“Apabila Eskay memperolehi rakaman di dalam format digital di bilik tersebut, dia tidak dapat mengetahui isi kandungannya kerana tidak mempunyai decoder sesuai bagi melihat format video tersebut. Itu menjelaskan tempoh masa dari 21 Februari 2011 sehingga beberapa tempoh yang lalu. Akhirnya apabila teknologi yang ditempah tiba dari luar negara barulah beliau mendapat kepastian apakah isi kandungan video itu.” – Mr. PG.

Siapa Mr. P.G? Itu tidak penting. Yang penting ialah maklumat di bawah.

4 sudut rakaman (camera angles), 4 master shot, 4 full shot dalam 21 minit. Semua shot boleh dilihat serentak atau dilihat satu persatu. Tiada suntingan diantara shot tersebut. Kesemua master shot dilihat sempurna dan tiada ‘jerking’ menandakan kehilangan frame atau terdapat suntingan diantaranya.

Penataan cahaya, kedalaman fokus dan keseimbangan bebayang adalah konsisten di dalam kesemua shot.

Ini membawa kesimpulan hanya satu, rakaman video seks lelaki Y yang menggunakan teknologi berdefinasi tinggi iCatch adalah bukan palsu, doctored, tampered, superimpose atau apa-apa sahaja kalimah yang digunakan oleh orang awam untuk mendakwa bahawa terdapat penipuan.

Video 21 minit yang menunjukan lelaki Y mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita adalah sebuah video yang asli.

Persoalannya ialah, siapakah lelaki Y tersebut?

Lelaki Y tidak mungkin Dato’ Eskay Shazryl Abdullah kerana pada permulaan video tersebut, Lelaki Y dirakamkan bersama Eskay. Tidak mungkin ada dua Eskay kalau Eskay yang menyamar menjadi lelaki Y ada bersama lelaki Y.

Jadi lelaki Y bukan Eskay.

Siapa lelaki Y?

Hanya masa akan menentukan.

Lelaki Y memadamkan lampu bilik sebelum mengadakan hubungan seks. Mungkin kerana berada didalam kegelapan dia yakin tiada siapa dapat mengenalpastinya. Walaubagaimanapun, dia mungkin tidak tahu, Auto Smart Iris Day/Night yang terdapat pada iCatch menyebabkan ia sesuai untuk merakam visual didalam gelap tanpa gangguan kepada kualiti visual yang dihasilkan.

Rakaman video yang menggunakan teknologi iCatch telah diserahkan petang semalam kepada polis. Oleh sebab itu, ini mungkin posting terakhir berhubung isi kandungan rakaman video seks lelaki Y.

Sama-sama kita berdoa agar tidak ada pula pihak yang menuntut sebuah Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan bagi menyiasat ‘bagaimana pihak polis telah menjalankan siasatan’ kerana tidak berpuas hati dengan keputusan siasatan pihak polis kelak.

Jika lelaki Y adalah Anwar Ibrahim, dia perlu jelaskan ke mana dia menghilang di antara jam 9.20pm hingga 11.35pm pada malam kejadian. Kerana buat waktu tersebut, dia berhenti menggunakan perkhidmatan twitter nya seperti yang didakwanya sebelum ini. Sila rujuk M.I.M untuk melihat keputusan siasatannya ke atas twitter Anwar.