manusia!
Tapi jangan lupa kena cek persediaan perubatan bagi Tok Nik di PP nanti! 🙂
salam to a true fighter!
“pihak yang mengaku mewakili PEKIDA” .. haha.. geng tiga line pun ada masuk gak.. heh. bos besar suruh belasah ke ? .. teringat cerita pendekar bujang lapok di mana pendekar mustar belasah budak pakai baju tiga line kat pengkalan sampan.
Sokongan kami untuk kickdefella.
Biaq pi dengan bunyi bunyi cengkerik tu.
Salam Broder,
1. Saya menyokong hujah broder dalam isu kemiskinan rakyat Malaysia.
2. Malah catatan terkini menunjukkan kadar inflasi negara kita mencecah 8.5% iaitu yang tertinggi dalam masa 26 tahun.
3. Tetapi saya tetap tidak setuju dengan kempen ‘Terbalikan Bendera Malaysia’ .
KIta hanya insan kerdil tapi kalau kita semua bersatu, yg besar tetap akan ditumbangkan juga…. Jadi, marilah semua kita bersatu….
Sheih,
Saudara tidak langsung menghasut. Seperti contoh diatas,wakil PEKIDA yang menghasut.
Saudara mambawa kesedaran.Malangnya ramai yang tak sedar.
Tenang dan bersabar. Ramai yang bersama saudara.
We are just doing a Poland in Indonesia or an Indonesia in Poland.
MALAYSIA IS IN DISTRESS.
alan 1:24:24 on sheih’s earlier posting which read;
I have been following your blog for some time now. All i read was you are very concern about the state of affairs in our beloved nation MALAYSIA! Never did i read anything you blogged telling people to topple our Agong or our Government. The most was maybe you want a change of Government, a CHANGE not TOPPLE!
Thanks alan.
Inilah kerajaan UMNO, kalau apa yang berkaitan dengan nasionalisme, patriotisme dihina, bising mereka seluruh Malaysia, tapi apabila Islam dhina, di mana pemimpin umno ?
Apalah sangat dengan menterbalikkan bendera Malaysia itu berbanding penghinaan terhadap Islam yang berlaku di negara kita ini ?
22 Sha’ban 1429
Salam
Kenapa ye?… kenapa akta hasutan? kenapa tidak kerana menebalikkan bendera?
Ramli AR
Bro di charge bawah akta hasutan kerana mereka ini tidak ada kes untuk kenakan tindakan undang-undang ke atas Kickdefella atas protes menterbalikkan bendera. bendera, walaupun diterbalikkan, selagi ia tidak pijak ke tanah dan diterbangkan masih lagi megah di puncak tiang, adalah tidak salah di sisi undang-undang, ia adalah signal distress yang diterima internationally.
Protest kickdefella, pada pandangan saya, bukan hasutan. tetapi sebagaimana yang kita semua tahu, PM kita memang jenis selalu tido. Sudahlah selalu tido, selalu pula get “misinformed” daripada kalangan informantnya. Sudah banyak cara kita (rakyat marhaen) lakukan untuk menyedarkan PM, tetapi dia masih lagi buat tak reti. Kalau protes “aman” Kickdefella ini masih lagi dianggap hasutan, dan dianggap “jahat/evil”, cara apa lagi yang kita perlu untuk sedarkan kesalahan pemimpin?
PM keturunan ulamak terkenal sudah lupa agaknya, Sayidina Umar r.a. dulu pernah berkata kepada rakyatnya, lebih kurang berbunyi begini, “Sesiapa di antara kamu yang melihat aku telah menyimpang, maka luruskanlah aku.” Lalu seorang rakyat mengatakan kepadanya, “Seandainya kami melihat kamu menyimpang, kami akan meluruskan kamu dengan pedang kami.” Maka Umar menjawab, “Maha Suci Allah yang menjadikan di antara rakyat Umar, ada orang yang berani meluruskan pemimpinnya dengan pedang jika pemimpinnya menyimpang.”
PM, renung-renungkanlah, kata-kata Umar r.a itu. Agaknya Islam Hadhari telah membelakangkan kata-kata yang pernah Umar r.a. tegaskan dahulu. Jika protes sebegini masih lagi tidak menarik perhatian kamu untuk cermin diri dan sikap. Saya pohon Allah akan tunjukkan balasanNya nanti kepada kamu.
Sayidina Umar r.a. dulu pernah berkata kepada rakyatnya, lebih kurang berbunyi begini, “Sesiapa di antara kamu yang melihat aku telah menyimpang, maka luruskanlah aku.” Lalu seorang rakyat mengatakan kepadanya, “Seandainya kami melihat kamu menyimpang, kami akan meluruskan kamu dengan pedang kami.” Maka Umar menjawab, “Maha Suci Allah yang menjadikan di antara rakyat Umar, ada orang yang berani meluruskan pemimpinnya dengan pedang jika pemimpinnya menyimpang.”
Indeed a very good quote given by TL..hpw about the swearing issues?
Go here : Najib, welcome to the Club!Swearing Club!
Dear brother Sheih,
You are the voice of the poor and the down-trodden! The are rtying to silence you with their dirty intimidation! To hell with the so called leaders who have sucking the blood of the poor and the resources of the nation! May god save all of us!
Regards,
Aru
“Undang-undang lindungi simbol negara perlu ada” – MStar online
http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_e8933185-c0a85062-16ab2e80-2f0229b9
Hakikatnya kita selalu menang…nobody can destroy TRUTH!
Salam Sheik,
Biaq depa nak sembelih… hidup hanya sekali…
Terbalik bendera dan bkibar bendera setengah tiang adalah satu unsur protes terhadap gomen yang tak cekap… inflasi tertinggi dalam sejarah Malaysia…
Hidup tok siak!!!!
Salam…pak sheih
Semoga banyak bersabar dengan dugaan-Nya. Polis tak boleh nak dakwa anda sebab Akta Menghina Jalur Gemiling belum digubalkan. Baru nak bincang kat Parlimen.
Pak Lah umum penurunan harga minyak semalam (sebelum ni kata 31 Ogos 2008 – cakap orang lidah bercabang). Walaupun dia menafikan, rakyat tak BODOH. Rakyat tau bahawa itu adalah taktik politik.
Macam mana pula nak turun lama – lama sedangkan 31 Ogos nanti, mungkin harga akan kembali kepada RM 2.70 seliter. Sebab harga minyak global kembali naik semula. Kalau minyak turun hari tu, kenapa lambat sangat nak turun? Hanya sebab pilihan raya aja yang turun cepat (tak sempat nak tunggu 31 Ogos melainkan ada maksud politik)
Itu pun hanya untuk RON92 dan RON 97 serta Diesel. Tak kan stesen PETRONAS aja? Yang diumum minyak, harga barang pula? Macam beras dan tepung? Beras melambak sekarang, esok pula nafikan. Hakikatnya, itu yang berlaku di Sanglang, Kedah.
Hai… memang betul sajak di atas. UMNO dulu berjuang memartabatkan bangsa Melayu. Dapat kat tangan yang guna, hancur ibarat sejarah TAMADUN ISLAM. Sesungguhnya sejarah sentiasa berulang… cuma manusia adakalanya terlupa.
Pro umno lagi. Umno sudah tak cukup busuk nama kah? Masih lagi nak tambah rasa luak.
Pekida? Hantu jelapang dari mana tu? Buat malu saja.
Bro Sheih,
Keep up that unwavering determination.
Some good will come out of it. That is for sure.
saudara yang prihatin rakyat….
tiada salah nya terbalikan bendera negara..yang salah songlap duit negara….
tiada salah…yang salah tarik hak bangsa kita…
tiada yang salah…yang salah mereka golongan durja…
tiada yang salah…kita bersatu hancurkan malaun malaun….hidup temanku..
Salam Bro,
memang gangster berlesen PEKIDA ini sebenarnya PUKIMAK yang bernaong bawah ketua yang sama PUKIMAK .Kedua dua nya harus dihapuskan.Kau jangan takut Bro, Allah bersama yang benar.Pergi mampos PUKIMAK
hidup kickdafella and the gang!!!
kite bukan berjuang atas name2 mane parti politik
tetapi atas name rakyat dan keadilan!!!
kami pasti akan bantu kamu bro sheih!!!
Salam abg Sheih,
Harap bro bersabar dan kuatkan semangat dgn dugaan yg tak masuk akal ni. Cucu Badawi itu dah terdesak sangat tu… nak kekalkan kuasanya di Seri Pertdana. Biarlah sejuta orang mengata bro, saya tetap menyokong dan menyebelahi bro Sheih..!! Berserah pada Allah, kita minta Dia lindungi dari segala kedurjanaan tangan2 munafik……
Kalau sheih percaya kepada filem hindustan, teruskanlah kibar bendera terbalik walaupun ada ugutan dan siasatan. Dalam filem hindustan, hero biasanya akan kalah di awalan tetapi menang di akhiran…
salam syeh
jgn. risau kami akan bantu hang sampai pak lah terbujur layu, lawan tetap lawan
again, I want to ask you.. is it true about what you say.. about your photos at Pematang Pauh and that pro UmNo web page ?
Sheih, just continue doing what you do is right. No matter what happens, just remember, you have friends who are always with you.
Just keep on kicking Sheih, and i am sure one day you gonna be a hero.
Ini dipanggil hansutan?
Tidak.
Rakyat jelata tak nak lagi kezaliman dan penindasan!
mung wak kerah je.layan mende sex x paka.kite dipihak benar.takut mende.sekarang ni mereka sedang berusaha untuk menawan kubu kuat pas d batu enam.you all tunggu dan lihat apa yg jadi kalau pekara ini d teruskan…
i respect your guts and your patriotsme to this nation, the entire BN machinery and gangsta’s cannot bend your will
god bless u and ur family
P.S did you employ any coffee boy lately ?
UMNO is desperate to keep alive,it will do anything to keep afloat.Permatang Pauh by election going to be dirtiest election in history of mankind.Malaysia is doom if UMNO continue to rule,MCA,MIC,Gerakan are the running dogs for UMNO.Malaysia will be the poorest country in ASEAN in 10 years time,if UMNO continue to rule. We need to pull all our resources to block UMNO evils from continue robbing our wealth,freedom and rights.Mind you,UMNO do not respect religions,even their own,Islam, as they seem too happily swear in the name Allah.Cos..they are EVILs.BPR,PDRM are just their puppets.
rakyat itu mentimun, pemimpin itu durian,
Tapi tang pekida tu yang aku marah sangat. bukannya ada matlamat lagi dah. semua main duit jer sekarang ni. kat kampung aku ramai budak-budaj pekida ni geng-geng samseng taik kucing jer.
Allah bersama orang2 yg benar en kickdefella. tak usah takut.
mereka ada duit dan kuasa d dunia tapi Allah punya seluruh alam semesta.
Jangan sedih… 🙂
UMNO natte kero.
Salam Sdr Sheih
Saya pun sedih juga kerana rakyat Malaysia tak faham erti demokrasi. Pilihan Raya dah habis, politiknya belum habis.Sepatutnya, yang menang pergi lah takbir negeri dan negara dengan baik.Penuhilah janji2 manis mu.Yang kalah, sedarlah diri dan insaflah akan kesilapan anda.
Ini tidak berlaku,yang kalah di negeri nak guling yang menang supaya dapat balik kuasa dan yang menang kat negeri nak yang suruh orang lompat supaya bolih menang negara. Ini bukan demokrasi namanya.
Saya sedih kerana yang difitnah adalah orang Islam dan yang memfitnah pun orang Islam.Kemanakah hala tuju kita orang islam?
Saya sedih sebab bukit, Cina yang punya, tanjung Keling yang punya, padang Jawa yang punya dan kampung, LYB Johnson yang punya. Melayu cuma tinggal UiTM saja tapi yang satu ni pun dah nak kongsi dengan orang.
Saya sedih sebab yang rasuah besar tak ditangkap,yang bunuh orang tak jumpa cari tapi yang print salah sikit 9 masih debatable) saja pun dah nak ditangkap.
Salam Sdr Sheih
Saya pun sedih juga kerana rakyat Malaysia tak faham erti demokrasi. Pilihan Raya dah habis, politiknya belum habis.Sepatutnya, yang menang pergi lah takbir negeri dan negara dengan baik.Penuhilah janji2 manis mu.Yang kalah, sedarlah diri dan insaflah akan kesilapan anda.
Ini tidak berlaku,yang kalah di negeri nak guling yang menang supaya dapat balik kuasa dan yang menang kat negeri nak yang suruh orang lompat supaya bolih menang negara. Ini bukan demokrasi namanya.
Saya sedih kerana yang difitnah adalah orang Islam dan yang memfitnah pun orang Islam.Kemanakah hala tuju kita orang islam?
Saya sedih sebab bukit, Cina yang punya, tanjung, Keling yang punya, padang, Jawa yang punya dan kampung, LYB Johnson yang punya. Melayu cuma tinggal UiTM saja tapi yang satu ni pun dah nak kongsi dengan orang.
Saya sedih sebab yang rasuah besar tak ditangkap,yang bunuh orang tak jumpa cari tapi yang print salah sikit saja pun dah nak ditangkap.
UMNO… emmm… seteloh lamo hidup.. ambo fikir malaysia perlu nafas baru.. UMNO sudoh tidok releven.. Lagi kae MENTERI BESAR PAHANG pon buleh meccok keh politik pitih dalae pemilihan UMNO.. haloh laaaa… ado lagi ko oghe hok nok pertahankan UMNO.. pasti ado.. dan.. PERMATAE PAUH akae jadi ukurae segala2nya.. dae POK LOH akae tetap tidak peduli.. suppo dio kato dalae berito kemarin.. I DON’T CARE WHAT OTHERS SAID…
pok loh ni x pehe-pehe lagi..hish malu aku jadi rakyat malaysia..ada pm pong bengong..pikiran sama bodo nga budok2..keno maroh sokmo..x reti2 lagi ko nok bereti nyoh??
PEKIDA lagi.. haloh laaa.. besarnyo napsu… nok timbuk oghe.. nati lah set2 mung keno ko mukar nakir dalae kubur seksok.. tidok pong buleh nyakit beghak2.. tidok pong mati teguling 2hari.. dalae lokae teppi lebuh rayo..
loh la set2 demo.. beghaso gagoh buleh tukak langit gak… gi goccoh nga Malek Zabanioh nuh!!!
Bro,
I share your sentiment re the state of the nation. I pen a poem re our empty kemerdekaan. Do visit my blog Kalamjauhari.blogspot.com.
Here now, there is no real ideology in running the nation except the position of power is more like a get rich quick scheme
Kita berjuang untuk rakyat.. Apa Pekida sudah mahu diperkudakan? Untuk santapan raja bersiong hisap darah rakyatnya? Saya sentiasa bersama Sheih.. Teruskan perjuangan kerna revolusi rakyat sudah kembali!!!
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/8/23/nation/22153141&sec=nation
bila BN tmbng, abg blh jd editor akhbr perdana plk sbb brani, mdh2an…
Di,
Kawe respek demo, gu lagu nih la wak SIC sayenyo
Lawe tetap lawe
http://nmjnh.wordpress.com/2008/08/24/raja-petra-dedah-pengakuan-datuk-syed-rahman-alhabshi/
Jalud, SMSI 83-85, SIC 86-88
apa cerita dengan seorang rakyat malaysia yg terus terang menghina lagu negaraku.. “NegarakuKu”.. ? double standard.. kalau orang melayu air liur dorang meleleh nak belasah kita..
DSAI akan buat satu pengumuman di markas PKR di Penanti malam nie pukol 11 nanti…… yang akan telanjangkan suar UMNO sekali agi ….. agi idup agi ngelaban
cheers
Saya amat terharu dengan kemuliaan dan keperimanusiaan saudara kepada mereka yang miskin dan dihimpit oleh jentera kerajaan UMNO yang racist, tamak, gila kuasa dan menindas rakyat jelata.
Semoga perjuangan dan mesej saudara akan sampai kepada setiap rakyat Malaysia untuk bangun dan mengulingkan UMNO yang kejam and tamak ini.
Hidup Pakatan Rakyat!
gapo2 pong.. keno pakak2 kemmah kae saf..
Saya rasa amat terharu dan sedih nasib kita di bumi Merdeka tapi masih mencarik-carik tanah demi sesuap nasi. Pada Ahli politik yang dah katanya 50 tahun konon membawa negara maju…tapi jika tidak turun padang dan lihat SENGSARA rakyat….. sampai bila PERUBAHAN akan menjelma …Teruskan niat baik Mr Kick…yang penting ALLah SWT yang menilai kita Bukan MANUSIA (zzzzz….) yang semakin lupa dan lena dengan kemewahan bukan MILIK Dia.
Nobody will respect to our country jika Pemimpin pun tak respect pada rakyatnya.
Salam Bro
Allah will keep you safe InsyaAllah. At the rate things are going, some people memang tak ingat yang mereka akan mati satu hari nanti…..
our PM is a little bodoh and out of ideas, so he pick you la, need to divert subject ma. I didn’t agree with you flying the flag upside down cos I thought we were not there yet in terms of distress and i loved the flag too much to do that. we can agree to disagree ma. But to hit you like this is below the belt but these guys are not gentlemen.
Don’t worry bro, this case is no case. Lets see what they do.
salam sheih..
Teruskan usaha anda utk menentang n menggulingkan lahanat2 UMNO yg gila, bangang n tamak haloba.
Sy akan sntiasa brdiri disblh anda demi menegakkan Agama n bangsa. Hapuskan lahanat2 yg mnjahanamkn rakyat n negara kita.
Way to go Man!!!
You rebel for a greater course…May God be with you!
The cowards! Pick on the criminals, not on ordinary citizens who want a better Malaysia!
The silent majority will support your voice. God bless you.
Yakinilah..saudara bukan sendirian..
susah la klau suma blogger pun kene cek…kadang2 kerajaan nie tak fhm org sastera nie hasil karya dia camane…klau yg melampau tu lain cita…tp sheih dh jelaskn n beri justifikasi…harap2 sheih tak kene dakwaan lps nie…
p/s: susah juga nk jd kreatif huhuhu….
Salam syeikh,
Walau pun Mamak ini bukan penyokong parti kamu tapi Mamak rasa nukilan-nukilan yang diutarakan oleh saudara adalah baik untuk rakyat terutamanya untuk orang Melayu.Masalahnya orang Malaysia atau Asia ini tak mahu ditegur!.Kadangkala mereka kalau duk atas jadi macam tokong inilah masalahnya!.Ini baru permulaan lepas dengak habaq mereka ini mahu ban Internet pulak!.Google dah seriau!.sebagai wartawan dan juga rakyat dalam demokrasi syeikh ada kebebasan untuk utarakan idea..jangan takutkan sultan tapi takutkan syaitan!dear brother.Dalam satu masa pemimpin negara ini nak Melayu cerdik dalam masa yang sama mereka mahu Melayu ini mesti ikut telunjuk pemimpin yang memerintah.Kalau pemimpin itu cerdik tak apalah……..Cuma mamak ini dipersimpangan realiti dan ketaatan!.wassalam.
hidup kickdefella!! Kalau tak suka kat Malaysia, pindahlha kat Singapore ke, Thailand ke, Filipina ker, kat Vietnam ke…Sana semua hidup terjamin…free country…x mcm Malaysia kan? Wassalm….Melayu berpecah…siapa yg untung? Lu fikir lh sendiri!!!
Saya simpati pada awak, kickdefella. Berdoalah pada Allah dan bertenanglah. Anda hanyalah seorang mangsa dari “kecerdikan UMNO”.
lantaklah kerajaan nak buat apa pon…kan dia kerajaan….
setelah membaca tulisan saudara, saya sangat memahami naluri saudara, tetapi apakan daya, biarlah Allah yang menentukan segalanya.
umno x mampu jaga melayu apatah lagi Islam……
Bro!
I only have one word for you…”SALUTE”
Selamat,
Levis
tahniah syed ko memang pejuang….kawe sokong mu
lol, tak bleh la nak lantak. kalau ikut lantak dia orang tak panggil kerajaan. senang2, report je kat human right.
Bro,
GOD is great, he loves one and all, and you will be free again. Let them do what they want, but I know deep in my heart that the spirit of freedom in you will never diminish. We will all pray for you.
GOD Bless,
BlackSabbath
Assalamualaikum W.B.T.
Saya bukan nka berhujah tetapi membetulkan tanggapan.
Saya adalah ahli Pekida dah juga terlibat dalam PRK Permatang Pauh.
Saya adalah orang yang bertanggungjawab untuk menyusun stategi untuk PRK tersebut. Kami membuka markas Pekida di Permatang Pauh.
Untuk membetulkan keadaan, kami di amanahkan unutk menjaga keselamatan semua pengundi termasuk pro kerajaan dan pembangkang. “TIADA SATU ARAHAN” pun yang membabitkan yang menyuruh pihak kami untuk membuat kacau dan saya sendiri tidak membenarkan seorang pun ahli Pekida membawa bendera atau menggantung bendera bagi mewakili PKR mahupun BN. Malah tiada arahan yang di terima untuk mengedarkan gambar unutk tujuan membunuh. Ia adalah satu fitnah.
Kepada yang membuat fitnah, baiklah segera bertaubat kepada Allah S.W.T.
Begitu juga ketika berada di Markas Pekida di Permatang Pauh. Tiada satu bendera PKR atau BN pun yang di gantung di kawasan kami. Bukan setakat bendera, air minuman pun tiada logo dari mana-mana parti.
Kami berdiri dan berkampung di situ adalah untuk menjaga jemaah Islam kawana parlimen tersebut. Bukan menjaga parti bertanding.
Alhamdulillah, ada pelbagai jemaah Islam yang datang memberi sumbangan tidak kira parti. Ada dari UMNO, ada dari PAS dan tak kurang juga dari ahli PKR sendiri.
Markas Pekida adalah untuk semua bukan untuk politik.
Jangan salah anggap dan mendengar sebelah pihak mengenainya. Tiada apa yang harus di takutkan. Kami menjaga keselamatan di samping menjalinkan siratulrahim di antara kita yang bersaudara.
1) Sabda Rasulullah S.A.W : “tidak akan masuk syurga bagi orang yg memutuskan silatulrahim” (hadis hasan soheh riwayat Imam Al-Tirmizi).
2) Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “Janganlah kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya.”
Ada banyak hadis yang melarang kita semasa Islam bermusuhan.
Di akhir kata, saya mewakili Pekida Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang mengkhabarkan bahawa segala yang tertulis adalah fitnah.
Allah melihat apa yang kita lakukan.
Sekian
Wassalamualaikum W.B.T
-= hamba Allah =-
Perjuangankan Daulah Khilafah untuk kemakmuran Islam yang abadi.
I RESPEK YOUR PENDIRIAN BROTHER..ELAK KENA TEPIS KENA ITU LAH KITA IBARAT PEPATAH CEKAK HANAFI..