Dua malam lepas, bapa saudara saya yang tinggal di kampung Tikat dekat Penambang meninggal dunia. Sewaktu menziarahinya, kenangan semasa kecil menyentuh hati saya. Di situlah saya belajar turun ke sawah padi dan terjun ke dalam sungai.
Kampung Tikat, tak lebih 10 kilometer dari pusat bandar adalah sebuah daripada kampung yang paling mundur di Kelantan satu ketika dulu iaitu sejak BN merampas semula Kelantan daripada PAS setelah PAS diusir dari BN.
Sepupu-sepupu saya yang tamat persekolahan semuanya gagal mendapat pekerjaan dalam perkhidmatan awam. Mohon untuk menjadi rekrut tentera pun tidak dapat kerana alamat rumah mereka di Kampung Tikat.
Penduduk kampung Tikat di diskriminasikan oleh Kerajaan Barisan Nasional sama ada dari segi pembangunan, pembahagian baja, biasiswa dan jawatan di dalam perkhidmatan awam. Nasib penduduk di situ sama seperti beberapa kampung lain kerana penduduk di situ secara bulat mengundi PAS di dalam pilihanraya negeri 1977.
PAS tewas teruk dan hanya mampu memenangi 2 kerusi DUN setelah berlaku perpecahan di dalam parti itu yang berpunca dari penyertaannya ke dalam BN pada tahun 1971.
Di dalam pilihanraya pertama setelah 13 Mei 1969, iaitu pada tahun 1974 menyaksikan PAS bertanding di atas label BN dan menentang beberapa pemimpin mereka yang keluar parti dan menamakan diri mereka Bebas Bersatu.
Setelah memenangi Kelantan di atas label BN, PAS hilang kuasa didalam menamakan calon mereka sebagai Menteri Besar sebaliknya keputusan itu dibuat oleh pemimpin UMNO. Akibatknya Mohd Nasir dari PAS di angkat menjadi MB walaupun dia bukan pilihan PAS. Akibatnya berlaku undi tidak percaya kepada Mohd Nasir dan dia ditumbangkan pada tahun 1977.
UMNO kemudiannya mengusir PAS keluar dari BN. PAS yang masih mempunyai majoriti di dalam Dewan Negeri Kelantan memohon perkenan Pemangku Sultan Kelantan supaya dilantik Menteri Besar baru dari nama yang dicadangkan oleh PAS. Istana Kelantan bagaimanapun memilih untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Kelantan dan ini membangkitkan kemarahan rakyat.
Akibat dari rentetan insiden yang berlaku, Ibrahim Ali dan beberapa pemimpin UMNO telah mengapi-apikan keadaan sehingga berlaku rusuhan. Akibatnya, Parlimen mengisytiharkan Kelantan diperintah di bawah akta Dharurat.
Sepupu-sepupu saya ketika dibesarkan oleh ayah mereka menerusi pendapatan dari bergatih beca. Usaha mereka untuk membantu ayah mereka dengan berkerja di dalam perkhidmatan awam atau tentera tidak tercapai kerana diskriminasi politik.
Akhirnya, sepupu perempuan saya yang juga anak yang sulung dikahwinkan dengan seorang pekerja di Restoran Nasi Sumatera Osman Laring. Selepas Osman Laring meninggal, si suami membuka kedai makan sendiri. Adiknya yang gagal mendapatkan perkerjaan ataupun melanjutkan pelajaran walaupun lulus MCE akhirnya menjadi tukang basuh pinggan di restoran abang iparnya.
Bagaimanapun, dua hari lepas di saat ayah kesayangan mereka menghembuskan nafas terakhir, 4 dari sepupu saya tidak dapat berada disini ayah mereka kerana mereka kini memiliki rangkaian kedai Nasi Ayam Kampung di sekitar Lembah Kelang.
Kalau dahulu mereka dilahirkan di sebuah pondok kayu usang, saat ayahnya meninggalkan mereka, rumah itu sudah berganti banglow batu sederhana. Kalau dahulu ayah mereka hidup tertekan dan mereka mengharapkan derma dan sumbangan, kini mereka adalah antara penderma utama termasuk sumbangan politik kepada PAS.
Saya menggelarkan mereka orang kaya Nasi Ayam Kampung. Tetapi mereka tidak pernah berubah. Mereka terus setia kepada resam hidup mereka sewaktu miskin dahulu dan mereka terus setia bersama parti politik yang mengajar mereka ilmu dunia dan akhirat.
Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS tidak berasal dari Kelantan. Dia juga tidak berasal dari Kedah. Tetapi hari ini, tentu sekali dia adalah manusia paling gembila mendengar kenyataan Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.
Dato’ Seri Najib Tun Razak, hari ini mengakui keiklhasan PAS di dalam mengesyorkan Kerajaan Perpaduan bersama UMNO. Kenyataan Najib hari ini seharusnya di baca begini,
“Keikhlasan kerjasama Nasharuddin Mat Isa dan Leftenan Jeneral Wan Abu Bakar untuk melupakan usaha mempertahankan kepimpinan Pak Lah dan kini berusaha mengembalikan legasi Tun Abdul Razak di terima Najib”.
Setelah sekian lama bermain secara rali di mana bulu tangkis dipukul ke sana ke mari di kedua-dua belah gelanggang tanpa maklamat yang jelas, akhirnya Najib memberikan bola tanggung.
Nasharuddin yang sudah lama menantikan peluang itu akhirnya menerkam untuk smash. Nasharuddin segera menjawab kepada media, “terima kasih atas kesudian Najib berbincang pelbagai isu yang dihadapi negara tetapi berkata PAS tidak akan jadi boneka kerajaan”.
Pertama kali dilihat seolah-olah Najib dengan Nasha bercakap macam itik dengan ayam. Apakah mereka sebenarnya bermain badminton di gelanggang berlainan?
Berikut adalah laporan The Star,
When asked if he thought PAS was sincere about the talks, Najib said: ”I sense that they are sincere.”
Pressed further whether he was confident that such talks would transpire, he said : “Ini baru titik permulaan. Kita kena risik dulu lah. Macam kita nak kahwin. Risik-risik dulu. Jadi, jadilah, takdir menentukan. Apa bentuk kita tak tahu. (This is just the starting point. We have to make inquiries first. It’s like when we want to get married. We make inquiries first. If happens, it happens, let fate decide. What form (of unity government) we do not know.”
“We have an open mind. We will see what sort of cooperation is suitable and after that we can discuss. There is no problem to it,” he said.
In an immediate response, PAS deputy president Nasharudin Mat Isa welcomed Najib’s willingness to talk on issues affecting the country.
However, he stressed that PAS would not be the Government’s puppet.
Memang jelas bahawa PAS tidak akan menjadi boneka UMNO. Yang jelas akan menjadi bahkan sudah lama menjadi boneka UMNO ialah Nasharuddin Mat Isa, begitu juga Mustaffa Ali, Harun Din, Hassan Ali dan kawan-kawan mereka dari Terengganu.
Apabila datang ke Kelantan minggu lepas ternyata Nasha lebih selesa diselimuti hawa dari penghawa dingin di hotel paling hebat di Kota Bharu daripada dibakar bahang melawat kawasan parlimennya di Bachok.
Mengapa tidaknya, di serata persimpangan jalan ke Kota Bharu, bahkan di pintu masuk utama ke Kompleks Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, terpampang jelas banner-banner yang menyokong Tuan Guru Nik Aziz di dalam usaha menentang gagasan Kerajaan Perpaduan bersama BN.
Kalau dibandingkan diantara sepupu-sepupu saya dan Nasharuddin Mat Isa, saya yakin sepupu-sepupu saya turut berada. Tetapi mereka tidak memilih untuk hidup di dalam ‘Gated Community” di dalam kawasan esklusif yang hanya menempatkan 30 buah banglow sahaja seperti Timbalan Presiden PAS.
Mereka juga tidak pernah mengumpul kekayaan dengan memohon projek dari Kerajaan Negeri Kelantan seperti Nasharuddin Mat Isa. Apalagi mengaut untung atas angin menerusi projek perumahan rakyat?
Mungkin sebab itulah, sepupu-sepupu saya tidak perlu berbaik dengan UMNO dan bercerita pasal agenda Melayu. Kejayaan mereka bukan kerana UMNO dan bukan melaui MARA. Sebagai warganegara Malaysia, sepupu saya menjunjung Rukun Negara yang pertama iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan.
Sepanjang hidup mereka, mereka berserah kepada Yang Maha Kuasa dan mereka buktikan bahawa untuk orang Melayu berjaya, orang Melayu tidak perlu berserah kepada UMNO.
Nasharuddin Mat Isa sebagai pemimpin kanan gerakan Islam, seharusnya belajar dari penderitaan sepupu saya. Allah lebih berkuasa daripada UMNO Barisan Nasional.
Marakbar Nashuddin Isa al-Bodohi..Marakbar Stopa Ali ganu al-Busuki…Tok Guru Nik Aziz moga dilimpahi Allah kekuatan dalam menegakkan Islam yang syumul Allahuakbar…
Mari kita pakat nyahkan Nasharuddin dari bumi Islam Kelantan…Insyallah Allah bersama-sama kita…Ameen
You sounds so bitter lah Sheih… The thought of PAS talking to another saudara seugama riled you that much ha? At the end of the day, what is it that we are fighting for? Is it Ugama, Bangsa dan Negara or PAS memerintah, Husam as PM dan TGNA as menteri Mentor? I still prefer Melayu yang bersatu over the interest of any political party. Even if PAS and UMNO could not get married and live in the same house, atleast they should not try to kill each other or watch helplessly as their brothers are being humiliated and stepped upon.
U**O dah terdesak, Ada Orang P*S pula kemaruk Pangkat dan Harta…..Bak pepatah Melayu ‘orang mengantuk disorongkan bantal’……Maka terpulang kepada Pucuk Pimpinan P*S untuk mendendangkan lagu…….Kerana penyokong-penyokong P*S pula akan tetap taat setia…….kerana tak elok melawan ketua……tapi…..biarlah luncai terjun dengan labu-labunya…….biarkan-biarkan…….kerana kelab penyokong P*S masih sempat berukar untuk memilih Pakatan……dalam PRU ke 13 nanti…..
Ambo sedih bila tengok Sdra seagama cuba merendah-rendahkan kredibiliti org lain. Ambo tau la demo sokong Husam dan Husam kalah kepada Nasarudin, tp ianya bukanlah lesen utk demo buruk-burukkan org lain. Ayat-ayat demo spt berikut:
“……Mereka juga tidak pernah mengumpul kekayaan dengan memohon projek dari Kerajaan Negeri Kelantan seperti Nasharuddin Mat Isa. Apalagi mengaut untung atas angin menerusi projek perumahan rakyat?…..”
Kalau ada bukti, tunjukkan lah!
jika benar apa yang dinyatakan oleh penulis, saya sangat sedih… jika sikap yang serupa turut menjadi amalan pemimpin PAS yang lain, amat malang sekali…
salam,
nak tertitik airmata baca kisah sepupu demo, itulah akidah & universiti politik terbuka kelate selama 30 tahun….
memang anak kelate (baca penyokong PAS)dilayan mcm komunis oleh umno kelate …biasiswa, mara, baja dan bnyk lagi dinafikan hanya kes anak org pas…
tapi bila umno nak mapus , mereka ini berhujah pas-umno samo-samo islam,MELAYU bakpo tak buleh bersatu….dgn DAP kafir buleh…
bro menulis dgn bahasa kasar, agah, kawe setuju..laa nie peringkat atas doh serangan psikologi puak-puak boneka …bahasa lembut dok jalan weh…
apo bezo awang adek MP bachok dulu dgn nasa?
kawe raso mulia lagi awang adek kes dio anak jati perupok!!!
dio belajar tinggi,kaya dan kelik nak tolong org bachok , tapi silap dio masuk umno jah….org bachok relo tohok awang nok ko pas w/pon nasa jadi calon..
ingat biar mapos melayu janji islam naik…
islam naik ,ulamak suk pulok …islam mana weh?
kawe nak cari redha allah, tolong tunjuk jalan , benar lah diakhir zaman ada 72 jalan , hanya satu jalan benar , 71 SESAT,TOGHUT…
YA ALLAH ,TUNJUKKAN LAH AKU, RAKYAT KELATE JALAN YG LURUS,
nasha sepatutnya kena belasah cukup2 dgn gengster..ala2 abg zack buat dekat pegawai mpk hari tu
straycatstrut said:….I still prefer Melayu yang bersatu over the interest of any political party. Even if PAS and UMNO could not get married and live in the same house, atleast they should not try to kill each other or watch helplessly as their brothers are being humiliated and stepped upon.
Go and tell this to umno first and ask them what have they been doing all this time to try to topple PAS Kelantan Govt…??
Also tell them not to contest against PAS at Manek Urai..
this is really ridiculious… totally mengarut..
Alhamdulillah ini semua adalah ujian.. generasi yang akan bangkit selepas ni adalah generasi yang tidak mudah memaafkan apa yang telah dilakukan..
bertapa rendahnya pemikiran apabila adanya sikap elitis dalam diri..
sudahlah.. kita tunggu saja hari pembalasan utk yang memandai-mandai
“Mereka juga tidak pernah mengumpul kekayaan dengan memohon projek dari Kerajaan Negeri Kelantan seperti Nasharuddin Mat Isa. Apalagi mengaut untung atas angin menerusi projek perumahan rakyat? ”
Sheikh, tak syok la… mintak tolong tambah ayat-ayat yang tergantung ni…biar kita semua tau hati-budi pemimpin yang baru kita angkat!
yeah camry 3.0 v6.. i second u.. KUCING LIAR tu memang bodoh dan membodohkan.. buta maklumat dan merogol sejarah.. selayaknya orang sebegini dibutakan mata dan dikerat lidahnya agar dia tahu apa erti pancaindera yang Allah SWT kurniakan.. sama lah KUCING tu dgn Menteri KDN yang baru.. bodoh dan membodohkan..
Salam, nich baru petama gue masuk blog nich..gue sebal banget dengan pimpinan pas nich..tapi emang BONEKA sungguh…boneka ni bila dia tak d gerakan tuan dia ..dia duduk diam..pakat tutup mulut lah..puasa lah..semua org pas d minta tutup mulut dari citer pasal UG…tapi bila tetiba tuan boneka berkokok..boneka yang cantik datang dari monggolia..ahhhh terus boneka pun bergerak-gerak and berbunyi..setau gue yang bolih buat sidang akbar ni Ketua Penerangan..awat SU angong yang dok sebuk mau buat sidang akbar….oooo gue sangka jahat sikit sebabb…mau tunjuk ke Bapak AYAM..yang gue lebih BONEKA..eeeeee…marahlah …gue lagi marah tau…
aku benci politik kotor malaya..!!!!
teringat aku kepada pesanan dari Ustaz Nik Mohammad Amar.. selalu dikatanya agar setiap ahli jemaah kena tetap kepada apa yang telah tetap dalam dirinya.. tetap kepada tunjang perjuangan.. kapal UMNO yang sedang hanyut dan akan karam dek kebocoran jangan kita bermurah hati utk memberi talian hayat utk mereka..
mereka itu ibarat org lemas yang akan bergantung, berpaut kepada apa saja..
aku pon tidak tahu apa sebenarnya UG yang diwar2kan oleh presiden.. tetapi setakat yang aku dgr dari yg balik muktamar.. semuanya bercampur baur tidak jelas, menunjukkan KEBODOHAN kita sendiri.. sesuatu yang nak dicadangkan seharusnya DIPERBINCANGKAN/DITERANGKAN sebaik mungkin, beri masa utk sessi penerangan kepada akar umbi..
ini tidak.. main serbu.. ini lagi BODOH dan MEMBODOHKAN.. patutla KALAH DITERENGGANU & TAK PENAH2 DAPAT MENTARBIYYAHKAN MAJORITI RAKYAT TERENGGANU.. bukan aku memandang rendah org teganu, aku melihat keterbukaan mereka kepada apa yang berlaku disekeliling mereka amat teruk dan menerukkan..
SO.. ingatlah, apakah Rasulullah SAW tidak mengambil peluang dari PERJANJIAN HUDAIBIYYAH… MasyaAllah.. apakah korang tidak mengenal kekejaman UMNO, penyokong dan pendokongnya..
anak tghh patut tulis 1 artikel lah…
“pembantu-pembantu ayahanda ku yang sesat”
Saudara ,
tak ada cara lain kah untuk kita buang mereka ini dalam PAS
baik melalui undi ke atau apa2 yang boleh menghalang mereka dari terus bercakap atas nama PAS.
Kami sudah bosan , dan bimbang keadaan PAS dalam Pakatan sekarang , disebabkan dua tiga ekor kerbau ni lah habis kita .
Kami akan menyokong dan tetap dalam perjuangan sekiranya apa2 terjadi terhadap PAS untuk mengusir mereka yang bertopeng ini.
Salam perjuangan
kalau nak merisik pompuan buat bini, dah tau perangai cam si Rosmah buat apa!!!
sabda nabi – biasa wanita dikahwini dengan sebab empat, sebab cantik, sebab kaya, sebab keturunan, dan sebab agama. tapi (sabda nabi) pilihlah yang ada agama.
kalu nak beristeri dengan umno pun, kena tanya balik, apakah ada ciri2 tu pada UMNO/BN?
1. apakah Umno cantik? (perangai mereka yang duk junjung umno tu cantik kah?),
2. apakah umno tu kaya-raya (kaya umno tu boleh tumpang untuk dunia akhirat kah?, kalau dah tau akan muflis di akhirat, nak berkahwin ngan umno buat apa, tak de masa depan di akhirat kelak)
3. apakah keturunan UMNO? (Keturunan melayu kah, keturunan benih penjajah kah?)
4. apakah umno dukung Islam? (apakah Islam hadhari, apakah pemikiran sekular umno, apa bukti-bukti sejak sebelum merdeka dan sampai skrg umno ini parti Islam?
Susah betul kalau negara kita terlampau political untuk segala-galanya. Akhirnya yang susah rakyat, ahli politik hanya menyukarkan keadaan.
To those (PAS Members) who voted for UG team…you got the leader that you’ve choose….
yeah republican reds… betul susah.. memang susah kalo semer bende dipolitikkan..
setelah kerajaan negeri dipilih, patut nya federal kena bagi geran dan segala macam yg sepatutnya negeri dapat.. ini idak… DAH 20THN KELANTAN MERANA… MEMALI APA CITER.. ARWAH SAMAD GUL APER CITER.. ARWAH DR. ZULKIFLI APER CITER??
aduhai.. sejak biler plak UMNO ni menegakkan melayu dan islam.. Islam dah lama buang dah.. melayu aper citer?
yea ahh abe donut JLo.. aku pun duk nanti ape kata USTAZ NIK ABDUH.. dia member baik USTAZ AKHILL HAI ker..?
Kpd pencuci Trojan, kalau perlu sampai ke situ, akan sampai juga kita akhirnya. Buat masa ini cukup saja kita sebut sebagai tragedi Bunut Susu sahaja.
Ambo sokong demo syeìh..Naik smangat ambo baco tulisan demo…Kito tolok (u,g)..
Masa kawe kerja kak S’pura dulu,tahun 7 pulohan,pernah terjupa sore anak muda dari Tupat Kelate.Dia masuk wad kat Hospital Alixander sebab cedera masa kerja di tapak pembinaan.Dia pas HSC 2 Principal dan 2 subsidery.Jame tu pas lagu tu bolih masuk U .Keluarga dia tak mampu.Kawe here pasa apa dia ni Melayu,biasiswa berlambak utuk ore Melayu.Dia cerita dia tak dapat biasiswa pasa keluarga dia ore Pas.
Kawe ini Cina kapong Kelate.Bolih lah sikit kecek Kelate.Masa periksa dulu Bahasa Melayu dapat A1 SC/MCE.Tok dapat biasiswa kerajae Malaysia.Gi S’pore dengan biasiswa Lee Kuan Yew.Rama ore kata tak dapat biasiswa pasa biasiswa utuk ore Melayu saja.Peliknya ada anak anak toke Cina yang tak sehebat saya dale peperiksaan dapat biasiswa utuk keluar negeri.Ini lah cara UMNO dan MCa buat kerja.Kaut semua harta negara utuk puak puak dia saja.Sapa la ni pun kawe ras tak rela puak puak ni guna duit cuka hak kawe baya nak nak taun.
Sedara Sheikh tolong jange sebut nama asa kawe,kalu bolih tulis nama Cina Kapong
salam semua..
Kita semua kena bersatu menentang kerja-kerja mereka yang ingin kepada UMNO… selain dari tulisan-tulisan kita juga boleh paparkan gambar mereka dua orang meminta letakkan jawatan sebagai tanda protes kita terhadap mereka… Saya dah lima hari enam hari menampalkan gambar mereka diblog saya sebagai tanda protes…
Bro Nawi,
establish PAS phase 2 , PAS Baru ? membership confine only to those who were borned in Kelantan….
saya menyokong penuh kepimpinan dan matlamat perjuangan Tok Guru Nik Aziz dan Husam. walaubagaimanapun, jgnlah disempitkan dan cuba diwujudkan assabiyyah dlm PAS. PAS bkn utk rkyt sesebuah negeri atau kaum/bangsa tertentu…PAS FOR ALL!
“Akibat dari rentetan insiden yang berlaku, Ibrahim Ali dan beberapa pemimpin UMNO telah mengapi-apikan keadaan sehingga berlaku rusuhan. Akibatnya, Parlimen mengisytiharkan Kelantan diperintah di bawah akta Dharurat.”
Betul sdra, saya masih ingat kisah itu.
Bagaimana kalau kita mengundi semula di PARLIMEN BACHOK.
Kita lihat siapa yang kena.
Dear MR,
Nak tahu mailah KL, kita jumpa Kat Bungalow more than a millon at Taman Bukit Mahkota, the way to Nilai, NS and before Taman Peringatan Nilai ( Nilai Memorial Park )
Sheih,
sudah-sudah la tu. Kalu demo tok suko perpaduan that based on race (melayu), ok la…kawe pun sokong. Tapi at least demo usahakanlah biar ada perpaduan dalam PAS. jange la pulok jadi batu api, duk peghangat puok2 demo bia beci ko pemimpin2 which was democratically elected. Majority perwakilan dah pilih puak2 hok pro UG, terima je lah…
heran bin ajaib sunggoh, lepah ust nasha buat muqabalah nga umno & lebih2 lg lepas husam kalah, baru demo perasan ustaz nasha mitok project kerajae negeri la, duduk kwsn elite la, bakpo nya sebelom ni senyap kotek…cover line eh?
Sahabat, assobiyyah ni buke setakat based on bangsa je, kalu based on semangat kenegerian pun lebih kure samo la tu. Kawe pun sayang jugok ko tok guru nik aziz, tapi kali ni kawe rasa, kawe tok brape setuju dgn pendirian tok guru. I guess we can always agree to disagree on that. As long as kita ikhlaskan perjuangan kita semata-mata kerana Allah (bukan setakat percaturan politik), insyaAllah kita akan sentiasa di dalam barakahNya…
Brother Sheih,
Setelah mendengar dan melihat ulasan Timbalan Presiden PAS di kaca Televisyen serta menilai reaksi beliau yang begitu teruja hendak memaklumkan kepada Presiden PAS yang berada di luar negara, maka sahlah bahawa kedua-dua Pemimpin PAS ini memang berusaha untuk mengadakan kerjasama atau ikatan perpaduan dengan UMNO. Oleh itu tak usahlah diusik atau diagnggu mereka lagi…….Mungkin sekarang sesuai masanya PAKATAN memikirkan langkah selanjutnya untuk PRU13 tanpa PAS sebagai ahli mereka…………
1. kapal UMNO akan karam bila bila masa.Siapa yang naik kapal UMNO akan naik kapal PAS.
2. Tapi anehnya ada kelompok dalam kapal PAS sediakan peralatan upaya kapal UMNO tidak akan tenggelam.
Saya tak sokong mana-mana puak tapi hanya sokong pas masa ngundi saja. Saya setuju dengan pendapat emzee. Tak soh lah dok laga-laga dikalangan kita pulok. Umno lagi suka kalu lagu ni. Beri chan kepada yang benag buat kerja mereka. Muktamar lagi sekali tukar lah kalu tak setuju. Kalu buat macam ni pas akan jadi kelam kabut dan puak yang menang jadi abu dan puak yang kalah jadi arang – sama-sama tak utong. Masing-masing puak hendaklah ikhlaskan perjuangan untuk Allah swt bukan untuk kedudukan dan keuntungan dunia.
Walllahhualam.
Wany.
alangkah bagusnya kalu mat sabu dan husam beralah dan lawan satu dgn satu dgn nasa haritu..dah tentu menang!!!!kalu benarlah si ulamak ni..jenis macam ulamak umno…tak kan kickdefella tak ble wat something utk kick de felaa!!!
mapuh gini
tulisan yg bagus untuk menghentam boneka umno…
tapi kenapa peluru disasarkan hanya kpd satu target..?
dalam Pas bukan nasha sorang je boneka umno.. ustaz hadi pun sama… nape tak serang dia skali..??
tak berani hentam hadi sebab hadi ulama..?? hehehe bagi aku..ulama maknanya orang alim / orang cerdik..
tapi di mana cerdik nya bila sanggup jadi boneka umno..?
harap hadi awang letak jawatan sebagai presiden secepat mungkin..
Bro,
Bongkar la cepat apa yang tak kena dalam kerajaan Tok Guru. Kawe tok se tengok doh muka nasha yang nazak dalam negeri kito ni. biar dia balik negeri. Kawe raso ada ko takdok pun ida kat bachok tak dok effect pun. Mari kita pakat pesan ko Nasha, jange turun la ko kelate..lebih-lebih lagi Manik Urai…….nanti peluang nak menang hancur sebab si mamat bedebah ni.
Look interesting,in this case let discuss the brides and bridegroom ? and what will happen too ?
1) Najis is not handsome bridgegroom.
2) Nasha and AdiWang look not sexy to be brides.
3) Can not last.
4) He would say no taste lah!! I had tried the sweet Mongo
5) The two brides would then carry with the “PUS” sign instead “PAS”
6) Can not even become Ministers of “PUS”
“Mereka juga tidak pernah mengumpul kekayaan dengan memohon projek dari Kerajaan Negeri Kelantan seperti Nasharuddin Mat Isa. Apalagi mengaut untung atas angin menerusi projek perumahan rakyat? ”
biar betik bro…
takkan Nasha sorang ajer….
yg lain-lain bersih sangat ker?
as i said before….
nak buka pekung Nasha…
last-last ter’buka’ pekung orang yg kita sokong….
hati-hati yer….
terutama dgn LADANG RAKYAT area G.Musang n Lojing…..
Sheih Said: Kenapa dengan Ladang Rakyat dan Lojing. kalau ada bukti serahkan. Jangan nak cemar nama baik Ustaz Mad TMB Kelantan tak tentu pasal. Ladang Rakyat adalah dibawah ustaz Mad dan dia adalah seorang yang berintergriti tinggi di akui kawan dan lawan. Dan kalau nak kata ini cerita lama sebelum Ustaz Mad, takkan Ustaz Mat Iraq pulak? jangan nak cemarkan intergriti Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan.
Amba nak royat sikit jah. Hak nak kerajaan perpaduan tu adalah karut tapi kalu nak bual sambil minum kopi dengan Najib atau Muhyiddin ok la. Tapi kalu sampai perancur ahli-ahli dan penyokong PAS baik tak soh la abe nasa. Kita tahu sokmo dah UMNO ni memang pakar bab perangkap orang. Pah bak po dok nok baik sampai Tok Guru marah. Amba nak sampai di sini beberapa orang tidak di benarkan berkempen di Manik Urai Tok Guru Haji Hadi, Mustapha Ali, Nasaruddin Mat Isa, Tantawi, Azman Sapawi, Dr Hassan Ali, Harun Din, Mat Iraq, Roslan Shahir (SMS) penganjur blog muktamarpas.blogspot.com, Syed Muhamad Syed Hassan, Suhaimi Embong penganjur antihusam.com dan semua yang nak kepada Kepada Kerajaan Perpaduan. Kehadiran mereka akan menyebabkan terjejasnya peluang untuk menang. Sebab tu la jangan buat benda yang boleh menyebabkan orang Kelantan marah. Untuk makluman di Kelantan, jumlah penyokong Kerajaan Perpaduan tak sampai 0.5 peratus dan yang menentang dan di belakang Tok Guru Nik Aziz 99.95 peratus. dema kena faham, orang Kelantan tetap dengan Tok Guru dan perangai orang kelantan kalu marah dia marah sungguh dan sampai bui kelewang. Cuba lah Mustapha Ali atau Nasaruddin masuk dekat Tok Guru lo ni kalu tak kena sembur…..
Satu lagi mek nak royat, Nasaruddin ni ada rumah mewah dan pada pandangan amba dia termasuk dalam golongan elit bila rumahnya bernilai 1 juta lebih. Lengkap dengan jaga depan rumah, Nak jumpa macam mana lagu tu… banyak dia ada pitih….mari mana ???? Jual rumah lama RM 300,000, buat pinjaman RM 300,000 (maksimun Ahli Dewan Rakyat), pampasan Ahli Dewan Rakyat 1999-2004 RM80,000 lepas hok lebih tu mari mana ???? Bulih jadi ko hak lebih nak cukup tu dia mabik di Bunut Susu? Ada orang royat dia …….. biar dulu mek tak sey oyat lagi… Tapi kalu dok main dengan Kerajaan Perpaduan, Nasaruddin mungkin tidak lagi boleh bertanding di Bachok dan kalu pelahap sangat nak jadi Menteri biar Najib lantik Senator dan letak lah jawatan di Bachok.
Sheih sebenarnya tak tahu yg halatuju UG tu akan menguntungkan PAS, untung jangka panjang dan untung jangka pendek. Sheih dan orang yang sewaktunya dengannnya akan kritik UG tanpa melihat manafaat yang tersirat.
Apabila Najib kata dia nampak PAS sincere, Nasharuddin pula sambut dengan lapang dada, Najib kata sekarang ini merisik-risik, ada jodoh jadilah kahwin.
Kita patut nak tahu siapa suami, siapa isteri. Yang kuat bising berkenan nak kahwin ni dimulai oleh PAS, agaknya PAS-lah yang jantannya, Takkan PAS nak jadi timba cari telaga. PAS pimpinan Ulama ada maruah dan sangat bersopan. Kenapa PAS tidak ikhlasnya, kerana nak kahwin dengan UMNO pemimpin PAS sanggup melihat perpecahan dalam parti sendiri, sanggup bercanggah dengan TTGNA yang selama ini di anggap keramat hidup PAS. Takkan kita nak beranggapan kedua-dua yang nak kahwin ini nak jadi suami, bunyi lain macam, kalau nak register kahwin juga maka kena pergi ke Amerika, baru kedua-duanya jadi suami.
Untung jangka pendeknya, tunggulah dalam sehari dua lagi Najib akan umumkan UMNO tak akan bertanding di Manik Urai. Pengumuman itu dibuat macam UMNO tak bertanding di Penanti. kalau bertanding sekalipun agak sukar untuk UMNO menang ; Najib akan kata “kerana menghormati keihklasan PAS untuk membentuk UG bersama UMNO dan lain-lain komponen BN, maka sebagai tanda keikhlasan UMNO, UMNO akan membiarkan PAS menang tanpa berlawan di Manik Urai, lagipun kalau PAS menang pun, yang menang tu ada komponen dalam kerajaan UG yang saya terajui juga”. Tak kan sendiri mahu lawan.
Adapun keuntungan jangka panjang sudah tentu banyak, selama ini pemimpin PAS mengamalkan sikap ‘sedikit sama dicicah” maka selepas menyertai kerajaan UG maka pemimpin PAS bolehlah mengamalkan “Banyak sama digerkah”. Agaknya inilah ‘hasanah fi dunya’ yang disegerakan
Saya akan aktif dalam PAS selepas ini, siapa-siapa yang berniaga kereta CRV ke, mercedez ke, BMW ke atau ada projek perumahan mewah jangan write off saya; bersama kita bersatu….
Apalah kiranya .. kita minta dan ajak Tok Guru Nik Aziz yang kita sayangi buat munajad dan solat hajat perdana di Stadium Sultan Muhammad IV,mohon akan Allah Taala supaya perancangan JAHAT UG dilaknati dan para pendokong mereka kecundang dan dimakan hina.
Ketahui dan ingatlah …
air mata pejuang Pas yang setia, telah lama menjadi saksi derita.
berkorban harta malah nyawa menentang kezaliman UMNO.
Alih-alih dengan sekelip mata … Pemimpin utama Pas pendokong UG sanggup lupa peristiwa duka, mana hilangnya suaramu dulu yang mengajak ahli Pas berjihad.
Peristiwa Tragedi Mamali masah membasah dalam ingatanku !!
Camry 3.0 V6 (16:46:02),
I don’t have to tell UMNO anything. If you noticed, they are quite receptive about it. I can’t tell them to stop contesting Manek Urai either because they are still two opponents who claimed to represent the same people. Isn’t that the more reason why they should start talking about perpaduan instead going after each other’s throat?
nawi (17:10:48) said, yeah camry 3.0 v6.. i second u.. KUCING LIAR tu memang bodoh dan membodohkan.. buta maklumat dan merogol sejarah.. selayaknya orang sebegini dibutakan mata dan dikerat lidahnya agar dia tahu apa erti pancaindera yang Allah SWT kurniakan.. sama lah KUCING tu dgn Menteri KDN yang baru.. bodoh dan membodohkan..
———–
Nawi, I don’t think I am that bodoh and that buta sejarah. I know what happened before. So far, you argued on the same basis that you pandai, I bodoh; you baik, I jahat…
You see, I am not talking on behalf of UMNO whom we know as it is, bad and corrupt. I am talking as orang Melayu Islam who believes that we should be united for our own good. Yes, history teached us that it failed before but if there is any lesson to be learnt, it would be not to repeat the mistakes that made it failed. Perpaduan is not wrong and is even dituntut in Islam. I am sorry if u think that I merogol sejarah but maybe we saw and learnt different things from it. Just because I believe that perpaduan melayu should be above UMNO and PAS then “selayaknya orang sebegini dibutakan mata dan dikerat lidahnya?” Nawi, I pun sembahyang 5 waktu mengadap arah yang sama.
Adakan EGM, buat usu tak percaya kepada mereka yang nak bersekongkol dengan UMNO
“This is really soothing,’’ he (Nash) says as he serves up a cuppa late in the night at his spacious bungalow in Bandar Bukit Mahkota, near Nilai, which looks deserted at that hour.
The exclusive housing area has about 30 bungalows and the guard at the entry post instantly offers to lead me to Nasharudin’s home without even asking to do so.
“At this hour, they know that any visitor must be for me. And the early ones too,” the PAS No. 2 says with a laugh.
The living hall looks immaculate with fine touches, with Nasharudin attributing it to his wife Munirah Mahmod’s “designer” skills. – Ayoh Lan petik dari http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/5/31/focus/4018293&sec=focus.
Biar Ayoh Lan terjemah sikit pada set Tganu totok yang dok pahang Inglis,
“Ini memang menyamankan”, Kata Nasharuddin seewaktu dia hidangkan Teh Susu kepada saya (Paul Gabriel) lewat malam di banglownya yang sungguh besar itu di Bandar Bukit Mahkota dekat Nilai yang kelihatan kosong di waktu malam.
Kawasan perumahan ekslusif itu menempatkan hanya 30 buah banglow dan pengawal keselamatan serta merta menawarkan menghantar saya ke rumah Nasha tanpa bertanya apa-apa.
“Pada waktu begini, mereka tahu, hanya saya yang ada tetamu”, Orang nombor 2 PAS ketawa.
Ruang tamu rumah tersebut nampak cukup hebat dengan sentuhan yang cukup halus dan rapi, kata Nasharuddin itu adalah sentuhan ‘pereka’ dari isterinya Munirah Mahmood.
Jadi la ni Ayah Lan nak tanya, sebab apa kita nak kecoh-kecoh. Pemimpin UMNO pun duduk rumah jauh lagi hebat pada tu. Apa yang susahnya. Nasha nak berbaik dengan UMNO mestilah setidak-tidaknya nampak setaraf dengan set UMNO. Takkan lah nak duduk rumah kayu macam Ustaz Hadi atau Nik Aziz?
Nak bukti mari ana bui bukti. Ceritanya gini, Nasha bawak maghi pemaju dari (disunting) jumpo (disunting) exco kelate. Nasha mintok projek pakai cable (disunting) hok waktu tu exco (disunting). Exco tu jugok (disunting) perhubungan pas kelate dan ahli dewan harian, bawak dalam mesyuarat dan kata hok ini tokleh kacau sebab hok Timbalan Presiden. Bawok gi exco meeting lulus. (Disunting) pun bayar pitih ke Nasha. Kira pitih Komisyen lah tu. Apa hok susohnya. Apa hok doso haramnya. Nasha dok make suap, Nasha make pitih komisyen. Razak Baginda pun make pitih jugak. Kita kalu nak saing dengan ubn kena lah belajar style ubn. Jage jadi bodo kuro supo DAP. Pah bilo tak kayo weeeei.
Abraham Lincoln said- Am I not destroying my enemies when I make them my friends?
Also love our enemy -it will drive him nuts.
Big shot s are usually small shots who kept on shooting
Ustaz mat iraq mana ada intergriti, dia sendiri bawak tauke cino jupe huse mintak huse lulus projek. Berapa doh tauke cina tu kata dia doh setuju nak buwi ke Mat Iraq? Wakpo Huse tak lulus projek tu? sebab huse tak tergamak tengok ketua dewan ulamak pas pusat (waktu tu) dibeli oleh tauke cina!
rozali ahmad said,
“Untung jangka pendeknya, tunggulah dalam sehari dua lagi Najib akan umumkan UMNO tak akan bertanding di Manik Urai.”
pandangan ambo, kalau itu berlaku, ia hanya satu usaha untuk membantu memulihkan ‘kredibiliti’ hj hadi, tak lebih tak kurang. ‘kredibiliti’ dia teruk terjejas – UG hanya untuk masa paklah, nape semasa ucapan penggulungan di muktamar 55 baru ni, dibangkitkan UG?
dalam bab kahwin, pas yang tidak ada kuasa telah berlegak perigi mencari timba. umno is in power, dia jantan, umnolah yang mesti merisik pas untuk dijadikan isteri bukan sebaliknya.
kepada straycatstrut, tak payahlah kita membantu menyokong membaiki nasib melayu kepada mereka yang telah mengkhianati melayu. janganlah buta hati dengan perbuatan serta tindak-tanduk yang telah mereka laku dan tunjukkan. perpaduan melayu-islam sekali gus menolak cina, india bangsa-bangsa lain islam. apakah ia yang diperjuangkan oleh rasulullah saw dan para sahabat? untuk penyatuan, rasulullah saw telah berpesan supaya umatnya yang bertelagah kembali kepada al-qur’an dan sunnah, siapakah yang terang-terangan menolaknya?
bab sembahyang 5 wakyu, mengadap arah yang sama, itu kita serahkan kepada Allah, semoga dengan kemurahanNya, kita menerima ganjarannya. bagaimana pula yang sembahyang 5 waktu, mengadap ke arah yang sama tetapi pada masa yang memperkecilkan hukum?
wallahu’alm
Nasaruddin is a letdown to all Malaysians that voted for PAS in the last GE.
I am for teaching PAS a lesson at Manek Urai and the next 13GE. PAS needs to be taught a very painful lesson in the next GE so that they will not betray the rakyat who voted for them.
I hope in the next GE, Kelantan will fall back to UMNO. After so many years of PAS rule, it is time to allow Kelantanese to experience a change.
abe straycatstrut…
bro.. i’m just another unwanted & uninvited person.. person whom u will not recognise.. like a small tiny sand particle on ur italian shoes..
bro.. i’m talking for the sake of lot of voices whom were not heard loud enuff in our country.. i’m represent myself.. i am malay and i grown up in a malay way of life ( adat resam ).. u know what is the meaning of MALAY ADAT RESAM & CARA HIDUP? if ur answer is yes.. possibly u still not learn much.. my answer is i must learn much about malay.. CAN U DESCRIBE WHAT IS THE HISTORY OF KESULTANAN MELAYU MELAKA? describe to urself only, becoz i myself in the process of learning also..
point is, u know little if u live static in a same place for along time.. so.. what is so great about being malay..? bro, people like u “tumbuh seperti cendawan lepas hujan” selepas 8mac08.. that’s all i wanna said..
JEMAAH PAS had longing for unity for so long as i can remember, we ask UMNO to let go SEKULAR & KEBANGSAAN and go back to what were versed in our religion.. we ask UMNO let go keganasan, ketidakadilan, rasuah, penyelewengan dsb..
alahai.. cukuplah..
lepas ni bungkus lah kedai nsi ayam kampung sepupu hang tu
aku nak lancar mogok
pirahhhh kaki mabukkkk
setann
Hamba setuju benar dengan pandangan tuan, cukuplah Allah s.w.t sebagai saksi, wali dan penolong kita..
Kerajaan Perpaduan Dan Persaudaraan Islam
Disiarkan pada Jun 14, 2009 dalam kategori Politik |
Istilah ‘kerajaan-perpaduan’ menjadi panas. Saya sendiri tidak pasti apakah maksudnya. Mungkinkah ia seperti ‘Islam Hadhari’ yang muncul istilah dahulu, maksudnya dicari kemudian. Apapun bagi saya, sebagai seorang muslim saya amat gembira dan bahagia jika sesama muslim dapat berdamai dan mencari jalan ke arah kemaslahatan umat.
Orang yang enggan melihat sesama muslim cuba berdamai ialah manusia yang dirasuk syaitan samada disebabkan dendam kesumat yang tidak habis-habis atau fanatik yang bukan-bukan, atau buruk sangka yang tiada tepinya. Melainkan jika dia dapat buktikan bahawa perbalahan sesama muslim itu lebih besar kebaikan daripada perdamaian. Allah menyebut: (maksudnya)
“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat” (Surah al-Hujurat: ayat 10).
Jika dahulu perkataan ‘asabiyyah’ itu diwakili oleh ketaksuban kepada kaum atau kabilah sehingga berlaku perbalahan dan peperangan, namun hari ini ‘asabiyyah’ itu menjelma dalam bentuk parti, kumpulan, jamaah dan berbagai lagi bentuk perkumpulan manusia. Lalu manusia berbalah kerananya. Nabi s.a.w bersabda:
“…Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah”. (riwayat Muslim).
Dalam riwayat yang lemah sanadnya (tetapi dikuatkan dengan hadis tadi) dikatakan Nabi bersabda:
“Bukan di kalangan kami sesiapa yang menyeru kepada ‘asabiyyah, bukan sesiapa yang berperang atas ‘asabiyyah, dan bukan di kalangan kami sesiapa yang mati atas ‘asabiyyah” (Riwayat Abu Daud).
Penyakit ‘asabiyyah bukan sahaja dalam bentuk perkauman arab, atau parsi atau melayu tetapi juga dalam parti-parti yang dibentuk dibawah nama ‘demokrasi’ hari ini. Segala prinsip dan kewarasan hilang hanya disebabkan ketaksuban kepada parti atau kebencian kepada ‘pesaing parti’. Sehingga yang kononnya berjuang untuk arab atau melayu boleh berpakat dengan bukan orang lain untuk menindas kaumnya.
Demikian yang kononnya berjuang untuk Islam boleh berpakat dengan bukan Islam untuk bermusuhan dengan orang Islam. Bahkan ada yang kuat ‘kebangsaannya’ boleh menghina bangsanya hanya kerana berbeza parti. Bagitu yang kononnya kuat Islam bukan berkawan dengan sosialis, kapitalis, bahkan anti-negara Islam, tetapi berang jika diajak berdamai dengan orang Islam. Parti telah membentuk ‘asabiyyah yang menakutkan dan mencerai-beraikan orang Islam.
Saya amat berharap umat Islam dalam negara ini keluar dari kemaslahatan parti kepada kemaslahatan umat yang lebih besar daripada parti. Nabi s.a.w memuji al-Hasan bin ‘Ali disebabkan beliau telah melakukan tindakan yang menyebabkan perbalahan antara penyokong Mu’awiyah r.a. dan penyokong ‘Ali r.a dapat diredakan. Abu Bakrah r.a menyebut: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di atas mimbar sementara al-Hasan bin `Ali berada di sebelahnya. Baginda menghadap ke arah orang ramai dan kemudian kepada al-Hasan, lalu bersabda: “Sesungguhnya anakku ini adalah seorang tuan, mudah-mudahan Allah mendamaikan dengannya dua puak yang besar daripada orang-orang Islam” (Riwayat al-Bukhari). Hadis ini menjadi kenyataan apabila Saiyyidina Hasan telah mengundur diri dari kerusi pemerintahan dan menyerahkannya kepada Mu`awiyah selepas kewafatan ayahnya Saiyyidina `Ali. Mu`awiyah dengan itu menguasai pemerintahan sepenuhnya dan tahun tersebut dinamakan oleh orang Islam iaitu “tahun perpaduan” (Ibn Kathir, Al-Ba`ith al-Hathith, m.s. 177, Beirut: Dar al-Fikr). Di samping itu, Mu`awiyah sendiri mempunyai hasrat perpaduan di mana beliau berkata:”Siapa yang akan menjamin orang Islam (sekiranya dibunuh ayah-ayah mereka)” (Riwayat al-Bukhari). Ibn Taimiyyah dalam ulasannya menyebut: “Nabi s.a.w. memuji al-Hasan kerana perdamaian yang dilakukannya dan menamakannya sebagai sayyid iaitu `tuan’. Ini kerana, Allah dan RasulNya suka dan redha terhadap apa yang al-Hasan lakukan. Andainya peperangan yang berlaku antara orang Islam itu diperintah oleh Allah dan RasulNya, tentu Rasulullah tidak akan memuji langkah perdamaian yang diambil oleh al-Hasan. Kalau peperangan itu suatu yang disuruh oleh Allah dan RasulNya, bererti al-Hasan telah meninggalkan suatu kewajipan atau perkara yang disukai Allah. Hadis ini adalah dalil yang jelas bahawa apa yang dibuat oleh al-Hasan adalah sesuatu yang terpuji.”(Ibn Taimiyyah, Al-Khilafah wa al-Mulk, m.s. 84).
Di Malaysia, kita tidak pun tidak mengharapkan parti-parti umat Islam ini menyerah kuasa antara satu sama lain. Ya, kita perlukan imbangan kuasa antara kerajaan dan pembangkang. Apa yang kita harapkan mereka dapat duduk semeja membincangkan tentang maslahat umat ini terutama yang membabit isu-isu khusus umat Islam. Apakah langsung tidak persamaan pendirian atau sikap antara UMNO dan PAS dalam isu-isu khusus? Kita boleh berbeza atau berselisih sekalipun, tetapi kena ada titik-titik persamaan mengenai kemaslahatan umat dan rakyat. Berfikirlah atas landasan nas dan ukhuwwah islamiyyah melebihi sikap ‘tegar’ yang hanya mengikat diri dengan belenggu kepartian semata-mata. Islam itu bukan sekadar politik, Islam juga akidah, akhlak, ekonomi, pendidikan dan berbagai lagi. Apakah dalam keadaan gentir ini tiada langsung nafas untuk memikirkan kemaslahatan umat dalam masalah-masalah khusus kita? Jika UMNO dan PAS boleh duduk bermesra dan bermanis dengan mereka yang berbeza prinsip dan perjuangan, apakah langsung tiada ruang sesama mereka. Marilah kita bimbangi apa yang Nabi s.a.w sebut:
“Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Sebab itu ketika saya bersembang panjang dengan Tun Abdullah di London dua minggu lepas, saya mencadangkan agar duduklah UMNO dan PAS berbincang dalam perkara-perkara di luar isu politik. Belajar faham memahami antara satu sama lain. Niatkan kerana Allah, bukan kerana parti.
Jika pun mereka pernah ada rekod buruk perdamaian sebelum ini, namun zaman dan masa sudah berbeza. Semalam sudah tidak sama dengan hari ini. Hari ini manusia lebih matang dan keadaan lebih getir. Jangan lagi berbincang bermula dari titik tolak kuasa, tetapi berbincang dari titik kemaslahatan umat. Jika benar ada keikhlasan, keberkatan akan datang. Jika niat ikhlas inginkan perdamaian, Allah akan membuka jalan kebaikan. Kalau kuffar musuh Islam ingin berdamai, kita disuruh sahut perdamaian. Inikan pula sesama muslim. Firman Allah: (maksudnya)
“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui” (Surah al-Anfal, ayat 61).
Ada pihak yang berkata perdamaian antara parti-parti orang Islam akan memangsakan orang ‘lain’. Saya hairan, apakah setiap kali jika dua golongan berunding maka pihak lain pasti menjadi mangsa?. Saya fikir jika muslim yang berbicara demikian, dia seorang yang sama dengan pengikut Abdullah bin Saba yang mencetuskan peperangan antara ‘Ali dan ‘Aishah. Mereka itu apabila melihat ‘Ali berdamai dengan ‘Aishah r.ha, mereka mencetuskan serangan mengejut sehingga mengheret umat Islam bertempur sesama sendiri.
Menurut Ibn Kathir (meninggal 774H), apabila mendengar keputusan `Ali untuk berdamai, mereka yang terlibat dalam peristiwa pembunuhan `Uthman iaitu para pemberontak yang ada di dalam tentera `Ali menjadi takut. Mereka berbincang sesama sendiri dan berkata: “Mereka telah berdamai atas darah-darah kita”. Maksud mereka perdamaian ini bererti senjata akan dihalakan pula ke arah mereka.. mereka terus berbincang, akhirnya `Abd Allah bin Saba’ mencadangkan agar mereka memulakan api peperangan agar peperangan tetap tercetus..sebelum menjelangnya waktu subuh mereka telah melancarkan serangan terhadap tentera-tentera `Aisyah dan `Ali secara serentak menyebabkan kedua-dua pihak menyangka bahawa pihak yang satu lagi telah mungkir janji. Tentera `Aisyah telah menyatakan: “Tentera `Ali telah menyerang kita”. Sementera tentera `Ali pula menyatakan: “Tentera `Aisyah telah menyerang kita”. Maka tercetuslah peperangan Jamal yang menyebabkan kematian yang begitu banyak…(al-Bidayah wa al-Nihayah 7/249, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Kata Winston Churchill: “History repeats itself because no one was listening the first time”.
Malam kawe baru berkecek dengan saing kawe pasal sepupu demo Nasi Ayam Kampung, kedai dia hok terbaru hok TGNA gi rasmi di S.alam hari tu. Org rumah kawe pun org Kg Tikat. Kawe setuju bahawa Kg Tikat kuat Pas, tp bini kawe blh jadi cikgu kerajaan coz dia lahir di era Pas dah kuat di seluruh negara. percayalah rezeki Allah ada dimana2. Takhbir!
Nasa semasa menjadi Mp Yan tahun 1999 telah memecah belahkan kepimpinan di Kawasan Yan (sekarang Jerai). Sehingga hari ini krisis dalaman dikawasan Jerai ini belum dapat di atasi sepenuh nya.Sekarang beliau berjaya memporak peranda kan Pas Pusat pulak. Apa jenis manusia Nasa ni???
kepada abe hussin abd aziz.. terima kasih kerana penjelasan pasal mengadap kiblat yang sama..
ambo nok tamboh sor jah.. ISLAM BUKANLAH SEKADAR RITUAL.. ISLAM ADALAH CARA KEHIDUPAN.. BONGKARLAH TERJEMAHAN AL-QURAN.. carilah ISLAM abe straycatstrut.. bukan ISLAM MELAYU @ ISLAM AYAH PIN..
Kawe tak jadi ahli pas pon tapi kelik ngundi pas di kuala krai. Tak pahe sungguh la ni asyik nak kekah pasal UG. Kalu parah sangat kawe pun naik benci denge PAS. Berjuang Islam tapi perangai mace budok-budok tak sekolah. Kalu nak sangat sokong UMNO koho-koho tarik diri jadi ahli PAS. Kemudian istihar masuk UMNO. Ganjarannya akan dapatlah nanti. Tengoklah sejarah oghe kuat PAS masuk UMNO. Setahun dua berilah pangkat masuk penggal lain sepak terajanglah jawabnya.
Nak baik dengan UMNO tak salah tapi kalau sampai tawar menawar kuasa tak patut.
Ambo ni saing ramai juga. Ada kawe cerito dia pernah bual dengan bekas mufti. Bekas mufti ni kato buke mufti-mufti tak tegur kerajaan UMNO yang sombong agah tu. Tapi oghe politik UMNO ni buat lembu kenyang saja. Nasihat ulama masuk telinga kanan tubit telinga kiri. UMNO sejak asal lagi takutkan ISLAM. Masuklah lulusan agama dalam UMNO jawabnya terpalit busuk takleh buat apa.
Tapi sekali pikir PAS dlm PAKATAN pun tak kemana. Asyik kena main saja. Anwar dengan mimpi dan retoriknya nampaknya dah tak garang lagi tak ada modal. Dulu dengan 16 septembernya bukan main galak sekarang malu sendiri. DAP pula selalu main kasar tak pandai hormat orang lain. PAS takkan jadi pak turut saja.
Lagu ni pening nak mikir. Ngundi ni entah nak kelik atau tidak. Kalu ingatkan Tok Guru, aku keliklah juga. Kalau ngenang ko Nasha… huh! tak tahu apa yang dia buat untuk kemajuan PAS. Bila isu UG timbul baru akhu tahu dia no,.2 dale PAS
Yang nak kt UMNO tu memang bangang, tp perwakilan yg mengundi pihak yg nak kat UMNO tu LAGI BANGANG.
Sheih,
Saya sangat sedih Nasha dan Hadi menolak nasihat Tok Guru Nik Aziz.
Satu-satunya tokoh PAS yang saya hormati di PAS Tok Guru.
Tok Guru bercakap dari suara hatinya yang lembut dan humanis. Tok Guru tidak terpukau atau terpikat dengan realpolitik kejam UMNO atau dengan kerakusan kuasa dan kekayaan wang.
Tok Guru lihat semua manusia sebagai umat yang sama dan adil kepada semua manusia.
Kalau bukan kerana Tok Guru, saya tidak sokong PAS.
Dan bukan saya seorang saja yang mempunyai pendirian seperti ini tapi ramai lagi.
Bapo asyik dok ngata mu gitu aku gini, aku gitu mu gini. Ambo raso dua-dua tok betu. Baik tok soh cagha. Kito kena undi pati gerakan, sebab tak gerak tok leh make.
abe taram.. good point..
kekadang, tidak salah untuk menampakkan kita lemah.. itu juga satu strategi.. at least JEMAAH PAS ada KELANTAN dan KEDAH sebagai contoh.. dan diharap kedua-duanya akan memberi contoh yang baik agar ia menjadi batu lonjakan yang lebih tinggi..
aku pon pelik ngan sesapa yang kemaruk nakkan jawatan menteri ( isu UG ) InsyaAllah, JEMAAH kita akan lebih dihormati jika kita tetap Istiqomah dan bersabar dalam segala situasi.. baik yang menyebelahi @ tidak menyebelahi kita.. kalo pon kita dizalimi.. biarkan, kerana PERCAYALAH.. ALLAH SWT tidak pernah lalai dan tidur..
salam bro!
i linkkan artikel u nie ke blog i …
salam
chegubard
Ada orang hantar SMS pada saya, katanya “Sepatutnya Tok Guru Nik Aziz bertanding lawan Nasarudin berebut jawatan Timbalan Presiden, bukannya Husam atau Mat Sabu”
“baru padan ustaz lawan ustaz” katanya lagi
SAPA yang menyesal UNDI nnasha aritu????? FAIL!
nnasha – dah minta maaf dgn TGNA ke belum???!!!
kaedah pertama tak mau dgr, skrg …kena SOUND BAIK PUNYA!!
muhasabah la kamu nnasha…
SALAM,
maka bergembiralah gerombolan umno-bn melihat pas bergaduh sesama sendiri. terima kasih kpd pimpinan yang memberikan peluru kepada musuh kita. tahniah. andalah wira jemaah ISLAM!!! bersedialah dengan jawapan di akhirat kelak. tahniah!!!
nasha harus memohon maaf kpada semua rakyat kelantan terutama tuk guru secara terbuka.
umno, when it’s strong.. it will strangle (cekik pah mapuh) PAS. Even a corporate agreement signed between oil multi-national Petronas and Terengganu State would be violated. Nasha ni dah lama Umno.. sebelum munculnya isu perpaduan ni (sejurus sebelum pilihanraya kecil permatang pauh) beliau telah menyatakan di dalam The Star bahawa sokongan kepada Anwar Ibrahim semakin berkurang akibat keengganan Anwar bersumpah atas Quran. He sounds Umno and looks like Umno.. that means he is Umno!
This shows that Malay doesn’t need UMNO and assistant from anybody. UMNO only wish to destroy this country that we all love! PAS must work for all the people!
apabila tabir kemewahan (pangkat dan harta) diselak oleh Ubn maka ramailah pemimpin PAS yang menerkam. Mereka lupa peristiwa PAS ditendang keluar dari BN. Sejarah menyatakan apabila tentera mekah meninggal harta dalam peperangan Uhud maka pemanah-pemanah Islam dari atas Bukit Uhud meninggalkan kedudukan masing-masing turun untuk merebut harta peninggalan kaum Quraish, walau Nabi melarang membuat demikian, akhirnya mereka kalah dipukul dari belakang. Tabiat pemanah-pemanah ini masih lagi diwarisi oleh setengah-setengah peminpin PAS.
Idea Ust Nasha amat merbahaya kepada kesinambungan kuasa yang dipegang oleh orang Melayu di negara ini kerana sebagai sebuah parti berasaskan agama Islam, ia meletakkan ‘wedge’ di antara Melayu Islam dengan orang bukan Islam bukan Bumiputra (Cina, India) dan juga Bumiputra bukan Islam di Sabah dan Sarawak. Saya rasa orang yang bijak seperti Tun Dr Mahathir nampak perkara ini sebab itu dari awal2 lagi beliau menembak jatuh idea seperti ini. Kita mesti faham, kalau sentimen yang dimainkan oleh nasionalis bumiputra seperti brahim Ali, ia hanya meletakkan wedge di antara (Cina/India) vs (Melayu/Dayak/Iban/Kadazan). Idea seperti ustaz nasha akan menyebabkan bumiputra bukan islam lebih condong untuk identify diri mereka bersama2 dengan bukan islam bukan Bumiputra. Jangan main2 dengan sentimen “Melayu-islam” yang dibawa oleh pemimpin Pas kerana ia 10 kali lebih bahaya kepada sentimen Melayu/Bumiputra yang dimainkan oleh Umno. Kalau Cina, India di negara ini lebih dipercayai oleh Kadazan, Iban, Dayak, Melanau, Siam sebagai saudara rapat mereka berbanding Melayu-islam, maka orang Melayu boleh hilang kuasa di negara ini. Dr Mahathir tahu bahaya perkara ini kerana itulah beliau sanggup berlainan pendapat dengan penyokong2 beliau sendiri yang rata2 menyokong perpaduan “Melayu-Islam” Pas. Suara-suara kebimbangan dari orang bukan Islam Bumiputra dan bukan Islam Bumiputra sudah kedengaran. AWAS! Tolong sebarkan pesanan ini…
depa gila nak jadi menteri
artikel yang bagus. Umat Islam wajib yakin dengan rezeki Allah.
ha3… tajuk dye memang smart gile… bagus2…
signature;
surat pajak membebel