Bokbong!

29 10 2009

(Foto ehsan Tambako)

Apa guna kepuk di ladang
Kalau tidak berisi padi
Apa guna berambut panjang
Kalau tidak berani mati

Guruh berdentum bumi bergegar
Ayam jaguh sedang bersabung
Jangan cakap sahaja berdegar
Hulur senjata kita bertarung

Limau bentan di tepi tingkap
Budak-budak melempar burung
Harimau di hutan lagi kutangkap
Inikan pula cicak mengkarung

Pudak bukan sebarang pudak
Pudak tumbuh di tepi lombong
Jalak buka sebarang jalak
Jalak biasa menang bersabung

Anak Cina bersampan kotak
Muatan sarat dengan ragi
Biar retak bumi kupijak
Kamu takkan kulepaskan lagi

Sejak kecil saya mendengar perkataan Bokbong tanpa saya  tahu apa itu Bokbong. Tapi saya diberi faham bahawa Bokbong itu adalah sejenis ‘muga’ yang boleh memberi bahaya dan memberi rasa takut yang amat sangat kepada budak-budak kecil terutama bagi yang suka tidur lambat, main sendirian di belakang rumah atau tempat gelap dan suka menangis malam.

Hanya baru-baru ini saya mendapat tahu apa itu Bokbong sebenarnya. Bokbong sebenarnya adalah sejenis haiwan yang dalam Bahasa Inggerisnya dipanggil Mongoose.

Ia sangat hebat, lincah dan licik. Kepantasannya bisa membuatkan ia mampu menewaskan Ular Tedung yang berbisa itu.

Saya merasakan satu pecah amanah telah dilakukan. Saya telah dikaburi dari fakta sebenar sehingga saya percaya saya sepatutnya takut kepada Bokbong walhal kalau saya diberitahu dengan benar apa itu Bokbong sebenarnya, saya akan mahu menghormatinya dan mempelajari secara falsafah kehebatannya dalam berdepan dengan ular yang saya amat tidak suka. 

Saya harap tidak ramai mereka yang menimpa nasib seperti saya iaitu tidak mengetahui perkara sebenar sehingga kita boleh menyalah tafsirkan yang baik jadi buruk dan yang buruk jadi baik. Lebih-lebih lagi saya berharap tokoh-tokoh penting dalam dunia kita tidak turut menjadi mangsa kepada orang yang suka pecah amanah ini.

Seksyen 405 Kanun Keseksaan (Pindaan 1997) – Pecah Amanah atau lebih dikenali dengan nama Criminal Breach of Trust.

Secara kasarnya seseorang itu yang diberi pertanggungjawabkan ke atas sesuatu harta atau jawatan yang memberinya kuasa atau kuasa bersama ke atas sesuatu harta secara berseorangan atau bersama telah menggunakannya secara tidak jujur atau telah memilik dirikan harta itu itu atau telah melucut hak milik harta yang diamanahkan itu dengan tidak berlandaskan proses undang-undang yang diperuntukan atau telah mengaburi pihak yang memberinya amanah dengan dengan apa tujuan sekalipun telah melakukan pecah amanah.

Seksyen 409 Kanun Keseksaan (Pindaan 1997) menyatakan, jika pecah amanah telah dilakukan oleh Pentadbir Awam atau ajen, hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih dua puluh tahun beserta sebatan / rotan dan denda hendaklah dijatuhkan keatasnya.

Saya mahu jadi Bokbong bukan mahu takut pada Bokbong.


Actions

Information

30 responses

29 10 2009
csi

bro,

Jadilah bokbong yang sejati. lawan tetap lawan, bukan dengan kesombongan dalam kebodohan tetapi rendah diri dengan akal yang digunakan dengan memilih jalan yang lurus.
Selamat bertempur!!

29 10 2009
neon

orang melayu walaupun dah pakai seluar jeans dan pegang tetikus pun masih nak bersilat pulut..
Cakap aje kalau berpenderian. Usah nak buat business deal atau horse trading. Nanti hilang unsur seni..yang terzahir just pure self-interest.

29 10 2009
adam

…tak kisah la apa pun, klate final piala malaysia nanti…gomo klate gomo…

29 10 2009
ajip

husam /nik aziz pecah amanah ke?

29 10 2009
mp

“Lebih-lebih lagi saya berharap tokoh-tokoh penting dalam dunia kita tidak turut menjadi mangsa kepada orang yang suka pecah amanah ini”

abe kick, bia ambo teko. antara “tokoh-tokoh penting dlm dunia kita” tu TGNA?

29 10 2009
29 10 2009
straycat's strut

Too many hints la sheih! I am lost. Tried to read between the lines but I am scared to “menuduh seorang lelaki yang baik…”

All I could say is, when you went there, you were putting your hope too high. So, stay with your conscience and draw some posters again. Those photos you took of Husam and Tok Guru were nice and they reminded me of the reality that they are afterall, politicians. Ex Mufti of Perlis said, Politic / power should be used to protect religion (islam) and not the other way around (or something like that). So when someone starts to twist and turn about hukum and fatwa, I began to wonder was it Islam or their power that they wanted to protect. Reality saddens me.

29 10 2009
kbguy

dalam gambar tu tak macam bokbong lah. Kamu nak jadi bokbong mat salleh ?

29 10 2009
nawi

kenapa org berprasangka yg bukan2 kepada abe sheih…??

i know u r a type of person who said ” my words is stronger than oak”

29 10 2009
Ayohne

I’ll be in KB, to give a talk on Sat, 31. Will you be in KB that day? Hopefully, we can meet to catch up a few things. I have been following (read: read, not spying) your blog and I think it’s the right time to approach you now. I’ll be flying in from Penang-KL-KB and back to Penang the same day. I have a proposal for you…jeng…jeng…jeng

Anok kelate

Guest who?

29 10 2009
manlabu

Kebenaran pasti akan teserlah akhirnya bagi orang-orang yang memikir….walaupun lewat tapi ia tetap kebenaran. Pahit ditelan, tapi itulah KEBENARAN…itupun jika kebenaran yang kita cari.

29 10 2009
Puluttape'

I say man,kita dilahirkan sebagai insan bergelar “manusia”. Mesti punya akal,pendirian dan sikap yang baik,tiada prejudis.Lebih-lebih lagi banyak bersabar.

Tapi kalau dah jadi “Bokbong”,nak panggil apa pula ya.Yang saya tahu bokbong tu suka berperang sesama bokbong dan mahir mencari atau mencuri ikan.

Saya rasa saya lebih takut pada “Anaconda*

29 10 2009
anok Tanah Meroh

Salam Sheikh,
Guano kawe raso dua tiga menjak ni topic demo banyak yg berteka teki. Kena perah otok nak pehe maksud demo. Pahtu pembaca pakat gomo hehe.
Kena ngaji ‘balaghoh’.

30 10 2009
big big boss

bakpo demo nok jadi bokbong? dok puah hati jadi manusio doh ko? hi hi hi

31 10 2009
budakcuci

diharap sheh, membuat penilaian berdasarkan bukti yang nyata & jelas, jgn biarkan diri dipengaruhi oleh individu2 yg membawa keburukan tanpa kita sedar. tidak kira sebaik mana atau seburuk mana pun manusia, ia adalah tetap manusia. jangan menilai seseorang diatas beberapa kesalahan tanpa menilai kebaikannya. setiap kesalahan perlu ditegur jika terbukti salah dan setiap kebaikan perlu diteladani. hanya manusia sahaja yang boleh mengikuti langkah manusia.

31 10 2009
Soba60

Salam Sheikh,
Kawe rasa tergerak hati dengan topik demo kali ni. Terasa sangat bahawa disekeliling kita memang banyak benda benda lagu ni berlaku malah dilakukan bukan untuk mendidik tetapi untuk melindungi dari apa perkara sebenar dilakukan…. dan mudah nya kita orang terutama melayu serupa kita PERCAYA..
…….

31 10 2009
csi

bro,
kita hanya menunggu dengan sabar bilakah kemungkaran akan terbongkar. Rasanya terlalu lambat tetapi Allah swt yang Maha mengetahui. Ada hikmah di sebaliknya.
Meanwhile, fight we must!!

31 10 2009
mat ali

kawan rasa bokbong ni jenis hak makan kismis dengan air tawar tok alim ni;

1 11 2009
adibeta

Tuan,
1.”Nabi pun ditegur…inikanpula pasa EGM itu,”…..ana bertanya dlm hati ,manusia ke yang tegur Junjungan Besar Nabi Muhammad (S.A.W)……

2.Mungkin ni la bagaimana isu agama dimainkan…..bayangkan bagai mereka yang tahu sikit-sikit aje….

3.Apapun kalau enta tahu siapa ‘bobong itu’ dedahkan …..spt anda dedahkan pasal pemimpin UMNO….intergriti lagi…malah tuntutan agamapun….

kubang kerian,kelantan

1 11 2009
nawi

Abe Sheih… ambo duk nengung panjae saghi nae nih… belam2 tgk bola kelate.. ambo tra erek sor sor… ambo tera sattu sattu.. Ust Nik Abduh, Ust Mat Iraq.. aaiiii…. ambo beghasorrr…. demo tuh duk beddil oghe laing… soh beddil oghe laingg.. ambo duk beghasor lamo doh…

dae loning… maemae hebatlah… ambo ingak gini jah.. kesenyapae abe sheih telah membunuh ramai oghe… dae kito buleh tgk sediri komen dae reaksi hok macae2…

Apo2 pon.. jaddi gerila sekali sekali.. takdok apo satu…. jaddi oghe belakae tabir lagi sedak….

2 11 2009
Hmmm

You are not stupid, reading comments like ;

neon makes me realise how far these type of malays really go to think that they forgot their roots.

No wonder Mahathir once said Melayu mudah lupa.

3 11 2009
anok Tanah Meroh

Hadis Sahih Bukhari

Ibnu Abbas r.a. menceritakan: “Nabi saw. berjalan melalui sebuah kebun di Madinah atau di Mekah. Lalu kedengaran oleh beliau suara dua orang sedang diseksa dalam kuburnya. Maka berkata Nabi saw., “Keduanya diseksa bukanlah kerana dosa besar.” Kemudian Nabi melanjutkan perkataannya, “Yang seorang diseksa kerana kencing di tempat terbuka, dan yang seorang lagi kerana membuat fitnah supaya orang bermusuh-musuhan.” Sesudah itu Nabi menyuruh ambil sebuah pelepah tamar, lalu dipatah dua oleh beliau, dan diletakkannya di atas kedua kuburan itu masing-masing sepotong. Seseorang bertanya, “Ya, Rasulullah! Mengapa Anda lakukan itu?” Jawab Nabi, “Mudah-mudahan keduanya mendapat keringanan, selama pelepah tamar itu tidak kering.”

8 11 2009
csi

Bro,

Mcm ada kena mengena dgn SPRM serbu PMBK baru baru ni aje? Adakah ini penantian yang di tunggu tunggukan.?Satu penantian yang menyeksakan tetapi penemuannya satu yang amat di hargai…..
Fight till you win the war bro, not just the small battles! It ain’t over till the fat lady sings.
Allah sentiasa berada dgn mereka yang di pihak benar. So fight on…

9 11 2009
abah

ambo teka arif fahmi..menantu MB klantan tu…mmg ramai org x suka dia..aku sndiri mmg x suka si ariff tu…org2 pas sndiri meluat dgn perangai si arif fahmi tu..klu dlm umno khairy yg merosakkan imej paklah..tp dlm pas..ariff fahmi yg merosakkan imej nik aziz…harap2 arif fahmi di dakwa lps ni…aku percaya klu dia korup..sbb dia mmg makhluk paling banggannggg..

mereka2 yg penah berurusan dgn ariff ni akan tau sndiri la perangai dia tu…aku bercakap atas dsr pengalaman…aku harap2 TGNA tahu perangai sebenar menantu beliau ni…

10 11 2009
loneranger

mmg betul orang meluat dgn perangai si menantu yg sombong ni. Pilih bulu utk berjumpa. konon kena sama taraf. Taraf dia tu apa? kalau bukan menantu MB entah mana dia sekarang. Tapi tu soal rezeki. Dia patut bersyukur, tapi ini tidak. Menkhianati kepercayaan TGNA. TGNA pun satu, percaya bulat2 menantu. Cuba check sikit siapa kontraktor ubahsuai pejabat, siapa kontraktor buat jalan tar depan PMBK. Jalan tak rosak tapi tak semena2 turap semula. Benda2 pelik tapi benar. Kalu jumpa org baru, dia bukan memperkenalkan diri dia, dia dia akan tanya “Tak kenal ke saya? Saya menantu TGNA”!!! Kalu tak bergantung kpd TGNA untuk identiti diri sendiri, apa nama nya tu?? Sah ada inferiority complex.

10 11 2009
loneranger

Ana dengar dengan penuh dukacita penamatan kontrak anta. Begitu zalim tindak tanduk org yg berkuasa. Belum habis SPRM siasat dah nak tunjuk kekuatan!

11 11 2009
anti plastikman

ya la ambo pun rasa heran jugak pada tok guru ,,,, deria sensitif dia semakin hilang . Sepatutnya panggil lah dua belah pihak bukan dengar alik menantu.Kalau betul2 nak pasti siasat awal2 setiap aduan hok ore buat.Ini tak , nampak sangat percaya 100 peratus ko alik menantu.Tu dari zahir tindakan yang kita nampak hakikat allah saja yang tahu, apa ada dalam hati dia.
tak sepatut dia letak ceo menantu , kita selama nih dok laung umno kronisme la, hapa lah.pah kita tak kroni? jawapan kita : atas dasar kelayakan bukan kroni, pah ore lain tak leh jawab mace kita jawab? ariff fahmi ni nanti akan jadi modal besar untuk kempen umno kalu betul 2 dia kena dakwa sprm.tak padan nak tepis la ore pas . kalau tak kena dakwa pun loni dah jadi modal umno nak memburuk kan pas terutama tokguru….dulu kato ko poklah dalam diam rupanya kita pun tamak haloba juga.KIta sayang ko pimpinan tok guru , tapi masalh sekarang nampak tok guru macam tak cermat bertindak dan mudah percaya tanpa usul periksa.
kita dapat khabar dah yang pak shekh kena pecat dari pmbk……… alang2 kena pecat dah lawan la pak shekh.bongkar belako …

12 11 2009
tok1walee

tgna cuba samakan pelantikan si ariffahmi di pmbk sama seperti rasulullah saw lantik menantunya dlm pentadbiran islam di madinah dan jajahannya.ada saje alasan yang diberi tgna dan disamakan dengan rasullullah dlm tindakannya.
lu fikirlah sendiri………………………………..

15 11 2009
anok ketereh

guano syeikh sekat demo jd blogger ni mcm2 timbul cerito..demo ejen umno ko?ataupun ariffahmi tu ejen umno..demo pun bekas ahli umno jgk kan..arif pun bekas ahli umno demo oyak..xpo la..2 2 ejen umno..makan dlm senyap..

15 11 2009
pencacaiumno

Tgna bkn maksum…tp at lesat PAS lg elok dr umngok..

Leave a comment