Buah hati Abah (Bakaq Haq)
…. tetapi begitu sukar sekali bagi orang tua kehilangan anak-anaknya.
Bersabarlah Bakaq. Barsabarlah sahabat saya yang budiman. Saya dapat saksikan hancur luluh hati saudara yang kental sekental-kental itu pada malam tersebut. Tetapi saya tersentuh dengan ketabahan saudara menerima ketentuan Illahi.
Allah s.w.t. Maha Menyaksikan, saya redha. Tak mungkin saya yang bergantung habis-habisan kepada Allah sanggup membantah taqdir-Nya Yang Maha Penyayang. Tetapi, tak dapat nak saya nafikan betapa hancur luluhnya hati saya bila anak saya yang amat saya perlukan, yang amat saya kasihi, Muhammad Sadiq bin abu bakar (2/1/1994 – 4/12/2010), akhirnya kembali ke pengakuan Allah yang amat dia perlukan, yang amat dia harapkan keampunan-Nya.
saya sayang sangat anak saya, dan saya merayu dan mengemis kepada-Mu ya Allah, ya Ghafur, ya Rahim, tolonglah ya Allah, tolonglah sayangi anak saya dan tolonglah ampuni anak saya, kekasih hati abah, Muhammad Sadiq. Saya tahu, tak mungkin saya dapat menandingi kasih sayang Allah kepada anak saya, kekasih hati abah, Muhammad Sadiq. Tetapi, izinkan saya terus mengemis kepada-Mu ya Ghafur, ya Rahim agar tolonglah sayangi anak saya dan tolonglah ampuni anak saya, Muhammad Sadiq.
Ketika Muhammad Sadiq dimasukkan ke dalam wad ICU, HKL 12/11/10 lalu, saya tahu harapan saya terlalu tipis. Doktor memberitahu saya, “he will eventually die”. Tetapi hati saya terus berdegil dan yakin Allah akan mengurniakan miracle dan Muhammad Sadiq akan kembali pulih. Sepanjang waktu itu, Allah jua Yang Maha Menyaksikan, hampir setiap ketika saya merayu dan mengemis kepada Allah. (Baca sepenuhnya tulisan Bakaq di sini)
Hanya kenangan pahit manis bersama yang akan tinggal untuk kita di dunia ini Bakaq. Kenangan saudara bersama anak saudara sahaja yang akan abadi buat selama hayat dikandung badan.
Janji Allah itu benar. Yang muda akan tua dan yang hidup akan mati. Dan dua hari lalu, adik Sadiq telah tinggalkan saudara, tetapi saya yakin dia pergi dengan sepenuh kasih sayang dan dengan ingatan manis bersama saudara sekeluarga.
Bersabarlah sahabat ku dengan ketentuan ini.
Janji Allah itu benar.
so sad… alfatihah… rindu mak ayah dikampung…
Terima kasih Abe dengan luahan rasa di blog ini terhadap adik Saddiq.
assalamua’laikum,
AlFatihah. takziah antibohmau ucapkan.
saya amat memahami perasaan bakaq tu krn saya juga telah kehilangan satu2nya anak lelaki saya pada usianya 16 tahun lebih, belum lagi menduduki spm…kini dah lebih 5 tahun tetapi serasa anak saya masih berada di sisi…rindu hati tak terucapkan namun apa daya, hanya pakaian & barang2 peribadinya menjadi teman…
DariNya Kita datang dan KepadaNya kita Kembali … setiap yang hidup pasti satu hari akan tiba masa pemergiannya, dan kita menunggu akan waktu dan ketika kita pula … sekarang kita merasai kehilangan orang yang kita sayangi, satu hari kelak orang yang menyayangi kita akan merasai kehilangan kita pula ….
watching son or daughter depart from this world is the last thing any father could bear with…al fatihah.
So sad to read this.
They say dying is the end to all sufferings..but
that’s no true at all. Some die too young for no
reasons….especially in war torn countries….
except the only reason be a country governed by
a gang of robbers and thieves.. and dictators.
I just lost two nephews within a period of three
months. I thought they will be attending my
funeral..instead of me attending theirs. .but that’s life.
Tuan;
Mohon maaf.
Looking at the picture of the child, is that a picture of health?
Parents make choices for their child.
Every one says heaven is a nice place, but no one wants to die.
MRSM Kalae Chepo 66/73
takziah di ucapkan kepada saudara bakaq haq…salam 1 malaysia…saya telah paut kan blog anda utk blog saya.penulisan blog anda memang hebat.tahniah di ucapkan.kalau boleh paut kan blog saya utk blog anda..terima kasih dan salam perjuangan dari saya,penulis badut rakyat..
http://badutrakyat.blogspot.com/
Tqvm Sheih dan kawan-kawan lain kerana sudi berkongsi kedukaan saya sejak Muhammad Sadiq dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan untuk kali pertama pada malam 4/12/10. Juga kepada semua yang memberikan ihsan dan simpati termasuk yang menyempurnakan jenazahnya, menyembahyangkan jenazahnya di Surau An-Nur Taman Koperasi Polis dan di sisi pusaranya. Allah s.w.t. jua yang membalasnya.
Terima kasih juga kepada yang mengingatkan:
“jadikan pengajaran, jangan dok tulis hal-hal buruk sgt kat org”
Death of a love one is always a painful thing and no
amount of money can save him or here.
Three months ago…I lost a nephew age 36 suffering
from cancer for few years. It was good he dies and
sufferings stopped….as there was no cure…no
matter how much father tried to save him.
Few days ago…another nephew of mine..age 51
died of heart attack…artery burst..no way t save him.
He always work very hard…a real workaholic…
running here and there…ever busy busy…yet never
grew rich…just enough to make a living and support
family. The problem with him..he was a dreamer…
yet a cheerful positive dreamer…never complaint…
never ask for help…like P.Ramlee.
My sister and brother in law said they thought he will
attend their funerals instead of them.. attending his.
Both accept that as fate and let go..but for me…I
cannot help crying thinking of this wonderful nephew
of mine…whose life is so short.
The only reason makes me accept it …is that his
sufferings no more in this corrupted world.
Salam tuan Sheih…,
AlFatihah untuk almarhum Muhammad Sadiq. Janji Allah itu benar, detik dan ketikanya tetap benar, dariNya kita datang kepadaNya kita pergi…
Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh…, Amin…
Subhanallah. Masya Allah. Salam buat Syeikh dan buat semua.
Kesedihan dan keriaan adalah warna kehidupan. Tanpa warna sedih tak akan jelas warna ria. Apalah ada pada kesedihan kita berbanding dengan kesedihan kekasih Allah pada ‘Tahun Kesedihan’. Saya kagum dengan keredhaan tuan Bakaq, semoga menjadi inspirasi buat kita semua. Sebagaimana nabi menerima anugerah terbesar iaitu isyra dan mikraj menyusuli tahun kesedihan, yakin dan percayalah bahawa ketentuanNya tidak terbatas kerana Ia amat adil, amat mengasihi, amat pemurah, juga amat pengampun dan lain-lain sifat yang amat kita perlukan.