Saya di nasihati supaya

1. Menyaman Abdullah Ahmad Badawi kerana tindakannya memanggil saya saya Evil dan lain-lain kata-kata kesat yang dilemparkan kepada saya setelah tuduhan Abdullah kepada saya disiarkan oleh media-media massa.
2. Menyaman beberapa media-massa kerana menyiarkan kata-kata Abdullah itu dan kerana ulasan yang dibuat diluar daripada kata-kata Abdullah yang membawa kesan negatif ke atas saya.
3. Menyaman Menteri Azalina yang menaja sebuah laman web yang digunakan untuk menghamburkan kata-kata kesat dengan niat jahat terhadap saya.
4. Membuat laporan polis terhadap ugutan yang dibuat di laman web pro UMNO yang menghasut pembacanya dan menyiarkan komen-komen pembacanya yang penuh dengan ugutan terhadap saya, keluarga saya dan kedua arwah ibu dan bapa saya.

Perkara-perkara sedemikian bukan keutamaan bagi saya pada ketika dan saat ini.

Apa yang lebih penting bagi saya ialah memikirkan nasib-nasib warganegara Malaysia yang kehilangan pekerjaan lewat kini terutamanya yang beragama Islam kerana mereka akan berhadapan dengan Bulan Ramadan dan diikuti dengan Hari Raya Aidil Fitri.

Pada tahun lepas, isteri saya dan blog ini menganjurkan Ramadan Charity untuk mengutip derma yang diagihkan di dalam bentuk barang-barang keperluan kepada warga miskin. Blog ini berjaya mengutip derma yang diedarkan kepada lebih 50 orang warga miskin.

Pada tahun ini, saya percaya derma kita lebih signifikan kerana kenaikan harga barang yang tidak terkawal dan kerana ramai yang kehilangan pekerjaan akibat polisi kerajaan yang langsung tidak bermanfaat kepada rakyat dan ekonomi negara.

Oleh yang demikian sekali lagi blog Kickdefella akan menganjurkan Ramadan Charity supaya kita dapat membuat setidak-tidaknya beberapa orang warganegara Malaysia dapat menyambut hari raya dengan seulas senyuman.

Ramadan akan menyusur setelah kita menyambut perayaan ulangtahun Kemerdekaan Negara yang ke 51. Bagi para pembaca yang tidak bercadang untuk membeli bendera Malaysia untuk dikibarkan pada ulangtahun kemerdekaan pada tahun ini, kemungkinan besar wang tersebut boleh disumbangkan kepada mereka yang memerlukannya. Blog ini bersedia untuk menerima derma itu menerusi pihak ketiga yang kemudiannya akan menyalurkannya kepada mereka yang memerlukannya.

Kepada para pembaca yang budiman, mulai 31 Ogos ini blog ini akan memulakan kutipan derma tersebut.

Terima kasih.