K E N Y A T A A N R A S M I
Dengan rasa rendah diri dan bersyukur, saya ingin mengulas berhubung saman Dato’ Haji Husam Bin Haji Musa dan Syed Azidi Bin Syed Abdul Aziz yang didakwa difailkan di dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Kota Bharu, Kelantan, semalam.
Walaupun sehingga saat ini saya belum menerima writ saman yang didakwa itu tetapi saya yakin, usaha sedang dijalankan oleh pihak penyaman untuk menyerahkan kepada saya. Saya akan memberi sepenuh kerjasama untuk menerima saman tersebut dan pihak penyaman boleh menghubungi saya di talian mudah alih saya pada bila-bila masa sahaja.
Saya mengalu-alukan saman tersebut dan seperti yang sedia maklum, saya telah beberapa kali menggesa Dato’ Husam supaya menyaman saya. Oleh yang demikian saya akan menggunakan sepenuhnya peluang yang diberikan kelak untuk membuat pembelaan terhadap segala yang saya persembahkan selama ini di blog saya maupun di ruang akhbar dan lain-lain media.
Saman ini bukan sahaja memberi ruang kepada Dato’ Husam untuk kononnya membersihkan nama, tetapi juga adalah peluang untuk saya mempertahankan hujah dan dakwaan saya supaya sah diterima dari segi perundangan.
Saya turut dimaklumkan pihak penyaman akan mendapatkan satu perintah injunksi menghalang saya dari membuat sebarang pendedahan baru terhadap beliau dan menghalang mana-mana pihak menyebarkan tulisan-tulisan saya terdahulu. Suka saya memaklumkan bahawa saya bersedia mempertahankan hak saya itu di Mahkamah dan menggesa pihak penyaman tidak menggunakan tindakan ex-parte dalam hal ini.
Tulisan-tulisan saya mempunyai kepentingan awam khasnya kepada rakyat Kelantan. Buktinya kesan daripada tulisan saya Kerajaan PAS Kelantan telah beberapa kali mengambil tindakan susulan yang akhirnya memberi manfaat kepada rakyat Kelantan termasuk didalam isu yang diketengahkan oleh penyaman di dalam writ saman.
Tindakan untuk menghalang saya menggunakan hak untuk menulis dan menyampaikan maklumat adalah berasaskan ketakutan jelas dipihak penyaman terutama pada saat pihaknya merasakan pilihanraya umum semakin dekat. Ia langsung tidak mengambil kira kepentingan awam dan rakyat Negeri Kelantan khasnya. Pihak penyaman tidak seharusnya mengutamakan kepentingan politik dan keinginan untuk mara dalam karier politik mengatasi kepentingan rakyat dan kebebasan rakyat menerima maklumat.
Kepada pembaca-pembaca saya, suka saya memberikan perakuan bahawa saya akan melawan saman ini dengan dada yang lapang, berhemah dan penuh rasa hormat kepada undang-undang dan sistem kehakiman Malaysia. Saya berharap mahkamah tidak sekali-kali digunakan sebagai pentas sarkas untuk kepentingan politik penyaman.
Saya berkhidmat hampir 3 tahun dibawah penyaman dan saya telah menulis lebih 100 artikel berhubung beliau. Bagaimanapun beliau hanya menyaman saya terhadap 3 artikel yang ditulis saya. Ini bererti beliau bersetuju bahawa lebihan artikel yang ditulis oleh saya tentang beliau adalah betul. Ini beerti beliau juga bersetuju bahawa pengakuan saya menerima wang pampasan bernilai RM350,000 dan wang berjumlah lebih RM4 juta untuk pilihanraya umum 2008 adalah betul sedangkan sebelum beliau berkali-kali menafikannya secara terbuka dan kepada pihak media massa.
Oleh yang demikian, apabila saya mendakwa beliau adalah seorang yang hipokrit dan penipu, ianya bukan bual kosong. Ia berlandaskan pengalaman saya dan fakta-fakta serta bukti yang terkumpul sepanjang perkhidmatan dengannya.
Sepanjang tempoh perkhidmatan tersebut, saya diberi pelbagai arahan termasuklah galakan dan permintaan supaya saya menulis dan menggunakan kreativiti saya untuk memburuk-burukan musuh politik beliau termasuklah yang berada di dalam parti politik yang sama dengan beliau. Beliau juga berusaha menyakinkan saya tanpa mengemukakan bukti bahawa terdapat korupsi di kalangan Ahli Majlis Mesyuarat Kelantan dan pimpinan tertinggi partinya ketika itu.
Beliau juga menegur saya terhadap tulisan saya yang mempunyai kepentingan awam tetapi mengkritik rakan politik beliau seperti Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Sebaliknya, selepas saya diberhentikan daripada perkhidmatan di Kelantan, beliau segera menafikan di dalam sidang media beliau pernah campurtangan di dalam penulisan saya di blog.
Hipokrasi beliau juga amat ketara dan sepanjang tempoh perkhidmatan, saya beberapa kali diajak oleh beliau ke premis-premis yang tidak sesuai untuk beliau kunjungi sebagai pimpinan sebuah parti Islam.
Saya juga terpaksa menyaksikan gelagat-gelagat beliau ditempat awam yang tidak sesuai dengan kedudukannya sebagai pemimpin tinggi sebuah parti Islam.
Berdasarkan yang dinyatakan diatas, saya percaya kes ini turut akan membawa banyak faedah kepada orang awam dan rakyat Negeri Kelantan khasnya.
Saya mengalu-alukan bantuan guaman daripada pengamal-pengamal perundangan bagi membantu saya mempertahankan hak dan kepentingan awam ini. Saya juga suka merayu kepada rakyat Negeri Kelantan yang rindukan perubahan untuk bersama-sama dengan saya di dalam kes saman ini.
Saya lawan kes ini bukan untuk diri saya tetapi untuk perubahan kepada Negeri Kelantan yang tercinta.
SYED AZIDI BIN SYED ABDUL AZIZ
Kickdefella
20 September 2011
All you have to do is a defence of “fair comments”. I’m sure you have plenty of proof for that. All the best..
Wahai tuhan, pemilik langit dan bumi dan apa sahaja diantara keduanya, berilah kekuatan dan kemenagan kepada penulis diatas sekiranya dia benar dan sebaliknya dia dusta. Hanya kepada mu ya allah aku memohon.
Kawe tau demo ada bukti sebab tu demo berani tulih. Huse same sebab dio main stail politik Nuar Anuerah Tuhe – same, mene atau tidok lain hal, yg penting pandangan rakyat. Bilo same, mungkin rakyat kata huse di fitnah, padahal rakyat ada yg tak tau sekare same adalah utk kepentingan tahta politik dan kuasa.
lawan jgn tak lawan….
mintak bantuan jugok rupanyooo
salam tuan,
semoga yang haq akan utuh berdiri, yang batil akan tersungkur runtuh ke bumi !
kawe sokong demo boh. lawe boh. huse nak wat gimik pilihanraya jah tuh. ko dia takut tok leh jd calon…huse memang liabiliti kpd pah kelate…
Nampaknya Husam telah menjolok sarang tebuan. At stake is his political career.
kebenaran akan muncul jugak..semuanya ketetapan Allah
Artikel Panas : Generasi Melayu Baru Yang Buta Sejarah, Di Mana Silap Kita?
rakyat sedang dok peghati loni,jangan takut jika anda berada di landasan yang betul..
buat presscon pasal saman,tak bermakna itu satu kemenangan lagi,hanya untuk menghebohkan isu dan siapa di pihak yang betul saja…
bermakna si husam ni dok layan jugak la…bukan macam si nuar,katanya dah tak nak layan blog upahan umno sekarang ni…
jerat tak pernah lupakan pelanduk…haha
by all means, bro. go ahead!
we are with u.
kalu nok nasihak perundange ni, nati kawe tlg tanyo saing hok buleh.
salam
rayuanku
rohana jalil
lawanla syeikh…ko pun bukan sebarang orang. klu tak tak le ko buat rumah tepi laut…ye dak?
Husam Musa — I remember Nik Aziz had said “Husam is God’s Gift to Kelantan.”
These people have been in power too long. They might have been okay when they came to power in 1990. But over the years, they have become complacent, grown fat and flabby. Ah, the good life — they are no longer fighting for the down and the oppressed … now, they are THE OPPRESSORS!
Saya yakin dengan demo Sheih..
Insyallah..Allah bersama dengan orang yang benar….
assalamualaikum ya sheikh…
kawe anok kelate…tetap sokong jatuh/bangun demo……huse dan pas mesti keluar dari politik kelate…InsyaAllah…hok betul PASTI diketahui…huse dan hamPAS mesti berhenti…..
Allah akan bersama orang orang yg benar,kita tgk kes nuar walaupun berpuluh sembahyang hajat di lakukan, ulama-ulama dan usta PAS menafikan di kebanyakan masjid dan surau baik dlm ceramah atau kuliah.tetapi kita dpt lihat semakin hari ada jer pertunjuk.
Ingat bro rakyat kelantan pun ingin perubahan juga,Apakata ko ajak bersumpah dulu sebelum pi court.Org kelantan kuat ugama mesti semua nak tgk.
Syabas kepada kedua-dua belah pihak (yang menyaman & yang minta disaman) sebab pilih jalan tengah untuk cari kebenaran. Ini baru ada integriti & akauntabiliti atas apa yang diucap & ditulis.
kenapalahh husam pergi saman penulis..amat rugi utk politik husam,,tak pasal2 nik amar dan taki tersenyum tepuk tangan,,,amatlah rugi…
syg org mcm husam masuk perangkap taki n nik amar
Saya yakin dengan istiqamah Tuan dalam mempertahankan kebenaran. Saya akan berdiri teguh dibelakang Tuan. Segalanya sebagai tanda sokongan saya dalam memperjuang dan mempertahankan kebenaran. Percayalah bahawa Tuan berada pada landasan jihad yang betul.
Ingatlah firman Allah yang bermaksud ‘’Dan orang-orang yang berjihad di jalan kami, nescaya kami tunjukkan kepada mereka jalan kami. Dan sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang berbuat kebaikan’’ ( Al-Ankabut:69)
KAWE DH LAMO DH MENYAMPOH KAT PEROMPOK SEPERTI HUSAM..
Go Ahead bro!…smua ore tau demo ado trump card sebab tu demo berani masuk gelangge…tapi bro, beringat la sikit…lawe ore politik ni biasonya jahat dio lain mace…three thing cannot be long hidden, the sun, the moon and the truth…
Sheikh
Kalau lu ada bukti bergambar atau bukti video tentang aktiviti tidak sehat oleh Husam, masukakan dalam blog ni. Biar rakyat tahu bsiapa Husam sebenarnya. Lu tengok bila Papagomo masukkan video Anwar berjalan masuk lift pada tarikh rakaman video sex Anwar, terdiam Anwar dan kuncu2nya.
Dedahkan saja Sheikh perangai Husam yang sebenar.
salam sheih
bila kita yakin kita benar dan ada bukti, INSYAALLah kita berjaya
adakah lepas ini kita tahu dimana premis yang tak sesuai sheih diajak pergi.
Saya rasa terkejut sebab tuan tak rasa gundah apabila tuan disaman.
Tapi saya menjadi gundah gulana apabila tuan minta bantuan sesiapa yang boleh tolong dari sudut guaman.
Maklumlah zaman sekarang ni, yang bersalah boleh menjadi tidak bersalah kerana pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan dan mendapat kemenangan melalui isu teknikal, bukan kerana tiada kes atau bukan tiada cukup bukti. Contohnya dalam air mani tak ada DNA lah, sampel kotor lah macam-macam lah…
Huse dengan pak seh lawan. Sedap gitu, nampak mencabar. Untuk pak seh , teruskan mendedahkan kemaluan-kemaluan pihak pemerintah yang dilakukan oleh pemerintah negeri dan pemerintah persekutuan
semoga allah memberi kekuatan kpd tuan..
Tindakan melawan tuan umpama rakyat menentang kezaliman. Harap tuan beroleh kejayaan..
Semoga Allah mempermudahkan urusan tuan dalam menegakkan keadilan..Insyallah…Allah sentiasa bersama orang2 yg benar..
kawe sokong demo syeikh. InsyaAllah kemenangan akan berpihak pd demo.
semoga Allah SWT bersama tuan syed . mereka berasa mereka betul dan tidak pernah buat kesilapan. tiba masanya untuk buktikan.
Allah akan sentiasa bersama orang yg benar…..
InsyaAllah akan terserlah kebenaran, berani kerana benar. Keikhlasan dan kejujuran memberi perjelasan yang benar amat payah kerana kini hipokrit sudah jadi lumrah hidup orang berpolitik.
Semoga diberi keberkatan oleh Allah swt..
hairyoos amiingos
lawan pak syeikh……allah bersamamu, dia dah tak keruan la tu bila ambil masa yang lama untuk menyaman
Salam Sheikh. Tuan kini berdepan masalah agak besar. Macam mana kalau HUsam Menang? 5 Juta mana nak cekau. Harap tuan tetap teguh dan jangan sampai tuan terpaksa pulak “kerja” balik ngan Husam.
buktikan pada rakyat para liPAS mace husam musang ni memang hamPAS…..ambo menyokong tindakan saudara…semoga Allah memberi jalan yg terbaik kpd saudara dlm menangani kes ini..insyaAllah…
Well, seronoknya puak ameno dengan wiranya ni he he. We knew what u did last five years he he…. Habis luluhlah kelate lepah ni ish ish ish
Parok mu syed..
Kickdefella,Keberanianmu menjadi Inspirasiku…
“Tulisan-tulisan saya mempunyai kepentingan awam khasnya kepada rakyat Kelantan. Buktinya kesan daripada tulisan saya Kerajaan PAS Kelantan telah beberapa kali mengambil tindakan susulan yang akhirnya memberi manfaat kepada rakyat Kelantan termasuk didalam isu yang diketengahkan oleh penyaman di dalam writ saman”.
Saya akan setia dengan anda.Saya akan bagi sokongan moral dan membantu anda dalam apa jua keadaan demi Nasib Rakyat Kelantan dan saya tahu bagaimana perasaan seorang penulis bila melahirkan kenyataan diatas..
Rakyat akan bersama anda.Saya cadangkan kita tubuhkan satu Kumpulan Supporter bagi mengumpul seramai mana yang boleh rakyat yang menyokong anda…Orang seperti anda mesti ada dalam masyarakat demi membantu Rakyat dari terus ditipu…Jangan sesekali patah semangat Pejuangku Kickdefella…Gelombang Kick akan mennyahkan semua hipokrit agama yang ada.
Biar betul citer nie. Org pas dh nk sama ngan org umno
Tuan Sheih,
Sebenarnya Tuan berjaya dalam hal ni, Husam dah jadi macam cacing kepanasan nampak sangat dia orang tu takut.
Tuan telah banyak membuka minda rakyat kususnya rakyat kelantan yang selama ni tak tahu perkara sebenar dalam politik kononnya berjuang demi Islam tapi penuh dengan kebendaan sungguh menyedihkan.
Teruskan usaha Tuan Sheih semuga diberkati.. InsyaAllah
antara husam dengan kickdefella…aku lebih percaya huse…kickdefella jenis flip flop dan ore tok leh di beri kepercayaan. sekali kiri sekali kane. dia ni tak reti apa maksud confidential info. kalu dia kerja dengan multinational company seperti tempat aku kerja ni dia kena sack dalam 24 jam…
harap ore umno hok rapat dengan kickdefella ni beringat sikit… tak kena cara dia ni kekah betih mu pulok….
Langit tinggi rendah untuk Husam alami dah terang. Lawan Pak Tuan Shek
Sedak demo kato penyaman seperti merelakan hampir 100 tulisan demo sebelum ni.. kalu betul husam jahat.. demo duk kijo nga dio 3 tahun tu wak begapo gitu lama??? kalu betul demo istiqamah dan bertaqwa padey 3 hari jah demo letak jawatan doh.. letak jawatan pun sebab kepentingan peribadi tak ditunaikan… hohoho.. kesian… blogger ni ibarat lidah… dan janganlah melacurkan lidah mengikut nafsu syaitan.. kalu demo menang kes ni pun.. ada lagi mahkamah agung di akhirat kelak..
BRO JANGAN GUNDAH GULANA … SAHABAT LAIN AKAN MEMPERTAHANKAN HAK PENDIRIAN SAUDARA.
Tuan Sheikh memang anak jantan sejati. Nak kena saman pun masih cool lagi. Hebat Sheikh. Semoga berjaya dalam perjuangan saudara. Amin. Yang Haq tetap Haq. Kebenaran pasti terserlah.
Ramai oghe tak perasan bila asyik cerita burok oghe lain, kalu cerita tu benar maka jadi mengumpat, tapi kalu cerita tu bohong maka jadi fitnah, dua dua tu dosa besar belaka. yang bergocoh sama sama isle, hok dok tepok tange nya ogha kafir dan minafik je. melayu kalu tak bedengki tak soh. yang akan jatoh mealyu jugak. binbe yang akan naik semula lebih zalim dan lebih rakus lagi.
sheih!
Semoga kebenaran akan terbukti jua..
doa kami mengiringi perjuanganmu..
Salam sheikh…
ambo singgoh sebentar…sbg tando sokongan pd perjuange demo..
21 tahun orghe kelate keno kencing hamPAS….cukup-cukuplah utk anok kelate…byk benar doh hok sesat…
lawe tetap lawe….gomo kito gomo…..
Saya berani nyatakan disini bahawasanya bila Tuan dah dapat pertolongan dari pengamal pengamal perundangan dan bila kes ini baru saja nak bertapak dimahkamah,mesti ada suara suara akan nyatakan,”tok sahlah gaduh samo kito,duo duo rugi..baik selesai luar mahkamah..(cuba teko sapo nok kato benda macam tu kalau bukan…).Ini akan terjadi bila mereka dah raso kepanasan yang amat sangat. .Kita tunggu dan lihat.Tapi nasihat saya Tuan jangan undur lagi..hentam habis habisan biar mereka hancur lebur dan mengambil masa yang lama untuk bangkit semula.Ini soal maruah dan pendirian kalau tidak rakyat akan membuat pelbagai persepsi.Saya benar benar muak,loya,benci dan teramat sakit hati dengan parti Hampas yang sering menukar perjuangan mereka..Artikel Tuan yang terdahulu amat jelas yang mana mereka sekarang mempertahankan parti komunis dan menjilat punggung DAP..Apalagi isu yang mereka ingin perjuangkan.Mereka memaki hamun kerajaan pusat tetapi mereka tidak sedar wang agihan dari kerajaan pusat mereka salah gunakan dalam peruntukan.Tengok sampai hari ini air diKelantan dahlah warna kuning,selalu tidak ada dan yang paling tak masuk akal bil bil nya yang tidak munasabah.Berhentilah memerintah Kelantan.Kami mahukan perubahan diPRU Disember ini……………..
Kawe sokong mana hok dirasakan betul agar seluroh rakyat Kelatan mendapat kebaikan. Ada bukti kita bongkar. Lawe bea jange dok lawea
SM Salim (13:05:11) :
mintak bantuan jugok rupanyooo <- tak salah mintak tlg, husam muka kambing, pencacai nya otak kambing !
kan aku dah kata, kat mana2 parti pun tak lari dari skandal. nama Islam itu hanya sbg topeng je. camtu rupanya naib presiden parti islam eh parti kebajikan ye?
tapi pencacai pakatan tak caye. memang nak kena brainwash depa semua tu..
Teruskan lawan Sheikh! We all behind you!!
Kalau mu kalah…. ada ke 5 juta nak baye Huse?
Huse sure ada kalau kamu minte ganti rugi….
Syabas! kepada penyokong dan simpati kepada tuan Sheikh.Yang menyaman dan disaman masing-masing selesa dan yakin dengan tindakan masing-masing. Betullah dengan tulisan Nuna,Jebat, anok sepilar dan lain-lain, Allah bersama-sama orangb yang benar.Pak Sheikh ni orang kebal.Hebat.Berhati-hati dalam membuat tindakan dan tulisan untuk kedua-dua penyaman dan disaman.Kalau dah rasmi kata, di mana dia duduk di situ dia akan melompat-lompat.Kalau dah rasmi kuda tunggangan di mana duduk pun seronok kena tunggang.
berani kerana benar…lawan je..huse tu ingat lu takut agaknya…
Allah maha mengetahui..segala apa yang ada dilangit dan dibumi dalam kawalanNYA…
bro…i wish i cud tell u how u feel…but u feel far more pedih….teramat pedih…u nv imagine hubungan persaudaraan, persahabatan, kepayahan bersama….kesusahn dan keperitan yg dipikul….hilang spt debu..hanya kerana kita mahu menegakkan apa yg benar…..dan membetulkan saudara kita….
itulah penderitaan yg dialami RASULULLAH SAW yg jauh lebih hebat dalam menagatakn kebenaran…
hnya bro kick je tahu betrapa sedey nya perasaan dan sayang yg makin mendalam pada husam…dia tidak spt itu..tpi percayalah…..bro kick dah menjalankan tanggungjawab bro sbg sahabat yg akan ALLAH soal kelak…
usah gentar, selamat maju jaya, dan doa saya mengiringi usaha anda menyedarkan saudara tercinta anda…
kami sokong sheikh..
patutnya Husam lawan hujah dulu. Jika terus bawak ke mahkamah maknanya peringkat hujah Husam dah kalah. Ahli politik begitulah, kononnya perjuang kebebasan akhbar segala macam, bila bab berhujah mereka kantoi awal.
Mahkamah boleh jadi gelanggang terbaik buat tuan. Jangan lupa salin semua dokumen2 yang berkaitan..hilang yang tu buruk padahnya.
dari Kelab Penyelidikan Politik Malaysia
Yang bathil tetap bathil, kebenaran akan terserlah akhirnya…
Go brother go to reveal the truth,Insyallah we will know who is the greatest HYPOCRITE and a great LIAR.
Kickdefella.. The real Hussam nightmare..
semoga Allah akan tunjuk mana yg benar ..mana yg batil
teruskan perjuangan mu poksyeikh
Soho lah demo lepas ni, silap-silap boleh jadi calon , kalu menang boleh jadi exco bahagian kebudayaan dan perfileman
Kau berani Bro. Aku tabik spring. Dlm nak kena saman pun berani keluar kenyataan memanaskan pungkok Husam lagi. Cayalah..
Orang tua-tua cakap berani kerana benar, lu benar-benar berani. Lawan Bro, aku sokong moral aje cos bukan peguam.
Haq atasi bathil…
Syabas Sheikh. Moga2 ramai lagi macam sheikh yg berjuang demi kepentingan rakyat, bukan saja di Kelantan, tapi dimana2 saja di Malaysia. Tak kira pemimpin politik parti apa, kalau buat hal, ada yg berani tegur. Thanks bro!
semoga kebenaran akan muncul membawa sirna kepada kita yang dilanda mendung tak berkesudahan.
Admin Demi Rakyat amat amat menyokong kebenaran yg dibongkar oleh tuan, dan jgn gentar dgn apa tindakan dari Husam. Beliau sudah kepanasan dgn apa yg didedahkan oleh tuan Kickdefella. Teruskan perjuangan suci tuan demi rakyat Kelantan.
tidak semua kemenangan berakhir dgn kebahagian ataupun kemegahan.
aku percaya, bg pihak sheikh bukan kedudukan yg dia kejar. dia sudah sedia terkenal. blogstat dia jd bukti. bukan calang2 blogger boleh kick sampai 7 juta!
mungkin titik akhir tiada dlm kes ini melainkan kesedihan berpanjangan krn punahnya silaturrahim kedua insan yg lama kenal antara satu sama lain. boleh jadi kes akan berentetan ke perkara2 lain yg lebih sensitif… berhati2lah sheikh!
semoga Allah SWT memberikan kekuatan utk sheikh mempertahankan kebenaran spt yg dicatatkan selama ini. kpd yg tidak memahami kedudukan kes, sila lawat kembali semua catatan sheikh yg berkaitan. pasti ada perkara konkrit yg akan diumpai. sikap menidakkan letak perkara sebenar adalah bukti ketaksuban & tertutup minda…
InsyaAllah, selamat berjaya, sheikh!
sheih dah lama bercita-cita supaya Husam saman sheih, Allah dah makbul cita-ciat sheih yang itu. Sia[a slah, siapa berbohong kita biarkan mahkamah dengar hujjah kedua belah pihak.
Sheih dah dah bincang dgn Arif Fahmi dgn ToK Seh Razak Abbas ke tentang cara-cara nak perangkap Husam? Nampaknya sheih, Arif Fahmi dan Tok Sheih Razak sekata dalam kata Husam jahat, hipokrit,; Sheih memang dah ada pakartan dari dulu lagi ke? Semua yang berlaku tu adalah perancangan rapi dgn skrip yg dah ada ke?
kalau husam menang, ante kena bayar rm5 juta. tapi kalau ante menang, mintak husam rm10 juta. tapi ana rasa ante yang menang. padan muka husam! heheheeeee…….
Brot Sheikh…jangan takut untuk lawan jeneral Parti Ajaran Songsang yg telah menjadi penyokong tegar KOMUNIS pula. Hanya demo yg berwibawa dan ada jati diri untuk berlawan dan mengajar puak munafik moden yg bertopengkan Islam. Hendak harapkan UMNO Kelantan, mereka sudah tidak ada telor kerana asyik berlawan sama sendiri berebut jawatan dalam parti. Harap demo jangan berganjak walau setapak pun dalam perjuangan menegakkan kebenaran melawan golongan MUNAFIK AHZAB yg sudah 22 tahun bermaharajalela di bumi Kelantan.
Selama 22 tahun ini sudah habis tanah yg strategik dalam bandar Kota Bharu dijual dan tanah di Ulu Kelantan dipajak atas alasan pembangunan Ladang Rakyat. Sedangkan matlamat utama puak lanun tanah ini ialah ‘operasi cuci bumi’ untuk sapu kayu balak. Pastikan demo bongkar perkara ini supaya rakyat Kelantan sedar siapa sebenarnya para pemimpin yg ditaksubi gila babi oleh mereka ini.
Kerajaan Kelantan sibuk dan kelam kabut dalam isu memindahkan peniaga Pasar MPKB dan Bazar UDA ke Bazar Tok Guru. Mengapa tidak pindahkan saja mereka ke Bazar Rakyat disebelah bangunan KB Mall yg masih 90% kosong. Cuba demo siasat apa sudah jadi dengan Bazar Rakyat yg menjadi milik PKINK hasil jual tanah di Jalan Hamzah kepada KB Mall yg masih kosong walau pun sudah 5 tahun beroperasi sedangkan lot kedai di KB Mall tidak ada yg kosong. Inilah yg dipanggil berniaga buluh kasab.
Lawan pasti lawan. Kami berdiri teguh dibelakang demo.
Ana rasa amat gembira bila Husam menyaman Sheih. Bila sudah naik mahkamah makin banyak perkara akan terbongkar(bukan setakat Husam sajo laaa, silap2 haribulan pahkoTok guru ).
Ana setuju dgn Sheih iaitu kes ini akan memberi banyak faedah kpd org awam dan rakyat kelantan khasnya.
Ana sedia memberi kerjasama/membantu sekiranya diperlukan.
** innaLLohHamassobirinn””……….Takbirrr
PAk Sheikh,untuk lebih telus dan adil niat saudara selongkarlah sama perompak-perompak dan penyelewengan negeri-negeri lain sama.Saya percaya negeri lain lain pun tak kira pemerintahan PAS,PR atau BN iri hati sebab saudara tak sentuh pun negeri mereka.
Nampaknya jerat untuk khin__ dah mengena….2 huruf saja lagi untuk di sembelih…bagi DAP makan kenyang kenyang…
Salam buat tuan.
Perjuangan dalam penulisan kadangkala teruji jua. Kebenaran dan kesabaran adalah milik diri . Doa dan tawakal dipohon agar tuan tabah menempuhinya…walahualam.
MASALAH terbesar sekarang ialah apa-apa peluru dah semacam tak ‘lut’ (boleh tembus) pihak PAS/DAP/PKR. Api kebencian akibat hasutan terlalu marak menyala. Kalau kita tengok isu-isu yang diperkatakan di dalam TV dan baca Utusan, sepatutnya dah lama pakatan pembangkang ini hancur berkecai dan dihapuskan. Keputusan mahkamah, fatwa mufti, titah sultan pun sudah tidak memberi apa-apa kesan kepada meraka. Lebih baik kita tidak berbuat ap-apa… just live our lives and enjoy every moment of it.
U lose nothing Bro….
but HUSAM as a politician/political party leader….will feeling the HEAT!.
Hmmm……so is HUSAM clever in this situation….i dnt knowlah…..
Jgn lepaskan peluang keemasan ini.. Teruskan perjuangan anda..
bagaikan anjing sama anjing berkawan. Apabila habis tulang masing-masing menyerang antara satu sama lain.
Tuhan nampaknya telah turunkan cara untuk dedahkan kejahatan dan penyelewengan PAS sekian lama. Yang benar pasti akan terserlah dgn hujah dan bukti yang nyata. Insaallah – semuanya akan terbongkar. Terima kasih syeikh – teruskan perjuangan.
Mu meme “klah”… . Kah..kah…kahhhh!!!
Semoga melalui kes ini akan terserlah perkara yang haq dan kecundang yang batil. Insya Allah.
Saya bukan orang negeri kelantan, Pendedahan dan penulisan anda amat menarik, ada fakta, analisis dan kebenaran. Semoga ramai lagi yang berani macam saudara untuk memebuat pendedahan perspektif
apakah malang nasib sebuah persahabatan yang dibina dari hati yang ikhlas bertukar buruk sebegini rupa?
insyallah Allah bersama org yg benar…
teruskan menulis saudara….ramai yg ingin tahu siapa musang musa.
Bro, kemenangan lu adalah kemenangan rakyat Kelantan. Lama benor dah terbuai dalam buaian Nik Ajis yg sambil menghayun buaian sambil menyanyi lagu lagu ‘dosa dosa orang lain’. Rakyat Kelantan harus keluar melompat dari buaian dan membangunkan negeri menjadi negeri terkaya bersumberkan kehebatan orang2 Kelantan berniaga dan lain2 resources sambil membangunkan Islam dengan kaedah berpijak di bumi nyata.
anna muhammad
bakpo mu singoh semeta jah
mu keno singoh lamo tgk 54 tahun rakyat msia kena kencing ke BN
Kelate baru 22 tahun.
bilo nih husam musang nak saman demo??? takkans enyap doh? kawe nak tahu peel huam musang ni lagu mano.. kawe harap demo sobar sheih..
husam takut doh tu…lawan pak seh…jgn goba. ambo ada…