Rakyat Didahulukan Prestasi Diutamakan ISA Diteruskan – Satulah Malaysia
Sheih
Posted on August 1, 2009
Hari ini didalam sejarah, Ibrahim Ali hilang dalam ratusan ribu penyokong Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang tidak hadir pada hari ini. Walaupun hujan telah turun disebelah petang di sebahagian besar Semenanjung Malaysia, suara Ibrahim Ali tidak kedengaran bersama katak-katak yang bergembira menyambut hujan turun.
Dalam pada itu, Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi berkata adalah mustahil untuk ISA dimansuhkan. Sementara itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz pula bersumpah bahawa Barisan Nasional akan mengekalkan ISA.
Manakala di Kota Bharu, Perdana Menteri Najib Razak, cuba merayu supaya Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat menjaga sensitiviti Ahli-ahli UMNO.
Persoalannya, siapakah yang akan menjaga sensitiviti lebih 80,000 orang yang membanjiri Kota Kuala Lumpur dengan perasaan cintakan negara sambil membeli belah, minum-minum dan teringin melihat memorandum diserahkan ke Pejabat Yang DiPertuan Agung.
Tentu sekali bukan pihak polis yang ternyata mengamalkan dasar 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan.
Dalam hal ini, pihak polis menganggap rakyat mereka yang merah, putih , kuning, hitam atau apa warna kulit atau baju dipakai adalah sama sahaja sesuai dengan slogan 1 Malaysia.
Lebih dari itu, tentu sekali rakyat didahulukan lebih dari pengganas, perogol, peragut dan lain-lain penjenayah.
Akhir sekali, prestasi diutamakan, iaitu prestasi peralatan-peralatan canggih yang dibeli dari duit rakyat dan mesti digunakan untuk rakyat.
Maka hari ini berjayalah Malaysia sebagai sebuah negara.
Syabas.
Foto Ehsan Choo Choy May / Malaysian Insider
Syabas beteh… syabbas…
syabas najib,
anda telah buktikan yang bn-umno akan tumbang sekali lagi, dasar paklah , dasar mahathir tak perlu diteruskan tapi anda angkuh, pihak polis juga bongkak dan angkuh terutama ketuanya di kl dan selangor, nantikan natijah dari rakyat tidak lama lagi kerana anda sendiri mencari pasal!
Sheikh
Ibrahim Ali bersama 4 machai beliau berada siseberang pasar seni pada pukul 2 petang. Berpakaian baju putih lengan pendek ala pemuda UMNO, belaiu lebih bersifat ingin tahu tentang kemeriahan yang dibawakan oleh pendokong anti ISA.
Dengan kekuatan 4 orang itu, Ibrahim Ali tidak membawa impak kepada gabungan pro-ISA beliau. Oh ya, semasa itu hujan masih belum turun di KL jadi saya terlepas dari mendengar suara katak menyanyi lagu hujan 🙂
Dari dulu lagi aku tak berkenan dengan Ibrahim ali
itu la sebabnya Nordin Mat Top lari ke Indon. Klu di M’sia dah lama kena ISA! Kau org nak jadi ke jadi cam kat Indon?! Pikir2 kan lah…… HIDUP ISA!
jadi kalau kat indon ada ISA dah lama ler Nordin Mat Top tuu kena tangkap yer…..bodo……kena tangkap ker idak tuu atas kepandaian polis laa bodo bukae atas AKTA….tuan ariff yang bodo…..
tohok akta isa nii …ganti hok lebih keras pun tak per tapi mesti adili di mahkamah dulu….betul ker idak dia buat nya….itu yang kita mahu tuan ariff bodo
awat bongok sangat hujah kau tu Yang Arif. Antatra ciri-ciri pencacai umno
Saudara Ariff
Kalau nak tangkap teroris macam Nordin Mat Top buatlah undang-undang baru khas untuk teroris macam dia. Kan Amerika Syarikat dan negara-negara lain dah buat.
ISA ni undang-undang yg tidak spesifik — hujungnya terbuka, sehinggakan pemimpin politik dan polis boleh tangkap siapa-siapa saja tanpa membenarkan mereka membuktikan bahawa mereka tidak bersalah. Dengan itu, ISA disalahgunakan untuk menangkap pemimpin pembangkang dan gerakan pembangkang apabila kuasa parti pemerintah tergugat. Ini jelas salah dan zalim. Inilah sebabnya kita kena hapuskan ISA.
Untuk pengganas-pengganas, buatlah undang-undang yang khusus. Apa susahnya, masa kan untuk mencekup Dato’ Anwar Ibrahim pihak BN lekas membuat undang-undang DNA yang penuh dengan perangkap dan ketidakadilan!
Abang Sheih,
Keluarga saya (adik lelaki saya) ada menyertai perhimpunan anti-ISA! Cuma saya tidak sempat kerana berada jauh dari Malaysia, tapi bila saya pulang saya ingin juga bersuara dengan rakyat kita yang lain menentang apa yang tidak adil dan zalim dan mahu berusaha menyatupadukan setiap rakyat Malaysia tak kira bangsa/agama/darjat!
Saya rasa tak perlu mansuhkan ISA cuma buat pindaan sahaja agar tidak disalahguna.POKOKnya ISA tu tidak salah tapi perlaksanaanya mungkin salah.Kewujudan asal adalah untuk membanteras komunis.Komunis sudah tiada jadi undang2 ini perlu dibuat pindaan.Kalau kita mansuhkannya maka kita berundur ke belakang. Negara di dunia juga telah mula mengambil model ini seperti Patriot Act di US, Terrorist Act di UK, dan ISA di Singapore.Undang-undang tak salah.Pelaksana yang salah.
Apapun akta, asal tidak mendatangkan kezaliman maka dibolehkan, tapi jika terdapat kezaliman walaupun sedikit maka ia tetap zalim, benda yang zalim tidak akan berada di tempat yang mulia, ia akan berada bersama ketua segala kezaliman, Firaun di lubuk Jahannam nan dalam. itu kepercayaan orang Islam. maka bergembiralah bersama Tun Firaun di istana jahannam besok.
agreed with KUNDUR
Mereka yang kata ISA wajar dikekalkan untuk memastikan keselamatan rakyat terpelihara adalah orang yang amat cerdik kerana berjaya memperbodohkan mereka mereka yang dikatakan terdiri daripada kalangan yang cerdik tetapi hakikatnya AMAT BODOH.
Bodohnya mereka (termasuk yang menyokong ISA dalam forum ini)kerana mereka ingat dalam akta untuk menahan manusia hanya ada satu akta saja iaitu ISA,padahal ada lagi berpuluh akta yang bolih digunakan tetapi ISA nak digunakan juga kerana jelas ISA bolih tangkap orang IKUT SUKA AKU dan bolih digunakan ada musuh politik.
bodoh ke?oh begitu ye jabsp.Sungguh bijak kamu.
Ariff dan kundur, Malaysia antara negara yg terbanyak sekali mahkamah. ada mahkamah sesyen, mahkamah tinggi, mahkamah rayuan, mahkamah majistret dan mahkamah syriah. kesumuanya berfungsi untuk menjatuhkan hukuman kepada semua rakyat yg di dapati bersalah dalam pelbagai kesalahan.
Maka, apa rasionalnya ISA perlu dikekalkan pada masa kini? menahan dan menyiksa fizikal dan mental manusia tanpa tidak diberi hak untuk mempertahankan diri di mahkamah. Ingat dalam Islam orang yg menuduh perlu kepda bukti dan org dituduh perlu dapat pembelaan.
kaaji dulu mengapa Isa tidubuhkan dulu? kalau stakat nak jadi pencacai ISA, tak payahla berdebat, saya syorkn Ariff dan kundur minta kerajaan tahan kamu dalam ISA. Biar kamu rasa penderitaan seperti mana dirasakan oleh beribu2 aktivis.
Sepatutnya Ibrahim yang begitu lantang membawa katak kataknya ramai ramai. Nampaknya katak katak nya pun tak bersemangat.
Saya TAK SETUJU sekeras2 nye kalo ISA nak dihapuskan!!!!
Sebab nye bl PR memerintah 4 tahun lagi KITA SMUA AKAN GUNA ISA NI UTK TANGKAP SEMUA PENYANGAK2 BN SKANG NI N HUMBAN MSK DLM JAIL SMUANYE SKALI (TANPA PERLU BUKTI ATAU TUNJUK SEBAB)!!!! ahahahahaah…
P/S: Jangan mare ek… kasi senyum skit geng2 smua… ape2 pun, TAKBIR!!!ALLAHUAKBAR!!!
saya setuju sangat dengan ‘one aim, one team’. Selepas PRU13 besok kita gunakan ISA tangkap Ketua Polis, Pewaris, UMNO kerana buat kacau dan menjejaskan keselamatan negara.
bila PAS letak ibrahim ali jadi calon di P Mas pada PR-12 dulu orang umno pun ngeleng kepala..kenapa la PAS bongok sangat kena tipu oleh manusia sewel ibrahim ali ni…sekarang mereka tertawa lagi kpd PAS…
menate breheng ali ni manusia tak leh buat kira…skru kureng…
berok ni akan mapus kareir politik nya lepas ni…umno pun dah tak mau berok mat yeh ni…
Ada puak-puak banggang yang berkata, dia tidak kisah ISA memperkosa kebebasannya. Tetapi, ia mesti dipinda.
Orang mula mempersendakan, mungkin nanti orang itu tidak kisah ahli keluarganya diperkosa. Beliau hanya mahu cara perkosaan dipinda.
Apa punya banggang penyokong ISA ni…
Sape suh buat onar..bengong..g berkumpul ramai2 kat jalanan, kacau org nk cari rezeki, halang lalu lintas, kot2 ade yg nak terberanak ke, de kecemasan ke..dah jadi hal plak..bodoh btul..pastu nak salahkan kerajaan…bahalol… yang pelik nyer, org lain yang kena tahan, org lain plak yg emosi..dah tau negara ni ade undang2, yang p wat hal wat ape? sendiri yang cari penyakit, pastu nak salah kan org lain…mcm tu ke org islam? moron..
kalau ader undang-undang..bakpo pi tangkap ore pastu tak nak bagi die bela diri..bawak pi mahkamah la wei kalau betul die salah..bukan tangkap pastu tak bagi die bela diri..kena kat ko tau la nasib ko..
penjual paper….
ghoyak dengan molek tok dengar…..hok nii laa salah satu cara ……kalu polis tak kacau bukan nya huru hara pung….niii gak……lebih dari yahudi nyo buat….yahudi pung buat kat oghe palestin jah…..nii sama islam pun gomo…maknanya lebih jahat dari yahudi puok puok nii….
I don’t think many of MALAYSIAN is not well educated and aware that the use of ISA is very important in keeping the MALAYSIAN peaceful.
But one thing about ISA and the government nowadays is that UMNO has mis-used the Act of ISA to detain someone for political reason.
So i am more in the middle of these issues.
But my suggestion is that we as a citizen should do extensive research and find proof before we come to a conclusion and take action. This is because, many article I’d read was base on nothing and nothing but to influence only.
Thank You.
__Someone who wanted Malay to have back all of the Malay rights!__
Say no UMNO and say no to ISA….1 Msia kena tipu….
Arif yang tak arif
ISA? Seingat saya la, ISA diwujudkan jika berlaku darurat. Jadi selepas 13 Mei perintah darurat ditarik balik tak? Tahanan politik mengikut tesis member saya hanya 5%. Selebihnya termasuklah kumpulan ajaran sesat, extrimis agama, racist dll. Secara rasionalnya perlu untuk wujud tetapi perlu dipinda termasuklah cara soal siasat(dera) dan perundangan yang adil. Undang-undang yang kita guna pakai sekarang adalah tinggalan British sedangkan British sendiri sudah mengubah undang-undang mereka. Bagi mereka yang ingin menyokong ISA kena masuk U dulu deh. Tak pun tanya lawyer2 kat luar sana. Diorang lebih arif.
I LuV tHis Country!!! polisnyerr adil, pemimpinnya baik, dan rakyat2 yang menyokongnya semuanya bijak2!! :p
nak tahu zahid hamidi pi haji dan umrah tahun lepas tak bayar lagi…bawa suku sakat ramai..pening tabung haji…minta suruh bayar kena marah…haji dan umrah apakah itu??patutla kalah kat pilihan ray kat penang