Bagi yang belum baca apa Rocky Bru tulis pagi ini, sila terlebih dahulu ke sana.
Bagi yang sudah baca apa yang Rocky Bru tulis, apa kata kita naik beca dan perlahan-lahan memahami istilah kronisme bersama Bakaq Haq.
Di dalam dunia junjungan kita Muhammad s.a.w tidak ada balak. Tetapi tidak pula saya dengar orang-orang alim bercerita bahawa junjungan kita menganugerahkan ladang kurma klon atau projek kambing dan unta Kerajaan Islam Madinah yang bernilai berjuta-juta dinar dan dirham kepada saudara maranya. Mungkin sebab tidak wujud projek-projek sedemikian.
Yang ada ialah pembahagian harta rampasan perang, hamba dan tawanan perang dan balu-balu korban perang.
Yang ada ialah pembahagian tugas untuk mengetuai bala tentera ke medan perang atau menyebarkan syiar Islam ke ‘hostile territories’. Tugas-tugas yang kalau diserah pada kita hari ini, tak ramai yang bersedia menerimanya.
Tiada siapa akan pertikaikan jika Ariffahmi di beri pangkat dan anugerah jika Nik Aziz sudah tiada. Seperti terangkatnya para Khalifah dari kalangan sahabat terdekat yang juga bapa mertua dan menantu Rasullullah s.a.w.
Tok Guru kita kata orang yang hendak menaja pemergiannya ke Mekah bersama Datin, Ariffahmi dan Nik Amalina dan Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar tidak pernah dapat projek daripada Kerajaan Negeri. Maklumat yang didedahkan oleh Rocky pagi ini menafikan hujah Tok Guru.
Satu Kelantan sudah tahu bahawa Nudin Awang adalah lelaki yang menaja Pakej Haji yang jumlah keseluruhannya hampir RM455,000 itu. Ramai yang melihat resit pembayaran yang Nudin tayang di sana dan di sini dengan penuh rasa rendah diri itu.
Ramai juga tahu, tiba-tiba Nudin kelam kabut dan cuba untuk meminta agensi pelancongan itu menukar nama pembayar bil itu.
Ramai juga tahu selepas bersetuju dengan pujukan Ariffahmi untuk ke Mekah, Tok Guru sendiri telah menalipon Nudin.
Ramai juga lihat Nudin datang ke satu majlis selepas panggilan itu dan berdiri dibelakang Tok Guru dengan bangganya sewaktu Tok Guru mempertahankan perlunya satu EGM dalam PAS.
Akhirnya ramai yang tidak mahu beritahu bahawa Teng Hu Ling adalah orang yang perlu dihubungi jika kita mahu bercakap dengan wakil Great Eastern Mills Berhad.
Ramai juga tidak mahu beritahu bahawa Great Eastern Mills Berhad di mana Nudin Bin Awang adalah Pengarah Syarikat telah menerima 10,000 ekar balak bernilai lebih RM20 juta daripada sebuah agensi kerajaan yang dipengerusikan oleh Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat. Balak yang diterima oleh Great Eastern Mills Berhad di serahkan pula kepada SEAL Incoporated Berhad dan boleh di lihat di sini balak-balak itu.
Namun ada satu perkara yang ramai langsung tidak tahu ialah seorang lelaki bernama Abdul Ariffahmi Bin Abd Rahman, ahli UMNO cawangan Chakung di Bahagian Machang dengan nombor keahlian 0266057, yang ibu bapanya dan adik beradiknya melainkan seorang abangnya sahaja bukan ahli UMNO ialah orang yang menjemput Tuan Guru Nik Abdul Aziz untuk ke Mekah.
UMNO Cawangan Chakung terletak di DUN Temangan. Ariifahmi adalah ahli biasa dan Ketua Cawangan ialah Sdr. Saidi Husin. Ketua Pemuda Cawangan ialah Sdr. Azman Ibrahim. Setelah berlaku selisih faham yang melibatkan masalah dalaman UMNO Machang, Cawangan ini di sisih. Akibatnya bermula tahun 2006, ramai ahli termasuklah Ketua Cawangannya sendiri telah memasuki PAS. kakitangan ibu pejabat UMNO Cawangan Chakung yang terletak di Taman Siti Aishah berdekatan Wakaf Bata di jalan lama Tanah Merah – Machang boleh memberikan tarikh Ariffahmi mendaftar menjadi ahli UMNO.
Saya tahu Ariffahmi akan menafikan hal ini dan mengatakan bahawa dia telah menjadi ahli UMNO secara tidak sukarela. Hal ini kita serahkan kepada UMNO Malaysia untuk menyelesaikannya dan kerana di celah-celah timbunan fail di mana-mana bangunan UMNO masih terselit sekeping borang lusuh yang diisi nama Abdul Ariffahmi. Cuma, janganlah salahkan UMNO semata-mata kerana nafsu kita cukup buas.
Dan ramai langsung tidak tahu bahawa pada 31 Julai 2009 sudah ada satu perancangan rapi di buat di Kampung Langgar, Kota Bharu yang menghasilkan ini, ini dan ini.
Naib Presiden PAS sekarang, YB Salahuddin Ayub juga boleh menjelaskan bahawa orang yang sama pernah merancang untuk menggulingkan Tuan Guru Abdul Hadi Awang selepas PRU ke 12. Bagaimana saya tahu? Sebab saya duduk bersebelahan dengan YB Salahuddin dalam pertemuan yang dirancang oleh Abdul Ariffahmi di Hotel Perdana sebelum bangunan itu dirobohkan.
Abdul Ariffahmi mendakwa bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz mahu Ustaz Hadi berundur dan digantikan dengan anak didiknya YB Husam Musa sebagai Presiden PAS. Ariffahmi mengarahkan supaya YB Salahuddin yang ketika itu Ketua Dewan Pemuda untuk menggunakan jentera pemuda menggulingkan Ustaz Hadi. YB Salahuddin hanya diam. Benarkah ini kehendak Nik Aziz atau ini lagi satu projek Ariffahmi.
Setelah dua tiga pertemuan saya dan YB Salahuddin bersetuju bahawa Ariffahmi sudah hilang akal dan idea itu bukan sahaja bertujuan untuk membunuh karier politik YB Husam tetapi juga berupaya memporak perandakan PAS.
Melihat perancangannya itu gagal sama seperti semua projek-projek yang diamanahkan kepadanya iaitu projek loji air Kampung Puteh dan Bandar Baru Tunjung, Ariffahmi berpaling kepada seorang rakan karib saya yang saya panggil di zaman persekolahan sebagai George Michael.
Kemudiannya George Michael mengerjakan umrah dengan Tuan Guru Nik Aziz dan Ariffahmi yang menghadiri tugas rasmi di Kuwait mengarahkan PMBK membayarnya untuk menyertai George Michael dan Tok Guru di Jeddah.
Pulang ke Kota Bharu, Tok Guru tak kering gusi memuji George Michael dan nyaris-nyaris meluluskan satu projek strategik kepada George Michael. Akhirnya, atas usaha orang-orang yang kenal George Michael, berjaya menyekat pemberian projek kepada George Michael tanpa perlu mendedahkan latar belakang siapa sebenarnya George Michael. Cuma malangnya Ariffahmi sudah menyerahkan kepada George Michael salinan asal fail tebal berhubung kajian projek strategik dan terperinci oleh konsultan yang dilantik dengan yuran hampir sejuta ringgit itu untuk tugas berat dan penting itu. Pihak PKINK, pemilik fail tersebut telah enggan menyerahkan fail itu walau diminta oleh Arrifahmi menyebabkan Ariffahmi mengarahkan Pejabat Menteri Besar memohon fail tersebut. Apabila fail tersebut tiba di Pejabat Menteri Besar, Ariffahmi telah mengambilnya.
Semenjak insiden melibatkan George Michael itu, kegusaran mula wujud di atas kewarasan Ariffahmi. Mengapa dia sanggup menyeberang begitu jauh sekali?
wah macam drama pula..
kes berat ni……………………………………………..
gila betul arif nie
hancur laa kelate kalo macam nih..
Dedah jgn tak dedah, pendedahan boleh membuka mata sesiapa yg sayangkan TokGGuru.
konsep halallan toyyibah dan sedekah ikhlas PAS.luar linkungan PAS terutamana UMNO@BN ianya adalah ryasuah,kronisma dan nepotisme serta penyalahgunaan kuasa yang amat jelas.holier than thou…
hahahahaahahahahahahahahahaha!
hhiihihihihihihihihihihihihihihihihh!
hohoohohohohohohohohohohohoho!
Sesiapapun tak boleh menghalang org lain menulis dan sesiapapun tak boleh memaksa org mempercayai sesuatu tulisan. Kebebasan untuk semua.
Sekarang TGNA berada pada zaman Madinah, tak seperti dahulu beliau berada pada zaman Makkah.
Saya sayangi guruku TGNA sejak dizaman Makkah dan berterusan di zaman Madinah. Zaman Madinah dan zaman Makkah pada saya TGNA masih sama, tiada yg berubah. Bahkan keikhlasan, kasih sayang, mursyid dan ketaqwaan TGNA, makin bertambah. (Ya Allah! Aaku bersyukur kepada Mu, kerana menganugerahkan kpd ku seorang guru yang mursyid untuk membimbing ku kepada Mu)
Namun pada zaman Madinah, (setelah TGNA memiliki kuasa) pendokong PAS mula berubah. Ada yg mukmin dan bahagia dgn iman mereka, manakala sebahagian lagi munafik yang memiliki hati yang tercemar dan pro kebendaan. Mereka ini tanpa malu kpd Allah, berlagak seorang sahabat dan murid dihadapan TGNA, namun hati mereka adalah hati munafik yg khianat. Dirampas hak org miskin atas nama perjuangan, disamun rakyat kelantan atas nama Islam, dirompak harta kerajaan atas nama TGNA, dicuri harta darul Naim atas nama keikhlasan parti Islam.
Ya Allah Ya Tuhan yg menjadikan langit dan bumi, hancurlah pengkhinat ini sepertimana Engkau hancurkan pengkhianat sebelumnya. Sisihkan mereka sebagaimana Engkau sisih org-org memerintah sebelum ini (UMNO). Peliharalah guru kami, mursyid kami, ulamak kami, menteri besar kami daripada kedurjanaan mereka dan orang UMNO yg memusuhinya.
HANCUR …….
syeikh, really a ground breaking info..so now Nik Aziz, Husam and Hadi are being fooled by this Ariffahmi?
you mention that this guy had involved since Sallehudin was the Youth leader. But why Husam need to fight Nasharudin? and why should Ariffahmi want Hadi being replaced?
dengar bulih..nak pecaya? verify dulu..karang jadi fotnah. fitnah lebih buruk dari membunuh.
hmmmm this is great news scoup Syeikh! I wonder who this George Michael character might be……on wonder there was a saying that says hell hath no fury like that of a scorne man..and now I do understand why Nik Aziz is soooo against ahlul bait and all those with the title “Syeikh”.
For somebody who has turn his back on his lineage which is connected to the Prophet …welcome back to the family fold!
sama2 gile kuasa menantu dan father in law
Bodohnya tok guru Pas kena kencing dengan budak UMNO… kalau itu yang dimaksukan oleh Sheih…
أعرف الرجال بالحق لا الحق بالرجال واعرف الحق تعرف أهله
Bermaksud: “Kenalilah seseorang itu kerana kebenaran (yang dibawanya) bukan mengenali kebenaran kerana seseorang (iaitu menerima sesuatu sebagai kebenaran berdasarkan orang yang mengatakannya bukan berdasarkan kepada sesuatu dalil) dan kenalilah kebenaran nescaya engkau akan mengenali ahlinya. ( hukamal)
wah kuat sheih tambah kari …sampai suruh rujuk rocky biru dulu ….
ambo berminat nokdgrdari sheih jah …rocky biru tu dok paka gawa …
bakpo herek dio nyo …kalu bakaq tu ok lagi …
ambo ado baco komen bakaq ….
sheih …the demage have been done!
straight to the point !!!
bo la wi ko arif fahmi nya..baso menatu nate…gilo wei ada natu agu ni….
mapuh pas kelate….pru 13 lagu mana kalu dok kejar pitis….
NASI SUDAH JADI BUBUR DAH
cucu tok guru (12:33:54) :
dengar bulih..nak pecaya? verify dulu..karang jadi fotnah. fitnah lebih buruk dari membunuh.
you won’t say that about anwar liwat or najib altantuya. not even to saiful bila bersumpah atas nama Allah…
hypocrite of the highest order…
lagu ni plooookk dohhhhh…ooooo masoaloh sngoti,,,klu btul hok sheih royak gok,,mkno nya ore lgu tu bkn menantu,tapi menantam…cari nk wak nayo tok guru blako tuh,,x de nk mikir dh ambo,ado jugok ore belah tu..habis sakit tayar…
Is this genuine TROJAN HORSE?
haiya….lagi pening kepala!!!!
sapa yg betul sapa yg salah ni???
apa-apapun saya harapkan tindakan tuan tidak meretakkan hubungan Husam dengan tok guru. saya pun ada dengar the other side of the story and it is VERY DEMAGING to Husam.
harap kedua-dua/ketiga-tiga belah pihak dapat berjumpa dan berbuncang utk mencari penyelesaian cara baik. jangan nanti hancur image to guru, pas or husam…
harap saudara dapat sampaikan ini kepada saudara husam.
Apa lah nakdikata KELANTEH is a gone case.SERAM BULU RUMA AKU.
Agree with ‘we can just listen, but need 2 be verify 1st’. the saga has just began..can’t wait for another post. now sallehudin ayub also involved..may be this is the real test for tok guru leadership…the beginning is the end…..if arifahmi can respond should be better….
mana PAS KELATE … YB -YB PAS Kelate… bos bos besar PAS Kelate.. kena wat EGM ni.. settle masalah nanntu nih….buat resolusi resign nantu tuuuh…… lagi lamo kes lagi masaalah…..
bakpo jadi kecut perut blako nih… lamo tak buat demonstrasi ko….
aduhhh..penin ambo
lagi lame Ir AAF duk situ… lagi banyak buruk dari baik… blah la weeehhhh..
sudah2 la tu.. takan tak paham2 lagi… ghamar YB2 yg seghabuk tgk ko lakkung mung…
Nok jaddi jeneral lagu mano kalu doh oghe kapung sedighi pong doh tok cayyo.. ambo cayyor, TGNA nok tunjuk sesuatu ko set2 KITO.. pakak2 nati lah sudohae ceritor nih…
hopefully all these are not true…..
May Allah Bless Our beloved Tok Guru
i hope u know what exactly why u did syeikh..kalau btl seperti apa yg dikata, PAS harus elesaikan segera..kalau tak betul, elok la syeikh perbetulkan diri dulu..sumber rujukan mcm rocky bole caye ke?sama2 kita tggu episod seterusnya..hidup TGNA
Selamat Datang Ke Dunia Politik Kelantan
~there is no more sokong pas masuk syurga, umno hanya utk kroni buka lah mata mu wahai orang kelantan~
gomo bokbong gomo… dunia dah moved on…ketua2 PAS tak maksum, ketua2 umno lebih 1000X lah tak maksum… but we must treat all equally yang salah tetap salah..tak kira la tok guru yg kita sayangi pun…
aku tak paham sa jah… budak2 yang dok defend tok guru kita ni… kalu tok guru kita kena cucuk hidung oleh menantu dia … so bukankah kesalahan utama nya terletak pada tok guru meh?? bak kata mat salleh…the buck stop here…
aku 110% sokong PAS tapi sekor habok ketua PAS aku tak turut membuta tuli…
apa jadi pong PAS 100X ganda lebih baik dari parti2 lain di melaysia ni… tu kita semua kena ingat dan jadi asas perjuangan kita…
it’s not too late… aku kesian jugak tok guru kita yang uzur ni kena gomo kuat begitu mo la li… aku harap anak2 dia dan menantu dia tok sah lah lagi bersubahat menengek atas pertalian darah nak cari rezeki… buka lah bisnes sendiri…jauh2…gi ho chi minh ko atau mana2…tak malu ko dok nyoho tok tua atau pok kita tok guru dan menepek tumpang ‘syufaat’ tok guru je… malu kediri getek gak….
ok fellas..here the denial allegation from arifahmi taken from m’insider..
“Somebody registered my name without my knowledge a long time ago, I have never seen or signed the application form, I am a PAS life member,” Ariffahmi told The Malaysian Insider.
kick says:
“After two or three meetings, both I and Salahuddin agreed that Ariffahmi was out of his mind and the idea will not only end Husam’s political career but will also split the party,”
AAR reply:
“That is not true. He (sheikh) is trying to drive a wedge between me, ‘ayahanda’ and Ustaz Hadi,”
so…think 1st…
NiK Aziz pun dua kali lima sepuluh.
slm…sheih…demi kbaikn Pas yg mmbawa wadah Islam hamba insan yg hina lg daif mminta jasa baik sheih smoga jgnla sheih dedahkn lagi sgala yg telah brlaku d pbmk…tuan guru sudah trlalu tua untuk berada dalam keadaan skrg…hamba yakin sheih juga mnyintai tuan guru sprtimana hamba dan sluruh pencinta Islam…kes ini telah dibawa kpda SPRM…kita tunggu siasatan…wlpun kita tahu SPRM tu adlh komponen BN..dan kita semua mraguinya…sebenarnya apa yg lebih penting jgnla kita mngisi peluru d senapang musuh kerana kita juga yg akn dtembak…sheih carila ksepakatan,duduk bermusyawarah.,..tiada apa yg sheih dapat bantu dgn mendedahkn apa yg sheih tahu kpda umum kcuali hati sheih mngkin berasa sdikit tenang…skali lagi hamba mnghinakan diri demi Islam,Pas dan tuan guru agar sheih buatla kputusan yg trbaik….jgn sampai kerajaan kelantan musnah…skiranya ada yg tidak kena selesaikn secara dalaman…biarla tuan guru berasa aman mgharungi detik2 akhir usianya….
You are the next RPK!!!!
There really are no accidents
Sheikh nampaknya mmg ada agenda lain, saya blh baca dah. Sheikh penuh dgn dendam, Sheikh nak hancurkan semua sebab dendam. Bknnya Sheikh syg tok guru.tp sayang Husam….Semoga Sheikh insaf
Sheih, beristighfar la…lihat kembali objektif…kalau ingin ditentang itu itu arif fahmi dan rasuahnya, jangan lah sampai meruntuhkan kerajaan negeri kelantan…kerana natijahnya mungkin 1000 kali lebih buruk…jika rasuah 1 juta akan diganti oleh rasuah 1000 juta puak-puak umno lepas kejatuhan kerajaan pas kelantan, saya akan ingat saudara adalah puak yang lebih gemar kepada rasuah 1000 juta itu…saudara bukannya ingin melihat kerajaan Islam PAS kelantan diselamatkan, tetapi dilingkupkan…adalah lebih baik saudara mulakan segala entry mengingatkan UMNO dan BN adalah parti rasuah yang membolot berbillion khazanah negara dan mereka wajib ditentang dan barulah memulakan entry saudara berkenaan salah si arif fahmi…supaya yang lingkup mestilah si arif fahmi jika benar dia bersalah, tetapi kerajaan kelantan akan tetap utuh.
teruk sungguh ariffahmi ni……singkirkan cepaattttt menantu x paka ni
selamatkn tok guru
syeikh
bo la dok crito hak dalam kain, malu ko anak cucu dgr org tua baloh gini
kita sama-sama istighfar banyak, lagi banyok kita kecek lagi punah kelate kito, puak-puak alik sano dok tepuk tgn dah ni
ambo tak relo kelate kito jatuh tangan alik sano
lamo doh kita dok tarbiah oraghe kelate takut ko tuhan,
suasana islam hak kita ada lo ni di kelate, kita tak sanggup nak undur jadi jahiliah smula dah..
sian la ko anak cucu hak kecik-kecik la ni
Dedahkan saja sepertimana PAS dedahkan salahlaku BN.. barulah adil, dan barulah rakyat kelantan dapat menilai macam mana pemimpin PAS sekarang. dan doakan agar pemimpin PAS kembali sedar dan balik kepada perjuangan asal. jangan bila dah kena batang hidung sendiri mula cari dalil quran hadis nak tutup cela sendiri…
..semua sayang..semua orang kesian kpd TGNA..alasannya dia telah tua, uzur, alim, waraq dsbgnya..tapi dalam dia uzur dan tua itu dia akan begitu bersemangat kalau dapat hentam dan kutuk UMNO..sampai tergamak juga dia mendoakan supaya ditimpakan bala dan laknat oleh Allah keatas DS Najib kerana dikatakan menjatuhkan kerajaan Perak yang dikuasai DAP.. Bila berdepan dgn isu DAP atau kapir harbi lain yang hentam Islam/Melayu dia muncul dengan selamba membela puak kapir harbi itu kerana mereka adalah rakan seperjuangan PAS..
..perkara yang salah tetap salah, yang mungkar tetap mungkar tidak kira siapa yang melakukannya..tapi melihat kepada komen merahsaga diatas nampaknya kalau kesalahan dibuat oleh pemimpin PAS ianya tidak menjadi satu dosa dan tidak perlu didedahkan..rasanya Sheikh tentunya tidak mahu bersubahat menutup perkara yang salah dan mungkar..Sheikh tentunya tidak rela berkongsi dosa.. kita boleh lihatl sendiri mana perginya ‘big gun’ PAS yang selama ini menjadi juara menentang kemungkaran dan rasuah..sudah bisukah mereka atau masih lagi kebinggungan akibat terkejut berok dgn apa yang berlaku dalam PMBK yang diterajui oleh pentadbiran 2 beranak…
..ingat sheikh perjuangan mu masih belum selesai..kalau kamu betul2 sayangkan kerajaan Islam Kelantan, perkara mungkar begini tidak boleh disorok dalam jubah atau serban..nanti serban tu akan menjadi lebih besar dan ramai penyokong PAS akan terkeliru dan mengangap pemimpin2 mereka semangkin alim dan waraq pula..
merahsaga maksud anda pendamkan saja kesalahan pbmk? pendamkan saja kesalahan yang dibuat pas? hanya dedahkan kesalahan bn? are you nut?!!
yang salah patut didedahkan! yang benar patut dibela! jangan sebab “dah lama buat baik” dia tak patut dipersalah kan?
jangan disebabkan “cinta” pada “seseorang:” kita sembunyikan kesalahan beliau!
sheih im so proud with you! kalau tak kerna sheih i dont know this thing happen in pbmk! YANG SALAH PATUT DIHUKUM SHEIH! No MATTER WHAT!!
untok orang gedebe k.bharu tu,kalau lagu ni lah peeng perangai tok guru hak dema kata mursyid tu,banyak lah wei,kampong kawan ada lima enam orang.
Satu persoalan mudah, jika saudara Arifahmi bersedia untuk di SELCAT kan, adakah saudara Kickdefella dan YB Dato Husam yg terpalit secara tidak langsung dengan kes ini di SELCAT kan bersama?
…dedah sheikh jangan tak dedah..berdosa bersubahat menyembunyikan perkara yang mungkar tidak kira siapa..Najib ke, Pak Lah ke, Anuwar ke, TGNA ke, TGHH ke, Husan ke, Hasan ke………ingat sheikh, perjuangan mu untuk bersihkan kerajaan Islam Kelantan masih belum selesai…jangan sembunyikan perkara mungkar terutama RASUAH itu dalam jubah atau serban..
buat EGM. husam undur. nik aziz undur.arif fahmi resign.
bak kata tun M-dah lama dah..
kasi org baru la pulak..
nik amar ke..
siapa yang angkuh Allah butakan mata hatinya untuk melihat yang mana baik dan yang mana buruk…….Jatuhnya kelantan kerana kejahilan Pemimpin PAS dan Penyokong2nya
bye….heheheh akan timbul lebih banyak lagi keburukan dari pekung PAS setelah mengkianati kepercayaaan yang di berikan oleh seluruh rakyat kelantan.
anak beranak tok guru sudah tahu nilai harta dan kebendaan…..disitulah punca kejatuannya…….seperti apa yang berlaku dalam perang badar…..
ADUSH….AMBO BUKAN TOK PERCAYA TOK GURU TOK BUAT SILAP…DAN AMBO TAHU KALU NOK DIBANDINGKAN AMALAN TGNA DENGAN SEMAYAE TAHAJUD NYAA….AMALAN NYA…RASANYA TAK MAMPU OLEH KITA….DAN AMBO SELALU LETAK DLM DIRI AMBO TGNA BUKAE MAKSOM…….
TAPI DALAM KES NII (DAN BANYAK TELAH DIBUAT OLEH TGNA YG PENGAKHIRANYA ‘TERDUDUK PARA LAWANNYA’) …AMBO RASA BERKENAN DENGAN ABE NAWI KITA….SATU HARI NANTI AKAN ADA ‘PENGEBOMAN’…
UTK BRO SHEIKH….KENYATAAN NII BANYAK MEMBUAT ORANG TERNGANGA…MCM AMBO….PASAL AMBO BUKAN ORANG GENIUS MCM ABE NAWI ‘ONE STEP AHEAD’ KATA ORG URDU…..
TERUSKAN SHEIKH…BAGI AMBO YANG PENTING KITA ORANG PAS BOLEH TERIMA KESILAPAN KERANA KITA BUKAE MAKSOM….CUMA KITA AMAT BENCI PADA ‘PUTAR ALAM’ DAN PEROMPAK HASIL NEGARA DAN PERASUAH…..
MAT ALI KAMPUNG DEMO MANO ? BUKIT MAROK KO … KALU RAMAI SUPO TOK GURU AMBOK NOK AMBIK NAMA WAK CALON PRU 13….
Salam saudara….saya rasa perkara ini sepatutnya dibawa ke saluran yang lebih molek untuk diselesaikan. Saya rasa amat bersesuaianlah jika dibawa ke Majlis Syura` untuk diperhalusi dan disiasat. Mungkin pandangan drpd TG Presiden Parti juga boleh diminta untuk menyelesaikan kekusutan ini. Semoga ia tidak melemahkan perjuangan daulah islammiyyah di negara ini.
hm..”siapa anak Quraisy”, dan siapa pula “pembantu-pembantu sesat” ye?
Adakah orang-orang yg sama atau orang yg berbeza?
Duri dalam daging, gunting dalam lipatan yg khianat jemaah islam ?!
Tak heran, zaman Rasulullah S.A.W dlu pun puak2 munafik mcm ni ada sembahyang dibelakang Rasulullah, ada dalam majlis2 ilmu Rasulullah. Tapi dibelakang Rasulullah, orang-orang ini lah yg menghina, mencerca dan mengatakan bahawa apa yang dikatakan oleh Rasulullah itu adalah satu pembohongan.
utk pengetahuan……Nudin Awang yg sheih maksudkan adalah seorang yang pandai mengambil kesempatan dalam kesempitan,dikenali dgn nama Hj Din cukup rapat dgn keluarga TGNA dan menjadi pengampu,kaki bodek & tukang kipas yang licik di depan mata TGNA,Dia punyai 3 isteri salah seorang warga Iran.Sudah acap kali mendapatkan kawasan konsesi balak,suka bercakap merapu dan berterabur.
Inilah IKON yg cuba ditonjolkan oleh Pas Kelantan.
Salam,
Tarikh: 1/1/2012 (2 bulan selepas PRU 13)
Situasi: Prestasi PAS merudum, terutama di Kelantan, PAS kehilangan ** kerusi berbanding PRU12.
Hasil bedah siasat mendapati: (i) image and character assasination oleh MSM ke atas kewibawaan TGNA dan PAS Kelantan berjaya dan PAS/PAS Kelantan gagal membina semula kekuatan dari keruntuhan ini, (ii) isu Arif Fahmi dan amalan kronisme TG, (iii) isu pemberian konsesi balak ke atas syarikat-syarikat yang boleh dianggap pengamalan kronisme atau terpilih, (iv) pemimpin PAS Kelantan sibuk mencari pengaruh dan mengumpul harta, (v) pemimpin PAS tidak mesra rakyat dan menemui rakyat secara bermusim – out of touch with rakyat, dan (vi) rakyat ‘fed up’ kerana bikin tidak serupa cakap di kalangan pemimpin PAS.
Oiiii bangun-bangun, itu andaian yang akan berlaku pada 1/1/2012. Ini bermakna masih ada masa lagi oii nak perbetulkan, to bring PAS back on track – e.g. kick Arif Fahmi’s ass out of PMBK/State Goverment entities. Perhaps, he can help Majlis Daerah Gua Musang/Lojing untuk merancang pembangunan di sana.
TG, what are you expecting from the SIL @ UMNO’s mule?
Rakyat sudah semakin memilih PAS kerana integritinya, islamic vallues yang dibawanya dan kesetiaan wakil rakyatnya/pemimpin kepada parti.
Jangan kecewakan masa depan Malaysia.
Salam
Well, bro what can I say. Since you have decided to reveal, lets get straight to the point on your next posting. ‘No holds barred’ kind of thing. Make it quick with enough evidence. Lets reveal the truth regardless the consequences. Some say this might not be politically right. Forget about politics just do it. Do what is right.
As I was typing this out my thought and prayers is for TGNA.
Nevertheless the strength is the truth. Always the truth, nothing but the truth. The public must NOT be let to believe we are hiding the truth.
Let us time to rebuilt whats left before the next GE and may Allah hve mercy on us.
nmpknya betul la kata nikabduh dulu…pembantu2 TGNA yg cuba merosakkn PAS dari dalam…dan sekarang terbukti menantunya sendiri antara orang tersebut!!
In the final analysis ; everyone have their price , Tok Guru too unfortunately….
Sheikh,
Jika ini satu ‘perjuangan’ ala penaklukan Andalusia di mana kapal untuk belayar pulang telah dimusnahkan; di belakang adalah lautan luas, di depan adalah musuh dan matlamat dakwah untuk menyebarkan agama Allah.
So pastikan matlamat dan tujuan adalah keranaNya. Jika tidak tuan bukan hanya sia-sia di dunia, malah mungkin mendapat azab dariNya di sana nanti.
Saudara nampaknya telah membuka Kotak Pandora, dan saya khuatir semakin banyak ‘kekacang yang akan saudara tumpahkan’ nanti.
Jika perbuatan Sheikh ini ala penaklukan Andalusia, maka teruskanlah dan pastikan it brings more good than harm, especially to my TG and PAS.
Arif Fahmi, the UMNO mule? f**k him!
Errr…. Jangan jadi macam Rais anak Yatim yang kononnya telah membakar jambatan semasa keluar umno menubuhkan S46. But now and since sometime back, he has been licking the ass that farted him.
hok mano salah tu tetap salah, hok peting kito betulkae…pakat duduk rama2..bicae pasal hal ni..pasal Ir AAR tu, kalu btul la dio wat gitu, bretilah…wat cemar nama TGNA jah..
kawe sokong demo sheikh
sekarang terdedah segale bende.PASNI kita akan tahu bahawa kickdefella juga ahli UMNO.Ops jg marah syeikh.
Salam.
For PAS which I had supported since the days of Memali. We had endured lots of anti riot gas canister under PAS banner in our cause for justice. We had never complained nor regretted it as we believed we are one with the truth. Let it be known that people like me are watching. For those like Nasha, Hassan Ali and the likes of them please remember, you are either with us or just sign another form to be an UMNO member. You can speak as you wish but do not insult our intelligence. For TGHA stand up and let us hear your stand loud and clear. I am beginning to feel that TGHA is surrounded by hypocrites and foolish leaders. They are only good at rhetoric short of comprehensive and well meticulous plan for change. Stop the bombastic and nonsensical statement like ‘melembagakan kemaafan’
For Mr Arif just resign or stand up to these allegation.
When the public trust is on us to nail this corrupted govn for good, in the midst of our hope to change for the better, do not hinder us.
Shit happens!
Orang tua cakap kalau berak sekali dua tepi jalan orang tak tahu, tapi kalau duk berak acap sangat jadilah ‘tahi gajah tak boleh ditutup dengan daun nyiur’.
Be a lesson for PAS and TGNA, muhasabah diri sebelum bulan jadi gerhana.
Secara persepsinya menantu sudah jadi liabiliti.
Ya Allah Engkau selamatlah Tok Guru Nik Abdul Aziz dari segala fitnah. dan semoga Engkau laknatlah si pemfitnah . Sama-samalah kita solat hajat dan menadah tangan bermunajat dengan Allah. Amin Ya RabbalAlamin
ISU KONSESI BALAK HANYA LAH PROPAGANDA POLITIK YANG INGIN MENUMBANGKAN KERAJAAN PAS KELANTAN SEPERTI SATU KETIKA DULU..ALLAHUAKBAR..LAKNAT KAN LAH ORANG YANG CUBA MENGHANCURKAN KERAJAAN ISLAM PAS..
TOK CARO KITO
AMBO AMBO
DEMO DEMO
Urrmmmm … Husam si still innocent, HI HI HI.
Ramai yang mengentahui isu-isu TGNA dan menantunya melalui dada akhbar atau media eletronik. Tapi tahukah tentang lakonan yang dimainkan oleh menantunya ?. Lakonan yang paling berkesan hinggakan yang salah menjadi benar, semua kata-katanya diterima 100% oleh TGNA. Penyelewengan telah banyak berlaku, penggunaan wang rakyat sewenang-wenangnya dibelanjakan tanpa mengikuti prosedor.
Kesianlah kpd TGNA angkara menantunya. Kerajaan Negeri Kelantan dan PAS amnya turut tergugat. Ana fikir Ariffahmi lebih baik mengundurkan diri bagi menyelamatkan semua pihak.
sheih,
tak perlulah berlapik kata bila menyentuh TGNA atau husam. i see both of them as equally wrong as the SIL for allowing these wrongdoings to happen. bohong kalau TGNA dan husam kata tak tahu pasal perbuatan menantunya, just write out what exactly you have in mind. tak perlu hipokrit…. very transparent dapat diteka dah bro…
i can’t imagine to see TGNA and husam being escorted to the court with hands cuffed to each other. what a dramatic scene for a movie, just like your ‘pesona non grata’, the unwanted man
salam..
terima kasih atas pendedahan..
adakah saudara ada motif terhadap pendedahan ini??
Pemuda Parit
http://pemuda-parit.blogspot.com
Ada dua sebab SPRM tidak menemui apa2 bukti kesalahan ata penyelewengan:
1. Memang jujur
2. Si Pelaku adalah ejen yg diletakkan
Mana satu sekarang?
tapi menantu haru pergi lah….cari kerja lain lah
pak mertua nak oyak dok gamok….. pehe pehe sendiri lah…
g main jauh-jauh… 1 ore kedoh di kelate tu pun..p main jauh jauh… blk kedoh lah dok pun g isi bore jadi ore umno.
cukup lah duk klate…. kayo rayo doh… wat koho munoh jah mu nie..
PELIK MG PELIK BILA UMNO KITA KATA SIASAT SAMPAI AKAR UMBI BILA TERKENA BATANG HIDUNG SENDIRI MULALAH DEMI PERJUANGAN ISLAM SIAPA YG TAK SAYANGKAN PAS TP KALAU KITA TAKUT NAK MENGAKU KESALAHAN TUNGGULAH PRU 13 NANTI BIARLAH KITA TERIMA APA YANG BERLAKU PADA HARI INI SBG PERINGATAN TUHAN AGAR KITA SENTIASA BERINGAT DLM APA JUA URUSAN DAN IKHLAS DLM PERJUANGAN. MGKN APA YG BERLAKU NI AKN MEMBERSIHKAN SAMPAH DLM PERJUANGAN.SAMPAH YG BERSELINDUNG ATAS NAMA MERTUA YG MENGGUNAKAN PANGKAT DAN KEDUDUKAN UTK MENGISI TEMBOLOK YANG MAKIN HARI MAKIN BESAR DAN MAKIN ANGKUH
Hancurkan Kebatilan!
Perjuangkan Kebenaran…
SELAMATKAN PAS dan KELANTAN dan Pakatan Rakyat dari serangan dari dalam musuh dalam selimut yang berselindung melalui KRONISME dan NEPOTISM!
SUCI KAN PAS KEMBALI!
Askum,bro gua dah cakap.Lu keturunan Syed…. memang Tok guru benci
Ahli UMNO tak semestinya menyokong UMNO. Jadi ahli cuma sebagai alat untuk kepentingan sesuatu.
Ghafar Yahya
Apabila datang suatu berita….siasatlah dahulu, takut2 kita dengan U.M,NST dll sama je…memanjngkan lagi kalam syaitan…takpun diam beristighfar…Allah jua tempat aku mengadu…
Dlm PAS kan ad HIBAH…takpun T.G T.Ibrahim T.Man team & disiplin kan ada…
Kita yg kt bawah2 ni berdoa agar Allah memberi ketenangan, jgn dok menserabutkan lagi suasana.
Salam n syukran.
Kata orang dia yang lebih..hehe…itu lah akibatnya TGNA membenarkan mencarut, memfitnah, berkawan dengan syaitan, menolak perpaduan islam, doakan kemusnahan dan kehancuran kepada orang islam yang lain, sombong & bongkak, mengekploitasi kalam Allah untuk kepentingan parti. Allah maha kaya, Tuhan yang mencipta isi langit dan bumi, maka sekarang Allah telah membujka sedikit ‘ruang’ akan keceluparan dan kesombongan TGNA untuk ahli2 menilaikan siapa TGNA. Dah dekat dah tu…heheheeee. Jilat la kata2 ko dulu…hahahahahaaaaaa
Apabila datang suatu berita, maka selidiklah bersungguh-sungguh walaupun engkau mengetahui pasti akan terkorban.
dedah jgn x dedah..
You don;t need a prof to say that what TGNA doing is ETHICALLY WRONG…gov servant can’t receive any kind of sponsor, whatever the motives are, tht’s why they have this la in the 1st place…
and frm the face of his SIL (can’t belive there is also SIL in PAS), his face is a typical UMNO’s crook…
Just my opinion, xdr kena mengena dgn TGNA atau TGHA..he
Nik Ajis pun jadi balachi kat Tokey Cina ko? Eish, Eish, Eish…. Balok jual ke Tok Pek, perabih balok jugok.
George Michael tu “gay” jugok ko? Main juboq.
salam,
Saudara apa yg saudara paparkan adalah amat menggerunkan kerana ini melibatkan pemerintahan kerajaan negeri Islam, apatah lagi yg merumtum jiwa islam ini ialah bagaimana mungkin manusia yg digelar TGNA boleh terlepas pandang tentang perkara ini, mustahil…. maka terlihat sudah bahawasanya Allah telah membuka jubah dan serban manusia manusia lalai sombong dan angkuh. Janganlah lagi kita tertipu oleh manusia bijak menggunakan kalam Allah tapi sebenar nya kosong dari roh perjuangan Rasulullah SAW. Demi kelangsungan perjuangan islam sudah sampai waktu mereka mereka ini berundur….. Takbir………
teka teki hari nih ….. yang jawab cuma orang yang biasa dengar sahaja
AWAK TAK KENAL SAYA? TAK KENAL ?
SAYA LA MENANTU TOK GURU , BOSS PMBK
siap kembang kempis hidung menjawab soalan sendiri………
SIAPAKAH MAMAT INI……
Piiiiiiiiiiiirah_____menantu tok guru,tapi kami sayang kan tok guru.Takbir.
If the Mentri Besar of Kelantan can blatantly defend his right to accept the gift of an all-expenses paid pilgrimage from a company that has been awarded exclusive rights to a government project, the state and the nation are in danger of subscribing to and encouraging unethical practices in government and governance.
siapa nak cakap kat tok guru? TGNA ke TGHH…ni orang-orang keramat yang tak boleh di sentuh. Apa platform? Tak de. Habis gas dah semua…belum perintah malaysia lagi…dalam blog ni je lah gege…pah tu tak dak apa-apa.
TGNA ni macam Dolah juga la yek? Ada son-in-law yang pandai buat duit. Patut la PAS sayang bebenor kat Dolah.
salam..simpati kat Tok guru..sepatutnya jgn batal hasrat gi Haji. pergilah dengan duit sendiri..selesai masalah. Tp tok guru mampu selesai masalah nih…dah byk dugaan sepanjang 20 thn mampu diselesaikan..Allahu Akbar..
nampaknya ore2 keliling kelalang TGNA buat onar nak jatuh buke UMNO doh.. Guano puok2 MAULANA al-Pakistaniun senyap sepi..ko beso make ttange nordin jugok? jange wat nyayo…
APA DAH JADI HA?
jgn tipu kami TGNA…tlg kami rakyat kelante..
manusio tetap manusio, pakai lah piyoh ko semutar ko gapo ko, letok la gapo pon depan namo dio, ustaz ko , dr ko ir ko tok aji ko.. Kepada rakyat jelato bo lah jadi bodo…celik mato belako, nilai betul2 sblum demo ngundi. Kawe tok ngundi sebab kawe susoh nok cayo duo-duo pihok, 2 x 5 jah. Buleh ko hok tu dio gomo, buleh ko hok so lagi dio gomo jugok. Semuonya buat kito rakyat bodoh, lebih berat kalu guna namo agama.
Bolih bagitahu saya George Micheal tu siapa? Kalu lagu ni apa yg telah berlaku… mapuh Klate. Kalau di biar berlanjutan, TGNA akan rebah dan tidak akan di sanjung lagi.
Lihat dengan mate tertutup..
Dengar dengan telinga tersumbat..
Siape tu?
Puak2 PAS jumud…
Buke lah minda anda, guna ilmu yang dikurniakan…
Angin perubahan sudah ditiupkan…
Jika kita ingin melihat pemerintah negara tercinta ini berubah….
Kita terlebih dahulu perlu berubah….
Hidupkan syiar Islam yang sebenar….
Buangkan tempurung yang telah lama menutup kita..
Khas buat Puak2 Jumud PAS….
Korang sebenarnyer perosak PAS….
Husam awal2 lagi kata, ‘jangan ada sapa2 yang cadangkan nama dia sebagai MB Kelantan…’
Mengikut kata seorang kawan ambo, Husam meme bijak…, sebab dia tahu, dia TIDAK AKAN diperkenankan baginda Pemangku Raja Kelantan untuk kejawatan itu sekiranya nama beliau dicadangkan Perhubungan PAS Kelantan.
Dia tidak di sukai pihak istana…
Allah saja yang tahu perkara sebenar….