K E N Y A T A A N M E D I A
“I have long feared that my sins would return to visit me… and the cost is more than I can bear” – Benjamin Martin dari filem The Patriot.
Sejak 1hb Jun 2011, terdapat berita-berita yang tidak tepat telah disiarkan oleh beberapa laman blog di internet serta mencabar saya untuk tampil dan memberi pengakuan. Saya cuba untuk bertahan dan tidak memberi sebarang kenyataan kerana saya tidak mahu terbabit di dalam sebarang permainan politik terutama menjelang pemilihan pucuk pimpinan Parti Islam SeMalaysia, esok.
Semalam, sahabat saya saudara Kamarulzaman Bin Abdullah telah membuat penafian di The Malaysian Insider bagi pihak majikannya. Pagi ini YB Dato’ Haji Husam Bin Musa sendiri telah membuat penafian dari India.
Oleh yang demikian saya merasakan ini adalah isyarat bagi saya turut membersihkan nama baik keluarga dan saya yang sedikit sebanyak tercemar akibat tulisan-tulisan tersebut.
Dakwaan bahawa saya telah bertemu dan menerima wang sejumlah RM300,000 di Republik Rakyat China daripada YB Dato’ Haji Husam baru-baru ini adalah tidak tepat.
Semenjak 9 November 2009, Dato’ Husam dan saya tidak pernah bertemu, melainkan berbual di telefon dan bertukar-tukar pesanan ringkas. Pada 10hb Novermber 2009, kontrak saya di Perbadanan Menteri Besar Kelantan telah ditamatkan dan semenjak itu saya tidak lagi berkhidmat secara rasmi dengan Dato’ Husam.
Pada 18hb November 2009, saya telah bertemu dengan seorang individu yang mewakili pihak Dato’ Husam. Persoalan pampasan untuk saya telah dibincangkan. Saya memohon pihak Dato’ Husam menjelaskan berberapa kos tertunggak yang berjumlah RM50,000.
Tengahari tersebut, saya dimaklumkan oleh individu itu bahawa Dato’ Husam bersetuju untuk menyelesaikan kos tertunggak itu. Saya juga ditanya sekiranya saya bersetuju dengan pampasan berjumlah RM300,000. Dengan rasa bersyukur saya bersetuju.
Pada 15hb Disember 2009 saya berlepas ke Singapura dan terus ke Republik Rakyat China di atas urusan penggambaran. Saya pulang ke Singapura pada 22hb Disember 2009. Itu adalah kunjungan terakhir saya ke Republik Rakyat China hingga ke hari ini.
Saya yakin, maklumat inilah yang telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu dan diolah menjadi satu cerita hebat untuk disalurkan kepada sahabat-sahabat siber saya, kononnya saya bertemu Dato’ Husam di Republik Rakyat China dan traksaksi dibuat di sana; kononnya pada minggu lepas.
Mereka yang menyalurkan maklumat ini adalah amat tidak bertangunggjawab dan dari sumber yang saya terima, ianya datang dari seorang individu dari luar Kelantan yang berkait rapat dengan seorang calon yang bertanding bersama Dato’ Husam bagi merebut jawatan Naib Presiden PAS.
Saya tidak berhasrat mengambil sebarang tindakan terhadap sahabat-sahabat siber saya. Saya juga tidak akan memohon mereka meminta maaf kepada saya. Sebagai seorang blogger, saya sentiasa sedar cabaran yang kita hadapi.
Syed Azidi Syed Abdul Aziz
Kickdefella
2hb Jun 2011
Zaman Jahiliyyah sudah muncul semula. Manusia yang memanggil diri mereka Islam sekarang sudah menjadi munafik. Ingatan pada Allah senantiasa akan dapat hindarinya. Negara dalam keadaan kucar kacir. Rasulullah saw sudah pun meramalkannya.
Sdr. Syed/Kick…,
Saya amat menghargai keikhlasan tuan dalam menjawab / memberi penjelasan mengenai perkara tersebut. Saya juga berharap para blogger yang telah memandang serong kpd Syed mengenai perkara ini agar menggunakan ‘akal yg sihat untuk membuat pertimbangan mengenainya.
U’ve done nothing wrong. Soalan sekarang adalah darimana pemberi wang pampasan itu mendapatkan wang sejumlah itu. Itu bukan suatu keperluan bagi Syed untuk menyelidik.
Orang kasi…, ambik jer ler…! Adsa orang yg kena jawab…, dari mana sumber wang tersebut……
Berani kerana benar. Tapi mengapa jumlahnya mencecah Rm350,000.00… Daari mana Husam mendapat wang sebanyak itu.
Mungkinkan SPRM akan berada didalam isu ini ?
A true gentleman.
Mantap syeikh.. langsung tak melatah.. syabah bro.. syabas..
Alhamdulillah..murah rezeki sheih..nak minta RM50k yg tertunggak tapi ditawarkan RM300K..
Terima kasih Tuan diatas penjelasan.
Kepada ahlul PAS …. inilah FITNAH SEBENAR ( yang tentunya TERBARU daripada pemimpin PAS dan Kroninya, demi kuasa dan harta)
Kalau boleh sekarang tolong bezakan diantara FITNAH SEBENAR dengan FAKTA (video clip laki Jijah President PKR)
Syyybas beta..bintang saudara memang bersinar. Kalau boleh, detailkan pemberian yang diterima. Misalnya dalam bentuk cash? Money order? Bank Draft? atau cek?…Kalau cek, bank draft seumpamanya masakan tuan yang bijak tak fotokopi..apalagi..scan dan let roll…Tunjuk fotokopi bank statement..Pastu cerita lak cara penggunaan sumbangan tersebut (kemana dibelanjakan). Barulah real pengakuan tuan. Kalau tak ada proof…tn boleh kata terima berapa banyak pun…
Pastu kalau ada balance2..tentu tuan dah sedekahkan la sikit kan???
Bukan apa, mana tau ada oerdr..tuan hanya disuruh pegang, dan jgn usik walau singgit…
Salam, ini semua konspirasi UMNO dan BN utk memburukkan PAS. hee..hee
isu ini memang meletup…kebetulan pula masa persidangn pas (perebutan jawatan)..apalagi kalau bukan niat sebenar nak menggugat Datuk Husam..jikalau benar bagai dikata..pampasan yang diterima boleh datang dari berbagai sumber…tak semestinya dari kocek Datuk Husam..satu konsesi balak misalnya dah lebih dari cukup…misalnya. Persoalannya…kenapa pampasan begitu banyak?? atau pampasan lebih mesra dipanggil upah?
Syabas atas kejujuran saudara..kalau boleh perincikan pampasan yang diterima. Misalnya alam bentuk cash, wang pos, bank draft atau cek..Pendek kata..pengakuan saudara harus disertai dengan bukti..kalau takat cerita..banyak lagi pun tuan boleh terima…
Nampaknya anda setengah jujur dan setengah lagi pura2 mereka cerita. Wang tersebut adalah pampasan atas pemecatan Sheik di PMB,ia adalah normal praktis bagi badan koperat yg bertanggungjawab.Dlm masa yg sama anda cuba membentuk fitnah kpd Nik Amar.Baginilah akhirnya cerita jika Allah mencabutkan semula hidayahnya.
kalau saudara ada buku ceritake novel ke, tolong listkan dalam blog ni. cerita awak lebih hebat daripada buku A.samad Said. saya tak suka baca cerita cinta. kalau ada siri penyiasatan lagi best.
aku rasa kalau sapa pun dpt peluang ditawarkan begitu bnyk rm……bohong la kalau tak ambil. setakat 50k pampasan utk layman je tapi 300k berbaloi la utk sheh sbb mungkin special connection dgn husam. kemudian pula ada patut ka kena tunjuk berbagai proof cheque, bank draf berbagai lagi mungkin transfer online ka apa ka. lebih dungu lagi ialah supaya sheh submit kat mana wang itu dibelanjakan and to top all those stupidity adalah suruh sedekah baki wang itu…lol. hello ‘kickerz’ smue sheh dah jwb rumour ini and it comply and make a sense, sprm tk payah susah2 bnyk lagi kerja hangpa drpd dok kacau benda ni. TO SHEH U IKUT PLAN A (apa2 je) AKU RISAU GAK TAKUT MU BELOT SBB DENGAG CEGHITA KUNCI DOK ADA KAT HANG LAGI………
yes…thats it. none to blame of. both of u do ve sharp teeth or fangs. …mangoes n cobra,…..but who got d first bite?
i think…husam was. d way he reacted….thats appropriate. or he may not be him.
d trouble now is to choose whos at fault? nobody. …but husam stood his ground…he won it.