Nik Aziz Akan Ketuai Negara Malaysia Bersatu Padu
“Wahai umat manusia, sesungguhnya Kami (Allah) telah menciptakan kamu daripada laki-laki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan keturunan supaya kamu saling berkenalan, beramah mesra antara satu sama lain. Sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa dikalangan kamu, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam pengetahuannya akan keadaan amalan kamu umat manusia” – Surah Al Hujuraat (Bilik-Bilik) ayat ke 13.
YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat memulakan sidang media yang penuh sesak dengan ayat di atas. Sidang media ini bukan saja sesak dengan pengamal media dari saluran perdana dan media online, tetapi juga dihadiri oleh Dato’ Timbalan Menteri Besar Kelantan, ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Penyokong Kerajaan, pegawai-pegawai lantikan politik dan pegawai-pegawai Halaqat.
Tuan Guru membaca teks yang ditulis tangan dengan tulisan jawi. Berikut adalah intipati teks deklarasi Tuan Guru Nik Abdul Aziz pada 13 Mei 2009.
- Rakyat Malaysia perlu mengingatkan diri sendiri dengan perasaan cinta dan menyintai satu sama lain.
- Rakyat Malaysia perlukan sebuah kerajaan yang betul-betul berjiwa rakyat.
- Kerana kita telah memilih sistem demokrasi berparlimen maka kita perlu diberikan kembali hak-hak sivil kita termasuk kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun secara aman, menghormati prinsip pengasingan kuasa dan rules of law dan natural justice. Serta amalan hak asasi manusia yang dijamin oleh perlembagaan Malaysia.
- Hak-hak itu perlu dikembalikan segera jika ia telah dirampas dari mereka selama ini
- Rakyat pelbagai bangsa, etnik dan keturunan perlu dijamin keselamatannya dari segala gangguan apa bentuk jenayah sekalipun.
- Selagi rakyat tidak selamat dari segala bentuk kegiatan negatif itu, selagi itulah kerajaan yang memerintah tidak akan selamat.
- Mari kita jadikan tanggal 13 Mei 2009 sebagai titik tolak perubahan ke arah memperkukuhkan suasana hidup beragama, mempereratkan persaudaraan dan mahabah serta menolak mana-mana pihak yang menolak perpaduan kaum, yang mencetuskan isu-isu perkauman yang bukan-bukan untuk mengaut mileage politik bertujuan melanjutkan hayat perjuangan mereka berasaskan semangat kebangsaan.
- Kepada semua umat Islam saya menyeru, hayatilah mesej dalam salam yang disampaikan iaitu ‘peace be upon you’, disana ada makna yang sangat mendalam dan mesej persaudaraan tanpa batasan.
- Pada rakyat Malaysia amnya, mari kukuhkan persaudaraan dalam semangat kesepakatan rakyat berbilang kaum untuk memulihkan demokrasi di Malaysia dengan menolak segala bentuk amalan kezaliman, rasuah dan ketidak adilan.
Demikian adalah deklarasi yang disampaikan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz di Bilik Gerakan Negeri di Kota Darulnaim, Kota Bharu. Sejurus selepas itu Tuan Guru menyatakan hasratnya untuk menjawab sebarang soalan yang sekiranya ada dari pihak media dan semua yang hadir.
Apabila diminta mengulas berhubung keputusan Majlis Syura PAS, Tuan guru berkata keputusan Majlis Syura sudah dibacakan oleh Timbalannya Datuk Harun Din kepada pihak media, Tuan guru tidak berhasrat memberi sebarang ulasan.
Nik Aziz Berpatah Arang Dengan UMNO Barisan Nasional
Bila ditanya mengenai laporan akhbar yang memetik tulisan anaknya di blog berhubung persetujuan Tuan Guru menerima Kerajaan Perpaduan jika jawatan Menteri kewangan dan Pendidikan di beri kepada PAS tuan guru berkata,
“Tidak boleh, saya dengan UMNO saya tidak percaya. Terang-terang saya sebut saya tidak percaya keikhlasan dia, kerana dia telah tipu PAS, ketika dia tendang PAS dari Barisan Nasional, sedang dia tahu, PAS ketika hendak masuk Barisan Nasional tu, PAS pecah tiga kepada ada yang sokong, saya termasuk dibawah orang yang sokong masuk kedalam Barisan Nasional. Ada yang menjadi Hamim ada yang menjadi Berjasa”.
Tuan Guru juga memberitahu media betapa sukar untuk memulih balik PAS menjadi satu seperti sekarang dan berkata tiada jaminan yang UMNO tidak akan tendang PAS keluar seperti dahulu.
“Macam kami ni tolok kereta buruk UMNO lah, bila mapuh enjin dia ajak kami tolok, bila motokor jalan dia naik motokar kami kena sembur asap lagi.”
Tapi Nik Aziz berkata, jika UMNO menukar dari fahaman Kebangsaan kepada Islam, “Tak payah di ajak, saya sokong dia, tak ada sebablah nak lawan sesama Islam. Tapi kami lawan sekarang sebab UMNO bawak jalan sesat.”
Nik Aziz juga berkata sebagai orang Islam, “dalam sembahyang sering diulang tidak mahu jalan sesat!”.
Apabila ditanya oleh wartawan berhubung isu Kerajaan Perpaduan dan persaingan jawatan Timbalan Presiden diantara penyandang dan Dato’ Husam, Tuan Guru segera memotong dan berkata, “…Mana saya tau, tak tahu lagi, tetapi Perpaduan tak ada cara lain, lain pada UMNO ubah dasar dia daripada Kebangsaan yang menimbulkan perbalahan sesama kaum kepada Islam kerana Islam ini ajaran Nabi bukan ajaran profesor, ahli sains”
Tuan Guru juga menambah, “UMNO sendiri tendang presiden dia, bukan PAS tendang, UMNO sendiri tendang, dan di Perak pulak berlaku macam ini pulak. Semua Menteri Besar di Malaysia ini semua dilantik oleh rakyat. Rakyat menjadi hakim, hakim yang menentukan parti mana menang parti mana kalah. Di Perak pulak nasib tak baiknya Hakim menentukan Menteri Besar.”
Bila ditanya adakah Tuan Guru akan duduk semeja dengan UMNO jika UMNO tukar dari fahaman Kebangsaan kepada Islam, Tuan Guru menjawab, “Bukan saja semeja, lebih pada meja pun saya mau lagi….”
Tuan guru juga menafikan dia berusaha untuk mantapkan hubungan UMNO dengan PAS, “mana ada saya usaha untuk mantap. Saya panggil UMNO supaya masuk PAS kerana PAS ini dasarnya Islam. Di mana tak kena Islam, saya nak mintak orang UMNO tunjuk.”
Bila ditanya bagaimana PAS boleh kerja dengan PKR yang dipimpin oleh orang Melayu tetapi tidak mengamalkan Islam dalam Parti, Tuan Guru berkata, “Itu bukan parti saya, itu parti orang lain, dia nak kerjasama dengan saya, Alhamdullillah.”
Hehheheheh, hendak ketawa saya, maaf.
Buat lah cerita ini. He he he he he.
HO! jeliro molek! hok ni la kawe kene sangat denga tok guru nih…dok kluk klik supo presideng kito…tapi ambo pong sokong jugok presideng kito, sebab dio pong doh tarik balik cadangan tok masuk akal uniti government tuh…
ambo doa tok guru di panjangkan umur supaya dapat kemudi PAS upaya tok belok stereng tepoh bate nyo.
ambo jugok doakan sepaya tok2 leba, ulamok2 (dan hok beraso mereka tu ulamok mee goreng) supaya diberi kecerdikan politik oleh Allah supo tok guru kito nih…
apa da…. buat drama lah.. ingat penting sangat.. belajar dengan anwar kah?
Lee Kuan Yew pernah berkata, UMNO adalah kawan yang tidak boleh dipercayai… Semasa dia lemah dia cari kita, bila dah kuat dia tendang kita. Semasa lemah, lembut gigi dari lidah, bila kuat gigi itulah yang menggigit mengunyah! Hubaya, hubaya, dalam lubuk ada buaya!
Marilah bersama Tok Guru untuk berpatah arang dengan UMNO. Sesama dia pun bertokak di sana sini, boleh percaya ka hendak berbaik dengan kita… Huh, jauh panggang dari api!
Saya tak nak ulas banyak cuma berdoa semuga Tok Guru akan sihat sejahtera dalam perlindungan Allah s.w.t. Saya harap amanat yang Tok Guru pesankan dapat jadi pedoman dan amanah kita semua. Jangan ada pihak cuba menghina atau memperkecilkan amanah beliau kerana walaupun nampak mudah dan ringkas tetapi datang dari hati yang tulus ikhlas…………Bukan macam Orang U*** yang mengeluarkan berbagai garispanduan, dogma, sinopsis, hipotesis, wawasan, paradigma dan sebagainya yang berjela-jela panjangnya………tetapi hanya sekadar untuk sedap mata memandang dan sekadar rhetorik semata-mata….macam kat Piagam Pelanggan di Hospital tuuuuu……….”Tapi dokternya pak tengah baca koran dong ah!…….langsung pasiennya sampai ketiduran….kerana keletihan……atau sampai m*** tanpa ada bantuan kecemasan………eeeyyaaa yang benarrrr dong!!!!”
O. itu saja. Sms Sheih kecoh. 😀
Harap-harap sorang penulis blog tu yang kerap sangat hentam Dato’ Husam dalam blog beliau tutup mulutlah lepas ni.
Tok Guru dah beri kenyataan tegas bahawa dia tak mahu unity gomen dengan UMNO. Kelmarin penulis tu minta supaya isu ulama lawan ‘prolib’ dihentikan. Beliau turut komen mengatakan banyak saf tertinggi PAS kena gatal mulut komen pasal isu ulama lawan golongan erdogan (kununnnya), padahal penulis tersebutlah yang banyak hentam Dato’ Husam pasal isu ini. Kelakar.
Sheih, you said “…Tuan Guru Nik Aziz, yang sudah menjadi Menteri Besar Kelantan selama hampir 19 tahun akan mengumumkan suatu penawarannya kepada rakyat Malaysia untuk memperkukuhkan perpaduan nasional.” That was in your previous posting.
Apa dia offer sheih? Apa pengumuman nya? Perpaduan nasional tu makna nya bergabung dengan DAP atau PKR atau anything lah as long as its not UMNO? Itu ke message Tuan Guru Sheih? Itu kan yang PAS la ni dah buat dah kan? Tak kan nak umum yang tu.
Sudah terang lagi bersuluh… Pikir sendiri la yer
Bro,
we thought Nik Aziz will relinguish his MB post and pass the batton to Hussam..turn out To Guru still love his duniawi title and not ready to step down like Pak Lah anyway after all Tok Guru not maksum…
Talking about BN and UMNO we can classified Tok Guru as Merapu and not consistent ,do not base on any fundamental believe just normal human feeling and not rational….Tok Guru should simply say ‘ he trust the devil that he know rather than the devil that he do not know’…..
“Tapi Nik Aziz berkata, jika UMNO menukar dari fahaman Kebangsaan kepada Islam, “Tak payah di ajak, saya sokong dia, tak ada sebablah nak lawan sesama Islam. Tapi kami lawan sekarang sebab UMNO bawak jalan sesat.”…
Yelah kan…apalah UMNO ni, tu pun tak paham-paham lagi. Senang jer kalau nak dapat sokongan daripada PAS, tukar jer fahaman kebangsaan tu kepada Islam…tentu orang PAS akan lakukan apa saja untuk mempertahankan UMNO…macam wat demo ke, baling batu kat keta sultan ker, baring atas jalan ker…no hal punye…
Tak caya? kan DAP sekarang ni pun dah tukar fahaman diaorang kepada Islam dah, sebab tu tak payah diajak, berlumba orang2 PAS sokong depa.
UMNO bawak ajaran sesat…tapi DAP & PKR bawak `sirotol mustaqim’, sebab tu PAS sayang sangat kat depa nih
ish…ish…ish…politik…politik…everything oso can lah…
Among all malaysian politicians, i respect TGNA the most. Tapi saya ada musykil sikit la dgn kenyataan Tok guru kat atas ni…
lor, aku ingat pengumuman penting sangat. ingat dia nak bersara ke apa ke. rupanya benda sama saja. tak penah berubah. dah pandai buat drama lah nik aziz ni. benda takde substance.
sorilah sheih, aku mmg tak suka UMNO ataupun PAS. tapi merapu saja posting ko yang lama. aku dah ingat benda penting sangat.
Pasal Nga tempoh hari boleh berucap, DAP is peluk-pelukan oleh TGNA.
[Tapi Nik Aziz berkata, jika UMNO menukar dari fahaman Kebangsaan kepada Islam, “Tak payah di ajak, saya sokong dia, tak ada sebablah nak lawan sesama Islam. Tapi kami lawan sekarang sebab UMNO bawak jalan sesat.”…]
Hmm.. TGNA sokong DAP, maknanya DAP dah terima fahaman PAS dan terima Negara Islam? Kenapa Kit Siang dan Karpal tak keluar kenyataan resmi? Biar betul tu… JANGAN MENGARUT!
Tok Guru kito ni ingat hok ore buat ko dio sajo.
Hok PAS buat ko Semangat46 pun serupo jugo.Bila nak kaloh kan UMNO berstu dengan S46 tapi bilo doh kuat semulo,S46 ditendang.
Ore politik ni serupo sajo 2 x 5!
hhahahahahahahahahahaahahahahaha!!!!!! akhirnya semua kena tipu dek bos sheih dan tok guru!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! esok kat akhirat sendiri jawablah!!!!!
Kalau dah pandir tu tetap juga pandir sampai bila bila. Lebai malang le katakan.
seorang hamba allah terkenal di msia pernah berkata, apabila kita melihat/mendengar/membuat sesuatu, ianya ibarat seperti pergi bershopping. Semua orang tolak troli, tapi apa yang dibawa balik adalah mengikut kehendak masing-masing, mengikut duit yang ada. Kalau tiada apa yang hendak dibeli dna tiada duit…kosonglah troli anda.
orang seperti ‘pensil’ yg pemikirannya hanya kepada ‘spoonfeeding’ fest, hanya melihat kebendaan, hanya superficial….almaklumlah kita tau kenapa dia kata benda ni tak penting. jangan lah jadi orang malaysia yg malas berfikir.
lagi satu, ada beza samada PAS yg initiate kerjasama dengan PAS menerima kerjsama yg di-initiate oleh parti lain. Jangan la malas berfikir wahai orang malaysia, jangan hanya skim the surface.
sungguh tak matang orang malaysia ni, pemikiran yg jumud.
lame tak nampak cik anon 11.55
Salam Sheih,
This is what I’ve got to say,
http://the-antigonist.blogspot.com/2009/05/nik-aziz-addressing-nation-it-smells.html
Wassalam.
Bagi sesiapa yg mempersendakan, walau dgn komen2 sinis di atas, adakah ayat-ayat ini juga sedang kamu sersendakan?
“Wahai umat manusia, sesungguhnya Kami (Allah) telah menciptakan kamu daripada laki-laki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan keturunan supaya kamu saling berkenalan, beramah mesra antara satu sama lain. Sesungguhnya orang yang paling mulia di kalangan kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa dikalangan kamu, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam pengetahuannya akan keadaan amalan kamu umat manusia” – Surah Al Hujuraat (Bilik-Bilik) ayat ke 13.
Dengan ayat ini sja sudah cukup untuk kamu mengerti… hanya kepada mereka2 yg mau berfikir.
Fikirlah dgn akal yg waras & iman yg sempurna sebelum kamu mula menekan keyboard PC/laptop kamu. Juga sebelum kamu ‘ditulis’ sebagai mereka2 yg mempersendakan ayat2 ALLAH.
Wallahhuwa’lam.
Bila ditanya bagaimana PAS boleh kerja dengan PKR yang dipimpin oleh orang Melayu tetapi tidak mengamalkan Islam dalam Parti, Tuan Guru berkata, “Itu bukan parti saya, itu parti orang lain, dia nak kerjasama dengan saya, Alhamdullillah.”<<<< satu jawapan yg mudah dari tuan guru.tp kenapa orang umno asyik berpkiran tertutup sahaja.kehkeh.benda senang mcm ni pun x leh nk pikir ke?
kawe ucap takziah di atas ujian yang menimpa demo kelmarin sheih,..
hi bodoh chengho…..when Tok Guru speaks…he pull votes from UMNO members..to PR.
He is so useful ….healthy and love by all in PAS.
When Mahathir speaks…UMNO members run away to support PR.
Najib is now performing juggling acts to stay in power.
How do you score in school for IQ ?
kepada abg kasim jgn dok jadi bah & lol gak kita ni….mana ada pas dok tendang s 46…setahu aku s 46 tu yg bubar parti masuk umno….knapaer la woi ko niiii…..
ni cadangan kat tuan shiekh…xnak ke tolong husam jawab segala fitnah (mungkin) yg di buat penulis berpengalaman yg serba tau (MSO)…teruk sgt da hikayat dia tuuu, menghentam husam kito…petimbangkan yo!!
Tuan Tuan semua,
Adalah menjadi hak anda memilih apa yang anda patut sokong. Tidak kiralah umno atau pas.
Namun,
Sokonglah sesuatu itu dengan menggunakan akal dan fikiran yang waras . jika anda seorang muslim gunakan lah ajaran/hukum agama untuk meletakkan batas batas dalam keputusan anda. jika anda bukan muslim, letakan kelogikan akal dan prinsip prinsip keadilan dan nilai sejagat (universal value) untuk menentukan sokongann anda.
itu yang terbaik.
Tetapi,
jika ada kepentingan peribadi, kemuliaan wang ringgit,ketinggian pangkat,ekterisma , kebangsaan . Ia Adalah benih benih kehancuran sesebuah negara dan kera-jaannya. undang undang, kesultanan,agama,nilai nilai baik Adalah mekanisma mekanism untuk manusia hidup aman damai . hari ini kita lihat satu organisasi besar sedang menuju kehancuran.telah banyak kehancuran berlaku oleh kerajaan kerajaan besar dalam sejarah manusia.tidakkah mereka mengambil pengajaran dr kaum kaum sebelum mereka?kata org melayu tak ada angin masakan pokok bergoyang. dengan kata lain semua berlaku ada sebab dan musababnya.inilah akibatnya bila kita bukan sahaja keluar dari landasan agama malahan juga keluar dari landasan moral/ nilai nilai sejagat/ nilai nilai moral. jika u**o hancur jangan salahkan org melayu. jangan salahkan pas. salahkan diri sendiri .50 tahun sepatutnya digunakan untuk membina tamadun negara digunakan untuk memperkasakan poket dan anak bini, rakyat hanya diperlukan semasa pilihanraya, undang undang dan agama diketepikan, kesultanan dipengaruhi dan diremote kontrol. empayar empayar besar seperti rom bertahan beberapa kurun. Namun empayar ini hanya 50 tahun.
kepada pas, jangan besar diri, elakkan ekterism,dasar dasar yg dlaksanakn perlu selaras dgn nilai nilai agama dan nilai sejagat.agama Adalah penentu garis pemisahan.
kepada pas pedulikanlpedulikanlah um*0 sebab dah tak ada apa lagi yg boleh diharapkan.lupakanlah janji janji untuk kerajaan perpaduan. jangan cuba tolong anjing yg tersepit, silap2 kekoh/gigit kaki. pas perlu pandang kehadapan, mantapkan parti dan terus maju kehadapan.
jangan lagi menoleh kebelakang.dan ingatlah kerajaan islam pun pernah runtuh dalam tamaddun manusia.kerna lalai dan lupa. tapi lama sikitlah dari yang dengan sebuah empayar berasaskan puak/bangsa sebuah negara bersemenanjung di asia.
Entahla……………..tetapi ajaran islam sangat mudah. bertindaklah dengan adil dan jujur tanpa pilih kasih samada di kalangan /di antara sedara mara, rakan, dan bangsa . Parti mana yang telah pernah memerintah dan telah cuba mengikut dan mempraktikkan ajaran ini. . Pemimpin parti UMNO, MCA dan MIC telah jelas apa yang mereka perjuangkan dan praktikkan. Nak sokong mereka lagi????
Fikirkanlah
SHEIKH …. HOK MANO GAK LEBIH MOLEK…ULAMAK HOK TOK BERAPA GENIUS DALAM POLITIK DENGAN PROFESIONAL TAPI GENIUS BERPOLITIK DAN BERJUANG NOK MENEGAKKAN SYARIAT ISLAM…
NOK RUNSING GAPO KALAU TIMBALAN PRESIDEN ATAU PRESIDEN TIDAK ULAMAK…DEWAN ULAMAK KAE DOK ATAS LAGI PADA DUA JAWATAN NII…HOK NII PUN TOKLEH NAK MIKIR KOO … KALU HUSAM ..KAMARUDIN JAAFAR TOK SIR KO SYARIAT ISLAM LAMO DOH KALI DIA NII MASUK PKR ..
HOK AMBO DOK NAMPOK PUAK PUAK PENYOKONG DAN MENGELARKAN DIRI DIA ULAMAK NII TAKUT KO PUAK PUAK HOK RETI/CERDIK/(PROFESIONAL) NII DAN SEMESTINYA TAKUT PENGARUH DIA MAKIN KURAE KOT…
Saudara pembaca yang dikasihi,
Negara Bersatu Padu (One Single Nation) Vs Negara Bangsa (Nation State)
Al-hamdu lillah, rasa syukur kiranya perisytiharan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap perjuangan suatu bangsa berdasarkan Islam telah diketengahkan. Harapan kita agar generasi muda dan tua, lelaki dan wanita dapat membezakan intisari perjuangan membentuk negara yang merdeka dan hakiki selepas suatu tempoh yang lama dijajah dan dihilangkan kemerdekaan memilih dan menentukan hala tuju negara umat Islam yang bebas merdeka.
Barat dan negara kolonial mengarahkan kepada semua negara bekas jajahan mereka (Commanwealth Countries) agar berjuang menuntut negara-negara bangsa (Nation States) selepas mereka kononnya menyerahkan balik kepada negara-negara tanah jajahan. Jelas tegas bahawa Negara Bangsa membawa “bom jangka” kepada negara moden, terutama bila menguruskan kepelbagaian etnik dan puak disesebuah negara. Negara Bangsa cenderung untuk bangkitkan fanatik puak dan bangsa sebagai “status milik negara” sekalipun terpaksa membelakangkan “realiti semasa” dalam banyak aspek pokok seperti paksi politik, ekonomi, sosial, pendidikan, pembangunan, penguasaan teknologi dan negara industri. Akhirnya, jika pun segala bidang utama dan paksi tersebut tidak dikuasai oleh bangsa PERIBUMI, masih mereka diberikan KUASA BONEKA, AGAR DAPAT MENGELIRUKAN PERIBUMI BAHAWA NEGARA BANGSA ITU MASIH DIMILIKI OLEH SESUATU BANGSA TERSEBUT. Namun realitinya segala paksi PERADABAN DAN TAMAUDUN TELAH DIROMPAK OLEH KUASA ASING DAN ORANG LAIN, BUKAN BANGSA ITU. Tetapi rakyat jelata diimbau mimpi masih menguasai Negara Bangsa dengan berjaya dan sangat berbangga dengannya. Bila diajukan soalan mudah di manakah tapak Kuasa Politik negara bangsa ini memperkayakan warganya?. Di manakah kebebasan hak dan warga untuk mendapat pembelaan sebenar sebagai warga negara bangsa merdeka?. Dan begitulah seterusnya soalan-soalan seumpamanya. Nescaya GAGAL DAN TIDAK KEDAPATAN PERKARA ITU PADA KERAJAAN NEGARA BANGSA yang sangat dibanggakan tadi. Akhirnya jelas sudah, bahawa penguasaanya hanya MENJADI BONEKA KEPADA TUAN PENJAJAH SEBENAR YANG MENGANJURKAN SEBUAH NEGARA BANGSA YANG PASTI AKAN MENGUNTUNGKAN TUAN PENJAJAH SERTA KRONI MEREKA SAHAJA.
Itulah realitinya mana-mana negara Islam yang cuba melaksanakan model sebuah negara Islam, bukan “Negara Bangsa” anjuran penjajah akan disita dan dihapuskan seawal mungkin. Malah proses-proses penggulingan kuasanya akan berjalan berterusan oleh bekas tuan tanah jajahan yang kononnya telah memerdekakan mereka puluhan bahkan ratusan tahun dahulu. Lihatlah pengalaman Kerajaan FIS Algeria yang memperolehi kuasa melalui Demokrasi ala barat dan direstui corak pilihanrayanya oleh barat; TELAH DIBATALKAN KERJAAN itu dan ditangkap ahli parlimennya dengan bantuan kerjaaan Perancis. Inilah juga yang berlaku di Palestin apabila HAMAS berjaya menggantikan FATAH dalam pentadbiran melalui pilihanraya bebas dan direstui barat, kerana HAMAS tidak melaksanakan negara bangsa Arab Palestin (namun Kerajaan Islam Palestin), lalu Amerika dan sekutu Eropah menajadi hilang pertimbangan dan kewarasan seperti gila talak mahu KEMBALIKAN KUASA KEPADA FATAH, sekali pun dengan jalan yang TIDAK DEMOKRATIK lagi. Mereka benar-benar merampas kuasa tersebut.
Jadi, pengisytiharan Negara Bersatu Padu – Igr., One Single Nation – Arb., “Ummatan Waahidah” adalah jalur perjuangan Islam bagi mendapat kewajaran dan keadilan langit (Syariat Islamiah dari wahyu Allah swt) dan pengaplikasian kebijaksanaan kemanusiaan di dalam kepentingan keduniaan di bumi, berdasarkan Ilmu Pengetahuan Sahih dan teknologinya – Igr., Knowledge Base sebagai PERLAKSANAAN AMANAH KEKHALIFAHAN ALLAH DI BUMI INI. Maka Negara Bersatu Padu ini, menumpukan kepada kekuasaan, keadilan dan keharmonian kesan perlaksaan AJARAN ISLAM DI DALAM SEGALA SEKTOR KETAMADUNAN untuk semua bangsa yang bernaung di bawah Jajahan Takluk negara tersebut. Inilah perjuangan Negara Islam untuk semua kaum – itulah sebabnya perjuangan ini dinamakan ISLAM FOR ALL NATIONS.
Terima kasih kerana memberi perhatian.
Dungun, Terengganu
MALAYSIA