dsc_0419.jpg

 

Pagi tadi, para wartawan yang membuat liputan media di Kota Bharu kelihatan tenang dan tersenyum lega. Maklumat telah bocor dari Pejabat Perhubungan BN Kelantan bahawa di dalam kes Barisan Nasional Kelantan menentang Rakyat Kelantan, BN telah mengaku kalah. Menurut sumber dari dalam BN Kelantan, mereka hanya mampu menang paling banyak pun 20 kerusi sahaja Dewan Undangan Negeri dan hanya selamat di dua kerusi Parlimen iaitu di Gua Musang (Tengku Razaleigh) dan di Ketereh (Annuar Musa).

Annuar Musa tersenyum riang hari ini. Melihat keadaan Mustapha Mohamed mungkin tumbang di Jeli menyaksikan peluang Annuar Musa dilantik semula sebagai Menteri adalah amat cerah baginya.

Kedudukan terbaharu ini amat kontras dengan sentimen BN dua hari lepas di mana mereka secara terbuka mengumumkan telah menang di Kelantan dengan kedudukan selesa di 27 kerusi. Kemungkinan besar BN mula merasa padah sumpahan rakyat akibat niat jahat membatalkan penggunaan dakwat celup.

Di sebelah tengahari, Dato’ Husam di dalam taklimat media terakhirnya turut memaklumkan media bahawa sumber dari dalam Bilik Gerakan UMNO Kelantan memaklumkan bahawa BN yakin tewas didalam kes BN menentang rakyat Kelantan di dalam PRU12.

Bagaimanapun Dato’ Husam cepat menyeru kepada anak-anak Kelantan dirantauan, pengundi-pengundi di Kelantan dan juga jentera parti supaya tidak leka. Rakyat Kelantan perlu mengesahkan menerusi proses pembuangan undi keputusan mereka menolak BN.

Amanatnya amat penting kerana kemungkinan besar pengakuan kalah BN ini adalah satu lagi strategi kotornya untuk membuat rakyat leka dan seterusnya mengambil mudah proses pembuangan undi. Ia juga bertujuan membuat jentera parti yang mewakili rakyat Kelantan terlupa tanggungjawab mereka memantau pengundi-pengundi klon.

Pengakuan BN ini juga bertujuan sebagai perang saraf supaya anak-anak Kelantan di perantauan sudah yakin rakyat menang di Kelantan lalu mengambil keputusan tidak pulang mengundi.

Perjuangan rakyat belum selesai sehingga kita tumbangkan BN menerusi proses demokrasi iaitu dengan mengusir mereka dengan undi kita.

Jam 10.30 malam tadi (6/3/08), lebih 500 orang penduduk Kota Bharu berketurunan Cina memenuhi bangunan UMNO Kelantan (panggung Odeon lama). Apabila saya memeriksa di dapati mereka kesitu setelah dimaklumkan bahawa Calon BN bagi Parlimen Kota Bharu akan memberi wang kepada mereka. Di dapati para pengundi diminta menyerahkan my kad mereka untuk disemak dengan daftar pemilih. Sesiapa yang disahkan mengundi di DUN Kota Lama kemudian diminta ke tepi bangunan itu untuk mengutip wang RM50.

Kepada mereka yang akan memandu untuk pulang mengundi, sila pandu dengan cermat dan doa saya anda akan selamat tiba tanpa sebarang rintangan. Bila tiba di Kelantan, di sepanjang jalan anda akan disambut dengan doa Tuan Guru.

Selamat Malam.