Pusat Pelacuran popular di Kelantan, tidak sampai setengah kilometer dari Pejabat Tuan Guru Nik Aziz
Pelacur yang dilanggan dari Lorong Limau Manis dalam operasi Johnson 2.
Pahat dengan pemukul? Atau makan gaji buta? Penguatkuasa di MPKB-BRI tidak perlu beri jawapan tetapi perlu terus bertindak.
KOTA BHARU 14 Feb. – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, wujudnya kegiatan perjudian dan pelacuran di Kelantan disebabkan kurangnya penguatkuasaan kerajaan tempatan.
Nik Abdul Aziz juga berkata, wujudnya kegiatan itu adalah juga hasil peninggalan kerajaan dahulu dan beliau menyalahkan media massa yang mempengaruhi rakyat di negeri ini dengan budaya kuning.
Mursyidul Am Pas itu telah ditanya mengapa masih terdapat kegiatan perjudian nombor ekor dan pelacuran di negeri ini walaupun kerajaan negeri telah mengharamkan lesen premis berkenaan selepas mengambil alih negeri ini pada 1990.
“Kalau adapun, boleh jadi kerana kurangnya penguatkuasaan dalam membanteras kegiatan itu daripada berleluasa,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perjumpaan dengan 24 wakil masyarakat Orang Asli di kediaman rasminya di JKR 10, di sini, hari ini.
Pendedahan media beberapa hari lepas mengenai kegiatan maksiat itu telah memberi gambaran negatif dalam pentadbiran kerajaan Pas Kelantan dalam melaksanakan konsep membangun bersama Islam.
Sehubungan itu, Nik Abdul Aziz mahu pihak penguatkuasa di negeri ini meningkatkan langkah membanteras kegiatan haram itu. – Bernama
Nik Aziz mempunyai kekuatan tersendiri di dalam Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI). Ahli-ahli Majlis MPKB-BRI terdiri daripada individu-individu yang sangat rapat MB Kelantan itu. Bahkan anaknya sendiri, Ustaz Nik Abduh pernah beberapa penggal menjadi ahli Majlis MPKB-BRI. Peguam Nordin Nor yang juga dermawan untuk Parti PAS dan orang kuat Masjid Muhammadi turut duduk di jawatan itu. Bahkan, ahli Majlis MPKB-BRI terdiri daripada aktivis-aktivis penting parti PAS dan antara mereka ialah,
- Ustaz Abdul Rahman Yunus (Timbalan YDP PAS Kawasan Kubang Kerian)
- Haji Dr. Izani Bin Husin
- Wan Azimin Wan Adnan
- Mohd Nor Bin Mat Yajid
- Nor Hashiman Binti Deraman
Jabatan Kemasyarakatan MPKB-BRI pula diketuai oleh dua pegawai iaitu
- Tuan Haji Ropien Bin Hassan dengan jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Masyarakat.
- Wan Mohd Sharafi Bin Wan Mustaffa dengan jawatan Penolong Pengarah Pembangunan Insan.
Pada dasarnya MPKB-BRI disandarkan kepada retorik yang hebat.
Visi MPKB-BRI
Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam sebagai sebuah organisasi yang unggul akan membangun dan memajukan bandar Kota Bharu sebagai sebuah Bandaraya Islam yang bersih, indah dan berdikari berteraskan dasar Membangun Bersama Islam.
Misi MPKB-BRI
Membawa kemakmuran dan kesejahteraan hidup kepada warga kota dan mempertingkatkan kemajuan sosio-ekonomi serta memberi sumbangan yang besar kepada pertumbuhan ekonomi bandar Kota Bharu khasnya dan negeri Kelantan amnya.
Objektif
- Memperkemaskan jentera pentadbiran Majlis supaya menjadi pihak Berkuasa Tempatan yang melaksanakan segala tindakan berasaskan perancangan yang teratur dan tersusun.
- Memperkukuhkan kewangan majlis dengan mempertingkatkan keupayaan jentera pungutan hasil dan mengenal pasti punca-punca hasil baru.
- Mempertingkatkan perkhidmatan perbandaran dengan memberi penekanan kepada aspek kebersihan dan keindahan Bandar.
- Mempertingkat program pembangunan insan untuk melahirkan wargakota yang berwibawa seterusnya menyumbang ke arah pembangunan fizikal dan rohani selaras dengan Kota Bharu Bandar Raya Islam.
- Mengutamakan dan menggalakkan penglibatan masyarakat di dalam aktiviti dan program pembangunan majlis.
- Mempertingkatkan langkah-langkah pembasmian aktiviti maksiat dan kemungkaran dalam kawasan majlis.
Mengapa saya memilih untuk mengatakan ia satu retorik hebat?
Berikut adalah laporan yang dipetik dari laman sesawang PKB-BRI sendiri,
Operasi bersepadu antara jabatan telah diadakan pada 13/02/2011 jam 8.00 MLM – 2.00 Pagi yang disertai oleh pihak MPKB-BRI, PDRM, Imigresen dan JAHEAIK. Operasi bersepadu ini turut diserti oleh Ustaz Zahiruddin bin Ahmad @ Mohd Zain (Ahli Majlis, MPKB-BRI) , En. Mohd Anis B Hussein (Setiausaha MPKB-BRI), Ustaz Azhar bin Abdul Satar (Pengarah Pelesenan, MPKB-BRI), Ust. Hj. Ropein bin Hasan (Ketua Penolong Pengarah Pembangunan masyarakat) dan beberapa kakitangan di jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI.
Operasi bersepadu yang telah dilaksanakan bagi mencegah kegiatan maksiat dan pelacuran di kawasan Perumahan terutamanya di limau Manis yang merupakan kegiatan yang selalu diambil tindakan oleh pihak berwajib. Antara jabatan yang sentiasa mengadakan operasi di kawasan ini iaitu pihak Polis D7, JAHEAIK, MPKB-BRI dan IMIGRESEN.
Walaubagaimanapun kegiatan ini tidak dapat dibendung secara total kerana kebanyakan pelacur-pelacur mengulangi kesalahan yang sama walaupun mereka telah dihantar pulang ke negara mereka di Thailand.
Pihak JAHEAIK juga mengakui telah ramai dikalangan pelacur di kawasan tersebut di tangkap dan dikenakan hukuman, namun mereka tidak serik walaupun telah dikenakan hukuman yang berat oleh pihak Mahkamah Syariah.
Pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam pula sentiasa memantau kawasan ini khususnya pada malam –malam operasi mingguan yang diadakan. Pelacur-pelacur yang ditangkap pernah dibawa ke pejabat Jabatan Pembangunan Islam untuk diberi kaunseling dan nasihat agar mereka menghentikan aktiviti terkutuk ini. Namun ibarat air dicurah ke daun keladi nasihat-nasihat ini tidak diendahkan oleh mereka. Kegiatan maknyah di kawasan tersebut juga pernah ditangkap dan diserahkan kepada pihak JAHEAIK untuk diambil tindakan lanjut.
Untuk membenteras kegiatan ini amat sulit kerana mereka dilindungi oleh tonto yang diupah oleh pelacur itu sendiri dan tidak kurang juga yang melakukan maksiat diluar kawasan ini dimana mereka dibawa oleh pelanggan dengan menggunakan kenderaan peribadi yang amat sukar untuk diekori.
Justeru itu operasi bersepadu yang telah dilaksanakan sebelum ini perlu dipergiatkan kembali pada tahun ini demi memastikan Bandar Kota Bharu benar-benar bersih daripada kegiatan terkutuk ini.
Laporan Operasi Pada 13.02.2011:
– Pada jam 9.30 malam – 10.30 malam, anggota operasi telah pergi ke sebuah rumah kayu dua tingkat milik individu yang berlamat No.2660 E, Lrg. Limau Manis Jalan Hamzah Kota Bharu. Rumah ini telah disewakan kepada ibu ayam dan bilik-biliknya disewakan kepada pelacur. Anggota operasi telah menjumpai seorang perempuan warga Thailand yang disyaki pelacur cuba melarikan diri tapi berjaya ditahan. Anggota operasi memeriksa bilik-bilik di tingkat bawah dan tingkat atas dan telah menjumpai beberapa kondom yang telah digunakan.
– Tepat jam 10.45malam, pegawai operasi telah beralih ke D’Relax Station Jln. Zainal Abidin. Anggota operasi memeriksa premis berkenaan dan mendapati tidak ada pelanggan yang beragama islam yang berada di dalam premis ini. Yang ada hanya 20 orang pelanggan yang bukan islam sedang minum minuman beer. Lebih kurang sepuluh minit, Mereka telah meningglkan premis tersebut. Anggota operasi telah membuat pemeriksaan dan telah menyita kerusi, meja dan 1 peti (24 botol) minuman keras jenama Carlsberg kerana premis ini tidak ada lesen untuk berniaga dan menyediakan minuman keras.
– Jam 11.30malam, anggota operasi telah bergerak ke Cyber Café PT.266 Tkt Atas, Jalan Merbau Kota Bharu. Premis ini sudah beroperasi selama dua bulan dan masih belum mempunyai lessen sah MPKB-BRI ketika serbuan dilakukan. Terdapat 20 orang pengunjung dalam premis tersebut yang keseluruhannya remaja berbangsa cina. Mengikut maklumat yang diterima, premis ini menjadi tempat perjudian dan telah dikhususkan kepada pelanggan yang tetap sahaja. Pihak MPKB-BRI telah berjaya menyita sebanyak 23 unit komputer.
– Jam 12.30 malam : Anggota operasi telah berada di Ralphs Laueren Bestro yang beralamat s/9-A-01-06 Pelangi Mall Jalan Pasar Lama Kota Bharu. Tarikh tamat lesen pada 31.12.2010. Anggota operasi telah Berjaya menyita sebanyak 27 unit (shisha) dan telah mengkompaun premis ini atas kesalahan tidak mempunyai lesen yang sah (shisha).
– Pada jam 1.15pagi : Anggota operasi telah membuat pemeriksaan untuk kali kedua yang beralamat No.2660 D&E, Lrg. Limau Manis Jalan Hamzah Kota Bharu. Anggota operasi membuat pemeriksaan di setiap dalam kawasan rumah yang pemiliknya tidak ada. Cuma yang berada di dalam rumah tersebut hanya ada anak. Anggota operasi melakukan pemeriksaan di setiap bilik dalam rumah tersebut dan telah menjumpai beberapa jenis VCD dan gambar-gambar lucah.
Selepas itu tiada laporan mengenai sebarang operasi baru oleh MPKB-BRI yang seolah-olah telah melepas tangan dan mengakui bahawa aktiviti tidak bermoral yang ditentang keras oleh Nik Aziz itu pasti akan berulang lagi, maklumlah bak respon penyokong-penyokong mereka, ‘Di Mekah Pun Ada Aktiviti Pelacuran’.
Apakah MPKB-BRI hanya melakukan operasi bersepadu setiap kali blog Kickdefella membuat pendedahan? Ini kerana operasi pada 13 Februari 2011 adalah respons kepada pendedahan aktiviti maksiat yang didakwa oleh pihak yang terbabit sebagai ‘aktiviti yang dilindungi oleh MPKB-BRI’. ‘Dilindungi’ itu cukup subjektif maknanya. Adalah mustahil mempercayai bahawa MPKB-BRI tergamak melindungi aktiviti tersebut.
Tetapi ini tidak semestinya MPKB-BRI tidak perlu mencari siapakah yang terbabit ‘melindungi’ aktiviti tersebut atau menggalakkan amalan ‘tutup sebelah mata’.
Atau mungkin kerana sikap pahat dengan pemukul di MPKB-BRI?
Pada hari Isnin akan datang, blog Kickdefella akan mendedahkan video Operasi Johnson II yang membuktikan MPKB-BRI telah gagal mengurangkan kegiatan pelacuran di Kelantan, sejak pendedahan pada Februari yang lalu.
inilah gambaran serami mekah yang diuar uarkan oleh mereka.
Makanya statistik HIV/Aid yg tertinggi di Malaysia. Belum lagi hudud,baru dasar membangun bersama islam Nik Aziz telah gagal ‘mengislamkan’ Kota Baru. Amat mudah menyalahkan pihak lain sebagai jalan keluar. Lebih dari 20 tahun memerintah kerajaan ‘islam’ Pas tidak dapat mengatasi pelacuran maka tidak hairanlah isu bekalan air masih menerima nasib yg sama dgn Lorong Limau Manis. Bertakbir dan berkokok aje yg pandai tapi ekor berendam dalam taik. Inilah akibat terlebih ceramah. Wajarlah patong budha dapat dibangunkan dan rakyat islam kekal menggunakan masjid peninggalan kerajaan dahulu. Inilah jadinya apabila Nik Aziz menganggap ‘AYAT AYAT AL QURAAN SEMUANYA POLITIK’. Mursyidul Am Pas berependapat Al Quraan diturunkan untuk Pas berpolitik dinegara ini.
Dengan demikian mudah bagi ulamak tersohor Pas menutup isu selingkoh dengan isteri orang oleh ahli2 YB Pas kerana politik. Inilah kualiti seorang yg gembira dengan gelaran Wali.
Tidakah ada rasa bersalah dan berdosa kpd Nik Aziz diatas kepincangan pentadbirannya atau masih mahu terus berceramah dan menyalahkan pihak lain?
nak cakappasal pelacuran di mana mana pun sama..jangankan dekat dengan rumah atau pejabat MB Kelantan saja tetapi sejak zaman berzaman kegiatan ini wujud….Jangan menuding jari kepada MB Kelantan pasal pelacuran tersebut tetapi kita hendaklah bersama membasmi kerana kerja MB bukan nak tinguk semua perkara tersebut….Sebagai rakyat kelantan sepatutnya tuan bersyukur mempunyai MB yang telus dibandingkan dgn MB UMNO yang lain…sekadar pandangan peribadi….
Tuan Sheih, font yang tuan gunakan ni kurang ‘friendly’ la…harap maklum.
bagus la sheh bangkitkan isu ini. rakyat kelantan terdiri dari pelbagai bangsa dan agama. bangsa melayu pun ada pelbagai fahaman hodup. fahaman agama dan fahaman sekular. Perzinaan tak dapat ebanteras 100%. apatah lagi pelacuran. Ini berlaku kerana hukum agama tak dapat ditegakkan. banyak bangkangan dari mereka yang tidak memahami kesyumulan hukum ini. dipertikai dan diperlekeh oleh umat islam sendiri. saya rasa elok buat kajian dan dapatkan statistik, adakah pelaku itu seorang tegar dengan islam atau melayu yang otomatik menganut islam. untuk berlaku adil juga, sheh perlu buat bancian dan perbandingan diantara jalan hamzah kb dengan jalan bukit bintang kl. jangan cuma nak cari salah di kelantan. wassallam.
Nik Aziz ‘tulus’ sekejap..
lepas tu jadi balik.
kasi tukul balik,
gerak sekejap – melambung puji Nik Aziz.
Lepas tu lupa semula..
Cuba bagi UMNO memerintah sekali, nk tengok camna.. kena tukul ke tak?
ini lah dio oran yan memerintah kelante lobih dari 20 tahun, tapi masih menyalahkan kerajaan yang lalu. apo punyo baral. dio dah ambil alih pado tahun 1990 tapi tak buet apo apo nak salahkan oran lain. ini dikatokan cakap tak serupo bikin. oran yang menyandang jawatan bukan nak buet korjo dio nak pangkat jo. nanti ado perkaro macam ni salah kan oran lain. kan sonang macam tu.
dah lah tak do korjo ntuk oran kelante, rakyat dio ramai yang berhijrah tak do korjo. dah jadi cam tu mako ramai lah yang terjorbak dongan maksiat. tak kalo takdo makan lah. siajis tu tau bercakap jo. borhontilah cukup dah kelante tak majupun. 20 tahun dah lalu tak punyo apo apo. Ajis berundur lah sebolum rakyat undurkan kamu.
Tuan Sheih, Benar kata orang bahawa pemimpin, ahli dan penyokong PAS sentiasa menganggap yang buruk tu berpunca dari UMNO manakala yang baik itu hasil pentadbirannya. Ahli dan penyokongnya melihat PAS itu sempurna segala-galanya dan tidak ada cacat – celanya. Dalam keadaan mana dan apa sekalipun mereka tidak akan mendedahkan segala kelemahan PAS kononnya takut dikatakan menghina Islam. Seandainya ada pihak yang mendedahkan kepincangan, kelemahan dan kegagalan pentadbiran PAS nescaya mereka tidak akan mempercayainya. Ahli dan penyokong PAS dengan angkuh dan sombongnya tetap menganggap kerajaan mereka sentiasa bersih dan baik dalam semua perkara. Dalam persoalan ini elok kita jadikan kata-kata Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali R.H. sebagai suatu renungan dan muhasabah kepada diri kita. Apalagi atas nama makhluk kita ini ada kelemahan dan tidak sempurna sifat serta tingkahlakunya. Sebagai makhluk kita tidak dapat lari daripada melakukan dosa dan kesilapan. Kata Al-Imam Al-Ghazali :
“Seandainya engkau melihat dirimu bersih daripada dosa, baik zahir atau batin, dan engkau melihat dirimu bersih daripada segala keaiban baik yang berkenaan dengan urusan agamamu ataupun duniamu, maka ketahuilah bahawa kejahilanmu terhadap dirimu sendiri itu adalah sejahat-jahat kejahilan.
Tidak ada aib yang lebih besar daripada seseorang yang menganggap dirinya bersih dari segala dosa dan kesalahan. Sebenarnya ketika itu Allah SWT tidak menghendaki kebaikan terhadap dirimu. Jikalau Dia menghendaki kebaikan pada dirimu, tentu Dia menunjukkan kepadamu aib dirimu. Jadi, ketika engkau melihat dirimu sebagai seorang yang bersih, maka itu adalah kesudahan daripada segala kejahilan.
Kemudian, seandainya engkau memang benar pada sangkaanmu (bahawa engkau yang tidak mempunyai keaiban), maka banyak-banyaklah engkau bersyukur kepada Allah dan mengapa pula engkau mahu memaki orang lain dan mempersendakan kesalahan mereka. Bukankah perbuatan ini juga termasuk di antara keaiban yang besar pula?” (Bidayatul Hidayah)
dedahkan sebanyak mungkin biar org kelantan buka minda mereka dan tahu siapa sebenarnya nik ajis n pas
benar kata orang , orang kelantan mmg gedeber
Usaha mencegah kemungkaran adalah usaha yang suci dan perlu diteruskan sepanjang masa.
Saya amat suspen (dan menyokong) untuk melihat perlaksanaan hukum hudud di Kelantan, kerana ia bersifat preventive.
Muslim yang telah berkahwin, jika didapati sah berzina, maka mereka perlu direjam sehingga mati. Insya Allah, bersama kita berdoa supaya hudud dilaksana, aktiviti zina dan penularan penyakit HIV/AIDS berkurang.
Ya, benar sekali bahawa penguatkuasaan adalah kunci kejayaan sesuatu undang-undang yang digubal.
Burhanuddin Marzuki:
“Jangan menuding jari kepada MB Kelantan pasal pelacuran tersebut tetapi kita hendaklah bersama membasmi kerana kerja MB bukan nak tinguk semua perkara tersebu”
Tapi MB Kelantan tersebut tuding jari pada orang lain (sisa pemerintah dahulu, dan juga kepada kurang penguatkuasaan)
Kalau kita tutup nama Nik Aziz/PAS, mesti ramai penyokong PAS rasa kata-kata “kurang penguatkuasaan” tu datang dari mulut pemegang Putrajaya, kan?
in the end, apa beza UMNO dengan PAS?
Dan yang ramai menjadi GRO di pusat karaoke di KL kan adalah orang Kelantan….cuba siasat atau tanya kenalan yg biasa lepak di tempat itu…
Kalau lepas setahun dua dia ambil alih…boleh lah terima alasan tu…
Tapi dah lebih 20…and masih guna alasan “sisa pemerintahan dahulu”?
hikhikhikhikhikhik…..
Statement MB Kelantan…………. “Nik Aziz juga berkata, wujudnya kegiatan itu adalah juga hasil peninggalan kerajaan dahulu dan beliau menyalahkan media massa yang mempengaruhi rakyat di negeri ini dengan budaya kuning”, ……..
Setelah 20 tahun memerintah Negeri Kelantan Nik Aziz masih lagi menyalahkan pemerintah terdahulu……………
bagaimana dengan adun yang terlibat berzina dengan isteri orang didalam gerabak keretapi…… adakah disebabkan pemerintahan terdahulu?………
bagaimana dengan mat sabu yang berzina dengan isteri kawan baiknya, adakah disebabkan pemerintahan terdahulu……….
bagaimana dengan keruntuhan moral dan akhlak anak-anak gadis kelantan, adakah disebabkan pemerintahan terdahulu?………
bagaimana dengan statistik penghidap HIV/AID yang tertinggi di Malaysia adalah di negeri kelantan, adakah disebabkan pemerintah terdahulu?………..
bagaimana rakusnya ahli-ahli politik pas mengaut hasil balak dinegeri kelantan, adakah disebabkan pemerintah terdahulu?………
bagaimana dengan ladang rakyat yang menipu rakyat kelantan sendiri, adakah disebabkan pemerintah terdahulu?………
bagaimana dengan hukum hudud yang nak diadakan di negeri kelantan yang masih lagi dikaji, dikaji dan dikaji entah sampai bila, sehingga membolehkan suami meliwat isteri didalam hukum tersebut, adakah disebabkan pemerintah terdahulu?……….
Setelah 20 tahun lebih memerintah Negeri Kelantan yang kononnya digelar Serambi Mekah, Nik Aziz gagal ‘mengislamkan’ rakyatnya sendiri…….. sebagai orang islam saya berasa amat malu dengan perangai Nik Aziz yang asyik menyalahkan orang lain apabila gagal melakukan sesuatu dan enggan bertanggungjawab diatas kesilapan yang dilakukannya.
Perluke rakyat negeri kelantan mempertahankan seorang menteri besar yang gagal didalam pemerintahannya?.
Terima kasih diatas pendedahan. Harap membuka mata pihak berkuasa dan memberi pengajaran kepada semua.
Sheih, ana rasa laman web hok dulu lagi baik dari yg ni….nak baca mudah, font pun ok….ejah semula Boh……(kalu serupa hak chedet pun ok gak)
inilah dikatakan ‘membangun bersama Isle’… klalau “membangun bersama Islam” tak jadi camni…. Islam slogan begitulah hasilnya… ada ulama setakat ulama terompah… curi terompah nak ambil berkat konon….so hollow….
kawe sdh lamo doh xsokong PAS…cakap byk xserupo bikin….bykan lg keburukan PAS spayo ore sedar sbb sedap duk kata kore…supo dia baik sgt
dan seperti biasalah … orang-orang PAS akan menyalahkan org lain atas semua kesalahan …sama mcm MB kelantan jugaklah …
dan seperti biasalah …orang-orang ini akan minta kita bandingkan keadaan di kelantan dengan bukit bintang atau tempat-tempat lain di malaysia ni..
dan apabila kita bandingkan ..maka secara tidak langsung nampaklah bahawasanya PAS dan BN ini sama sahaja…tiada apa bezanya…
tapi kegagalan PAS ni lagi terserlah kerana pemimpinnya adalah Islam dan orang yang dipimpinnya majoriti adalah Islam ..nak jaga orang islam pun dah gagal..inikan pulak nak jaga kaum-kaum lain di malaysia ni …
kepada MB kelate…kasi can orang muda dalam pas laa pulak memerintah ….kasi can pada orang yang buat keje …bukannya buat keje dgn menyalahkan orang lain sahaja
apa lah nik aziz nih. asal saja orang dedahkan kegiatan maksiat di kelantan, cepat2 dia tuduh ini adalah tinggalan kerajaan terdahulu. kita nak tanya nik aziz dan penyokong pas, sikit saja …
kalau dah tak mampu nak ubah keadaan maksiat di kelantan supaya jadi lebih kurang dan kurang sehingga tak ada langsung akhirnya, buat apa lah pas jadi pemerintah di kelantan. tak nampak perubahan besar islam pun. islam di kelantan sama macam masa kelantan di perintah oleh umno jer. maksiat dan pelacuran duk macam tu juga lah. waktu kempen pilihanraua bukan main semangat janji nak hapuskan segala macam maksiat di kelantan jika pas dapat perintah negeri.
bila dah dapat kuasa perintah negeri kelantan, apa dah jadi pak nik aziz hooii. kalau macfam tu lebih baik orang kelantan bagi balik kepada umno pada pru 13 nih. dah 20 tahun perintah, islam duk macam tu juga lah, tak kan nak tunggu 200 tahun baru nak berjaya basmi maksiat 100%.
nak bercakap siapa pun boleh beb, tapi bila dah jadi kerjaan yang memerintah baru lah tahu keadaan yang sebenarnya.
udah 20 tahun pengundi kelantan di keldai kan oleh nik aziz, tak kan lah nak tunggu sampai 200 tahun baru nak sedar bahawa selama ini pengundi kelantan duk jadi keldai.
orang pas ni mang suke salahkan orang laen kan..hhahahaha..nik ajiz..pathetic
satu tempat je ke pusat pelacuran dekat KB…
salam sheikh,
lama tak update, tukar “rumah” rupanya.. hehe
koho lamo koho jadik “serambi mekoh” kito tuh. hhmmm…
orang yang suka mempersalahkan orang lain memang tak akan berubah, sebab dia tak mahu belajar dari kesilapan diri sendiri, dan belajar dari kesilapan orang lain, akhirnya dia meludah kelangit ngeh ngeh.
huh? 20 tahun duk tunding jari ka orang lain lagi?
kalu puak2 pelacur ni beranak pinak, dah berderet2 anak2 mrk lahirkan utk meneruskan kerja warisan mrk nih!
takkan nak kata orang lain yg kena mari buat kerja utk selesaikan masalah di negeri kita ni? senang banyakla mcm ni, bila gagal melaksanakan tugas, salahkan pemerintahan dulu, walaupun dah 20 thn berlalu….
takkan masih nak guna alasan yg sama, tok guru? lemahla……………………………..
kita sama-sama islam…sama-samalah membanterasnya…tak payah nak menunding org lain…