… Hanya kerana ada usaha di dalam PAS untuk melaksanakan Hudud. Hu Pang Chow mempunyai puluhan alasan untuk benar-benar tinggalkan PAS dan tidak semestinya dia perlu tinggalkan PAS hanya kerana Hudud.
Setelah beberapa minggu mendiamkan diri dan hanya menyiarkan posting-posting yang dipetik dari pihak ke tiga, hari ini saya merasa masanya sudah empuk untuk saya menulis tentang pendapat saya sendiri.
Berbalik kepada kontroversi yang melanda Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS, Sdr Hu Pang Chow baru-baru ini berhubung kemungkinan dia meninggalkan Parti Islam itu kerana isu hukum hudud, saya yakin dengan penafian Pang Chow. Sebelum ini Pang Chow telah melahirkan banyak kekecewaannya terhadap PAS Kelantan terutamanya di dalam banyak isu. Bagaimanapun, disebabkan isu tersebut tidak memanfaatkan pembangkang di Kelantan umumnya, maka pendirian Pang Chow tidak mendapat liputan meluas. Antara kekecewaan Pang Chow ialah kegagalan Kerajaan PAS Kelantan yang telah memerintah negeri tersebut sekian lama menjalankan reformasi di dalam enakmen-enakmen negeri yang berhubung dengan urusan tanah. Tiada siapa dapat menafikan peranan Pang Chow di dalam membawa masuk pelabur dari luar Kelantan dan dari kalangan usahawan Tiong Hua untuk membantu membangunkan Kelantan. Namun kerenah birokrasi dan enakmen-enakmen tertentu yang lapuk dan rigid membuatkan ramai pelabur tidak selesa atau berhadapan dengan masalah di pertengahan jalan.
Ini adalah diantara sebab yang mengeruhkan hubungan Hu Pang Chow dengan Dato’ Anuar Tan, Ahli Majlis Kerajaan Negeri dan wakil rakyat yang memikul mandat rasmi masyarakat cina di Kelantan. Sehingga pada suatu ketika, ada ura-ura mengatakan Hu Pang Chow bersedia untuk berdepan dengan Anuar Tan di dalam mana-mana medan politik termasuk meminta Anuar Tan memberi laluan kepadanya di dalam pilihanraya umum akan datang.
Pang Chow sendiri didakwa pernah diumpan dengan perlantikan sebagai senator oleh sebuah parti politik yang mewakili masyarakat cina tetapi menolak kerana perjuangannya memartabatkan keadilan dan kesaksamaan bukan boleh digalas ganti oleh mana-mana habuan dan jawatan. Maka mengapa perlu Pang Chow tinggalkan PAS dan sebuah badan yang diasaskannya semata-mata kerana isu hudud?
Isu hudud sebenarnya satu barah membahayakan PAS, DAP dan Pakatan Rakyat. Keikhlasan PAS melaksanakan hukum hudud sentiasa menjadi persoalan kerana Nik Aziz sendiri sering mencari alasan untuk tidak melaksanakannya daripada menjadi hukuman hudud satu kenyataan di Kelantan. Sejak enakmen Kerajaan Negeri dipinda pada tahun 1993 untuk melaksanakan hudud, Nik Aziz lebih suka berdebat mengenai isu halangan-halangan yang diberi atau lebih jelas, bakal diberi kepada kerajaannya di dalam melaksanakan hudud. Yang peliknya, sikit sekali pula usaha disusun dan digembeleing kearah usana membolehkan hudud dilaksanakan. Mengapa?
Tentu sekali Pang Chow lebih selesa dengan taktik PAS sebelum ini. Dan mungkin juga Pang Chow adalah sebahagian daripada taktik dan strategi tersebut. Tidak mustahil penentangan pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS adalah bagi membuka jalan keluar kepada Nik Aziz supaya hudud boleh lagi digunakan sekadar sebagai isu politik bagi PAS di setiap pilihanraya umum yang akan menjelang, Apapun pendirian Pang Chow, kita perlu yakin diatas keikhlasannya mencintai PAS. Tidak perlulah ada pihak di dalam PAS yang perlu mencurigainya.
Ass..
Sudut pandang yang berbeza. Saya menghargai tulisan tuan.
Sdr Shyeik!
PAS kini dalam delima. Bak kata sdr, YB Tok Guru Nik Aziz lebih mementingkan soal tentangan dan halangan yang PAS hadapi tentang isu hudut ini lebih daripada mencari mekenisma atau cara supaya hudut dapat direalisasikan dan seterusnya dapat dilaksanakan di Kelantan. Namun itu adalah pendekatan yang PAS amalkan bagi mendapatkan sokongan. Kini ternyata taktik itu sudah memakan diri.
jengok juga perlembagaan negara. kalau boleh tafsir sikit mengapa hudud tak boleh dilaksana sampai sekarang.
nate pang sumak…
nk mintak laluan jadi tok wakil gano gak,dia dah xada pyokong di kelantan,syok sendiri je loni2 tu…baru ni marah pasal judi,pah marah pasal hudud,lawan arus sokmo…lama2 jadi supo demo la.
Mungkin ni semua sandiwara politik sahaja. Dari awal Pang tubuhkan badan tu pun, PAS dah kata nak buat hudud, walaupun tak terbuat sampai sekarang! Jadi, apa rasionalnya dia nak timbulkan isu tu sekarang?
ANWAR IBRAHIM: HERO TAHI KUCING DI KAMPONG BHARU. Baca di sini…
http://apakecoh2.blogspot.com/
Same Huse ko demo camno Syed.. Ko huse ‘bekukan’ lagi?
Betul apa yg dikatakan TDM,
“Dia (nik Aziz) bukan ajar agama, dia ajar politik”.
Rakyat dah boleh baca rentak politik nik aziz.. kalau zaman nabi, nabi guna politik untuk kepentingan Islam, nik aziz guna agama Islam untuk kepentingan politik.
Sheikh ambo pun dah lama tunggu PAS buat hudud…dia timbul lpas tu dia kata UMNO halang..cino suko UMNO jah tok suko hudud…bila masa puok PAS duduk bincang degan detail hal hudud..asyik muzakarah tapi tak de hasil tapi lama dah sheikh 21 tahun takkan tak leh nak draft undang. kurang kurang dapat kita telaah bersama kaedah pelaksanaannya. Kalau sama sama jelas takkan orang nak tolak lagi pun hukum Allah.
salam sheih
lebih teruja jika mendengar UMNO hendak melaksanakan hudud.
tapi kalau PAS kata nak laksana hudud rasanya macam dah malas hendak mendengarnya.
Nik Aziz pun pakai Merc E-class. Apa nak kutuk2 UMNO lagi. 2 x 5 laa. Sape laa yang bagi gelaran tok guru tuu. Tak layak langsung.
E-class rekon boh,bukan hok ori….harga brp sgt jah.
Bijok politik Tok Guru weh…betul la jalan hok kawe ambik utk tidak sokong PAS lagi..politik lebih..ugama dok setaro tu jugok.
pejabatmb kelate sendiri yg keluarkan pekeliling istihar mb kelater di gelar tok guru, mungkin ini syor nik aziz sendiri supaya rakyat sembah nik aziz
isu hudud dah lama berbangkit….
puak pas jugak yang dok bsungguh bangkit isu hudud…..
bile dah dekat PRU buat kelur la statement pasal hudud…..
kesungguhan untuk benar2 nak laksana memang 0%…..
bab BERSIH siap ada demonstration lagi!!
try buat demons hudud macam BERSIH….serah memorandum….
Jangan asyik tuding jari pada pihak lain laa…..
rakyat dah jelik dengan benda tak berkesudahan….
itu hanya propa untuk raih sokongan orang islam yang majorti adalah kaum melayu di malaysia ni….
isu ini hanya memporak perandakan rakyat sahaja,jika tk berkesudahan….
macam ni contoh seorang ulamak??malah seorang menteri besar???
huru hara…..
ramai orang cina di kelantan sudah memahami huduh…bagus apa,buat apa nak takut,org cina buka org jahat,agama sahaja lain2,yang kita takut sangat ni kenapa?ini hudud untuk org islam maaa…kalau itu potong tangan kalau mencuri,bukan terus potang,mesti ada perbicaraan dulu,kalau mencuri paastu tangkap dan terus potong,saya pun tak setuju,zalim maa….apa pasal kita org cina mau takut,itu huduh itu org islam,haiya pang chow u bagi kaun cina panasssss….u ingat org cina jahat sangat kah…性交!!!
wan seman wan ahmad….jengok perlembagaan negara dulu..baru bulih tahu kedudukan hudud. tengok jugok akta mahkamah syariah. jange paka tuduh jah
klputrakl…. takkanlah nik aziz tak layak pakai merc ..dia menteri besar apa ..ehehehehehe
Yang pasti Pang Chow tidak akan tinggalkan PAS kerana dia telah lama jadi ‘anak emas’ PAS. Dia dan gengnya telah dapat bermacam2 kemudahan dari kerajaan PAS Kelantan melebihi apa yg PAS berikan kepada orang Melayu. Mungkin PAS akan beri lebih banyak lagi…..
@ajat
itu belum lagi nik abduh yang pakai Alphard.. siap plate beli..
Salam sheikh ; Jumpa raya sebelah rumah tak sempat nak tegor/salam, awak dah turun ; Bekerja lah untuk kepentingan Islam dalam pelbagai bentuk dan pendekatan agar ianya berjaya mencapai matlamat kapada Illahi kita berserah. Wassalam.
Salam shiekh….
bakpo senyap benar ni…
takdok ko isu-isu baru ore kito di kelate nu…
acu bowok mari gak….
biar pakat2 buko mato….
puok2 cino ni doh keno tarbiyah doh….
tok payoh nok pikir sgt puok2 ni…
balik2 sembah berhalo jugok….
@镇人新..
ini melayu PAS nih.. menyamar org cina.. lenggok tulisan aku tau..
Bila isu melibat org Cina berlaku , semua parti Cina berpadu tenaga seia sekata tanpa mengira PR atau BN. Misalnya isu anak Lim Guan Eng, Gerakan terang2 sokong DAP. Bila PM dan isteri diserang dgn kes Altantuya, PAS tambah lg bukan nak pertahankan. Bila org Islam buat perhimpunan di Shah Alam, PAS taknak join kerana alasannya ianya dianjurkan oleh NGO dan tdk mau ianya dipolitikkan. Tapi bila hindu anjur Bersih, PAS yg paling ramai hantar peserta. Sedangkan Bersih juga dianjurkan NGO, lagi teruk kerana ianya perhimpunan haram jalanan yg menyusahkan semua org. Inilah hipokrit PAS, cakap tak serupa bikin.