“Indikasi jelas tersebut ialah seperti berikut,

  1. Tabiat individu tersebut atau permasalahan kesihatannya. Contohnya, lelaki di dalam video tersebut tidak mempunyai bulu pada kemaluannya. Adakah ia kesan dari mencukurnya atau sebab kesihatan atau semula jadi.
  2. Bentuk fizikal buah zakarnya kerana buah zakar lelaki di dalam video ini adalah agak unik.
  3. Posture lelaki tersebut dan yang paling ketara ialah sewaktu dia duduk pada kedudukan antara dua sujud sambil mencabut kondom dari zakarnya.

Bagaimanapun, memandangkan indikasi-indikasi ini adalah amat sulit dan hanya orang-orang tertentu sahaja yang mengetahuinya maka sukarlah untuk ditentukan menerusi proses perundangan yang ada. Ini kerana, Anwar adalah orang yang tertuduh. Dia dan keluarganya mempunyai hak-hak tertentu di dalam saluran perundangan untuk menafikan peluang untuk pihak berkuasa membuktikannya.

Atas dasar inilah, Dato’ Eskay pada awalnya bercadang menyerahkan satu salinan rakaman itu kepada Anwar dan Wan Azizah sendiri. Ini kerana mereka berdua boleh dengan mudah mengesahkan atau menafikannya.”

“Kenapa dalam video dia nampak gempal, nampak besar, nampak laju semacam aje?” Tanya seorang pelajar perfileman peringkat asas kepada saya selepas mereka tamat menayangkan hasil kerja kursus mereka.

Ini adalah keluhan biasa. Ada orang nampak tampan dan segak di dalam video dari di luar. Ada yang orang kata ‘makan seri’, ‘fotogenik’ dan lain-lain istilah. Tetapi pernahkan kita bertanya kenapa orang yang kita lihat di dalam video tidak seperti yang kita lihat di luar?

Ada beberapa peranan peralatan penggambaran yang menyebabkan ini terjadi dan paling asas ialah disebabkan apa yang dipanggil sebagai ‘lens distortion’. Iaitu perubahan yang terjadi akibat penggunaan lensa-lensa tertentu. Contohnya, menerusi lensa ‘wide angle’ kita akan lihat dua objek yang dekat kelihatan lebih jauh. Sementara menerusi lensa ‘telephoto’ objek yang berjauhan ‘ditarik’ dan kelihatan lebih dekat di antara satu sama lain. Bagaimanapun, ‘lens distortion’ ini sering diambil advantage oleh para karyawan untuk kesan sinematik yang diingininya.

 

Aspect Ratio TV 1.33:1 atau 4×3

Aspect Ratio 16:9 – Apabila imej yang dirakam pada 4:3 di tayang hari ini dengan aspect ratio 16:9 akibat proses conversion atau Format Wide Screen TV

Terdapat satu lagi bentuk ‘distortion’ yang merubah fizikal sesuatu objek. Ia berlaku akibat ‘compression’ terdapat visual tersebut. Untuk memahaminya, kita perlu memahami ‘Aspect Ratio’.

Pada asasnya, televisyen konvensyenal mempunyai aspect ratio yang dikembangkan sebagai piawaian pada 1941 oleh National Televisions Standard Committee (NTSC) di Amerika Syarikat. Aspect ratio bagi televisyen ialah 1.33:1 atau lebih kerap diguna pakai sebagai ratio 4×3. Bagi memudahkan pemahaman, ini bererti visual yang keluar di TV ialah 1.33 kali lebih lebar berbanding dengan ketinggiannya.

Bagi kebanyakan filem pula, aspect ratio yang digunakan ialah bagi ‘Academy Flat” 1.85:1. Manakala bagi ‘CinemaScope” pula rationya ialah 2.35:1. Ia kemudian digantikan dengan Panavision dan Anamorphic Scope tetapi masih popular dengan panggilan 2.35:1.

Di Eropah pula, piawaian imej menerusi aspect ratio yang digunakan ialah 1.66.1. Apabila sesebuah filem itu hendak ditayangkan di Televisyen yang berbeza dengan ketara aspect rationya dengan format asal filem tersebut, ia melalui satu teknik yang dipanggil ‘pan and scan’. Selalunya beberapa bahagian daripada imej asal akan tidak terlihat dan kadang-kadang ia berlaku sebaliknya.

Bagi mengekalkan aspect ratio asal sesebuah filem di dalam television, ‘black bar’ atau jalur hitam akan di letakan di atas dan di bawah imej tersebut.

Aspect ratio filem memberi kesan sinematik yang lebih berbanding aspect ratio pada television. Gambar yang ‘lonjong’ memberi lebih ‘looking room’ menyebabkan pengisian imejan yang lebih banyak boleh di isi.

Bagi menyaingi kesan sinematik yang wujud dari sebab aspect ratio filem di pawagam, teknologi ‘wide screen’ tv diperkenalkan. Ia menggunakan ratio 16:9 yang bererti ia sama tinggi dengan saiz imej asal tetapi lebih lebar.

Akibatnya ‘distortion’ terhadap imej berlaku dengan ketara. Ini disebabkan kebanyakan rakaman video masih dibuat menggunakan kaedah aspect ratio 4:3. Imej yang terakam dengan aspect ratio empat tiga, bila di siarkan menggunakan aspect ratio 16:9 akan mengakibatkan imej itu ‘terpenyet’ yang memberi kesan kepada objek dalam rakaman menjadi lebih lebar dan lebih berisi beberapa kali berbanding dengan bentuk asalnya.

Bagi mereka yang memahami aspect ratio, mereka tidak akan merasa pelik apabila melihat keadaan begini berlaku.

Teknologi HDTV pula menetapkan bahawa visual asal akan tersiar mengikut format rakaman asal iaitu 4:3 atau 16:9 termasuk dalam standard broadcast (SD) pada 480i/p dan 576i/p.

Ini bererti jika imej di rakam dalam format 4:3 ia akan kekal ditayang pada format tersebut dan begitu juga bagi format 16:9. Ini membolehkan imej kelihatan lebih stabil dan nyata.

Walaubagaimanapun, seringkali berlaku aspect ratio ini berubah mengikut setiap fasa teknikal. Contohnya rakaman dibuat di dalam format HD menggunakan aspect ratio 16:9, tetapi proses conversion berlaku apabila imej itu dipindahkan untuk suntingan. Ia seringkali di convert menggunakan beberapa setting contohnya Mov (Quicktime), AVI, DV dan sebagainya. Ini bagi membolehkan ianya disunting menggunakan perisian yang terpilih. Conversion menggunakan setiap setting berlainan boleh menyebabkan kesan kepada imej asal. Ia secara langsung akan mengubah imej tersebut sama ada sedikit atau banyak.

Perubahan kepada saiz fizikal sesuatu objek bukanlah alasan yang boleh digunakan untuk menafikan kesahihan sesebuah video. Di dalam video seks yang menggambarkan lelaki menyerupai ketua pembangkang, kenyataan beberapa orang dan alasan mereka berdasarkan pergerakan, kegemukan, kelebaran dan lain-lain tidak boleh diterima kerana ia adalah sesuatu yang lazim. Sekiranya anda memahami proses yang dilalui oleh sesebuah imej, anda akan memahami kenapa ia boleh berlaku.

Aspect Ratio 1.33:1 atau 4×3

Format Wide Screen 16:9. Perhatikan pada anggota badan yang menegak. Ia menjadi lebih lebar. Anggota badan yang membujur pula kelihatan lebih panjang.

Sebaliknya, terdapat beberapa indikasi-indikasi jelas yang boleh digunakan untuk mengenal pasti sama ada individu itu benar-benar Dato’ Seri Anwar Ibrahim seperti yang didakwa.

Indikasi jelas tersebut ialah seperti berikut,

  1. Tabiat individu tersebut atau permasalahan kesihatannya. Contohnya, lelaki di dalam video tersebut tidak mempunyai bulu pada kemaluannya. Adakah ia kesan dari mencukurnya atau sebab kesihatan atau semula jadi.
  2. Bentuk fizikal buah zakarnya kerana buah zakar lelaki di dalam video ini adalah agak unik.
  3. Posture lelaki tersebut dan yang paling ketara ialah sewaktu dia duduk pada kedudukan antara dua sujud sambil mencabut kondom dari zakarnya.

Bagaimanapun, memandangkan indikasi-indikasi ini adalah amat sulit dan hanya orang-orang tertentu sahaja yang mengetahuinya maka sukarlah untuk ditentukan menerusi proses perundangan yang ada. Ini kerana, Anwar adalah orang yang tertuduh. Dia dan keluarganya mempunyai hak-hak tertentu di dalam saluran perundangan untuk menafikan peluang untuk pihak berkuasa membuktikannya.

Atas dasar inilah, Dato’ Eskay pada awalnya bercadang menyerahkan satu salinan rakaman itu kepada Anwar dan Wan Azizah sendiri. Ini kerana mereka berdua boleh dengan mudah mengesahkan atau menafikannya.

Selepas mereka berdua menolak tawaran Eskay dan seterusnya membuat laporan polis, maka timbulah kepentingan jam Omega yang menurut Eskay adalah milik Anwar.

Menurut Eskay, selepas menghantar pulang Anwar, Anwar menghubunginya supaya mencari jamnya yang dikatakan tercicir. Eskay kembali ke bilik yang menurutnya digunakan oleh Anwar. Eskay didalam proses mencari jam itu, menemui kamera tersembunyi dan alat perakam iCatch. Eskay kemudian menyoal pelacur yang dilanggan untuk satu malam itu dan pelacur tersebut memulangkan jam tersebut.

Eskay kemudiannya memaklumkan kepada Anwar dan Anwar esoknya memberitahu Eskay supaya menyimpan dahulu jam tersebut dan kata Anwar, dia maklumkan pada Wan Azizah bahawa jam itu tertinggal di dalam kereta Eskay.

Eskay kemudiannya kembali ke Thailand tanpa sempat menyerahkan jam itu kepada Anwar.

Semua maklumat ini berserta data dari telefon bimbit telah diserahkan kepada pihak polis.


Kepentingan jam Omega itu sukar dinafikan. Kita kecewa bila Anwar tidak menayangkan jam Omega itu kepada pemberita. Anwar tidak perlu berbuat demikian tetapi betapa kesannya jika Anwar berbuat demikian.